‘Coretan Fisabilillah 1’
spak dari program dakwah orang asli 17-19 Feb di Kuala MU.. Kali pertama menjejakkan kaki ke kuala Mu. Ya Allah.. aku mencari manisnya imanmu.. rupa-rupanya ditengah hutan sana pada sisi mereka yang tidak mengerti kau campakkan ia untukku..
Assalammualaikum sahabat-sahabatku sekalian.. kepadamu teman, kupohon sokongan, pengorbanan dan pengertian… Sungguh persahabatan kerana Allah (Ukhwahfillah) itu indah..Ya Allah, aku menyayangi sahabat-sahabatku ini seperti aku menyayangi diriku sendiri namun aku tak mampu menyayanginya seperti Engkau menyayanginya. Engkau sayangilah mereka kerana Engkaulah sebaik-baik penyayang. Kepada Mu Allah, ku pohon kekuatan, ketabahan dan pertolongan… Amin Ya Rabbal A’lamin
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah, dan mengerjakan amal yang saleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri ? (Fushshilat:33)
Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (51;55)
Sabda Nabi saw :
Barangsiapa belajar seni pidato untuk mendapat sanjungan dari manusia maka ibadatnya sama ada yang fardu maupun yang sunat,tidak akan diterima pada hari Hisab.
Dan perintahkanlah kepada keluargamu(ummatmu) mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepada mu, (sebaliknya) Kamilah yang memberi rezeki kepada mu dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa. (20:132)
Banyak hadis yang memberitakan bahawa bila seseorang mengadu kepada Rasulullah saw mengenai kemiskinan, maka beliau membaca ayat (20:132) serta menasihatinya agar selalu bersolat. Ditegaskan bahawa sesuatu itu hendaklah diamalkan kerana beginilah cara dakwah yang lebih berjaya dan berkesan. Maka sebab itulah Rasulullah mengamalkan dulu apa yang mereka dakwahkan kepada orang lain. Dengan ini dapat menangkis andaian bahawa ajaran Islam memberatkan. Yang ciptakan kita ialah Allah swt. Yang buat peraturan untuk kita pun Allah swt. Dia dah tau dah apa yang kita mampu dan tak mampu. Kita je yang tak tau kita mampu jadi kita kata tak mampu…
Hai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang diberatkan (oleh Allah). (31:17)
Dalam ayat ini perkara-perkara yang paling penting bagi seorang Islam telah disebutkan, perkara-perkara ini boleh menjadi satu jalan bagi kemenangan orang-orang Islam. Tetapi nyatalah bahawa umat islam telah lalai. Tidaklah payah disebutkan tentang kelalaiannya mengenai dakwah kebenaran- solat pun sudah dilalaikan. Sedangkan solat adalah salah satu daripada rukun Islam. **Apa kualiti islam kita? Rukun Islam pun kita lupa-lupa. Apa beza kita dengan orang asli di tengah hutan sana yang islam kerana mengucap semata-mata?
Ada ramai manusia yang tidak solat sama sekali; yang solat pula tidak dikerjakan dengan tertib. Malahan orang-orang miskin sahajalah yang bersolat berjemaah di masjid; yang kaya berasa hina pergi bersolat berjemaah di masjid. Ya Allah! Ampunilah daku.. Keluhan ini hanyalah kuhadapkan semata-mata kepada Mu..
‘hai insan yang alpa! Kehinaan bagimu adalah kebanggaan bagiku.’
Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaktian, dan menyuruh (mereka berbuat) kebaikan, dan melarang (mereka) dari kemungkaran, dan mereka itu, ialah orang-orang yang mendapat kejayaan (sejati)..
(3:104)
Dalam ayat ini Allah swt dengan terang memerintah orang-orang Islam supaya mengadakan satu golongan yang akan mendakwahkan ajaran-ajaran agama Islam keseluruh dunia. Tetapi kita melihat orang-orang yang dikatakan orang Islam itu telah mencuaikan perintah ini. Sebaliknya orang-orang yang bukan islam sedang mendakwah ajaran-ajaran agamanya siang dan malam. Misalnya, para mubaligh agama Kristian telah disediakan untuk menyampaikan ajaran-ajaran agamanya di seluruh dunia. Adakah dikalangan orang-orang islam sebuah pertubuhan seumpama itu? Fikir dan carilah jawapan ini sebelum Allah menyoal kita di Hari Hisab nanti.
Kalau seorang individu ataupun satu golongan di antara yang dikatakan orang-orang Islam itu muncul untuk berdakwah ajaran-ajaran Islam maka timbullah bermacam-macam halangan dan rintangan yang tidak munasabah terhadapnya atau golongan itu. Bukanlah bantuan dan kerjasama yang hendak diberinya. Akibatnya, para mubaligh yang jujur lagi muklis itu berasa kecewa dan putus asa terhadap usaha-usaha mereka dalam bidang ini. Malahan, adalah kewajipan setiap orang yang benar-benar beragama Islam membantu mereka yang hendak menyampaikan ajaran-ajaran agama Islam serta memperkenalkan perubahan-perubahan di mana-mana yang perlu. Ya Allah…ampunilah daku dan teman-temanku… Perbaikilah diri kami…Sesungguhnya kami lemah dan jahil…
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah. (3:110)
Bahawasanya, orang-orang Islam adalah umat yang paling baik dari sekalian umat telah dibuktikan oleh hadis-hadis Rasulullah saw juga. Sudah kita katakan dahulu bahawa ada ayat-ayat Al Quran yang menguatkan maknanya ini. Ayat yang tersebut di atas inipun memberikan kehormatan ‘umat yang paling baik’ ke atas kita,syaratnya kita hendaklah menyampaikan ajaran Islam, menyeru umat ke jalan Allah serta menegah mereka dari berbuat maksiat.
