
Kenyataan Akhbar
Merujuk kepada peningkatan kes buang bayi, bunuh, bunuh diri, rogol dan zina yang berlaku di dalam negara, UNGGAS menegaskan bahawa penyebaran video lucah versi tempatan dan luar negara melalui web dan telefon bimbit adalah antara punca utamanya.




Video lucah tempatan jarang-jarang dijual melalui vcd atau dvd. Jika ada pun jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ia tidak praktikal kerana lazimnya video-video lucah tempatan ini adalah video rakaman sendiri menggunakan kamera telefon bimbit dan kualiti rakamannya tidak sesuai untuk ditonton melalui vcd. Video-video lucah ini biasanya ditonton melalui internet atau telefon bimbit.


Tiada satu kedai pun yang dibenarkan menjual dengan harga kurang daripada rm300 walaupun mereka mampu untuk menjual dengan harga itu. Oleh kerana telefon jenis ini dijual dihampir kesemua kedai telefon bimbit dan harga tawar-menawarnya dikawal, maka para peniaga mesti memikirkan bagaimana untuk menarik minat orang ramai supaya membeli China Mobile daripada kedai mereka. Kerana hanya memikirkan keuntungan, para peniaga ini sanggup mengambil kesempatan diatas keruntuhan moral para belia kita. Video-video lucah tempatan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di Malaysia dijadikan bahan promosi untuk melariskan jualan telefon bimbit mereka. Caranya, setiap telefon ini akan ditawarkan secara pakej dengan video lucah percuma beserta memori kad 1 atau 2 Gb. Mereka hanya akan menawarkan promosi ini kepada pelanggan yang dilihat ‘berpotensi’ sahaja. Jika mereka melihat pelanggan tidak berminat pada video lucah, mereka akan menawarkan lagu-lagu dan ringtone sebagai ganti. Para peniaga ini juga tidak segan-silu menjemput pembeli untuk membeli video-video yang baru setelah video percuma yang diberikan itu puas ditonton. Jika video yang ditawarkan oleh peniaga sudah ada dalam koleksi pembeli, maka pembeli terbabit boleh menukarkannya kepada video yang lain.

Kegilaan membeli video lucah dikedai telefon bimbit ini dilihat sudah mancapai satu tahap yang serius. Boleh dikatakan ia telah menjadi satu industry kecil. Para peniaga akan mengumpulkan seberapa banyak video lucah tempatan dari internet dan mereka juga sanggup membeli video lucah buatan sendiri atau ‘skodeng’ yang terbaru daripada pelanggan untuk dijadikan koleksi berharga yang boleh dijual kembali. Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakkan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah dan individu dewasa yang mungkin mempunyai keupayaan terbatas untuk memuat turun video ini daripada internet.

Merujuk kepada laporan ini, kami telah membuat laporan polis terhadap pasar raya – pasar raya yang membenarkan kegiatan penjualan video lucah ini berlaku di premis-premis jualan telefon bimbit mereka. Diharapkan dengan tindakan ini, pihak berwajib akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membendung permasalahan ini dengan bersungguh-sungguh. Kami juga menyeru NGO-NGO lain dan pimpinan-pimpinan masyarakat agar terus menerus melancarkan kempen membendung permasalahan video lucah ini dan mendesak pihak kerajaan agar bertindak lebih agresif dalam kontek penggubalan dan perlaksanaan undang-undang terutamanya undang-undang kawalan bahan lucah diinternet dan telefon bimbit dalam menyelesaikan permasalahan moral ini.
Nurfitri amir muhammad, 6 Mac 2010
Koordinator,
Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
P.Pinang
Ya Allah... peliharalah diri kami dan keluarga kami dari azab api neraka.. Peliharalah sahabat-sahabat kami dan kaum kerabat mereka dari api neraka.. Peliharalah umat Islam ini dari kemurkaan Mu.. Berilah hidayah kepada kami.. Ampunilah dosa-dosa kami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)