Ahad, 28 September 2008

..malam yang bermakna..

Sahabat.. kau sesugguhnya temanku dikala suka dan duka.Tika ku buntu diselubungi sendu kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman..

Malam tu kami bertiga (k.wa, fairuz & lillah) stay di CG.. CG lengang, ramai dah balik beraya.. Roomet lillah dah balik so lillah bercadang nak stay di CG. menghargai malam last sebelum kami berpisah.. (sempat lillah & fairuz mengupas buku Apa Ertinya Saya Seorang Islam oleh Fathi Yakan)

Ya Allah, redhailah ukhwah yang kami bina.. peliharalah ukhwah ini..
*k.wa = setiausaha agung PPM
*fairuz = setiausha organisasi PPM
*lillah = ;-) apa yer??

Malam tu fairuz tak sihat..k.wa pula kepenatan..lillah? tak berapa stabil sebab dah beberapa malam tidur tak cukup sebab buat lab report dan assignment.. Biasanya malam-malam begini ada meeting..meeting..meeting.. (meeting =usrah ahli PPM, tu cara sampaikan tarbiyah dlm PPM yang ada pelbagai lapisan masyarakat). tapi malam ni cuti sekejap..Dan pada jam 11malam lebih baru kami sedar handphone fairuz tercicir di masjid.(tadi berbuka puasa di masjid). Bahaya anak2 dara keluar malam-malam..masjid tu agak jauh. dan nak ke sana jalan agak gelap. Entah kenapa masa tu bila call brothers ppm minta tolong, semua tak dapat..
At last kami gagahkan diri pergi ke masjid. (Tak tunggu siang sebab esok,awal2 pagi fairuz kene bertolak balik )
Alhamdulillah..jumpa!! :-D sebgai tanda syukur, fairuz nak blanja kami makan..kami pun keluar lah ke gerai seberang jalan. Sambil tu berdiskusi topik isteri yang dizalimi.hm..perempuan bila masuk bab ni memang emosional. Allah tu adil dan lebih mngetahui. tak ada pun sesuatu yang ditentukan sia-sia. Hatta sehelai daun yang jatuh pun ada hikmahnya. Iman kita tidaklah seteguh Asiah.. Asiah wanita solehah.. isteri Firaun,sezalim-zalim manusia. Asiah berkahwin dengan Firaun demi menyelamatkan ibu bapanya dari terbunuh. Akhirnya Asiah mati di tangan Firaun sndiri..Megapa lelaki zalim ini mendapat isteri semulia ini? Barangkali krn pada zaman itu hanya iman Asiah yang mampu tetap teguh di tangan lelaki ini.. barangkali jika wanita lain di tempat Asiah, mungkin iman mereka dah hancur lebur mengenangkan penderitaan zahir batin yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat. Allah Maha Adil..Dan di syurga nanti Rasulullah saw,sebaik-baik lelaki akn ada 4 org isteri (wanita terbaik dunia) 1.Khadijah 2.Aisyah 3.Asiah 4.Mariam ibu Isa a.s

Pengajarannya.. sebagai seorang isteri, memang kita mengharapkan lelaki yg baik yang dapat memimpin ke syurga but if God give us the other side, it doesn't mean peluang untuk kita still jadi penghulu bidadari di syurga tertutup.. barangkali melalui suami yang sangat menguji kesabaran itulah kunci ke syurga.. Redha dengan sgala ketentuan Allah.. cukuplah Allah sebagai cinta hakiki :'-)

