Memaparkan catatan dengan label biro remaja PPMUSM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biro remaja PPMUSM. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2010

300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas



KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.


Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.
“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.

sumber: Bharian


Nota saya :
Adakalanya kita sebagai 'pendakwah' teringin untuk berehat seketika.. Teringin untuk bercuti sekejap.. teringin untuk menjalani kehidupan biasa seperti kebanyakkan orang lain..

Tetapi terfikir pula, musuh-musuh Islam tidak pernah berehat, tidak pernah bercuti dan tidak pernah menjalani kehidupan yang biasa-biasa...

Maka hilang segala rasa penat dan rasa jemu. Segala yang susah menjadi senang dan segala yang berat terasa ringan.

Semoga dengan usaha kita mentarbiyah anak orang lain, Allah akan memelihara anak-anak keturunan kita.. Moga kemanisan iman yang kita rasai ini dapatlah turut dirasai anak-anak kita.. Amin Ya Mujib...


Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Isnin, 8 Mac 2010

video lucah panas!




Kenyataan Akhbar

Merujuk kepada peningkatan kes buang bayi, bunuh, bunuh diri, rogol dan zina yang berlaku di dalam negara, UNGGAS menegaskan bahawa penyebaran video lucah versi tempatan dan luar negara melalui web dan telefon bimbit adalah antara punca utamanya. Hasil daripada turun lapangan dan penyelidikan yang telah dijalankan, sebuah laporan bertajuk ‘Situasi Terkini Penyebaran Video Lucah Tempatan Melalui Internet dan Telefon Bimbit’ telah dihasilkan dan dihantar kepada Menteri yang bertanggungjawab di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dan Jabatan Perdana Menteri. Antara lain, kandungan laporan berkenaan adalah; punca lambakan video lucah tempatan, jenis-jenis lambakan video lucah tempatan, bagaimana video-video ini tersebar di internet dan kedai-kedai telefon bimbit selain kedai-kedai cd/dvd, jual beli video lucah tempatan, kesan permasalahan ini kepada masyarakat dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan.

Video lucah tempatan jarang-jarang dijual melalui vcd atau dvd. Jika ada pun jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ia tidak praktikal kerana lazimnya video-video lucah tempatan ini adalah video rakaman sendiri menggunakan kamera telefon bimbit dan kualiti rakamannya tidak sesuai untuk ditonton melalui vcd. Video-video lucah ini biasanya ditonton melalui internet atau telefon bimbit. Oleh itu, selain video-video yang diedarkan melalui internet wujud pula perkhidmatan menjual video-video ini secara ‘softcopy’ dikedai-kedai telefon bimbit dan kedai-kedai yang menawarkan ‘ringtones’, muzik dan permainan untuk telefon bimbit. Bawa sahaja telefon yang mempunyai aplikasi video beserta dengan memori kad, dengan RM30, momori kad (1 atau 2 Gigabite) akan diisi penuh dengan video-video lucah. Penyebaran video lucah melalui telefon bimbit telah lama berlaku dalam masyarakat, namun ada fenomena baru yang dicipta oleh telefon-telefon yang disebut sebagai China Mobile yang merupakan telefon import yang dihasilkan di China dengan meniru beberapa ciri yang ada pada telefon bimbit jenama yang terkenal. Harga yang dipamerkan dikedai-kedai untuk telefon jenis ini adalah diantara rm400 hingga rm450.
Tiada satu kedai pun yang dibenarkan menjual dengan harga kurang daripada rm300 walaupun mereka mampu untuk menjual dengan harga itu. Oleh kerana telefon jenis ini dijual dihampir kesemua kedai telefon bimbit dan harga tawar-menawarnya dikawal, maka para peniaga mesti memikirkan bagaimana untuk menarik minat orang ramai supaya membeli China Mobile daripada kedai mereka. Kerana hanya memikirkan keuntungan, para peniaga ini sanggup mengambil kesempatan diatas keruntuhan moral para belia kita. Video-video lucah tempatan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di Malaysia dijadikan bahan promosi untuk melariskan jualan telefon bimbit mereka. Caranya, setiap telefon ini akan ditawarkan secara pakej dengan video lucah percuma beserta memori kad 1 atau 2 Gb. Mereka hanya akan menawarkan promosi ini kepada pelanggan yang dilihat ‘berpotensi’ sahaja. Jika mereka melihat pelanggan tidak berminat pada video lucah, mereka akan menawarkan lagu-lagu dan ringtone sebagai ganti. Para peniaga ini juga tidak segan-silu menjemput pembeli untuk membeli video-video yang baru setelah video percuma yang diberikan itu puas ditonton. Jika video yang ditawarkan oleh peniaga sudah ada dalam koleksi pembeli, maka pembeli terbabit boleh menukarkannya kepada video yang lain.

Kegilaan membeli video lucah dikedai telefon bimbit ini dilihat sudah mancapai satu tahap yang serius. Boleh dikatakan ia telah menjadi satu industry kecil. Para peniaga akan mengumpulkan seberapa banyak video lucah tempatan dari internet dan mereka juga sanggup membeli video lucah buatan sendiri atau ‘skodeng’ yang terbaru daripada pelanggan untuk dijadikan koleksi berharga yang boleh dijual kembali. Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakkan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah dan individu dewasa yang mungkin mempunyai keupayaan terbatas untuk memuat turun video ini daripada internet.

