Selasa, 5 April 2011

Alhamdulillah... Lovely day..

Malam tadi saya mengajar di Kundang. Terhibur dapat bertemu Nabila, Syahirah, Naim, Fikri dan Aniq. Balik kelas, pergi isi petrol dan isi angin tayar. Letih dan gembira, hasilnya puas! Alhamdulillah...
Selepas solat isyak, online sekejap dan terus masuk tidur.
Bangun pagi terkejut melihat ada puding roti dalam pengukus. Emak memasak puding ini malam tadi selepas saya tidur. Okey, saya nak hidangkan puding ini dan bawa sarapan ini ke bilik emak. Nampak sangat sedap!
Gorgeous! Subhanallah...
Nyummy! Bismillah.... Hantar kepada emak yang masih di  bilik. Emak tentu gembira melihat sarapan ini =D
Baby Junior terhidu bau susu daripada puding dan apalagi...bisinglah dia meminta puding...
Baby Junior tak boleh makan puding, nanti cirit! Baby Junior boleh minum susu ini sahaja..... 


Ada khasiat yang inshaaallah  mencukupi untuk Baby Junior membesar dengan sihat dan cerdas!


Sementara menunggu susunya siap, Baby Junior melepaskan geram di kon miliknya ini...

Terlebih letak air panas dalam susu Baby Junior, jadi terpaksa disejukkan dalam peti ais... Yang dibelakang tu lauk pauk yang dibeku khas untuk nenek saya.. Setiap kali kami memasak, kami akan bekukan 1 bekas untuk nenek.. So, nenek cuma perlu panaskan semula sahaja.. Minggu depan mak nak balik kampung, jadi lauk-pauk ni akan dihantar ke sana... Dengan cara ni, apa yang kami masak, dapatlah nenek juga menikmatinya.. =D
Akhirnya susu dia siap.... Happy dia..

p/s : Beberapa hari ini saya terfikir untuk menyambung pengajian. Sebenarnya sudah sibuk dengan bekerja dan aktiviti dakwah. Tetapi hati ini terasa ingin kembali mendapatkan kelebihan menjadi pelajar semula. Saya rindu mahu meminjam buku di perpustakaan dan rindu untuk menyemak jurnal.

Pagi tadi selepas membaca Al-Quran, sambung pula membaca majalah SOLUSI bil 29.. Topik rumah tangga. Saya tertarik dengan beberapa ayat lalu saya copy paste di facebook.




Semoga Allah memberi yang terbaik untukku. Masih ada 24 hari untuk berfikir. =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....