Rabu, 13 Ogos 2008

Latihan Aktivis Dakwah Dlm Isu Sosial 6

Sebaik bangun dari tidur, kepala terasa berat dan badan terasa panas.
Tekak pula pedih, simptom-simptom demam. Tiba-tiba semangat saya yang berkobar-kobar untuk pergi ke program pagi ini luntur.
Namun apabila mengenangkan tiada sahabat MT lain yang akan menyelaras peserta-peserta untuk program ini, digagahkan juga diri ini untuk bangun.

Sebaik tiba tempat menunggu bas Indah Kembara, sudah ada dua orang peserta menunggu. Bilangan asal yang berminat menyertai program ini seramai 18 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Dalam tempoh sehari sebelum program, cuma tinggal 11 orang peserta sahaja.

Dan pada pagi ini cuma 6 orang peserta perempuan, dan dua orang peserta lelaki yang akan menyertai program pada sesi petang.

Seorang pelajar SUKSIS meng ‘sms’ saya meminta kami menunggunya hingga pukul 8pagi. Katanya dia mahu mendaftar kehadiran SUKSIS dan kemudian mengikut program kami.

Malangnya dia gagal mendapat persetujuan sarjan untuk meninggalkan tempat mereka berkawad.

Abang Shamsul yang memandu van untuk ke lokasi kelihatan agak terkejut melihat semua peserta adalah perempuan. Ketika di dalam van saya masih lagi menerima ‘sms’ dia yang masih lagi berharap dia berkesempatan untuk menyertai program ini.

Kami sampai di Sungai Petani dalam pukul 9.30pagi dan menginap di Masjid Ibrahim. Kami disambut baik seorang wakil masjid dan abang Salman. Setelah abang Amir tiba, kami diberikan sedikit taklimat untuk memperjelaskan konsep sebenar ‘SOSIAL’.Kemudian kami telah dibawa ke Taman Jubli Perak untuk meninjau tempat yang agak popular dalam kalangan mereka yang ‘berdating’. Kami disuruh membuat diskusi ringkas dan berlatih bersembang agar tidak kelu apabila membuat program lapangan sebenar.

Kami telah digabungkan dengan kumpulan dari Merbuk dan beberapa orang penggerak Landas dari Sungai Petani. Kini bilangan kami menjadi ramai. Semua yang hadir kelihatan sangat bersemangat telah membakar semangat saya yang padam sebelum ini.

Kami dibawa ke stesen bas Sungai Petani untuk melihat zon-zon yang menjadi tempat adik-adik remaja kita menghidu gam, minum arak dan melepak. Ketika meronda, kami terserempak dengan seorang pelajar yang masih beruniform sekolah

Ponteng! Wajah adik itu agak cemas dengan kehadiran kami.

Kemudian kami dibawa melihat kawasan di sebelah sebuah sungai yang sangat busuk dan kotor. Kawasan tersebut kelihatan lengang dan lapang. Dulu tempat tersebut menjadi ‘port’ adik-adik kita berkumpul menghidu gam dan melepak. Namun setelah tempat duduk di kawasan tersebut di runtuhkan, adik-adik itu telah berhijrah ke tempat lain.

Di manakah mereka membawa diri?

Di manakah harus kami cari adik-adik itu?

Siapakah yang akan datang menemui adik-adik itu untuk diberi nasihat agar mereka yang dahagakan kasih sayang itu sedar dan berubah menjadi baik?

Lokasi seterusnya ialah bangunan kosong yang menjadi istana saudara kita yang tercicir dari dunia kita yang pantas berlari.

Di bangunan 8 tingkat itu kami temui jarum, pil, pakaian, tilam dan sedikit barang-barang peribadi yang jelas menunjukkan bangunan usang itu berpenghuni.

Saya sebak membayangkan betapa ada insan lain yang bergelap di bangunan ini sambil melayan khayal sementara saya di dunia saya yang penuh dengan kasih sayang dan kecemerlangan hidup.


Adik-adik PPM kelihatan begitu bersemangat meneroka mencari jejak yang ditinggalkan tuan rumah. Lawatan realiti ini bagus untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada mereka dalam bergerak kerja untuk masyarakat.

Kami meneruskan perjalanan ke Central Square yang menjadi tempat masyarakat setempat berkunjung untuk membeli belah dan berhibur. Kami dibawa ke tingkat teratas iaitu tingkat ‘karaoke’, permainan video dan pawagam.Huh.. saya teruja setelah sekian lama tidak ke tempat seperti ini.

Dulu ketika zaman sekolah, lepas keluar keputusan peperiksaan emak akan beri saguhati. Saya dan adik-adik saya akan datang menghabiskan RM10 di tempat seperti ini.

Tetapi rasanya tempat saya bermain dulu lagi banyak permainanya berbanding di sini. Dan setiap kali saya dan adik-adik ke sini, emak abah ikut sama. Mereka duduk menunggu kami main macam body ‘guard’.
Saya tiba-tiba bingung, apa yang saya nak buat di sini?

Sudahlah penampilan saya sangat luar biasa dari semua pengunjung ( bertudung labuh dan ber T-shirt labuh ke lutut).

Banyak mata memandang, wah.. menjadi perhatian, tak sukanya :-( Saya ‘stop’ masuk tempat macam ni semenjak mula terlibat dengan kerja mendidik insan di sekolah menengah.

Masa tu selalu pokai, sedangkan tempat ni menelan banyak duit. Kerja dakwah, kalau duit tak keluar dari poket sendiri, macam mana nak buat usaha dakwah.. Masa tu rasanya sia-sia habiskan duit di tempat macam ni.Kiranya saya tak adalah pandang serong pada tempat ni kecuali karaoke dan pawagam, yang tu memang mak tak izinkan langsung.

Bila dah masuk matrikulasi, kawan-kawan selalu ajak ke tempat macam ni.. Tapi saya ni jenis tegas.
“Sorry.. its forbidden for me to step in cinema, lets go to other places..” kata-kata ini diucapkan pada mereka..dan selalunya kami beralih ke bowling..

Abang Amir bertanya “Tau tak nak buat apa di sini?”
Saya menjawab jujur “Tak.”
Abang Amir menjawab “Bersembang. Bersembang dengan sesiapa sahaja.”

Bersembang? Saya faham.. maksudnya korek maklumat.. kembali kepada objektif program, bertemu dan berkongsi dengan adik-adik yang dahagakan kasih sayang. Dengan muka yang tak malu, kami menegur mereka yang kami jumpa. Kemudian bersembang sedikit. Rata-rata semua nampak kami cepat-cepat bangun ke tempat lain. Adik-adik PPM saya kelihatan malu-malu dan agak tertekan dengan reaksi mereka.

“Tak boleh la kak.. kami tak tahu nak bersembang..”salah seorang dari mereka kelihatan berputus asa.

“Boleh.. mari ikut kakak, ” saya memujuk. Tidak lama kemudian datang sekumpulan ramaja perempuan, dalam 7 orang bersama seorang lelaki.

“Assalammualaikum dik..”
dengan selamba saya menghulurkan tangan kepada adik-adik perempuan. Mereka terkejut.. Yelah, di tempat macam ni, ada ke orang bagi salam?

Kalau saya jadi adik-adik tu pun saya terkejut juga. Sambil sembang sambil korek maklumat. Mereka kelihatan resah. Mata mereka memeriksa kami dari hujung kaki hingga ke kepala.
“Hm.. kalau nak datang sini, berapa agaknya ‘budget’ yang perlu kita sediakan?”
Ececeh.. saya buat-buat muka berminat dengan tempat ni. Si lelaki dengan tersenyum menjawab, “RM7 kak..”

“Oo.. berapa games dapat main tu?” saya meneruskan.
Dengan penuh bangga si adik menjawab “Tujuh.” Saya mengangguk, semakin berminat, “Oh, satu games Rm1 ye dik..”. Si adik mengangguk.Harga masa zaman saya dulu 50sen untuk setiap games.. Seorang remaja perempuan kelihatan marah dengan saya.
“Akak ni datang sini ada program ke?”
Suaranya tinggi dan kasar. Wajahnya kelihatan menyampah pada kami. Hahaha, saya ni kalau orang tu tak nak pada saya, lagilah akan saya berusaha mendekati..
“Akak datang sini nak jalan-jalan.. Hari ni kan Pulau Pinang cuti.. Akak tak pernah sampai sini, ni lah first time dik..” saya menyambung sambil senyum. Berkurang sedikit kerut di wajah adik perempuan itu. Barangkali berpuas hati dengan jawapan saya.

“Em dik.. Kat sini kan, mana lagi tempat yang best-best ye?” Saya menyambung. Sambil bersembang, saya melengahkan mereka dari masuk ke tempat games.

“Tak tau, saya pun jarang ke sini..” jawab dia. Hm, boleh percaya ke? Tadi semasa mereka masuk, mereka macam dah biasa dengan tempat ni.

Selepas berpisah dari adik-adik ini, saya dan adik-adik PPM meronda mencari kedai-kedai yang mempromosi budaya sonsang. Kami masuk keluar banyak kedai namun tidak menjumpai apa-apa tanda budaya sonsang.. Ataupun mungkin kami yang tak tau tanda-tanda budaya sonsang.. Nampak sangat yang saya ni tak peka dengan penyakit masyarakat..
“Kak, tumpang tanya..” biasalah kan, kalau tak tahu baik bertanya..

“Di mana kedai-kedai yang jual barang-barang brutal?” soal saya.
Kakak tu terkejut. Dia menunjukkan beberapa kedai. Semua kedai tu saya dah masuk tadi. Tapi tak ada apa-apa yang saya jumpa boleh dikategorikan brutal di situ. Sebab kalau saya mengikut adik saya bershopping, dia bawa je saya masuk tengok barang di situ. Barang-barangnya agak mahal dan berkualiti.
“Kenapa akak kata kedai tu brutal?”

“Sebab penjual dia pun brutal..”jawab kakak tu sambil ketawa.

Yeke? Penjual tu brutal? La.. kalau ini dah masuk kategori brutal, adik saya pun kalau kakak tu tengok, kira brutal juga la ye? Dan kawan-kawan sekolah saya semua pun brutal la ye? Entah-entah saya pun brutal?
“Tak.. lillah baik,”seorang teman memujuk. Hm.. tiba-tiba terasa rindu sangat pada 3 orang adik lelaki saya.

Beberapa kali lagi kami terserempak dengan adik-adik perempuan tadi tetapi mereka masih menunjukkan rasa tidak suka pada kami. Tetapi saya masih belum berputus asa. Adik-adik PPM saya kelihatan penat.

Selepas bersolat zohor di surau tiba-tiba seseorang menegur. Adik-adik tadi menegur. Suatu permulaan yang baik! ;-)

Ketika makan tengah hari, meja kami bertentang dengan meja makan adik-adik tu. Mereka melambai sambil tersenyum. Makanan di sini agak mahal. Hati saya kuat mengatakan yang adik-adik tersebut tak akan mampu makan di sini kalau duit dah habis di tempat main tadi.

