Selasa, 10 Ogos 2010

Mengalirlah seperti air.. Mengalirlah wahai anak-anakku..

He will have to learn, I know,
that all men are not just,
all men are not true.
But teach him also that
for every scoundrel there is a hero;
that for every selfish Politician,
there is a dedicated leader…
Teach him for every enemy there is a friend,

-Abraham Lincoln-

Suasana agak tegang. Hanya beberapa orang sahaja yang memandang tepat ke wajah saya, selebihnya membuat hal sendiri. Ada juga yang tidur. Inilah kebiasaan yang seringkali membuat guru-guru jemu mengajar di kelas terakhir.

Saya menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali bersuara lantang. Sungguh sakit tekak mengajar orang yang tak nak belajar. Bagai bercakap dengan dinding. Pelajar-pelajar lelaki di bahagian belakang sibuk bersembang sesama mereka.

"Saya perlukan awak semua! Saya perlukan awak semua untuk lulus dalam PMR!" sekali lagi saya bercakap seorang diri. Geram.

"Saya mahu awak lulus! Kita akan sama-sama berusaha! Awak dan saya!" mujurlah saya dah berlatih 'loud speaker' semasa bekerja dengan syarikat motivasi sebelum ni. Jika tidak memang boleh serak suara sebab hari-hari menjerit.

Geram melihatkan mereka yang buat hal sendiri menyebabkan saya pergi kepada setiap orang pelajar sambil menyoal mereka dalam nada yang tinggi.
"Boleh awak lulus?!"soal saya sambil tangan menepuk di meja pelajar hadapan saya. Mata dia terbeliak terkejut memandang saya. Saya senyum dan mengulang soalan.
"Err..."dia menggaru kepala.
"Boleh awak lulus?!"soal saya lagi.
"Err..."dia masih ragu-ragu.
"Awak boleh lulus!!"jawab saya.
"Boleh awak lulus?!!"soal saya lagi. Suara lebih kuat pada kali ini.
"Boleh!"Dia menjawab seperti orang melatah akibat terkejut.
"Bagus!" Saya berlalu kepada pelajar seterusnya.

Steer him away from envy,
if you can,
teach him the secret of
quiet laughter.

Let him learn early that
the bullies are the easiest to lick…
Teach him, if you can,
the wonder of books…
But also give him quiet time
to ponder the eternal mystery of birds in the sky,
bees in the sun,
and the flowers on a green hillside.

-Abraham Lincoln-

Saya pergi kepada setiap orang pelajar dan mengulangi soalan yang sama. Alhamdulillah saya dapat hasil yang memberansangkan. Tak ada yang bertindak ganas sedangkan kelas ini mempunyai ramai pelajar yang berekod buruk. Sebenarnya saya sudah mengambil tempoh 3 hari untuk menjinakkan mereka, saya sudah terlebih dahulu mencuri hati mereka pada hari-hari sebelum ini.

Sebaik sampai kepada seorang pelajar perempuan yang paling besar badannya di dalam kelas, dia menjawab "Tak boleh!". Saya masih mengulang soalan yang sama dan dia semakin meninggikan suara "Saya kata tak boleh, tak boleh lah!". Saya terfikir juga yang saya mungkin akan dilempang jika masih terus mendesak.
"Awak boleh! Saya kata boleh!"saya terus mendesak.
"Saya tak boleh!!"dia menjerit. Pandangannya masih tertumpu ke meja. Dia lansung tidak memandang saya. Saya sedar dia memang tidak pernah memandang saya sepanjang saya mengenali dia kecuali sekali iaitu ketika saya bercerita pengalaman menjadi sukarelawan di Selatan Thailand.

Saya menolak bahunya ke belakang. Kasar. Saya tidak tahu adakah saya dikira sudah melampaui batas. Saya sekadar mahu mengambil perhatian dia supaya dia memandang wajah saya. Ayat yang sama saya ulangi. Dia menggelengkan kepala. Saya tidak pasti adakah dia menggelengkan kepala sebagai jawapan 'tak boleh' atau.... 'cikgu ni melampau..'

Saya menepuk bahunya. Kuat. Dia masih menggelengkan kepala. Saya buntu!!!

Allah.... help me!

Kelas mula menjadi bising dan tidak terkawal. Syaitan mula menyibuk memanaskan dada saya.

Ya Allah, ilhamkanlah aku sesuatu!

Saya menggenggam tangannya yang montel dan menarik dia ke bahagian depan kelas. Sepenuh tenaga saya menarik dia. Kelas yang bising menjadi semakin bising Pelajar-pelajar lain bersorak keriangan.

"Cikgu nak buat apa?" seorang pelajar menyoal.
"Cikgu.. cikgu dan dia.. saiz.. erm.. hehe" seorang pelajar lagi mengomel.
"Woohooo!!!"pelajar-pelajar lain bersorak.

