Syukur kepada Allah yang menjadikan
hambanya tidak lain tidak bukan untuk beribadah kepadanya. meh kita
sama-sama amalkan bacaan tasbih kafarah, moga Allah menerima keampunan
kita.
KIFARAH ke KAFFARAH??
KIFARAH bermaksud DENDA, jadi lain maksudnya, jangan tersilap pulak lah ya.
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis.
Maka berkata seorang lelaki: Wahai
Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana
tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia
merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam
majlis”
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca
doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan
yang berlaku dalam majlis tersebut.
Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi
dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu
Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini
dari beberapa orang sahabat.
Namun, kadang-kadang ada orang selepas
majlis, ada ayat berbunyi seperti ini, kita sudahi majlis kita dengan
tasbih kaffarah dengan surah Al-As. Maksud kita membaca surah ini,
adalah agar kita ingat bahawa demi masa manusia itu sesungguh dalam
kerugian, kecuali orang yang beriman, beramal solah, berpesan-pesan
pada kebaikan, dan kesabaran.
Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:
At-Thabrani telah menyebutkan daripada
Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila
mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang
membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi
salam antara satu sama lain”
Mohon, betulkan sekiranya ada salah dan silap.http://zikrihusaini.com/tasbih-kaffarah-bacaan-selepas-majlis-ilmuzikir/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)