Rabu, 18 Februari 2009

cinta, bercinta & percintaan

cinta itu cahaya sanubari kurniaan Allah fitrah insani.. semua manusia dikurniakan fitrah untuk memiliki rasa 'cinta'.. jika anda pernah merasakan hadirnya perasaan ini dlm diri anda.. tahniah, anda normal.. :)
namun cinta tanpa agama akan membinasakan manusia.. cinta tanpa ilmu akan membuatkan manusia buta.. cinta tanpa iman akan membuatkan manusia sengsara.. cinta tanpa ukhwah(tautan hati) akan membuatkan manusia terseksa..

Islam yg indah ini telah memberikan nilai khusus pd tiap2 amal sesuai dengan pengaruhnya dalam jiwa dan kehidupan, baik yg kita ketahui mahupun yg kita tak ketahui.. sebagaimana islam juga meletakkn hal-hal yg dilarang tingkatannya & ukuran sesuai dgn kadar bahaya & pengaruhnya, baik dari segi moral mahupun material..

perkahwinan adalah jalan penyelesaian bagi 1001 masalah umat.. tuntutan asalnya adalah untuk memelihara kesucian keturunan..banyak sekali kes panahan cinta yang tidak disulami perkahwinan menghancurkan manusia.. ada juga wira2 agama yang kecundang dek panahan cinta hingga perjuangannya tergadai.. ini tidak menghairankan kerana runtuhnya sesebuah negara kerana kes cinta pemierintah sudah banyak melakar sejarah..
maka.. bimbinglah perasaan cinta yg hadir dlm jiwa anda itu dengan iman dan takwa..

adik saya (hafiz) kata.. cinta umpama pokok.. bila disiram ia hidup.. bila dibiarkan, ia mati..
saya menambah.. cinta orang beriman yang berada di atas jalan dakwah ibarat benih yang baik.. daripadanya tumbuh pokok yang berbatang kukuh.. daripada batang pokok itu keluar dahan2 yg rendang.. drpd dahan2 itu keluar daun2 yg merimbun.. daripada celah2 daun yang banyak ada banyak buah2 yang ranum kemudian mempunyai biji benih yg baik.. drpd biji benih itu tumbuhlah pokok2 lain pula... :)

antara faktor kegagalan kehidupan adalah salah dalam pemilihan pasangan..
Pandangan mata selalu menipu.. pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu.. pandangan hati itu yang hakiki, tu pun kalau hati tu hati yang bersih... hati kalau terlalu bersih, pandangannya akan menembus hijab, firasatnya akan tepat mengikut kehendak Allah.. tapi hati kalau telah dikotori, bisikannya bukan lagi kebenaran.. hati tempat jatuhnya pandangan Allah.. jasad lahir tumpuan manusia.. utamakanlah pandangan Allah drpd pandangan manusia..


apakah keutamaan pandangan Allah yang perlu diambil kira? dalam bahasa mudah, apakah keutamaan yang perlu dilihat dalam memilih calon suami..?

kriteria yg perlu dipertimbangkan ialah sejauh mana si dia mengamalkan Islam dalam kehidupannya sbg seorang islam...
sejauh mana dia memahami tuntutan agama dan melaksanakannya..

krn itu maka semua perkara yg diperintahkan dlm Islam mempunyai keutamaan tertentu & tingkatannya.. Ada yg mustahab (dianjurkan).. Islam mengsyorkan utk melaksanakannya, ttp tidak berdosa jika meninggalkannya.. Ada pula sunnah muakkadah, iaitu perbuatan yg sering dilakukan oleh Nabi saw & jarang ditinggalakan oleh Baginda... Tidak menjadi keharusan kita melaksanakannya, sehingga ada para sahabat kadang2 meninggalkannya, agar manusia tidak menganggap perbuatan tersebut wajib, sehingga memberatkan diri mereka... islam ini mudah dan indah... sesuai dgn fitrah manusia... :)

perintah yg wajib adalah yg diperintahkn oleh syariat tp tak sampai tingkatan tegas dalam pelaksanaannya. yang fardhu pula ialah sesuatu yang ditetapkan wajibnya dengan dalil qath'i, yg tak ada keraguan dlmnya..bagi org yg melaksanakannya akn mendpt pahala manakala yg meninggalkannya akn mendapat seksa.. orang yg meninggalkannya disebut fasik manakala yg mengingkarinya disebut kafir..

kita perlu jelas bahawa fardhu itu ada 2.. fardhu kifayah iaitu kewajiban yg apabila dikerjakan oleh sebahagian individu maka gugurlah tuntutan terhadap individu lain.. manakala fardhu ain adalah tuntutan kpd setiap individu..