In the school teach him
it is far honourable to fail
than to cheat…
Teach him to have faith
in his own ideas,
even if everyone tells him
they are wrong…
Teach him to be gentle
with gentle people,
and tough with the tough.

-Abraham Lincoln-


Saya berdiri kaku sambil masih memegang tangan pelajar perempuan tadi. Disebabkan wajah saya yang serius dan lama saya membisu membuatkan para pelajar menjadi takut. Masing-masing sibuk menyuruh kawan-kawannya supaya diam. Sebenarnya saya sedang mencari idea apa yang saya nak buat supaya pelajar perempuan ini mengubah mentaliti negatifnya.

Ya Allah, ilhamkanlah aku sesuatu...!

"Ada kain tak?"soal saya.

Seorang pelajar memberikan tali leher. Saya memegangnya.

"Eeee.. busuk!!! haha"seorang pelajar menyakat. Seluruh kelas ketawa bagaikan sebuah pesta.

"Awak mari sini!" saya memanggil seorang pelajar lelaki yang paling kecil di dalam kelas.
Pelajar itu datang sambil tersenyum-senyum.
Saya menyerahkan tali leher tersebut.
"Saya ada cikgu, hehe" dia segera memakai tali lehernya sendiri.
"Eh, bukan pakai di leher, saya nak awak pakai untuk tutup mata!"balas saya. Seluruh kelas bersorak. Memang pasar malam sungguh lah kelas saya ni. Bimbang jika guru disiplin lalu dan menyangka bahawa saya sedang bermain-main tutup mata dengan pelajar-pelajar.

"Nah,"seorang pelajar perempuan menghulurkan kain tudung kepada pelajar perempuan di sebelah saya.
"Tolong tutup mata dia,"arah saya kepada pelajar tersebut.
"Awak bawa dia ke tangga,"arah saya kepada seorang pelajar lelaki supaya memimpin kawan lelakinya yang sudah ditutup mata.
"Cikgu!!! Cikgu nak buat apa ni??" pelajar lelaki yang 'buta' itu kelihatan begitu gembira diperlakukan sedemikian. Budak-budak ni memang suka bermain begini ye...
"Saya nak..."saya diam.
"Nak awak......"saya diam lagi.
Seluruh kelas diam.
"Turun dan naik tangga ni enam kali!"saya menghabiskan ayat.
"Haaaaaaaaa!!!" Pelajar lelaki dan perempuan yang 'buta' menjerit terkejut. Beberapa orang pelajar lain turut terkejut.
"Gila lah!hahaha"sambut seorang lagi.
Selebihnya bersorak keriangan. Kelas saya sudah tidak ubah seperti zoo.


Cabaran bermula. Sepatutnya hanya seorang pelajar dibenarkan memimpin pelajar lelaki yang 'buta' itu untuk naik turun tangga tingga tingkat itu enam kali tanpa henti. Tetapi tahulah perangai anak murid saya, semua pelajar lelaki menyibuk sama. Tetapi di pertengahan cabaran, ramai yang mengalah dan mencari air.
Di dalam kelas, si buta perempuan sedang cemas. Saya menugaskan kesemua pelajar perempuan supaya memberi semangat kepada sahabat mereka itu. Dan mereka benar-benar memberi pelajar tersebut semangat. Sungguh saya kagum dan terharu. Mereka kelihatan begitu bersungguh seolah ini adalah suatu perlawanan.

Try to give my son

the strength not to follow the crowd
when everyone is getting on the band wagon…
Teach him to listen to all men…
but teach him also to filter
all he hears on a screen of truth,
and take only the good
that comes through.

Teach him if you can,
how to laugh when he is sad…
Teach him there is no shame in tears,
Teach him to scoff at cynics
and to beware of too much sweetness…
Teach him to sell his brawn
and brain to the highest bidders
but never to put a price-tag
on his heart and soul.

-Abraham Lincoln-


Akhirnya pada kali kelima menaiki tangga, saya menahan si 'buta' lelaki.
Dia sudah termengah. Segera saya tarik tali yang menutup matanya.
(6 kali x 3 tingkat = 18 tingkat)

"Awak rasa Aishah boleh buat berapa kali?"soal saya pada si 'buta' yang sudah celik.
"Sekali cukuplah.. Dia tak boleh cikgu.."katanya sambil termengah.
"Kamu?"saya menyoal kepada pelajar lain.
"Maksimum tiga.."kata seorang pelajar lelaki.
"Tiga cukup teacher.."kata yang lain. Majoriti pelajar lelaki sebulat suara mengatakan pelajar perempuan yang bersaiz badan besar itu cuma mampu lakukan cabaran ini setakat tiga kali. Maksimum!

