Jumaat, 14 Ogos 2009

cari pasangan...


lillah dedikasikan lagu ni khas buat sahabat-sahabat kesayangan iaitu cik kurin... cik motmot... cik bliza... cik dayah.. kak wahida.. kak na... kak mas... asma (both).... sahabat2 brothers sisters...dan kepada semua pembaca blog ni.... :)


Mari-marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersintak si jejaka di beritakan
Istrinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah istrinya
Ibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-sata perjumpa
Terpesona memandang
Benarkah istrinya Menawan sungguh cantik

Reff :
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita sholehah terpelihara

Terharu si jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah

catatan :

Kebangsawanan....

Hartawan....

Rupawan....

Hanyalah nilaian kita....

Sesungguhnya..

Kekayaan pada lapangnya hati...

Rupawan pada indahnya budi....

Bangsawan pada kerendahan diri yang sering sujud di telapak Ilahi....

Khamis, 13 Ogos 2009

teruskan perjuangan..!! :D


Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian...
Allah memberi kita kedewasaan bila kita ditimpa masalah....
Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan...
Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik....

semoga adik2 kak lillah.. sahabat2 lillah... pembaca2 blog lillah sihat imannya, sihat badannya dan sihat urusannya...

moga ibadah di bulan Ramadhan kali ini dapat kita hayati dengan sepenuh hati...
mudah-mudahkanlah tangan untuk sentiasa menghulur kepada mereka yang memerlukan.. supaya insan lain yang kurang berkemampuan dapat turut sama dipermudahkan hidup mereka...
moga amal dan bakti yang dicurah terpelihara keikhlasannya oleh Allah.... :)
teruskan perjuangan...!! chaiyook!!

Selasa, 11 Ogos 2009

promosi kuih raya 'Bazar Kita'...


sempena bulan Ramadhan & Syawal ni, syarikat milik mak, lillah cikmot & romlah kurin iaitu 'BAZAR KITA' ada jual kuih raya..
ada jual balang kuih raya berhias.. dan ada la lagi macam-macam...

Bazar Kita adalah sebuah perniagaan yang bercita-cita besar iaitu untuk mengeluarkan zakat sebanyak RM 1000,000.. marilah kita merealisasikan cita-cita ini.. Bazar Kita juga terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam membantu orang-orang susah di luar bandar & pelbagai projek khidmat masyarakat yang lain..

tempahan kuih raya :



1. Mazola : 750g - Rm16

2. Chocolate wave : 1 box - Rm26

3. White snow ice : 1 box - Rm24


4. makmur putih : 1 box - Rm28


5. tembikai cookies : 1 box - Rm28


6. cornflakes madu : 1 box - Rm24


7. purple mama : 1 box - Rm24

8. cornflakes pisang : 1 box - Rm24


9. kelapa pandan : 1 box - Rm24


10. biskut jagung : 1 box - Rm24


11. papa carrie pink : 1 box -Rm24


12. lada cookies : 1 box - Rm24


13. dahlia cookies : 1 box - Rm24


14. walnut ball : 1 box - Rm27


15. pink green carrie : 1 box - Rm24


16. pandan cookies : 1 box - Rm24


17. kacang bulat cookies : 1 box - Rm24


18. kelapa vanila cookies : 1 box - Rm24


19. mama carrie : 1 box - Rm24


20. sweet bamboo : 1 box - Rm24


21. peanut creamer : 1 box - Rm24


22. kacang panjang cookies : 1 box - Rm24


23. gajus cookies : 1 box - Rm24


24. tat bunga : 1 box - Rm24


25. nestum cookies : 1 box -Rm24


26. appolo cookies : 1 box - Rm24


27. suji marble : 1 box - Rm24


28. strawberi cookies : 1 box - Rm28


29. suji cookies : 1 box - Rm24


30. papa carrie : 1 box - Rm24


31. half croquent : 1 box - Rm26


32. ice cream cookies : 1 box - Rm24


33. pink mama cookies : 1 box - Rm24


34. cornflakes chocolate : 1 box - Rm24


35. yellow apple : 1 box - Rm24


36. coklat awana : 1 box - Rm24


37. tat gulung : 1 box - Rm24


38. coco bronis : 1 box - Rm24


39. sweet heart : 1 box - Rm24


40. choclate chip : 1 box - Rm24


41. almond chocolate : 1 box - Rm24


42. chocolate croquent : 1 box - Rm26


43. suji kristal : 1 box - Rm24


44. cornflakes : 1 box - Rm24


45. coco peanut : 1 box - Rm24


46. almond london : 1 box - Rm24


47. pink bamboo : 1 box - Rm24


48. bamboo rice : 1 box - Rm24


49. apple cookies : 1 box - Rm24


50. snow ice cookies : 1 box - Rm24


51. almond delight cookies : 1 box - Rm24


52. white coffee cookies : 1 box - Rm24


53. butter finger : 1 box - Rm24


54. badam cookies :1 box - Rm 24


55. choc berry : 1 box - Rm 24


56. layer cake : 1 box - R15



Kos penghantaran : Rm10 untuk setiap 5 box kuih.

