Ahad, 25 November 2007

ReMaJa- amanah yg sering dipersiakan


Alam remaja merupakan alam yang penuh cabaran dan dugaan. Di mana ketika inilah remaja sedang membina identiti diri, mahu mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Jiwa remaja perlukan pengisian kerana di peringkat ini berlaku perkembangan paling subur.

Pada waktu inilah pendidikan dan ilmu pengetahuan mudah diterima dan manusia tercorak mengikut pendidikan yang diterima. Baik pendidikan yang diterima,baiklah hidupnya pada masa hadapan dan begitulah sebaliknya.

Sabda Rasulullah saw:
”di dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu baiklah manusia itu. Jika jahat, maka jahatlah dia. Ketahuilah itulah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Remaja perlu sedar, peluang hidup muda hendaklah direbut dengan memperbanyakkan amalan takwa iaitu memelihara diri sama ada zahir mahupun batin. Kata-kata ’muda hanya sekali’ tidak patut dijadikan pegangan remaja sebagai alasan melepaskan diri dari tanggungjawabsebagai hamba Allah. Sedangkan seorang manusia yang mahu hidup senang, sudah tentu sejak muda lagi dia berusaha, bercucuk tanam, berkebun, bekerja keras demi mencapai matlamat hidupnya. Kalau sudah tua baru hendak mula berusaha, tentulah sukar mencapai kesenangan.

Demikian juga untuk beribadah kepada Allah, hendaklah dari muda lagi kita melatih diri. Sebab ibadah yang dibuat s4emasa muda penuh kekuatan, kesegaran dan penghayatan yang tinggi.apabila tua, mudahlah dia meneruskannya kerana sudah terlatih sejak muda. Tetapi kalau sudah tua baru nak beribadah,waktu itu tentulah kesegaran dan kekuatan semakin hilang. Maka ibadah dibangunkan dengan jiwa yang lesu,semangat yang kendur dan hati yang sudah keras dicengkam oleh dosa-dosa.

Ibadah yang begini tidak akan mendatangkan kemanisan dalam hati, tidak membuahkan akhlak bahkan tidak menyelamatkan kita daripada kemurkaan Allah swt.

Ingatlah remaja bahawa muda sebenarnya dua kali. Kali pertama di dunia dan kali kedua di akhirat nanti.dunia remaja sebenarnya dunia penghuni syurga.
Rasulullah saw bersabda:
”sesiapa yang mati dari ahli syurga baik pada masa kecil ataupun sudah besar, semua masuk syurga menja orang muda buat selama-lamanya dan tidak bertambah, demikian pula ahli neraka.”
(Riwayat Tarmizi)

Namun sangat sedikit sekali mereka yang terselamat dari godaan hidup sewaktu remaja, kerana kecenderungan nafsu dan dunia serta pengaruh alam sekeliling yang sangat menarik remaja kepada maksiat dan mungkar. Dan sangat sedikit sekali remaja yang mahu menghiasi waktu mudanya dengan amal ibadah dan amalan soleh. Maka keran terdapat sebuah hadis yng berbunyi:
”Telah takjub Tuhamu dari seorang pemud yang tidak pincang fikirnnya.”
Diriwayatkan dari sebuah Hadis Qudsi, daripada Allah swt bahawasanya berkata: Wahai pemuda yang membelakangi syahwatnya keranaKu! Engkau di sisiKu sama tempat dengan setengah-setengah malaikatKu.

Umur muda ini sebenarnya adalah medan untuk meningkatkan amalan takwa. Masa inilah kita patut belajar dan praktikkan segala suruhan Allah swt. Ibadah perlu digilap dan diperhalusi supaya bila kita melangkah alam dewasa, jiwa kita sudah bersedia dengan iman dan takwa kepada Allah.

Sabda Rasulullah saw:
”rebutlah peluang lima sebelum lima; masa mudamu sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum masa papa dan masa hidup sebelum masa mati. ”

Ahad, 23 September 2007

YANG MENYELAMATKAN DARI AZAB KUBUR



Yang Menyelamatkan Dari Seksa Kubur

Sabda Nabi saw :
Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut untuk mengambil nyawanya, maka menjelmalah ketaatannya kepada kedua ibu bapanya, lalu menghalang malaikat maut itu daripadanya.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka menjelmalah zikrullah, lalu mengusir syaitan-syaitan itu daripadanya.
Aku melihat juga seorang dari umatku telah diseret oleh malaikat azab, maka menjelang sembahyangnya serta melepaskannya dari tangan mereka.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang berat, setiap kali dia datang ke sesuatu perigi, dia dihalang untuk meminum daripadanya, maka segera menjelang puasanya serta memberinya minum sehingga dia merasa puas.
Aku melihat juga dari umatku yang mengunjungi kumpulan para Nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya menunjuknya supaya duduk disisiku.
Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap gelita, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atas kepalanya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang dia dalam keadaan bingung, maka menjelmalah haji dan umrahnya, lalu mengeluarkannya dari suasana gelap gelita itu dan memasukkannya ke dalam suasana terang benderang.
Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada kaum mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu membalas bicaranya, maka menjelmalah silaturrahimnya maka menyeru orang-orang itu, katanya : Wahai kaum mukmini, sesungguhnya orang ini sangat suka membantu kaum kerabatnya, maka sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicara dengannya, mereka lalu bersalaman dengannya.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka menjelmalah sedekahnya lalu menabiri muka dan kepalanya dari api itu.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh malaikat Zabaniah ke merata tempat,maka menjelmalah amar makruf dan nahi mungkarnya seraya menyelamatkannya dari cengkaman mereka dan menyerahkannya pula kepada malaikat Rahmat.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekertinya seraya memimpinnya sehingga dibuka tabir tadi dan masuklah dia ke hadrat Allah Taala.
Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catitannya, maka menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah lalu menukarkan tujuan buku catitan itu ke arah kanan.
Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil, lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat pula.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahannam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawanya jauh dari tempat itu.
Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka menjelmalah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala, lalu menyelamatkannya dari api neraka itu.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti titian Sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang, seperti bergoncangnya dedaun yan ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya kepada Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangannya itu dan mudahlah dia meniti hingga ke hujung titian itu.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti di atas Sirat, kadangkala dia merangkak dan kadangkala dia meniarap, maka menjelmalah selawatnya ke atas diriku, lalu iapun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
Aku melihat juga seorang dari umatku sudah hampir tiba di pintu syurga, dan dengan sekonyong-konyongnya pintu ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya, sehingga dia boleh memasukinya.

(Berkata Al-Hafizh Abu Musa : Ini adalah Hadis hasan(bagus) diriwayatkan daripada Said bin Al-Musaiyib, Umar bin Zar dan Ali bin Zin bin Jad’aan)

perSAHABATan... (Pak HAMka)



PERSAHABATAN – PAK HAMKA

"Dalam bukunya Pak Hamka menulis:- Pilihlah seorang yang takutkan Allah untuk menjadi sahabat mu.

Dan kata kata hikmatnya tentang persahabatan:-

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Pengubat jerih manusia adalah dua: pertama: Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada sahabat.

10. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

11. Kalau sahabat mu telah banyak menyelidiki keadaan engkau, bukanlah buat diampuninya.

12. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.


13. Cemburu perempuan kepada perempuan,memutuskan tali persahabatan.


14. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu telah lepas dari zaman bercinta.

oleh: rosezz "Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Selasa, 28 Ogos 2007

buat diriku yang sering lupa

(Buat diriku yang sering lupa..)

Wahai fisabilillah,Mengertilah..

