Selasa, 14 Ogos 2012

MEMALI : Kenangan Seorang Polis


Tamat membaca buku MEMALI ini. Buku yang penuh dengan penyesalan. Buku yang ditulis oleh seorang non partisan ini penuh pengajaran. Antaranya adalah :
1) Gila kuasa politik menyebabkan sistem keadilan buta.
2) Orang jahat yang cerdik selalu
nya selamat di dunia.
3) Jangan jadi anak derhaka walaupun diri sudah jadi tuan guru agama.
4) Pakai tangkal itu syirik.
5) Kita tidak ada hak mengkafirkan orang lain hanya kerana berbeza parti.
6) Jadilah hamba Allah dan bukannya hamba kepada pemimpin.

# Selain catatan pengalaman peribadi penulis, buku ini turut memuatkan kertas putih kerajaan 1986, ulasan video SB, kata-kata Yusuf Husin iaitu orang kuat Ibrahim Libya, kata-kata Tunku Abd Aziz iaitu mantan Timb Peng Transparency International & Penasihat Khas S.U.A PBB bagi Penubuhan Pejabat Etika PBB.

4 ulasan:

  1. Anak derhaka, guru agama? siapa yang jadi anak derhaka?
    siapa yang pakai tangkal

    BalasPadam
  2. Diceritakan kepada saya oleh seorang ustaz dari negeri mutiara. Katanya guru pondok tempatnya belajar pernah menyatakan bahawa mereka yang mati itu adalah disebabkan kezaliman pemerintah yang pada waktu itu mantan PM menjadi perdana menteri. Akibat dari ketamakan kuasa serta tidak mahu melihat dakyah Islam menjadi teras tunjang negara maka diciptalah suatu perkara untuk menhalalkan pembunuhan keatas Guru agama Ibrahim Libya dan pengikutnya. Mereka yang mati itu kebanyakkannya syahid apabila mayat yang diletakkan didalam bilik mayat darah mereka tidaklah beku. Beberapa ulama utara tanahair telah menyatakan bahawa mereka itu adalah Syahid disebabkan pendirian mereka terhadap agama Islam. Wallahualam....

    BalasPadam
  3. Saya akui saya belum baca buku tersebut, jadi saya tak boleh nak ulas lebih-lebih. tapi suka untuk saya sampaikan sepotong yang bermaksud "Fitnah itu tidur, Allah melaknat siapa yang mengejutnya"

    Mudah-mudahan kita sama-sama diberi petunjuk oleh-Nya.

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....