Selasa, 28 Ogos 2007

TAKWA ... kekuatan yg sering disia2kan

‘Coretan Fisabilillah 6’

“Katakanlah (Muhammad): jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (3:31)

Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik..

Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya..

Berilah harapan dan taburlah budi.. semaikanlah kasih setulus budi.. seikhlas hati semurni nurani..buat semua insan di dunia ini.. Bersama harapan dan air mata, jangan biarkan dada mereka terus dijengah sempit. Sampaikan khabar gembira salam rindu Nabi mu buat umatnya. Sampaikan khabar gembira daripada Tuhan mu agar mereka bertambah teguh melalui liku-liku kehidupan. Hulurkan bantuan dan pengorbanan dari hati yang ikhlas tanpa nista.

Ketahuilah sahabatku, temanku..

Sebenarnya kalian rindu kepada Allah, kata seorang ahli hikmah. Tahukah kamu penyebabnya? Sebab kalian merindukan kebaikan yang tiada akhir, kesempurnaan yang tidak kunjung habis, dan keindahan yang abadi, sedangkan sifat-sifat itu hanya ada pada Allah…

Oleh itu, kembalilah kepada fitrah semulajadimu, wahai orang beriman. Bukalah mata hatimu dan pandanglah keindahan ciptaan Allah menerusi makhluk di sekitarmu,kemudian kajilah hakikat yang ada padanya supaya kalian dapat menelusuri sejauh mana kalian mampu bagi mengenali siapa sebenarnya dirimu…

Wahai Sahabatku.. mari kita menyembah Allah Yang Esa. Mari kita berukhwah hanya kerana Allah. mari kita berdakwah di jalan Allah. mari kita bermujahadah. Mari kita bina ummah.. ummati..ummati..ummati..

Wahai sahabatku.. jangan mudah menyerah kalah! Teguhmu membangun ummah! Pendirianmu membela ummah! Tafakurmu mendamba hidayah! Dikaulah remaja harapan… agama yang tercinta..

Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tiga kumpulan manusia yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru hara dan tidak akan dihisab. Mereka berjalan dengan penuh gembiranya diatas timbunan-timbunan kasturi hinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Seseorang yang mempelajari Al-Quran semata-mata untuk melihat wajah Allah dan kemudian mengimami org ramai di dlm sembahyang dgn tingkah laku yg sangat disenangi oleh mereka, kedua ialah orang yang mengajak orang lain kepada sembahyang semata-mata kerana Allah. Ketiga ialah orang yang berlaku baik diantara dirinya dengan tuannya juga diantara dirinya dengan orang-orang bawahannya.”

Wahai sahabatku.. usia mudamu hanya sekali penuhilah dengan berbakti. Ajaran Rasul hendaklah diikuti. perintah Allah wajib diikuti. Peganglah janji Tuhanmu erat-erat. Gigitlah sunnah Rasulmu kuat-kuat agar kalian selamat dunia akhirat.. Seorang wanita tidak boleh dianggap kurang dari lelaki tentang peluang mendekatkan diri kepada Allah.. Kesempatan yang diberikan kepada lelaki,juga diberikan kepada wanita, untuk beribadat kepada Allah. Oleh itu lelaki dan wanita sama-sama diberi peluang yang serupa untuk beribadah, berjihad dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sesiapa yang berbuat baik, lelaki atau perempuan, sedangkan ia seorang yang beriman, maka Kami berikan balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan. (Al-Nahl:97)

Ya Allah, aku pertaruhkan kepada Mu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu tentang diriku, wahai Tuhan yang memiliki sekelian alam…

Para salafussoleh berjiwa besar, sedari muda lagi mereka sudah memikul tugas-tugas yang berat dan serius. Walaupun masih muda tapi fikiran mereka sudah tua – yakni tindakan mereka matang. Islamlah yang mendewasakan mereka. Kita perlu serius memikirkan nasib di akhirat.. Nasib Islam dan umatnya.. Serius memikirkan soal kepimpinan dunia yang lintang-pukang.. Hanya agama Islam penyelamat masalah dunia sekarang ini.. Dan untuk itu muda-mudi perlu serius berjuang dan berjihad untuk Islam..!

Wahai sahabatku.. bersyukurlah atas rahmatNya dan bersabarlah dengan dugaanNya.. Bertaqwalah dirimu kepadaNya, InsyaAllah pahala berganda sebagai ganjarannya.. .

Firman Allah Taala:

Allah pembela bagi orang-orang bertakwa.”

“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah akan diberikan jalan keluar (kelapangan daripada permasalahan) dan dikurniakan rezeki yang tiada diketahui dari mana datangnya.”

“Dan bertakwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu.”

Apa itu taqwa?

Menurut Imam Ghazali: hakikat taqwa iaitu menghadirkan Allah sebagai sandaran dalam segala perbuatan, penghadiran ini menuntut untuk segera melakukan perintahNya dan menjauhi laranganNya, dan ini akan menjadi benteng yang kuat untuk menentang perbuatan dosa dan seterusnya melaksanakan kewajipannya. Pembuat benteng juga mempunyai rasa takut, namun Allah lebih berhak ditakuti. Dia mempunyai rasa malu, namun Allah lebih berhak untuk dimalui.

