Selasa, 9 Jun 2009

nak jadi orang yang success dlm KERJAYA perlukn??

bismillah...

lillah bersembang dgn seorang chief operating officer COO yang berjaya beberapa hari lepas.. banyak manfaat yg lillah dapat dari sembang2 kami tu.. dan lillah nak share dengan para pembaca sekalian.. moga manfaat ini adalah untuk saham dunia akhirat kita.. amin.. :)

nak jadi orang yang success dlm kerjaya perlu :

  1. berdisiplin. bila dia merancang sesuatu dia perlu patuh pada perancangan dia.. dia tak boleh buat sesuka hati ikut perasaan dia. dia kene fokus pada sasaran dan misi dia.. walau macam mana menggoda pun cubaan-cubaan yang datang di sepanjang laluan tu mestilah tak menggugat dia untuk ke arah sasaran dia.. orang macam ni insya'Allah bila dia bercakap dia akan laksanakan.. bila dia berjanji dia akan tunaikan.. bila dia merancang, rancangannya berjaya.. attitude ni akan membuatkan orang lain percaya dan yakin pada dia.. mendapat kepercayaan dari orang lain sangatlah penting.. sebab kita deal dengan manusia.. bila kejayaan demi kejayaan kita kecapi barulah kita akan ada aura kepimpinan tu.. sebab bila kita berjaya buat sesuatu dgn cemerlang orang akan datang cari kita nak kerja dengan kita.. nak jadi pemimpin tak boleh cakap kosong.. kita kene ada bukti sahih untuk kita tunjukkan pada orang yang kita pimpin.. barulah arahan kita boleh diikuti sebab mereka tahu kita tak cakap main-main, kita bercakap berdasarkan pengalaman dan ilmu kita...
  2. work properly. nak jadi orang yang berjaya kena tahu buat kerja dengan cara yang betul.. kalau tak tahu, belajar..kene rajin belajar.. jangan sesekali ada dalam kamus hidup perkataan malas.. orang yang malas tak ada tempat di dunia ni.. kita tak payah nak menyusahkan diri mencipta sesuatu yang baru kalau dah sedia ada cara yang mudah dan praktikal.. sebab setiap masa tu beharga.. dalam bisnes, setiap saat adalah duit.. bila buat sesuatu kerja tu jangan nak ikut 'standard' sendiri.. kita kene ikut 'standard' siapa yang kita nak deal.. kita kene tahu apa yang customer atau sesiapa yang berurusan dgn kita mahukan.. so kita kenela buat research..paling baik ialah kalau kita dapat buat mereka terpesona dengan apa yang beri..
  3. konsisten..orang yang berjaya perlu konsisten dalam berusaha.. jangan bila susah sikit mulalah nak lari..mula malas.. orang yang tak konsisten ni tak berguna.. sebab walau macam mana hebat pun hasil kerja dia, tapi semua separuh jalan.. sia-sia.. benda yang tak dapat digunakan ialah benda yang tak berguna..
  4. networking. sangat penting untuk kita boleh serasi dalam bekerja dgn org atas, org bawah, org kiri & org kanan.. kita mesti tahu cara untuk mengoptimumkan potensi semua orang yang ada di sekeliling kita.. contohnya sebagai pemimpin, senyum pada anak buah boleh menaikkan motivasi mereka.. simple.. kemahiran nak bergerak kerja dengan pelbagai ragam manusia ni memang susah.. tapi yang susah tu tak bermakna ianya mustahil.. tak bermakna ianya tak penting.. selalu sangat yang susah itulah yang berbaloi.. kene belajar control emosi.. control marah.. control perkataan yang nak dicakapkan.. control nada suara.. control segala-galanya...orang yang cemerlang ialah orang yang dapat control dirinya.. menjadi pemimpin dia perlu menjadi orang yang disegani.. apa yang dia cakap perlu mampu menggerakkan staf2 yang ada..
  5. jadi ahli nujum. seorang yang berjaya perlu ada planning untuk setahun, 5 thn, 10 thn etc.. dia perlu mampu meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan dia perlu tahu apa persediaan yangperlu dilakukan..contohnya dia perlu tahu tentang ekonomi negara akan naik bila, turun bila, harga petrol naik turun, peperangan etc... orang kata sediakan payung sebelum hujan.. dalam hal ni kita perlu sediakan rain coat, payung, khemah sebelum hujan.. mungkin juga bot dan jaket keselamatan kalau hujan tu boleh menyebabkan banjir..
  6. merendah diri.jangan sakitkan hati orang lain hanya kerana nak dapatkan sesuatu. jangan jadi orang yang bodoh sombong.. dah la tak tahu, buat silap..tapi bila orang lain nak betulkan, marah pulak.. bila nak bercakap tu fikir-fikirlah.. jangan membazir masa dalam perselisihan faham.. beri ruang dan peluang pada staf untuk mereka berfikir dan merancang..kemudian melaksanakan perancangan mereka..sambil kita as leader pantau dan bimbing mereka..
stakat ni dlu.. :)

wallahua'lam...

Khamis, 4 Jun 2009

Sombong ialah ??


Adil ialah meletakkan sesuatu pada hak nya.. zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada haknya..

sombong ialah?

Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

Terjemahan :
"Tidak akan masuk Jannah
barangsiapa yang di dalam kalbunya
ada kesombongan
seberat biji (sawi)."


maka ada seorang yang berkata : orang itu suka kalau baju dan kasutnya bagus.

Rasulullah saw bersabda :

Terjemahan :
"Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan.
Kesombongan
adalah menolak kebenaran
dan
meremehkan manusia
.
"


rujukan bab Thayyib,Nadzif, Karim & Jawwad dalam buku 'Orang-orang yang dicintai Allah' oleh Syeikh Sa'id Hawwa.. nukilan dari buku 'Jundullah Tsaqaafatan wa Akhlaqan.'

Selasa, 2 Jun 2009

Anggapanmu salah belaka....


bahagia rasa dapat membelek buku-buku dalam almari.. hajat di hati nak habiskan buku Syeikh Sa'id Hawwa tentang 'orang-orang yang dicintai Allah'.. semasa sedang menyusun buku di rak terjumpa sebuah buku log yang berbalut cantik.. ha.. masih cantik.. dah lama tak buka buku ni.. ni adalah buku catatan tazkirah dari mak.. buku ni mak hadiahkan untuk lillah catat apa2 pengisian.. tapi buku tu dah ada pengganti maka dia pun tersimpan ajelah di dalam almari..

kat dalam buku tu mak tampal macam2 pesanan dengan gambar2 kucing, singa, bunga etc.. smua cute2.. colorful...

page first ada nota lillah.. ada sedikit tazkirah .. dan di hujung atas ada tarikh 1 Feb 2007..
hum.. kalau tak silap masa tu lillah tengah ada masalah.. siang malam menangis.. dan mak
hadiah kan buku ni untuk memujuk hati anaknya..
mak tahu 'amanah' tu berat.. tapi mak tetap nak juga anak dia pikul 'amanah' tu..

bila dibelek-belek semula rasa terharu dengan sajak-sajak dan ayat2 yang ada dalam buku tu..
mak balut buku tu dengan kertas dari majalah.. di bahagian luarnya ada ayat
Bersyukur kepada Allah sekiranya 'terpilih' menjadi orang yang mudah melakukan kebaikan dan mudah pula menjauhi kemungkaran.
dan ada satu page tu gambar ibu singa tengah dukung baby dia di mulut.. sebelah tu ada sajak ni..
Anggapanmu salah belaka...
kata mereka akulah si ibu zalim
mendera anak kandung sendiri
tahukah engkau bahawa
anggapanmu salah belaka
kadangkala lukisan luaran tak menentukan dalaman
sebenarnya akulah ibu paling bahagia
dapat memupuk kasih dalam acuan tersendiri
tidak meniru saranan luar
namun bangga kerana aku dengan caraku
jangan lekas menghukum sesuatu
yang belum pasti
kerana Allah Yang Maha Tahu
kenapa cara kau dan aku berbeza
tapi bertemu di titik destinasi
bahawa akulah pelaksana amanah
di bahu sendiri
mendidik zuriat menjadi
satu janji pasti ditunai
supaya jalur kebahagiaan abadi
menanti di sana.....



terima kasih mak..
terima kasih kerana mengenalkan kakak pada tujuan hidup dan erti cinta Allah yang agung..

di page last ada tazkirah bertajuk
'usah cuba-cuba : jangan sekali-kali berhasrat dan bercita-cita untuk melakukan dosa, boleh lenyap saki-baki iman'


insya'Allah nanti lillah share isi-isi buku comel ni dalam blog untuk dikongsi bersama pembaca2 yang dikasaihi... ;)

mak.. i love u..

Isnin, 1 Jun 2009

selamat pengantin baru husnil & ustaz hafizan

Adikku sayang...

moga menjadi isteri solehah penyejuk di mata, penawar di hati...

moga menjadi srikandi di dunia, bidadari di syurga...




Di sebalik lelaki yang hebat pasti ada wanita yang hebat... ini fitrah alam...

Jadikan suami sebagai platform untuk bertambah :

  • dekat dengan Allah
  • kukuh di jalan Allah
Luruskan niat hanya kerana Allah...
Genggam Al-Quran dan As- Sunnah dalam melayari bahtera hidup...
ingat mati...


Selamat menempuh alam baru wahai adindaku yang amat kusayang... puan husnil..

tahniah kpd ustad hafizan.. moga kalian bahagia bersama di dunia dan akhirat.. amin....



tak lupa kepada sahabat2 yang on the way ke alam baru, gunakan tempoh 'single' ni untuk 'all out' habis-habisan dalam melengkapkan diri dengan ilmu & amal..

persediaan ini bukan sahaja untuk diri kita sahaja..
tetapi untuk keluarga yang bakal kita corakkan nanti...
generasi yang menyambung perjuangan membawa panji-panji Islam...

insya'Allah... :D

Jumaat, 29 Mei 2009

ibarat layang-layang... :'-(


angan-angan dan keinginan manusia
ibarat layang-layang...

bebas dan jauh menerawang...

Dan tali penghujungnya, adalah batasan umur

panjangnya sekadar yang 'tuan'nya tetapkan...