Hm.. inilah masalahnya. Adik-adik ni datang sini tanpa pengawasan ibu bapa. Mereka guna duit tanpa kawalan. Semua duit dihabiskan ke games dan karaoke, apa yang tinggal untuk makan?

Mereka masih belum matang untuk menerima kebebasan seperti ini. Masa ni terasa nak sangat ucapkan terima kasih pada mak sebab ‘control’ habis-habisan semasa membesarkan saya. Dalam adik beradik saya, saya seorang je yang bersekolah harian biasa, adik-adik saya semua ke asrama. Kemana saya pergi, memang mak akan hantar dan ambil. Kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan, mak akan hantar dan ambil dengan kawan-kawan sekali.

Kesannya, kawan-kawan saya rapat dengan mak saya.. asyik nak mak saya je, jeles! Kata sahaja nak ke mana, mak akan bawa.. Kawan-kawan saya suka sebab sure bila lunch time tiba, mak yang bayar.. selamat duit kami :-)..

Itulah pengorbanan yang mak terpaksa lakukan untuk membesarkan saya dalam masyarakat yang dahagakan santapan jiwa. Mak tak mahu saya jauh dari mereka yang nakal kerana mak kata, kita perlu dekati mereka, ambil hati mereka dan nasihat mereka.. hasil pengorbanan mak, walaupun saya dikelilingi mereka yang brutal-brutal, tapi saya tak brutal.. sebab saya ada prinsip dalam pakaian, tingkah laku dan percakapan..

Simple je prinsip saya, apa yang Allah suka, saya akan buat. So, tak nampak lah macam brutal, nampak macam solehah je.. hahaha

“Adik dah makan?” Saya sengaja lalu di sebelah meja mereka.

“Nak makan macam mana, duit pun tak ada!”. Garangya.. Dah lapar, tak dapat makan..

“Kakak nak belanja ke?” Seorang lagi mengusik sambil ketawa.
Saya pun ketawa. Boleh je nak belanja adik-adik ni, tapi sambil mereka makan, memang saya akan bagi tazkirah bab duit la..
“Habis biasanya adik tak makan la bila datang sini?”soal saya dengan muka simpati. Adik-adik menggeleng. Saya memegang bahu adik perempuan yang garang.

“Berlapar je la?”sambung saya..Adik-adik mengangguk sambil senyum..

“Kesiannya, bila nak makan?”soal saya lagi.

“Balik rumah nanti,” suara adik perempuan yang garang tadi sudah semakin manja..

“Ish, boleh slim nanti, akak pun nak cubala next time,”saya bergurau. Mereka ketawa.
Kemudian datang sekumpulan remaja lelaki.. oh rupa-rupanya mereka sedang menunggu boyfriend masing-masing.. Boyfriend akan belanja makan.. Adik-adik ppm saya mengajak saya pergi meronda, terbantut hasrat nak bersembang dengan adik-adik tu. Dan ketika meronda, terserempak dengan ustaz Kamaruddin. Tersentuh hati melihat pendekatan ustaz yang ramah dan penuh kasih sayang terhadap tiga orang adik remaja yang duduk di tangga.. Dan sebaik mendapat pelua ng oleh ustaz, saya pun bersembang dengan adik-adik. Dua orang form 5 dan seorang form1.


“Lepas habis form 5 ni nak ke mana dik?”soal saya sambil senyum. Mereka tersipu-sipu.

“Tak tau la kak..” jawab si adik.. saya cuba meneka, mesti result tak berapa baik..

“Adik.. kakak cadangkan adik masuk form6.. ramai kawan-kawan kakak yang tak boleh nak skor di SPM boleh skor STPM. Yang penting diri kita. Kita kena baiki kesilapan kita. Kita kena ada semangat untuk berusaha gigih untuk berjaya.” Saya bercakap penuh semangat. Kelihatan mata si adik terkebil-kebil terkejut.Tangan saya memegang lengan mereka.

“Dik.. belum percubaan lagi kan..?”soal saya lagi. Mereka menggeleng.


“Masih ada peluang untuk adik uasahakan yang terbaik! Jangan putus asa dik.. Selagi ada masa, selagi itulah ada peluang untuk kita bagi yang terbaik dik..kakak dulu masa percubaab SPM, kakak fail addmath. Kemudian kakak pulun study sungguh-sungguh.. Dan Alhamdulillah dapat A1 masa SPM..”
Wajah adik-adik berseri-seri mendengar cerita saya.. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tak berapa stabil datang dan duduk di belakang adik-adik perempuan. Dalam keadaan mamai, si lelaki memberi tazkirah ‘jangan pakai seksi’..

Apa kes dia ni? Kami kehairanan? Rupa-rupanya dia datang sebab ternampak ustaz dengan kami.. dan mungkin dia cakap macam tu sebab nak ambil hati ustaz..
wah..
saya sangat terharu melihat sudah wujud tautan hati antara lelaki yang tak stabil ni dengan ustaz..
Insya’Allah, kalau ustaz dah dapat hati si lelaki ni, ada peluang untuk ustaz nasihatkan dia.. Dan tak mustahil lelaki ni akan berubah menjadi lelaki soleh… Amin Ya Allah…

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Rasa penat sangat. Demam saya semakin kuat. Saya duduk di kafe menunggu solat asar.

Dua ‘couple’ adik-adik tadi sedang bersembang. Hati saya nak sangat pergi kepada mereka. Rasa tak puas hati sebab still tak dapat nak sentuh hati mereka.. entah bila lagi dapat jumpa adik-adik ni..

Dengan muka tak malu, saya terus pergi duduk di meja sebelah adik-adik tu. Kacau orang dating, hahaha.. ;-) Yang lelaki tu, seorang 18 tahun, seorang 15 tahun. Yang 18 tahun tu warnakan rambut oren sikit dan macam mengantuk je.. yang 15 tahun tu smoking sambil main asap bulat-bulat.. menarik.. ;-0

Yang perempuan berumur 15 tahun.

Alhamdulillah, masa menjadi fasilitator dulu, banyak games yang saya belajar.
Dan saya gunakan sebagai modal bersembang dengan adik berempat ni..
Alhamdulillah, meja kami meriah. Tanpa saya sedari adik-adik tu bergerak rapat dengan saya hinggakan seorang adik tu duduk atas lutut saya.
Yang lain berdiri sambil memegang bahu kawan di depan. Mereka kelihatan gembira. Saya tentulah lebih-lebih lagi gembira. Muncul dua orang perempuan datang dan beberapa kali menarik yang lelaki untuk mengikut mereka. Tetapi kena marah dengan si lelaki.

“Kak.. sambung-sambung!” si adik lelaki begitu berminat dengan games saya.

Selepas habis games, saya seperti biasa, memberi nasihat.. ala-ala wasiat.. dan mata si adik bergenang air mata. Masa peluk sebelum berpisah, sekali lagi nasihat diberikan..
“Dik.. walaupun lepas ni kita tak jumpa lagi.. adik ingatlah nasihat akak ye.. Walaupun kita sendirian, Allah ada dengan kita.. doa pada Dia, Dia mendengar..” my last word..
Si adik memeluk saya kuat dan lama. Mereka mencium tangan saya.. La, terasa tua pulak! Tapi entahlah, adik-adik junior PPM saya pun suka cium tangan walaupun dah bagitau tak perlu, segan kakak… ;p

Selepas kami berpisah, seorang peserta memberitahu
“Adik tadi macam nak cakap sesuatu.. Kalau kawan-kawan dia tak ada, mesti dia akan cakap sesuatu.. dia macam ada masalah..”

Petang tu sebelum maghrib, kami berkumpul di Taman Jubli Perak untuk buat analisis turun lapangan sepanjang siang. Group lelaki dari USM dah sampai, Saiful, Abrar, Meor dan Rahimie.
Malam tu, kami makan sambil berbincang dengan Ustaz Kamaruddin Kassim.. Ustaz belanja kami makan, Alhamdulillah, semoga ustaz dimurahkan rezeki dan diberkati rezeki..amin..
Kemudian kami meneruskan misi mencari kupu-kupu dan musang-musang malam.. Mula-mula jumpa ‘ustaz hidu gam’ . Dia ni bekas pelajar Mesir.. dan kini di sini..




“Awat hang jadi macam ni.. hari tu tengok dah elok, awat hari ni dah macam ni?”
Ustaz memeluk lelaki tu.. Terharunya saya masa tu. Agak kagum dan terpesona seketika. Dan sedih juga melihat hidup lelaki tu.. Tapi saya tetap yakin, lelaki tu masih ada peluang untuk berubah. Dan dia mungkin boleh berubah menjadi lebih baik dari semua lelaki yang ada di situ, insya’Allah.. hidayah itu milik Allah tersayang ;-D

Ustaz memujuk lelaki itu untuk berhenti menghidu gam.. Dalam keadaan khayal dia menjawab setiap kata-kata ustaz.
“Hang ada ilmu..”suara ustaz lembut sambil memeluk dia.

“Ilmu tanpa amal sia-sia”jawab dia.
Saya rasa nak menangis waktu tu..tapi tahan-tahan..
Sebak mengenangkan betapa gelap dunia dia dibandingkan dunia sebelum dia menagih. Alangkah sedih jika dia tak sempat kembali ke pangkal jalan..

alangkah kecewa bila setelah dia semakin pulih, dia kembali kepada tabiat lama.. Tapi saya yakin, ustaz tak akan putus asa.. Insya’Allah..

Hati manusia itu Allah yang pegang.. Seorang da’ie yang ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan.. menerima tanpa syarat.. dan mengharapkan agar insan itu sedar, walaupun masa tu da’ie tu dah tak ada lagi.. :’-)


Ustaz bertanya mahu tak lelaki tu beri kuliah pada mereka yang hidu gam.. dan malam tu kami mendengar kuliah ramadahan ‘oleh ustaz hidu gam’.. dari niat puasa hingga perkara membatalkan puasa. Ketika peserta lelaki sedang khusyuk, saya dan peserta perempuan berenam duduk jauh sedikit di bawah lampu. Datang dua orang remaja nak bersembang.. baru 17 tahun..

kata dia, dia lari dari rumah. Dulu dia tinggal di perak. Hati saya meronta-ronta rindukan adik-adik saya..Kemudian kami bergerak bertemu dengan couple-couple yang hangat berdating. Pendekatan ustaz yang santai dan berhikmah memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik mendekati kupu-kupu ini.
Keesokkan harinya, suasana agak kecoh sedikit gara-gara cubaan mencuri oleh seorang adik remaja yang kami bawa balik tidur di masjid.

Ujian untuk si abang dan ujian dari si adik.. si abang masih bersabar dan menerima si adik. Saya yakin, jauh di sudut hati adik tu, dia dapat merasakan yang abang-abang ni menyayangi mereka tanpa mengharapkan apa-apa dari mereka.. dan abang-abang ni bersedia menerima mereka walaupun senakal mana mereka..

