Isnin, 16 November 2009

jodoh ~

serius lillah tulis notes ni sebab kak marina waiting for it.. tah bape kali delete pastu tulis smula..
[ekceli ramai lg yg sama2 waiting... tau2 ja :p]

aritu ada gi dinner dgn seorang makcik.patutnya mak ikut sekali tapi disebabkn mak kepenatan, lillah kuarla dengan makcik pakcik ni.. makcik ni promot lillah sambung master.. yg lillah pulak pegi switch topik yg lebih best,,,

subjek jowdowh~ ha... best3.. :D

discuz ttg jodoh ni sepahit kopi... hum..


ada 3 points yg sama dgn points my mother ...
that i would love to share with others..

1.suka kah... x suka... sukaaaaaaaaaaa.. taknakkk..... nakkk

kita TIDAK mendapat sesuatu or seseorang tu sebab kita suka kat dia.. atau sebab kita nak kat dia.. atau sebab kita rasa mcm serasi ngan dia.. ada chemistry.. atau sebab kita rasa kita perlukan dia.. atau sebab kita rasa inilah yg terbaik utk kita..atau kadang rasa mcm dah jodoh kot [baru teka je ni.. tak de bukti itulah jodoh slagi x nikah]...

TIDAKKK!! Tidak SAMA SEKALI...

kita mendapat sesuatu tu sebab.. ...
Allah nak yg macam tu..
so kita wajib berusaha utk dapat sesuatu.. but.. after all hardwork, the result in HIS hands..kita cuma bole doa & tawakal...

kadang yang kita taknak tu datang... dan semakin datang... arghh.. lari2 jauh pun sampai penat tapi yang tu jugala yang datang.. benci kan bila pekara camni blaku.. kita pun mula la main hide & seek {nyorok-nyorok.. konon2 tak rasa apa2.. padahal sakit nya Allah ja yg tau kan..}

perkara yg paling kita takut berlaku itulah yang kadang berlaku... mimpi ngeri jadi kenyataan.. frust~ sedih.. kecewa.. [jgn sampai ke tahap gila.. bahaya]

kenapa ni semua blaku? kenapa?
sebab....
Allah nak yang macam tu..

jadik doa2 la lepas solat..

Ya Allah.. kalau seseorang itu atau sesuatu perkara itu baik untukku, dekat2kanlah nya padaku.. kalau seseorang itu atau sesuatu perkara itu tak baik untukku, jauh-jauhkanlah nya dariku...
andai ketentuan itu telah Kau tetapkan padaku, redhakanlah hatiku menerimanya.. gembirakanlah hatiku menerimanya.. bantuhilah aku untuk memanfaatkannya dgn baik spt yg Kau cintai...

[ekceli ni potong2 ngan ayat dari doa istikarah la..]

2. di penghujung kepahitan pasti ada kemanisan... sabar... then? sabar... then? sabar... dan besabarla...sabar....

kalau kita rasa perit nya apa yg kita tanggung sekarang ni... ingat2lah yang semua yg ada di alam ini tak kekal.. suma ada 'in the end'... temasukla masalah hidup..cuma kita tak tau bila due date masalah hidup tu.. slagi tu kita kene berdepan dengannya... sama da kita take it sambil nangis2 atau sambil senyum2, masalah tu tetap centu..

dan Allah pun bgtau dlm Quran yg dunia ni ujian... sure la masalah tu kembar hidup.. so kalau nak tensen2 ka, nak stres2 ka, salurkan emosi tu ke arah yg baik..

camana? pergila menolong orang len.. bagi nasihat kat org len.. pergi buat bakti free tanpa gaji.. pergi la buat baik.. apa2 ja asalkn yg baik..

nape? sebab jiwa kita resah bukan sebab masalah.. masalah besar bumi ka, sun ka, moon ka, x kisah.. jiwa kita resah bila jauh dari Allah.. kita rasa sepi semacam.. rasa x selamat.. rasa terancam.. rasa jantung mcm laju ja.. rasa busan.. rasa mcm nak kacau2 sana sini... semua tu sebab kita sedang mencari... Allah...

nak Allah kenela buat apa yg Allah suka..

pecayala, korang [bukan yg di tag ni..haha] tak kisah pun being single ni.. korang hepi2 ja.. yg korang resah2 ialah sebab korang beharap after being not single, ada orang yg akan CARE pd korang... kan..
[tipu la kalau x ngaku]

back to basic... only ALLAH who cares about u...

** penerangan : fitrah manusia mahukan dirinya dilindungi, disayangi & di ambil berat.. sedangkan walaupun sudah berpasangan, belum pasti anda akan dapat kesemua yang anda harapkan itu... maka kembalilah kepada Allah, mengharapkan Allah sebagai pelindung dan satu2nya tempat meluahkan rasa cinta...


