Khamis, 17 April 2008

untukmu teman, bajailah hidupmu.. sirami hatimu dgn ketakwaan dlm mencari keredhaan Allah..

Adakah iman itu dapat ditanam pada hati yg tidak digembur?

adakah amal kebaikan itu dapat tumbuh daripada jiwa yang tidak subur? sahabat2ku..

saya amat2 berharap kalian mengerti.. mengertilah sahabt2ku.. megertilah bahawa

para Da’ei Muslim tidak akan mencapai kejayaan selama mereka belum bersifat “Rabbaniyyin”

Sesungguhnya banyak persoalan penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan

perkembangan dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu

sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan

mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan

‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan

dakwah itu sendiri. Selama belum tercapai interaksi antara Du’at dan Hidayah

yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi

penunjuk dan pembimbing orang lain.

Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan

apa-apa. OIeh sebab itu, hendaklah para Du’at memberi perhatian yang besar

kepada proses penggarapan; lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah

meningkatkan usaha-usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk

meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat

penghormatan dan orang yang mendidik manusia lain.

Sesungguhnya para Du’at dalam konteks menanggung beban perjuangan

untuk menegakkan kebenaran Allah swt dan menyebarkan

panji Allah swt bagi menegak negara Al Qur’an hendaklah

menginsafi hakikat yang fundamental ini. Hal ini telah pun disebut oleh salah

seorang pemimpin harakah semasa yang mendapat petunjuk dari Allah

swt. Beliau berpesan:

“Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia

akan terbina pula di tanahair saudara.”

Akhirnya marilah kita berdoa kepada Allah swt agar

memberi taufiq dalam amalan kita serta menganugerahkan keikhlasan dalam

mengerjakannya. Di samping itu kita sentiasa beramal dan istiqamah dalam

hidup.

Allah swt berfirman:

“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah swt, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian

akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah Subhahahu Wata’ala

menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”

(Surah Al-Taubah: Ayat 105)

Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah swt pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji

hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an

dengan firmanNya:

“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk

mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?

Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka

sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia

mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al Ankabut 1-3)

Di dalam hadith dinyatakan:

*“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,

kemudian orang yang paling baik selepas itu.”

*Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya

mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka

mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci

(marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.

Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan

perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan

sengsara.

*Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh

keghairahan syahwat.

Sahabat2ku..

Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei

tidak berada di bawah lindungan Allah swt, tidak berhubung

terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia

sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar.

Kerana saya kasihkan sahabat2 fillah yang seiring sejalan bersama..

malangnya saya tidak mampu menjadi penyelamat kepada diri sendiri apatah lagi sahabat2 lain.

saya menyerahkan sahabat2 kepada Allah swt semata2, kerana Dialah sebaik-baik pemelihara.

dekatilah Dia.. Peliharalah imanmu pada setiap tindakan yang kalian ingin ambil. sentiasa

berwaspada dan berhati-hati agar setiap sesuatu yang dilakukan hanya kerana Allah. jangan

digadai dirimu, setiap daripada kalian adalah harapan agama.. Kalian bertuah kerana Allah swt

sendiri memilih kalian utk berada di atas jalanNya dan bergerak bersama-sama mereka yang di

atas jalanNya.

Ketahuilah tentu kalian punya keistimewaan hinggakan hati-hati ini Allah pilih untuk bekerja

untukNya.. bukan sebarangan orang mampu memikul beban dakwah~ hanya mereka yang

terpilih yang mendapat petunjukNya sahaja mampu memikulnya..

Sahabat2ku yang dikasihi..

sesudah Allah memberi kemuliaan dan penghormatan yang besar ini kpd kalian, adakah kalian

ingin berpaling? Walau siapaun kalian sebelum ini, itu sudah menjadi sejarah.. bermula pada

detik ini, kalian adalah mata-mata rantai yang menyambung perjuangan.. bangkitlah sahabatku, kalian diperlukan...


Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....