Seringkali lalai... bila-bila boleh disentap oleh 'tuan' nya
turun menjunam bumi

Atau....
tika dibuai anganan,
tali umurnya putus....
Tak selamatlah lagi...

:'-(

Wahai orang-orang yang beriman!

Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha",

mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan
memasukkan kamu ke dalam Syurga

yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;

cahaya (iman dan amal soleh) mereka,
bergerak cepat di hadapan mereka dan
di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan);

mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):
“Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan

limpahkanlah keampunan kepada kami;
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.


(At-Tahrim : 8 )

Khamis, 28 Mei 2009

apa yang telah kita lakukan?


"Astagfirullah....."
sebak melihat barisan 'anak-anak ayam' yang disuruh beratur sebelum di bawa pergi.
lillah tahu majoriti masyarakat meluat dan jelik dengan anak-anak ayam yang dibela oleh bapak ayam ini.. siang dan malam mereka diselubungi kegelapan maksiat..

lillah ingin menyoal setiap yang membaca artikel ini..
"apakah yang anda telah lakukan untuk menyelamatkan anak-anak gadis kita ini?"


ramai yang mungkin menjawab :
"alah.. mereka jagalah diri sendiri baik-baik.. siapa suruh buat kerja bodoh.. macam lah dah tak da kerja lain.."


terima kasih kerana menjawab dengan jujur..

tetapi ingatlah, setiap manusia ada hak ke atas manusia yang lain..
dan saudara kita yang jahil itu ada hak ke atas kita.. hak untuk dikasihi.. hak untuk dibimbing.. hak untuk diselamatkan.. dan hak untuk dilindungi..

sedih....

ye lillah benar-benar sedih melihatkan masyarakat kita yang individualistik.. yang pentingkan diri sendiri.. yang kering rasa belas kasihan.. yang tak rasa kesal menghina insan lain..
yang ada ilmu tetapi setakat simpan di dada sendiri sahaja..

kesal...

lillah benar-benar kesal melihat golongan agama yang dipanggil 'ustaz' 'ustazah' yang sepatutnya menjadi role model mencalarkan imej pendakwah dengan perangai buruk yang tak tahu malu..

ya Allah... peliharalah diriku, keluargaku, keturunanku & sahabat2ku...
Peliharalah akhlak kami seperti yang Kau cintai...

wahai saudaraku yang dikasihi...
wahai yang mengaku dirinya pendakwah...

siang malam kita menyeru orang 'dekatkan diri pada Allah...' tetapi wajarkah kita sendiri jauh dari Allah..??

siang malam kita menyeru orang 'amar ma'ruf.. nahi mungkar..' tetapi wajarkah kita sendiri melakukan yang mungkar dan meninggalkan yang ma'ruf..??

siang malam kita bercakap tentang dakwah.. tetapi wajarkah kita sendiri tidak mengamalkan apa yang kita sampaikan itu..??

wahai jiwa yang mukhlis..

kalau kita suruh orang lain baca ayat Quran sehari dua ayat.. kita kenela baca lebih dari mereka..
kalau kita suruh orang lain solat 5 waktu.. kita kenela setel 5 waktu tu dan lebih dari segi solat nawafil..
kalau kita suruh orang lain solat tahajud 2 rakaat pada tiap2 sepertiga malam.. kita kenela solat taubat, solat tasbih disamping tahajud sebagai tambahan..
kalau kita suruh orang lain menutup aurat.. kita kenelah make sure aurat kita tertutup..
kalau kita suruh orang lain banyakkan membaca.. kita kenelah lebih banyak membaca...

kalau kita suruh orang lain jadi baik.. kita kenela jadi baik terlebih dulu..

kalau kita suruh orang beriman dan beramal dengan Quran dan Sunnah.. kita kenela beriman dan beramal dengan Quran dan Sunnah...

dalam apa jua yang kita lakukan.. apabila kita mahu menjadi da'ie.. kita kene kerja lebih dari orang yang kita ingin sampaikan kebaikan.. kalau kita ibu, kita kene lebih dari anak-anak.. kalau kita kakak, kita kene lebih dari adik-adik.. kalau kita pemimpin, kita kene lebih dari mereka yang kita pimpin..

kerana iman kita umpama janakuasa letrik.. adakah cas letrik kita cukup kuat untuk kita salurkan pada insan-insan lain?

bila kita sendiri jauh dari Allah.. apa yang kita sampaikan tinggal perkataan kosong yang tak terkesan di hati.. alangkah sia-sianya diri kita.. kita tertipu dengan popularnya nama kita yang kerap muncul di khalayak umum tetapi tak terkesan di hati pendengarnya...


wahai semua jiwa2 harapanku..

jgn mendaki puncak hanya utk meninggikan tmpt jatuh...
jgn memburu fatamorgana dunia hanya utk ditipuolehnya..
ingat wahai diriku & dirimu, janji kesibukan yg tanpa henti, kelesuan yg takde penghujung, kejemuan yg sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu2 dunia yg bagaikan anjing rakus memburu bangkai. sebaik2 bekalan adalah takwa. sebaik2 perlindungan adalah Al-Quran. Mereka yg begini sahaja mampu menukar bangkai dunia menjadi baja dlm kehidupan..

