Bulan ini agak sempit untuk kami yang bekerja di HTBTP. Maklumlah sudah cuti sekolah. Sesi 2012 telah selesai. Kini kami bergantung kepada pendaftaran baru sesi 2013 yang ternyata tidak memberansagkan.
Petant tadi bayar gaji staff bulan November. Selepas dikira-kira salah seorang itu gajinya cuma RM200++ sahaja. Kebiasaannya gaji beliau RM1800. Semua ini kerana kelas yang diajar oleh beliau terlalu sedikit dan bilangan pelajar juga terlalu sedikit. Saya memujuk beliau supaya mengambil gaji 'advance' ditarik dari bulan hadapan kerana ternyata RM200 itu terlalu sedikit!! Beliau enggan.
:'(
Saya mengusik teman serumah beliau yang juga adalah pekerja saya. "Yati, kalau nampak Zura makin mengurus, bagitau akak tau.."
Yati ketawa. Yati menjawab "Zura, kau rasa kau akan mengurus ke kalau tak ada duit?"
Zura ketawa. "Tidak punya.. Walaupun duit tak ada, makan tetap macam 'heaven'"
Haha...
:)
Yati menambah "Kak Lillah.. Jangan risau. Keluarga Yati pun sebenarnya tak banyak duit. Ayah pun tak bekerja tapi kami makan sedap-sedap, kenyang.. dan boleh gemuk! Rezeki itu datang dari arah yang tidak disangka-sangka."
Zura menambah "Betul.. Betul. Inshallah ada rezeki nanti."
:)
Alhamdulillah. Bertuahnya saya dapat pekerja-pekerja yang baik begini. Semoga Allah memberkati setiap usaha kami dan melapangkan urusan kami di dunia dan akhirat.
Allahuakbar!
Rabu, 28 November 2012
Rabu, 21 November 2012
Buat Bakal Suamiku
Buat bakal suamiku...
Inshaallah
Andai ada jodoh
Kita bertemu di dunia
Inshaallah
Andai ada jodoh
Kita membina masjid bersama
Inshaallah
Inshaallah
Andai ada jodoh
Kita bertemu di dunia
Inshaallah
Andai ada jodoh
Kita membina masjid bersama
Inshaallah
Andai ada rezeki
Kita miliki anak-anak sendiri
Inshaallah
Saatnya bakal tiba
Bagaimanakah persediaan kita?
Wahai bakal suamiku
Cinta agung adalah cinta-Nya
Cinta manusia sering membuat alpa
Wahai bakal suamiku
Ibu bapamu lebih berhak terhadapmu berbanding isteri dan mertua
Wahai bakal suamiku
Dahulukan-Nya kerana di situ syurga
Dahulukan ibu bapamu kerana di situ redha-Nya
Wahai bakal suamiku
Aku memuliakanmu kerana Allah memuliakan suami ke atas isteri
Aku terpikat padamu kerana iman, bukan pada rupa
Aku kagumi pengorbananmu, bukan kerana darjat
Aku kasih pada zuhudmu, bukan pada hartamu
Wahai bakal suamiku
Aku tidak mahu menjadi penghalang kejayaanmu
Aku tidak mahu menjadi fitnah kepada agamamu
Aku mahu melihatmu berjaya dalam impianmu
Aku ingin menjadi pendokong dalam kejayaanmu
Wahai bakal ayah kepada anak-anak ku
Andai dirimu pergi dahulu
Semoga anak-anak kita dapat mengenalimu dengan nama yang indah
Inshaallah akan aku asuh dan didik mereka menjadi kebanggaanmu di akhirat
Usahlah khuatir kerana kami ada Allah sebaik-baik pemelihara
Andai diriku pergi dahulu
Semoga anak-anak kita dapat mengenaliku dengan nama yang baik
Asuhlah dan didiklah mereka supaya di akhirat aku dapat berbangga kerana melahirkan mereka
Usahlah khuatir kerana kalian ada Allah sebaik-baik pemelihara
Wahai bakal suamiku
Aku mendambakan cinta suci terpelihara
Aku mendambakan redha dan doamu mengiringiku ke syurga
Hanya Allah yang tahu siapa dirimu
Moga suatu hari nanti di hadapan Allah kita dapat tersenyum gembira kerana tergolong dalam kekasih-Nya.
*Lillah 14/11/2012*
p/s : Tunang belum tentu suami
Kita miliki anak-anak sendiri
Inshaallah
Saatnya bakal tiba
Bagaimanakah persediaan kita?
