Khamis lepas kami ada diskusi ringkas tentang martabat wanita dalam Islam..
Actually patutnya biro srikandi yang present topik ni, tapi disebabkan kekangan yang tak dapat dielakkan, NYDP2 yang present.. dan alhamdulillah & trimakasih byk2 pada semua yang berkongsi ilmu pada malam tu.. (arigato gozaimas!!)
*sebelah ni ada poster, click utk lihat lebih jelas.~jazakallah Firdaus :-) *
Martabat wanita dlm Islam amat tinggi dan mulia.. Adakah anda (wanita islam) dapat menghayati penghormatan dan kemuliaan ini?
wahai saudari-saudari yang disayangi... kita hanya akan akan appreciate diri kita sebagai wanita islam jika dan hanya jika kita tahu dan dapat menilai perbezaan martabat wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam...
Sebelum datangnya Islam...(rujuk sejarah dunia)
Tamadun Cina : Anak-anak perempuan yang lahir menyebabkan whole family malu, dianggap bala dan nasib malang yang menimpa. Anak-anak perempuan dilayan dengan kejam tanpa belas perasaan. bagi anak-anak yang gagal dikahwinkan atau memalukan family, akan dibunuh dengan direndam dalam tong najis. Bagi perempuan2 yang ditangkap untuk dijadikan gundik pemerintah, akan dikurung dalam kota larangan dan terputus hubungan dengan dunia luar. Ada gundik yang seumur hidup pun tak pernah bertemu pemerintah..
Tamadun India : Sama juga macam anak-anak perempuan tamadun cina. perempuan tak boleh mewarisi harta family. bila nak kahwin, perempuan akan dikenakan dowri yg sangat tinggi hingga membebankan family. so perempuan=beban. bila dah kahwin, family asal dah tak ada kaitan dengan anak tu. family mertua boleh buat apa2 je yang mereka suka pada menantu tanpa campur tangan family kandung. bila suami mati, mayat akan dibakar. isteri juga turut dibakar.
Tamadun barat: perempuan=simbol seks. ingat perempuan, akan terbayang pelacuran. Suami-suami tak percaya pada wife masing2. tercatat dlm sejarah di mana suami2 yang nak pergi perang akan suruh isteri merekA pakai cawat besi berkunci. kunci dibawa bersama suami pergi berperang. (kalau suami tu terbunuh time perang?)
tanah Arab: semua orang dah tau kisah tanam anak perempuan hidup-hidup kan...
++ lillah pernah tengok dalam National Geography, di sebuah negara ni.. yang agak mundur. tak sure lokasi specific.. perempuan yg period akan diikat kaki dan tangan. dalam keadaan tu perempuan tu still kena uruskan rumahtangga: masak, jaga anak, angkut air. dah lah nak angkut air tu jalan berbatu-batu...
kedatangan IsLAM.. membebaskan wanita-wanita.. memerdekakan wanita2.. mengangkat darjat dan martabat wanita2...Alhamdulillah... :'-D
Islam memelihara naluri kewanitaannya dan mengiktiraf segala keperluannya tanpa menghalang dan menyekatnya, sebaliknya Islam melindungi wanita dari jalan-jalan yang membawa ke arah pengeksploitasian dan pencerobohan terhadap wanita. Islam memelihara kewanitaan dan melindungi kelemahan wanita. islam menjadikan wanita selamanya dilindungi di bawah lindungan lelaki, nafkahnya dijamin dan keperluannya disempurnakan. Dia berada di bwh tanggungjawab bapanya, atau suaminya atau anak2 lelakinya yang baligh, saudara-saudara lelakinya.. wajib ke atas mereka memberikan nafkah kepadanya berdasarkan syariat Islam..
Wanita tidak dipaksa oleh keperluan yang mendesaknya berenang di dalam ombak kehidupan, pergelutan dan persaingan dengan lelaki untuk menyara hidup seperti mana wanita-wanita yang belum islam(semoga mereka mdpt hidayah memeluk agama suci ni)
Alhamdulillah.. lillah lahir sebagai wanita Islam.. dan menikmati nikmat lahir sebagai wanita islam.. so.. apakah tanda hamba yang bersyukur? Taat perintah Allah... Semoga kita semua (perempuan Islam) menjadi hamba yang bersyukur.. dan dapat mempergunakan nikmat Islam yang Allah kurniakan sebaik-baiknya seperti yang Allah mahukan.. dan tugas kita ialah? sebagai hamba dan khalifah.. berdakwah... sampaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran... insya'Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)