perbarulah kehidupan dgn semangt org yg bersedia utk mati..

jadilah insan yg bijaksana yg menghayati pesanan Rasulullah saw agar sentiasa ingat mati & bersedia menghadapinya. jadilah umpama sahabat Rasulullah saw yg hidup bahagia, tenang, & aman sambil mengurus & mentadbir urusan dunia dgn cekap & berkesan...
jgn jadi Namrud, Firaun & Haman yg mengurus dunia dgn ketamakan & kezaliman. nanti kita diburu resah, gelisah, kesibukan, kejemuan, kemarahan yg tiada berkesudahan..

ingatlah wahai jiwa2 yang mencari ketenangan & kebahagiaan..

tak mengapa sekiranya kalian tak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kalian telah menempuh jalan. sebab kebahagiaan & ketenangan tu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi sepanjang jalan..


Genggam Al-Quran, ingat mati & berangkatlah. jalan mujahadah itu susah tapi indah!

“Tiadalah perkataan yang dikeluarkan seseorang, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib Atid.” (Qaf:18)

“Perut mereka jauh dari tempat tidur (mereka tidak tidur pada waktu biasa orang tidur, untuk mengerjakan sembahyang malam) sedang mereka berdoa kepada Tuhan dengan rasa takut dan harap.” (As-Sajadah: 16)

Selasa, 26 Mei 2009

isu landasan kereta api di Tenom (interview)