Wahai bakal suamiku
Cinta agung adalah cinta-Nya
Cinta manusia sering membuat alpa
Wahai bakal suamiku
Ibu bapamu lebih berhak terhadapmu berbanding isteri dan mertua
Wahai bakal suamiku
Dahulukan-Nya kerana di situ syurga
Dahulukan ibu bapamu kerana di situ redha-Nya
Wahai bakal suamiku
Aku memuliakanmu kerana Allah memuliakan suami ke atas isteri
Aku terpikat padamu kerana iman, bukan pada rupa
Aku kagumi pengorbananmu, bukan kerana darjat
Aku kasih pada zuhudmu, bukan pada hartamu
Wahai bakal suamiku
Aku tidak mahu menjadi penghalang kejayaanmu
Aku tidak mahu menjadi fitnah kepada agamamu
Aku mahu melihatmu berjaya dalam impianmu
Aku ingin menjadi pendokong dalam kejayaanmu
Wahai bakal ayah kepada anak-anak ku
Andai dirimu pergi dahulu
Semoga anak-anak kita dapat mengenalimu dengan nama yang indah
Inshaallah akan aku asuh dan didik mereka menjadi kebanggaanmu di akhirat
Usahlah khuatir kerana kami ada Allah sebaik-baik pemelihara
Andai diriku pergi dahulu
Semoga anak-anak kita dapat mengenaliku dengan nama yang baik
Asuhlah dan didiklah mereka supaya di akhirat aku dapat berbangga kerana melahirkan mereka
Usahlah khuatir kerana kalian ada Allah sebaik-baik pemelihara
Wahai bakal suamiku
Aku mendambakan cinta suci terpelihara
Aku mendambakan redha dan doamu mengiringiku ke syurga
Hanya Allah yang tahu siapa dirimu
Moga suatu hari nanti di hadapan Allah kita dapat tersenyum gembira kerana tergolong dalam kekasih-Nya.
*Lillah 14/11/2012*
p/s : Tunang belum tentu suami
Selasa, 18 September 2012
Isnin, 17 September 2012
Selasa, 14 Ogos 2012
MEMALI : Kenangan Seorang Polis
Tamat membaca buku MEMALI ini. Buku yang penuh dengan penyesalan. Buku yang ditulis oleh seorang non partisan ini penuh pengajaran. Antaranya adalah :
1) Gila kuasa politik menyebabkan sistem keadilan buta.
2) Orang jahat yang cerdik selalu
nya selamat di dunia.
3) Jangan jadi anak derhaka walaupun diri sudah jadi tuan guru agama.
4) Pakai tangkal itu syirik.
5) Kita tidak ada hak mengkafirkan orang lain hanya kerana berbeza parti.
6) Jadilah hamba Allah dan bukannya hamba kepada pemimpin.
# Selain catatan pengalaman peribadi penulis, buku ini turut memuatkan kertas putih kerajaan 1986, ulasan video SB, kata-kata Yusuf Husin iaitu orang kuat Ibrahim Libya, kata-kata Tunku Abd Aziz iaitu mantan Timb Peng Transparency International & Penasihat Khas S.U.A PBB bagi Penubuhan Pejabat Etika PBB.
3) Jangan jadi anak derhaka walaupun diri sudah jadi tuan guru agama.
4) Pakai tangkal itu syirik.
5) Kita tidak ada hak mengkafirkan orang lain hanya kerana berbeza parti.
6) Jadilah hamba Allah dan bukannya hamba kepada pemimpin.
# Selain catatan pengalaman peribadi penulis, buku ini turut memuatkan kertas putih kerajaan 1986, ulasan video SB, kata-kata Yusuf Husin iaitu orang kuat Ibrahim Libya, kata-kata Tunku Abd Aziz iaitu mantan Timb Peng Transparency International & Penasihat Khas S.U.A PBB bagi Penubuhan Pejabat Etika PBB.
Jumaat, 10 Ogos 2012
Bekerja untuk dunia dan akhirat
Bukan orang yang sudah bekerja sahaja yang sibuk mencari dunia. Pelajar yang sibuk belajar dan abaikan usaha dakwah juga termasuk kategori ini. Tiada siapa suka dilabel sebagai pencinta dunia. Hakikatnya periksalah diri sendiri, apa yang kita asyik fikirkan siang dan malam. Cuba ingat semula apakah yang kita selalu ingatkan semasa sedang khayal dan hingga mengganggu kekhusyukan solat? Ingat semula.
Saya tidak berapa gemar melihat orang yang suka meminta-minta walaupun perbuatannya itu halal. Saya sangat suka melihat orang yang bekerja berhempas pulas dan kemudian membelanjakan hartanya untuk agama. Orang yang begini memang sangat menawan. Saya cemburu. Semoga orang-orang yang begitu menjadi contoh kepada orang lain.