Alhamdulillah ya Allah.. ;-)

Ustaz memujuk si adik untuk bersekolah semula. Tetapi si adik tak mahu..
Sebelum balik, slot abang nizam.. adik-adik tadi sedang tidur di belakang kami.
“Siapa yang nak peduli tentang mereka?”

“Mereka anak-anak jalanan.. Mereka dipaksa untuk mengejar kehidupan yang mereka tak mampu miliki..”

“Masyarakat perlu mengubah perspektif terhadap mereka. Dalam Islam, kita ada budaya menjaga tepi kain orang. Anak jiran buat salah, kita anggap macam anak sendiri, dan kita tegur..Ke mana harus anak-anak ni pergi? Hari ni, kita jumpa mereka, kita ambil dan bawa mereka tidur di masjid.. tetapi waktu biasa, mereka akan dihalau oleh orang..”
Betul kata abang nizam. Tak ramai yang ada kesedaran untuk menyayangi mereka yang dahagakan kasih sayang ni.. kesiannya adik-adik ni.. :’-(
“Kalau bukan kita, siapa?”
“Kalau bukan sekarang, bila?”
“Kalau bukan di sini, dimana?”

Ada tiga target aktivis:
  • Kita kena jadi catalyst (pemangkin) yang ada element peneroka, pemimpin. Catalyst dia tak tunggu-tunggu, dia akan membuka jalan..
  • Multuplier effect, snowbowling effect.. membesarkan bilangan penggerak.. menambahkan jumlah mereka yang sedar dan bergerak kerja bersama-sama
  • Change.. berubah.. kita kena buat sesuatu yang menghasilkan perubahan.. perubahan pandangan masyarakat, keluarga dan qariah masjid… etc
Sebelum balik, setiap peserta membuat azam baru.. Walaupun tempoh program ni singkat, banyak yang saya belajar.. Ustaz berjuang mendidik insan, bukan sahaja insan yang sedang lemas terdidik, malah kami yang baru hendak belajar menjadi da’ie pun terdidik sama.. Kita belajar subjek kehidupan, decision of life, tentang nilai insan, erti kasih dan makna pengorbanan.. Berapakah nilai insan? Tidak ternilai..
Apakah erti kasih? Menerima tanpa syarat. Apakah erti pengorbanan? Memberi sepenuh hati tanpa mengharap balasan.


Ya Allah.. Jadikanlah kami penawar dalam ummat mu agar kami dapat berkongsi kasih sayangMu dengan adik-adik kami ini.. Berilah hidayah kepada kami semua Ya Allah.. Peliharalah kami Ya Allah...

Jumaat, 8 Ogos 2008

Nikmat dalam Mendamba KeredhaanNYA



Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. saya temui banyak kelebihan yang Allah tunjukkan.. yang saya percaya saya tak akan temuinya ketika saya dalam keadaan senang.. :’-D
Alhamdulillah..
Em..nak share dengan sahabat-sahabat semua.. agar kalau-kalau ada yang tersepit dalam salah satu situasi yang saya alami, dapatlah kalian ambil hikmahnya.. paling penting dapatlah memberi secebis harapan dan segenggam ketabahan untuk kita sama-sama menuju Mardhotillah!! (keredhaan Allah)
Lets begin.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan tak de duitnya..dengan kesihatan yang tak berapa baik.. dengan kerja-kerja di makmal yang tertangguh sebab mesin rosaklah, tindak balas eksperimen slow, macam-macam prosedur, error.. dengan masalah perangai manusia yang nakal.. dengan amanah yang ‘boleh-bolehkan ’ juga walaupun rasa macam tak mampu.. hm.. masa tu rasa tak ada sebab kenapa saya tak boleh lari dari sini(USM), gate open je.. bas Rapid pun lalu lalang je depan Sungai Dua tu..(Sure bukan lari ke rumah, di rumah pun mantap tarbiahnya..where should I go?)~~~
Mahu ke mana ye?
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Kaya.. walaupun tengok digit duit tu macam sikit dan digunakan laju macam air mengalir, but still boleh mencukupi hingga ke hari ini ..dapat pula infak untuk jariah.. dan still boleh beri hutang pada orang lain yang kesusahan.. berkat sungguh.. macam tak logic, tapi di situlah keberkatanNya.. pernah sekali terdetik di hati ni “Ya Allah.. saya ni bukanlah orang miskin, tapi bila nak berbelanja, macam orang miskin.. saya mampu untuk bermewah lebih lagi dari ramai kawan-kawan.. tapi duit saya saya belanjakan untuk agamaMu ya Allah..” Hati masa tu macam sayu je.. Allah Maha mendengar, masa tu Dia beri ilham.. teringat pesanan Imam Syafie tentang Luqmanul hakim.. Allah memuliakan Luqman setelah diuji dengan kemelaratan di tengah keluarganya yang kaya.. teringat pula doa baginda Rasulullah saw yang berbunyi “Hidupkan kami dalam kalangan orang miskin, matikan kami dalam kalangan orang miskin, dan bangkitkan kami dalam kalangan orang miskin.”.. teringat pula kata-kata yang “mereka yang memilih jalan Rasulullah saw, akan lebih cepat merasai kefakiran..”(pernah dengar tapi tak ingat sumbernya..) Para Sahabat Rasulullah saw hidup dalam kemiskinan tetapi mereka tetap cemerlang dalam hidup.Ramai sangat orang-orang soleh yang hidup miskin tetapi hebat dalam agamanya.. So.. nak jadi srikandi agama, tak boleh takut miskin.. tak boleh takut susah.. Sebab ukuran sebenar kekayaan ialah hati yang merasa cukup dan bebas dari mengharapkan dunia adalah hati yang kaya~ itulah kekayaan hakiki… ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Penyayang.. masa tu kesihatan tak berapa baik.. tidur tak cukup, biasa lah untuk seorang da’ie.. extra kerja tak menentu, dan extra waktu over time pun perkara biasa bagi seorang da’ie.. 24 hours on call.. pintu bilik sentiasa open untuk kunjungan kaunseling@tazkirah..hahaha.. hanphone pun sentiasa bersedia dengan sesi tazkirah..kesan yang dapat dilihat segera.. walaupun saya still kata I’m okay! But badan saya menunjukkan signal saya stress.. Masa tu memang rasa tak larat.. bila dapat baring, terus je tidur.. nak sembang kosong pun tak sempat.. nak main-main yang tak berfaedah pun tak larat.. sebelum tidur, baca buku ‘Persediaan menghadapi mati’.. Ececeh.. sakit sikit je, tapi berangan kalaulah dapat mati dalam keadaan sedang buat usaha dakwah ni, bestnyeeeeeeeer..!! nakkkkkk….! mati itu terlalu manis bagi syuhada’ di medan jihad.. Masa tempoh weak ni, Allah selamatkan saya dari banyak perkara-perkara lagha.. nak fikir yang tak berfaedah pun jarang sebab kepala blank, tak boleh fikir.. boleh zikir je.. ingat Allah je.. Nikmatnye rasa.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Bijaksana.. dengan kerja-kerja di makmal yang tertangguh sebab mesin rosaklah, tindak balas eksperimen slow, macam-macam prosedur, error.. terasa benar jahilnya hamba ni.. sebab dalam eksperimen ni, banyak benda yang berlaku tak boleh lillah nak explain.. asal balik je dari lab, terus buka buku tebal cari penyebab-penyebab kejadian tersebut.. Masa tu kagum sungguh dengan keluasan ilmu Allah.. Bila berdepan dengan masalah mesin yang meragam.. terasa macam mesin tu beruntung.. sebab setiap yang ada di alam ni, pasti akan hancur suatu hari nanti, kecuali Allah.. termasuklah saya akan mati juga.. perbezaannya, mesin tu tak kene HISAB.. tak kena seksa kubur.. tak kena beratur di Mahsyar.. tak kena melintas SIRAT.. tak kena buka buku amalan.. tak kena azab neraka.. sedangkan saya? :’-(

Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan masalah perangai manusia yang nakal.. banyak kali air mata ni mengalir.. kadang-kadang hairan, adakah mereka terlupa yang saya pun manusia juga, ada had limit kesabarannya? Hm.. thank you sangat pada semua yang telah membuat saya kecewa dan patah hati.. kerana kalian telah menyebabkan hati ini semakin dekat dengan pemilik sebenar hati ni, Pencipta hati ini.. dan membuatkan saya menjadi bertambah-tambah sayang kepada mereka yang dari awal menyayangi saya..Selalunya air mata ni lebih mudah turun bukan kerana saya disakiti tetapi kerana melihat orang lain sakit.. bila orang lain sakit, Allah memberi peluang kepada saya untuk menjadi penawar luka.. Masa tu walaupun saya seolah sedang menyelesaikan masalah orang lain, sebenarnya sangat banyak hidayah dan ilham yang Allah berikan untuk saya melalui insan itu.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan amanah yang ‘boleh-bolehkan ’ juga walaupun rasa macam tak mampu.. masa tu memang selalu rasa mudah sangat air mata ni nak turun..so kena tengok kiri kanan, tak mahu biar anak buah nampak saat-saat tengah lemah..tak mahu mereka turut rasa lemah.. masa tu kuatkan kata hati, “Ya Allah, aku buat ni hanya kerana Kau ya Allah, kuatkanlah aku!!”.. kadang-kadang nak sangat ada seseorang yang pernah alami apa yang saya rasa yang saya boleh jadikan contoh, yang saya boleh tanya cara bahagikan masa, cara membuat keputusan dan cara menyelesaikan masalah.. akhirnya saya sedar, itu semua mustahil sebab tiap-tiap manusia ada masalah yang berbeza.. so.. kerana itulah saya perlu bergantung sepenuhnya pada Allah.. dan saya berdoa “Ya Allah, bimbinglah daku menjadi NYDP2 yang cemerlang di dunia akhirat, yang dapat menjadi contoh kepada orang di sekeliling dan adik-adik akan datang, yang dapat menjadi punca hidayah kepada orang di sekeliling… hiasilah diriku dengan hilmi,iman, ilmu, takwa dan akhlak yang mulia..Amin ya Allah..”
Untukmu sahabat.. saya sedang belajar menjadi seorang sahabat.. menjadi seorang sahabat bukan sekadar menjadi seorang pendengar setia.. atau sekadar peneman di sisi.. tetapi seorang yang bersedia untuk bekorban supaya sahabatnya tidak terkorban.. sahabat yang ikhlas, menerima sahabatnya seadanya tanpa syarat. Dia menyayangi sahabatnya dan mahu yang terbaik untuk sahabatnya. Dia akan tetap mengembirakan, memberi nasihat, bekorban walaupun sahabatnya tidak menyedari dan tidak tahu.. dia tidak jemu meskipun masa terus berlalu.. kerana dia tahu Allah yang memegang hati sahabatnya. Dan dia berdoa supaya sahabatnya akan sedar akhirnya walaupun pada masa tu dia dah tak ada lagi.. hanya sebab dia sayangkan sahabatnya ikhlas kerana Allah..

