Sabtu, 6 Mac 2010

kalimah bisu


Menyimpan sesuatu yang tidak dapat diluahkan memang sukar dan menyakitkan. Alhamdulillah Allah sentiasa ada untuk menjadi pendengar setia, pemujuk hati dan penawar duka.. Bertuah sungguh mereka yang memiliki cinta kepada Allah... setiap kali ujian melanda, dianggap bonus sebagai asbab untuk menangis setiap kali bermunajat padaNya.. setiap kali ujian melanda hingga tidak mampu melelapkan mata, terasa itulah saat-saat indah untuk bermunajat mendekatkan diri padaNya..

Ada kalanya kita kehilangan kata-kata... sudah tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Buntu. Toleh kiri, kanan, depan dan belakang tetap tidak nampak jalan keluar. Akhirnya hanya air mata yang berbicara. hanya kalimah 'Astagfirullah' yang terluah...

Tidak mengapa... Allah mampu membaca hatimu meskipun kamu tidak berkata-kata..


Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib,


tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja;


dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut;


dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya,


dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi


dan tidak gugur yang basah dan yang kering,


melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.


(al-an'am :59)

Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

2 ulasan:

  1. subhanaALLAH..

    Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

    BalasPadam
  2. syukran jazilan.. ske bca yg neh.. =)

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....