Sabtu, 30 April 2011

Memandang Biarlah daripada Hati.


Pagi yang indah... kerana sebaik celik sahaja mata dapat menatap mata Junior!  Si comel kesayangan yang sangat aktif dan gebu itu asyik 'purrrr' di atas tilam menyebabkan saya tidak dapat tidur. Bising! Saya terpaksa menunggu sehingga bunyi itu hilang (dia dah tidur), barulah saya boleh tidur. Apapun sangat seronok dapat bersama Junior di dalam selimut. :)

Demam saya sudah beransur pulih. Cuma tinggal batuk-batuk dan selsema sahaja yang tinggal. Semalam hari pertama kembali mengajar. Perasaan? Seperti biasalah senyum ke pipi. Esok pelajar-pelajar saya akan berada sepanjang hari di rumah saya, saya perlu fikir apa makanan istimewa untuk dijamu kepada mereka. :)

Hari ini saya ada tugasan istimewa iaitu mencari durian. Hm.. emak mahu masak bubur kacang durian. Semenjak kebelakangan ini, emak suka sangat masak bubur... (semasa saya demam, emak masak bubur udang kemudian bubur ayam)


Pagi ini bangun sahaja tidur, saya terbelek gambar-gambar sewaktu pergi ke India sebulan yang lepas. Hm.. Pelbagai kenangan bermain di fikiran. Di dalam hidup ini, saya berharap saya dapat menjejakkan kaki ke semua pelosok dunia, saya berharap Allah memberi keizinan kepada saya untuk mengembara bumi-Nya yang sangat luas. Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak yang kita dapat pelajari. Namun rasanya ada sahaja manusia yang masih tetap tidak dapat belajar walaupun jauh berjalan. Mengapa? Kerana mereka cuma mengukur sesuatu keindahan dan keburukan itu pada zahirnya sahaja...

Sesuatu perkara yang cantik itu tidak semestinya bagus dan sesuatu yang tidak cantik itu tidak semestinya buruk. Pandanglah dengan mata hati dan jangan cepat menghukum sebelum Allah menghukum. Seringkali manusia melihat kisah turun jatuh sesebuah kerajaan tetapi jarang manusia mengambil ibrah daripada kisah tersebut. Kebanyakkan mulut suka memberi komen manakala kebanyakkan hati pula turut melakukan perbuatan salah yang sama. Seringkali sesuatu kesilapan itu diulang-ulang dan dipanjang-panjangkan.

Pagi ini indah.. Mari kita perbaiki diri kita supaya lebih baik daripada semalam. Pandanglah dengan mata hati supaya kita menjadi hamba soleh yang cantik pada pandangan-Nya. :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....