Sabtu, 2 Ogos 2008

untuk awak.. dari saya, seorang teman seperjuangan..

Salam ukhwah sahabat-sahabatku yang dikasihi.. Semoga ukhwah yang terjalin akan mekar di bawah rahmat dan kasih sayang Allah selamanya.. Insya’Allah..

Sahabatku yang dikasihi..
Apakah yang membezakan hubungan sesama kita dan hubungan kita dengan mereka yang belum islam? Perbezaannya ialah hubungan sesama kita dibawah satu simpulan akidah manakala hubungan kita dengan mereka yang belum islam adalah perbezaan akidah.. maka, sama ada sahabat-sahabat sedar atau tidak, hubungan diantara sesama kita yang mempunyai akidah yang sama adalah terlalu rapat..Sangat-sangat rapat.. hinggakan setiap yang mengenggam akidah yang sama dengan kita mempunyai hak yang sama dengan kita.. hak kita untuk membina insan lain yang seakidah.. membina jiwa, membina fahaman, membina sahsiah..

Sahabatku yang disayangi..
Darah, harta, komitmen dan masa adalah sesuatu yang kita perlu saling berkongsi.. berkongsi dengan siapa? Berkongsi dengan mereka yang seakidah dengan kita.. Bagaimana? Sahabatku.. pada saat ini, tatkala kalian sedang menatap warkah ini, pastinya ada saudara seakidah kita sedang berjuang di luar sana mempertahankan darah, harta, komitmen dan masa mereka..
Mereka berhempas pulas dalam usaha memberi, mendidik dan membela masyarakat.. Mereka melupakan tentang kenikmatan hidup mereka demi memberi ‘makna’ dalam hidup insan-insan lain.. Kehadiran mereka dalam masyarakat tidak selalunya diterima dengan tangan yang terbuka oleh masyarakat itu sendiri.. Namun mereka tetap tidak berputus asa walaupun sesekali air mata merembes ke pipi.. Dalam serba kekurangan mereka tetap teguh di atas jalan yang dipilih iaitu jalan mendidik insan..

Sahabatku yang dikasihi..
Sedarkah kalian, tatkala kita sedang asyik dan berbahagia dalam zon selesa, adik-adik seakidah kita, kakak-kakak seakidah kita, abang-abang seakidah kita, mak abah seakidah kita.. mereka-mereka yang seakidah dengan kita.. sedang diancam dengan barah sosial yang kritikal? Masyarakat kita sedang tenat dan nazak dalam pelbagai isu masyarakat yang membunuh sifat-sifat kemanusiaan.. kalau dulu kita biasa dengar sumbang mahram antara ayah dengan anak perempuan.. sekarang seorang ibu dengan anak lelaki.. kalau dulu adik-adik sekolah rendah main pondok-pondok.. sekarang main seks-seks.. kalau dulu mak ayah akan marahkan anak-anak bila bawa balik ‘boyfriend’ atau ‘girlfriend’.. sekarang mak ayah pun bawa juga balik sorang satu.. dan siap tolong lagi anak-anak ketika nak diserbu.. kalau kita bahagia memeluk bayi yang sesekali menangis dan senyum, apakah perasaan kalian sewaktu menatap bayi yang tidak lagi bernyawa dan menjadi mangsa rogol?

Sahabatku yang disayangi.. kita melafazkan ‘kasihan..’ ‘ish tak patut betul..’ ‘apa nak jadi zaman sekarang ni..’.. Alhamdulillah.. jauh di lubuk hati kita masih terdapat sifat belas kasihan itu..
Namun sejauh mana sifat belas kasihan kita ini mampu memberi kesan dalam dunia gelap saudara-saudara kita? Adakah dengan ucapan-ucapan keinsafan sambil duduk di atas tilam empuk, makan di restoren mewah dan bergembira di hujung minggu mampu mengubah nasib masyarakat yang semakin lama semakin kritikal?

Mungkin kerana kita sekadar hanya membaca dan melihat di media tentang isu-isu permasalahan masyarakat.. Adakah kita menanti hingga perkara yang sama terjadi pada adik beradik kandung kita sendiri baru kita hendak melatah? Atau saudara mara terhampir kita? Maafkan saya.. jika itu yang kalian tunggu.. Kalian akan mendapatkannya.. dan kalian akan menyesal yang teramat sangat.. menangis air mata darah sekalipun, calitan hitam itu tetap akan kekal sebagai coretan hidup.

Wahai sahabatku harapanku..
yakinlah, andai pada saat ini, dalam usia semuda ini, dalam keadaan sihat, kuat dengan darah muda yang masih panas, kalian menyatakan ‘nantilah dulu..’ atau ‘tunggu dah stabil..’ atau ‘tak ada masa la, busy..’ atau ‘tak ada duitlah, pokai..’ atau.. atau.. alasan itu boleh dicipta.. duit itu boleh dicari.. masa itu perlu diberi.. dan kesedaran itu akan datang sendiri apabila kita belajar untuk memberi lebih dari menerima.. hanya mereka yang pernah bekorban mengerti betapa mahalnya nilai pengorbanan itu..

Bangkitlah kalian dengan apa yang ada.. tidak perlu menunggu sehingga segala-galanya sempurna.. kerana Allah sudah membongkar sifat-sifat manusia yang tidak akan pernah merasa cukup, puas dan sempurna.. jadi mengapa harus kita menunggu untuk menjadi sempurna baru hendak bertindak?

Wahai sahabatku, andai kalian mengerti..
Bukan simpati yang kupinta..
Bukan belas kasihan yang kuharap..
Bukan sanjungan yang kuidam..
Tetapi kuharap kalian mengerti betapa masyarakat kita ketandusan mereka yang mempunyai kesedaran untuk bertindak membela nasib masyarakat..

Wahai sahabatku.. yang kukasihi kerana Allah..
Adilkah kita, sewaktu kita sedang tidur cukup 6jam, ada sahabat kita yang sedang berjuang tak tidur sepanjang malam?
Adilkah kita, membelanjakan wang yang banyak untuk pakaian mahal sedangkan ada sahabat kita yang mengikat perut demi membelanjakan wangnya untuk mendidik insan lain?
Adilkah kita, sewaktu kita belajar dengan ada ruang rehat menenangkan fikiran, sedangkan ada sahabat kita malam dan siang penuh jadualnya dengan masa belajar dan usaha membela masyarakat tanpa ada ruang rehat?
Adilkah kita?
Di manakah kita?

Untukmu sahabatku..
Di tanganmu pintu segala kebaikan..

Matlamat PPMUSM ialah mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa ke arah memartabatkan identiti masyarakat dan menjadi pelapis dalam membela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

PPMUSM adalah sebuah wadah, platform, alat dan tempat untuk kalian menyumbang pada masyarakat.. Pergunakanlah PPMUSM ini kerana tempoh pengajian kita di USM ini sangat singkat. Pergunakanlah biro-biro kalian untuk memberi ‘makna hidup’ kepada masyarakat.. Terkuburnya biro-biro akan menguburkan perjuangan PPMUSM itu sendiri.. Setiap ahli memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju biro-biro itu. Di sini, kakak abang senior-senior sentiasa bersedia untuk membimbing ahli-ahli baru untuk bergerak kerja dalam lapangan masyarakat sebenar.. Besar harapan kami pada kalian agar kita dapat bersama-sama bergerak seiring dan sejalan dalam usaha mendidik insan.. kita datang dari masyarakat dan akan kembali kepada masyarakat..

Ya Allah.. Sampaikanlah sentuhan jiwa ini kepada sahabat-sahabatku yang lain.. Agar mereka bisa mengerti betapa hamba kerdil ini amat mengharapkan agar mereka terus teguh di jalan Mu.. :’-)

Isnin, 21 Julai 2008

aku yang cemburu..!

salahkah cemburu?
tengok pada tempatlah..
apa itu adil?
berbuat sesuatu kene pada tempatnya
apa itu zalim?
berbuat sesuatu yang tak kene pada tempatnya..

salahkah cemburu?
kalau kene pada tempatnya.. memang patut kene cemburu.. dan zalim kalau tak cemburu kalau memang perlu cemburu..! 7:-(

Fahamke?
sahabat-sahabat yang dikasihi.. yang disayangi.. yang asyik kene follow up.. yang asyik terima sms tazkirah sampai penuh inbox.. yang asyik kene ajak pergi program.. yang asyik kene bebel..

mengapalah agaknya budak yang memfollow up tu tak jemu2? tak give up? tak puas2? apalah yang dia dapat? sms walaupun 15-30sen je, tapi kalau dah ramai orang mahu rm100 juga sebulan bilnyer.. awat lah yang dia dok bagi nasihat kat orang lain, dok bagi semangat kat orang lain, macamlah dia tu kuat sangat, hebat sangat.. macam lah dia sendiri tak ada masalah.. tak cukup masalah sendiri, masalah orang lain pulak dia menyibuk..

kenapa? mengapa?

Saya tak taulah apa sebab spesifik kawan2 sahabat2 fillah saya follow up adik2 dan sahabat2 mereka.. tapi saya yakin, niat mereka sangatlah murni.. sebab mereka sayangkan saudara yang lain seperti diri sendiri..melengkap iman..

saya pula.. kerana saya seorang yang cemburu. sangat cemburu.. masa mula-mula terlibat dengan masyarakat yang tenat dengan kanser sosial dulu, saya rasa meluat sangat dengan masyarakat sendiri.. sebab saya tak boleh nak lari keluar dari masyarakat tu. saya toleh kiri kanan nampak juga. so saya tutup mata.. tapi sebab dah biasa nampak benda2 tak sihat tu, tutup mata pun still terbayang2.. :'-( sedih.. sedih .. sangat sedih..

Masa tu walaupun hati kata taknak.. taknak.. taknak tolong dah.. tapi tertolong tak sengaja.. bukan sengaja tak nak tolong, merajuk sikit sebab berhadapan dengan makhluk2 yang degil ni selalu je kita makan hati sendiri..

Then, bila dah masuk usm ni.. em, buat-buat lupa kisah-kisah perjuangan silam.. mulut dapat menipu, tapi hati tak mampu menipu.. setelah 1/3 daripada hidup bergelumang dengan usaha mendidik insan, tiba-tiba nak buat-buat lupa.. sure susah.. akhirnya here i am..Alhamdulillah.. Allah know the best and He gives the best.. Wah.. bertuahnya ada Allah.. Cukuplah ada Allah, ada segala-galanya yang diperlukan.. end!

