Jumaat, 5 Disember 2008

hadis ahad sbg hujah dlm akidah

HADIS AHAD SEBAGAI HUJJAH DALAM PERSOALAN AQIDAH

http://aqidah-wa-manhaj.blgospot.com

Defini hadis Ahad:

Pengertian ahad secara etimologi berasal dari kata “Ahad” atau “Wahid” bererti satu. Maka khabar ahad خبر احد atau khabar wahid خبر واحد adalah suatu berita (khabar) yang disampaikan oleh satu orang sahaja. (Lihat: Al-hadis an-Nabawi Mustalahatuhu Balagatuh Ulumuhu, m/s. 21, Muhammad as-Shabbag)

“Hadis Ahad ialah hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis mutawatir atau tidak memenuhi sebahagian dari syarat-syarat mutawatir.” (Lihat: Syarah Nukhbatu al-Fikri oleh al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah (m/s. 4-8), al-Ahkam oleh Imam al-Amidi rahimahullah (2/31). Lafaz al-Amidi adalah: “Yang lebih pasti untuk hadis Ahad ialah, salah satu hadis yang tidak sampai ke tingkatan mutawatir”)

Hadis Ahad adalah hadis yang berada di bawah nilai hadis sahih setelah memenuhi ketentuan maqbul (diterima), dan beramal dengannya adalah wajib. Jumhur ulama, sama ada dari kalangan sahabat atau tabi’in serta para ulama setelahnya sama ada dari kalangan ahli hadis, ahli fiqh ataupun ahli usul berpendapat bahawa hadis ahad yang sahih itu dapat dijadikan hujjah yang diamalkan. Kewajipan beramal dengannya didasarkan atas kewajipan syar’i bukan atas dasar akli (akal). (Lihat: Qawaid at-Tahdis min Funun Mustalah al-Hadis, m/s. 147-148, Muhammad Jamal ad-Din al-Qasami)

Menurut ulama ahli hadis bahawa hadis ahad yang ada pada kitab al-Jami’ as-sahih oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, menunjukkan kepada ilmu yakin. (Lihat: Qawaid at-Tahdis min Funun Mustalah al-Hadis, m/s. 148, Muhammad Jamal ad-Din al-Qasami) Dengan demikian keadaannya, maka hadis ahad dalam kedua kitab ini memberi faedah yang qat’i (iaitu nilaian hadis sahih).

Kriteria yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi'i rahimahullah merupakan kriteria yang dibuat oleh para ulama ahli hadits (mushthalah), yaitu:

1. Sanadnya tersambung (tidak putus/muttashil).

2. Para perawinya adil.

3. Perawinya dhabit (tepat dan sempurna hafalannya).

4. Selamat dari syudzudz. Yang dimaksud dengan syudzudz adalah riwayatnya bertentangan dengan riwayat orang lain yang lebih tsiqah darinya.

5. Selamat dari cacat yang menjadikannya cedera. (Lihat syarat-syarat hadits dalam kitab Ikhtishar 'Ulum al-Hadits (hal. 10) dan kitab Tadrib ar-Rawi (hal. 22), juga kitab Lamahaatfi Ushul al-Hadits (hal. 11))

Semua syarat atau kriteria ini sebenarnya telah pun disebutkan oleh Imam asy-Syafi'i rahimahullah melalui ucapannya seperti di atas, sekalipun tidak berurutan seperti yang diurutkan oleh para ulama ahli hadis. Dengannya juga telah menunjukkan bahawa betapa dalamnya ilmu Imam asy-Syafi'i rahimahullah dalam bidang hadis. Oleh kerana itu, kitab-kitabnya dipenuhi dengan serangkaian dalil dan dasar atas hujjah-hujjah Sunnah, serta bantahan terhadap orang yang menentangnya dan terhadap orang yang mengambil hadis hanya sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

SYARAT-SYARAT DITERIMANYA HADIS

Imam asy-Syafi'i rahimahullah menceritakan:

Sesorang berkata: “Sebutkan kepadaku batas minima sebagai syarat untuk diterimanya hujjah terhadap ahli ilmu sehingga berita atau riwayat orang khusus diterima dan digunakan bagi mereka.”

Aku menjawab: “Riwayat satu orang dari satu orang, hingga sampai kepada Nabi atau hingga ke bawah. Hujjah dan berita dengan riwayat satu orang tidak dapat diterima melainkan jika memenuhi sejumlah kriteria (syarat).

Di antara kriteria tersebut adalah yang meriwayatkannya adalah seorang yang tsiqah dalam agama, dikenali jujur dalam berbicara, faham dengan apa yang diriwayatkannya, mengetahui maksud lafaz, dan ketika menyampaikan hadis ia menyampaikannya bersesuaian dengan apa yang didengarinya persis dengan huruf-hurufnya dan tidak menyampaikannya dengan maknanya (dengan lafaznya dari dirinya sendiri).

Kerana bila ia meriwayatkannya dengan makna (dengan pemahamannya), padahal ia tidak mengetahui maksud lafaz, maka boleh jadi dia salah memahami sehingga seharusnya haram, malah ia katakan halal. Dan apabila ia menyampaikannya (meriwayatkannya) dengan huruf-hurufnya, maka tidak dikhuwatirkan terjadinya kesalah-fahaman.

Ia harus meriwayatkannya seperti itu sama ada dengan cara dihafal atau pun ditulis.

Bila ada ahli penghafal hadis yang lain meriwayatkan hadisnya, maka riwayatnya harus sama dengan riwayatnya itu. Juga ia tidak, maka tergolong seorang mudallis dengan meriwayatkan dari seseorang yang dijumpainya, suatu riwayat yang tidak didengar olehnya, ia harus meriwayatkan dari Nabi riwayat yang tidak berbeza dengan apa yang diriwayatkan oleh orang-orang tsiqah dari Nabi.

Begitulah kriteria yang harus dimiliki, bermula dari perawi terendah (paling bawah) sehingga paling atas yang sampai kepada Nabi. Kerana masing-masing dari mereka diakui oleh orang yang mengambil riwayatnya dan oleh orang yang riwayatnya diambil darinya, sehingga masing-masing dari mereka wajib memenuhi kriteria ini.”

(Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah memberi komen ke atas ucapan Imam asy-Syafi'i rahimahullah sebagai berikut: “Lihatlah kitab Ikhtilaf al-Hadis Imam asy-Syafi'i dengan al-Hasyiah (juz 7 hal. 2-38 ), dari kitab al-Umm, juga ucapannya pada kitab Jima’al-‘Ilm berkenaan dengan syaratnya ini.” Syaikh Ahmad Syakir berkata: “Sesiapa saja yang memahami ucapan Imam asy-Syafi’i rahimahullah pada bab ini, pasti dia akan mendapati, bahawa Imam asy-Syafi’i telah merangkumkan kaedah-kaedah yang sahih (jelas/tepat) tentang ilmu al-Hadis (al-Mushthalah), dan bahawa dialah yang pertama kali menjelaskan secara jelas berkenaan dengannya, dia juga sebagai pembela hadis yang paling unggul serta orang yang berhujjah berkenaan wajibnya mengamalkan Sunnah, Imam asy-Syafi’i juga memberi bantahan terhadap orang-orang yang menentang dan menolak hadis. Benarlah penduduk Makkah yang menggelari Imam asy-Syafi'i rahimahullah dengan gelaran Nashir as-Sunnah (Pembela Sunnah), semoga Allah meredhainya.” (Lihat ar-Risalah, Imam asy-Syafi’i, (m/s. 369))

GOLONGAN YANG MENOLAK HADIS AHAD

Di antara golongan yang menolak hadis ahad ialah kelompok Qadariyah, Rafidhah, Ahli Zahir dan Muktazilah (diketuai oleh al-Jubba’i).

Terdapat pandapat yang mengatakan: “Hadis ahad itu tidak boleh dijadikan pedoman dan pegangan dalam akidah, kerana akidah wajib berdasarkan dalil yang qat’i iaitu ayat al-Quran atau hadis Rasulullah supaya dapat diterima”.

Maka penadapat ini ditolak, kerana apabila hadis yang perawinya terpercaya (tsiqah) dan sampai kepada kita dengan sanad yang sahih, ia wajib diimani dan dibenarkan, sama ada berupa hadis ahad atau hadis mutawatir. Inilah mazhab para ulama salaf as-soleh yang berdasarkan perintah Allah:

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka”. (Surah al-ahzaab, 33: 36)

“Taatilah Allah dan Rasul-Nya” (Surah Ali Imran, 3: 32)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata:

“Sesungguhnya sudah terkenal perbuatan (amalan dan penerimaan) para sahabat dan tabi’in yang berlandaskan hadis ahad tanpa penolakan. Maka telah sepakat mereka untuk menerima hadis ahad”. (Lihat: Fathul Bari 13/234)

Ibnul Abil Izzi berkata:

“Hadis ahad jika para umat menerima sebagai dasar amalan dan membenarkannya, maka dapat memberikan ilmu yakin (kepastian) menurut jumhur ulama. Kerana hadis ahad termasuk sebahagian hadis mutawatir. Sedangkan bagi kalangan ulama salaf tidak ada perselisihan dalam masalah ini”. (Lihat: Syarah Akidah ath-Tahawiyah, m/s. 399-400, Ali bin Ali bin Abi Izzi al-Hanafi. Tahqiq dan takhrij oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Ada orang bertanya kepada Imam asy-Syafi’e, lantas dia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam telah menetapkan demikian dan demikian, lalu orang itu bertanya kepada Imam asy-Syafi’e: Bagaimana pendapat tuan? Imam asy-Syafi’e berkata:

“Maha Suci Allah! Apakah kamu melihat aku dalam bai’at, kamu melihat saya diikat? Aku berkata kepadamu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam telah menetapkan, dan kamu bertanya bagaimana pendapatmu?”

Kemudian Imam asy-Syafi’e menjawab: “Apabila aku meriwayatkan hadis sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Lalu aku tidak mengambilnya, maka aku akan meminta kamu agar menjadi saksi bahawa akal-ku telah hilang. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq alal-Jahmiyah wal-Mu’tazilah, 2/350. Ibnul Qayyim. Dan Lihat: Ar-Risalah, m/s. 401, Imam asy-Syafie)

Di sini telah jelas dapat kita lihat bahawa Imam asy-Syafie tidak mensyaratkan melainkan cukup dengan kesahihan hadis tersebut”. (Lihat: Ittihaf al-Jamaah, 1/1)

Imam asy-Syafie tidak membezakan di antara hadis ahad atau mutawatir, hadis tentang akidah atau amaliyah. Namun yang dibincangkan hanya berkisar tentang sahih tidaknya suatu hadis.

Imam Ahmad berkata:

“Semua yang datang dari nabi Shallallahu ‘alaihi waSalam dengan sanad yang baik, maka kita tetapkan, dan bila tidak tetap (tidak sah) dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salam maka kita tidak menerimanya, maka kita kembalikan urusan itu kepada Allah.