Marah, apabila marah itu krn Allah maka marah itu terpuji. Dan jika marah itu krn selainNya maka marah itu tercela. Orang mukmin itu marah krn Allah, bukan kerana dirinya. Dia marah krn menolong agamanya bukan menolong dirinya. Dia marah apabila suatu batas dari batas-batas Allah itu dilanggar sebagaimana harimau marah apabila orang-orang mengambil anaknya.

Maka tentulah Allah murka kerana marahnya dan redha kerana redhanya. Jangan kamu lahirkan kemarahan kerana Allah padahal itu kerana dirimu, maka kamu menjadi munafik.

Dan yang serupa dengan itu kerana sesuatu yang kerana Allah itu sempurna, kekal dan bertambah. Sedangkan sesuatu yang kerana selainNya itu berubah dan hilang. Apabila kamu melakukan perbuatan maka tergelincirlah hawa nafsu dan syaitanmu dari padanya.

Dan janganlah kamu melakukannya kecuali kerana Allah dan mengikuti perintahNya. Janganlah kamu melakukan sesuatu kecuali dengan perintah yang pasti dari Allah.

Adakalanya perantaraan syarak atau dengan ilham dari Allah kepada hatimu yang sesuai dengan syarak . zuhudlah kamu terhadap dirimu, makhluk dan dunia maka Dia akan melapangkan kamu dari makhluk.

Gemarlah berhibur dengan Allah dan merasa lapang dengan dekat kepadaNya. Tidak ada hiburan kecuali berhibur denganNya dan tidak ada kelapangan kecuali berlapang denganNya, setelah bersih dari kekeruhan-kekeruhan hawa nafsu dan wujudmu.

Jadilah kamu bersama kaum itu maka kamu menjadi kuat dengan sokongan mereka, berangan-anganlah dengan pandangan mereka dan Dia akan bangga denganmu sebagaimana Dia akan bangga dengan mereka. Raja bangga denganmu di kalangan seluruh hamba sahaya.

Bersihkanlah hatimu dari siapa sahaja selainNya kerana denganNya kamu melihat apa yang selainNya. Secara global, kamu melihatnya kemudian dengannya kamu melihat perbuatan-perbuatanNya pada makhlukNya sebagaimana tidak boleh masuk pada raja-raja dengan kotor lahirmu (pakaian dan badan).

Bagaimanakah kamu masuk kepada Raja dari seluruh raja-raja yang mana Dia itu adalah Allah dengan najis batinmu? Kamu bejana yang penuh dengan minyak yang keruh. Bagaimanakah Dia berbuat kepadamu?Baikilah apa yang ada padamu, bersihkanlah dan setelah itu masuk kepada raja-raja. Di dalam hatimu terdapat kemaksiatan-kemaksiatan, dan takut kepada makhluk , mengharap mereka , cinta dunia dan apa yang ada padanya.

Seluruhnya ini termasuk kotoran hati. Tidak ada pembicaraan sehingga nafsumu mati dan kamu dibawa ke pintu usungan kejujuranmu. Ketika itu tidak mengapa kamu menghadapi makhluk. Adapun selama disisimu terdapat wujud mereka dan kamu melihat mereka maka janganlah kamu hulurkan tanganmu kepada mereka sehingga mereka menerimanya. Tidak ada pembicaraan sehingga di sisimu terdapat kekaguman dengan dekat kepadaNya di mana itu menyebabkan kesibukan padamu dari mereka, penerimaan mereka terhadap tanganmu, pemberian dan pencegahan mereka, sanjungan dan celaan mereka.

Apabila taubat itu benar maka benarlah iman dan bertambah menurut ahli sunnah. Sesungguhnya iman itu bertambah dan berkurang. Bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Itu pada hak orang-orang awam. Adapun orang khawash maka iman mereka bertambah dengan keluarnya makhluk dari hati mereka, dan iman mereka berkurang dengan masuknya makhluk ke dalam hati mereka.

Iman itu bertambah dengan tenangnya mereka kepada Allah dan berkurang dengan tenangnya mereka kepada selainNya. Mereka bertawakal kepada Tuhan mereka, percaya dengan teguh kepadaNya. Mereka mengesakanNya dan tidak mensekutukanNya. Dan pada yang demikian itu mereka terkena ujian, kerana mereka mentauhidkan di dalam hati dan bergaul dengan makhluk di lahir. Apabila mereka dibodoh-bodohkan maka mereka tidak membodoh-bodohkan. Allah berfirman tentang mereka :

Maksudnya: “Dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang keselamatan.” (Al-Furqan 63)

Wajib atasmu diam dan santun terhadap kebodohan orang-orang bodoh, luapan naluri dan hawa nafsu mereka. Adapun apabila mereka melakukan kemaksiatan kepada Allah maka kamu tidak diam kerana itu diharamkan. Menjadilah perkataannya sebagai ibadah dan meninggalkannya menjadi maksiat. Apabila kamu mampu untuk amar makruf dan nahi mungkar, maka janganlah kamu melalaikannya, kerana itu pintu kebaikan yang telah terbuka dihadapanmu maka bersegeralah memasukinya.

Isa as. itu makan dari serangga padang pasir, minum dari air sungai, dan berlindung dalam gua-gua. Apabila tidur, beliau berbantal dengan batu atau hastanya. Orang mukmin melakukan demikian dan azam untuk bertemu dengan Tuhannya pada keadaan yang seperti ini meskipun dia mempunyai bahagian-bahagian di dunia di mana dunia itu datang kepadanya. Dengannya itu, maka samarlah lahiriahnya, sedangkan dia memenuhinya dengan jiwa dan hatinya bersama Allah dengan tahap yang pertama, di mana dia tidak berubah kerana apabila zuhud telah menetap di dalam hati maka datangnya dunia tidak merubahnya.

Orang mukmin seandainya mencintai dunia, penghuninya, kesenangan dan kelazatannya, di mana dia tidak sabar walau sekejap. Dia sibuk dengan dunia baik siang mahupun malamnya, dia tidak beribadah, tidak ingat dan tidak taat kepada Allah. Maka Allah perlihatkan kepadanya cacat-cacat dirinya lalu ia bertaubat dan menyesali atas keterlaluannya pada hari-hari yang lalu. Dan Dia perhatikan kepadaNya cacat-cacat dunia dengan jalan Al-Quran , as sunnah dan guru-guru. Maka datanglah kepadanya zuhud terhadap dunia. Setiap kali dia melihat cacatnya maka Dia perlihatkan cacat-cacat lain lalu dia mengetahui bahawa dunia itu rosak. Dunia itu umurnya sampai waktu yang sebentar sahaja. Kenikmatannya hilang dan kebaikannya berubah. Akhlaknya rakus, tangannya menyembelih, perkataannya berbisa, suka merasakan, suka mencerai, tidak mempunyai tempat kembali. Tidak mempunyai pokok dan janjinya tidak dipegangi. Seperti membangun di atas air maka dia tidak dapat mengambil tempat yang tetap dan tidak pula rumah kerana berbalik-baliknya air itu.

Kemudian dia meningkat setingkat, dan dia menjadi kuat lalu dia makrifat kepada Allah, lalu dia tidak juga mengambil akhirat sebagai tempat menetap hatinya tetapi dia menjadikan dekat kepada Tuhannya sebagai tempat menetapnya di dunia dan akhirat. Dimana dia membangun rumah di sana untuk sirr dan hatinya.

Ketika itu tidak membahayakan baginya ramainya dunia walaupun dia membina 1000 rumah, kerana dia membinanya untuk orang lain, bukan untuk dirinya. Dalam hal itu mengikuti perintah Allah dan sesuai dengan qadha dan qadarnya. Dia mendirikannya dalam rangka berkhidmat kepada makhluk dan melapangkan kesempitan mereka. Dia menyiapkan makanan dan minuman untuk mereka tetapi dia tidak memakan daripadanya sedikitpun. Dia mempunyai makanan khusus yang tidak ada orang lain yang ikut makan bersamanya. Maka dia menjadi berbuka ketika memakannya, dan menjadi berpuasa dan lapar ketika makan makanan lain.

