Khamis, 12 Februari 2009

srikandi agama terbilang.. zainab ghazali (part 2)


Zainab al Ghazali memahami bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh
Rasulullah S.A.W. dalam Dakwah baginda.
Langkah pertama dalam membuat perubahan ialah melalui Tarbiyah atau pendidikan keatas para sahabat, mereka dididik oleh Rasulullah S.A.W. bukan pada teori bahkan pada diri dan tingkah laku mereka.
Tarbiyah ini meliputi Tarbiyah Rohani dan Jasmani.
Tarbiyah yang menekankan kepada pembentukkan Iman yang mendalam, sehingga tercerna dan lahir dalam tingkah laku mereka, sehingga Al-Quran tercerna dan tercetak pada diri dan tubuh badan mereka.

Sehingga segala
tindakan mereka adalah Islam — di lihat sahaja pada diri salah seorang dari
mereka sudah ternampak akan Islam, ternampak akan Daulah Islam pada diri
mereka, dan seterusnya hidupnya adalah Islam. Al Quran dan Sunnah
Rasulullah S.A.W. yang mendidik jiwa mereka melahirkan manusia misali
yang unggul dalam sejarah peradaban manusia.

Demikianlah natijah hasil dari didikan Iman, yang jelas pada sifah para sahabat. Lihatlah... Seorang pemuda yang kacak dan anak tunggal dari keluarga hartawan, Mus'ab 'Umair namanya - ia yakin dengan ajaran Muhammad S.A.W. dan terus memeluk Islam sebagai agamanya, sehingga akhir hayatnya. Setelah ibunya mengetahui bahawa Mus'ab mengikut ajaran Muhammad S.A.W, maka ia mengugut tidak akan memberi harta warisan kepada Mus'ab, seandainya ia tidak mahu kembali kepada agama nenek moyangnya. Mus'ab sudah bulat keimanannya, demikianlah hasil didikan Rasulullah S.A.W. terhadapnya ia terus beriman dengan ajaran Muhammad S.A.W.

"Aku memilih ajaran Muhammad dari memilih harta kekayaan".

Ibunya pula terus bersumpah, ia tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali kepada agama asalnya. Sebaliknya Mus'ab pula bersumpah

"Seandainya ibuku mempunyai 100 nyawa, dan keluar satu demi satu dari tubuhnya aku tetap dengan ajaran Muhammad SAW, aku tetap dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH, namun aku tingalkan Islam, sekali-kali tidak".

Inilah kesan yang terus menerus dari Tarbiyah, Mus ab ketika syahid di medan Jihad, tatkala kain yang ada padanya untuk ditutupkan ke atas tubuhnya tutup kepalanya, terdedah kakinya, tutup kakinya terdedah kepalanya. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memerintahkan bahagian kepalanya ditutup dengan kainnya dan bahagian kakinya ditutup dengan daun kayu. Demikianlah Mus'ab sanggup meninggalkan kesenangan dan kekayaan, dan rela mengorbankan dan menjual dirinya kepada Islam…
semoga syurga firdaus ganjaranya. Pengorbanan demikian tidak sanggup dilakukan oleh manusia kecuali mereka yang dididik dengan Iman. Inilah sebagai satu syarat yang diwujudkan oleh Zainab Al-Ghazali, agar Negara Islam dapat dikembalikan.

Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah,
beliau telah
dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah
dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W.

Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali
ialah dua
saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al-
Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.

Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sitatkan
sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya,
dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya.
Kerana di antara mereka ada
yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh
rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun,
ketika Zainab mendengar berita
itu, ia memperkatakan bahwa ini adalah pertanda baik bagi Islam.
Musuh2
Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini
menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh
Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga
dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya
sama sebagai musuh mereka.

Zainab srikandi terbilang. bertemu jodoh dgn seorang lelaki yang turut hebat dalam mendaulatkan kalimah Allah. Siapakah beliau? Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....