Allah berfirman:

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”. (Surah al-Hasyr, 59: 7)

Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

“Hadis setelah jelas sudah tetap (sahih), semua umat Islam sepakat wajib untuk mengikutinyaa”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa, 19/85, Ibnu Taimiyah)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Saya menolak orang yang mengingkari hujjah hadis ahad. Termasuklah dalam hal ini pemberitahuan sebahagian sahabat kepada sebahagian yang lain demi berpegang teguh pada apa yang diberitakan oleh salah seorang dari mereka dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tidak ada seorang pun dari mereka yang berkata kepada seseorang yang menyampaikan berita dari Rasulullah: Beritamu adalah berita individu (Khabar wahid/hadis ahad) yang tidak memberi faedah ilmu sehinggalah ia mutawatir”.

“Malah jika salah seorang antara mereka meriwayatkan hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam kepada orang lain berkenaan sifat-sifat Allah, maka mereka terus menerimanya. Dan sifat itu diyakini dengan pasti, sebagaimana meyakini melihat, firman-Nya dan panggilan-Nya kepada hamban-Nya pada hari kiamat dengan suara yang dapat didengar dari tempat yang jauh, serta turunnya ke langit dunia setiap malam dan menguasai langit serta Maha Kekal. Barangsiapa yang mendengar hadis ini dari orang yang menceritakannya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam atau sahabat, maka dia wajib yakin di atas ketetapan maksud dari hadis ahad yang adil dan benar. Dan hadis ahad tidak diberitakan sehingga mereka menetapkan sebagai hadis hukum.

Mereka tidak menuntut penjelasan dalam meriwayatkan hadis ahad tentang sifat secara pasti, tetapi mereka terus menerima, membenarkan dan menetapkan maksud dari hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Dan bagi orang yang berpaling dari hadis maka dia akan tahu tentang hal itu. Dan jika masalah itu belum jelas, nescaya kami akan menerangkan lebih dari seratus pembahasan”. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq, 2/361, Ibnul Qayyim)

“Maka inilah sikap orang yang menafikan (meniadakan) hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang membuang kesepakatan sahabat dan tabi’in serta para imam. Adapun yang menolak hadis ahad itu adalah orang-orang yang sependapat dengan Muktazilah, Jahmiyah, Rafidhah dan Khawarij yang telah rosak kehormatannya. Dan pendapat itu diikuti oleh sebahagian ulama usul dan fuqaha. Bahkan para imam telah menjelaskan perbezaan pandangan golongan ini dari pendapat yang mengatakan bahawasanya hadis ahad memberikan faedah ilmu. Demikian pendapat Malik, asy-Syafi’e, dan murid-murid Abu Hanifah dan Daud Ibn Ali dan muridnya seperti Muhammad ibn Hazm. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq, 2/361-362, Ibnul Qayyim)

Ibnul Qayyim seterusnya menyanggah mereka yang menolak hadis ahad, beliau menjelaskan: “Kaitan/hubungan di antara as-sunnah dan al-Qur’an dalam tiga perkara, iaitu:

1 - Kesesuaian terhadap ketentuan yang terdapat di dalam al-Qur’an.

2 - Hadis ahad juga merupakan mubayyin atau penjelas terhadap apa yang dimaksudkan atau dikehendaki oleh al-Quran.

3 - Hadis adalah menetapkan hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran. Alternatif ketiga ini (menurut beliau) merupakan ketentuan yang ditetapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri yang wajib ditaati bersesuaian dengan firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 79. Ketaatan terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam untuk alternatif yang ketiga ini, tidak hanya ditujukan oleh hadis mutawatir, kerana jumlah hadis mutawatir hanya sedikit. Padahal sangat banyak masalah yang belum ditentukan ketetapan hukumnya melalui al-Qur’an yang hanya boleh diperolehi melalui hadis ahad, seperti mana keadaannya hukum haram mengumpulkan dua isteri yang bersaudara (isteri dan kakak atau makciknya), haram menikahi saudara sepersusuan, larangan berpuasa bagi wanita yang haid, hak waris bagi datuk dan nenek, hak pilih bagi seorang wanita hamba apabila dimerdekakan, ‘iddah bagi wanita yang cerai mati dan masih banyak lagi masalah-masalah lainnya. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq, 2/361-362, Ibnul Qayyim)

Adapun yang mengingkari hujjah hadis ahad kerana kesamaran atau hadis ahad mengandungi dzan (keraguan), dan mereka maksudkan dengan dzan adalah dengan dzan yang lebih kuat, kerana menurut mereka kemungkinan terjadi adanya kesalahan seseorang atau kelalaiannya. Prasangka yang kuat pula hanya dapat diamalkan dalam masalah hukum dan tidak boleh mengambilnnya dalam masalah akidah. Mereka beralasan dengan sebahagian ayat yang melarang mengikuti prasangkaan, sebagaimana firman Allah:

“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti perasangka, sedangkan sesungguhnya prasangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran”. (Surah an-Najm, 53: 28)

Untuk menjawab penyimpangan ini perlu dijelaskan, bahawa hujjah mereka dengan ayat ini tidak dapat diterima. Kerana dzan di sini bukan perasangka yang boleh kita lakukan, akan tetapi, prasangka yang berupa keraguan, dusta dan hanya berkira-kira. Dalam kitab an-Nihayah, al-Lisan dan selainnya dari kitab kamus bahasa, dzan adalah bererti “keraguan”.

Ibn Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di bawah ini:

“Dan tidaklah mereka mempunyai ilmu tentangnya”

Maksudnya, mereka tidak memiliki pengetahuan yang benar yang boleh membenarkan ucapan mereka, bahkan perkara tersebut merupakan dusta dan mengada-adakan sesuatu serta kufur yang sangat keji. Adapun mengenai ayat:

“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka, sedangkan sesungguhnya prasangka itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran”.

Ayat ini bermakskud: “Tidak dapat menepati (menggantikan) kebenaran”.. Kerana dalam hadis yang sahih Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Berhati-hatilah tehadap prasangka buruk, kerana perasangka buruk itu sedusta-dusta percakapan”. Dan keraguan serta dusta adalah perbuatan yang dicela oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti perasangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”. (Surah al-An’am, 6: 116)

Allah mensifati mereka yang berperasangka sebagai mengada-adakan yang tidak ada dan berdusta. Jika kebohongan dan dusta itu yang menjadi dzan, maka dalam masalah hukum sekalipun maka ia tetap tidak boleh dipakai. (Lihat: Al-Akidah fil-Allah, Umar Sulaiman as-Syaqr) Kerana hukum tidak didirikan di atas keraguan dan perkara yang diada-adakan (dzan).

Adapun kelalaian seorang rawi, maka hadis ahad yang diriwayatkannya harus ditolak, sebab rawi semestinya terpercaya dan dhabit, maka hadis yang sahih itu tidak boleh mengandungi kesalahan rawi. Sedangkan menurut kebiasaan ahli hadis, bahawa rawi terpercaya yang tidak lupa dan tidak dusta tidak boleh ditolak hadisnya.

Dalam hal ini, para Sahabat dan orang-orang sesudahnya yang terdiri dari para tabi'in dan generasi Salaf umat ini, samaa ada yang menyatakan, bahawa hadis Ahad itu menunjukkan ilmu yang yakin ataun pun yang berpendapat hadis Ahad menunjukkan dzan (keraguan), mereka berijma’ (sepakat) atas wajibnya mengamalkan hadis Ahad, tidak ada yang berselisih dari mereka kecuali kelompok yang tidak masuk perkiraan (tidak diambil kira), seperti sebahagian Mu’tazilah dan Rafidhah. (Al-Ahkaam oleh al-Amidi (2/64), Irsyad al-Fukul (hal. 48-49))

Al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah berkata dalam kaitan ini:

”Kewajiban mengamalkan hadis Ahad itu adalah pendapat seluruh tabi’in dan para fuqaha sesudahnya di seluruh negeri hingga kini. Tidak ada keterangan yang sampai kepada kami berkenaan adanya salah seorang dari mereka yang menentangnya atau menyalahinya." (Lihat al-Kifayah (hal. 72))

DALIL HADIS AHAD SEBAGAI HUJJAH

Setelah jelas kelemahan alasan mereka yang menolak hadis ahad sebagai hujjah dalam masalah akidah, maka dalil yang mewajibkan menerimanya terlalu banyak, sama ada dari al-Quran atau hadis-hadis sahih. Antaranya ialah:

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang untuk menimba ilmu (menambahkan) pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”. (Surah at-Taubah, 9: 123)

Ayat ini memerintahkan kepada kita untuk belajar agama. Perkataan “golongan (ath-thaifah) tersebut dapat digunakan untuk seorang atau beberapa orang. Imam al-Bukhari berkata: Seorang manusia boleh dikatakan golongan sebagaimana firman Allah:

“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang berperang, maka damaikanlah antara mereka”

Maka jika ada dua orang yang berperang, orang tersebut masuk dalam erti ayat di atas. (Lihat: Sahih al-Bukhari dan Fathul Bari, 13/231) Jika perkataan seseorang yang berkaitan dengan masalah agama dan dapat diterima, maka ini sebagai dalil bahawa berita yang disampaikannya itu adpat dijadikan hujjah. Belajar agama itu meliputi akidah dan hukum, bahkan belajar akidah itu lebih penting dari belajar hukum. (Lihat: Akidah fii Allah, m/s. 51, Sayyid Sabiq)

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka selidikilah dengan teliti”. (Surah al-Hujuraat, 49: 6)

Dalam bahagian “Qiraat”, فَتَبَيَّنُوْا ia bermaksud “Berhati-hati”. Ini menunjukkan atas kepastian dalam menerima hadis seseorang yang terpercaya. Dengan demikian dalam persoalan hadis yang jelas sahih tidak memerlukan kehati-hatian kerana ia tidak terlibat kefasikan-kefasikan yang diceritakan itu yang tidak memberikan pengetahuan yang perlu untuk diteliti sehingga mencapai darjat ilmu. (Kewajipan Mengambil Hadis Ahad Dalam Akidah, m/s. 7, Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil-amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat berkenaan sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya)”. (Surah an-Nisa’, 4: 59)

Ibnul Qayyim berkata:

“Orang Islam sepakat bahawa mengembalikan kepada Rasul adalah ketika beliau masih hidup dan kembali kepada sunnahnya adalah setelah baginda wafat. Mereka pun telah sepakat pula bahawa kewajipan mengembalikan hal ini tidak akan pernah gugur dengan sebab meninggalnya Rasulullah. Bila hadis mutawatir dan ahad itu tidak memberikan ilmu dan kepastian (yakin) maka mengembalikan kepadanya itu tidak perlu”. (Lihat: Mukhtasar as-Sawa’iq, 2/352, Ibnul Qayyim)

Dalil-dalil yang menunjukkan wajib diterima hadis ahad begitu banyak sekali, di antaranya ialah:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa-Salam mengutus delegasi hanya seorang sahaja kepada para raja di setiap wilayah (jajahan). Begitu juga kepada para penguasa negara. Manusia kembali kepada mereka dalam segala hal, sama ada dalam persoalan hukum atau keyakinan. Di antanya, Rasulullah mengutus:

1 - Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah ke negara Najran. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 13/232)

2 - Mu’az bin Jabal ke negara Yaman. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 3/261)

3 - Dahiyah al-Kalbi dengan membawa surat kepada pembesar Basrah. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 13/241)

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar rahimahullah, ia berkata: Ketika manusia ada di Quba melaksanakan solat Subuh, ada orang yang datang kepada mereka, dia berkata sesungguhnya telah diturunkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam al-Qur’an pada waktu malam dan baginda diperintahkan untuk menghadap Ka’abah, maka mereka menghadap Ka’abah dan wajah mereka sebelumnya menghadap ke Syam, kemudian beralih ke Ka’bah. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 13/232)

Semuanya ini tidak pernah dinyatakan sebagai hukum amali kerana perbuatan dan hukum ini berdasarkan atas keyakinan dan kesahihan hadis.