Berlainan pula dengan pelajar perempuan.
"Aishah!! Come on!! You can do it! Enam kali!! Woohoo!"pelajar-pelajar perempuan bersorak sambil bertepuk tangan. Saya tersenyum lebar. Suasana macam kami di padang, sedang menyokong atlit-atlit.

"Saya nak teman dia!"pinta pelajar perempuan lain.

"Tak perlu, awak semua duduk dalam kelas. Saya sendiri yang akan pimpin dia." kata saya.

Saya tahu tiada seorang pun yang akan patuh. Kali ini semua pelajar kelas saya berkumpul di tepi tangga tingkat tiga. Suara mereka boleh didengar hingga ke blok sebelah. Bising! Setiap kali saya naik ke tingkat 3, saya menghalau mereka ke dalam kelas tetapi mereka setakat gelak-gelak.

"Cikgu, semua orang tengok!"kata seorang pelajar lain.

Saya tidak peduli.

"Cikgu, kenapa ni?"soal pelajar daripada kelas lain yang terserempak dengan kami di tangga.

Guru-guru yang lalu lalang juga tertoleh-toleh. Saya sekadar senyum dan buat tak tahu.

Kami menjadi perhatian umum.

Saya tidak peduli.

Saya terus dan terus membisikkan kata-kata semangat kepada pelajar yang sedang saya pimpin.

Ketika kami masuk cabaran yang ketiga kali, dia sudah termengah. Risau pula saya buatnya dia pengsan atau sakit jantung.

"Err.. awak boleh ke?" saya menyoal.
"Boleh!"jawabnya tegas. Pelik. Mungkin dia salah faham dengan ayat saya yang seumpama memberi semangat "Awak boleh!"

Ketika masuk cabaran yang kelima kali, dia semakin mengah.
"Penat cikgu,"kata dia.
"Sikit lagi! Sikit lagi! Buktikan pada mereka awak boleh!"saya memberi semangat.
Tiba-tiba dia memanjat tangga dengan laju.

Sebaik sampai di tingkat tiga, saya terus menarik kain di matanya. Seluruh pelajar bertepuk tangan.

Saya masuk ke dalam kelas dengan perasaan gembira yang sangat sukar untuk digambarkan. Pasti pelajar perempuan itu sangat gembira. Pasti pelajar-pelajar lain sangat gembira. Tetapi saya yakin sayalah yang lebih gembira daripada mereka.

Teach him to close his ears
to a howling mob
and to stand and fight
if he thinks he’s right.
Treat him gently,
but do not cuddle him,
because only the test
of fire makes fine steel.

-Abraham Lincoln-


"Sebelum ni, awak pernah tak terfikir yang awak mampu naik turun tangga tu enam kali?"soal saya kepada pelajar perempuan tersebut.

"Tak cikgu, "jawabnya.

"Bukan awak sahaja yang tak yakin bahawa awak mampu naik turun tangga tu enam kali, malah kawan-kawan awak pun tak yakin! Dia (pelajar lelaki yang turut turun naik tangga) itu pun cuma yakin kamu mampu buat satu kali! Dan sekarang kamu sudah buktikan yang kamu mampu lakukan jauh lebih hebat! Lebih hebat daripada yang kamu semua pernah bayangkan..!"

Seluruh kelas diam.

Bagus...

"Kamu tak yakin yang kamu mampu lulus sebab kamu rasa kamu kelas last! Maka kamu biarkan orang anggap kamu bodoh! Sedangkan itu semua suatu tanggapan sahaja! Kamu sebenarnya boleh buat jauh lebih baik daripada yang kamu buat sekarang! Apa yang penting kamu kena berusaha! Orang yang berjaya bukanlah kerana dia dilahirkan PANDAI! Tetapi kerana dia RAJIN! Orang yang gagal bukanlah kerana dia dilahirkan BODOH! Tetapi kerana dia PEMALAS!!" suara saya sangat lantang, lebih lantang daripada biasa. Peristiwa tadi bukan sahaja memotivasikan mereka, malah saya turut termotivasi!

"Saya tidak lama bersama dengan kamu. Saya minta supaya dalam tempoh sebulan dua minggu ini, pinjamkan saya hati kamu...! Pinjamkan saya mata dan telinga kamu..! Beri tumpuan kepada ilmu yang saya ingin sampaikan...! Boleh?!!"

"Boleh!!!" Bergegar kelas dengan jeritan semangat para pelajar.

Subhanallah...

Let him have the courage
to be impatient…
let him have the patience to be brave.
Teach him always
to have sublime faith in himself,
because then he will have
sublime faith in mankind.

This is a big order,
but see what you can do…
He is such a fine little fellow,
my son!