cahaya kehidupan (21:25): lillah..
nur (21:25): ye sy..
cahaya kehidupan (21:25): nak tau
cahaya kehidupan (21:25): yati balik kan
cahaya kehidupan (21:26): dulu ikut jalan tenom..
cahaya kehidupan (21:26): tapi sekarang
cahaya kehidupan (21:26): dah susah
cahaya kehidupan (21:26): takde keta api..
cahaya kehidupan (21:26): hehehe..
nur (21:26): yati naik kete api tu?
nur (21:26): hm...
cahaya kehidupan (21:26): a'aa..
cahaya kehidupan (21:26): dlu...
cahaya kehidupan (21:26): tapi pas ada kejadian
cahaya kehidupan (21:26): ari 2
nur (21:26): yati komen la bawh artikel tu
nur (21:26): critakan pngalamn yati
nur (21:26): kisah benar
nur (21:26): situasi sebenar
cahaya kehidupan (21:26): ermm..
cahaya kehidupan (21:27): tadi nak komen
cahaya kehidupan (21:27): low
cahaya kehidupan (21:27): insyaAllah..
cahaya kehidupan (21:27): tapi wireless ow..
cahaya kehidupan (21:27): insyaAllah nnt yati komen...
cahaya kehidupan (21:27): =)
nur (21:27): lillah baca newspaper pg tu
nur (21:27): ttg kisah d tenom
nur (21:28): dlm intenet skit je diorg tulis
cahaya kehidupan (21:28): lillah nak tau
nur (21:28): dlm surt khabr byk skit dgn gambr2
nur (21:28): citer la
cahaya kehidupan (21:28): ye2..
cahaya kehidupan (21:28): hehehe..
cahaya kehidupan (21:28): gnie..
cahaya kehidupan (21:28): dlu..
cahaya kehidupan (21:28): excited nak cite..
cahaya kehidupan (21:28): waktu yati mula2 masuk kat sini..
nur (21:28):
nur (21:28): excited nk dgr
cahaya kehidupan (21:29): yati nak keta api 2..
cahaya kehidupan (21:29): memang dari 2
cahaya kehidupan (21:29): mcm2 ja prob keta api 2
cahaya kehidupan (21:29): sbb dah lame kan
cahaya kehidupan (21:29): perjalanan yati
cahaya kehidupan (21:29): dari tenom ke beaufort
cahaya kehidupan (21:30): ermm..
cahaya kehidupan (21:30): tolak dari tenom
cahaya kehidupan (21:30): dalam jam 2.50 p.m sampai kat beaufort dalam 5.30 la g2..
nur (21:30): lama nya!!!
cahaya kehidupan (21:30): lama dalam perjalanan
cahaya kehidupan (21:30): sebab
cahaya kehidupan (21:30): iya..
cahaya kehidupan (21:30): kita singgah lagi
cahaya kehidupan (21:30): kat satu tempat
cahaya kehidupan (21:30): lupa nama
nur (21:31): ramai x biasanya yg naik kreta pi tu?
cahaya kehidupan (21:31): pelancong bekayak kalau tak silap kat sana
cahaya kehidupan (21:31): ambik pelancong
cahaya kehidupan (21:31): keta api 2
cahaya kehidupan (21:31): ramai sangat
cahaya kehidupan (21:31): especially
cahaya kehidupan (21:31): kalau time cuti sekolah gnie..
nur (21:31): oo
cahaya kehidupan (21:32): boleh takde tempat duduk..
cahaya kehidupan (21:32): pas2
cahaya kehidupan (21:32): duduk pun rapat2..
cahaya kehidupan (21:32): takde aircon tau
cahaya kehidupan (21:32): hehehehe
nur (21:32): hm..
nur (21:32): smnjk ketapi xda ni?
nur (21:32): yati cane balik ?
cahaya kehidupan (21:33): lau yati..
cahaya kehidupan (21:33): asal sipitang..
cahaya kehidupan (21:33): ada jalan darat g tenom..
cahaya kehidupan (21:33): kalau yang dari beaufort 2
cahaya kehidupan (21:33): kalau nak g tenom
cahaya kehidupan (21:33): kena pusing la..
cahaya kehidupan (21:33): sama ada lalu sipitang atau lalu kimanis untuk sampai ke tenom..
cahaya kehidupan (21:33): sian tau lillah..
cahaya kehidupan (21:33): biasa kan..
cahaya kehidupan (21:33): kalau on the waY g beaufort 2
cahaya kehidupan (21:34): keta api berhenti-henti juga
cahaya kehidupan (21:34): dan
cahaya kehidupan (21:34): untuk singgah orang kat jalan..
cahaya kehidupan (21:34): itu la..
nur (21:35): oo
nur (21:35): xda ura2 nk bina jalan k sna k?
nur (21:36): jalan raya?
cahaya kehidupan (21:36): cam ada dengar
cahaya kehidupan (21:36): dulu..
cahaya kehidupan (21:36): landasan 2
nur (21:36): takde k dgr mna2 yb nk wat jln
cahaya kehidupan (21:37): landasan atau keta api 2 je
cahaya kehidupan (21:37): cuma..
cahaya kehidupan (21:37): yang nak repair..
cahaya kehidupan (21:37): jalan raya takde pula..
cahaya kehidupan (21:37): jalan raya
nur (21:37): takkan slamanya nak naik kete api
nur (21:38): mesti nk ada jln raya gak
nur (21:38): sedangkan laut yg luas kita bole buat jambatan
nur (21:38): gunung tinggi kita tarah sbb nk buat jalan
nur (21:38): semua tu ada peruntukan kewangan
nur (21:38): bergantung kpd keperluan
nur (21:38): mcm tu juga dlm kes ni
nur (21:39): skrg ni ketepi xde..
nur (21:39): yati x pnh cuba naik troli?
nur (21:39):
cahaya kehidupan (21:39): ishhh...
cahaya kehidupan (21:39): tak la..
nur (21:39): hehe
cahaya kehidupan (21:39): mustahill..
cahaya kehidupan (21:39): jauh sangat nak naik troli 2
nur (21:40): kalau yg jln sipitang & kimanis tu brapa lama masa diambil nk k beaufot?
cahaya kehidupan (21:41): kalau ikut sipitang..
cahaya kehidupan (21:41): dalam 2 jam lebih la..
cahaya kehidupan (21:41): gitu..
cahaya kehidupan (21:41): kalau kiminas
cahaya kehidupan (21:41): sampai g keningau dulu
cahaya kehidupan (21:41): sebab kalau ikut kimanis..
cahaya kehidupan (21:41): jauh lagi la..
cahaya kehidupan (21:41): dari keningau baru p tenom..
cahaya kehidupan (21:41): tak pasti berapa la..
cahaya kehidupan (21:41): lagi jauh la
nur (21:41): tu naik bas ke?
cahaya kehidupan (21:42): kalau kami
cahaya kehidupan (21:42): compare sipitang
cahaya kehidupan (21:42): iku teksi
cahaya kehidupan (21:42): ni lagi satu prob..
cahaya kehidupan (21:42): dari sipitang p tenom..
cahaya kehidupan (21:42): tapi kan
cahaya kehidupan (21:42): sebab
cahaya kehidupan (21:42): ada masa teksi takde..
cahaya kehidupan (21:42): takde org g tenom..
nur (21:42): hm....
cahaya kehidupan (21:42): hari 2
cahaya kehidupan (21:43): pastu
cahaya kehidupan (21:43): teksi tenom sipitang
cahaya kehidupan (21:43): yati tunggu dekat 2 jam kot
cahaya kehidupan (21:43): pemandu tu
nur (21:43):
cahaya kehidupan (21:43): bawa yati je sorg balik..
cahaya kehidupan (21:43): bus nak g tenom dari sipitang
cahaya kehidupan (21:43): takde lagi..
cahaya kehidupan (21:43): tambang sipitang tenom rm25
nur (21:43): mahal..
cahaya kehidupan (21:44): ermm...
nur (21:45): lillah search maps sipitang kimanis tenom beaufort di google..
nur (21:45): hm..
cahaya kehidupan (21:46): hehehe..
cahaya kehidupan (21:46): demi balik kg..
cahaya kehidupan (21:46): sanggup..
nur (21:47): yati biasanya balik naik flight trun d airpot mne?
nur (21:49): sblm ni brapa harga tiket ketapi pejalann yati dr tenom beaufot tu?
cahaya kehidupan (21:52): yang dari beaufort
cahaya kehidupan (21:52): yati terfikir juga
cahaya kehidupan (21:52): budak2
cahaya kehidupan (21:52): tapi kan..