maklumat lanjut sila email kepada bazarkita@yahoo.com.sg .. nanti kami reply email tu... :)

jemput la ziarah ke blog perniagaan kami di

a) balang kuih berhias

b) butik raudhah

c) gedung sulaman

nantikan produk-produk lain juga.... :)

Isnin, 10 Ogos 2009

buatmu adik-adikku yang disayangi....

Assalamualaikum adikku yang disayangi… Maafkan akak kerana tak dapat hadir petang ini.. akak sedang demam panas.. akak dah cuba sedaya upaya untuk datang ke sini.. untuk bertemu adik-adik.. tetapi semalam akak benar-benar tak mampu untuk bangun.. sekarang akak ada di Selangor.. kawan akak, kak lillah di datangkan khas dari Selangor untuk membacakan surat ini untuk adik-adik..akak sangat berharap adik-adik supaya dapat merasai semangat berkobar-kobar untuk berjaya seperti mana yang akak rasai.. sebab itulah akak menulis surat ini supaya akak dapat berkongsi semangat akak dengan adik-adik..

Wahai adikku sayang…
Dalam hidup ini kita cuma ada dua pilihan.. sama ada nak menjadi orang yang berjaya atau orang yang gagal. Kalau kita nak berjaya.. kita kena bersedia mental dan fizikal untuk bersusah payah dalam mengharungi cabaran hidup ni.. kejayaan adalah bagi mereka yang sanggup menangis dalam mendaki ke puncak tertinggi hidupnya.. kita kena jadi orang yang kuat..orang yang tabah.. orang yang rajin.. orang yang tak berputus asa…
Wahai adikku sayang…
Akak menulis surat ini kerana akak mahu berkongsi kisah hidup akak supaya adik-adik menjadi orang yang berjaya.. akak lahir di Kelantan.. akak anak yang ke tujuh dari 11 orang adik beradik.. keluarga akak hidup susah.. keluarga kami bertambah susah semenjak arwah ayah meninggal dunia.. ketika itu akak berada dalam darjah lima.. manakala adik bongsu akak baru empat bulan, masih kecil.. kasihan dia, tak berkesempatan merasai kasih sayang seorang ayah.. disebabkan hidup yang amat susah, emak akak telah menghantar akak dan abang akak ke rumah anak yatim..
pedih rasanya berpisah dari keluarga tersayang.. tambah sedih apabila kehadiran akak di rumah anak yatim tu tidak diterima oleh warga rumah anak yatim.. akak dilayan dengan buruk oleh kawan-kawan dan juga staf di situ.. akak dibuli dengan teruk oleh kawan-kawan akak.. setiap hari yang dilalui tersangatlah sakit..
setiap hari akak menangis dan akak tak tahu ke mana harus akak pergi.. akak terasa hilang tempat bergantung.. akak membenci tempat tersebut dan akak mula berusaha untuk keluar dari tempat tersebut.. ketika itu akak berusaha tak belajar supaya result teruk demi mengelakkan dibenci oleh kawan-kawan.. tetapi result akak tetap agak baik walaupun tak study.. akak tak tahu apa yang akak belajar di sekolah.. akhirnya akak telah merayu kepada emak akak untuk keluar dari rumah anak yatim tersebut. Emak akak sangat marah tetapi akhirnya membawa akak keluar dari ‘neraka’ kecil tersebut..
Untuk beberapa bulan akak tinggal di rumah tanpa bersekolah.. kehidupan yang miskin, anak-anak yang ramai dan menyara keluarga sendirian menyebabkan emak akak sangat tertekan.. akak selalu menjadi tempat emak akak melepaskan marah.. ketika itu akak cuma mampu menangis.. akak tertanya-tanya adakah keluarga kami akan terus berada dalam keadaan susah begini sehingga akak mati? Akak ingin sekali pergi menjengah ke dunia luar untuk melihat apa yang ada di luar sana.. akak ingin sekali membantu keluarga akak.. tetapi akak tak tahu bagaimana..
Apabila akak mula bersekolah di sebuah sekolah harian berhampiran rumah akak, akak berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.. akak mendapat semangat dari guru-guru akak.. ada seorang cikgu akak tu pernah kata yang
‘anak-anak petani, anak-anak nelayan.. pun boleh belajar dan berjaya melanjutkan pelajaran ke university.. ada yang pergi sambung belajar di luar negara..’