BAgai tak percaya masa kami balik ke USM, pintu pagar dah tutup..berkunci..pondok pakgat gelap.. "Rilek..rileks.. kita bertenang, fikirkan apa nak buat.."ucap Fairuz. (dia kata masa ni dia macam tak percaya yang kami terkurung luar pagar )
K.Wa mula cemas..lillah dengan k.wa mula bising-bising (cemas, panik, takut)..
tangan lillah masuk celah pagar..perasaan macam dikurung dalam penjara, cuma kami di luar pagar USM.
"Jom kita pusing ke pagar depan KHALEEL."cadang fairuz. K.wa tak mau sebab jauh sangat. k.wa nak pnjat pagar. Fairuz tak mau sebab kesian kan lillah. (K.wa pakai seluar,T-Shirt dan tudung 3 segi : Fairuz pakai baju kurung & tudung 3 segi : lillah pakai jubah & tudung labuh~seluar )
SEmua pakai seluar panjang so kami pun panjat pagar.K.wa naik dulu. then lillah. TApi masa di tengah-tengah pagar, lillah tersangkut. takut.. :'-( K.wa dan fairuz panik dan mula bising-bising. mereka terlompat-lompat dan berpusing-pusing, seorang di dalam pagar dan seorang di luar. Lillah akhirnya berjaya turun tapi sambil menangis tersedu-sedu.. menggigil.. (lama dah tak jadi tarzan..uhu..)
Last sekali fairuz pulak. "Nasib baik bukan lillah yang last naik, kalau tak mesti lillah tak akan panjat.."komen fairuz.
"Dah selamat adikku.."pujuk kak Wa. Semangat betul lillah menangis masa tu,sekarang bila teringat rasa nak ketawa .. :-D
bila lillah dah stabil..hehe..asyik gelak aje. "Mantap lah training MT muslimat kita, panjat pagar USM tu.."lillah membuat ulasan.
"A'ah, MT muslimin pun tak pernah buat.."balas Fairuz.
Sepanjang jalan k.wa, fairuz dan lillah bersembang macam-macm termasuk tentang plan lepas grad nanti (Insya'Allah next year..)
Kami sampai di bilik akhirnya dengan selamat. Fairuz dah sihat.. Dia happy sangat. "Malam ni banyak sangat yang orang dapat..yang Allah tunjukkan hikmahnya.. orang syukur sangat.."
K.wa pula tulis status YM "never forget this moment"
lillah pula tulis status YM ''yes..never"

Di sini kita bertemu mencari redha Ilahi.. di sini kita menagih redha Ilahi.. Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli.lembutmu bukan hiasan bukan juga kebanggaan. Di sebalik tabir dirimu, di sebalik lembut wajahmu, ada rahsia agung itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi, berpegang pada janji mengabdikan diri...Mereka ni dah banyak bekorban untuk org2 lain..especially untuk anak-anak buah kami yang ramai.. (training jadi ibu mithali.)

3 ulasan:

  1. Baca entry ni teringat masa zaman2 kt kampus dulu.. masa tgh smgt dgn pkataan2 'jamaah', 'tarbiyah', harakah,'tanzim', 'qiyadah' etc.. hehe..

    Skrg ni, bntuk organisasi berbeza, maka vocab yg dgunakan pun berbeza.

    buku haraki ptama yg sy abis baca dulu 'Madza Ya'ni' la.. Smpai jd fanatik gile dgn buku ni.. hehe

    Baru ni, sy djemput utk bg training utk prog GAMIS. sronok gak berinteraksi dgn 'budak2' pimpinan kampus ni.. best.. sbb guna balik buku2 fathi yakan, mustafa masyhur, said hawa etc, dan promote manhaj ikhwan yg terkini..

    Teringat zaman dulu2.. Dok kt luar ni tension.. byk stress, byk prob, byk pkr kna pk.. cabaran lg besar..

    BalasPadam
  2. alhamdulilah...inilah coretan yang paling best :P . Malam itu adalah yg paling bermakna dalam hidup kita..insyaALLAH. sampai bercucu tkkan orng lupakan insyaALLAH.

    USM lihatlah..pagar kau sudah kami tawan...
    lepas ni apa plak ek...

    ppm ohh ppm... hehe

    BalasPadam
  3. salam alaik...
    wah! hebat2 belaka adik2 akak. huhu...rindu suma.
    moga terus cekal & bersemangat!!
    _zati3zamry_

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....