islam mendahulukan fardhu ain atas fardhu kifayah.. didahulukan perintah birrul walidain sblum jihad, apabila jihad itu fardhu kifayah... sebab tu anak2 tak dibenarkan berjihad tanpa keizinan ibu bapa.. (rujuk hadis sahih)
islam juga mendahulukn hak jemaah melebihi individu.. pun menurut birrul walidain.. di saat tanah air diserbu musuh, jihad adalah keutamaan bagi setiap individu..
islam mendahulukan fardhu ke atas yg wajib.. yg wajib ke atas yg sunnah.. dan sunnah muakkadah ke ats sunnah mustahab.. sbagaimana islam mengutamakan ibadah yg manfaatnya merata dan sampai kpd orang lain drpd ibadah yg manfaatnya hanya kembali kpd org yang melaksanaknnya..

islam mengutamakan jihad atas ibadah yg bersifat individual.. mengutamakan fiqih dan ilmu atas ibadah.. dan mengutamakan seorang faqih atas abid (ahli ibadah).. islam mengutamakan perbaikan hubungan dua orang yang bertengkar daripada solat sunat, puasa sunat serta sedekah.. mengutamakan amal imam yg bersifat adil terhadap rakyatnya berbanding yang mengamalkan ibadah2 sunat dengan perbandingan yg berlipat ganda... krn "sehari bersama imam yg adil itu lebih utama drpd ibadah slama 60 tahun.."

islam mengutamakan amalan hati sebelum zahir.. mendahulukan aqidah sebelum amal.. dan menjadikan aqidah inti dari segala sesuatu..

unit jemaah yg paling kecil & dekat ialah keluarga atau rumah tangga. maka pembentukan rumahtangga keluarga amat penting agar suasana jemaah itu dalam keadaan baik & betul sejak dari awal lagi. oleh itu wanita hendaklah berhati2 dlm memilih bakal suami. Suamilah sumber ilmu, pimpinan dan didikan yg paling hampir utk menuju ke syurga. Semua ini termasuk dlm hal2 yg upaya diusaha & di ikhtiar. Namun Allah jua yang menentukannya..

Manusia tidak dpt memilih siapa yg patut jadi ibu bapanya.. tetapi manusia masih ada ruang dan peluang utk memilih siapa bakal pasangan hidupnya.

Justeru pemilihan bakal pasangan suami adalah kritikal sebenarnya. Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata sehingga melupakan pertimbangan akal dan pedoman syarak maka boleh membawa padah.. Dibimbangi nanti suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju ke syurga. Suami sebenarnya ibarat ibu sawat penghubung talian taat dan cinta sejati seorang isteri kepada Allah. Jangan hendaknya talian taat dan cinta kepada Allah itu terputus di tengah jalan..

lillah katakan begini krn perkahwinan akan menyebabkan rangkaian jalan isteri ke syurga berpindah melalui suami; bukan lagi ibu dan bapanya. Maka utamakanlah memilih lelaki yang kuat pegangan agamanya dan tinggi kefahaman hidup beragama.. namun ambil kira juga soal kufu, keturunan, paras rupa & harta.. itulah antara nasihat Rasulullah saw untuk memilih calon isteri yang boleh juga dipakai untuk memilih calon suami.. pilihlah calon suami yang mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan teman hidup yang penyayang..

rindu itu adalah anugerah dari Allah.. insan yang berhati nurani punyai rasa rindu.. rindu pada kedamaian.. rindu pada ketenangan.. rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan.. orang-orang bertakwa rindukan akan kebenaran, kejujuran, keikhlasan& keredhaan Allah.. orang2 mukmin merindukan anak2 yg soleh, isteri2 yg solehah keluarga bahagia..

Ya Allah.. jadikanlah kami wanita solehah sebaik2 perhiasan dunia.. jadikanlah jodoh kami lelaki yang soleh... jadikanlah keturunan kami keturunan yang soleh solehah...letakkan kami bersama para solehin yang Engkau cintai... Bimbinglah kami dalam menggapai redhaMu.. amin ya rabb..

p/s:adalah menjadi satu langkah bijak untuk mengelakkan dilema pilihan hati vs pilihan mak ayah sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.

Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi..

~**~

3 ulasan:

  1. salam lillah. Nice artikel.

    Nk tanya boleh?

    Untuk mendapat sstu kita perlu berusaha ke arah itu bukan?? Baru redha tawakal.

    Bgaimanakah bentuk usaha yang sesuai bagi seorang wanita solehah dalam mencari bakal suaminya ?? Highlight di sini, sekiranya sudah jumpa, apa langkah seterusnya.
    Dalam konteks islam.

    Saya yakin dalam umur menjangkau 2o lebih ini, isu ini tidak boleh di pandang remeh. Ia harus selari dan di bawa sama bijak bersama2 isu2 lain. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. alhamdulilah..terima kasih lillah. Sudah ketemui jawapannya. InsyaALLAH, jika sahabat2 mahu jawapannya..tunggu sahaja new post dari saya. Tuan admin malu orangnya.

    BalasPadam
  3. sudah kujawab di posting strusnya ..

    tuan admin malu orgnya???
    isk3...

    mestila.. malu kn sbhgn dr iman... ~-~

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....