Tafsir az-zilal Jilid 1:Taqwa- adalah suatu yang peka dalam diri peribadi, hening dan jernih dalam perasaan, diliputi rasa takut, inawas diri, mengatasi berbagai rintangan di jalan-jalan kehidupan yang penuh dengan duri keinginan, duri hawa nafsu, duri ainbisi, duri rasa takut dan bimbang,duri harapan pada yang tidak ada memiliki pengharapan dan ketakutan bohong pada yang tidak memiliki manfaat dan mudharat, dan puluhan duri lainnya.

Andai nafsu dapat kau tahan, tagisan mu hanya kerana Tuhan, hatimu terpaut pada rumahnya, bergembiralah dengan janji Tuhanmu..

“Tiadalah perkataan yang dikeluarkan seseorang, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib Atid.” (Qaf:18)

“Perut mereka jauh dari tempat tidur (mereka tidak tidur pada waktu biasa orang tidur, untuk mengerjakan sembahyang malam) sedang mereka berdoa kepada Tuhan dengan rasa takut dan harap.” (As-Sajadah: 16)

“Dan mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, berbaring...”

Perjalananmu masih jauh.. Wahai sahabatku, aturlah langkahmu. bukan setakat di sini tetapi hingga bertemu Allah Yang Pengasih lagi Penyayang. Mulakan langkah dengan nama Allah.Setiap langkah dengan nama Allah.. Buatlah sepenuh hatimu bagai esok sudah tiada.. segalanya dengan nama Tuhanmu..Pelihara niatmu setiap langkah dan ketika agar setiap derapan langkah diberkati dan diredhai.. InsyaAllah semua usahamu akan sempurna.. ganjaran pahala akan kau dapat.. amalan mu takkan sia-sia.. setiap zarah ada nilai dunia akhiratnya.. percayalah janji Tuhanmu..!

Dan katakanlah (wahai Muhammad): ‘Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat perkara-perkara yang kamu kerjakan…” (Surah At-Taubah: 105).

“…Maka apabila kamu telah berazam, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya” (Surah Ali Imran: 159).

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beserta dengannya adalah tegas terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menyengkelkan hati orang-orang kafir(dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.” (48:29)

Wahai sahabatku.. dunia ini tempat persinggahan yang Allah ciptakan untuk kita sebagai cubaan dan dugaan untuk menguji keimanan.. Pujuklah iman mu meluahkan rasa hatinya untuk teguh mencapai redha Allah.. Hanya hati yang tulus kerana yang Esa disertai keikhlasan dapat mengharungi onak duri ini.. Jadikanlah taqwa pakaianmu sepanjang di dunia ini..

Ya Allah..bantulah kami utk mengingatiMu dan mensyukuriMu dan sebaik-baik ibadah padaMu. Kurniakan kami takwa dan tazkiah/penyuci. Engkaulah sebaik tazkiah dan Pelindung dan Pemilik diri kami.

Kalian racun, kalian jugalah penawar.. kerana Allah kita bertemu. Sayangilah aku hanya kerana Allah, semoga aku menyayangimu selama-lamanya. Bencilah aku hanya kerana Allah, semoga aku tidak akan membencimu selama-lamanya. Empatilah terhadap imanku, semoga aku menjadi sahabat baik mu selama-lamanya. Ingatkan aku perintah Tuhan mu, semoga aku merindui mu bila kau tiada. Doakan aku, semoga kau peroleh lebih dari itu. Ukhwahfillah... Kita bertemu kerana yang Esa.. Kita bersama walau berbeza.. Suatu hari akan tiba, kita berpisah.. itu semestinya.. Biarlah saat itu datang sendiri tanpa dipinta, kerana Dia lebih mengetahui.. setiap yang terjadi punya hikmah.. Hikmahnya tersimpan pada si Dia..

Ketahuilah, bahawasanya hidup kita mencari sahabat lebih kita utamakan drpd mencari cinta.. Kalau hanya semata krn cinta, daerahnya terlalu sempit, tetapi persahabatan mempunyai daerah lapangan yang amat luas, di dalam mengharungi lautan hidup yg tiada tentu di mana tepinya ini.. Oleh sebab itu beroleh kemenangan kerana bertambah seorang sahabat, lebihlah harganya daripada kemenangan mendapat balasan cinta.. Hati kecil ini bersyukur kpd Nya kerana dapat bersama kalian..

Seorang telah datang kepada Rasulullah saw dan bertanya :

“Bilakah akan berlakunya hari Kiamat? Wahai pesuruh Allah!”

Nabi :

“Apakah persediaan-persediaan yang dikau telah lakukan untuk Hari tersebut?”

Orang itu:

“Wahai Kekasih Allah! Daku tidak berupaya memperolehi amalan yang banyak dari solat, puasa dan sedekah untuk menolongku tetapi daku mengasihi Allah dan RasulNya didalam hatiku.”

Nabi:

“Di hari Pengadilan nanti dikau pasti berada bersama orang yang kamu kasihi.”

Ya Allah.. bersihkan hati kami, lapangkan hati kami, pelihara hati kami, ikhlaskan hati kami, tawadhukkan hati kami, keluarkan dunia dari hati kami, keluarkan makhluk dari hati kami, penuhkan hati kami dengan cinta Engkau dan RasulMu.. Jauhkan syaitan,nafsu dan maksiat dari hati kami.. Sesungguhnya kami tidak berdaya melakukan sebarang kebaikan tanpa kasih sayangMu.. Engkaulah pemilik hati-hati ini.. Peganglah ia sekuatnya.. Janganlah lepaskan ia walau seketika.. Peliharalah ia sehingga kami menghadap Engkau di syurga kelak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....