“This dunya (world) is like a shadow- run after it and you will never be able to catch it, turn your back against it and it has no choice but to follow you.”
— | Ibn al Qayyim |
Bertemu dan Berpisah Kerana Allah
Pernah tak anda rasa pedih apabila ditinggalkan seseorang yang anda sayang? Tidak semestinya ditinggalkan itu bermaksud putus cinta. Kadang-kadang teman baik anda berpindah tempat kerja atau anda yang berpindah tempat kerja. Macam-macam cara kita boleh berpisah. Ada perpisahan yang lama dan ada perpisahan yang sekejap.
Kadang-kadang meninggalkan seseorang itu menyeronokkan. Hehe. Tetapi ditinggalkan itu menyakitkan. :) Pernah rasa?
Apa yang penting kita niatkan di hati supaya sentiasa bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Moga bertemu lagi nanti di syurga Allah. ;) Inshaallah.
Know that the greatest of losses is for you to be preoccupied with one who will bring you nothing but a loss in your time with Allah – the Mighty and Majestic – and being cut off from Him, a wasting your time with the person, a weakening of your energy, and the dispersing of your resolve. So, if you are tested with this – and you must be tested with this – deal with him according to how Allah would wish, and be patient with him as much as possible. Get closer to Allah and His Pleasure by way of this person, and make your getting together with him something to benefit from, not something to incur a loss from. Be with him as if you are a man who is on a road who was stopped by another man, who then asks you to take him on your journey. Make sure that you are the one who gives him a ride, and that he is not the one giving you the ride. If he refuses, and there is nothing to gain from traveling with him, do not stop for him, bid him farewell, and do not even turn back to look at him, as he is a highway robber, regardless of who he really is.
So, save your heart, be wary of how you spend your days and nights, and do not let the Sun set before you arrive at your destination.”– Ibn Qayyim al Jawziyyah (‘al-Wabil as-Sayyib’: p. 45)
Sekejapnya Ramadhan
Pejam celik pejam celik, ha... sudah masuk minggu mengejar Lailatul Qadar. Ini bermakna sudah hampir ke penghujung Ramadhan. Sungguh terasa banyaknya masa dibuang-buang dan disia-siakan. Tidak rasa sudah cukup berhempas pulas beribadah di Ramadhan ini. Lalu terbit rasa menyesal yang sangat menghibakan. Lebih rasa sedih kerana sebagai perempuan apabila datangnya detik itu.. detik yang tidak boleh berpuasa itulah, diri terasa begitu hambar. Sebenarnya perasaan hambar itu salah sendiri. Jika diri sendiri tekun menjaga zikrullah pagi, petang dan malam tentu sekali perasaan itu akan menghilang, inshaallah.
Kadang rasa malu dan rasa marah dengan diri sendiri kerana masih tidak mampu menyusun masa dengan teratur. Setiap hari mengharapkan agar diri menjadi lebih teratur dan berjaya menyiapkan tugasan-tugasan yang berlambak. Namun semua itu memerlukan diri supaya menjadi lebih berdisiplin. Bila mahu bermula?
Mengapa tidak sekarang?
Okeylah. Berhenti di sini lah. Sudah berkobar semangat mahu masuk pejabat awal. :)
Kadang rasa malu dan rasa marah dengan diri sendiri kerana masih tidak mampu menyusun masa dengan teratur. Setiap hari mengharapkan agar diri menjadi lebih teratur dan berjaya menyiapkan tugasan-tugasan yang berlambak. Namun semua itu memerlukan diri supaya menjadi lebih berdisiplin. Bila mahu bermula?
Mengapa tidak sekarang?
“What a wonderful thing it is to know him (Allah)! But how can one know Him and not love Him? How can one hear the caller but fail to respond? How can one know the profit that shall be gained in dealing with Him, but still prefer others? How can one taste the bitterness of disobeying Him but still abstain from seeking the pleasure of obeying him? How can one feel the severity of engaging in trivial speech, but fail to open your heart with remembrance? How can one be tortured by being attached to others but not rush towards the bliss of turning to Him in repentance?
