Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

Isnin, 13 Julai 2009

sulaman kasih berbenang perjuangan... :)

mata dah tak boleh nak buka.. ngantuk tahap maksimum.. semalam drive sampai pukul 2malam dari selangor.. keesokkannya pula pukul 8pagi dah bertolak ke UTP.. selepas selesai misi di pagi hari, bersambung ke misi petang.. ke sabak bernam pula.. ngantuk.... zzz

bila mengintai ke cermin tengah, la... diorang dah tidur..huhu..
nasib baik mak cu tak tidur.. dia la yang bersembang supaya driver (saya la) ni tak tidur..

setelah selesai misi di petang hari.... ternyata mata sudah gagal menahan dari tertutup..
"nak pergi tepi laut..."pujuk saya.

"nak nasi lemak.. nasi lemak yang kita pernah makan dulu di tepi laut..."sambung saya lagi..

ish3.. mata ngantuk tapi boleh lagi nak makan.. masa tu ternampak sign board Bagan Nakhoda omar.. serta merta teringat zaman kanak-kanak dulu makan nasi lemak di tepi pantai.

"tak da nasi lemak la petang-petang ni.."sampuk mak cu.

kami semua dah solat jamak taqdim kecuali makcu.. so... singgahla di tepi laut.. makcu pergi solat asar sementara saya dan romlah, berkelah di atas batu..


"bahagianya...!" romlah happy..
hehe.. suka tengok dia happy.. tenangnya rasa melihat laut yang luas seolah tak bertepi.. ada ikan belacak melompat-lompat.. ada belangkas.. ada ular air.. ada ikan buntal yang mati.. burung-burung... subhanallah...

sungguh Allah Maha Bijaksana.. Dia menciptakan alam yang sangat indah ni... kombinasi warna awan, laut, pokok bakau, batu.. cukup harmoni warnanya...
damainya rasa..

selepas solat asar, makcu datang kepada kami bersama mak.. lepas makan, kami meneruskan misi di malam hari.. mak pulak drive.. sebab bateri saya dah habis (tertidur)..

sedar-sedar je dah pukul 1 malam di atas katil.. bangun tidur, mandi, solat dan baca buku yang dibawa dari rumah.. kisah Mariam ibu nabi Isa a.s.. (tajuk buku : wanita syurga & wanita neraka)

kemudian hampir pukul 4pagi, tertidur di ruang tamu bersama buku .. bila terjaga sudah pukul 5.30pagi.. emak sedang duduk di sebelah saya sambil bertelekung(dia sedang tunggu azan subuh)..

bermulalah hari seterusnya..

ni contoh salah satu produk yang bakal menjadi bisnes kami.. tempahan sulam online... ada lagi beberapa produk lain.. sekarang ni semuanya masih dalam proses..

walaupun penat berniaga ni, tapi rasa puas sebab dengan cara ni dapat mengaplikasikan pendekatan 'berdakwah dan berniaga bergerak seiring'.. saya tak tahu bagaimana caranya seseorang itu kalau nak pergi berdakwah tanpa dia ada duit untuk support dakwah dia.. tapi ada kan orang yang macam tu..

mencari rezeki yang halal itu kewajipan.. dalam hidup ni, hubungan dengan Allah kene sentiasa dijaga.. barulah hidup berkat..
saya berharap dengan saya bekerja ni, dapatlah saya membolehkan diri saya istiqamah di medan dakwah ni... amin...

Hayati firman Allah yang bermaksud:

Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(al-Talaq: 3).

Umar al-Khattab ada menyebut:
"Aku hendak mati ketika jihad fisabilillah dan kalau tidak dapat, aku mahu mati ketika sedang berniaga".

Ahad, 1 Mac 2009

krisis ekonomi

PASARAN saham dunia yang tampak berkembang baik tiba-tiba mengalami keadaan turun naik akhir-akhir ini. Para pengamat dan penganalisis ekonomi mengaitkannya dengan hal yang ‘tidak beres’ di Amerika Syarikat, yang menampung sepertiga ekonomi dunia.
Selain sebab-sebab spekulasi, kejatuhan pasaran juga dikaitkan dengan teguran bekas ketua Bank Simpanan Federal Amerika (Fed), Alan Greenspan, bahawa Amerika di ambang kemelesetan.

Bagaimanapun, penggantinya, Ben Bernanke, membantah dengan hujah bahawa asas-asas ekonomi Amerika masih kukuh. Sejak itu, bursa pulih semula.
Pada bulan Februari ini lalu berlaku lagi kejatuhan pasaran saham, bermula di New York (NYSE), yang juga pasaran saham terbesar dunia. Ia ekoran daripada pendedahan mengenai bayaran perumahan yang tertunda kerana ramai pemilik rumah Amerika didapati tidak mampu. Difahamkan bayaran tertunda tersebut mencapai hampir AS$2 trilion.

