Khamis, 3 April 2008

buat diriku yang sering lupa.. Wahai fisabilillah, mengertilah..


Marah, apabila marah itu krn Allah maka marah itu terpuji. Dan jika marah itu krn selainNya maka marah itu tercela. Orang mukmin itu marah krn Allah, bukan kerana dirinya. Dia marah krn menolong agamanya bukan menolong dirinya. Dia marah apabila suatu batas dari batas-batas Allah itu dilanggar sebagaimana harimau marah apabila orang-orang mengambil anaknya.

Maka tentulah Allah murka kerana marahnya dan redha kerana redhanya. Jangan kamu lahirkan kemarahan kerana Allah padahal itu kerana dirimu, maka kamu menjadi munafik.

Dan yang serupa dengan itu kerana sesuatu yang kerana Allah itu sempurna, kekal dan bertambah. Sedangkan sesuatu yang kerana selainNya itu berubah dan hilang. Apabila kamu melakukan perbuatan maka tergelincirlah hawa nafsu dan syaitanmu dari padanya.

Dan janganlah kamu melakukannya kecuali kerana Allah dan mengikuti perintahNya. Janganlah kamu melakukan sesuatu kecuali dengan perintah yang pasti dari Allah.

Adakalanya perantaraan syarak atau dengan ilham dari Allah kepada hatimu yang sesuai dengan syarak . zuhudlah kamu terhadap dirimu, makhluk dan dunia maka Dia akan melapangkan kamu dari makhluk.

Gemarlah berhibur dengan Allah dan merasa lapang dengan dekat kepadaNya. Tidak ada hiburan kecuali berhibur denganNya dan tidak ada kelapangan kecuali berlapang denganNya, setelah bersih dari kekeruhan-kekeruhan hawa nafsu dan wujudmu.

Jadilah kamu bersama kaum itu maka kamu menjadi kuat dengan sokongan mereka, berangan-anganlah dengan pandangan mereka dan Dia akan bangga denganmu sebagaimana Dia akan bangga dengan mereka. Raja bangga denganmu di kalangan seluruh hamba sahaya.

Bersihkanlah hatimu dari siapa sahaja selainNya kerana denganNya kamu melihat apa yang selainNya. Secara global, kamu melihatnya kemudian dengannya kamu melihat perbuatan-perbuatanNya pada makhlukNya sebagaimana tidak boleh masuk pada raja-raja dengan kotor lahirmu (pakaian dan badan).

Bagaimanakah kamu masuk kepada Raja dari seluruh raja-raja yang mana Dia itu adalah Allah dengan najis batinmu? Kamu bejana yang penuh dengan minyak yang keruh. Bagaimanakah Dia berbuat kepadamu?Baikilah apa yang ada padamu, bersihkanlah dan setelah itu masuk kepada raja-raja. Di dalam hatimu terdapat kemaksiatan-kemaksiatan, dan takut kepada makhluk , mengharap mereka , cinta dunia dan apa yang ada padanya.

Seluruhnya ini termasuk kotoran hati. Tidak ada pembicaraan sehingga nafsumu mati dan kamu dibawa ke pintu usungan kejujuranmu. Ketika itu tidak mengapa kamu menghadapi makhluk. Adapun selama disisimu terdapat wujud mereka dan kamu melihat mereka maka janganlah kamu hulurkan tanganmu kepada mereka sehingga mereka menerimanya. Tidak ada pembicaraan sehingga di sisimu terdapat kekaguman dengan dekat kepadaNya di mana itu menyebabkan kesibukan padamu dari mereka, penerimaan mereka terhadap tanganmu, pemberian dan pencegahan mereka, sanjungan dan celaan mereka.

Apabila taubat itu benar maka benarlah iman dan bertambah menurut ahli sunnah. Sesungguhnya iman itu bertambah dan berkurang. Bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Itu pada hak orang-orang awam. Adapun orang khawash maka iman mereka bertambah dengan keluarnya makhluk dari hati mereka, dan iman mereka berkurang dengan masuknya makhluk ke dalam hati mereka.

Iman itu bertambah dengan tenangnya mereka kepada Allah dan berkurang dengan tenangnya mereka kepada selainNya. Mereka bertawakal kepada Tuhan mereka, percaya dengan teguh kepadaNya. Mereka mengesakanNya dan tidak mensekutukanNya. Dan pada yang demikian itu mereka terkena ujian, kerana mereka mentauhidkan di dalam hati dan bergaul dengan makhluk di lahir. Apabila mereka dibodoh-bodohkan maka mereka tidak membodoh-bodohkan. Allah berfirman tentang mereka :

Maksudnya: “Dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang keselamatan.” (Al-Furqan 63)

Wajib atasmu diam dan santun terhadap kebodohan orang-orang bodoh, luapan naluri dan hawa nafsu mereka. Adapun apabila mereka melakukan kemaksiatan kepada Allah maka kamu tidak diam kerana itu diharamkan. Menjadilah perkataannya sebagai ibadah dan meninggalkannya menjadi maksiat. Apabila kamu mampu untuk amar makruf dan nahi mungkar, maka janganlah kamu melalaikannya, kerana itu pintu kebaikan yang telah terbuka dihadapanmu maka bersegeralah memasukinya.