Orang yang zuhud berpuasa dari makan dan minum sedangkan orang yang arif itu berpuasa tanpa diketahui. Dia lapar, tidak makan selain dari dengan doktornya. Penyakitnya jauh dan ubatnya dekat.

Puasa orang zuhud itu siang hari, sedang puasa orang arif itu siang dan malam. Dia tidak berbuka dari puasanya sehingga dia bertemu dengan Tuhannya. Orang yang arif itu puasa tahunan, selalu demam. Puasa tahunan dengan hatinya, demam dengan rahsianya, dan dia tahu bahawa sembuhnya itu dengan bertemu Tuhannya dan dekat kepadaNya.

Wahai anak, jika kamu menginginkan kemenangan maka keluarkanlah makhluk dari hatimu. Janganlah kamu takut kepada mereka, jangan mengharap mereka, jangan berhibur dengan mereka, jangan memenangkan diri kepada merka.

Larilah kamu dari seluruhnya dan jijiklah terhadap mereka seolah-olah mereka bangkai. Apabila hal itu telah betul bagimu ketika mengingati Allah dan gusar ketika mengingati selainNya…

Mengertilah..

TAKWA ... kekuatan yg sering disia2kan

‘Coretan Fisabilillah 6’

“Katakanlah (Muhammad): jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (3:31)

Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik..

Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya..

Berilah harapan dan taburlah budi.. semaikanlah kasih setulus budi.. seikhlas hati semurni nurani..buat semua insan di dunia ini.. Bersama harapan dan air mata, jangan biarkan dada mereka terus dijengah sempit. Sampaikan khabar gembira salam rindu Nabi mu buat umatnya. Sampaikan khabar gembira daripada Tuhan mu agar mereka bertambah teguh melalui liku-liku kehidupan. Hulurkan bantuan dan pengorbanan dari hati yang ikhlas tanpa nista.

Ketahuilah sahabatku, temanku..

Sebenarnya kalian rindu kepada Allah, kata seorang ahli hikmah. Tahukah kamu penyebabnya? Sebab kalian merindukan kebaikan yang tiada akhir, kesempurnaan yang tidak kunjung habis, dan keindahan yang abadi, sedangkan sifat-sifat itu hanya ada pada Allah…

Oleh itu, kembalilah kepada fitrah semulajadimu, wahai orang beriman. Bukalah mata hatimu dan pandanglah keindahan ciptaan Allah menerusi makhluk di sekitarmu,kemudian kajilah hakikat yang ada padanya supaya kalian dapat menelusuri sejauh mana kalian mampu bagi mengenali siapa sebenarnya dirimu…

Wahai Sahabatku.. mari kita menyembah Allah Yang Esa. Mari kita berukhwah hanya kerana Allah. mari kita berdakwah di jalan Allah. mari kita bermujahadah. Mari kita bina ummah.. ummati..ummati..ummati..

Wahai sahabatku.. jangan mudah menyerah kalah! Teguhmu membangun ummah! Pendirianmu membela ummah! Tafakurmu mendamba hidayah! Dikaulah remaja harapan… agama yang tercinta..

Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tiga kumpulan manusia yang tidak ada ketakutan pada hari kiamat yang penuh dengan huru hara dan tidak akan dihisab. Mereka berjalan dengan penuh gembiranya diatas timbunan-timbunan kasturi hinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Seseorang yang mempelajari Al-Quran semata-mata untuk melihat wajah Allah dan kemudian mengimami org ramai di dlm sembahyang dgn tingkah laku yg sangat disenangi oleh mereka, kedua ialah orang yang mengajak orang lain kepada sembahyang semata-mata kerana Allah. Ketiga ialah orang yang berlaku baik diantara dirinya dengan tuannya juga diantara dirinya dengan orang-orang bawahannya.”

Wahai sahabatku.. usia mudamu hanya sekali penuhilah dengan berbakti. Ajaran Rasul hendaklah diikuti. perintah Allah wajib diikuti. Peganglah janji Tuhanmu erat-erat. Gigitlah sunnah Rasulmu kuat-kuat agar kalian selamat dunia akhirat.. Seorang wanita tidak boleh dianggap kurang dari lelaki tentang peluang mendekatkan diri kepada Allah.. Kesempatan yang diberikan kepada lelaki,juga diberikan kepada wanita, untuk beribadat kepada Allah. Oleh itu lelaki dan wanita sama-sama diberi peluang yang serupa untuk beribadah, berjihad dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sesiapa yang berbuat baik, lelaki atau perempuan, sedangkan ia seorang yang beriman, maka Kami berikan balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan. (Al-Nahl:97)

Ya Allah, aku pertaruhkan kepada Mu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu tentang diriku, wahai Tuhan yang memiliki sekelian alam…

Para salafussoleh berjiwa besar, sedari muda lagi mereka sudah memikul tugas-tugas yang berat dan serius. Walaupun masih muda tapi fikiran mereka sudah tua – yakni tindakan mereka matang. Islamlah yang mendewasakan mereka. Kita perlu serius memikirkan nasib di akhirat.. Nasib Islam dan umatnya.. Serius memikirkan soal kepimpinan dunia yang lintang-pukang.. Hanya agama Islam penyelamat masalah dunia sekarang ini.. Dan untuk itu muda-mudi perlu serius berjuang dan berjihad untuk Islam..!

Wahai sahabatku.. bersyukurlah atas rahmatNya dan bersabarlah dengan dugaanNya.. Bertaqwalah dirimu kepadaNya, InsyaAllah pahala berganda sebagai ganjarannya.. .

Firman Allah Taala:

Allah pembela bagi orang-orang bertakwa.”

“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah akan diberikan jalan keluar (kelapangan daripada permasalahan) dan dikurniakan rezeki yang tiada diketahui dari mana datangnya.”

“Dan bertakwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu.”

Apa itu taqwa?

Menurut Imam Ghazali: hakikat taqwa iaitu menghadirkan Allah sebagai sandaran dalam segala perbuatan, penghadiran ini menuntut untuk segera melakukan perintahNya dan menjauhi laranganNya, dan ini akan menjadi benteng yang kuat untuk menentang perbuatan dosa dan seterusnya melaksanakan kewajipannya. Pembuat benteng juga mempunyai rasa takut, namun Allah lebih berhak ditakuti. Dia mempunyai rasa malu, namun Allah lebih berhak untuk dimalui.

Tafsir az-zilal Jilid 1:Taqwa- adalah suatu yang peka dalam diri peribadi, hening dan jernih dalam perasaan, diliputi rasa takut, inawas diri, mengatasi berbagai rintangan di jalan-jalan kehidupan yang penuh dengan duri keinginan, duri hawa nafsu, duri ainbisi, duri rasa takut dan bimbang,duri harapan pada yang tidak ada memiliki pengharapan dan ketakutan bohong pada yang tidak memiliki manfaat dan mudharat, dan puluhan duri lainnya.

Andai nafsu dapat kau tahan, tagisan mu hanya kerana Tuhan, hatimu terpaut pada rumahnya, bergembiralah dengan janji Tuhanmu..

“Tiadalah perkataan yang dikeluarkan seseorang, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib Atid.” (Qaf:18)

“Perut mereka jauh dari tempat tidur (mereka tidak tidur pada waktu biasa orang tidur, untuk mengerjakan sembahyang malam) sedang mereka berdoa kepada Tuhan dengan rasa takut dan harap.” (As-Sajadah: 16)

“Dan mereka yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, berbaring...”