Apakah benar ekonomi Amerika kian tenat?
Amerika kini memang menghadapi kurangan (defisit) dagangan yang besar dengan seluruh dunia. Sepanjang dua tahun, imbangan dagangan tersebut berada di paras negatif, iaitu AS$1.5 trilion. Pada tahun lalu, nilai eksport Amerika ialah AS$1.44 trilion, berbanding import AS$2.2 trilion, iaitu defisit AS$763.6 bilion.

Angka ini merupakan tambahan AS$46.9 bilion berbanding defisit pada 2005. Akibat kekurangan yang besar itu, Amerika telah menjual aset dan meminjam.
Kedudukan pelaburan antarabangsa bersih (NIIP) merupakan alat yang digunakan oleh Biro Analisis Ekonomi Amerika untuk menilai secara menyeluruh aset antarabangsa milik Amerika berbanding aset Amerika di tangan pihak asing.

Ternyata NIIP Amerika terus merosot. Antara 1986 dengan 1988, Amerika berubah menjadi negara pemiutang kepada negara penghutang. Sejak itu rekodnya tidak berubah, bahkan kian buruk, hujah Max Fraad Wolff, calon doktor falsafah Universiti Massachussets.
Amerika menikmati pendapatan bersih daripada aset asing yang besar. Oleh sebab itu, ia terlindung daripada kejatuhan nilai dolar dan kenaikan kadar faedah. Malah apabila dolar merosot, aset luar negara Amerika meningkat pula. Malah kejatuhan dolar menyebabkan tanggungan (hutang) Amerika merosot.

Import Amerika amat dikaitkan atau disepitkan dengan dolar Amerika. Bagaimanapun, eksport Amerika tidak pula demikian. Ertinya, rakan dagang Amerikalah yang lebih menanggung kesan daripada turun naik nilai dolar.

Menaikkan kadar faedah dan membiarkan kejatuhan dolar tidak begitu menjejas Amerika. Inilah yang menimbulkan keadaan tidak seimbang. Malah apa jua ramalan atau jangkaan ekonomi dunia sering tidak menepati sasaran.

Kini dolar mula susut nilainya. Dengan komitmen tentera Amerika di banyak bahagian dunia terutama Iraq dan Afghanistan, bayangkanlah tanggungannya. Defisit Amerika kini digantikan dengan pembelian bon perbendaharaannya oleh negara-negara yang mencatatkan lebihan dagangan yang besar, seperti China. Tidak hairanlah getaran kebimbangan bermula di bursa Shanghai.

Bagaimanapun, menurut para pengamat, selagi keuntungan aset seberang laut Amerika mengatasi aset asing yang dilaburkan di Amerika, keadaan belumlah tenat. Lagipun, tiga suku aset Amerika di luar negara bukan dalam nilai dolar. Ertinya, aset Amerika terus tumbuh sedangkan tanggungannya terus menguncup apabila dolarnya merosot.

Sejak dunia mengamalkan pertukaran yang terapung dan dolar menjadi tukaran utama, banyak modal ditanam atau dillaburdi Amerika. Di samping Amerika ‘licik dan pintar’ dalam promosi pelaburan dalam negerinya.

Terdapat beberapa penjelasan untuk menerangkan mengapakah aset Amerika di luar negara memberikan keuntungan besar. Antara lain, kedudukan istimewa Amerika sebagai penjamin kecairan dan pencetak mata wang sejagat. Jadi, Amerika boleh meminjam dengan kadar rendah tetapi memberi pinjaman dengan risiko rendah yang dikenakan pada hutangnya. Oleh hal yang demikian itu, Amerika semacam ‘banker’ kepada seluruh dunia. Penjelasan perinci boleh diperoleh daripada buku ‘From World Banker to World Venture Capitalist’ tulisan Piere-Olivier Gourinchas and Helene Rey.

Satu lagi penjelasan ialah Amerika merupakan pasaran terbesar dunia. Banyak syarikat asing beroperasi di Amerika untuk mendampingi pasaran ini. Selain sebab-sebab politik, firma asing menanam modal di Amerika untuk tujuan mendapatkan layanan istimewa dan memastikan kadar tukaran yang menguntungkan.

Bagaimanapun, tidak bermakna Amerika tidak akan karam. Dolar akan terus tertekan kerana pulangan negatif daripada asetnya, seperti dalam kes bayaran perumahan yang tertunda. Ia akan menjejas pemiutang asing dan menimbulkan risiko politik yang besar.
Hal ini menimbulkan persoalan besar kepada seluruh dunia - setakat mana dunia sanggup menawarkan ´subsidi´ kepada kuasa ekonomi ini. Sampai bila?

Sumber : Ihsan YADIM

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....