Jumaat, 10 Ogos 2012

Bekerja untuk dunia dan akhirat

Bukan orang yang sudah bekerja sahaja yang sibuk mencari dunia. Pelajar yang sibuk belajar dan abaikan usaha dakwah juga termasuk kategori ini. Tiada siapa suka dilabel sebagai pencinta dunia. Hakikatnya periksalah diri sendiri, apa yang kita asyik fikirkan siang dan malam. Cuba ingat semula apakah yang kita selalu ingatkan semasa sedang khayal dan hingga mengganggu kekhusyukan solat? Ingat semula.

Saya tidak berapa gemar melihat orang yang suka meminta-minta walaupun perbuatannya itu halal. Saya sangat suka melihat orang yang bekerja berhempas pulas dan kemudian membelanjakan hartanya untuk agama. Orang yang begini memang sangat menawan. Saya cemburu. Semoga orang-orang yang begitu menjadi contoh kepada orang lain. 



This dunya (world) is like a shadow- run after it and you will never be able to catch it, turn your back against it and it has no choice but to follow you.
Ibn al Qayyim

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....