Perjalananmu masih jauh.. Wahai sahabatku, aturlah langkahmu. bukan setakat di sini tetapi hingga bertemu Allah Yang Pengasih lagi Penyayang. Mulakan langkah dengan nama Allah.Setiap langkah dengan nama Allah.. Buatlah sepenuh hatimu bagai esok sudah tiada.. segalanya dengan nama Tuhanmu..Pelihara niatmu setiap langkah dan ketika agar setiap derapan langkah diberkati dan diredhai.. InsyaAllah semua usahamu akan sempurna.. ganjaran pahala akan kau dapat.. amalan mu takkan sia-sia.. setiap zarah ada nilai dunia akhiratnya.. percayalah janji Tuhanmu..!

Dan katakanlah (wahai Muhammad): ‘Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat perkara-perkara yang kamu kerjakan…” (Surah At-Taubah: 105).

“…Maka apabila kamu telah berazam, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya” (Surah Ali Imran: 159).

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beserta dengannya adalah tegas terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menyengkelkan hati orang-orang kafir(dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.” (48:29)

Wahai sahabatku.. dunia ini tempat persinggahan yang Allah ciptakan untuk kita sebagai cubaan dan dugaan untuk menguji keimanan.. Pujuklah iman mu meluahkan rasa hatinya untuk teguh mencapai redha Allah.. Hanya hati yang tulus kerana yang Esa disertai keikhlasan dapat mengharungi onak duri ini.. Jadikanlah taqwa pakaianmu sepanjang di dunia ini..

Ya Allah..bantulah kami utk mengingatiMu dan mensyukuriMu dan sebaik-baik ibadah padaMu. Kurniakan kami takwa dan tazkiah/penyuci. Engkaulah sebaik tazkiah dan Pelindung dan Pemilik diri kami.

Kalian racun, kalian jugalah penawar.. kerana Allah kita bertemu. Sayangilah aku hanya kerana Allah, semoga aku menyayangimu selama-lamanya. Bencilah aku hanya kerana Allah, semoga aku tidak akan membencimu selama-lamanya. Empatilah terhadap imanku, semoga aku menjadi sahabat baik mu selama-lamanya. Ingatkan aku perintah Tuhan mu, semoga aku merindui mu bila kau tiada. Doakan aku, semoga kau peroleh lebih dari itu. Ukhwahfillah... Kita bertemu kerana yang Esa.. Kita bersama walau berbeza.. Suatu hari akan tiba, kita berpisah.. itu semestinya.. Biarlah saat itu datang sendiri tanpa dipinta, kerana Dia lebih mengetahui.. setiap yang terjadi punya hikmah.. Hikmahnya tersimpan pada si Dia..

Ketahuilah, bahawasanya hidup kita mencari sahabat lebih kita utamakan drpd mencari cinta.. Kalau hanya semata krn cinta, daerahnya terlalu sempit, tetapi persahabatan mempunyai daerah lapangan yang amat luas, di dalam mengharungi lautan hidup yg tiada tentu di mana tepinya ini.. Oleh sebab itu beroleh kemenangan kerana bertambah seorang sahabat, lebihlah harganya daripada kemenangan mendapat balasan cinta.. Hati kecil ini bersyukur kpd Nya kerana dapat bersama kalian..

Seorang telah datang kepada Rasulullah saw dan bertanya :

“Bilakah akan berlakunya hari Kiamat? Wahai pesuruh Allah!”

Nabi :

“Apakah persediaan-persediaan yang dikau telah lakukan untuk Hari tersebut?”

Orang itu:

“Wahai Kekasih Allah! Daku tidak berupaya memperolehi amalan yang banyak dari solat, puasa dan sedekah untuk menolongku tetapi daku mengasihi Allah dan RasulNya didalam hatiku.”

Nabi:

“Di hari Pengadilan nanti dikau pasti berada bersama orang yang kamu kasihi.”

Ya Allah.. bersihkan hati kami, lapangkan hati kami, pelihara hati kami, ikhlaskan hati kami, tawadhukkan hati kami, keluarkan dunia dari hati kami, keluarkan makhluk dari hati kami, penuhkan hati kami dengan cinta Engkau dan RasulMu.. Jauhkan syaitan,nafsu dan maksiat dari hati kami.. Sesungguhnya kami tidak berdaya melakukan sebarang kebaikan tanpa kasih sayangMu.. Engkaulah pemilik hati-hati ini.. Peganglah ia sekuatnya.. Janganlah lepaskan ia walau seketika.. Peliharalah ia sehingga kami menghadap Engkau di syurga kelak..

redha ibu bapa vs Jihad?

‘Coretan Fisabilillah 5’

Islam sangat mengambil berat terhadap kerelaan kedua ibu bapa, maka Islam telah mencegah seorang anak dari melibatkan diri dalam berjihad,atau pergi ke medan perang tanpa keizinan daripada kedua ibu bapanya, padahal jihad fi sabilillah itu sangat tinggi martabatnya di kacamata islam, tidak dapat ditarai oleh bangun malam bersolat di sepanjang malam, ataupun berpuasa di siang harinya.

Tersebut dalam sebuah riwayat daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash, katanya:

“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Allah saw lalu memohon keizinan untuk keluar berjihad, lalu Rasulullah saw pun bertanya kepadanya: Adakah kedua ibu bapamu masih hidup? Jawab lelaki itu: iya! Maka berkata lagi Rasulullah saw: Hendaklah kamu berjihad untuk kedua ibu bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yakni, jadikanlah medan jihadmu, atau perjuanganmu dengan memperbuat baik kepada keduanya dan menjaga keduanya!

Ya Allah.. walau apa sekalipun terjadi janganlah kau palingkan keluargaku dari mengingatiMu.. walau apa sekalipun terjadi janganlah kau hilangkan rahmatMu dari keluargaku.. walau apa sekalipun terjadi kurniakanlah kemanisan iman pada keluargaku.. walau apa sekalipun terjadi peliharalah keluargaku dari kemurkaanMu..

Ya Allah.. ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami.. Selamatkan kami dari azab kubur dan api neraka.. Ya Allah.. kami hambamu yang memegang kata-kataMu.. bahawa kami hamba yang daif dan hina.. ampunilah kami..Hanya Engkau Maha Pengampun..

Dalam suatu riwayat yang lain lagi berbunyi:

“Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw lalu berkata: Aku membai’atmu untuk berhijrah dan berjihad justeru aku inginkan pahalanya daripada Allah! Bertanya Rasulullah saw kepadanya: Apakah kedua ibu bapamu, ada yang masih hidup lagi? Jawab lelaki itu: Benar! Kedua-duanya masih hidup lagi. Berkata Rasulullah lagi: Apakah engkau inginkan pahala daripada Allah? Jawabnya: Benar! Berkata Rasulullah pula: Kembalilah kepada keduanya, dan berbuat baiklah dalam pergaulanmu dengan keduanya!” (Riwayat Muslim)

Dalam suatu riwayat yang lain lagi, berbunyi:

“Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw lalu berkata: Aku datang ini kerana hendak membai’atmu untuk berhijrah, dan aku telah tinggalkan kedua ibu bapaku menangis. Maka berujar nabi saw kepadanya: Sekarang juga kembali kepada keduanya, buatlah sesuatu untuk menjadikannya tertawa sebagaimana engkau telah membuat mereka menangis!” (Riwayat Bukhari)