Pernah sekali saya almost nak give up.. ececeh konon-konon nak merajuk lama sikit..(sambil merajuk, sambil cari idea baru , apakah teknik paling berhikmah nak sampaikan mesej tu.. hm..) .. Tapi tak dapat2 idea.. semangat pun makin lama makin hilang.. last-last terdetik di hati, lantaklah.. mereka ada mak bapak sendiri. saya just jaga adik2 sendiri..

Then Allah nak tunjuk.. tanpa saya sengaja, saya ter'explore' dalam handphone seorang yang dekat dengan saya.. dan saya sangat-sangat 'frust'.. nak demam rasanya. saya terkejut sangat dengan apa yang saya jumpa dalam hanphone tu. bukan kerana bahan tu lucah, tetapi kerana saya tak sangka orang yang dekat dengan saya, yang saya sangka saya tak payah bagi nasihat pada dia, dia boleh jaga diri sendiri, pun nampaknya tak boleh jaga diri sendiri...

bila saya pandang mak ayah dia.. bertambah2 rasa frust.. mesti mak ayah dia sangat2 kecewa kalau mereka tahu hal yang sebenar.. perlu ke mereka tahu? adakah si anak akan berubah kalau mak ayah tahu? Dua tiga hari saya tak boleh nak pandang si anak tu. seram rasanya (rasa macam di X-Ray).. terluka sangat(besar harapan saya pada dia).. Hamba Allah tu pulak, tak tau apa yang saya tau, so dia rileks je lah.. tak pelah..

Buat apa nak bersedih lama-lama? sia-sia je.. membazir air mata je. semenjak dari tu saya mula berazam.. "Saya tak akan sia-siakan mereka yang ada di sekeliling saya..dan saya tak akan sia-siakan masa yang saya ada walau sesaat pun.. walaupun seorang budak kecil yang baru belajar bercakap, saya akan tetap berdakwah pada dia.. walaupun dia orang tua uzur di kaki lima, saya akan tetap berdakwah pada dia.. walaupun dia insan yang saya baru pertama kali jumpa di tempat tunggu bas, saya akan berdakwah juga pada dia.."

Saya menjadi sangat cemburu.. saya cemburu pada mereka yang hadir memberi santapan jiwa yang songsang kepada mereka-mereka yang saya sayang.. saya cemburu melihat mereka-mereka yang saya sayang didekati insan-insan perosak mental fizikal.. saya cemburu melihat kejayaan pendakwah agama songsang yang begitu hebat berdakwah..

dengan sifat cemburu ini.. semua hati yang jauh, saya berusaha mendekatinya..
dengan sifat cemburu ini.. semua hati yang dekat, saya akan ikat kuat-kuat supaya tak terlepas..

dengan sifat cemburu ini.. akan kusebarkan pada sahabat-sahabatku yang lain.. agar mereka menjadi seorang anak yang cemburu~ supaya mereka sangat peka terhadap setiap ahli keluarga mereka.. agar mereka menjadi seorang isteri/suami yang cemburu~ supaya mereka membina keluarga yang peka dengan umat ini.. agar mereka menjadi seorang pemimpin yang cemburu.. agar mereka peka dengan anak2 buah mereka..

wahai Allah yang Paling Penyayang, Engkau mengurniakan aku jiwa yang halus.. yang dengannya amat mudah aku tersentuh.. Sampaikanlah sentuhan jiwa ini kepada sahabat-sahabatku yang lain.. Agar mereka bisa mengerti betapa hamba kerdil ini amat mengharapkan agar mereka terus teguh di jalan Mu..

Rabu, 16 Julai 2008

demi imanku.. demi ummahku.. demi Allah..

ya Allah.. lama benar tak menulis blog ni (eleh, baru seminggu je.. tu pun sebab laptop tinggal kat rumah, abah nak tambah Ram..Alhamdulillah)

balik ke USM..
saya disambut dengan "Kak lillah.. bilik akak kat mana?".. dan bila adik-adik dan junior nak ke bilik saya, saya pula tak ada di bilik.. ke mana? meeting.. meeting.. makmal.. kuliah.. pergi program :-(

roomet saya dah nak merajuk.. tapi dia terpaksa merelakan juga walaupun dia tak mahu. Well, untuk saya berjaya dalam study dan persatuan, saya perlukan roomet yang kena sanggup bekorban.. jika tak, saya terkorban.. Alhamdulillah, Allah hadiahkan saya roomet yang sama2 busy~ dulu dia ni MT persatuan juga.. so tahun lepas memang sehati sejiwa la kami ni.. tahun ni, saya pegang MT, dia pula dah jadi mantan.. so, terpaksa la dia dok sorang-sorang di bilik..tunggu saya balik lewat malam :-)

Jumaat lepas saya dan MT join program Angkatan pemuda pemudi Islam.. kami pergi ke padang kota.. jumaat malam sabtu, barbecue tepi laut.. paling sweet sebab kami solat berjemaah di 'car park'.. alahai terharunya.. :'-)

pagi sabtu, pengisian oleh Ustaz Hafiz.. tajuk: membina generasi Da'ie dalam rumahtangga.. kata ustaz pemimpin hebat bermula dari rumahtangga yang hebat, perjuangan bermula selepasberkahwin.. sebelum kahwin cuma latihan je.. contohnya di kampus.. Ye ke? Takutnyer!! :-o

ustad kata lagi, kejayaan da'ie bermula di rumah. hak ayah kepada anak:
  1. ibu yg baik utk anak..
  2. beri nama yg baik utk anak

kerja da'ie ~ mengajak org buat kebaikan, kita kena ada benda atau isi yang nak diajak~ so kenala cari ilmu.. dan kene ada tempat atau wadah untuk berdakwah..

melahirkan generasi da'ie perlu bermula sebelum anak lahir.. peranan besar dimainkan oleh ibu ayah dan persekitaran. perhatian! makanan kena halal toyyib! contoh kes: gaji kita RM 2000. dah bayar zakat.. tapi masa kita kerja, ada curi tulang.. atau buat sambil lewa.. so duit kita tu kiranya tak bersih sepenuhnya.. dan duit tu yg diberi anak isteri makan.. takutnya.!! :-o

Ya Allah, biarlah keluargaku hidup miskin dari makan rezeki yang haram yang membakar diri kami di hari Akhirat... :'-( Tak mau.. tak mau..

4 steps pendidikan anak2 :

  1. Taklim~ pendidikan... contoh : kita ajar anak-anak solat
  2. Tadrim~ latihan.. contoh: usia 7 tahun mula latih anak-anak solat
  3. Takdim~adab latihan.. contoh : usia 10 tahun, kalau tinggal solat dah boleh rotan untuk mendidik
  4. Irsyad~ nasihat.. contoh: anak yang dah belasan tahun, dah boleh diberi nasihat..dah boleh dibawa diskusi..

#Sakit adalah sifat yang menumpang pada badan dan akan hilang.. so kalau kita pukul anak2 supaya mereka rasa sakit, hm.. kesan tak lama.. bila sakit hilang, mereka buat semula.. so ustaz kata, masa nak pukul anak2 tu, mak ayah kene check niat.. supaya betul2 ikhlas sebab mendidik..

~teringat masa zaman bebudak dulu, punyalah kami takut dengan pelempang abah.. walaupun cuma ugutan dan jarang kena, kami takut.. mak pulak, selalu je cubit tapi tak takut lansung.. tapi bila mak ugut nak report kat abah, tiba-tiba kami semua jadi patuh.. nakal betul!

Slot Abg Syah.. kami disoal apakah maksud haraki.. macam2 jawapan ada.. masa a.syah tanya saya, saya pakai teka je jawapan.(a.wan yang duduk di belakang menggeleng2 kepala~ sah saya salah!).. haraki ialah movement.. A.syah minta kami nyatakan pemimpin mutakhir dan beri sebab kenapa pilih pemimpin tu.. susahnya nak cari.. nampak sangat yang kita ketandusan pemimpin.. Ya Allah, jadikan diriku, keluargaku dan zuriatku pemimpin2 dalam membawa agamaMu, jadikan kami wira dan srikandi agamaMu.. Inilah jalan yang lurus kepadaMu..

Slot abg nuar.. saya tak salin apa-apa pun.. sebab saya menangis masa slot tu.. Apa yang saya faham, a.nuar kata janganlah kita rasa berat dalam medan dakwah ni.. sebab ujian yang kita tempuh tak seteruk orang2 terdahulu. dan bila kita pilih sesuatu tu, lakukan dengan sepenuh hati..

Insya'Allah.. moga diri ini Allah pilih untuk istiqamah.. ;'-)

banyak lagi slot lain.. dan pengisian lain.. nantilah dalam usrah sisters lillah cerita..

Ya Allah.. segala yang aku lakukan untuk Mu, terimalah aku.. cintailah aku.. Bimbinglah diriku, keluargaku dan sahabt2ku untuk menjadi wira dan srikandi di jalanMu ini.. Amin..

Ahad, 6 Julai 2008

Moga btmbh kmatangan & ketenangan




Alhamdulillah.. thankyou Allah..for my faith..for my family.. for my friends.. tahniah buat fairuz.. (teringat keadaan masa ziarah fairuz masa minggu kscp~ see, Allah know the best!)




Alhamdulillah, habis dah LI.. namun tak selesai lagi.. report tak siap lagi.. sampai ke saat hari last, still kene buat correction.. yang pelik tapi benar, dalam laporan penyelia, dia dah tulis 'Excellent Perfomance'.. Macam mana tu? Dah la report tak siap, masa buat projek pulak banyak kali je yang fail dan kene repeat.. (Banyak songel plak, bersyukur je la!) .. dlm erti kata lain, balik ni kene buat semula report LI..Alhamdulillah...Alhamdulillah.. and Alhamdulillah.. lillah tau,Allah nk bg lillah expert, tu yg sruh buat benda yg sama byk2 kali.. :-)




Em, kawan2ku.. lillah nak minta maaf banyak2.. sbb YM lillah tak boleh buka. entah apa penyakit dia, kifarat dosa kot..(padan muka sendiri) so, apa2 by email yer.. especially yg berkaitan urusan rasmi..




Ya Allah, Ampunkanlah segala dosaku.. Ya Allah.. maafkanlah kejahilanku.. Aku sering melanggar laranganMu.. Aku sering melupakan perintahMu.. Ampunilah aku ya Allah.. Maafkan hambaMu ini..Kau bimbinglah diri ini yang mendamba cintaMu.. Aku lemah.. Aku jahil tanpa bimbinganMu.. Ku sering berjanji dan sering jua kumungkiri.. Bilakah diri ini kan kembali kepadaMu?