Dari Umar radiyallahu ‘anhu berkata: Ada seorang sahabat dari kalangan Anshar, apabila dia tidak bertemu dengan Rasulullah, aku menyampaikan kepadanya apa yang aku dengar khabar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam, apabila aku tidak hadir maka orang itu datang kepadaku membawa khabar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. (Lihat: Sahih al-Bukhari, 13/232)

Maka inilah peristiwa yang dilakukan sahabat yang memperlihatkan kepada kita bahawa setiap orang dari kalangan sahabat sudah cukup untuk menerima hadis yang disampaikan oleh satu orang dalam urusan agamanya, sama ada yang berkaitan dengan keyakinan (akidah) atau pun perbuatan.

Dari Abdullah bin Mas’oud radiallahu ‘anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah bersabda: “Allah memancarkan cahaya kepada orang yang mendengar hadis dari kami yang dia hafal kemudian disampaikannya kepada yang lain. Ramai orang yang menyampaikan lebih memadai daripada orang yang mendengar”. (Lihat: Musnad Ahmad, no. 4157, Tahqiq Ahmad Syakir)

Semuanya tidak terbatas pada hadis yang berkaitan dengan amaliyah, tetapi bersifat umum. Meliputi hadis amaliyah, hukum dan akidah. Apabila masalah-masalah akidah yang ditetapkan dengan hadis-hadis ahad itu tidak wajib diimani, pasti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dalam masalah ini tidak menyampaikan hadisnya secara mutlak, tetapi tentu menerangkan masalah ini terbatas pada hadis yang berkaitan dengan amaliyah sahaja tidak yang lainnya.

Pendapat yang mengatakan bahawa hadis ahad itu tidak boleh dijadikan dasar dalam perkara akidah, itu merupakan pendapat bid’ah dan tidak ada dasarnya dalam agama. Ulama as-Salaf as-Soleh tidak pernah mengatakan demikian, bahkan hal itu tidak pernah terlintas pada mereka. Andaikata ada dalil qat’i yang menunjukkan bahawa hadis ahad itu tidak layak untuk permasalahan akidah, nescaya sudah difahami dan sudah dijelaskan oleh para sahabat dan ulama salaf. Kemudian pendapat bid’ah tersebut bererti menolak beratus-ratus hadis sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Mereka yang tidak mengambil hadis ahad dalam persoalan akidah, nescaya menolak beberapa hadis ahad tentang akidah lainnya seperti berkenaan:

Keistimewaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang melebihi semua nabi-nabi.

1 - Syafaat yang besar di akhirat.

2 - Syafaat terhadap umatnya yang melakukan dosa besar.

3 - Semua mukjizat selain al-Quran.

4 - Proses permulaan makhluk, sifat malaikat dan jin, sifat neraka dan syurga yang tidak diterangkan dalam al-Quran.

5 - Pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur.

6 - Himpitan kubur terhadap mayat.

7 – Jambatan (titian ash-Shirath), telaga dan timbangan amal.

8 - Keimanan bahawa Allah menetapkan kepada semua manusia akan keselamatannya, kesengsaraannya, rezekinya, matinya ketika masih dalam kandungan ibunya.

9 - Keistimewaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang dikumpulkan oleh Imam as-Suyuti dalam kitab al-Khasais al-Kubra, seperti Rasulullah masuk ke syurga ketika baginda masih hidup dan melihat kedudukannya serta hal-hal yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.

10 - Berita kepastian bahawa sepuluh sahabat dijamin masuk syurga.

11 - Bagi orang yang melakukan dosa besar tidak kekal selama-lamanya dalam neraka.

12 - Percaya kepada hadis sahih tentang sifat hari kiamat dan padang mahsyar yang tidak dijelaskan dalam al-Quran.

13 - Percaya terhadap semua tanda kiamat seperti keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, keluarnya api, munculnya matahari dari barat dan binatang-binatang dan lain-lainnya.

Kemudian semua dalil akidah menurut mereka tidak sah dengan dalil hadis ahad. Dalil-dalil akidah itu bukan dengan hadis ahad tetapi dalilnya harus dengan hadis mutawatir. Akan tetapi kerana sedikitnya ilmu yang mengingkari kehujjahan hadis ahad itu maka mereka menolak semua akidah yang berdasarkan hadis sahih. (Lihat: Risalah wajib mengambil hadis ahad tentang akidah, m/s. 36-39. Lihat: Kitab Akidah, m/s. 54-55, Umar Asyqar)

Wallahu a’lam...
0 comments

hadis daif

notes copy paste for me.. from my mail box
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hadis Daif'

Hadith dhoief boleh diamalkan menurut pendapat Imam nawawi dan Ibn Hajar al Asqolani tetapi dengan syarat-syarat yang ketat. Boleh digunakan untuk targhib dan fada'il a'mal. Tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk hukum syarak dan aqidah seperti sifat-sifat Allah ia tidak boleh digunakan.

Syarat beramal menurut pendapat al hafiz ibn hajar al asqolani ialah :

1. Dhaif yang ada pada hadith itu adalah tidak keterlaluan.
2. Maksud yang terkandung didalam hadith dhoief itu tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam

3. Hendaklah berhati-hati ataupun ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Supaya kita tidak bersalah menyandarkan hadith tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadith atau bukan perkataan nabi.

Ilmu hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati sejarah perkembangan ilmu hadith merupakan satu gambaran praktikal bagaimana Allah menjaga kalam suci Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam.

Penjagaan ini jelas diperhatikan melalui usaha para muhaddithin meriwayatkan hadith dengan mementingkan kepada persoalan sanad dan matan. Alangkah prihatinnya para ulama terdahulu meneliti masalah ini sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap perkataan yang benar-benar muncul daripada Nabi s.a.w. sehinggakan Abdullah bin Mubarak rahimahullah pernah berkata;

الإسناد عندي من الدين لولا الإسناد لقال من شاء ما شاء...

[ Sanad itu di sisiku sebahagian daripada agama, jika tidak kerana adanya sanad nescaya mudahlah orang bercakap apa sahaja yang disukai ] [1]

Tajuk yang serba sederhana sifatnya ini bukanlah maksud penulis untuk mengajak para pembaca berpegang dengan hadith dhaif dan mencuaikan hadith-hadith sahih dan hasan. Sebaliknya penulis menuntut kepada para pembaca sekalian agar berpegang secara bersungguh-sungguh dengan hadith-hadith sahih dan hasan serta tidak mengabaikan hadith dhaif kecuali kedhaifannya hampir kepada hadith maudhu' (palsu). Definisi hadith dhaif sebagaimana yang ingin diterangkan ialah, hadith yang tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih dan syarat-syarat hadith hasan. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Solah rahimahullah;


هو كل حديث لم تجتمع فيه صفات الحديث الصحيح ولا صفات الحسن فهو ضعيف

[ Iaitu semua hadith yang tidak berhimpun padanya sifat hadith sahih dan tidak juga padanya sifat hadith hasan, maka ia adalah dhaif ] [2]

Manakala al Hafiz Ibn Hajar di dalam kitab النكت على ابن الصلاح memberikan pandangan;

وكذا إذا كان فيه ضعيف بسبب سوء الحفظ أوكان فى الإسناد انقطاع خفيف أو خفى أو كان مرسلاً

[ Dan begitu juga jika ada padanya kedhaifan dengan sebab buruknya hafalan atau keadaan sanadnya yang terputus secara samar atau tidak ketara ataupun mursal (iaitu hadith yang dinisbahkan oleh seorang tabi'in kepada Nabi salallahualaihi wasalam dengan tidak menyebut nama Sahabat sebagai pengantara ) ] [3]

Menjadi kewajipan kepada kita selaku golongan agamawan untuk mendalami secara bersungguh-sungguh sumber yang menjadi salah satu asas kepada Islam iaitu al hadith. Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahullah, merupakan salah seorang tokoh Ulama Islam yang bergiat cergas dalam memperjuangkan usahanya untuk merobohkan jurang perbezaan pendapat antara golongan fuqaha' dan golongan muhaddithin. Menurut beliau, kebiasaannya bagi orang yang mendalami bidang feqh kurang mahir dalam ilmu-ilmu mengenai ulum al hadith. Manakala golongan yang bergiat dalam bidang al hadith pula kurang mahir dalam persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh imam-imam mazhab dalam masalah feqh.

Oleh kerana masalah yang ditimbul berpunca daripada sudut kekuatan ilmiah masing-masing ini, maka seringkali berlaku perselisihan dan pertikaian kerana tidak mampu mengeluarkan perbendaharaan ilmu pada setiap aspeknya. Adalah menjadi kewajipan kepada ahli feqh untuk mahir di dalam bidang ulum hadith agar mereka mampu menetapkan hukum mengikut sunnah. Begitu juga kepada ahli hadith supaya benar-benar mendalami ilmu feqh agar mereka mengetahui perkataan-perkataan dan hujjah-hujjah yang ditimbulkan ilmuan Islam pada setiap perbahasan feqh, supaya mereka (ahli hadith) tidak sewenang-wenangnya mentajrihkan (mencederakan) individu-individu lain dengan mendakwa mereka sebagai ahli bida'ah.

Generasi ilmuan hari ini adalah sangat dituntut untuk tidak menguasai hanya satu bidang ilmu sahaja dan mengabaikan teori-teori ilmu Islam yang lain. Para Ulama terdahulu contohnya, mengkritik sesiapa yang mencuaikan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas. Diriwayatkan daripada Sufyan bin Uyaynah rahimahullah bahawa para Ulama di kalangan mereka (ahli sunnah wal jama'ah) telah berkata;

لو كان الأمر بيدنا لضربنا بالجريد كل محدث لايشتغل بالفقه وكل فقيه لايشتغل بالحديث...