Tersebut dalam riwayat Abu Said al-Khudri, bahwa seorang lelaki dari negeri Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah saw lalu beliau bertanya kepadanya: apakah engkau punya keluarga di Yaman? Jawab lelaki itu: Ada, aku masih punya kedua orang ibu bapa. Rasulullah bertanya lagi: Apakah keduanya mengizinkanmu datang kemari? Jawabnya:Tidak. Berkata Rasulullah pula: Sekarang kembali dahulu kepadanya, dan minta izin keduanya! Kalau mereka mengizinkanmua, barulah engkau berjihad! Kalau tidak, maka engkau berbuat baik kepada keduanya! (Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah saw:

  • “Semua dosa akan ditangguhkan Allah (balasannya) menurut kehendakNya hingga ke hari kiamat, kecuali (balasan) menderhaka kedua ibu bapa, maka sesungguhnya Allah menyegerakan (balasan) kepada pelakunya di masa hidupnya sebelum matinya. ”

(Riwayat Hakim)

  • “Tiga manusia tidak akan masuk syurga; iaitu: Orang yang menderhaka kedua ibu bapanya, lelaki yang tidak punya maruah terhadap keluarganya(dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Nasa’i, Bazzar dan Hakim )

Ya Allah.. ku harap Kau memahami luahan hati ini yg ingin dicintai.. kuharap Kau menghayati sentuhan jiwa ini yang ingin disayangi..Ya Allah.. Engkau telah mengurniakan daku apa yang daku sukai maka jadikanlah daku dapat menggunakan kurniaan itu seperti yang Engkau cintai..

Kata Abdullah ibn Mas’ud : “Ada sekali kutanya pada Rasulullah saw “Amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah swt? ” Jawab baginda saw “Solat.” Kemudian kutanya, “Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?” Jawab baginda saw “Menghormati dua orang ibu bapa,” Katanya lagi, “Selepasnya apa lagi?”. Jawab baginda “Jihad”.”

Di dalam sebuah hadith diriwayatkan bahawa: “Pintu-pintu terbaik untuk memasuki syurga ( Jannah) ialah bapa. Jikalau kamu ingin, jagailah dia; jikalau kamu suka , binasakanlah dia.” Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah saw : “Apakah hak-hak seorang bapa?” Baginda saw pun menjawab “Merekalah Jannahmu dan Jahannammu.”

Selanjutnya dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa : “Bila seorang anak yang taat melihat wajah kedua ibu bapanya dengan perasaan kasih sayang, ganjaran bagi melihat yang demikian adalah sama dengan Haji yang makbul.”

Didalam hadith yang lain dinyatakan bahawa : “Selain daripada menyekutui sesuatu dengan Allah, Allah mengampunkan segala dosa-dosa dengan kehendakNya. Walaubagaimanapun, Dia akan mengenakan seksaan ke atas orang yang tidak taat kepada kedua ibu bapanya di dalam dunia ini sebelum matinya.” Seorang sahabat berkata “Ya Rasulullah saw, daku hendak pergi berjihad.” Rasulullah saw lalu bertanya: “Adakah ibumu masih hidup?” Dia pun menjawab “ya.” Rasulullah saw bersabda : “Khidmatilah dia, jannah terletak di bawah tapak kaki ibumu untukmu.”

Wahai sahabatku.. dalam kita menempuh jalan dakwah ini, telah suatu kemestian untuk kita ketahui bahawa jalan ini tidak ditaburi bunga-bunga.. tidak dihamparkan permaidani merah.. keperitan, kepedihan dan kesakitan seringkali menghampiri kita, namun ingatlah wahai sahabatku.. para wali itu tidak bersedih hati.. Kita bukan wali, tetapi kita mengharap untuk mencapai kemanisan mencintai Allah itu.. Berpeganglah pada niat yang satu..Semata-mata untuk keredhaanNYA.. Berpeganglah pada syariatNYA.. Selagi kita memelihara batas syariatNya, selagi itulah Dia akan memelihara kita.. Kita sangat mengharapkan pemeliharaanNya.. Bukankah Dia sebaik-baik pemelihara?! Dalam kita gigih untuk mencapai atau melaksanakan usaha ke arah kebaikan, seringkali kita diuji dengan batas syariat. Seringkali juga kita menganggap mudah dan mempermudah sesuatu hukum.. Tetapi sahabatku yang dikasihi, apa tujuan dirimu berhempas pulas, bersengkang mata dan memerah sepenuh kudratmu kalau bukan kerana mengharapkan dirimu selamat dari azab yang pedih, balasan baik keselamatan di dalam kubur dan syurga, dan redha Tuhanmu.. Sahabatku, bagaimana mungkin dalam kita berusaha mencapai hasil yang baik, tetapi kita mencampurkannya dengan sesuatu yang dapat merosakkan usaha kita itu.. Janganlah menggadaikan syariat Islam dalam mencapai tujuan. Kerana sebenarnya kalian sedang menggadai dirimu.. Ambillah Islam sepenuhnya. Yakinlah Islam ibu segala kebaikan. Rujuklah ayat (2:208). Sabda Rasulullah saw : sebenarnya agama itu mudah. Seseorang tidak akan merasa berat terhadap agama kecuali praduganya sendiri, berbuat baiklah dan mendekatkan diri kpd Allah. Bila kalian tidak mampu menjadi manusia sempurna, maka dekatkanlah kpd Allah. Berilah kegembiraan dan bersungguhlah di waktu pagi, petang dan sbhgn dari malam. (HR MUSLIM)

Marilah kita sama-sama memperbaiki diri.. Sahabatku, dosa ialah apa yang menggelisahkan hati.. Awas selalu, syaitan cukup pandai mempermainkan kita. Adakalanya kita sangka kita di pihak yang betul, namun hakikat sebenarnya kita di pihak yang salah. Apabila ada yang hendak memperbetulkan kita, kita menjadi marah kerana menganggap mereka tidak memahami dan tidak sealiran dengan kita. Dari bermasam muka hinggalah saling makan hati. Semakin lama semakin jauh kita tersasar. Setiap kali Allah memberi pengajaran, kita tersalah ambil iktibar.. Aduhai sedihnya kerana tersesat.. Wahai Allah yang memelihara seluruh makhluk, peliharalah kami dari segala tipu daya yang menyesatkan.. Letakkan kami di atas jalan Mu yang lurus kepadaMu..

Wahai sahabatku.. saya sendiri.. kalian juga.. sesiapapun tidak akan dapat lari daripada ujian Allah selama hidup ini. Mungkin ujian atau cubaan itu menimpa dirimu atau orang-orang yang kita kasihi dan sayangi. Tetapi di situlah akan nampak nilai imanmu.Allah menurunkan cubaan kepadamu, agar Dia dapat menguji imanmu, apakah kita bersabar ataupun marah-marah? Adakah kita redha ataupun kita berkeluh kesah?

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan) Nya bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur. (Asy-Syura 32-33)

Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (Al-Baqarah 177)

Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (Ali-Imran 146)

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl 96)

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar 10)

“Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan) : ‘Salamun’alaikum bima sobartum.’ Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. ” (Ar-Ra’d 23-24)

Benar.. semua ini adalah balasan bagi orang-orang yang bersabar dalam menghadapi cubaan. Sabda Rasulullah saw : “Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Apabila mendapat kelapangan, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa kesempitan, maka dia bersabar, dan itu adalah kebaikan baginya.”

sekeping hati yang berpegang pada janji Ilahi


Buat yang disayangi : sebaik-baik perhiasan dunia~wanita solehah

‘Coretan Fisabilillah 3’

Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata abah dan emak “Kalau kakak ni betul-betul permata, dalam lumpur pun bercahaya.. kalau tahi ayam , atas meja pun busuk” Itulah kata-kata pembakar semangat yang sinis dan pedas dari kedua insan paling hampir dengan saya..-”Izinkan saya bercerita sedikit tentang emak saya, wanita solehah pelengkap hidup abah. Emak kini masuk 42 tahun, dari kacamata luaran fesyen emak tetap sama dari dulu hingga sekarang-purdah dan jubahnya. Ke mana dia pergi tidak kira tempat mahupun majlis yang gah , dia tetap dengan fesyennya. Reaksi orang? Ramai yang terkejut dan tidak kurang yang mengeji tetapi sebaik bertegur sapa dengan emak, tiba-tiba menjadi mesra dan selalunya akan terus bersembang seperti sudah lama kenal. Itulah emak saya, orangnya ramah dan sangat suka menolong orang. Kadang-kadang hinggakan adik-beradik saya memujuk supaya emak saya berhenti menolong apabila melihat dirinya sendiri susah. Tapi emak hatinya hanya senang bila melihat orang lain senang. Jadi biarpun dia susah, dia tidak kisah. Masalahnya kadang-kadang orang yang ditolong tu bukan saudara mara kami, bukan jiran tetangga kami tetapi anak terbiar yang bapanya penagih, abangnya pembunuh dan dirinya sudah tercemar.

