Selasa, 3 Februari 2009

nadi sebuah ummah movement.. isteri,rumah & kenderaan..

Maksud Hadis Rasulullah S.A.W.
Kebahagiaan bagi anak Adam ada tiga. Dan kesengsaraan terhadap anak Adam ada tiga.
Maka di antara yang membahagiakan adalah isteri yang soleh, kenderaan yang baik
serta rumah yang lapang. Dan kesengsaraan bagi anak Adam ada tiga iaitu tempat yang
tidak baik dan isteri yang tidak baik serta kenderaan yang tidak baik."

Huraiannya:
Dari hadis Rasulullah S.A.W. yang tersebut di atas dapatlah kita
mengambil pelajaran bahawa apabila sesuatu keluarga itu mempunyai tiga
asas penting, maka ianya akan memberi kebahagiaan. Tetapi sebaliknya tanpa
kewujudan ketiga-tiga asas tersebut ataupun kurang salah satu daripadanya
maka kesengsaraanlah yang akan diperolehi. Asas-asas yang penting ini
adalah:
Isteri yang soleh
Rumah yang lapang
Kenderaan yang baik

Apabila dilihat dari sudut Pergerakan Islam, sememangnya ketiga-tiga
asas di atas memainkan peranan yang amat penting sekali. Kelemahan sesuatu
pergerakan Islam itu, adalah berkait rapat juga dengan kelemahan asas-asas
tersebut. Ini adalah kerana, kegagalan isteri untuk berfungsi sebagai isteri yang
soleh boleh memberi kesan yang negatif kepada para suami (yang terdiri
daripada para dai'). Begitu juga rumah atau kenderaan yang tidak baik pula
boieh melambatkan atau menghalang dari terlaksananya program-program
Islam.
Kepentingan ini dirasakan lagi, di kala pergerakan Islam itu masih
berada ditahap pembentukan awal. Pada masa ini pengorbanan kita sangatsangat
diperlukan serta usaha-usaha gigih yang berterusan untuk
menghadapi masyarakat jahiliyah yang begitu pekat, maka ketiga-tiga asas
tersebut amat perlu diperolehi.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....