Rabu, 2 Mac 2011

Bersedia untuk berkahwin?



Soalan di facebook:

salam akak...

ada kawan sy tanya...

mcm mana nak tau kita dh sedia atau x utk kawen? tanda2 yg obvious la...hm..sebab kalau ikut hukum nikah tu kan ada banyak..wajib, sunat, makruh dsb..cmna kita nk tau kita masuk kategori yg mana?

cth kalau wajib-ada keinginan utk kawin n kemampuan..

kalau perempuan cmna nk tau dia dh ready ke belum? keinginan utk kawen tu smua org ada kan...cuma dr segi kemampuan tu cmna kita nk ukur? spesifik kpd perempuan...

sy xtau cmna nk jawab soklan dia..nk tnya ust td...tp segan sebab dlm kelas tu ramai lelaki...hehe




Jawapan saya :

cuba tanya dia:-

-adakah dia sudah bersedia untuk melayani seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk mentaati seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk bekorban demi seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk berkongsi perasaan, harta dan kehidupan dengan seorang suami?

-adakah dia bersedia untuk mendahulukan keinginan suami melebihi diri sendiri dan keluarga sendiri?

-adakah dia bersedia untuk memaafkan dan bertolak ansur dengan seorang suami yang cuma manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan?

-adakah dia bersedia untuk mendahulukan ibu mertuanya melebihi ibunya sendiri?

-adakah dia bersedia mengasihi ibu mertuanya dan sanggup bekorban demi beliau?

-adakah dia bersedia untuk menerima semua ahli keluarga suaminya yang tidak sempurna dan bersedia untuk bersabar serta bertolak ansur?

-adakah dia bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran dan kesakitan?

-adakah dia bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penghayatan Islam?

-adakah dia bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya suaminya meminta dia berbuat demikian?

-adakah dia bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya anaknya lebih memerlukan perhatian?

-adakah dia bersedia untuk kehilangan seorang suami dan terus memberi didikan dan kasih sayang secukupnya kepada zuriat suaminya?

adakah dia sudi menerima semua tanggungjawab itu?

jika ya, berkahwinlah.. kerana dirimu inshaALLAH akan menjadi isteri dan ibu yang solehah......

semoga ini dapat membantu...

3 ulasan:

  1. salam kak,
    boleh kalau mard nak copy n letak di blog mard?

    BalasPadam
  2. Ala....kawin jer...pastu mesti dia tahu bertapa banyaknya dugaan dalam sebuah perkahwinan itu. Kekadang apa yang dimahu tidaklah semuadah dicapai. Buah yang tinggi perlukan kemahiran akal+tenaga untuk diambil+memakan. Yang jatuh belum tentu dapat dimakan.

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....