[ Sekiranya urusan ini terletak di tangan kami nescaya kami pukul dengan batang pelepah tamar setiap ahli hadith yang tidak mengetahui ilmu feqh begitu juga setiap ahli feqh yang tidak menyibukkan diri mendalami ilmu hadith ] [4]

Sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan hadith dhaif jika kita mengetahui disiplin-disiplin yang telah disusun oleh para Ulama Islam. Ini kerana, walaupun tuntutan untuk kita mengetahui hadith-hadith yang sahih daripada Nabi salallahualaihi wasalam adalah sangat wajar bagi setiap generasi agamawan. Namun, bukan semua hadith yang diiktiraf sebagai sahih itu perlu diterangkan kepada semua masyarakat jika ia hanya sekadar menyatakan kepada mereka tanpa menjelaskannya maksud yang terkandung pada hadith tersebut. Dalam satu riwayat yang sahih bahawa Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda kepada Muaz bin Jabal radhiallahu anhu;

ما من أحد يشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله صدقا من قلبه إلا حرمه الله على النار. قال :يا رسول الله ..أفلا أخبر به فيستبشرواْ؟ قال: إذا يتكلواْ. فأخبر بها معاذ عند موته تأثماً...(الحديث)

[ Tidak seorangpun yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam itu pesuruh Allah secara benar di dalam hatinya, kecuali Allah mengharamkan neraka ke atasnya. Berkata Muaz; Wahai Rasulullah.. apakah boleh aku beritahu kepada orang ramai agar mereka boleh bergembira? Lalu Baginda menjawab; Kalau begitu mereka akan menjadi malas (untuk melakukan ibadat). Muaz menyampaikan khabar ini ketika beliau hampir meninggal dunia kerana takut berdosa ] [5]

Hadith ini menyatakan bahawa hendaklah golongan agamawan itu mengkhususkan sesuatu ilmu pengetahuan kepada sesuatu kaum dan tidak kepada sesuatu kaum yang lain secara bijak, kerana bimbang jika terdapat kaum yang menyalahi tuntutan hadith yang didengarnya. Sebagai contoh hadith marfu' [6] yang diriwayatkan oleh Imam at Tirmidzi dan Ibn Majah yang berbunyi;

اللهم أحينى مسكينا وأمتنى مسكينا واحشرنى فى زمرة المساكين...(الحديث)

[ Wahai Tuhan, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikan aku dalam keadaan miskin dan golongkan aku bersama dalam golongan orang yang miskin ] [7]

Adakah permohonan Rasulullah salallahualaihi wasalam kepada Allah di sini menuntut untuk kita mejauhkan diri daripada kekayaan? Sedangkan Rasulullah salallahualaihi wasalam pernah bersabda;

إن الله يحب العبد الغنى التقى الخفى...(الحديث)

[ Sesungguhnya Allah mengasihi hamba yang kaya, bertaqwa lagi tidak menonjolkan diri ] [8]

Sesungguhnya yang dimaksudkan ' miskin ' di sini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahullah ialah tawadhu' dan merendahkan diri. Manakala Ibn Athir rahimahullah berkata;

أراد به التواضع والإخبات وألا يكون من الجبارين المتكبرين...

[ Bahawa yang dimaksudkan dengannya (miskin) ialah tawadhu' dan merendahkan diri serta tidak menjadi di kalangan orang yang bongkak dan membesarkan diri ] [9]

Oleh kerana itu, Seorang pendakwah hendaklah meletakkan penggunaan setiap hadith yang disampaikan pada tempat yang betul dan menerangkan serta menjelaskan keadaannya, di samping menghilangkan keraguan dan kekeliruan yang ada padanya sifat-sifat mudharat. Lebih-lebih lagi hadith dhaif yang memiliki beberapa peringkat berdasarkan taraf kedhaifan para perawinya.

Ada hadith dhaif yang penggunaannya boleh dipertimbangkan. Ada juga sebahagian hadith dhaif yang sampai kepada peringkat hadith maudhu' (palsu). Mana-mana hadith dhaif yang sampai ke peringkat itu (maudhu') dilabelkan sebagai darjat hadith yang paling buruk. Para ulama bersikap tegas terhadap hadith dhaif tersebut (yang sampai kepada peringkat maudhu') pada penggunaannya terhadap sesuatu hukum. Malah haram untuk kita berpegang dan beramal dengan hadith maudhu'. Walau bagaimanapun ada di kalangan para Ulama mengambil sikap yang lebih longgar dalam meriwayatkan hadith-hadith dhaif yang bersifat targhib (galakan) dan tarhib (menakut-nakutkan) . Khatib al Baghdadi rahimahullah menegaskan;

قد ورد عن غير واحد من السلف أنه لايجوز حمل الأحاديث المتعلقة بالتحليل والترحيم إلا عمن كان بريئا من التهمة بعيداً من الظنة وأما أحاديث الترهيب والترغيب والفضائل فيتساهل فيها بعض الشئ...

[ Telah disebut daripada beberapa (bukan seorang) di kalangan salaf bahawasanya tidak harus mengambil hadith-hadith yang berkaitan halal dan haram melainkan daripada perawi yang bersih daripada sebarang tuduhan (sebagai pendusta) dan jauh daripada prasangka. Manakala hadith berbentuk galakan, menakut-nakutkan (menyokong kepada larangan yang ditentukan oleh syara') dan kelebihan (fadhilat), maka kelonggaran padanya sedikit sebanyak diberikan ] [10]

Selain itu, Khatib al Baghdadi menyatakan dengan sanadnya daripada Imam Ahmad rahimahullah bahawa katanya;


إذا روينا عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الحلال والحرام والسنن والأحكام تشددنا فى الأسانيد وإذا روينا عن النبى صلى الله عليه وسلم فى فضائل الأعمال ومالا يضع حكما ولايرفعه تساهلنا فى الأسانيد...

[ Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam mengenai halal, haram, sunat-sunat dan hukum-hakam, kami perketatkan mengenai sanad-sanadnya. Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam mengenai kelebihan beramal yang tidak melibatkan hukum atau menolak sesuatu hukum maka kami longgarkan sanad-sanadnya ] [11]

Kenyataan itu turut disokong oleh Sufyan at Thauri rahimahullah yang mengatakan;


لاتأخذواْ هذا العلم فى الحلال والحرام إلا من الرؤساء المشهورين بالعلم الذين يعرفون الزيادة والنقصان أما فى الفضائل فلا بأس بما سوى ذلك أن نأخذه من المشايخ...

[ Jangan kamu ambil ilmu ini (hadith) yang berkaitan dengan halal dan haram melainkan daripada ulama yang mahsyur dalam bidang ini serta mampu mengetahui sebarang penambahan dan pengurangan. Manakala dalam perkara fadhilat (kelebihan) maka boleh (tidak menjadi kesalahan) untuk kita ambil daripada mana-mana sheikh/ guru biasa ] [12]

Ramai ulama yang mengambil sikap sedemikian, antaranya lagi ialah Imam an Nawawi rahimahullah.


Berhubung tentang beramal dengan hadith-hadith dhaif ini, para ulama berselisih pendapat mengenainya. Antaranya adalah seperti berikut;


1- Tidak harus beramal dengan hadith-hadith dhaif secara mutlaq, sama ada hadith-hadith berbentuk ahkam (hukum-hakam) mahupun hadith-hadith yang berbentuk fadhail (kelebihan-kelebiha n amalan). Pendirian ini menurut pendapat Imam Muslim rahimahullah dan selainnya yang turut dinyatakan oleh Khatib al Baghdadi menerusi kata Imam Ibn Mahdi;

لاينبغى للرجل أن يشغل نفسه بكتابة أحاديث الضعاف فإن أقل ما فيه أن يفوته بقدر ما يكتب من حديث أهل الضعف يفوته من حديث الثقات...

[ Tidak sewajarnya bagi seorang lelaki bergiat dalam penulisan hadith-hadith dhaif, adapun sedikit masa yang diperuntukkan untuk menulis hadith daripada perawi yang dhaif adalah lebih baik dia menghabiskan (masanya) untuk menulis hadith daripada perawi yang thiqah[13] (terpercaya) ] [14]

2- Harus beramal dengan hadith-hadith dhaif secara mutlaq apabila tidak terdapat dalam mana-mana bab (tajuk) tertentu. Pendapat ini disandarkan kepada Imam Ahmad rahimahullah dan digunapakai oleh Imam Abu Daud as Sajistani. Di dalam kitab al Muhalla karangan Imam Ibn Hazm menyebut bahawa, Imam Ahmad dan Imam Abu Daud telah menegaskan;

الحديث الضعيف أحب إلينا من رأى الرجال...

[ Hadith dhaif lebih disukai/ senangi kepada kami daripada mana-mana pendapat yang dikemukakan oleh mana-mana pemuda ] [15]

Namun, perlu diberi perhatian bahawa hadith dhaif yang dimaksudkan di sini ialah hadith dhaif yang tidak mencapai tarafnya kepada terlalu dhaif sehingga dikhuatiri ia adalah hadith maudhu' (palsu). [16]

3- Harus beramal dengan hadith-hadith dhaif yang membicarakan tentang fadhail , pengajaran, peringatan, cerita, targhib (galakan melakukan kebajikan) dan tarhib (menakut-nakutkan daripada melakukan kemaksiatan) . Akan tetapi ditegah untuk beramal dengan hadith dhaif yang membicarakan mengenai perihal aqidah dan hukum syara'. Imam an Nawawi rahimahullah menegaskan perkara ini di dalam kitab al Azkar dengan katanya;


قال العلماء من الفقهاء والمحدثين وغيرهم : يجوز ويستحب العمل فى الفضائل والترغيب والترهيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعا. أما الأحكام كالحلال والحرام والبيع والنكاح والطلاق وغير ذلك فلا يعمل فيها إلا بالحديث الصحيح والحسن ...

[ Para Ulama yang terdiri daripada ilmuan Fuqaha' dan para Muhaddithin dan selain mereka mengharuskan dan menggalakkan untuk beramal pada perkara al fadhail (kelebihan beramal), targhib dan tarhib menerusi hadith dhaif selagi ia tidak mencapai hadith maudhu'. Manakala bidang hukum-hukum yang melibatkan halal, haram, urusan jual beli, nikah, talaq dan selainnya maka tidak perlu beramal dengannya melainkan menerusi hadith sahih dan hasan ] [17]

Para Ulama juga turut menetapkan 3 syarat untuk beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang disebut oleh Imam as Suyuti di dalam kitab تدريب الراوى;

الأول : متفق عليه وهو أن يكون الضعف غير شديد فيخرج من انفرد من الكذابين والمتهمين بالكذب ومن فحش غلطه.

الثانى: أن يكون مندرجا تحت أصل عام فيخرج ما يخترع بحيث لايكون له أصل أصلاً.

الثالث: أن لايعتقد عند العمل به ثبوته لئلا ينسب إلى النبى صلى الله عليه وسلم مالم يقله وإنما يعتقد الاحتياط.

[ Pertama: Disepakati mengenainya (oleh para muhaddithin) bahawa ia tidak bersangatan dhaif. Oleh itu terkeluarlah perawi daripada kalangan pendusta dan yang dituduh sebagai pendusta dan banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Kedua: Hadith dhaif tersebut termasuk di bawah dasar/tema/tajuk (usul) yang umum (kesahihannya) , maka ditolak apa jua hadith yang direka yang tidak diakui sumber dasarnya. Ketiga: Tidak beriqtikad ketika beramal dengan hadith tersebut secara thabit (untuk memahsyurkan hadith tersebut menjadi perkataan Rasulullah) supaya ia tidak menyandarkan perkataan tersebut (hadith dhaif) kepada Rasulullah salallahualaihi wasalam walhal bukan daripada Baginda. Adapun hal ini adalah dasar berhati-hati (supaya tidak termasuk di dalam golongan pendusta) ] [18]

Ini kerana Rasulullah salallahualaihi wasalam telah bersabda;


من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار...(الحديث)

[ Barangsiapa melakukan dusta ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di dalam neraka ] [19]

Selain daripada ketiga-tiga syarat di atas, terdapat dua lagi syarat yang perlu dijadikan tambahan kepada syarat-syarat yang telah disebutkan iaitu;

Pertama: Hadith dhaif itu tidak melampaui batas yang ditolak oleh tahap pencapaian akal, syara' ataupun bahasa dan tidak mungkin dapat ditaqwilkan. Para muhaddithin telah mengatakan antara tanda-tanda hadith maudhu' ialah terdapat perihal-perihal keganjilan yang ada pada perawi dan pada hadith yang diriwayatkan. Contoh untuk hadith dhaif ini ialah;

إن سفينة نوح طافت بالبيت سبعا وصلت بالمقام ركعتين...