Perhaps it is most surprising to know that while you are in need of Him, you are still reluctant to move toward him because you seek others.”-Ibn Al Qayyim (Al Fawaid pg. 72)
Rabu, 8 Ogos 2012
Mengecas Bateri Iman Kita
Bagaimana keadaan bateri iman kita? Separuh penuh atau sudah kosong? Mari mengecas bateri iman kita . Perkongsian usrah muslimat 7 Ogos 2012. Inshaallah moga bermanfaat... :)
[8/7/2012 11:45:07 PM] cik zuraidah_ab: istiqamah pada kebaikan sgt payah juga berat.. huhh
[8/7/2012 11:48:30 PM] tasha: 1.elakkan manusia yang sakit otak dan mentalnya. buang orang2 ni jauh dan move on with what u believe and have a high spirit to Allah.
[8/7/2012 11:48:40 PM] tasha: 2) rapat ngan quran.
[8/7/2012 11:49:05 PM] lillah: sakit otak dan mental? hehe...
[8/7/2012 11:49:19 PM] tasha: 3) usaha ilmu Allah. Bila kita usaha, kita akan rasa nikmat tu..umpama kita kerja dapat gaji..rasa best je..rasa nak terbang. that is what usaha towards Allah..but Allah will promise what he promise to us.[8/7/2012 11:49:59 PM] Nurashikin: senyum je walaupun kite ade bnyk masalah ngan persekitran
[8/7/2012 11:50:26 PM] tasha: 4) baca terjemahan, muhasabah and kalau boleh..selalu rapat ke masjid juga..or surau..sebab dari situ, a lot of wonderful things yang kita tak tahu jadi tahu. bukanlah fitnah untuk ke sana..tapi kita hanya memanjangkan lagi rantaian ukhwah antara kita kepada org lain yang sudah ada rantaian ukhwah yang besar dibawah mereka di kawasan lain..
[8/7/2012 11:50:45 PM] Nurashikin: meletakkan sepenuh kepercayaan pd Allah
[8/7/2012 11:51:18 PM] lillah: nieza pula camna?
[8/7/2012 11:51:25 PM] lillah: zuraidah? :)
[8/7/2012 11:52:10 PM] Nurashikin: tp kan kak saye mmg cept btul terpengaruh dgn persekitaran
[8/7/2012 11:52:20 PM] Nurashikin: cmne tu ek
[8/7/2012 11:53:00 PM] lillah: shikin kna ada prinsip
[8/7/2012 11:53:17 PM] lillah: dan prinsip tu jika berkaitan dgn syariat
[8/7/2012 11:53:22 PM] lillah: perlulah bertegas
[8/7/2012 11:53:42 PM] lillah: selagi mana x bertentangan syariat, its ok
[8/7/2012 11:53:54 PM] lillah: cthnya
[8/7/2012 11:53:57 PM] lillah: kita pakai tudung
[8/7/2012 11:54:07 PM] lillah: adakah krn mengikut kawan
[8/7/2012 11:54:12 PM] Nurashikin: x
[8/7/2012 11:54:12 PM] lillah: atau krn kita faham
[8/7/2012 11:54:41 PM] lillah: jika kita melakukan ssuatu krn kefahaman, inshaallah apa jadi sklipun kita akan kukuh
[8/7/2012 11:54:48 PM] tasha: maaf..tadi pi toilet
[8/7/2012 11:54:50 PM] tasha: apa tadi.
[8/7/2012 11:54:54 PM] AnisDiyana: Assalamualaikum.maaf baru berada disini.ada suara ke?[8/7/2012 11:55:00 PM] lillah: tp jika sekadar ikut2an, maka ianya x kekal lama
[8/7/2012 11:55:12 PM] lillah: kak anis, ada..tadi..skrg type2..:D
[8/7/2012 11:55:22 PM] lillah: waalaikumussalam
[8/7/2012 11:55:41 PM] Nurashikin: iA akak
[8/7/2012 11:56:11 PM] Nurashikin: saye akan cube istiqamah mencari keredhaanNya
[8/7/2012 11:56:42 PM] lillah: (F)
[8/7/2012 11:57:01 PM] Nurashikin: yeah dpt bunga
[8/7/2012 11:57:11 PM] Nurashikin: (sun)
[8/7/2012 11:57:37 PM] AnisDiyana: Insha Allah.akak pun sedang cuba.terima kasih lillah.nak kasi bunga jugak lah
[8/7/2012 11:57:53 PM] cik zuraidah_ab: 1- kena tetapkan matlamat hidup kita, tahu bezakan yang mana perlu dan tidak. cuba untuk mencuba tinggalkan perkara yang sia2 yang xmendatangkan faedah kepada kita.
[8/7/2012 11:58:02 PM] lillah: (y)
[8/7/2012 11:58:58 PM] Nurashikin: syukran kak lillah, kak zuraidah n kak anis
[8/7/2012 11:59:08 PM] Nurashikin: (pi)
[8/7/2012 11:59:50 PM] lillah: jika ada sahabat2 yg ada soalan utk dlontarkn juga bole
[8/7/2012 11:59:57 PM] lillah: atau ada yg nk kongsi ssuatu..