Merujuk kepada laporan ini, kami telah membuat laporan polis terhadap pasar raya – pasar raya yang membenarkan kegiatan penjualan video lucah ini berlaku di premis-premis jualan telefon bimbit mereka. Diharapkan dengan tindakan ini, pihak berwajib akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk membendung permasalahan ini dengan bersungguh-sungguh. Kami juga menyeru NGO-NGO lain dan pimpinan-pimpinan masyarakat agar terus menerus melancarkan kempen membendung permasalahan video lucah ini dan mendesak pihak kerajaan agar bertindak lebih agresif dalam kontek penggubalan dan perlaksanaan undang-undang terutamanya undang-undang kawalan bahan lucah diinternet dan telefon bimbit dalam menyelesaikan permasalahan moral ini.

Nurfitri amir muhammad, 6 Mac 2010

Koordinator,

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
P.Pinang

Ya Allah... peliharalah diri kami dan keluarga kami dari azab api neraka.. Peliharalah sahabat-sahabat kami dan kaum kerabat mereka dari api neraka.. Peliharalah umat Islam ini dari kemurkaan Mu.. Berilah hidayah kepada kami.. Ampunilah dosa-dosa kami...

Isnin, 5 Januari 2009

kemana hilangnya maruah & agama remaja ISLAM?


Tajuk Diskusi : Kemana Hilangnya Maruah dan Agama Remaja Islam.

Tempat : Surau Dewan Budaya USM Pulau Pinang.

Masa : Khamis, 8 Januari 2009 bersamaan 11 Muharram 1430H.

Waktu : 5.15 petang - 9.00 malam.

Sasaran : Terbuka kepada semua warga PPM USM.

Anjuran : Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM).

Tentatif:
5.45ptg-maghrib : diskusi bersama saudari Siti Hazneza (senior PPMUSM/penulis)

maghrib-isyak : iftar, solat maghrib, solat hajat utk saudara di Palestin, solat isyak


Wahai sahabat2ku...

keadaan umat kita pada hari ini yang sedang kritikal dengan pelbagai isu dan masalah seharusnya menyedarkan kita kepentingan dan keperluan kerja dakwah ini...

Ingatlah bahawa umat Islam seumpama satu badan,

sekiranya satu anggota sakit, maka seluruh badan akan terasa sakitnya...

Seandainya ada yang berpendapat bahawa kerja dakwah ini adalah kerja ulama sahaja,

ingatlah bahawa Islam ada hak yang wajib kita tunaikan iaitu memelihara kesucian agama ini.

Sejauh mana kita telah mempergunakan segala ruang & peluang yg ada utk memelihara Islam?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Etika Aktivis Lapangan

* Berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kecekapan serta berkualiti.

* Menguasai medan dan memahami kelompok sasaran dan isu dengan mendalam.

* Menggerakkan usaha perubahan dengan hikmah dan ketegasan dengan menggunakan kepelbagaian mekanisme dakwah (perubahan).

* Menggerakkan inisiatif perubahan dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu melakukan pengorbanan.


Ahad, 4 Januari 2009

remaja megah berzina


Assignmen untuk ahli biro Remaja PPMUSM Arahan: Baca artikel berita di bawah dan buat ulasan berdasarkan:
  1. punca permasalahan
  2. tindakan yang boleh dimainkan oleh mahasiswa
sila hantar ke email akak selewat-lewatnya 11Januari 2009 sebelum asar..
panjang ulasan minimum 1ms, font times new roman, font size 11, spacing 1.5

adik2 boleh membuat rujukan di http://www.urusetialandas.blogspot.com/
terima kasih adik2ku..
~NYDP 2 PPMUSM @ pemantau Biro REMAJA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20090103222222/Article
KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda. Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman. Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun. Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu. Ikuti pengakuan mereka yang ditemu bual FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN.

  • MIRA, 15, dari Johor

    “PERTAMA kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya ialah teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali lagi bersama teman lelaki juga.

    Sejak itu, seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya mula bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali gus.

    Apabila sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong puaskan tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang baru sehari kenal.

    Rumah dan hotel antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 20 lelaki menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih, saya cari lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar bersama rakan, cari lelaki yang boleh jadi mangsa.

    Malah, saya buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang saya lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk teman lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan Jumaat pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.

    Cuma Isnin saya berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya diketahui keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas dan bekerja. Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah, pasti kegiatan saya mudah terbongkar.

    Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.

    Siapa yang masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini masih dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut menggadaikan tubuh.

    Bagi yang enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan seks dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu trend di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit dipandang hebat.

    Sikap cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak kira lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna kerana mudah dapat ‘awek’ seperti saya.

    Saya kini ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama lima lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan kini saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan bebas saya bersama rakan.”



  • NANI, 16, dari Kuala Lumpur

    “SAYA mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.

    Apabila ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.

    Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.

    Malah pernah saya pelawa seorang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.

    Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.

    Saya cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya dua minggu lalu.”



  • ANIS, 15, dari Negeri Sembilan

    “SAYA mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya kerana pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula kenal syabu. Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan mengikuti perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak beramai-ramai dan bila mabuk, kami melakukan seks.

    Siang saya sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah bekerja di kedai makan dengan gaji RM60 sehari. Duit ini saya beli syabu yang dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur dua ke tiga hari.

    Pernah saya tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu saya bekerja di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi setiap hari. Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan) motosikal.

    Ramai rakan sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara tidak penting lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada dara akan diperlekehkan.”



  • SARAH, 15, dari Selangor

    “TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?

    Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.

    Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.

    Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan seorang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.

    Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.

    Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”



  • NIZA, 16, dari Pahang

    “SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.

    Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.

    Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.

    Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).

    Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung.”
  • Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....