Sahabat2 yang dikasihi, semester baru dah nak start..dah 3rd year la.. sekejap je. rasa macam baru je masuk darjah 1. :-) marilah kita perbaharui azam..
sahabat2ku sayang..
~jaga diri baik2. jadikan diri contoh kpd org len. jadikn diri bahagia supaya org2 yg nk bahagia mencontohi what you do..the way you study, pray, dakwah..
~jaga family baik2. jadikan family kita family contoh~Family bahagia..supaya org yg nk family bahagia dpt menconthi family kia.. "oo.. nak built happy family kene jaga syariat..oo, centu ke caranya.."
~jaga Allah baik2. sebab kita hidup ni ada misi~ nak capai keredhaan Allah kan.. Dont worry, bila Allah ada dlm hati, satu dunia menyampah kat kita pun kita still rasa bahagia je.. :-D
perbaharui iman.. recharge balik iman kita.. semoga kita semua bertambah matang dalam berfikir dan bertindak.. kene berfikiran jauh, 20 30 tahun.. sampai mati(pilih nak cara mati yg camana..).. kene ingat Allah selalu(JAGA HATI~ALLAH TAhU iSinye).. kene ingat mak abah(tiket to syurga).. kene ingat maruah orang lain(sayang org len mcm diri sndiri).. kene jaga ibadah(sumber kekuatan).. kene jaga akhlak(supya dpt jd contoh pd org skeliling)..




lastly.. my dearie friends..you don't have to be perfect utk bersahabat dgn saya because saya pun tak perfect.. so kita sama2 saling nasihat menasihati.. ingat2kan saya selalu ttg kasih sayang Allah..supaya kita sama2 rasa bahagia. ingatkan saya tentang syurga supaya kita sama2 bertambah gigih berusaha.. ingatkan saya tentang neraka supaya kita sama2 berwaspada.. ingatkan saya tentang pertolonganNya supaya kita sama2 berdoa padaNya.. ingatkan saya utk sayangkan awak hanya kerana Allah.. supaya kalau awak tegur kesilapan saya, saya tak akan benci pada awak, tapi makin sayang pada awak.. (terutama sahabat MT PPMUSM~ :-)
tahniah buat a.syah dgn k.nami, a.nuar dgn k.neza.. (lillah tumpg gembira sama! Alhamdulillah..)
trimakasih pd kakak abang senior2 & mantan2 yg banyk mmbri pluang pd lillah yg nakal dan degil ni.. jgn serik dlm mendidik..:-)

Khamis, 3 Julai 2008

Pilih utk bahagia, pilih utk berubah..








Kita semua memilih untuk bahagia.. hakikatnya adakah jalan yang dipilih jalan bahagia?
Orang yang bahagia ialah mereka yang memilih untuk bahagia. Bahagia itu hanya akan wujud apabila jalan itu menyebabkan kita mengingati Allah sentiasa..

Andai kita lahir sebagai anak jutawan yang mampu memilih untuk hidup bahagia, bersyukurlah..
Namun adakah ini bermakna tiada harapan untuk mereka yang lahir dalam serba kekurangan untuk mengecapi bahagia?

Dalam hidup ini adakalanya kita boleh memilih kerana kita ada pilihan..
Selalunya kita tidak boleh memilih kerana kita tiada pilihan.. untuk hidup, kita terpaksa menempuhinya.

Jiwa merintih derita mengenangkan hidup yang bergelumang dengan dosa..
Sejarah silam yang hitam..
kesilapan dan dosa ibu ayah yang mengalir dalam darah daging keturunannya..
diri yang telah ternoda..
apakah masih ada pilihan untuk hidup bahagia?

Wahai sahabatku sayang..
syurga Allah itu luas.. Kasih sayang Dia tak berpantai.. pintu taubat sentiasa terbuka hingga ke nafas kita yg terakhir.. :-)

Sejarah silam biarkan menjadi sejarah.. Apa yang penting hari ini dan esok kita bahagia..
Pilihlah untuk bahagia..
Pilihlah untuk bertaubat..
Pilihlah untuk mentaati Allah..

Kalian tahu pedihnya rasa menjadi mangsa dosa ibu dan ayah..

Jangan biarkan kepedihan itu terus menghantui kalian. Jangan biarkan insan lain merasai kepedihan itu. Sedarkah kalian, jika kalian keluar dari zulmat kegelapan dan kalian berjaya menarik insan lain dari zulmat itu, kalian akan berasa sangat2 bahagia :-)











Pilihlah utk berubah..

Terimalah dengan hati yang redha di atas segala ketentuan kerana Allah telah memilih kita untuk menempuhinya..

Walau seburuk mana ketentuan itu, yakinlah setiap sesuatu itu ada kebaikannya.. Allah jatuhkan kita di lubang kecil agar kita berhati-hati dan tidak jatuh di lubang besar. Alangkah bahagianya jika kita sedar satu lagi hikmahnya.. supaya kita dapat membimbing teman-teman lain dari jatuh di lubang yang sama.. dan dapat menarik keluar mereka yang jatuh..

tutuplah sebelah mata dari melihat yang buruk itu, pasti kalian akan nampak yang baiknya itu..

Selasa, 1 Julai 2008

ummi VS study

Sepupu saya dari Singapura akan melanjutkan pelajaran di UKM. Sebelum ni dia ambil diploma, then break a minute.. oops, jodoh sampai.. sekarang ni anak sulung berumur 2 tahun dan ada baby dalam perut 4 bulan! :-D


Buat masa ni mak saya jadi baby sitter untuk anak sepupu saya tu..nama dia musa'b imamuddin.. hm, rumah kami dah lama tak ada budak kecil. tiba-tiba sekarang ni meriah sakan. Kalau dulu balik rumah, nak menghadap laptop untuk buat report tak ada orang kacau.. sekarang, berebut laptop dengan si kecik ni. dia nak makan broadband di laptop. (bentuk dan warna macam gula2)


Sepupu saya sibuk prepare untuk pendaftaran course, kira berapa unit teras, berapa unit kursus wajib universiti dan... tiba-tiba si ummi menoleh ke belakang. musa'b sedang menggosok sekeping kertas di dinding dengan penuh gembira.

"Tu surat aku janji ummi ke?" sambil menerpa ke arah musa'b. berguling-guling si kecil mengamuk. Alhamdulillah surat tu berjaya diselamatkan. Kami memujuk dia dengan alat-alat permainan. si ummi kembali membelek buku panduan yang baru diterima ketika pendaftaran. Musa'b memeluk dan mencium-cium ibunya, sengaja mencari perhatian.

"ummi..ummi.." musa'b merengek.

"jom kita main, tak mau la kacau ummi.."saya memujuk musa'b. sambil menyusun kereta-kereta kecil di atas tilam saya membantu sepupu saya memahami buku panduan pendaftaran kursus.. sepupu saya kelihatan penat.. bukan kelihatan, memang dia penat.

sekejap saja si musa'b dah jemu dengan kereta-kereta mainannya. Dia melompat-lompat di atas tilam.. dan melompat ke atas saya. sakit bahu saya. tapi dia rileks je.. tak sakit ke? sekali lagi dia melompat.. sah tak sakit! Saya mencapai kedua belah tangan musa'b dan dia terus mengangkat kakinya.. kami main terbang-terbang sampai lenguh badan saya.

Akhirnya dia tidur.. lega.. ummi dia pun sambung study, prepare untuk esok pula..

Subuh..ummi bangun. dia pun sibuk nak solat. Lepas subuh, saya nak baca manzil dan hizbul azam, dia sibuk nak duduk di riba. di mana jari saya tunjuk, di situlah juga jari kecil tu menyibuk. belum sempat habis 1 page, dia dah tukar next page.. Masa nak sterika baju, dia sibuk nak tengok.. nak dukung, nak cari lijet (lizard~cicak), nak cari bebird (burung), nak itu.. nak ini.. urusan yang boleh disiapkan hanya dalam 10 minit, jadi setengah jam jadinya..

Apapun, saya sangat2 gembira dengan kehadiran si kecik ni.. sebelum pergi kerja, dia akan ta ta saya.. bila saya balik, dia akan parking kereta kecil dia selari dengan kancil yang saya

parking.. :-)

walaupun baru 2 thn dah keletah bercakap.

"nak nasyid colatuwasalam!!" .~ nasyid raihan yang ada term 'Assolatuwassalam..'

"dengannye di cici.." comel dia nasyid lagu kump brothers ~ Teman Sejati.

kecoh!


Saat paling sedih bila ummi nak pergi UKM.. Pilunya.. no wonder mak dulu stop study sebab nak fokus pada kami adik beradik..


Zaman sekarang, ilmu sangatlah penting.. selagi ada peluang, kene grab the opportunity.. sebab ilmu menjadi kayu ukur masyarakat hari ini.. mengangkat martabat agama.. (dan income)


Sepanjang zaman, anak adalah harta paling berharga, amanah Allah untuk ibu ayah.. Saham dunia akhirat.. Sebaik-baiknya biarlah anak-anak tu dibesarkan dalam tangan ibu dan ayah sendiri agar mudah dibentuk peribadinya.. Andai perlu di beri ke tangan yang lain, PASTIKAN YANG MENDIDIK ITU MEREKA YANG BERIMAN...


**pesanan kepada yg belum berumahtangga, fikir habis-habis.. buat planning utk family. bagi yg memang dah kenal calon pasangan, berbincanglah..kena ada kesatuan hati.. sebab mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal..

Jumaat, 27 Jun 2008

dia mungkin berubah..tapi CINTAku tak akn brubah jika..


Deru ombak pecah berderai.. Mengulang pantai datang dan pergi.. Begitu kasih insan diibaratkan.. Bagai ombak merubah pantai..


Tika kasih melestarikan sayang..Semuanya indah dipandang mata..

tapi bila rasa benci terbit di hati, Rasa kasih dan sayang pun menyisih..


Tanda kasih yang abadi, Dalam senang jua dalam kesempitan sedia bersama.. mampukah?


Kasih Ilahi tiada bersempadan,Tak memilih siapa tidak berakhirKekal selamanya.. Kasihnya terjamin.. tak perlu diduga kesetiaanNya..


Di antara dua kasih

Kasih makhluk dan kasih Allah

Mudah dijumpai namun sukar untuk diperlihara


permulaannya Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman

Namun nafsu menodainya


kasih sesama insan mengundang keredhan Allah jika dan hanya jika insan menghargainya dan memuliakannya...

serta sentiasa meletakkan kasih Allah number ONE before kasih manusia..

Kasih sayang Allah kekal selamanya.. Kasih manusia hanya sementara..


Manusia mungkin berubah.. faktor umur, persekitaran dan komitmen.. begitu juga kasih manusia.. sedangkan bila kita sayangkan org tu kerana Allah, kita kena terima hakikat bahawa yang akan membalas sayang itu adalah Allah.. bukan dia.. adakalanya bila Allah jauhkan kita dari dia, barangkali kerana kasih kita pada dia sudah melebihi kasih kita pada Allah..


Allah sayangkan kita.. setelah kita memberi hati kita padaNya, hati itu milik Dia.. Dia akan buat apa sahaja supaya hati itu kembali padaNya..