[8/7/2012 11:59:59 PM] lillah: silakn2
[12:01:37 AM] AnisDiyana: Akak nak mohon sahabat2 bagi pandangan,bagaimana hendak fokus ibadah dalam kesibukan harian.
[12:02:03 AM] lillah: pandangan sy, akk fokus pd ibadah yg wajib dahulu[12:02:19 AM] lillah: cthnya menjaga kesempurnaan n kekhusyukan solat 5 waktu
[12:02:56 AM] lillah: inshaallah apbila kita berusaha utk mkhusyukkn hati, kita terpaksa menjaga hati d luar solat juga
[12:03:08 AM] cik zuraidah_ab: 2-kena pilih kawan. kawan menggambarkan peribadi kita, xbanyak tapi sedikit sebanyak ia mempengaruhi. tapi xperlu lah asingkan diri kita dengan orang yang kita rasa xmembantu kita. cth mudah, kita nak istiqamah dalam solat dhuha dan tabadur quran. kawan pula dengan member yang x baca quran tadabur apatah lagi. bg saya mereka ni cabaran buat kita. kita nak buat baik kita kena sama2 bawak kawan kita. kuatkan orang untuk kuatkn diri kita. tu baru osem namanya.
[12:03:40 AM] lillah: dan kita mula mengamalkn solat sunat qabliah n ba'diah...salunya solat sunat 2 rakaat ni sgt mmbntu mngkhusyukkn solat fardu
[12:03:54 AM] lillah: bermula dgn solat2 sunat ni, kita mula jaga awal waktu solat
[12:03:59 AM] lillah: dan subuh pun awal waktu
[12:04:11 AM] lillah: lalu akhirnya slowly akan bangun lebih awal sblum subuh
[12:04:19 AM] lillah: dan bole buat tahajud 2 rakaat
[12:04:55 AM] lillah: inshaallah bermula dgn fokus yg wajib, slowly iman yg d recharge baterinya akan memberi kekuatan utk kita buat ibadah yg lain
[12:04:59 AM] lillah: ibadah ni berkaitan hat
i[12:05:09 AM] lillah: sejauh mana hati kita fokus ingat pada Alla
[12:05:12 AM] lillah: Allah
[12:05:28 AM] lillah: x smstinya perlu duduk d sjadah shj dkira ibadah
[12:05:53 AM] lillah: kak anis kan teacher, jd teacher ni sambil berjalan k kelas berzikir
[12:05:58 AM] lillah: masuk kelas berdoa dlu
[12:06:06 AM] lillah: pastu lps mngajar doa lagi
[12:06:15 AM] lillah: nk otw ke bilik guru, zikir lg
[12:06:24 AM] lillah: time rehat puasa..so baca quran
[12:06:40 AM] lillah: balik umah petang tidur sat, pastu baca quran
[12:06:48 AM] lillah: kemas2 umah sambil baca quran or zikir
[12:06:50 AM] lillah: pastu solat
[12:06:55 AM] lillah: bla bla bla
[12:06:55 AM] lillah: :D
[12:07:05 AM] lillah: jdkn hidup kita penuh beribadah
[12:07:17 AM] cik zuraidah_ab: selain fokus yang wajib kita tambahkn juga ilmu kita melalui bacaan. membaca pun dkira ibadah.. tambahkan ilmu dengar kuliah2 ust kat tv, xpun rakaman.
[12:07:26 AM] lillah: btul2...[12:07:27 AM] lillah: :)
[12:07:30 AM] AnisDiyana: :) :) :)
[12:07:34 AM] Nurashikin: mcm usrah skype n
i[12:07:36 AM] Nurashikin: hehe
[12:07:52 AM] lillah: salunya sy akn pastikan skurang2nya 1 kali sehari dgn tazkirah
[12:08:11 AM] lillah: kdg2 pagi smntra nk bersiap nk ke kelas, sy pasang kuat2 utube sentuhan qalbu
[12:08:18 AM] lillah: tak pun apa2 tazkrah
[12:08:37 AM] lillah: jd spnjg pagi tu masa nk k kelas, sy digest apa yg baru dgr
[12:08:44 AM] cik zuraidah_ab: waktu petang xbuat apa, baca ma;thurat ke.. pas tu xtau gak nak buat apa.. kita dengar kuliah syeihk nuruddin kat tv al-hijrah ptg kul 5..