Akak sangat teruja dan bersemangat mendengar kata-kata cikgu tu.. Semenjak tu akak selalu berazam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat ke luar negara.. walaupun akak terasa seperti impian tu terlalu tinggi dan jauh, tetapi akak tak peduli..
Kehidupan yang miskin menyebabkan keluarga akak tidak mampu untuk memberi duit supaya akak dapat membeli buku pelajaran.. akak selalu dimarahi oleh abang-abang akak setiap kali akak meminta duit untuk membeli buku.. akak faham mengapa mereka marah, duit itu sedikit.. duit itulah juga yang akan kami adik beradik berkongsi untuk makan minum… rumah kami banyak tempat yang berlubang, bumbung yang bocor.. akak tak pernah membawa kawan-kawan pulang ke rumah akak.. sebab akak takut kawan-kawan akak tidak dapat menerima keadaan keluarga akak.. pada waktu malam, akak tidak boleh berjaga malam untuk belajar sebab mak kata kita kene jimatkan elektrik.. dan bila memasak, kami lebih selesa menggunakan dapur arang kayu untuk jimatkan gas..
Azam yang kuat.. tak berputus asa.. akak mahu menjadi orang yang berjaya.. biarlah tidak berharta.. biarlah tiada paras rupa.. tetapi bila kita berilmu, orang akan menghormati kita.. berkat usaha dan doa, akak mendapat keputusan 6A dalam PMR.. akak sangat-sangat gembira ketika itu.. Ketika borang MRSM keluar, akak tiada duit untuk membeli borang tersebut yang beharga RM10.. akhirnya akak tidak dapat masuk ke asrama.. tak mengapa, akak tak akan berputus asa.. mungkin memang tiada rezeki untuk akak ke asrama..
Ketika di tingkatan empat, akak merupakan pelajar pertama aliran sains tulen yang mengambil subjek akaun. Akak mendapat tentangan dari pihak sekolah ketika akak mengambil subjek akaun sebagai subjek tambahan tetapi akak tetap berusaha merayu supaya akak dapat mengambil akaun dalam SPM.
Syukur Alhamdulillah, akak berjaya dengan cemerlang dalam SPM.. dan paling gembira sebab akak dapat A dalam akaun..
Akak mendapat tawaran matrikulasi Perlis dan tingkatan enam.. jika akak masuk matrikulasi, akak mendapat tawaran aliran akaun.. tetapi keluarga akak tidak mampu menghantar akak ke sana.. kami tiada duit.. jika akak masuk tingkatan enam, akak mendapat tawaran sains tulen.. berbekalkan sedikit semangat dan keberanian, akak memberanikan diri mengembara ke negeri orang seorang diri.. dan akak masuklah matrikulasi Perlis… dalam bidang akaun.. J
Adikku yang disayangi…
Ketika di matrikulasi, akak mendapat biasiswa Rm1000 untuk akak gunakan selama setahun di sana.. dan sungguh akak katakan yang duit itulah sahaja yang akak ada.. Akak sangat berjimat cermat hinggakan kalau akak beli biskut, akak akan kira berapa keping biskut yang akak boleh makan hari ni.. berapa keping yang akak boleh makan esok.. dan setelah duit akak habis, akak berpuasa.. akak tidak memberitahu kesusahan hidup yang akak alami ini pada kawan-kawan dan pada keluarga akak.. setiap kali kawan-kawan akak mengajak akak makan di luar atau pergi berjalan-jalan, akak akan memberi pelbagai alasan .. namun perkara yang sebenanrnya ialah kerana akak tidak ada duit…
Biarlah.. akak datang dari jauh ke sini untuk belajar.. bukan untuk berhibur… biarlah semua ini menjadi rahsia.. asalkan dapat belajar pun akak dah bersyukur.. Terima kasih ya Allah….