-Abraham Lincoln-

**********

Saya terbangun awal pagi sebelum subuh. Sungguh mustajab untuk berdoa di sepertiga malam ini. "Ya Allah.. Berilah hidayah petunjuk kepada keluargaku.. kepada jiran tetanggaku.. kepada sahabat-sahabatku.."

dan kepada anak-anak muridku... wajah-wajah anak murid kesayangan saya muncul di ruang mata. Saya menangis. Kalaulah mereka tahu betapa sayangnya cikgu pada mereka hingga cikgu menangis setiap kali mendoakan mereka di pagi hari, bagaimana agaknya ye?

Selepas bersolat taubat, saya renungi semula kelemahan diri sendiri... Sungguh besar amanah yang dipikul sebagai khalifah. Saya bukan setakat mahu mereka lulus dalam ujian dunia ini. Saya mahu mereka lulus dalam ujian-ujian Allah..

Air mata saya turun apabila mengenangkan adanya anak murid yang melacurkan diri di rumah kosong, ada yang terlibat dengan bahan lucah dan ada yang menjadi sampah yang layak dicampak ke dalam tong sampah.

Air mata saya turun semakin laju mengenangkan betapa kasihannya nasib mereka yang malang tidak diasuh mengenal Allah hingga menjadikan mereka buta dalam mengenal neraka dan syurga Allah... Selamatkanlah mereka ya Allah..


Ya Allah.. ampunilah hambaMu ini.... aku tak berdaya tanpaMu...

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

8 ulasan:

  1. kalau saya cikgu di sekolah itu, tahu tak apa yang saya buat??

    Saya akan datang ke meja cikgu lillah dan bgi sekuntum bunga mawar ..Mungkin! Sebagai tanda penghargaan untuk guru yang penuh semangat dan berdedikasi mendidik anak bangsa dengan ikhlas dan bersungguh2..

    Mungkin sekuntum bunga tidak memadai dengan jasa seorang guru.. malah mungkin cikgu lillah akan menolak lembut dan katakan..

    " Tanamkan bunga ini di pinggir tanah sana.. Agar ia berbunga lebih lebat dan mampu menghiasi sekolah ini lebih ceria.. Dan mungkin ia mampu mengeluarkan benih2 yang berkualiti dan mampu menyebarkan benih2nya di sekitar sekolah dan biarkan ia mekar di seluruh sekolah ini.."

    SubhanaALLAH..

    wahai anak murid ku.. jika kau mahu mencari ilmu dunia dan akhirat..carilah seorang murrobi/murrobiyah.. kerana sifat pendidik bukan sahaja mendidik subjek sahaja malah lebih kepada kehidupan dan juga meliputi segala2nya.Dan mereka tidak kedekut untuk memberi dan tidak menghadkan batas tenaga mereka untuk memberi dan memberi..

    dan untuk diriku..alhamdulilah.. sahabat, cerita ini amat memberansangkan aku sebagai seorang pendidik.. terutamanya pendidik anak2 khas..

    Jazakillah..atas pengongsian ini..

    =') Teruskan perjuangan wahai sahabatku.. walau di mana sahaja medan kita..

    BalasPadam
  2. subhanallah.. meremang bulu roma bce post x ni.. mge ank2 murid cikgu diberi hidayah Allah.. bgitu juge kpd semua ummat Islam.. amin..

    BalasPadam
  3. terharu dgn teacher lillah...teruskan perjuangan...Saya juga akan ke medan ini tak lama lagi...terima kasih atas perkongsian dan teruslah berkongsi

    BalasPadam
  4. to ana murabbi, zinnirah & puterinurzahra....

    Selamat menunaikan ibadah di bulan Rmadhan...

    Semoga bulan ini dapat kita jalani lebih baik dr sblm2 ni...

    Semoga Allah memberkati dan sentiasa menyayangi kalian...

    Semoga terus cekal dan tabah dalam menyusuri jalan dakwah...

    Kita sudah miliki segalanya apabila kita memiliki cinta Dia... mengertilah..

    :)

    BalasPadam
  5. walaupun sekejap...kesan tu takkan hilang...tak semua parut memedihkan... :)

    BalasPadam
  6. tak semua luka itu pedih..

    tak semua parut itu hodoh...

    :D

    Slamat menunaikan ibadah puasa kak....

    BalasPadam
  7. salam...syabas lilah... kagum akak baca artikel ni...

    jd pendidik slalunya mmg xboleh ikut sangat rancangan pengajaran harian tu... slalu ada perubahan terutamanya untuk kelas2 anak2 yg 'comel' akhlaknya... =)

    bab sakit tekak tu akak pun pernah rasa masa praktikal dulu... adoi, rasa nak tercabut ank tekak tu bila dia bergetar dgn kljuan 'supersonik' bbnding biasa...

    tapi recover lepas 2-3 aritu..then dah biasa dah anak tekak tu bila akk bawa dia laju2..hehe...

    P/s: akak rindu kamu...

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....