[12:08:45 AM] lillah: masa drive balik umah, dgr ikim
[12:09:18 AM] cik zuraidah_ab: selalu buat macam ni, kejap2 lari2 sambil msak kat dapur..tgok tv jap..
[12:09:25 AM] lillah: (y)
[12:09:28 AM] Nurashikin: bestnye, mlm ni banyak input..esok nak mula la,iA:)
[12:09:46 AM] cik zuraidah_ab: hmm.. nak kongsi satu benda..
[12:11:39 AM] cik zuraidah_ab: bila kita bangun tidur, make sure telinga kita dengar kalamullah / zikir dulu sebelum kita dengar benda lain. jangan bagi lagu2 ke apa masuk. benda ni boleh recharge iman dan hati kita pada hari tu.
[12:12:07 AM] lillah: (y)
[12:12:09 AM] cik zuraidah_ab: saya buat macam ni, nak kejutkan saya pagi pasang alarm zikir pagi.
[12:12:48 AM] Nurashikin: same la kite kak zuraidah..tp x sedar pun boleh recharge iman
[12:13:03 AM] cik zuraidah_ab: kadang2 malas nak bangkit, biar je alarm (zikir) tu sampai habis. so dlm minda bawah sedar kita dah terjaga dgn zikrullah..
[12:13:16 AM] cik zuraidah_ab: (h)
[12:14:41 AM] Nurashikin: (y)
[12:15:45 AM] nieza zamri: terima kasih semua atas perkongsiannya..mmm, maaf xde apa yg dpt dikongsikan..coz mmg diri sndiri ni xmampu lg dlm membentuk istiqamah dlm hati, lisan dan perbuatan. Kadang bila ada masalah, keghairahan untuk beribadah tu hilang.. n kdg keghairahan tu muncul.. berusaha melawan dan berusaha mencari potensi ke arah tu..
[12:15:49 AM] AnisDiyana: Syukran2.alhamdulillah.byk tips2 mlm ni
[12:16:44 AM] lillah: inshaallah sama2 lh kita mmbntu membentuk persekitaran yg soleh
[12:16:46 AM] lillah: :)
[12:16:51 AM] lillah: walaupun kita berjauhan
[12:17:05 AM] lillah: moga ukhwah kita ni akan saling menguatkn iman kita
[12:17:13 AM] Nurashikin: namun hati kite selalu dekat kak:)
[12:17:14 AM] lillah: sayang kalian krn Allah
[12:17:22 AM] lillah: (inlove)
[12:17:25 AM] Nurashikin: (h)
[12:17:30 AM] AnisDiyana: Ya,benar.Alhamdulillah setakat ni dapat melakukan semua ibadah.Tapi belum di tahap istiqamah.semoga Allah menguatkan hati2 ini untuk terus beribadah.
[12:17:40 AM] lillah: sbaik2 sahabat adalah yg apabila memandangnya membuatkn kita ingat kpd Allah
[12:17:55 AM] lillah: sburuk2 sahabat adalah yg apabila memndgnya mmbuatkn kita lupa pada Allah
[12:18:04 AM] cik zuraidah_ab: sangat setuju dgn yang tu k.lillah
[12:18:17 AM] AnisDiyana: *semua yg ditulis tadi
[12:18:19 AM] lillah: inshaallah rasanya da lewat ni...
[12:18:26 AM] AnisDiyana: Ya
[12:18:31 AM] lillah: inshaallah kita sambung usrah kita next time
[12:18:43 AM] lillah: selamat besahur, slmt bepuasa, slamat beribadah
[12:18:45 AM] Nurashikin: iA kak
[12:19:04 AM] lillah: :) minta izin nk tutup usrah malam ni...
[12:19:13 AM] lillah: dgn tasbih kifarah
[12:19:32 AM] AnisDiyana: Ya.terima kasih semua!
[12:19:34 AM] lillah: lps ni nk balik rumah mak..td balik keja singgah sat umah rehat.
Selasa, 7 Ogos 2012
Iftar Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin 2012
Setelah berbulan mendengar suara, membaca tulisan di facebook dan bekerjasama di alam maya.. akhirnya kami disatukan di malam Ramadhan yang mulia. Menjalin kasih di alam maya kerana mencari keredhaan Allah. Meskipun sebentar sahaja dapat bersua, semoga kita akan bertemu lagi di dalam program-program lain di masa depan. Halaqah Maya adalah platform. Beruntunglah mereka yang memanfaatkannya dan rugilah mereka yang mensia-siakannya. Selamat berbuka puasa :)
Sewaktu seorang pekerja katering hendak membungkus bubur dan sate, dia berkata "Cikgu, boleh saya bawa balik sikit bubur? Nak beri anak yatim di rumah pula makan. Anak-anak sini sudah tidak mahu bubur ini."