Pada suatu hari, matrikulasi dilanda darurat ketiadaan air.. semua pelajar disuruh balik ke rumah.. masa tu akak terpaksa telefon abang akak dan memberitahu keadaan akak.. abang akak sangat marah sebab akak tidak memberitahu kesusahan yang akak alami pada dia awal-awal.. akak bukan suka-suka tak nak bagitau dia.. tetapi akak tahu, abang akak bekerja keras menyara adik beradik akak yang ramai.. mereka lebih memerlukan duit itu berbanding akak..
Wahai adikku sayang…
Tiga tahun yang lalu.. akak melangkahkan kaki ke USM sendirian.. sampai di USM, akak tak tahu mana satu tempat yang akak perlu pergi..orang lain datang bersama keluarga.. akak pula seorang diri mengangkat beg yang berat.. apa yang kelakar ialah, akak tersalah masuk asrama.. akak tersesat dalam asrama lelaki.. sampai sekarang akak tak boleh lupakan.. di USM, akak merupakan batch pertama mengambil bidang ‘International Business’.. dan akak meneruskan perjuangan yang akak dah mulakan.. iaitu untuk terus kuat walaupun sendirian..
Ketika akak di tahun akhir, akak dikehendaki belajar 6 bulan di luar negara.. dan kos pengajian itu perlu ditanggung oleh pelajar sendiri.. dimanalah akak nak cari duit?? Jika akak tidak keluar negara, akak tidak boleh menamatkan pengajian.. sedih.. akak tak tahu ke mana harus akak pergi.. akak tak tahu apa yang perlu akak buat.. akak terasa hidup ini terlalu perit dan sakit… emak akak kata akak tak perlulah habiskan pengajian akak.. biarlah tak ada ijazah pun takpe.. sayangnya cuma tinggal 6 bulan sahaja lagi untul tamat tetapi tergantung di tengah jalan..
Allah Maha Penyanyang… Dia tak pernah meninggalkan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.. masa tu hanya Allah tempat mengadu.. ketika itu akak ditemukan dengan seorang sahabat.. Keluarga sahabat inilah yang menanggung kos akak belajar di luar negara selama 1 semester..
Dan.. akak akan konvo pada Sabtu ni.. pada 15hb Ogos 2009 ini.. Alhamdulillah…
Wahai adikku sayang… Allah itu Maha Pengasih.. Maha Penyayang… Ingat selalu supaya jaga solat lima waktu sehari semalam jangan sekali-kali kita tinggalkan…Banyakkan berdoa kepada Allah.. Ingat Dia selalu… Walaupun kita rasa sesuatu tu mustahil, tetapi ingatlah Allah berkuasa menjadikan yang mustahil itu kenyataan.. sebab itu kita kena sentiasa dekat dengan Allah…
Wahai adikku sayang…
Akak sekarang dah bekerja.. akak bekerja dengan keluarga yang pernah membantu akak belajar dulu… kalau dulu semasa belajar, akak cuma akan balik ke rumah hanya bila cuti raya.. kini semenjak bekerja, setiap bulan akak akan balik ke rumah.. akak gembira dapat membantu emak dan adik-adik akak… akak gembira dapat membaiki rumah akak.. sekarang emak akak tak perlu bersusah payah keluar bekerja.. dah lama emak akak susah.. sekarang biarlah dia rehat.. dah sampai masanya akak pula bersusah untuk emak akak.. bahagianya rasa…
Wahai adikku sayang…
Kejayaan itu adalah bagi mereka yang sanggup menangis dalam mendaki ke puncak tertinggi hidupnya… akak doakan kejayaan adik-adik semua… semoga perkongsian akak ini dapat memberi semangat kepada adik-adik yang lain.. Amin…
**
lillah memandang wajah adik-adik... "apa perasaan adik2?"
"sedih.."jawab adik-adik...
"nak tak tengok gambar kakak dalam surat ni?"
"nak!!"balas adik-adik..
kemudian tayangan muvi ni dipasang... 