Kerana tidak ada sesuatu dalam Islam yang dapat dipercayai tanpa iman.
- Allah raja sekalian raja yang kerajaannya seluruh langit dan bumi serta diantara duanya tapi kita masih mengharap pada makhluk.
- Malaikat ada di bahu kiri kanan kita mencatat amal perbuatan kita tapi kita dengan senang hati buat maksiat bila bersendirian
- Kita mencari sahabat yang sejati buat menemani susah duka kehidupan tetapi kita lupa dalam kubur nanti keseorangan juga sedangkan Al-Quran akan mendapat rohani dan jasmani yang dapat menemani, melindungi dan membela kita pada masa tu. Tapi adakah kita menjaga hati sahabat yang satu ni? Mahukah dia bersahabat dengan kita?
- Kita kata kita cintakan Rasulullah tapi kita tak tahu apa perkara yang menyebabkan baginda menangis dan tersenyum. Apa kualiti cinta kita yang melayakkan kita mendapat syafaat baginda sedangkan ramai lagi yang lebih mencintai baginda jiwa raga?
- Hari Akhirat nanti segala rahsia dan keaiban kita akan dipertontonkan kepada seluruh umat manusia tapi kita masih berani main menyorok-nyorok dari manusia.
- Apa perasaan seorang kekasih bila kekasih itu kata andai you rasa I tidak bermakna lagi, pergilah cari yang lain atau bila seorang ibu kata pada anaknya andai along rasa ibu tak layak untuk along, pergilah cari yang lain.. Allah pula kata andai engkau tidak menerima Qada’ dan Qadar ku, pergilah cari tuhan yang lain. Siapa kita dan siapa Dia? Bukankah dia yang menciptakan kita? Masih tak mencukupi ke kasih sayang Dia yang dengan sifat Rahman dan Rahim Nya kita masih di sini mendapat hidayah dariNya. Kita ni wujud pun tak lebih, tak wujud pun tak kurang. Percayalah… kita mati pun setakat sehari dua je orang ingat pada kita lepas tu pandai-pandailah kita walaupun masa tu dah tak boleh buat-buat pandai.
Oleh itu nyatalah bahawa umat islam mesti patuh kepada kewajipan menyampaikan kebenaran yang telah menjadikan mereka unggul dari lain-lain bangsa kalau tidak mereka tidak layak mendapat kehormatan lagi. Hendaklah diingatkan bahawa tidaklah memadai dengan mengerjakan kebajikan dan menjauhi kemaksiatan sekali sekala saja bahkan ‘amalan’ ini hendaklah diteruskan dan diamalkan pada setiap waktu higga kita dihadapkan kepada Allah. Ini bukan tugas sementara waktu. Ini tugas tetap. Anda mahasiswa ke, ex mahasiswa ke, ambil kos apa sekalipun, inilah profesion anda… Kita ditemu duga oleh Allah di alam rohani dulu(sebelum lahir).
‘Bermula dari alam rohani, kita berjanji pada Ilahi..hidup di dunia sbg hamba..menyembah Tuhan buat bekalan..Hari Kemudian..
Biarpun jalan beronak duri..Cubaan Tuhan silih berganti..Kerana iman tetap di hati.. Demi akhirat..Betapa berat..ditempuh jua..
Telah menjadi resam dunia..akan beruntung siapa yang leka..Iman termahal paling berharga..perlu bekorban mendapatkannya..Miskin dan kaya bukan ukuran..iman dan takwa nilaian Tuhan..Ganjaran syurga setia menanti.. Hidup di
Kepada Tuhan kupanjatkan doa..petunjuk jalan pada yang Esa..moga dipimpin dipelihara..Dunia akhirat bakal mendapat..hikmah berkat..’-Hijjaz-
Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar.(4:114)
Dalam ayat ini Allah telah berjanji balasan yang besar bagi mereka yang mendakwah kebenaran. Betapakah lagi besarnya balasan hormat yang dikatakan ‘besar’ oleh Allah swt .
Rasululullah saw bersabda :
v Ucapan seseorang itu mungkin menjadi satu dosa baginya kecuali perkataan-perkataan yang diucapkan selaku memberi perintah untuk membuat kebajikan dan menegah dari membuat kemaksiatan.
v ‘Maukah saya khabarkan satu kebajikan yang lebih bagus dari solat,puasa dan sedekah? ‘ Para sahabat menyahut: Tuan mestilah khabarkan kepada kami kebajikan itu, ya Rasulullah! Nabi menjawab: Damaikanlah antara sesama manusia kerana hasad dan dengki itu memusahkan amalan baik seseorang seperti sebilah pisau cukur membelah rambut.
Tersangatlah banyak lagi ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang menganjurkan perpaduan serta kasih sayang dan cinta mencintai. Apa yang nak ditegaskan disini ialah mendamaikan sengketa umat manusia adalah juga salah satu cara berdakwah ke jalan Allah dan menegah dari maksiat. Menganjurkan keamanan dan kasih mesra di kalangan masyarakat adalah kebaikan yang besar…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum... :)