[ Sesungguhnya kapal Nabi Nuh telah bertawaf di Baitullah sebanyak 7 kali. Kemudian bersembahyang di sisi mawam Nabi Ibrahim sebanyak 2 rakaat ] [20]

Kedua: Hadith dhaif itu tidak bertentangan dengan dalil syara' yang lebih kuat daripadanya.

Contohnya hadith-hadith yang menceritakan bahawa Nabi Khidir alaihisalam immortal. Antara hadith tersebut adalah sebagaimana berikut:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان فى المسجد فسمع كلاماً من ورائه فذهبوا ينظرون فإذا هو الحضر...

[ Bahawa Rasulullah salallahualaihi wasalam berada di masjid, ketika itu beliau mendengar kata-kata dari arah belakangnya maka baginda melihat, ternyata ia adalah Khidir ] [21]

Sedangkan Allah Taala telah berfirman;


...وَمَا جَعَلْنَاَ لِبَشَرٍ مِّنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِيْن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُون ..كُلُّ نَفْسٍ ذآئِقَةُ المَوْت...

[ Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal..? Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasa mati ] Surah al Anbiyaa’:34 - 35:17, al Quranul Karim

Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah ditanya mengenai perihal keabadian Nabi Khidir, lalu beliau menjawab:

لو كان الخضر حياً لوجب عليه أن يأتى النبي صلى الله عليه وسلم ويجاهد بين يديه ويتعلم منه وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم يوم بدر: ((اللهمَّ إن تهلك هذه العصابة لا تعبد فى الأرض)) وكانوا ثلاثمائة وثلاثة عشر رجلاً معروفين بأسمائهم وأسماء آبائهم وقبائلهم فأين كان الخضر حينئذ؟

[ Andaikata Nabi Khidir masih hidup, tentulah ia wajib mendatangi Nabi salallahualaihi wasalam dan berjihad bersamanya serta belajar darinya. Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda ketika perang Badar; ‘..Ya Allah, jika pasukan ini binasa… nescaya Engkau tidak disembah di bumi..’. Pada waktu itu mereka berjumlah 313 orang lelaki yang dikenali dengan nama-nama mereka, nama-nama dari ayah-ayah mereka dan dari mana suku kaum (kabilah) mereka. Maka, di manakah Khidir pada waktu itu? ] [22]

Manakala Imam Ibn Qayyim rahimahullah berkata;

الأحاديث التى يذكر فيها الخضر وحياته كلها كذب ولا يصح فى حياته حديث واحد...

[ Hadith-hadith yang menyebut perihal Nabi Khidir dan riwayat hidupnya semuanya dusta dan tiada yang sahih satu hadithpun yang diriwayatkan tentangnya (Nabi Khidir) ] [23]

Sesungguhnya ia menyalahi sunnatullah pada pemikiran kita jika mengatakan Nabi Khidir masih hidup hingga ke hari ini diterima oleh masyarakat. Jika ada Khidir sekalipun, ia bukanlah Khidir yang dimaksudkan di dalam kisah yang terkandung di dalam surah al Kahfi dan Khidir tersebut bukanlah nabi. Jika Khidir itu manusia, sudah tentu ia tidak akan kekal sebagaimana yang telah difirmankan Allah di dalam al Quran. Jika benar ketika itu Nabi Khidir masih hidup, nescaya ia akan bertemu dengan Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam. Sesungguhnya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

والذي نفس محمد بيده ..لايسمع بي أحد من هذه الأمة يهودى ولا نصراني ولم يؤمن بالذي أرسلت به إلا كان من أصحاب النار... (الحديث)

[ Demi yang memiliki jiwa Muhammad (Allah Taala)… tidak seorang pun di kalangan umat ini yang mendengar sama ada Yahudi dan Nasrani (tentang ajaran Nabi Muhammad) kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan ajaran yang telah dibawa olehku melainkan ia tergolong di dalam golongan ahli neraka ] [24]

Oleh kerana itu apabila kita mengetahui darjat sesebuah hadith itu mencapai taraf dhaif hendaklah kita menerangkan kedhaifannya. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Sheikh Muhammad Syakir;

أن بيان الضعف فى الحديث الضعيف واجب على كل حال. لأن ترك البيان يوهم المطلع عليه أنه جديث صحيح خصوصا إذا كان الناقل من علماء الحديث الذين يرجع إلى قولهم...

[ Bahawa menerangkan kelemahan hadith dhaif adalah wajib dalam setiap hal, kerana tanpa penerangan itu pembaca akan salah sangka bahawa itu adalah hadith sahih, lebih-lebih lagi apabila orang yang menaqalkan perkataan itu terdiri daripada (perkataan) Ulama hadith yang pendapatnya dijadikan rujukan ] [25]

Ini kerana, apabila ada keharusan yang diberikan untuk menggunakan hadith dhaif maka ramai yang bermudah-mudah dalam menyebarkannya kepada masyarakat. Para Ulama turut memberikan peringatan supaya tidak berkata pada hadith yang dhaif; "…sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam…" dengan lafaz yang jazam dan pasti. Ibn Solah memberikan penegasan terhadap hal ini dengan katanya;

إذا أردت رواية الضعيف بغير إسناد فلا تقل فيه : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((كذا وكذا )) وما أشبه هذا من الألفاظ الجازمة بأنه صلى الله عليه وسلم قال ذلك وإنما تقول فيه: روى عن رسول الله صلى الله عليه وسلم كذا وكذا أو بلغنا عنه كذا وكذا أو ورد عنه أو جاء عنه أو روى بعضهم وما أشبه ذلك...

[ Apabila engkau hendak meriwayatkan hadith dhaif tanpa menyebut sanadnya, maka janganlah engkau berkata; ' ..sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam.. begitu begini…' dan apa-apa lafaz yang serupa dengan itu, di mana (perkataan itu menunjukkan bahawa) Rasulullah berkata sedemikian. Sebaliknya hendaklah engkau katakan; '..Diriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam..begitu begini ' atau '..telah samapi kepada kami riwayat tentangnya begitu begini.. atau telah diberitahu riwayat tentangnya.. atau telah datang riwayat tentangnya.. atau diriwayatkan oleh sesetengah mereka.. atau lafaz yang seumpamanya ] [26]

Semoga usaha yang tidak seberapa ini mampu menjelaskan beberapa perkara penting dalam aspek membicarakan sesebuah hadith. Hasrat penulis, moga-moga perhatian-perhatian yang sedikit diperincikan ini mudah difahami dan inilah kebenaran yang diharapkan paling dekat di sisi Rasulullah salallahualaihi wasalam. Jika terdapat kecacatan maka perbetulkanlah hamba Allah yang dhaif ini. Diriwayatkan daripada Rasulullah salallahualaihi wasalam;

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين

[ Ilmu ini (ilmu Islam) akan didokong oleh orang-orang yang adil yang membersihkannya daripada sebarang perubahan oleh golongan pelampau, daripada aliran golongan perosak dan daripada penafsiran golongan yang jahil ] [27]

والله اعلم بالصواب...

Mohd Azmir Hj. Maideen

3 Usuluddin (Dakwah wa Thaqafah Islamiyyah)

Nota Hujung

[1] Dr. Abdullah b. Abdul Hamid: الرقاق فى ضوء السنة النبوية :64:Juz' 1:Maktabah Iman,t.t

[2] Dr. Mustafa Mohamad Mahmood Hussain: فتح اللطيف فى مصطلح الحديث الشريف :5,t.t

[3] Ibid,hlmn:5

[4] Dr. Yusuf al Qardhawi:كيف نتعامل مع السنة النبوية :70, Darul Syuruk 2000.

[5] Sahih Bukhari no: 125.Bab: من خص بالعلم قوما دون قوم كراهية أن لايفهمواْ .

[6] Hadith marfu' ialah hadith yang disandarkan kepada Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan ataupun sifat-sifatnya sama ada sanadnya bersambung atau sebaliknya [ Rujuk Dr. Muhammad Abu Laith al Khair Abadi:معجم المصطلحات الحديثية :85, Dar as Syakir 2004

[7] At Tirmidzi no:2275.Bab:ما جاءأن فقراء المهاجرين يدخلون الجنة dan di dalam Sunan Ibn Majah no:4116.Bab:مجالسة الفقراء

[8] Sahih Muslim Syarah an Nawawi no:5266.

[9] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 55

[10] Khatib al Baghdadi: الكفاية فى علم الجرح والتعديل :212, al Maktabat al ‘Ilmiyyat Madinah, t.t

[11] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 90.

[12] Ibid.hlmn:91

[13] Thiqah ialah terpercaya, iaitu status yang diberikan kepada seseorang perawi yang tidak menyamar daripada siapa dia menerima hadith (dengan melakukan al Mudallas), tidak terdapat kecacatan (al Jarh) dan tidak membuat hadith mungkar. [ Farouq Hamadah – al-Minhaj al-Islami fi al-Jarh wa al-Ta’dil, ms:51, Mesir ]

[14] Dr Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 96

[15] Ibn Hazm: المحلى :68, Dar al Kutub al Ilmiyyah 1987

[16] Hadith dhaif yang dimaksudkan di sini menurut sebahagian ulama ialah hadith hasan yang tidak mencapai kepada darjat sahih. Ini kerana istilah yang digunakan untuk membezakan antara hadith sahih

dengan hadith hasan belum terkenal pada masa itu. Adapun hadith sahih, hasan dan dhaif dipopularkan oleh Imam at Tirmizi rahimahullah. Wallahua'lam.

[17] An Nawawi:الأذكار :196, Maktabah ar Risalah 1994.

[18] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 92.

[19] Sahih Muslim no:4.Bab:تغليظ الكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم

[20] Rosmawati Ali@ Mat Zin: Pengantar Ulum Hadis:162,Ilham Ibati Enterprise 1997

[21] Dr. Yusuf al Qardhawi:من هدى الإسلام فتاوى معاصرة :194, Dar al Qalam lil Nasr wa Tauzi' 2001

[22] Ibid,hlmn:194

[23] Dr. Tola'at Muhammad Afifi: القصص الصحيح فى السنة النبوية :189,Maktabah Iman 2002

[24] Sahih Muslim no:218.Bab:وجوب الإيمان برسالة نبينا محمد صلى الله عليه وسلم

[25] Dr. Yusuf al Qardhawi, op.cit,hlmn: 94.

[26] Ibid.hlmn:95 ( Hal ini turut disebut di dalam المجموع شرح المهذب للشيرازى. ms:134, Dar A'lim al Kitab 2003 ).

[27] Sebahagian ulama muhadithin mensahihkan, manakala sebahagian yang lain mendhaifkan kedudukan hadith ini. Bagaimanapun ramai Ulama menilai taraf hadith ini sebagai hadith hasan disebabkan jalan periwayatan yang banyak. [Rujuk Dr. Yusuf al Qardhawi: كيف نتعامل مع السنة النبوية:36, Darul Syuruk 2000]

Oleh: Anak_pejuang

hadis sahih palsu

notes for me.. copy paste from email..