nota : ini adalah sebuah 'surat' yg amat special.. dan lillah nak paste di sini... surat ni di baca semasa program jejak menara 2009 di bawah kerjasama Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk anak-anak PPRT...

lillah bertuah sebab dapat bertemu dgn sahabat ni.. dia umpama permata yang lillah tercari-cari selama ini.. dan lillah berjanji pada diri sendiri :
1. jangan kecewakan diri sendiri
2. jangan kecewakan orang2 yang mengharapkan lillah

insya'Allah.... :'-)

Rabu, 5 Ogos 2009

kerana ku sayang padamu....


wajah nini motmot berubah... wajah fairuz bliza juga... mereka baru je dapat phone call dari wan.. wan ada bagitau berita sedih..
"lillah.. orang tau semangat lillah kuat... tapi ni bukan main-main.."pujuk fairuz..

"ee.. degil la cikmot ni.."nini mengomel..

lillah tersenyum menyakat..
"eh apa pegang-pegang ni... tepi-tepi, nak pergi amik air nak lap badan dia.."lillah menolak nini dan fairuz ke tepi.

***

"lillah.. dia ni kene kuarantin.. dia ni suspek H1N1.. lillah...."pujuk fairuz..

"fairuz pergi kelas.. lillah takde kelas.. pergi cepat..biar lillah jaga dia.."selamba lillah membalas.. wajah fairuz stress.. maap fairuz...


"takmo pegi kelas!"tiba-tiba fairuz menjadi serius.. puas dia cakap baik-baik tapi lillah taknak dengar..


"pergi kelas!!! lillah tak suka orang ponteng kelas! pergi la.....!!!"balas lillah.


*pergaduhan kecil tercetus~ tak ganas pun.. pergaduhan yang diselangi gelak ketawa dan usikan manja je..*

kawan kami yang sakit tu semakin panas badannya.. puas lillah mengelap badannya dengan kain basah.. kain tu pulak jadi panas.. dua kali dia muntah.. badan pun dah lembik tak bermaya..
fairuz belikan lillah topeng 'mask' untuk keselamatan lillah.. makasih ya fairuz.. sekarang rasa macam dalam lab pulak..

bila kawan yang sakit tu bergerak sedikit lillah mesti akan terus menerpa kepada kawan yang sakit tu dan meletakkan tangan ke leher dan pipinya.. huh, check suhu... kemudian lap dengan kain basah... (lillah asyik lupa je nak pakai topeng tu..)

kemudian fairuz akan memakaikan topeng ke muka lillah... fairuz pandai urut.. bila asma resah gelisah nak muntah.. fairuz akan urut asma.. asma akan lega sikit... kemudian tidur semula...

~~ kasih sayang ~~~


sesekali air mata asma keluar ke pipi..
lillah akan lap dengan jari...
"Asma kuat...."bisik lillah..

malam tadi badan dia panas sangat-sangat..
"bila nak baik ni?"suara Asma perlahan.. air mata mengalir ke telinga..
lillah mengesat air mata dia lagi.. kemudian mengelap badan dia dengan kain basah..
"sabar ya Asma.. masa sakit ni Allah ampunkan dosa-dosa.. masa sakit ni malaikat datang menziarahi.. masa sakit ni doa termakbul... sabar ya Asma..."pujuk lillah..
Asma kemudian terlena..

Pagi tadi Asma dah ke pusat kesihatan ditemani wan.. disebabkan pusat kesihatan penuh, doktor suruh Asma dikuarantin di bilik hostel.. esok lillah, wan, fairuz dan nini nak bawa asma ke hospital besar... tapi esok wan dan fairuz ada kelas.. so biar lillah dan nini ke hospital...

zaidi pun dah tak berapa sihat.. zaidi = mantan PPMUSM 08/09

hm...

sambil jaga asma sambil buat kerja.. ada hikmahnya lillah ter'sangkut' di USM sedangkan lillah sepatutnya berada di selangor sekarang... Alhamdulillah... Allah lebih tahu di mana lillah diperlukan, di situlah lillah akn ditempatkan..

esok nak ke hospital... semoga Asma sembuh.. semoga zaidi sembuh.. semoga sahabat-sahabatku sembuh... ydp dan nydp dah plan nak buat solat hajat untuk sahabat-sahabat kita ni... kita sama-sama berdoa untuk mereka..

rasa terharu dengan wan.. sebab sangat concern dengan sahabat2..
rasa terharu dengan ucapan semangat dan doa yang sahabat-sahabat lain kirimkan melalui sms..
:'-)

terasa bertambah sayang pada sahabat-sahabat... moga ukhwah yang kita jalinkan ini tak luntur dek ujian dan tarbiah Allah.. moga ukhwah ini akan menjadi seerat simpulan yang takkan terlerai... kita mengharung badai atas nama kasih insan bersaudara.. semoga cinta kita dalam redha Ilahi...

Selasa, 4 Ogos 2009

wahai jiwa yang muda....

Kebangsawanan....

Hartawan....

Rupawan....

Hanyalah nilaian kita....

Sesungguhnya..

Kekayaan pada lapangnya hati...

Rupawan pada indahnya budi....

Bangsawan pada kerendahan diri yang sering sujud di telapak Ilahi....

Bila pilihan kerana agama, kekal setia buat selamanya....

carilah insan yang sanggup mengasihimu sekalipun kau telah mati.....

kerana kubur itu sepi.....

sudikah dia mengirim doa buat diri yang telah tiada di sisinya?



gunakan kesempatan untuk kebaikan...

sebelum segala terlepas dari genggaman...

kelak menyesal nanti tak berkesudahan......



Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat...

PadaMu Allah ku mohon segalanya....