Mungkin si dia kesayangan kita berubah.. dan semakin berubah.. kita juga mungkin sedang berubah.. dan berubah tanpa disedari..


tatkala rumahtangga bergoncang, kembalilah kepada niat asal.. why did I married you? Because you ni baik? so.. bila tinggal yg buruk, should we divorce? sebab you ni soleh? so.. bila you tak buat usaha dakwah, kita dah tak sama wavelength (fikrah) ? sebab you ni hensem, bergaya, bla..bla..


I choosed you because of Allah.. I love you because of Allah.. And I married you because of Allah.. I am not perfect.. that's why He gave me you.. You might change, but I'm not afraid.. because Allah had promised that if I did something because of Allah, He will take care everything~ even your heart.. and my heart too..

P/S: Artikel ni ditulis di atas permintaan seorang sahabat yang meminta saya mengupas persoalan dilema 'takut pasangannya berubah hati'.. :-)

Sabtu, 14 Jun 2008

selamat tinggal duniaku..:'-(

andainya terhenti nafasku di sini.. terhenti pada saat ini.. selesailah sudah urusan duniaku..
:'-( Tinggal lah mak abah tersayang.. tinggallah adik-adik comelku.. tinggallah sahabat-sahabat kesayanganku.. tinggal lah segala projek yang belum siap.. :'-(

Pagi tadi atuk call mak. Atuk beritahu yg paklong masuk ICU. Paklong kena 'STROK'. separuh badan lumpuh.. sebelah kiri.. jantung kan sebelah kiri, kiranya kritikal la ni.. Doktor kata "sekejap dia ada, sekejap tak ada.."
"Ha? Tak ada? Eh, macam mana tu?"saya tak faham.
"Koma.."mak jawab.

Mak menangis. merah mata dan hidung mak. suara sebak. pagi tadi kami berempat (mak,amin, hafiz dan saya) baca yassin. mak tunggu abah sampai dari out station sebab nak ajak balik Johor..

Pak long okey je pagi semalam.. rutin harian, dia berniaga depan masjid. tiba-tiba dia nak pitam, then pengsan. masa di hospital dia kena strok.
"Mak takut.. mak membayangkan kalau mak di tempat dia, koma.. dan big possibility lepas ni dia tak mampu nak kembali segar macam sebelum ni.. mak teringatkan ibadah mak.. taubat mak.. mak sedih.. masa solat subuh tadi mak rasakan macam this is my last prayer.. dan masa mak mengaji, this is my last.. "

Wajah paklong terbayang-bayang di ruang mata saya. orangnya baik. saya sayang dia. hm.. saya tak ingat kalau kami pernah berbual. rasanya macam tak pernah seumur hidup ni saya berbual dengan dia. cuma sekadar senyum je bila terserempak.. cukuplah.. masa kanak-kanak dulu saya selalu bermain di rumahnya. anak-anaknya takut pada dia. kata mereka dia ni garang sangat.. alah, abah saya pun garang. so tak kisahlah dia garang ke tak.. bagi saya, asalkan lelaki tu tunaikan tanggungjawab dia,tak abaikan family.. dah kena syukur sangat2.. kat luar sana terlalu banyak ayah yang abaikan family.. saya sayangkan pak long.. :'-(

Mak, abah dan amin balik Johor akhirnya.. hafiz pula keluar ke KL jumpa kawan-kawan yang datang dari Pahang. Saya? tinggal di rumah sebab kena ganti tugas mak melawat adik di asrama.. Allah teman..

Petang tu masak sikit untuk dibawa ke asrama Ali. Dekat je, SBP Integrasi Rawang.. kami makan berdua di kantin. mak tak de, tak best.. saya cuba meniru mak saya, tanya Ali tentang performance study dia.. hm.. lepas tu pergi ambil hafiz di KTM.. sekali lagi saya meniru ayat mak saya.. "nanti hafiz pergi solat di surau naik Kancil," chewahh saya beri arahan sambil parking Toyota Unser di laman rumah.
"Sekarang nak mandi, lepas tu nak pergi surau.. sebab ada klon mak suruh pergi surau.."usik hafiz. saya tergelak.. Walaupun baru 5 jam mak tak ada, saya rindukan mak...

Bumi ini berputar.. satu saat nanti akan kembali putarannya ke titik asal.. dalam hidup ini kita tak akan sunyi dari cabaran bersilih ganti.. yang pasti setiap cabaran yang bermula akan ada akhirnya.. sabar sedikit je lagi.Dalam hidup ni,kita berkongsi kasih dengan orang lain. Kita tak boleh menafikan yang kita perlukan org2 di sekeliling kita utk sokong kita, especially waktu sedih.. dan kita tak boleh mengabaikan org sekeliling kita sebab they also need some one..
Lupakanlah hak kita yang orang lain tak tunaikan.. sebaliknya ingatlah hak orang lain yang ada pada kita yang kita perlu tunaikan..

Keredhaan Allah terletak dalam ketaatan hambaNya.. anak-anak wajib mentaati mak kerana di situlah keredhaan Allah.. isteri wajib mentaati suami kerana di situlah keredhaan Allah.. Semoga kita semua dalam keredhaan Allah berpanjangan, amin...




Rabu, 11 Jun 2008

zahirkan rasa kasih pd yg menyayangi kita




Sahabat2 ku yang dikasihi..
Orang yang beroleh bahagia ialah orang yang bahagianya itu tak luntur lantaran kepedihan dan kesengsaraan yang silih berganti dalam hidupnya, meskipun terlalu berat kita melihat dugaan yang menimpanya.. sebabnya ialah dia mempunyai perkakas yang paling teguh dan kukuh, iaitu sabar dan tidak hilang akal. Bahkan kadang-kadang setiap kali dia selesai menangkis dugaannya dengan perkakasnya, dia semakin bahagia. Tak ubahnya dengan orang yang menghisap candu, yang tahu bahawa candu itu merosakkan badannya, tetapi candu itu dihisapnya juga, sebab yang diharapkannya ialah kenikmatan selepas menghisap candu.. dia pengsan lantaran merasai nikmatnya candu itu, kian lama kekuatannya hilang dan tulangnya lesu, namun dia kembali juga menghisap..

Sahabatku yg dikasihi..
Jika tak senang kalian mendengar misalan yg saya berikan ttg penghisap candu, mari kita misalkan kepada seorang perempuan yang melahirkan anak.. betapa sakit tanggungan yang dipikulnya selama 9 bulan lebih mengandung hingga bertarung nyawa melahirkan anaknya, betapa dia takut akan hamil kali kedua dan ketiga.. tetapi sebaik mendengar teriakan anak yang baru lahir, hilanglah segala kesakitan yang ditanggungnya selama berbulan-bulan lamanya..

Mengapa kesakitan, berbulan-bulan dihapuskan oleh tangis anak yang baru lahir? Mengapa perempuan yang mandul, berubat ke sana ke mari , mencari dukun dan doktor pakar, meminta ubat dan pelbagai ramuan, berbelanja beribu-ribu ringgit supaya memperoleh anak sendiri? Tidakkah perempuan mandulmitu tahu bagaimana kesakitan saudaranya yang mengandung dan melahirkan anak? Dia tahu.. Dia melihat seorang ibu itu mengerang kesakitan melahirkan anak. Dia dengar rintihan si ibu ketika si anak hendak keluar. Perempuan mandul tidak ingat itu, sebabnya dia terlalu ingin mendengarkan tagisan bayi seketika lahir ke dunia. Dia ingin sangat mengecapi betapa bahagianya menyusukan, memangku dan mengendong bayi sendiri...

Sahabatku yang dikasihi..

Subhanallah.. dengan sedikit kasih sayang yang Allah campakkan dalam hati makhluknya, si ibu seolah terlupa segala penderitaannya selama 9 bulan dalam tempoh sesaat, sebaik mendengar teriakan bayinya.. Sedangkan betapa banyak tak terhitung, tak bertepi kasih sayang Allah kepada kita..

Dengan sedikit kasih sayang itu jualah si ibu sanggup bekorban jiwa raga membesarkan anak-anaknya.. memberi kemaafan kepada anak-anaknya meskipun berulang kali si anak membuat kesalahan.. Dalam hati kecil si ibu tetap terselit pengharapan agar si anak membalas segala jasa dah pengorbanannya.. Agar tidak sia-sia segala kasih sayang yang dia tumpahkan selama ini. Dalam diam dia menagih kasih dan simpati.. Sedangkan Allah Yang Maha Pengasih dan maha Penyayang tidak pernah sekalipun mengharapkan apa-apa dari hambanya.. Dia tetap mencurahkan kasih sayang dan rahmatnya tanpa perlu hambanya menagih, tanpa perlu hambanya meminta-minta.. Dia tidak pernah lupa.. Dia sentiasa ingat pada makhluknya..setiap satu.
Sahabatku yang dikasihi..
Kerana itulah mengingati Allah adalah kebahagiaan yang paling membahagiakan.. Rasanya nikmat, melebihi nikmat candu.. si pecinta akan mabuk..! Mabuk dalam bercinta. Ke mana sahaja dia memandang, hanya kebesaran Allah yang Dia nampak.. Ke mana shj dia melangkah, hatinya membawa Allah bersama2.. Ketika dia diam, dia sibuk berbicara dengan Allah di dalam hatinya.. ketika dia bercakap dengan makluk, ingatannya tetap terpaut pada Allah.. pada saat itu, betapa besar sekalipun badai yang menimpanya akan terasa seperti ombak kecil yang bermain di kaki pantai.. tidak mustahil juga Cuma umpama percikan air ke hujung jari.. Dia berbahagia dalam derita..

Demikianlah orang yang beruntung dengan kebahagiaan yang abadi, yakni dalam ketaatan kepada Allah.

Seorang budiman berkata:
”Kalau Allah tak menjadikan kesengsaraan, di manakah orang akan akan kenal nikmatnya bahagia? ”

Memang kalau tidak ada kesakitan, orang tidak akan ada yang hendak mengejar kesenangan.

Tidaklah terlalu berlebih-lebihan, jika dikatakan bahawa kesakitan dan kepedihan adalah tangga menuju kebahagiaan.
Kesakitan perlu utk org yang hendak maju ke hadapan. ’Kina’ yg pahit perlu bagi pesakit malaria. Doktor sengaja mencampurkannya di dlam ubat-ubatan agar dia sembuh. Begitulah Allah menghadiahkan kepedihan kepada hamba-hambaya bukan untuk menzalimi tetapi menyayangi..
”Telanlah ubat ini hai hambaKu.. supaya engkau lekas sembuh..”
Pahit, ya Tuhanku..
”Tahanlah pahi supaya engkau lekas sembuh..”

Orang yang tidak yakin berusaha utk mengelakkan diri dari memakan ubat sehingga dia menerima penyakit yang lebih parah. Orang yang patuh dan taat, ditelannya juga walaupun pahit, kerana dia mengharap untuk sembuh.