"Boleh..boleh.. Apa benar akak ada anak yatim?"
"Ya.. Sebab itulah saya tak boleh duduk dalam dewan. Saya teringatkan mereka di rumah. Rasa sebak sangat." kata dia.
"Kalau begitu, ambillah y
ang ini!" Saya menyerahkan sebuah kotak berisi barang-barang yang sama seperti barang yang sudah kami isi dalam beg hadiah untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.
"Berapa umurnya? Berapa orang?" Saya lihat ibu ini sudah mula menangis. Dikesatnya air mata ke bahunya.
Ada seorang yang tingkatan satu. Lagi dua orang terlupa pula berapa umur mereka.
Semasa si ibu sudah kembali ke lori mengemas barang-barang, saya memberi tiga angpau dan tiga beg hadiah. Duit angpau dan hadiah sudah disediakan lebih, jadi inshaallah bilangan berlebih.
Si ibu menangis bersungguh-sungguh kerana terharu. Saya memeluk beliau.
"Inshaallah ramai yang sayangkan anak-anak yatim....."pujuk saya dan terpaksa segera berlalu kerana sedang bertugas.
"Berapa umurnya? Berapa orang?" Saya lihat ibu ini sudah mula menangis. Dikesatnya air mata ke bahunya.
Ada seorang yang tingkatan satu. Lagi dua orang terlupa pula berapa umur mereka.
Semasa si ibu sudah kembali ke lori mengemas barang-barang, saya memberi tiga angpau dan tiga beg hadiah. Duit angpau dan hadiah sudah disediakan lebih, jadi inshaallah bilangan berlebih.
Si ibu menangis bersungguh-sungguh kerana terharu. Saya memeluk beliau.
"Inshaallah ramai yang sayangkan anak-anak yatim....."pujuk saya dan terpaksa segera berlalu kerana sedang bertugas.
Rabu, 1 Ogos 2012
Tips Mengekalkan Stamina Iman Hingga ke Penghujung Ramadhan
1) Periksa semula apakah tujuan kita berpuasa? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga? Tanda-tanda orang yang berpuasa cuma untuk menahan lapar dan dahaga adalah mereka banyak melakukan dosa-dosa yang dapat mengurangkan pahala puasa mereka. Mereka mengumpat, menonton gambar lucah, membazir masa, membazir duit dan masih culas mengamalkan ibadah wajib seperti solat dan menutup aurat. Jika ada diantara kita yang masih melakukan perkara-perkara tersebut, ingatlah betapa anda sangat rugi! Anda telah berjaya ditipu oleh syaitan. Anda bukan sahaja kerugian kerana kehilangan pahala-pahala besar yang berganda-ganda, malah jiwa anda akan dihimpit rasa terbeban kerana berpuasa.
2) Jelaskan kepada diri bahawa tujuan kita berpuasa adalah untuk menjadi hamba Allah yang taat terhadap perintah Allah. Ianya juga adalah sebagai amalan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah dan mengekang nafsu syahwat. Pada masa inilah sepatutnya kita berjuang untuk mengalahkan nafsu syahwat kita. Pintu untuk meransang syahwat ini terletak pada pancaindera kita. Jadi untuk menghalang nafsu daripada bergelojak, tutuplah pintu-pintu yang dapat meransang syahwat ini. Jangan melihat, mendengar atau bercakap mengenai perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Jika kita sudah tahu kita pasti tidak akan mampu menahan diri apabila terdedah dengan perkara yang mendorong syahwat, maka jangan dekati ia!
3) Bina persekitaran yang sentiasa memberi kita semangat untuk sentiasa perbaiki diri. Hari-hari dengarkan telinga tazkirah-tazkirah daripada media. Lebih bagus jika tazkirah-tazkirah yang didengar itu diulang-ulang semula. Jangan hanya mahu mendengar sekali kemudian tidak mahu mendengar lagi. Manusia ini sifatnya memang perlu diingatkan berkali-kali. Kali pertama selalunya masuk 80%, dan keluarnya 70%. Jadi yang tinggal cuma 10%. Maka dengar lagi tazkirah tersebut. Mungkin kali kedua yang tinggal dalam otak kita sudah bertambah kepada 20%. Perkara ini akan sangat membantu diri kita untuk berlawan dengan nafsu. Tatkala sedang rambang mata hendak memilih juadah berbuka puasa, segeralah kedengaran suara yang memberi tazkirah supaya jangan membazir. Lalu nafsu kita yang sebentar tadi sudah terkinja-kinja mahu membazir menjadi kendur.
