Selasa, 7 Ogos 2012

Iftar Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin 2012

Setelah berbulan mendengar suara, membaca tulisan di facebook dan bekerjasama di alam maya.. akhirnya kami disatukan di malam Ramadhan yang mulia. Menjalin kasih di alam maya kerana mencari keredhaan Allah. Meskipun sebentar sahaja dapat bersua, semoga kita akan bertemu lagi di dalam program-program lain di masa depan. Halaqah Maya adalah platform. Beruntunglah mereka yang memanfaatkannya dan rugilah mereka yang mensia-siakannya. Selamat berbuka puasa :)
















 Sewaktu seorang pekerja katering hendak membungkus bubur dan sate, dia berkata "Cikgu, boleh saya bawa balik sikit bubur? Nak beri anak yatim di rumah pula makan. Anak-anak sini sudah tidak mahu bubur ini."

"Boleh..boleh.. Apa benar akak ada anak yatim?"

"Ya.. Sebab itulah saya tak boleh duduk dalam dewan. Saya teringatkan mereka di rumah. Rasa sebak sangat." kata dia.

"Kalau begitu, ambillah y
ang ini!" Saya menyerahkan sebuah kotak berisi barang-barang yang sama seperti barang yang sudah kami isi dalam beg hadiah untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.

"Berapa umurnya? Berapa orang?" Saya lihat ibu ini sudah mula menangis. Dikesatnya air mata ke bahunya.

Ada seorang yang tingkatan satu. Lagi dua orang terlupa pula berapa umur mereka.

Semasa si ibu sudah kembali ke lori mengemas barang-barang, saya memberi tiga angpau dan tiga beg hadiah. Duit angpau dan hadiah sudah disediakan lebih, jadi inshaallah bilangan berlebih.

Si ibu menangis bersungguh-sungguh kerana terharu. Saya memeluk beliau.
"Inshaallah ramai yang sayangkan anak-anak yatim....."pujuk saya dan terpaksa segera berlalu kerana sedang bertugas.










Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....