Tiap-tiap hari pada pukul 4 pagi emak akan bangun untuk tahajud. Dia pasti akan menangis. Masa saya kecil dahulu saya sangat hairan. Saya sangka dia bersedih jadi saya turut menangis tanpa pengetahuannya. Kerana terlampau bimbang, saya melarangnya menangis. Emak menjawab ‘kakak, biarkan emak menangis dan mengadu di depan Allah kerana emak tak ada tempat lain untuk menangis dan mengadu. Biarkanlah, emak bahagia macam ni.’. saya lansung tidak faham apa maksudnya.. saya harap hari ini saya sudah faham apa maksud emak.

Emak tabah.. wanita paling tabah pernah saya temui. Emak pula kata nenek saya wanita paling tabah dia pernah temui. Ketika saya di sekolah menengah dahulu Allah pernah menguji emak hinggakan semua yang tahu terduduk menangis. Atuk, nenek, saudara mara termasuk kawan-kawan sekolah saya pun menangis. Saya tentulah tiap-tiap hari menangis hingga pergi jumpa kaunselor sekolah. Kaunselor tu pun menangis.. Ujiannya besar jadi saya tak perlu ceritakan apa ujiannya tetapi cukup membayangkan betapa beratnya ujian itu. Saya bertanya pada emak adakah dia menyesal? Dia menjawab ‘Allah itu cemburu.. Setelah Dia mencintai hambanya. Apabila hambanya berpaling Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan yang dicintaiNya semula. Bersyukurlah..’ Setelah mendengar ayat itu saya tiba-tiba menjadi sangat gembira di sekolah hinggakan kawan-kawan saya turut menangis sebelum ini marahkan saya.

Emak pelajar cemerlang di sekolah dari segi akademik mahupun kepimpinan. Emak mendapat tawaran belajar di Amerika tetapi PakNgah melarang. Pak Ngah bimbang keselamatan emak. Emak anak yatim semenjak 12tahun. pak Ngahlah abang dan dialah juga ayah untuk emak. Akhirnya emak masuk ke asasi UM. Selepas berfikir panjang emak membuat keputusan untuk tidak bekerja sebaliknya menumpukan sepenuh masa pada keluarga. Kini apabila terserempak dengan kawan-kawan lama yang sudah menjadi doktor, pensyarah dan pelbagai kerjaya hebat.. emak membuatkan mereka terkejut. Bukan mereka sahaja, orang-orang kampung dari dulu lagi berkata-kata tentang betapa sia-sianya belajar susah-susah tapi akhirnya terperap di rumah. Aku bertanya pada emak mengapa dia tidak memilih untuk bekerja? Emak menjawab ‘Kalau di luar emak ialah seorang pemimpin, tetapi di dalam rumah ini emak melahirkan 5 org pemimpin.’

Ramai bertanya tentang kisah ‘purdah’ emak. Semenjak dari darjah 2 saya telah mengahafal jawapan kepada soalan yang akan ditanya oleh kawan-kawan sekolah ‘Kenapa mak kamu pakai macam tu?’ Jawapan saya : Mak nak elak fitnah. Secara jujurnya saya pun tak faham waktu tu. Tapi kawan-kawan saya berpuas hati dgn jawapan tu walaupun saya tahu mereka pun tak faham. Saya hanya faham setelah saya sendiri faham mengapa saya wajib bertudung. Itupun ketika di sekolah menengah setelah dipersoal tentang akidah saya. saya bersyukur kerana Allah menghantar manusia-manusia istimewa yang membuatkan saya mengkaji dan meneliti tujuan hidup, erti bahagia dan nilai insan sepanjang zaman persekolahan saya. Meskipun kehadiran mereka menyebabkan saya sakit zahir dan batin namun kemudian segalanya terubat dan meleraikan segala simpulan persoalan yang cukup bermakna. Kembali kepada isu purdah emak saya, emak membuat keputusan untuk memakai purdah setelah berfikir panjang. Dia akhirnya meluruskan niat dan bertekad. Kesannya setelah itu tiada lelaki ajnabi pernah melihat wajah emak termasuk abah sendiri sehingga sah dinikahkan. Bukan tidak mahu tengok wajah ketika bertunang tetapi tidak diizinkanNya. Akhirnya mak dan abah redha. Bagi saya bila kita berniat keranaNya, dia akan memelihara kita. Bukankah Dia sebaik-baik Pemelihara? Ada saudara mara sebelah emak yang marah dan memerli emak. “Oh nak redha jelah ke? Kalau cacat pun redha jugalah ye?” Emak jawab “Kalau dah itu jodohnya, kalau dah sah itu suaminya kenalah taat. Tak kiralah capik ke, bisu ke atau apa sekalipun...”. Emak cukup jelas dengan prinsipnya. Dia yakin dan berpegang teguh dengan janji Allah.. Alhamdulillah, perkahwinan ni berkat.. belanjanya sedikit dan kebanyakkan pihak yang terlibat semuanya mendapat faedah. (hantaran emak cuma RM 1000, nikah di masjid.. kata emak terpulang kepada pihak lelaki hantarnnya.. permudahkan agar berkat..) Katering yang ditempah ni pun ada kisahnya.. restorennya terbakar jadi mereka guna perkhidmatannya untuk meringankan beban empunya restoren.. makan dalam dulang.. ikut sunnah..

Allah Maha Kaya.. Rezeki Dia melimpah ruah. Keluarga kami hidup senang dari hari ke hari. Tetapi seolah-olah kesenangan itu cuma dinikmati oleh kami adik beradik. Emak pula tetap sama seperti dulu. Saya tidak ingat bila dia membeli baju mahal seperti yang sepatutnya dia mampu kerana baju-baju saya selalunya mencecah ratusan ringgit. Emak pula kata, emak tak perlu semua ni, nanti bila mak mati emak tak mahu bawa apa-apapun. Semua ni abah punya dan selebihnya hak anak-anak. Pernah juga emak kata yang dia tak mahu kerja supaya dia tak akan tinggalkan apa-apa di dunia ni selain anak-anak dan amal jariah dia. Dia juga kata abah pula akan hanya tinggalkan hak-hak anak-anak sahaja. Jadi bila mereka mati, kami jangan mengharapkan harta mereka. Andai kami nak hidup senang berusahalah sendiri.