cahaya kehidupan is Available (21:53) - epi.. lillah tengah online.. luv u my friend..=)

cahaya kehidupan (21:53):
yang dari beaufort




nur (21:53): tapi apa?
nur (21:53):
cahaya kehidupan (21:58): susuh la nak balik
cahaya kehidupan (21:58): yang sekolah teknik kat keningau nie
cahaya kehidupan (21:58): ramai juga dorg 2
nur (21:59): diorg balik mcm ne skrg?
cahaya kehidupan (22:00): yati balik tak naik flight
cahaya kehidupan (22:00): dulu..
cahaya kehidupan (22:00): sebab yati penah nek keta api dengan dorg..
cahaya kehidupan (22:00): kena pusing la..
nur (22:01): budakw skolah teknik tu pun kne ikut sipitang kimanis juga la?
cahaya kehidupan (22:06): lupa
cahaya kehidupan (22:06): sama ja kat sabah
cahaya kehidupan (22:06): rm2. lebih
nur (22:06): apa yg rm2?
cahaya kehidupan (22:07): tambang
cahaya kehidupan (22:07): keta api tenom beaufort..
nur (22:07): ooo
cahaya kehidupan (22:07): rm2 lebih..
cahaya kehidupan (22:07): tak ingat berapa sen..
nur (22:07): hm...
nur (22:07): yati citer la apa2 lg ttg pnglmn yati
nur (22:08): lillah nak publish dlm blog
nur (22:08): ttg hal ni
cahaya kehidupan (22:29): lillah...
cahaya kehidupan (22:30): penumpang2
cahaya kehidupan (22:30): emm..
cahaya kehidupan (22:30): baru ingat..
cahaya kehidupan (22:30): ada juga bawa anjing
cahaya kehidupan (22:30): dan gas
cahaya kehidupan (22:30): org tua
nur (22:30): gas?
nur (22:30): tong gas masak?
cahaya kehidupan (22:30): iya..
cahaya kehidupan (22:31): tong gas masak..

Isnin, 25 Mei 2009

hujan batu di Malaysia ..... :-(

Penduduk mengambil upah menolak troli untuk membawa guru ke sekolah serta warga tua dan kanak-kanak di Tenom.

Menolak troli?

di manakah Tenom?

  • bahagian tengah-tengah pedalaman Sabah yang bergunung-ganang kah?

  • bahagian Timur Sabah yang terpencilkah?


Lihatlah peta di atas dan cari di mana kedudukan Tenom.. ianya terletak di Barat Sabah..

Apa yang berlaku ni??

Apa isu nya?????


Mangang (depan sekali) bersama Mariana dan anak terpaksa menolak troli buatan sendiri dari pekan Tenom ke rumah mereka di Kampung Stesen Pangi akibat ketiadaan perkhidmatan kereta api.

kemana perginya kereta api tu?

PENDUDUK kampung sepanjang landasan kereta api dari Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh sejauh kira-kira 10 kilometer terpaksa mengharungi penyeksaan setiap kali menolak troli berulang-alik ke pekan Tenom.

Perjalanan menggunakan troli buatan sendiri berasa amat memeritkan. Penat lelah menujah kayu untuk menggerakkan troli di landasan sepatutnya dimudahkan dengan hanya melabuhkan punggung di kerusi kayu kereta api berenjin diesel.

Pada usia 64 tahun, peniaga kedai runcit, Benedict Mangang Engkim, terpaksa memerah keringat berulang-alik dari rumahnya di Kampung Stesen Pangi ke pekan Tenom tiga kali seminggu untuk membeli pelbagai barangan dapur.

"Apa boleh buat, nasib kami begini. Kalau ada kereta api, tambangnya tidak sampai seringgit untuk ke pekan Tenom. Dua puluh minit sudah sampai di pekan. Saya boleh beli macam-macam barang untuk dimuatkan dalam gerabak.

"Sekarang saya terpaksa membawa beras dan bermacam-macam lagi barangan makanan dari pekan Tenom ke kampung semata-mata untuk membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan bahan makanan," kata lelaki tua itu.

Dengan mengeluarkan kos RM130, Mangang membina troli berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter semata-mata untuk meneruskan perniagaannya sejak 40 tahun lalu.

Namun, penderitaan membawa bahan perniagaan menggunakan troli tidak seperit membawa isterinya, Inih Buragang, berusia 83 tahun yang lumpuh dan menghidap darah tinggi ke Hospital Tenom.

Sehari dalam sebulan, Mangang terpaksa membawa isterinya ke hospital berkenaan. Terik sinar matahari dan hujan terpaksa ditempuh semata-mata memastikan isterinya menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagi Mariana Ansabung, 38, derita penyakit tibi yang dihidapinya sejak enam bulan lalu semakin menyeksakan apabila terpaksa menolak troli untuk ke pekan Tenom.

Di sebalik menahan kesakitan, Mariana terpaksa menolak troli untuk menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan setiap lima hari dalam sebulan.

"Saya tidak larat menolak troli seorang. Saya terpaksa meminta bantuan anak saya, Susanti yang berumur 12 tahun untuk ke hospital. Saya merayu kerajaan segera membaiki landasan untuk memudahkan kami ke pekan," ujarnya.

Turut mengerah kudrat empat kerat menolak troli ialah ibu kepada enam anak, Bina Pintu, yang berusia 34 tahun. Setiap kali memperoleh hasil tangkapan ikan memuaskan di Sungai Padas, Bina akan ke pekan Tenom.