Isnin, 3 Ogos 2009

Generasi ke 11 - barisan pimpinan PPMUSM 09/10

Rahimie

YDP PPMUSM





khalilah

NYDP1

(dakwah tarbiyyah)





husnil

Timbalan NYDP1

(dakwah & tarbiyyah)





iszuwan

NYDP2

(ukhwah-akademik-kebajikan)





Ayuni

Setiausaha Agung





Intan

Setiausaha Organisasi







Qayyum

Bendahari





Abel
Timbalan bendahari







Farid

Setiausaha Eksekutif

jaringan hubungan (networking)



Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM)

adalah gerakan pelajar yang serius bertujuan menyedia dan mengupayakan mahasiswa agar mampu berfungsi di dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama PPMUSM terlibat dalam proses islah (perbaiki) masyarakat akar umbi..



PPMUSM adalah wadah untuk KITA berkhidmat dalam masyarakat.

Di sini kita akan menerima sesuatu yang beharga..

Dan apabila kita keluar dari kampus, menjadi kewajipan kita untuk memberi semula kepada masyarakat..



Perjuangan mahasiswa tidak seharusnya terhenti sebaik mereka meninggalkan kampus.

Kita mahu memastikan mahasiswa yang dilahirkan oleh PPMUSM akan terus mencurah bakti kepada masyarakat setelah meninggalkan kampus..



~ Dari Masyarakat.. Kepada Masyarakat.. ~

Ahad, 2 Ogos 2009

Pembubaran Majlis Tertinggi PPMUSM 08/09


Saiful
ex-YDP


Zaidi
ex-NYDP1
(dakwah tarbiyyah)

lillah
ex-NYDP2
(ukhwah-akademik-kebajikan)


Wahida
ex-Setiausaha Agung


Fairuz
ex-Setiausaha Organisasi


Farhana
ex-bendahari


Asma
ex-timbalan bendahari



Din
ex-Setiausaha Eksekutif
jaringan hubungan (networking)


petikan ucapan dasar:
Sedar atau tidak, sebenarnya PPMUSM telah melangkah ke usia 10 tahun setelah dilahirkan semula di bumi USM ini. Sorotan sejarah menceritakan kepada kita banyak gerakan-gerakan Islam kecundang di usia ini. Seharusnya pada usia sebegini PPMUSM telah bersedia untuk melihat kembali kepada matlamat PPMUSM dalam usaha "Mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa ke arah memartabatkan identiti serta maruah masyarakat seterusnya menjadi pelapis dan pembela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah"......

..... PPMUSM juga seharusnya mengembalikan fungsinya yang sebenar sebagai wadah terbaik dalam menjadi jambatan penghubung antara mahasiswa dan masyarakat. Selari dengan slogan yang selalu diwarwarkan oleh PPMUSM "Dari Masyarakat Kepada Masyarakat'.

Rabu, 29 Julai 2009

.semuanya kerana cinta... agar kalian tahu manisnya bercinta...

malam yang sejuk.. nota kuliah yang perlu dihadam.. katalog yang perlu disiapkan.. dan ini sudah masuk minggu ke empat saya membiasakan diri menjadi student yang bekerja sambil berbakti pada masyarakat... terasa bergerak ke utara selatan timur barat seperti bergerak ke dewan kuliah.. berulang alik... badan mula terasa lenguh dan letih.. tapi bila melihat tanggungjawab yang ada... Ya Allah.. makin lama makin banyak.... selagi boleh cuba mengelak apa saja alasan yang menerjah ke minda.. no excuse lillah...


meninggalkan rumah yang fully air cond, air panas.. tilam empuk... mungkin suatu pengorbanan kot.. entahlah.. tak sakit sangat pun... masih boleh tahan..

tiada sesiapa memaksa... tiada tajaan sesiapa... sambil bekerja sambil mengintai realiti umat hari ini... (mak no komen, sebab belanja sendri tanggung... tu yang best bila kerja ni... hepi!)

kemudian bermalam beberapa malam di rumah yang serba kekurangan, bumbung bocor.. jambannya macam 'reban'.. mandi dalam gelap... still masih tak sakit sangat... masih boleh tahan~ selalunya anak orang senang akan gagal dalam ujian ni...


tetapi apa yang menyakitkan ialah apabila melihat wajah-wajah suci yang tak mengerti duduk dalam termangu-mangu, miskin imannya, kosong jiwanya... hanyut hidupnya... melihatkan anak bangsa sendiri merelakan diri terus dijajah mindanya.. di asak dengan tahap kemalasan yang kritikal.... inilah yang membuatkan hati bagai dicucuk sembilu...

bagaimanakah harus ku lakukan agar mentaliti mereka ini dapat ku ubah?

bila terkenangkan anak-anak yang ramai ini..
hilang rasa penat..
hilang rasa jemu..