Sahabatku.. segala sengsara, kepedihan dan kesakitan, dihadiahkan Allah kepada hambaNya menurut ukuran kemampuan hambaNya. Ujian tidak dilebih-lebihkan dan tidak pula dikurang-kurangkan.. kecelakaan si hamba adalah sebab dirinya sendiri, yang degil tidak mengikut nasihat doktornya..

Sakit dan pedih itu mesti ada.. bumi tak subur tanamannya jika tidak diluku dahulu dengan bajak yg tajam, intan digilap baru timbul sinarnya.. emas dibakar baru boleh menjadi gelang. Buatmu insan yang saya kasihi dan sayangi, sakit dan pedih itulah yang akan menimbulkan cetusan fikiran, semangat yang baru.. sebab air mata sahaja tidak mampu meringankan bebanan.
Kepedihan adalah bayang-bayang manusia, tak dapat bercerai dgn manusia selama-lamanya. Tidaklah berfaedah org yg hendak menghilangkn kesakitan dan kepedihan sbb hilang dahulu manusia tu baru hilang pula pedihnya.
Jaafar Syaqiq cucu Rasulullah saw berkata:
”Barangsiapa mencari barang yang tidak dijadikan Allah di dunia ini, dan barang itu hanya di syurga sahaja, adalah menghabiskan umur dgn sia2.”
Apakah brg itu?
Tanya org kpd beliau. Ialah kesenangan.....
Nabi bersabda juga:
”tiap2 hari berganti, maka kesakitan hari yg datang kemudian lebih hebat dari kesakitan yg datang pada hari yang dahulu.”

Seandainya sakit dapat dihindarkan dari hidup, hidup yg x mengandungi pedih adalah, seakan-akan sambal yg tak bergaram. Itulah sebabnya, bangsa yg hina dan dipermainkan berusaha mencapai kemerdekaan. Kelak, kemerdekaan yang diperjuangkan oleh datuk nenek nya itu disia-siakan, sebab dia tidak merasai betapa sakitnya mencapai kemerdekaan itu.

Ahad, 8 Jun 2008

graf kehidupan yang naik turun



Dunia ini terlalu remeh untuk ditangisi.. pesona maya yang menggegar iman. Balik kerja, biasalah rasa penat dan lapar.. tiba-tiba dapat tahu laptop 'blank~fatal error'.. hilang rasa lapar dan penat.. rasa.. tak rasa papepun.. nak marah adik2 yang gatal tangan usik laptop saya pun tak jadi sebab tengok muka mereka dah pucat. tapi masa solat isyak tu menangis la juga..lega lepas tu :-D
Allah nak saya buat yang lebih baik.. ada hikmahnya ni..

di dalam laptop tu ada final projek saya.. ni bukan rungutan atau keluhan.. saya nk bagi semangat pada pembaca sebenarnya.... ni intro
saya ada copy data dlm email.. yg tu Alhamdulillah terselamat.. tetapi gambar proses2 ada dalam laptop, sikit dalam handphone.. malam tu juga saya bertolak ke USM.. malam sabtu. sampai di USM, hanphone pula rupanya memorycard kne kuarkan kalau nak terima sms. baru beli hanphone ni, sebelum exam aritu.. dlm erti kata lain.. selamat jalan kpd gambar2 tu.. ada virus dlm memory card tu.
Perasaan? tak tau.. tak de rasa pape. smlm dah nangis, skrg dah tak rasa nk nangis. OK.. Senyum.. sekarang senyum.. ada kerja yang nak dibuat di USM. jangan biar emosi menguasai diri. Tolak ketepi dulu hal tu, sekarang fokus kerja yang nak dibuat.. Sampai penang subuh sabtu.Then jumpa roomet yg dirindui(best kan nasi lemak tu? ehehe), jumpa geng MT PPM yang sedang struggle study sambil buat paper work utk LGM.. Latihan Gerak Masyarakat..Kami meeting sikit.. (sape2 nak join? ada program dgn LANDAS~ ikut ustz Kamaruddin pergi tolong insan2 yang lemas dlm masalah sosial.. eg:dadah,arak,zina etc.. ni real.)
~go go fairuz, asma!! All the best in exam!! K.Wa..chaiyouk!!
~nini sekali la.. pi belajar..

Pastu sembang dgn roomet tentang seorg sahabat.. yg dh kahwin, baru lagi.. sblm exam aritu. suami dia kerja dgn Petronas di pelantar minyak. pendapatan lumayan. tapi masa exam haritu suami dia accident, jatuh dari pelantar.. sekarg ni suami dia tak boleh menguruskan diri..problem tulang belakang.. perlu di jaga macam anak kecil.. tak boleh kerja.. operation 5 bulan lg.. Ya Allah.. sekelip mata dunia berubah. ujian kakak tu sangat berat.. dia nak minta tangguh pengajian, tapi tak lepas lagi permohonan tu.. kalau jaga budak kecil, kita mandikan, pakaikan baju, jaga makan minum, mereka happy.. tapi suaminya pula rasa malu dan bersalah.. rasa tak berguna.. dia 'doWn' sangat.. kiranya si isteri ni bukan je nak kene jaga yang zahir, tapi yang batin (perasaan dan emosi) si suami.. walaupun dia tengah down dan stress, dialah pakar motivasi pada si suami.. Ya Allah, sejuk hati dengar kisah kesetiaan dan pengorbanan akak ni.. Result akak tu sem lepas cemerlang walaupun dia sendiri kata yang dia busy dengan rumahtangga time tu.. berkat isteri solehah..

petang tu saya pergi bengkel SPAQ~ skuad penyelamat aqidah.. pergi dengan nini comel~nameno. tajuk bengkel : Asal Usul Fiqh & Implementasi daie dlm isu dan strategi dakwah. Masa mula-mula ustaz bagi penerangan, jujurnya saya pening sebab banyak term2 yang saya tak tahu maksudnya.. saya ni bukan dari sekolah agama, Alhamdulillah nini ada boleh translate kan.. (kesian ustaz sebab saya ngantuk~ lost~tak faham~ )..bila dah masuk isi tengah perbincangan, Alhamdulillah saya dah boleh ikut.. dah hilang ngantuk.

Banyak yg dibincangkan.. saya ambil sikit je letak sini ye.

1.ilmu usul fiqh ni nk cari apa yg bertepatan dgn dalil.

cth: pengharaman benda yg memabukkan

~zaman skrg, gam.. petrol.. (ROKOK???)

~5 things yg dituntut kita take care: akal, keturunan,agama,diri, harta

~khamar(arak) dianggap najis, so batal solat kalau kene kita.. hm, rokok pun dah difatwakan haram.. satu lagi, heroin pun kira najis gak.. daun ketum pun tergolong sekali.. masak lah daun lain pula ye..

2.hukum tahlil..

~dlm majlis tahlil ada kalimah toiyibah, tahmid, takbir, tasbih. doa.. semua tu zaman Rasulullah saw dah ada.. tapi yang jadi bidaah sebab orang kita salah iktiqad..salah niat.. yg datang tu niat nak makan..buat tahlil bermusim.. hari 1,3,5,7,100..buat je lah bila2.. jangan tetapkan hari.. dah tu percaya pula roh datang.. roh tu milik Allah.. ada kat sana sini.. tak semestinya dia datang..

3.ustaz cerita tentang mazhab sahabat. mazhab sahabat ni adalah himpunan pendapat dan fatwa melalui ijtihad sahabat Rasulullah saw..

~kisah Saidina Ali kwj. Ada orang kafir ni nak jual baju besi. Ali mendakwa baju tu Ali punya. Tapi orang kafir tu nafikan. mereka bertemulah hakim, tabien.. Hakim suruh Ali bawa saksi.. Ali pun bawalah anak Ali, Hassan.. Walaupun Rasulullah sendiri dah bagitau yang Hassan ni penghulu syurga, hakim tetap tak terima kesaksian Hassan.. sebab Hassan anak Ali.. Anak tak boleh jadi saksi.. Kerana keadilan Hakim dan Ali, si kafir terharu dan sangat kagum.. dia pun memeluk Islam.. ~ Lihat lah teknik dakwah perbuatan(akhlak)


4.Istishab ialah menghukum perkara yg berlaku sekarang atau masa depan dgn mensabitkannya atau menafikannya kpd hukum asal krn takde dalil yang mengubahnya. Cth: seorang mualaf still hidup dengan family yang non muslim. walaupun Islam letak batas pergaulan antara muslim dan non muslim, tapi pergaulan dgn mak ayah tetap seperti dalil asal yg memerintahkan supaya kita melayani mereka dgn sgt baik.. mak kandung tetap mak.


5.strategi dakwah

dua peringkat:

~secara sembunyi

usaha pengukuhan akidah pada orang rapat dan sekitar.. yakinkan orang sekeliling bahawa Allah wujud, Dia melihat, Dia mendengar, Dia memberi, Dia berkuasa dan Dia Penyayang... so bergantunglah pada Dia.. Ingat Dia selalu.. Cintai Dia..

~secara terang-terangan

bila hati dah dekat dengan Allah, dah kenal Allah.. sahabat tak akan langgar sesuatu perintah. Masa ni lah hukum halal haram turun (di Madinah)..Cth: Umar dulu kaki botol, tapi lepas pengharaman arak, beliau terus buang semua arak.. beliau tak de pun derdolak dalih dalam hal yang Allah dan Rasulullah saw perintahkan.. sebab akidah dah kukuh.. masa turun ayat Jihad, cuaca panas, tempatnya jauh, buah-buah ranum untuk dipetik dan dijual.. tapi bila Rasulullah saw perintahkan jihad, 30000 sahabat menyahut seruan tu..

#Untuk anak buah PPMUSM ku yang sangat dikasihi, teknik mana agaknya yang sesuai untuk mereka ?

LAST..
malam ahad, duduk teman nini.. buat revision tentang bengkel siang hari tu..
Berazam, lepas habis study ni nak sambung study.. nak study yang 'bidang profesional' dan nak mendalami 'bidang agama' utk akhirat.. both untuk akhirat.. sementara masih study ni, nak ikut kelas2 agama secara tak rasmi.. Jomla kawan2 kita study sama2.. kalau dah kahwin nanti, harap sangat2 supaya suami izinkan isteri ni nak belajar.. tauhid,fekah..Al-Quran.. Ya Allah, berilah ruang, keizinan dan peluang untukku...please...

Ya Allah.. izinkan hamba daif mengutip ilmu-ilmu Mu sebelum hamba jahil ini menghadap MU.. izinkan daku mendalami ilmu-ilmu yang dapat mendekatkan daku padaMu.. izinkan daku beroleh kefahaman dan penghayatan dalam menuntut ilmu.. Jadikanlah ilmu sebagai cahaya untukku.. Berilah daku, keluarga dan sahabat-sahabatku hidayahMu.. Kami pincang tanpa hidayahMu.. Ampunilah segala dosa kami.. Tak berdaya kami menjadi sempurna tanpa izin Mu..Amin Ya Rabbal Alamin

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....