3. kahwin la kamu dengan org yang mahukan kamu.. bukan yang kamu mahu... [ini seandainya anda tersangkut dalam dilema.. stuck! ]

ayat yg mudah difahami ialah jangan menunggu buah yang tak gugur..

kalau org tu dah kata 'i taknak kamu'.. dah la.. carik je yg len.. toksah paksa2 dia..
atau dia kata 'sampai sini je.tak de harapan dah.' tak payah la u all nak seksa 2 diri menunggu kot2 dia berubah hati ka...

kan tadi kat atas kita dah doa supya minta yg x baik dijauhkan dari kta... then lepas kita doa supaya yg x baik dijauhkan, kita pegi kejar balik.. memangla tak dapat2.. pastu kita yang frust.. [bukan kta.. mereka..]

berdiri depan cermin.. cuba kita lihat apa salah kita? bahagian mana tentang diri kita yg perlu kita baiki.. adakah kta terlalu sombog? atau terlalu baran? atau terlalu cuai? atau terlalu selfish? atau suka mendesak? atau terlalu selekeh?

then cuba kta tanya pada members kta yg jujur kenal kita.. suruh diorang komen tentang kita.. apa weakness kita..

then kita kumpulkan senarai kelemahan kita tu.. dan kita buat satu penilaian..

**okeh, sekarang bayangkan konon2.... [tutup mata suma]
kononnya kita ni jejaka [bg perempuan] atau wanita [bg lelaki]..
adakah kita sudi nak berkahwin dengan diri kita yang tersenarai sekian -,-,-, weakness???

sudikah kamu mengahwini diri kamu sendiri yang panas baran, yang mulut laser, yang cepat putus asa, yg malas, yang penakut, yang sombong, yang takut susah, yang -------

sudikah kamu???

jika kamu pun tak sudi, apatah lagi mereka...

perbaikilah diri kita... tak perlu jadi secomel kucing bernama comel.. cukuplah sekadar menyejukkan hati yang hampir, menenangkan mata yang memandang.. melapangkan jiwa yg sempit..

okeh.. abis dah notes ini.. bahasa agak kasar la.. hm.. sila baca dgn lemah lembut ya...

p/s: sape yg ken tag ni.. mmg bertuah tu sbb petanda lillah ingat kat kome... :D

[to kak marina :
ini memang bukan gaya lillah menulis.. tp sebab nak dedicate pd akak, lillah telah study blog akak..hehe.. cuba memahami gaya bahasa kesantaian akak.. ;) [i luv ur article betajuk optimum.. sgt2 booster! ]

7 ulasan:

  1. Salam Lillah... Terima kasih atas perkongsian nie... mmg kena batang hidung la huhuhu :'-)
    thanks again..

    Allah
    Ya Rabi
    I don't need no one else
    My one and only
    The only one I call
    When all hope is gone
    (D-clique lyric)

    BalasPadam
  2. wslm...
    alhamdulillah..
    mmg ramai yg tekena batang idung.. huhu

    :-)

    moga ketemu apa yg dicari... amin~

    BalasPadam
  3. hal ini membuakan diri ini tertanya ~ siapakah si dia itu?? ~

    hal ini membuatkan diri ini berfikir
    ~ mampukah aku?? ~

    hal ini membuatkan diri ini terfikir
    ~ ada ke yg sudi untuk diri ini?? ~

    hal ini menyakitkan dalam diam tetapi memberi satu hrpan untuk kcapi bahagia di dunia dan akhirat..

    Jodoh itu rahsia ALLAH ~ DIA lebih MENGETAHUINYAA... =')

    BalasPadam
  4. mmg sgt2 rahsia.. apa yg penting x kisahla jodoh kita tu siapa, just give our best to him.. sebab dia akan jadi kunci syurga kita... [nikah = amanah = tanggungjawab = akan disoal di akhirat = kalau x laksana amanah nanti Allah marah]

    BalasPadam
  5. [nikah = amanah = tanggungjawab = akan disoal di akhirat = kalau x laksana amanah nanti Allah marah]
    ....benar kata2 lillah ni...kalau difikirkan balik sebenarnya jodoh itu adalah dari kita sendiri yang mencari cuma ianya telah ditakdirkan semasa di Luh Mahfuz lagi...ia jua terkandung dalam takdir yang boleh berubah...jadi kalau kita cari maka takdir itu berubah...penetapan sesuatu itu hanya pada Yang Esa...maka pintalah selalu yang terbaik untuk agama,diri dan keluarga....bila kecewa usahlah mengatakan salah takdir atau menyalahkan diri...tetapi sebenrnya Maha Esa belum pelkenankan perkara itu...maka usah kecewa...tetaplah pada Jalan Allah....kelak akan bahagia dunia akhirat...CINTA LEPAS KAWIN pun tak mengapa tiada salahnya...cuma yang penting carilah YANG BERAGAMA (bukan sekadar agama ISLAM shj) tapi "masuklah islam secara keseluruhannya"....

    BalasPadam
  6. dalam mencari teman hidup ni, macam mencari permata di celahan kaca...

    adakalanya kita terluka semasa mengutip kaca-kaca yang bertabur itu..

    namun di situlah baru kita sedar bahawa bahagia yg dicari dlm sebuah perkahwinan bukanlah terletak pada permata yg dicari sahaja..

    tetapi terletak juga pada tangan yg sedang memilih itu...

    maka...
    jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada manusia untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu...

    wallahualam

    p/s: tepanjang la pulak komen ni

    BalasPadam
  7. Hi!
    You may probably be very curious to know how one can manage to receive high yields on investments.
    There is no initial capital needed.
    You may begin to get income with a sum that usually is spent
    on daily food, that's 20-100 dollars.
    I have been participating in one project for several years,
    and I'll be glad to let you know my secrets at my blog.

    Please visit my pages and send me private message to get the info.

    P.S. I earn 1000-2000 per daily now.

    http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....