Ya Allah...
aku hidup memegang janji selaku hambaMu..
bahawa perjuangan mendidik manusia ini adalah amanah buat ku...
kerana itu yang Kau mahukan, aku terima dengan gembira...

dan akan sampai masanya aku menghadapMu..
ku harap...

dengan sedikit pengorbanan yang aku lakukan ini akan membakar semangat ribuan jiwa yang lain... yang akan meneruskan perjuangan ini...
hadirkanlah aku kekuatan itu ya Allah... Engkaulah yang Berkuasa....

nota : gambar2 anak-anak di Manila... mereka juga manusia....

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula


cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala


semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan


terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan



cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cintakan saudara
hanya sementara
suburkan dengan ketakwaan..

Ahad, 26 Julai 2009

tips untuk pendidik yang mahu mendidik... ;-)


1. Penerangan Yang Jelas.

Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?

b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?

c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.

d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.


2. Ganjaran.

Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan
secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya.

Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.
Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain.

Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.


3. Tetapkan Matlamat.

Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.


4. Ambil Berat.

Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka.

Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar.

Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab.

Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan.

Sentiasa tanya apa matlamat mereka?
Apa perancangan mereka?
Sejauh mana progres mereka?
Apa minat mereka?
Apa kerjaya pilihan mereka?

Dan sebagainya.

“Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka”.

Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk dari semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini dengan semua pelajar.



5. Penglibatan Pelajar.

Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan.

Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan.

Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya.


6. Penuhi Keperluan Pelajar.

Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih.

Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang ide.


7. Lebihkan Pembelajaran Visual.

Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut.

Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.


8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.

Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan.

Jangan malu untuk mempelbagaikan watak,

gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan.


Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun yang akan datang.

Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.


9. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik.

Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya.

Tanam dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’.

Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya ramai pelajar percaya bahawa ‘Kimia itu susah’.


10. Terima Pelajar Seadanya.

Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk.

Disinilah berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang.

Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya
dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini.

Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja
maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya.

Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.


Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku.

Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar.

Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda?



11. Berikan Kata Perangsang

Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar.


12. Amalkan Prinsip ‘3F’ – iaitu ‘Firm’, ‘Fair’ dam ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama, dan Mesra.


sumber asal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D ;-)

catatan : praktikkan tips yang ada ni dalam train staf-staf, junior2, anak-anak usrah, anak didik yang ramai ni... mereka semua adalah pelaburan di dunia untuk saham akhirat yang abadi..

Sabtu, 25 Julai 2009

lintah darat ke? pisau cukur ke? dracula ke?????


gelap pekat... pejam celik sama saje, still tak nampak apa-apa.. saya dan kawan saya terus bersembang sebelum kami terlena.. suara dia semakin perlahan. susah nak dengar maka saya merapatkan telinga ke kepalanya.. tiba-tiba lampu di luar bilik terbuka. saya dapat lihat wajah kawan saya ni.. rasanya dia menangis tadi ketika dalam gelap.. saya buat tak perasan dengan air yang sedikit bertakung di hujung matanya..

harapkan pagar, pagar makan padi
pisau cukur..
lintah darat...
hmmm
apa lagi gelaran yang sesuai untuk manusia yang sanggup mengambil kesempatan terhadap anak-anak yatim dan ibu tunggal?

Dracula kot yg paling sesuai.....


berat mata saya memandang.. berat lagi bahu yang memikul...
Kalau kita tak mampu nak menyenangkan orang lain, janganlah kita menyusahkan pula...
Kalau tak kerana yakin dengan syurga neraka, memang boleh gila dibuatnya...

takpa, manusia tak tahu tapi Allah tahu.. Allah tahu....
wahai manusia, buatlah sesuka hatimu, Allah akan mengadili setiap satu dengan seadil-adilnya...

I will not surrender!!!
neither give up!!!!!!!
Allah ada dan akan membela orang yang ikhlas untuk Dia!

Bekorban jiwa raga
ya Allah... :'-(
berilah perlindungan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini..
Selamatkanlah iman kami... selamatkanlah anak-anak kami... selamatkanlah harta kami..
hanya kepadaMu tempat kami bergantung harap...


Pengajaran buat diriku...
saya memandang wajah kawan saya yang dah terlena...
saya kena kuat supaya dapat beri dia semangat...
kami kene kuat!