Keterangan tentang hadis sahih & palsu

Muttafaqun alaih ialah hadis-hadis yang telah disepakati oleh imam al-bukhari dan imam muslim. Mereka berdua merupakan muhadithin yg palng masyur di antara perawi-perawi hadis Rasulullah saw.

Kebanyakan hadis yang diriwayatkan oleh mereka adalah hadis sohih daripada Rasulullah saw. utk pengetahuan semua, imam al-bukhari dan imam muslim adalah pakar hadis yang mengkaji sanad iaitu perawi hadis dan matan iaitu isi kandungan setiap hadis.

pada abad ke-3 H merupakan zaman menghimpunkan hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah saw. pada abad tersebutlah terdapat beberapa org ulama hadis yang masyhur iaitu imam al-bukhari, imam muslim, imam abu daud, imam tirmizi, imam nasai dan imam ibnu majah yang dikenali sebagai Sunan Sittah.

tingkat atau kualiti kesohihan hadis itu bergantung pada setiap perawi dan juga isi kandungan setiap hadis. hadis yang disusuli dgn muttafaqun alaih merupakan hadis-hadis yang mempunyai tingkat yang paling tinggi di mana ia telah diperakui atau disepakati oleh imam al-bukhari dan imam muslim.

di sini terdapat sejarah ringkas mengenai kedua-dua tokoh ulma ini:

IMAM Al-BUKHARI
Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail, terkenal kemudian sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M)

IMAM MUSLIM
Nama lengkapnya ialah Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi. Ia juga mengarang kitab As-Shahih (terkenal dengan Shahih Muslim). Ia salah seorang ulama terkemuka yang namanya tetap dikenal hingga kini. Ia dilahirkan di Naisabur pada tahun 206 H.

Keterangan ttg hadis palsu

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara nak memastikan sesuatu hadith itu palsu atau tidak.Kita berkenal dengan apa itu hadith palsu dulu.

Hadith palsu atau dikenali dengan nama hadith Maudu' didefinisikan oleh ulama hadith sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau memperdaya.( Abdul Fatah Abu Ghudah).

Untuk mengenali hadith2 ini,ada dua cara utama untuk mengenali hadith maudhu’(Ijaj al-Khatib). iaitu melalui sanad (perawi) dan melalui matan (isi hadith).

Hadith palsu (hadith maudhu' adalah hadith yang bukan dari RasuluLlah. Ia direka-reka oleh orang tertentu yang mempunyai kepentingan atau terlalu taksub pada golongan tertentu. Dilakukan juga oleh orang yang jahil serta tidak mendalam agamanya khasnya dalam bidang hadith.

Erti hadith maudhuk : Hadith yang dicipta sendiri tetapi ia telah berbohong dengan menisbahkan (mengaitkan) kepada Nabi samada dilakukan pendustaan itu dengan sengaja atau tersalah.

Sejarah hadith Maudhuk :

Mereka yang mula-mula terlibat dengan hadith maudhuk ialah golongan syiah. Terbukti dengan pengakuan sendiri oleh Ibn Abi al-Hadid yang merupakan seorang ahli syiah yang terkenal dengan katanya : Bermulanya pendustaan hadith-hadith Nabi ialah oleh golongan syiah...

Antara yang terlibat secara langsung dengan pemalsuan hadith nabi ialah al Rafidah sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Hajar : Tentang hadith dalam bab fada'il banyak hadith tentang kelebihan ahli al bait, mereka juga mencipta hadith tentang kejahilan Ahl Al Sunnah.

Faktor kelahiran Hadith Palsu :

1. Masalah Politik. Contohnya : kemunculan golongan rafidhah - iaitu golongan yang menentang para sahabat yang memberi bai'ah kepada Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah. Mereka berpecah kepada 300 golongan. Dan mereka banyak mencipta hadith palsu untuk kepentingan mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Malik mengenai Rafidhah, jawabnya : Jangan kamu meminta pendapat daripada mereka, kerena mereka itu adalah golongan pendusta.

Antara hadith yang direka oleh golongan Rafidhah ialah mencela dan mencaci Muawiyah : Contohnya : Apabila kamu melihat muawiyah berada di atas mimbarku hendaklah kamu membunuh dia.

Kemudian golongan fanatik pada Muawiyah pula akan mencipta hadith : Orang-prang yang amanah itu ada tiga, iaitu Aku, Jibril dan Muawiyah.

2. Golongan zindiq. Iaitu golongan yang membenci ajaran Islam. Mereka mencipta hadith yang memburukkan agama Islam dan kesuciannya. Dan ada juga yang cuba memesongkan aqidah uat Islam dan menisbahkan kepada nabi. Contohnya : Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan dan bulu dada-Nya.

3. kerana ta'asub kepada kabilah, puak, bangsa, negeri, bahasa, imam dan jemaah tertentu. Maka mereka mencipta hadith palsu untuk memenuhi nafsu dan kehendak mereka. Contohnya hadith yang dicipta oleh golongan yang taksub ke[ada bahasa arab :

sesungguhnya ALLah apabila ia marah, Ia akan menurunkan wahyu dengan bahasa Parsi dan apabila Ia redha Ia menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.

Golongan yang taksub dalam bahasa Parsi pula membalas :
Sesunguhhnya apabila ALlah marah, Ia turunkan wahyu dalam bahasa Arab dan apabila Ia reda Ia menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi.

Manakala golongan yang taksub pada Imam pula mencipta hadith :
Akan lahir seorang lelaki dari kalangan umat Ku yang dikenali dengannya sebagai Abu Hanifah al Nu'man, ia adalah penyuluh umat-Ku

4. Penciptaan kidah dan riwayat dibuat oleh Tukang Cerita, yang mana mereka tidak rasa segan menyandarkan kepada yang mereka bawa. Contoh sebagaimana yang berlaku pada suatu ketika Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya Ibn Ma'in menunaikan solat di Masjid al Rasafah, tiba-tiba bangun dari kalangan ahli masjid itu dengan membuat cerita, katanya."Ahmad ibn Hanbal dan Yahya Ibn Ma'in telah menceritakan Abd Al Razazk meriwayatkan hadith dari Qatadah dari Anas katanya, RasuluLlah s.a.w bersabda :

Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa ALlah, ALlah akan menjadikan daripadanya setiap kalimah tersebut seekor burung paruhnya daripada emas dan bulunya daripada marjan. (palsu)

5. Pertelingkahan mazhab dan fahaman. Iaitu pertelingkahan pendapat dalam sesuatu masalah fekah juga Ulum Kalam. Justeru itu pengikut-pengikut mazhab tersebut mencipta hadith yang menyokong mazhab mereka contohnya :

Sesiapa yang mengangkat dua tangannya ketika solat batal solatnya(palsu)

6. Kejahilan dan tidak mendalam ilmu pengetahuan tentang Islam, namun niat dan tujuan mereka adalah benar dan baik untuk agama. Contohnya : Ahli Sufi dan Tasawwuf. Disebabkan kejahilan itu menyebabkan mereka mencipta Hadith Palsu mengenai kelebihan sesuatu amalan, sesebuah surah al Quran dan sebagainya.

7. Tindakan mengampu untuk mencari nama dan pangkat di sisi raja dan sesetengah golongan tertentu.



Sumber : Pengantar Ulum Hadith, Rosmawati Ali. Terbitan Pustaka Salam


faraid

utk saya baca.. copy paste artikel from email..



PENGERTIAN FARAID
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud


Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.

(a) Asabah Binafsih


Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.


SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya


Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami


Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya


Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri


Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri






Sistem maklumat faraid berkomputer

Cara pengiraan faraid berkomputer sila lihat link:
http://maths. usm.my/faraid/ msl/default. html


SUMBER: http://maths. usm.my/faraid/

Khamis, 4 Disember 2008

a new brand day! ;)


ALHAMDULILLAH... hari yang cukup bahagia dan bermakna.. pagi tadi bangun tidur.. pinjam telekung adik utk solat subuh.. dah la pakai baju tidur adik.. lepas solat tu rasa macam tak nak bangun dari sejadah..smiley sad
Ya Allah.. kuatkan hambaMu ini.. bantulah diriku menjadi hamba yang bersyukur pada setiap detik dan saat..
tiba2 mak masuk..
"kakak.. siap cepat.. pukul 7pagi ni teman mak nak pergi Toyota.."mak memberi arahan. Mak nak hantar kenderaan kami untuk repair.. Ya Allah.. perasaan saya ni sgt2 rasa bersalah.. sangat2 kesian pada mak.. regret sgt2.. mak..maafkan kakak.
mak ceria macam biasa je.. tapi saya tau dia buat2 ceria sebab dia tak mau saya sedih.. dari semalam saya pun buat2 ceria bila dia tanya pasal sijil2 saya yang dah takde tu..

"its ok mak.. nanti buka semester, kakak akan uruskan dgn pihak Usm.. mak takyah bimbang.."pujuk saya..
the truth, saya pun sebenarnya bimbang.. tapi cukuplah saya sorang je bimbang.. saya tak mahu orang yang paling saya sayang bimbang..
tengah hari tu mak bagi beberapa keping duit Rm50.. mak ada hal yang perlu diselesaikan..jadi mak dropped saya dan adik saya di depan shopping complex..
"kakak.. ni je yang mak boleh bagi..sekarang mak pun tengah takde duit ni.. spend it wisely.. tak ada tambah2.. mak tak dapat teman kakak.. kalau ada masalah, call mak ok."pesan mak.. "terima kasih mak, mak jgn bimbang.." saya masuk shopping complex ditemani adik bongsu saya.. where should I go? sebelum ni dengan nilai RM yang sama, saya beli 2 helai baju.. tapi kali ni dengan nilai yang sama saya perlu buat wardrobe baru.. pakaian dari hujung kepala hingga hujung kaki.. Ya Allah.. permudahkan urusan hambaMu ini.. saya ni tak pandai bab tawar menawar.. tak pandai cari hotspot.. tak pandai shopping..huhu.. smiley sad

At last.. saya berjaya menggunakan duit tu untuk set seminggu pakaian lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki.. saya pun tak percaya.. macam tak logik.. alhamdulillah.. :) masa tinggal Rm50 yang terakhir, saya teringat mak pesan.. 'BAJU KURUNG jangan lupa beli..' nenek saya dia suka kalau saya pakai baju kurung.. tapi dari tadi tak dapat2 jumpa baju kurung yang bawah RM50.. ada beberapa helai yang jumpa, tapi saya rasa macam tak sesuai.. so pergi kedai kain.. hm.. 4meter diperlukan utk saya buat baju kurung.. saya asyik calculate berapa harga kain.. mana yang lebih Rm50, reject.. akhirnya tak beli.. leceh betul la.. mesti ke kene pakai baju kurung? lebih bajet!!.. keluar masuk kedai tapi tak beli-beli.. at last.. masuk kedai mula2 tadi.. auntie tu perasan yang ni kali kedua saya datang kedai dia.. dan dia beri saya diskaun.. so, kain tu dapat semeter Rm10je.. alhamdulillah.. Photobucket
pukul 2.30ptg, mak sampai..
"macam mana duit? cukup? barang2 cukup?"soal mak..
"perfect from top to toe! lengkap.. ada baki Rm10..hehe"jawabku..
wajah mak berseri seri.. hatinya senang..lega barangkali..
"takpelah kakak, belajar hidup zuhud sementara waktu ni.."sambut mak..
"ni sementara je, nanti kalau mak dah ada duit, kakak beli la yang lain.."pujuk adik lelaki saya..
"sementara? ni dah ok dah..! lepas ni kakak nak mulakan new lifestyle.. akak tau Allah nak bagi kakak peluang untuk jadi qanaah.."saya sangat2 ceria dan bersemangat..
tak habis2 mengusik adik2 saya.. mak saya pun happy..
kenapa saya happy? entahlah.. tapi memang hati rasa sangat bahagia.. mungkin kerana sebenarnya saya tak kehilangan apa2 langsung..
harta saya yang paling beharga ada di sisi saya.. iaitun keluarga saya, jantung hati saya..
dan saya gembira dapat mengembirakan mereka..
hehe..
ada satu lagi hikmah yang saya dapat.. saya kenela mengasah semula skills menjahit yang dah berkarat.. jahit baju kurung aje.. dengan tudung 2 helai..

