Ahad, 3 April 2022

Arah tuju Ramadhan kita?

Akhirnya mama join Aini.... ๐Ÿ’•๐Ÿ’“๐Ÿ’• Dah boleh buka mask. Baru nak sedut udara segar, eh hidung sumbat pula. ๐Ÿ˜ƒ Baru lah tau nikmat hidung kan. Macam-macam cara Allah nak mencuci dosa dan meningkatkan darjat kita. InshaAllah semoga kita sabar dan redha dengan ujiannya. Happy Ramadhan every one๐Ÿ˜ƒ❤️ Aini nampak segar petang ni. Suruh mama dukung tengok luar. Tengokk je ok.. Jangan suruh keluar ๐Ÿ˜ƒ

 





Wahai orang-orang yang beriman!


Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha",

mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan
memasukkan kamu ke dalam Syurga

yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;

cahaya (iman dan amal soleh) mereka,
bergerak cepat di hadapan mereka dan
di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan);

mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):
“Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan
limpahkanlah keampunan kepada kami;
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

(At-Tahrim : 8 )

Pengalaman jaga anak positif Covid 19 (day 1)

 “Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, insya Allah.”

(HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 10/ 118.)

Quarantine day 1. 1/4/2022 Jumaat
Menu malam tadi dan pagi ni sama.
Semangat mama masak sebab tengok Aini berjuang cuba nak makan dengan terketar-ketar tu.
Semalam siang makan aiskrim je kemudian tak makan apa-apa. Tengah malam makan kerepek sikit, kuih semperit sikit dan fries sikit.. terus bangun duduk. 5 minit je lepastu tergolek semula. Hati nak main tapi badan tak larat ..
Mama selesema tapi swab masih negatif. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada mama untuk jaga Aini..











Apabila cinta sudah pudar, ke manakah arah tuju sebuah perkahwinan?


Alangkan pantai berubah, inikan pula manusia.
 Fizikal boleh berubah. 
Dulu kurus sekarang berisi.
Perangai boleh berubah.
Dulu rajin sekarang pemalas.
Apatah lagi hati manusia.

Namun tak mudah untuk terus melangkah kepada sebuah penceraian kerana masing-masing punya tanggungjawab untuk dijaga sebaik mungkin. Anak-anak menjadi faktor utama pasangan suami isteri memilih untuk kekal dalam sesebuah perkahwinan meskipun perkahwinan itu sangat hambar, penuh duri dan air mata.

Selagi tidak melibatkan penderaan fizikal, rata-rata mahu bertahan. 
Si suami masih terus melaksanakan tanggungjawabnya setiap hari, menguruskan kebajikan keluarga. Si isteri juga masih terus melaksanakan tanggungjawabnya sama seperti suami walaupun hatinya telah lama kering rasa cinta kepada suaminya.
Mereka umpama kenalan, berkenalan dalam rumah. Saling mengenali sekadar melaksanakan tanggungjawab harian memastikan anak-anak membesar dengan baik.

Tidak membenci. 
Tetapi tiada cinta. 
Ada pun ok. Tiada pun ok.

Ada juga pasangan yang satu pihak ok, manakala satu pihak lagi menderita. Lemas dalam keterpaksaan melayan pasangan tanpa ada perasaan. Hati sudah tawar lantaran keperluan diri yang diabaikan. Misalnya isteri dibiarkan mencari nafkah siang dan malam serta menguruskan keperluan anak-anak sedangkan pasangannya cuma sibuk bermain game siang dan malam. 

Apabila ada konflik yang timbul, ia perlu diselesaikan.
Membiarkan ia berlarutan hanya akan merumitkan masa depan.
Mana mungkin anak-anak dapat membesar dengan baik dalam suasana rumah tangga yang sentiasa tegang.

Adakalanya penyelesaian berpisah merupakan cara yang terbaik untuk jangka masa pendek.
Namun bagaimana pula kesannya untuk jangka masa panjang?

Untuk mengubah keadaan, kita perlu berubah.

Tiada kebahagiaan tanpa kemanisan iman.
Kemanisan iman hanya akan dikecapi dengan 3 syarat.

Sabda Nabi SAW,
"Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu :
hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ;
dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah
dan
dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Syarat pertama dan kedua..
Semak hati kita, apakah kita cinta dan benci kerana Allah?
Longgarnya pertalian cinta kita dengan Allah, maka musnahlah segala hubungan antara kita dengan makhluk-makhluk Allah.
Maka cara untuk perbaiki semula rasa cinta kita sesama makhluk adalah dengan memperbaiki hubungan kita dengan Allah.

Syarat mencapai kemanisan iman yang ketiga adalah benci melakukan dosa lama seperti mana benci dicampakkan ke dalam neraka.

Apabila iman lemah, mudah sahaja kita terjerumus melakukan dosa. 
Apabila dosa menyelubungi diri, maka diri akan mula menjadi gelisah serba tidak kena.

Andai penderaan mental dan fizikal itu terjadi, kembali ingat bahawa cinta itu hanya kerana Allah maka berangkatlah meninggalkan perkahwinan yang menyeksakan itu. Tidak ada ruang cinta dalam kezaliman. Kita bukan hamba manusia, kita adalah hamba Allah. Mencintai hanya kerana Allah bermakna cinta itu hadir pada mereka yang mengamalkan ketaatan kepada Allah. Apabila penderaan berlaku bermakna kezaliman telah berlaku dan ianya dibenci Allah.

Salam  1 Ramadhan 
Semoga diberikan kebahagiaan dalam rumahtangga kalian



Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....