Baung, pelian, lampam, haruan dan belida yang terperangkap di mata jaring tangsi yang dipasangnya setiap malam, perlu dijual di pekan Tenom. Ketika fajar menyinsing, Bina memulakan perjalanan dari Kampung Stesen Pangi ke pekan berkenaan.

"Ada penduduk mengambil upah membawa guru dari Tenom ke Sekolah Kebangsaan Pangi di kampung ini. Ada juga yang membawa pelancong dengan upah RM5 seorang," ujarnya.

Perit jerih menolak troli dengan membawa penumpang terbayar juga apabila mereka menerima bayaran yang tidak seberapa itu.

Namun, Bina dan penduduk yang lain tetap mengharapkan agar perkhidmatan kereta api disambung semula kerana semestinya roda troli tidak sehebat pacuan kereta api.

INFO: Kereta Api

  • Jarak 49km dari Stesen Kereta Api Tenom ke Stesen Kereta Api Beaufort

  • Enjin diesel

  • Beroperasi sejak 1970

  • Kemalangan di Sungai Padas di Kampung Tenom Lama pada 9 April 2008

    Troli

  • Diperbuat daripada papan 2.17 x 2.17 meter.

  • 0.89 meter jarak antara roda dengan roda .

  • Mengelilingi sembilan kampung dari Stesen Kereta Api Tenom ke Kampung Rayoh Tenom Lama, Masisilau, Pangi Seberang, Motolob, Stesen Pangi, Kelandos, 78, 75 dan Rayoh.

  • Jarak enam km dari Stesen Kereta Api Tenom ke Kampung Stesen Pangi

  • Jarak 15km dari Stesen Kereta Api Tenom ke Kampung Rayoh.

  • Dua jam menolak troli dari Stesen Kereta Api Tenom ke Kampung Stesen Pangi.


  • timbul persoalan :
    • Adakah negara kita yang mampu membina bermacam-macam bangunan dan projek berjuta-juta ringgit tidak mampu membina sebatang jalan raya bagi menggantikan landasan kereta api?

    • di manakah pemimpin yang sepatutnya turun membela nasib masyarakat?


    sumber :
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090524070318/Article/index_html

    p/s:mak lillah kata "ni yang kita perlukan aktivis masyarakat ni!"

    Sabtu, 23 Mei 2009

    kawan saya tak mahu solat... camana cara nak bantu diorang?? :-(


    Soklan:

    Salam.. maaf kiranya menganggu.. saja ja.. K.lillah, sebenarnya saya tak tau nak cakap macam mana.. emm.. saya sedar diri tak banyak ilmu tapi rasa kesian dekat rakan-rakan di tempat kerja bcoz rasa diorang tak solat.. betul ke tak wallahua'lam tapi memang tak pernah nampak pun..

    lagi satu pergaulan pun bebas je.. tu pasal saya macam tak boleh campur dengan diorang.. saya tak tau nak tolong macam mana.. sekarang just berdoa je la yang boleh saya buat. tak tau pulak nak bantu cara lain...

    jawapan :

    w'salam.. maaf lambat balas ;-)

    adik jangan putus asa.. keep up berdoa & layan mereka dgn penuh rasa kasih sayang... B-)
    Kalau boleh biar diorang tau yang adik care tentang diorang...
    rajin-rajinlah bagi nasihat & motivasi pada diorang...
    nanti lama-lama diorang akan mula memberi kepercayaan kepada adik... dan bila diorang dah yakin dan percaya pada adik, diorang akan jadikan adik sebagai tempat rujukan, tempat luahan perasaan or tempat bertanya pandangan... %-D

    masa tu adik nasihatlah diorang supaya jaga hubungan dengan Allah...
    Bila hubungan dengan Allah baik, insya'Allah hubungan dengan manusia setel...
    thats why pentingnya kita menjaga solat 5 waktu...

    Akak doakan supaya kita semua menjadi pencetus hidayah kepada orang di sekeliling kita... amin... ;-D

    sayang- sayang.... tinggal-tinggalkan..




    orang kata sayang-sayangkan isteri... tinggal-tinggalkan..



    sayangkan anak.. tangan-tangankan...





    sayangkan mak abah?




    walaupun sayang dan tak suka meninggalkan my family kesayangan terpaksa juga meninggalkan.. jadual aktiviti bulanan ni padat dan sarat.. ada gap beberapa hari je untuk pulang ke rumah.. tu pun pulang ke rumah sempat basuh baju je.. keluarkan dari beg pakaian kotor.. masuk washing machine.. masuk drying machine.. lipat semula masuk beg..




    mak punyalah tak bagi lillah start kerja bulan mei ni sebab nak anak dara dia ni duduk rumah belajar menjahit.. belajar memasak.. teman dia pergi shopping.. teman dia pergi main dengan cucu sedara dia... bila ditanya kenapa tiap2 minggu nak pergi rumah cucu sedara dia, jawapan mak:



    "saja... nak menghiburkan hati..."



    mak tinggal sendirian di rumah.. adik2 saya semua di asrama.. abah pulak selalu outstation.. secara teknikalnya cuti ni saya yang kene teman mak di rumah...




    kesian mak..




    secara praktikalnya... anak dara dia ni pulak ke hulu ke hilir dengan program2 luar.. mak nak menghalang tak sampai hati sebab faham dengan setiap komitmen yang anak dia ni join.. mak memang tahu setiap gerak geri anak nya ni.. setiap program yang anak dia ni join, mak akan diterangkan secara roughly tentng program tu.. bila anak dia habis program tu, mak dia akan dapat laporan penuh dari anaknya... mak lah pengomen setia kepada anaknya.. pengkritik paling jujur dan telus kepada anaknya ni....