4) Setiap kebaikan yang kita ingin lakukan pasti ada yang membencinya. Jika tidak manusia lain yang cemburu, nafsu dan syaitanlah yang cemburu. Selama berbulan-bulan syaitan melatih nafsu supaya bertambah benci kepada kebaikan sehinggalah apabila syaitan dikurung pada bulan Ramadhan, nafsu sudah tebal rasa bencinya kepada kebaikan. Kesannya, kita menjadi berat dan malas hendak membaca Al Quran, bersolat wajib dan sunat, menutup aurat, bersedekah dan berzikir. Berdekah-dekahlah syaitan ketawa kerana usahanya selama ini sudah berjaya. Maka ramailah nanti yang akan turut sama mengikut syaitan dihumban ke dalam neraka. Ingatlah, kita perlu memaksa diri dalam kebaikan. Kita perlu paksa diri membaca Quran. Kita perlu paksa diri menunaikan solat wajib dan sunat. Begitu juga kebaikan lain, semuanya bermula dengan paksaan. Ikhlas itu akan hadir apabila kita sudah puas memaksa diri sehingga diri itu sendiri sudah terbiasa dan senang hati menjalankan kebaikan.
5) Ramadhan ini bukanlah bulan untuk beristirehat, berlembik dan menghentam tidur. Sangatlah tertipu mereka yang girang menyanyikan lagu-lagu raya dalam keadaan tidak menutup aurat dan mendayu-dayu kerana merasakan mereka sudah berjaya menamatkan Ramadhan mereka. Ramadhan ini adalah pesta ibadah, di mana kita semua sepatutnya berlumba-lumba beribadah. Kita berlumba supaya dapat memberi kita semangat untuk menambah amal soleh di siang dan malam hari. Zaman Rasulullah saw dahulu, pada bulan Ramadhan pun boleh pergi berperang. Kita pula bagaimana? Sepatutnya kita dapat bekerja dengan lebih cemerlang berbanding dengan orang-orang kafir. Ini tidak, puasa dijadikan alasan untuk curi tulang.
6) Malas itu berkait rapat dengan iman. Apabila kita malas hendak melakukan kebaikan, itu tanda-tanda iman kita sedang lemah. Apabila kita rajin hendak melakukan kebaikan, itu tanda-tanda iman kita sedang bertambah. Iman ini ibarat air pasang surut. Jadi jika tersedar hadirnya rasa malas, segeralah beristigfar, Astagfirullah... Astagfirullah... Maksud istigfar ini adalah "Ampunilah aku ya Allah..." Kita kenalah beringat bahawa kita tidak akan mampu meraih kebaikan tanpa izin daripada Allah. Segala kekuatan datang daripada Allah.Orang yang lemah imannya adalah orang yang jauh daripada Allah. Mereka ini golongan yang rugi kerana di dunia hidupnya tidak senang, di akhirat juga tidak senang. Dunia melepas, akhirat pun melepas.
7) Jaga pemakanan kita. Bukan setakat menjaga khasiat makanan yang seimbang, malah pastikan makanan yang kita telan itu tiada unsur haram dan syuhbah. Makanan yang tidak suci akan menggelapkan hati. Maka wujudlah manusia-manusia yang bodoh sombong. Sudahlah jahil, tetapi degil tidak mahu menerima nasihat. Hatinya sudah terhijab dek kerana makanan yang ditelannya.
Cukuplah setakat ini dahulu. :) Terima kasih kepada sahabat-sahabat seusrah yang berkongsi tips-tips ini semalam. Moga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun lepas. Ingatlah, tiada gunanya tahu sahaja tips ini tetapi tidak diamalkan. Ibarat orang yang sakit tetapi tidak mahu makan ubat, maka sukarlah hendak sembuh.
Akhir sekali dengarkanlah .....
rujukan : http://www.4shared.com/music/j9X3Zfye/Usrah_31_Julai.html?
Selasa, 19 Jun 2012
Isnin, 18 Jun 2012
Ahad, 17 Jun 2012
Bersediakah untuk Tua ?
Penat semasa zaman belajar tidak sama dengan semasa zaman bekerja. Dua dunia yang berbeza. Setelah melalui kedua-dua zaman, saya dapati zaman bekerja ini adalah lebih mencabar. Mungkinkah apabila bersara nanti, saya akan berkata bahawa zaman bersara lebih mencabar? (0.o)
Langgan:
Catatan (Atom)