lepas ni kena berjimat cermat..
tak boleh beli buku2 sesuka hati lagi (hobi).. cuti ni tak boleh berfoya2(biasanya keluar jumpa kawan2 lama)..
kene duduk rumah je..Photobucket
What should I do to make my mom feel happy? smiley sad
apa bakti yang dapat saya buat untuk dia happy?
nak bagi hadiah.. duit dah takde..
nak bagi khidmat percuma sebagai orang gaji, dah memang buat dah..
apa lagi yang boleh menambat hati insan tersayang ni??
Ya Allah..... berilah diriku ilham untuk buat something special untuk mak dalam tempoh cuti pendek ni..


dan Allah memakbulkan doa tu..
mak panggil, "kakak, i need your favor"

"mak dah hantar ali pergi tuisyen.. dia lemah sangat addmath.. tapi pusat tuisyen tu agak slow.. sekarang baru chapter2.. mak risau dia tak sempat habis revise all chapter by the time asrama buka.."
"jadi mak minta kakak bagi 2 hours pagi dan 2 hours petang untuk polish ali punya addmath tu.. kakak kene sit one to one dengan dia.. tengok mana weakness dia.. mak nak dia masuk form 5 nanti, add math form 4 dia dah mantap.. sebab ni basic.. kakak ada 10 hari untuk semua ni.." terang mak..
berbunga2 hati saya menerima permintaan mak ni.. :-)

walaupun saya dapat A1 dalam addmath SPM dulu.. tapi dah lama tak tengok2 semula.. berkarat jugala.. but I will try my best not to let my mom down.. so saya akan revise semula.. Insya'allah, saya yakin Allah akan bantu saya.. kefahaman dan keberkatan tu datang dariNya.. Ya Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga.. Adik2 dari sekolah2 yg saya pernah pergi buat program sms.. rata2 menceritakan tentang exam mereka.. hm.. saya ni selalu memotivasikan adik2 orang lain.. adik2 sendiri sekali sekala je.. mungkin inilah peluang yang Allah sediakan untuk saya makin rapat dengan adik2 saya.. Photobucket

Ya Allah.. jadikanlah zahir dan batinku seperti yang Kau cintai.. jadikanlah diriku, adik2ku dan sahabat2 ku penyejuk mata dan penyejuk hati mak abah kami.. Letakkanlah kebahagiaan kami dalam ketaatan padaMu.. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami kembali..

Rabu, 3 Disember 2008

yang pergi biarkan pergi~~ adios!!

Apa nak tulis ni?
macam mana nak mulakan entry ni?

semalam punyalah angkat beg berat2 dari tingkat 4 asrama CG ke bawah.. 5 kali turun naik.. boleh slim kalau selalu macam ni.. hwa3!..
dan tadi masa sampai rumah.. cuma 1 baldi dan handbag aje saya bawa masuk rumah..
mana pergi barang2 yang banyak?
Entah.. tak tahu..

semalam sepupu saya yang drive.. dia dah letih sangat.. so kami pun sewa hotel di highway.. mak kata biar lambat asal selamat.. so, parking dpn hotel.. saya bawa masuk bilik 2 biji laptop, baju tidur sehelai, telekung sepasang dan barang2 toiletries saya.. beg pakaian yang besar tinggal dalam kenderaan (saiz nya sgt BESAR..boleh muat orang masuk).. beg buku yang berat macam batu pun sama.. (dalam tu ada pelbagai jenis buku2 dan dokumen penting termasuklah segala fail, sijil etc).. dan beg2 lain yang memenuhkan kenderaan.. bear & bantal peluk pun tak bawa masuk bilik..hehe, malu la kalau orang nampak :p
next morning, sepupu saya bagitau mak yang kenderaan kami dipecahkan cermin.. dan barang saya semua hilang kecuali bantal peluk saya yang bergolek bawah kenderaan.. teddy juga terselamat.. baldi saya juga terselamat.. beg saya yang besar tu berjaya dia ambil..tahniah.. beg buku yang berat macam batu pun sama! kagum betul.. kain langsir mak saya hilang.. mesti macam santa claus dia angkut bunjut kain langsir tu..hahaha.. masa tu rasa nak gelak sangat..mak asik buat jokes je.. actually saya confuse apakah perasaan yang patut saya pamerkan..
so.. kami pun ke balai polis membuat laporan.. polis tu macam kesian je kat saya lepas dapat tau yang habis sijil2 saya pun diangkut perompak tu.. tapi saya okey je waktu tu..
"dia ok je.. mak dia la yang tak ok..duit lagi.."sampuk mak.. semua orang gelak.. hehe, mak memang pandai buat jokes pada saat2 kritikal..

kami meneruskan perjalanan.. asap masuk dan air cond tak rasa sejuk sebab kawasan yang open banyak sangat.. so.. apa yang tinggal? kain telekung saya jadi hero..
"mak.. betul ke mak nak wat camnih??"saya seakan tak percaya yang mak akan menggunakan kain telekung yang bercorak tu sebagai penutup di belakang.. dan menggunakan penyepit baju saya yang terselamat.. Kain telekung tu dah la ada corak2 bunga..huhu.. tapi tak berani nak komen, asalkan mak bahagia je la..
sampai di rumah.. saya mula berpijak di bumi nyata.. saya sehelai sepinggang.. tak ada pakaian langsung.. nasib baik saya boleh pinjam baju mak dan adik bongsu saya..(semua baju saya dlm beg besar tu).. dan saya teringat satu persatu barang2 dalam beg batu tu.. buku2 yang bernilai ratusan ringgit.. bukan setakat harga buku tu.. tapi most of it adalah buku2 yang sangat saya sayang.. antaranya buku sirah Muhammad saw setebal sejengkal.. my luvly tafsir Quran.. dan satu lagi yang menyebabkan saya kecut perut ialah thesis senior saya!!!!! saya punya thesis, produk kerja kayu saya & buku2 meeting saya dia nak ambil, saya tak rasa seteruk dia ambil thesis senior saya... yela..tu barang orang lain.. saya pinjam dari pusat pengajian...
antara barang yang diambil termasuklah hadiah yang saya beli untuk kawan saya.. semalam sebelum packing saya ambil gambar hadiah ni sebagai kenangan.. sekarang memang dah jadi kenangan..

kesian si perompak tu.. mesti dia kecewa sebab takde duit dalam beg2 tu.. saya halalkan kalau dia nak pakai atau jual barang2 saya.. cuma kalau dia nak jual tu, jual la dengan harga yang berpatutan.. mahal tau harga jubah2 dan baju2 saya tu.. most of them lebih dari Rm100.. buku2 tu pun sama.. most of them lebih Rm50.. banyak buku self healing, self improvement, buku2 ilmiah yang diambil.. produk kerja kayu yang saya buat bertungkus lumus selama 5 bulan tu kalau dia jual sepatutnya dia boleh dapat rm150 at least.. harap2 dia mampu mark up harga sebanyak tu.. my sunglasses.. kalau dia pakai mesti dia nampak macho.. my handbegs..sudah sampai masanya handbags ni bertukar tuan, jasamu dikenang.. my buku2 catatan program& games untuk program fasilitator pun dah takde.. tak pelah.. redha..
semoga 'dia' mendapat hidayah dan menjadi hamba yang soleh.. kalau dia nak jual pun barang2 tu, saya halalkan dan saya harap duit tu dia makan dan menjadi asbab untuk dia menjadi hamba yang soleh..
Alhamdulillah saya masih ada sehelai tudung pink, baju kurung purple, sepasang handsock purple, sepasang stokin,sehelai baju tidur, sepasang telekung, 2 biji laptop,2 biji handphone, handbeg hadiah dari mak awal semester haritu,broadband & purse..

sebaik masuk bilik, adik bongsu saya mengusik2 ajak main2..dia tak tau apa yang dah berlaku.. saya nak sambut gurauan dia dengan ketawa tapi.. tak sengaja ter'menangis'.. terkejut dia.. apa kes? hehe.. apapun tu lah masanya nak bermanja dengan adik beradik sendiri.. hehe..

"mulakan hidup baru kakak!!"pujuk adik lelaki saya..



hm.. esok nak keluar ke Selayang.. nak pakai baju apa? pinjam adik punya lah..tudung apa? teringat tudung2 labuh ku.. apa orang tu nak buat dengan tudung kesayangan ku tu? kalaupun dia tak pakai tudung2 tu.. harap sangat sebaik dia membuka beg2 saya, dia mendapat hidayah Allah..
"Ya Allah.. berilah petunjuk kepada hambaMu itu.. Hanya Kau sahaja yang mengetahui betapa dia dalam kesempitan.. lapangkanlah hidupnya agar dia tidak perlu mengambil hak orang lain selepas ini lagi.. Berkatilah hidupnya agar selepas ini dia menjadi seorang yang melapangkan hak orang lain.. Amin Ya Allah..."

antara 'pisang' & 'kebencian'

semasa meronda-ronda semalam.. terjumpa artikel nih.. hehe.. cute la artikel ni.. mehla kita baca ye.. best.. :) rujuk link by click pada title post ni..


ANTARA PISANG DAN KEBENCIAN

23Jul


Tatkala saya menerawang merenung mengingati kisah lalu, saya teringat akan kisah yang cukup releven untuk me'relate'kan dengan permasalahan soal hati di kalangan sesetengah pihak dari kita..

Cuma kadang-kadang kita kurang merasakan bahawa kejadian di sekeliling kita adalah sebagai petunjuk dan pemberi kesan kepada perbuatan dan rasa 'ego' kita.

Kisah ini mungkin 'sedikit' sesuai untuk hati yang tak berapa 'sihat' dek penyakit benci n dendam.

Ustazah Intan, guru kelas KAFA (saya pon pernah juga..hu..hu) menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Ustazah Intan.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Ustazah Intan sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Ustazah Intan.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Ustazah Intan.


Ustazah Intan mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.

Kemaafan adalah yang terbaik.

Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Jadi, tunggu apa lagi???

Mulakan langkah anda untuk yang lebih baik.