    "mak... kakak nak pergi dakwah ni..."pujuk saya...



    mak cair bila dengar perkataan dakwah. :)



    sebab mak faham kewajipan berdakwah..



    tiap2 pagi dalam pukul 7 tu kami anak beranak kene duduk sit untuk sama2 baca kitab fadhilat amal.. so masa tu ada chapter khas tentang fadhilat tabligh yang menekankan kepentigan berdakwah...



    Alhamdulillah mak memahami jiwa anaknya ni...




    "sat je (sekejap je).. nanti bila kakak dah ada baby.. kakak dah tak de la seaktif ni.."pujuk saya kepada mak... mak tergelak...



    "eleh... macam la mak tak kenal prangai dia.. nanti entah2 dia hantar baby dia pada mak sebab dia nak pergi program.."sambung mak.. tergelak saya mendengar jawapan mak..



    "hm.. ada kemungkinan juga.. tapi tak kot.. kesian kat mak.. kakak hantar nurseri..."balas saya.



    "eh takpe... hantar kat mak la.. bukan susah nak jaga cucu sulung.. lain la kalau dah ramai cucu nanti..."balas mak.. kami ketawa..


    ~lillah dgn cucu ayah & ibu angkat yg cute~





    saja je nak ceria2kan wajah mak yang sedang redha dengan perjuangan anaknya ni... :)




    lillah baru balik dari rumah keluarga angkat di Guar Lobak, Seberang Prai.. lillah ke sana ditemani kak mas.. kami singgah ke sekolah tempat kak mas pernah buat latihan mengajar.. hm.. bukan je anak murid yang rindukan cikgunya.. cikgunya pun dah tak tertahan rindukan anak muridnya...hehe.. kami datang memberi semangat pada anak2 murid kak mas yg sedag exam..

    ~anakanda murid2 kesayangan sdg exam..~



    then kami meneruskan perjalanan ke rumah ibu dan ayah angkat lillah... selamba je bawa kak

    mas.. nak bagi ramai sikit anak angkat ayah dan ibu. hehe..


    ~cikgu Mas @ kak Mas ku sayang~



    ibu ayah orang kampung... anak-anak dah berkahwin semuanya dan tinggal di rumah masing2.. tinggal ibu dan ayah berdua2an aje... diserikan dengan cucu-cucu yang selalu singgah sebab rumah sebelah sekolah rendah....


    banyak yang dapat dipelajari dari ibu dan ayah tentang politik, ekonomi, sosial etc...


    apa yang paling istimewa ialah bila ayah berpesan tentang budibahasa dengan orang tua... yang ni mahal...



    ayah kata.. walau macam mana hebatpun kita ni.. dan walau macam mana lekeh pun orang tua kita ni...


    sayang mak ayah mertua macam sayang mak ayah sendiri...


    jangan buat mereka(org tua) rasa diri mereka bodoh... kalau kita berkahwin dengan orang yang berada.. janganlah sampai mak ayah kecik hati.. berkahwinlah dengan restu mak ayah... terimalah teguran mak ayah dengan sabar.. kalau nasihat mak ayah dah tak nak dengar, nasihat sapa lagi nak dengar... walau macam mana meluat dengan mak ayah tu, baliklah jenguk mak ayah tu.. walau macam mana meluat dengan tindakan mak ayah tu, sembanglah dengan kasih sayang... ingatlah yang kita ni pun satu hari nanti akan tua juga...



    penting dan sangat2 penting... untuk doa setiap kali lepas solat supaya dapat jodoh yang baik dan dari keluarga yang baik-baik... sebab banyak kes yang anak jadi kurang ajar sebab tersalah memilih pasangan hidup... ~_~

    ~ibu ayah & adik angkat kesayangan~



    sekarang ni lillah di rumah kak mas.. esok pagi baru balik ke rumah... dari semalam mak asyik hantar sms tanya bila nak balik..

    Makkkkkkkkkkk..... kakak nak balik rumah......!! nak mak abah kakak!!




    minggu depan ada program di kedah lagi... tiggalkan lagi keluarga tersayang ni..
    berpisah sementara dengan orang yang kita sayang adalah suatu kemestian seandainya kita hendak berjuang...
    berpisah selamanya dengan orang yang kita sayang adalah suatu kemestian setelah perjuangan kita selesai... bersediakah kita?

    Ya Allah... jadikanlah diriku, keluargaku, keturunanku dan sahabat2ku sebagai punca hidayah kepada orang di sekelilig kami.. jadikanlah akhlak kami seperti yang Kau cintai.. jadikanlah hidup dan mati kami seperti yang Kau cintai... Amin...


    Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....