Solehahnya emak saya kerana dia berusaha sungguh2 meletakkan abah di tempat yang tinggi. Saya tidak pernah melihat mereka bergaduh seperti yang biasa dalam TV. Walaupun banyak kali nampak kelompongan di sesebelah pihak, namun masing-masing akan mainkan peranan untuk saling menutupnya bagi menyelamatkan keadaan. Kadang-kadang saya yang banyak bertanya, mempertikaikan tentang peranan dan tanggungjawab suami isteri mereka.. terutama bila semakin matang ni.. dan jawapan yg saya dpt dr emak: Emak beritahu abah, andai ana tak layak jadi isteri dan ibu yang solehah, lepaskan ana supaya ana dapat jadi hamba yang solehah. Ugh.. saya menggigil dengar kata-kata tu.. Tolonglah Tuhan, saya tak sanggup melihat mereka berpisah kerana yang saya nampak abah sebenarnya yang akan kehilangan nanti.

Sabda Nabi saw: ada 4 perkara termasuk kebahagiaan iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan.

Saya SMS hadis di atas kpd abah tidak lama dahulu dan memberitahu dia bahawa rasanya dia miliki kesemuanya. Saya beritahu dia bahawa saya tumpang bahagia. Abah kata ucapan itu mesti disertai rasa syukur kerana manusia tak akan pernah puas.

Ya Allah.. Aku sayang ibuku.. Aku sayang bapaku.. Engkaulah sebaik2 penyayang.. Engkau sayangilah mereka.. Engkau pilihlah mereka untuk Engkau cintai.. Berilah kemanisan hidup di dunia akhirat kepada mereka. Tempatkanlah kami bersama-sama orang-orang soleh di Hari Hisab. Satukanlah kami di syurga Engkau di darjat yang tertinggi di sisi Engkau.. Hanya kepada Engkau tempat kami menadah tangan memohon belas kasihan dan harapan.. Perkenankanlah Ya Rahim…

Kaum Hawa merupakan insan istimewa yang diciptakan Allah dalam memakmurkan kehidupan di muka bumi.Islam memuliakan wanita dan menghargai wanita sebagai manusia yang terhormat.Sebagaimana kaum lelaki,wanita juga diberi hak-hak kemanusiaan.Di antara kemuliaan dan kelebihan wanita sebagaimana yang dinukilkan dalam hadis-hadis dan dijelaskan dalam kitab-kitab ialah:

  1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah
  2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya
  3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah
  4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh
  5. Allah akan memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan berzikir
  6. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayannya dengan baik maka si isteri memperolehi pahala jihad
  7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memelihara auratnya dengan istiqamah
  8. Doa wanita lebih makbul dari lelaki terutama doa ibu terhadap anaknya kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, baginda menjawab :

“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

  1. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah swt dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  2. Barangsiapa yang membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahala seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah ia memerdekakan anak Nabi Ismail as.
  3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw) di dalam syurga.
  4. Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara pereempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa dan tanggungjawab , maka baginya adalah syurga.
  5. Daripada Aisyah ra. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalangnya dari api neraka.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu
  7. Apabila seorang anak dipanggil oleh ibu bapanya pada masa yang sama, dia dituntut menjawab panggilan ibunya dahulu
  8. Wanita yang taat akan suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga buatnya. Masuklah dari mana-mana pintu yang ia kehendaki tanpa hisab.
  9. Wanita yang taat suaminya , semua ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan , beristigfar baginya selama mana dia taat akan suaminya dan direlakannya(walinya)(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  10. Aisyah ra berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya,”. ”Siapa pula berhak terhadap lelaki?”Jawab Rasulullah saw, “ibunya.”
  11. Pperempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  12. Tap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  13. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya.Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  14. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah
  15. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan anak yang baru lahir dari perut ibunya.
  16. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu diberi satu kebajikan.
  17. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

# Ya Allah, jadikanlah aku, adikku dan sahabat2ku sebaik-baik perhiasan dunia ~ wanita solehah. Ya Allah, izinkanlah kami menjadi sayap kiri dalam menegakkan kalimah tauhidMu di dunia ini. Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatiMu, mensyukuriMu dan sebaik-baik ibadah kepadaMu.. Perkenankanlah Ya Rahim…

bangkitlah sahabatku.. engkau khalifah..memegang amanah Allah

‘Coretan Fisabilillah 1’

spak dari program dakwah orang asli 17-19 Feb di Kuala MU.. Kali pertama menjejakkan kaki ke kuala Mu. Ya Allah.. aku mencari manisnya imanmu.. rupa-rupanya ditengah hutan sana pada sisi mereka yang tidak mengerti kau campakkan ia untukku..

Assalammualaikum sahabat-sahabatku sekalian.. kepadamu teman, kupohon sokongan, pengorbanan dan pengertian… Sungguh persahabatan kerana Allah (Ukhwahfillah) itu indah..Ya Allah, aku menyayangi sahabat-sahabatku ini seperti aku menyayangi diriku sendiri namun aku tak mampu menyayanginya seperti Engkau menyayanginya. Engkau sayangilah mereka kerana Engkaulah sebaik-baik penyayang. Kepada Mu Allah, ku pohon kekuatan, ketabahan dan pertolongan… Amin Ya Rabbal A’lamin

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah, dan mengerjakan amal yang saleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri ? (Fushshilat:33)

Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (51;55)

Sabda Nabi saw :

Barangsiapa belajar seni pidato untuk mendapat sanjungan dari manusia maka ibadatnya sama ada yang fardu maupun yang sunat,tidak akan diterima pada hari Hisab.

Dan perintahkanlah kepada keluargamu(ummatmu) mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepada mu, (sebaliknya) Kamilah yang memberi rezeki kepada mu dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa. (20:132)

Banyak hadis yang memberitakan bahawa bila seseorang mengadu kepada Rasulullah saw mengenai kemiskinan, maka beliau membaca ayat (20:132) serta menasihatinya agar selalu bersolat. Ditegaskan bahawa sesuatu itu hendaklah diamalkan kerana beginilah cara dakwah yang lebih berjaya dan berkesan. Maka sebab itulah Rasulullah mengamalkan dulu apa yang mereka dakwahkan kepada orang lain. Dengan ini dapat menangkis andaian bahawa ajaran Islam memberatkan. Yang ciptakan kita ialah Allah swt. Yang buat peraturan untuk kita pun Allah swt. Dia dah tau dah apa yang kita mampu dan tak mampu. Kita je yang tak tau kita mampu jadi kita kata tak mampu…

Hai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara-perkara yang diberatkan (oleh Allah). (31:17)

Dalam ayat ini perkara-perkara yang paling penting bagi seorang Islam telah disebutkan, perkara-perkara ini boleh menjadi satu jalan bagi kemenangan orang-orang Islam. Tetapi nyatalah bahawa umat islam telah lalai. Tidaklah payah disebutkan tentang kelalaiannya mengenai dakwah kebenaran- solat pun sudah dilalaikan. Sedangkan solat adalah salah satu daripada rukun Islam. **Apa kualiti islam kita? Rukun Islam pun kita lupa-lupa. Apa beza kita dengan orang asli di tengah hutan sana yang islam kerana mengucap semata-mata?

Ada ramai manusia yang tidak solat sama sekali; yang solat pula tidak dikerjakan dengan tertib. Malahan orang-orang miskin sahajalah yang bersolat berjemaah di masjid; yang kaya berasa hina pergi bersolat berjemaah di masjid. Ya Allah! Ampunilah daku.. Keluhan ini hanyalah kuhadapkan semata-mata kepada Mu..

‘hai insan yang alpa! Kehinaan bagimu adalah kebanggaan bagiku.’

Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaktian, dan menyuruh (mereka berbuat) kebaikan, dan melarang (mereka) dari kemungkaran, dan mereka itu, ialah orang-orang yang mendapat kejayaan (sejati)..