Menjadi mujahid menjadikan kita tidak punya masa rehat dan bersenang-senang..
Kerana kita meyakini kehadiran kita didunia ini untuk menjadi Khalifah yang memimpin dan Hamba yang sujud dan bersyukur...

Ya Allah.. izinkanlah diriku mati sebagai pembela golongan yang teraniaya.. pelindung kepada anak-anak yatim dan pendidik yang mengajar manusia mengenalMu...

Rabu, 22 Julai 2009

you complete me... jazakillah... :'-)

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete

dearest little sisters... keep on seeking... :)


You'll find it in the strangest places


on the way to UTP Perak...



sunset..

Places you never knew it could be



our special lovely make over ' kelambu' :p


Some find it in the face of their children


dearie abel with her - - - -??? hoho


Some find it in their lover's eyes


motmot.... (tuan blog secebis luahan seindah kata)


Who can deny the joy it brings


bliza....
(tuan blog strive for Mardhotillah)

When you've found that special thing
You're flying without wings

kurin... (tuan blog Man aNa???)


Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives

kak mas...


present for the bride groom... beli dgn kurin.. :) hehe



You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

saya bersama adik kepada kawan baik saya..


You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life


kurin trying to absorb the aura.. haha


And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings


masa ni kurin takda.. so ada 3 je ahli geng comot ni.. ish3


So, impossible as they may seem
You've got to fight for every dream

bonet my blue baby yang penuh dengan buah rambutan & jagung... dusun ayah angkat di Padang serai sdg berbuah sakan...



sampai je di rumah saya, si baby yang berbulu ni pulak menyiasat...


Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete


friendship divide our sorrow & multiplies our joys..


Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face


saya ke kenduri di rumah kak mas .. siap angkut ibu angkat, adik angkat dan ayah angkat ke kenduri tu... huhu.. sepanjang jalan ditemani kurin sayang....

my ibu angkat & adik angkat...


To know that I can say I love you
In any given time or place


my ibu angkat & ayah angkat.. sweet couple :D


It's little things that only I know
Those are the things that make you mine

kereta tu kene towing... another mesej ialah :
lillah... jangan asik nak bawa 140km/j...ish3

And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without wings

ke UTP terserempak dgn org2 yg nak ke dewan utama sbb nak tgk musabaqah final... kurin teruja dgn keindahan UTP :)







And you're the place my life begins
And you'll be where it ends


reunion usrah 'kuarga comot'.... alhamdulillah :)


I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

masalah adalah kembar kehidupan.. adakalanya kita di atas dan adakalanya kita dibawaha.. kita takkan mampu gembira, ceria 24 jam walaupun kita ni jenis happy go lucky.. bak kata kurin
"sekarang ni terasa mudah mungkin sebab dikelilingi sahabat yang supportive.."


lillah menambah
"betul.. pada saat kita berada dalam keadaan motivasi 20%, 40%.. sahabat tu kadang-kadang boleh naikkan motivasi kita kepada 100%.. "

bukan mudah mencari sahabat yang boleh dipercayai.. yang jujur dan amanah.. yang mementingkan kepentingan sahabatnya melebihi dirinya.. yang boleh terus sama-sama seiring sejalan dengan kita dalam memajukan diri.. memperbaiki diri.. kekal istiqamah..

kita mungkin berbeza.. dari segi sejarah hidup, cara hidup, perspektif dan pandangan.. perbezaan bukanlah satu kekurangan atau kelemahan sebaliknya merupakan satu kelebihan yang membolehkan kita terus menerus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik... kita perlu tahu kelebihan sahabat-sahabat kita untuk kita meletakkan mereka di tempat yang paling sesuai.. insya'Allah bila mereka di situ, kelebihan yang ada pada diri mereka dapat di optimumkan.. :)
kita perlu tahu kelemahan sahabat kita supaya kita dapat 'back up' mereka.. support mereka.. bantu mereka..

ibarat mangga dan kunci.. bentuknya berbeza.. tetapi saling melengkapi... :)

sahabat-sahabatku sekalian.. kepadamu teman, kupohon sokongan, pengorbanan dan pengertian… Sungguh persahabatan kerana Allah (Ukhwahfillah) itu indah..Ya Allah, aku menyayangi sahabat-sahabatku ini seperti aku menyayangi diriku sendiri namun aku tak mampu menyayanginya seperti Engkau menyayanginya. Engkau sayangilah mereka kerana Engkaulah sebaik-baik penyayang. Kepada Mu Allah, ku pohon kekuatan, ketabahan dan pertolongan… Amin Ya Rabbal A’lamin





Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....