Isa as. itu makan dari serangga padang pasir, minum dari air sungai, dan berlindung dalam gua-gua. Apabila tidur, beliau berbantal dengan batu atau hastanya. Orang mukmin melakukan demikian dan azam untuk bertemu dengan Tuhannya pada keadaan yang seperti ini meskipun dia mempunyai bahagian-bahagian di dunia di mana dunia itu datang kepadanya. Dengannya itu, maka samarlah lahiriahnya, sedangkan dia memenuhinya dengan jiwa dan hatinya bersama Allah dengan tahap yang pertama, di mana dia tidak berubah kerana apabila zuhud telah menetap di dalam hati maka datangnya dunia tidak merubahnya.

Orang mukmin seandainya mencintai dunia, penghuninya, kesenangan dan kelazatannya, di mana dia tidak sabar walau sekejap. Dia sibuk dengan dunia baik siang mahupun malamnya, dia tidak beribadah, tidak ingat dan tidak taat kepada Allah. Maka Allah perlihatkan kepadanya cacat-cacat dirinya lalu ia bertaubat dan menyesali atas keterlaluannya pada hari-hari yang lalu. Dan Dia perhatikan kepadaNya cacat-cacat dunia dengan jalan Al-Quran , as sunnah dan guru-guru. Maka datanglah kepadanya zuhud terhadap dunia. Setiap kali dia melihat cacatnya maka Dia perlihatkan cacat-cacat lain lalu dia mengetahui bahawa dunia itu rosak. Dunia itu umurnya sampai waktu yang sebentar sahaja. Kenikmatannya hilang dan kebaikannya berubah. Akhlaknya rakus, tangannya menyembelih, perkataannya berbisa, suka merasakan, suka mencerai, tidak mempunyai tempat kembali. Tidak mempunyai pokok dan janjinya tidak dipegangi. Seperti membangun di atas air maka dia tidak dapat mengambil tempat yang tetap dan tidak pula rumah kerana berbalik-baliknya air itu.

Kemudian dia meningkat setingkat, dan dia menjadi kuat lalu dia makrifat kepada Allah, lalu dia tidak juga mengambil akhirat sebagai tempat menetap hatinya tetapi dia menjadikan dekat kepada Tuhannya sebagai tempat menetapnya di dunia dan akhirat. Dimana dia membangun rumah di sana untuk sirr dan hatinya.

Ketika itu tidak membahayakan baginya ramainya dunia walaupun dia membina 1000 rumah, kerana dia membinanya untuk orang lain, bukan untuk dirinya. Dalam hal itu mengikuti perintah Allah dan sesuai dengan qadha dan qadarnya. Dia mendirikannya dalam rangka berkhidmat kepada makhluk dan melapangkan kesempitan mereka. Dia menyiapkan makanan dan minuman untuk mereka tetapi dia tidak memakan daripadanya sedikitpun. Dia mempunyai makanan khusus yang tidak ada orang lain yang ikut makan bersamanya. Maka dia menjadi berbuka ketika memakannya, dan menjadi berpuasa dan lapar ketika makan makanan lain.

Orang yang zuhud berpuasa dari makan dan minum sedangkan orang yang arif itu berpuasa tanpa diketahui. Dia lapar, tidak makan selain dari dengan doktornya. Penyakitnya jauh dan ubatnya dekat.

Puasa orang zuhud itu siang hari, sedang puasa orang arif itu siang dan malam. Dia tidak berbuka dari puasanya sehingga dia bertemu dengan Tuhannya. Orang yang arif itu puasa tahunan, selalu demam. Puasa tahunan dengan hatinya, demam dengan rahsianya, dan dia tahu bahawa sembuhnya itu dengan bertemu Tuhannya dan dekat kepadaNya.

Wahai anak, jika kamu menginginkan kemenangan maka keluarkanlah makhluk dari hatimu. Janganlah kamu takut kepada mereka, jangan mengharap mereka, jangan berhibur dengan mereka, jangan memenangkan diri kepada merka.

Larilah kamu dari seluruhnya dan jijiklah terhadap mereka seolah-olah mereka bangkai. Apabila hal itu telah betul bagimu ketika mengingati Allah dan gusar ketika mengingati selainNya…

Mengertilah..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....