-tgidham corner-
-Islam As A Lifestyle-

Isnin, 1 Disember 2008

wAcaNa Islam & Undang-undang

amanah.. aiseh man..

bukanlah satu perkara lucu apabila saya menerima sms dari kalangan anak buah yang berbunyi "akak, saya nak letak jawatan.."
atau
"akak, maafkan saya kerana tak mampu menerima amanah ini,"
ataupun
"saya tak layak untuk amanah ni.."

setiap kali sms yang sebegitu diterima,
first sekali tindakan yang perlu diambil ialah pergi bertemu si adik
.. em.. biasanya nydp2 punya tugas la tu..
part pujuk memujuk.. part sharing caring .. part motivasi..
..meskipun ada banyak gila kerja nak kne setelkan..
kena jugak pegi jumpa bebudak ni..
paling x pun by email or ym..
better jumpa terus..
sebab dlm ym ni kita kadang2 salah tafsir emosi org.. dan tak dpt detect situasi sebenar..

sgt2 penting
untuk saya sit down and discuz dengan si adik tentang amanah baru yang baru diterimanya..

bukan mudah kakak abang majlis tertinggi memilih calon-calon exco.. calon pemimpin yang kami harapkan dapat mengganti tempat kami, yang dapat meneruskan perjuangan kami.. dan setelah dipilih, nah.. tuan badan menolak.. pemilihan berdasarkan sejauh mana adik2 komited dlm projek sblum ni..

hehe.. dulu saya pernah buat perkara yang exco-exco saya buat juga.. menolak position.. alasan pun lebih kurang sama je dengan alasan junior2 saya.. takut terikat.. takut tak boleh bahagikan masa.. takut .. takut.. etc..

so..
disebabkan saya pernah mengalami situasi mereka.. alhamdulillah.. saya dapat sit down and discuz dgn mereka.. kadang2 bukannya mereka ni tak mampu pikul amanah tu, cuma mereka tak tahu apa yang orang atasan harapkan dari mereka.. dan mereka tak tau apa bidang tugasan mereka.. ada sesetengah tu saje je sms centu sebab nak kan perhatian kakaknyer nih.. redha je la.. macam2 perangai anak buahku ni..

"hehe.. saje nak jumpa lillah rindu.."kata salah seorang anak buahku.. ek eleh budak ini.. hm..
"la.. rindu ke.. ha, mehla kita pergi program sabtu ni.. di.. dah lama x kuar sama2.."huhu.. apa lagi.. rindu sangat kan.. ha, jom ikut lillah pergi program..hwa2..

(alahai adikku sayang.. akak abang tak demand lebih2 la.. kami bagi amanah yang korang boleh aje.. dan kami akan bimbing step by step.. don wory dear.. tentang nak bahagikan masa or apa2 ttg study pun don wory.. ada byk tip2 yg kita bole share..)

sebenarnya kan..
bila terlibat dgn gerak kerja masyarakat ni..
kita jadi org yg lebih bermotivasi..
mana taknya..
org len dapat motivasi setahun 2-3 kali
ada yg langsung tak penah..
sedangkn nk hidup ni kita plukan motivasi..

bila join ppm..
tiap2 minggu ada je program motivasi la..
macam2 teknik2 la.. kursus la.. (jadi pemantau ni lagi la.. semua program kene pegi.. kalau tak termotivasi lagi, tak taula---> MT la tu)

realiti...
setiap kali meting.. isu ada anak buah nak 'quit' ni mesti ada.. masalah timbul bila akak abang plan sekian2 projek yang dah ikut flow tarbiyah.. step one, isi tarbiyah sikit.. step two, tambah lagi sikit.. step 3.. and so on.. tapi bila ada anak2 buah yg kuar setelah melalui step2 awal tu, ofcoz la kami mcm sedih je.. ibarat kita goreng pisang tapi separuh masak je la.. makan memangla boleh makan.. tapi tak la sesedap kalau yang goreng sampai garing tu..

apapun.. memang inilah kerja kami.. so.. adik-adikku sayang, teruskanlah membuatkan akak abang pening dengan kerenah korang.. takpe, kami tak marah pun.. kami sayang kat korang.. kami bukannya nak mengikat korang dengan pergerakan kita ni.. kami cuma berharap PPM ni dapat dijadikan suatu platform perkongsian antara kita.. itu aje.. dalam PPM ni, ada ramai akak abang yang sanggup nak memberi sedikit ilmu atau pengalaman kepada adik2 dalam gerak kerja masyarakat.. kami just berharap, sementara kami ada kat sni, dalam tempoh pengajian ni, adik2 pergunakanlah kami ni.. ambillah manfaat dari kami.. belajarlah dari kami.. supaya bila adik2 dah kuar nanti dari bumi USM ni.. adik nak jadi arkitek ke.. saintis ke.. pereka fesyen ke.. jurutera ke.. teknologis ke.. pape jela, adik tetap melaksanakan tanggungjawab adik pada masyarakat kita..

dan akak tau yg adik2 pun ada bakat terpendam.. ada bakat yg boleh digilap.. ada kebolehan yg blom diselongkar kuarkan.. so marilah share dgn kwn2 lain..

dalam PPM yang memang tak perfect ni.. kita kena saling lengkap melengkapi.. kita kena tau kelemahan dan kelebihan kwn2 kita.. supaya setiap kekurangan kwn2 kita tu dapat kita tutup dgn kelebihan yg kita ada.. ibarat kunci dgn lubang kunci.. bentuk berbeza ttp saling lengkap melengkapi..

so.. em.. hehe
pergilah selongkar barang2 di kiub PPM di bilik persatuan.. ada macam2 harta karun kat situ..
dan kalau ada apa2.. contact lah kakak abang.. kami sentiasa ada untuk membantu adik2.. insya'Allah..

trying to survive!!!

ketika berjalan2.. merayau-rayau dalam blog-blog yg best2.. terjumpa sumthing special.. teringat pd kenangan silam perjalanan hidup saya..
hm.. tak suka nak cerita perkara ni.. sebab agak sayu bila mengingatkannya.. smiley sad

tapi bila fikir2.. dan terbaca ttg kisah ada sorang blogger yg dlm dilema nih.. lillah rasa I SHOULD SHARE this experienced with others.. dgn niat.. semoga sedikit perkongsian ni dpt meneguhkan kita di jalan yg kita pilih nih.. jln Allah..

persoalan yg ditinggalkan di blog adik tu :
aku terasa penat bila berpersatuan. macam2 kerja nak kena buat.
terfikir aku, kan lebih baik aku duduk umah, membaca buku, relax, online, jalan2.
dapat juga rehat2kan minda.

tapi kadang fikir balik, lebih baik aku berpersatuan.
dapat juga aku pengalaman dalam berorganisasi.
dapat tingkatkan aku punya soft skill.

malangnya, aku kurang masa untuk timba ilmu.
aku jarang dapat membaca 10 muka surat dalam sehari.
nak tengok surat khabar pun, baca tajuk besar je.
kadang nak studi pun kurang masa.
sebab: berpersatuan.
dilema jugakla.. tapi takdela pada tahap kritikal.

sharing is caring.. ye tak? huhu.. so.. lets share..love

"hai adikku.. (adik ke nih..hehe )

camni lah dik..

1st of all, mehlar kita muhasabah balik.. apa priority adik skrang?
ofcoz mak ayah kan.. sebabnya keredhaan Allah tletak dlm keredhaan mak ayah kita kan..

so..
kalau result kita jatuh disebabkan psatuan kita.. ofcoz mak ayah kecewa kan.. tul tak? dan akn mnimbulkan fitnah yg org keje dakwah ni stupid.. tul x?

dan wahai adikku..
ingatlah..
kita nak buat kerja dakwah ni bukan sehari dua ni je..
bukan setakat 3 tahun dlm kampus..
bukan setakat single.. bila dah kawen say 'adios pd dakwah'..

kita Mahu utk istiqamah.. adik nak x istiqamah??

kalau adik nak terus kekal istiqamah.. adik kne make sure yg adik sntiasa dlm keadaan STABIL..
maksud akk..
STABIL inside & outside..
soal plajaran adik kne setel..
soal family kne setel..
soal akidah kne setel..
soal persoalan hidup kne setel..Photobucket

setel yg akk maksudkn ni buknnya hidup tanpa masalah.. tapi setel ni maksudnya adik bole handle dgn baik..
NAK HANDLE DGN BAIk .. for sure la adik kene ada masa privacy utk adik bagi santapan rohani pada diri sendiri.. each people should have their own private moment utk dia muhasabah balik diri dia.. utk dia memantapkan balik diri dia.. self improvment.. menambahkan ilmu cth: membaca, menulis& diskusi.. kita kena sentiasa improv diri kita from time to time.. sebab?
nak jadi daie.. kita bekerja dgn manusia.. manusia ada hati & perasaan.. len la tunggul kayu.. takde perasaan.. tak de hati.. bila kita terlepas pandang keutamaan 'mencuci hati' kita, maka hilanglah sinar nur di hati.. maka hati yg gelap tu menjadi tabir perintang antara Allah dan kita.. bila ada tabir antara kita dan Allah.. maka antara kita dan makhluk pun akan 'terjadinya masalah'..
so..
self improvment sgt2 penting sbb itu adlh satu usaha utk kita mendekatkan diri pd Allah..seterusnya salah satu strategi utk berdakwah..
jadi.. give urself some space utk baca buku.. utk surf tenet ni.. borak2 dgn mak ayah.. etc.. pandai2 la.. jalan2 dgn kwn2 utk merapatkan ukhwah.. etc..


kita ni macam dacing.. bila 1 tu ringan.. yg lg 1 tu yg berat kne la turunkn skit bebannya.. supaya bole seimbang balik yg 1 lg tu..nanti bila yg 1 lg tu dah terlebih berat, kurgkn smula supaya seimbang balik..

dik..
the key is in your hands..
persoalan org nak kata awak futhur ke.. awak ni curang ke.. cintakan dunia ke..apa ke..
pedulikan je..
manusia ni akan bcakap setakat sehari dua aje.. tp yg akn suffer ialah you.. you yg menentukan hidup you..antara daie yg cemerlang result dan daie yg result tenggelam timbul.. mana 1 yg adik akn mudah jatuh hati? makn rasa nk kenal lbih dkt?

bg akk.. akk x study sbb nak keje best2.. akak study sungguh2 supaya akk dpt menjadi pencetus inspirasi pd kwn2 akk.. akk dpt jadiilham & kekuatan utk mereka.. paling utama ialah supaya akk harap usaha kecil ni dpt memartabatkan agama Islam.. akk nak api semangat yg akk nyalakan akn membakar beratus2 semangt jiwa lain yg akn membangkitkn islam..

dik..
yg penting u faham apa yg u buat.. Allah menilai berdasarkan niat.. break a minute doesnt mean you are 'quit'ing.. break a minute means you are gaining yor strength back..

jgnlah kita asik nak update iman org len tp iman sendri tergadai..think out of the box..

alamak.. aiseh.. terpanjang la plak.. maap yer.. huhu :p
all da best..
strive 4 mardhotillah.."

p/s : saya pernah masuk persatuan.. aktif sangat2.. bahagia sgt2.. pastu sesuatu blaku.. tepaksa rehat kejap (tapi x de kaitan ngan study.. study maintain aje, ade sbb lain yg lebih menyedihkan..).. pastu masuk balik.. :)
Yg penting ialah doing first things first.. being yourself is not remaining where you are, or being satisfied with what you are. it is the point of departure..Photobucket

Ya Allah.. izinkanlah diriku, keluargaku dan sahabat2ku untuk istiqamah di jalan Mu.. hanya cintaMu yang kami dambakan.. amin Ya Rahim..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....