(3:104)

Dalam ayat ini Allah swt dengan terang memerintah orang-orang Islam supaya mengadakan satu golongan yang akan mendakwahkan ajaran-ajaran agama Islam keseluruh dunia. Tetapi kita melihat orang-orang yang dikatakan orang Islam itu telah mencuaikan perintah ini. Sebaliknya orang-orang yang bukan islam sedang mendakwah ajaran-ajaran agamanya siang dan malam. Misalnya, para mubaligh agama Kristian telah disediakan untuk menyampaikan ajaran-ajaran agamanya di seluruh dunia. Adakah dikalangan orang-orang islam sebuah pertubuhan seumpama itu? Fikir dan carilah jawapan ini sebelum Allah menyoal kita di Hari Hisab nanti.

Kalau seorang individu ataupun satu golongan di antara yang dikatakan orang-orang Islam itu muncul untuk berdakwah ajaran-ajaran Islam maka timbullah bermacam-macam halangan dan rintangan yang tidak munasabah terhadapnya atau golongan itu. Bukanlah bantuan dan kerjasama yang hendak diberinya. Akibatnya, para mubaligh yang jujur lagi muklis itu berasa kecewa dan putus asa terhadap usaha-usaha mereka dalam bidang ini. Malahan, adalah kewajipan setiap orang yang benar-benar beragama Islam membantu mereka yang hendak menyampaikan ajaran-ajaran agama Islam serta memperkenalkan perubahan-perubahan di mana-mana yang perlu. Ya Allah…ampunilah daku dan teman-temanku… Perbaikilah diri kami…Sesungguhnya kami lemah dan jahil…

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu melarang dari kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah. (3:110)

Bahawasanya, orang-orang Islam adalah umat yang paling baik dari sekalian umat telah dibuktikan oleh hadis-hadis Rasulullah saw juga. Sudah kita katakan dahulu bahawa ada ayat-ayat Al Quran yang menguatkan maknanya ini. Ayat yang tersebut di atas inipun memberikan kehormatan ‘umat yang paling baik’ ke atas kita,syaratnya kita hendaklah menyampaikan ajaran Islam, menyeru umat ke jalan Allah serta menegah mereka dari berbuat maksiat.

Para mufasir jelas menafsirkan bahawa dalam ayat ini pendakwah kebenaran telah disebutkan dulupun dari ‘Iman’ padahal ‘Iman’ adalah pokok pangkal bagi segala keimanan dan segala amalan dalam islam. Sebabnya ialah ‘Iman’ adalah satu hal yang semulajadi di kalangan segala bangsa di dunia ini. Yang memisahkan umat islam dari yang lain-lain khasnya ialah mereka menyeru umat kepada membuat kepada kebajikan dan menegah mereka berbuat maksiat. Inilah sebabnya yang ulung umat islam unggul, kalau mereka menghayati dan mempraktikkan Islam.

Kerana tidak ada sesuatu dalam Islam yang dapat dipercayai tanpa iman.

  1. Allah raja sekalian raja yang kerajaannya seluruh langit dan bumi serta diantara duanya tapi kita masih mengharap pada makhluk.
  2. Malaikat ada di bahu kiri kanan kita mencatat amal perbuatan kita tapi kita dengan senang hati buat maksiat bila bersendirian
  3. Kita mencari sahabat yang sejati buat menemani susah duka kehidupan tetapi kita lupa dalam kubur nanti keseorangan juga sedangkan Al-Quran akan mendapat rohani dan jasmani yang dapat menemani, melindungi dan membela kita pada masa tu. Tapi adakah kita menjaga hati sahabat yang satu ni? Mahukah dia bersahabat dengan kita?
  4. Kita kata kita cintakan Rasulullah tapi kita tak tahu apa perkara yang menyebabkan baginda menangis dan tersenyum. Apa kualiti cinta kita yang melayakkan kita mendapat syafaat baginda sedangkan ramai lagi yang lebih mencintai baginda jiwa raga?
  5. Hari Akhirat nanti segala rahsia dan keaiban kita akan dipertontonkan kepada seluruh umat manusia tapi kita masih berani main menyorok-nyorok dari manusia.
  6. Apa perasaan seorang kekasih bila kekasih itu kata andai you rasa I tidak bermakna lagi, pergilah cari yang lain atau bila seorang ibu kata pada anaknya andai along rasa ibu tak layak untuk along, pergilah cari yang lain.. Allah pula kata andai engkau tidak menerima Qada’ dan Qadar ku, pergilah cari tuhan yang lain. Siapa kita dan siapa Dia? Bukankah dia yang menciptakan kita? Masih tak mencukupi ke kasih sayang Dia yang dengan sifat Rahman dan Rahim Nya kita masih di sini mendapat hidayah dariNya. Kita ni wujud pun tak lebih, tak wujud pun tak kurang. Percayalah… kita mati pun setakat sehari dua je orang ingat pada kita lepas tu pandai-pandailah kita walaupun masa tu dah tak boleh buat-buat pandai.

Oleh itu nyatalah bahawa umat islam mesti patuh kepada kewajipan menyampaikan kebenaran yang telah menjadikan mereka unggul dari lain-lain bangsa kalau tidak mereka tidak layak mendapat kehormatan lagi. Hendaklah diingatkan bahawa tidaklah memadai dengan mengerjakan kebajikan dan menjauhi kemaksiatan sekali sekala saja bahkan ‘amalan’ ini hendaklah diteruskan dan diamalkan pada setiap waktu higga kita dihadapkan kepada Allah. Ini bukan tugas sementara waktu. Ini tugas tetap. Anda mahasiswa ke, ex mahasiswa ke, ambil kos apa sekalipun, inilah profesion anda… Kita ditemu duga oleh Allah di alam rohani dulu(sebelum lahir).

Bermula dari alam rohani, kita berjanji pada Ilahi..hidup di dunia sbg hamba..menyembah Tuhan buat bekalan..Hari Kemudian..

Biarpun jalan beronak duri..Cubaan Tuhan silih berganti..Kerana iman tetap di hati.. Demi akhirat..Betapa berat..ditempuh jua..

Telah menjadi resam dunia..akan beruntung siapa yang leka..Iman termahal paling berharga..perlu bekorban mendapatkannya..Miskin dan kaya bukan ukuran..iman dan takwa nilaian Tuhan..Ganjaran syurga setia menanti.. Hidup di sana kekal abadi..

Kepada Tuhan kupanjatkan doa..petunjuk jalan pada yang Esa..moga dipimpin dipelihara..Dunia akhirat bakal mendapat..hikmah berkat..’-Hijjaz-

Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar.(4:114)

Dalam ayat ini Allah telah berjanji balasan yang besar bagi mereka yang mendakwah kebenaran. Betapakah lagi besarnya balasan hormat yang dikatakan ‘besar’ oleh Allah swt .

Rasululullah saw bersabda :

v Ucapan seseorang itu mungkin menjadi satu dosa baginya kecuali perkataan-perkataan yang diucapkan selaku memberi perintah untuk membuat kebajikan dan menegah dari membuat kemaksiatan.

v ‘Maukah saya khabarkan satu kebajikan yang lebih bagus dari solat,puasa dan sedekah? ‘ Para sahabat menyahut: Tuan mestilah khabarkan kepada kami kebajikan itu, ya Rasulullah! Nabi menjawab: Damaikanlah antara sesama manusia kerana hasad dan dengki itu memusahkan amalan baik seseorang seperti sebilah pisau cukur membelah rambut.

Tersangatlah banyak lagi ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang menganjurkan perpaduan serta kasih sayang dan cinta mencintai. Apa yang nak ditegaskan disini ialah mendamaikan sengketa umat manusia adalah juga salah satu cara berdakwah ke jalan Allah dan menegah dari maksiat. Menganjurkan keamanan dan kasih mesra di kalangan masyarakat adalah kebaikan yang besar…

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....