Ahad, 18 Disember 2016
Ahad, 2 Oktober 2016
4 Gambar Sekolah Dulu-dulu
Assalamualaikum...
Pagi ini ziarah fb Tok Su Kartini Hassan. Ternampak gambar-gambar sekolah lama tahun 60an.
Tok Su ini adik bongsu arwah nenek @ uwo saya sebelah emak...
Seronok tengok gambar-gambar ini, terbayang-bayang arwah uwo comel ke sekolah begini.
Saya sempat bersekolah dalam bangunan seperti ini waktu darjah 1 di SK Temenggung Ibrahim Penggaram di Batu Pahat Johor.. Ada satu bangunan berbentuk begini tapi sudah dibatukan dindingnya. Lantai masih papan..
Pagi ini ziarah fb Tok Su Kartini Hassan. Ternampak gambar-gambar sekolah lama tahun 60an.
Tok Su ini adik bongsu arwah nenek @ uwo saya sebelah emak...
Seronok tengok gambar-gambar ini, terbayang-bayang arwah uwo comel ke sekolah begini.
Saya sempat bersekolah dalam bangunan seperti ini waktu darjah 1 di SK Temenggung Ibrahim Penggaram di Batu Pahat Johor.. Ada satu bangunan berbentuk begini tapi sudah dibatukan dindingnya. Lantai masih papan..
kantin |
rumah guru besar |
sekolah |
rumah guru |
Rezeki Yang Sudah Tertulis : Rumah Idaman
Assalamualaikum...
Semalam ziarah rumah saudara. Mashaallah rumah idaman!
Rumah biasa-biasa sahaja.. Bukan ada kolam renang atau laman luas.
Rumah idaman sebab ada ciri-ciri yang memang kami suami isteri tercari-cari.
Semalam ziarah rumah saudara. Mashaallah rumah idaman!
Rumah biasa-biasa sahaja.. Bukan ada kolam renang atau laman luas.
Rumah idaman sebab ada ciri-ciri yang memang kami suami isteri tercari-cari.
- Rumah setingkat
- 4 bilik yang muat katil Queen/King
- 2 tandas ( 1 luar bilik dan 1 dalam bilik)
- Dapur luas
- Depan rumah ada kawasan lapang contohnya padang
- Harga bawah RM150K
- Lokasi di bandar
Apabila ditanya bagaimana boleh jumpa rumah begini di Shah Alam?!! Dekat dengan semua kemudahan. Nak apa? NSK? Econsave? Petrol Station? McD? Macam-macam ada menunjukkan lokasinya sangat strategik.
Saudara cakap... Cari dalam mudah.my
Nampaknya lepas ini boleh kita pula rajin melawat laman mudah.my
:) Jiran kebanyakkan beragama Hindu. Setakat ini alhamdulillah baik-baik orangnya. Mudahan Allah bagi hidayah kepada mereka...
Depan rumah ada 'guard', bukan manusia.. Tapi anjing. Saudara rajin bagi anjing makan sebagai sedekah jadi anjing itu jadi pak 'guard' di rumah. Fayyadh punyalah 'excited' menjerit 'dog...dog...dog'. Sibuk nak sayang 'dog'. Terpaksa pegang kuat-kuat tangan dia dan cepat-cepat masuk kereta. Kang dia peluk anjing haru-biru dunia.
:)
Selamat tahun baru
1 Muharam 1438
Isnin, 5 September 2016
Kolam Jiwa Anak : Menyemai Cinta Kepada Majlis Ilmu
Dua minggu lepas saya terbaca buku #parenting tulisan Dr Ujila. Buku itu bercerita betapa penting kita cari majlis ilmu untuk anak-anak. Walaupun anak-anak sibuk bermain dan belum faham, inshallah dengan keberkatan majlis maka anak-anak akan mendapat rahmat dan doa para malaikat di majlis itu.
Alhamdulillah Allah berikan keizinan untuk hadir taklim pagi dan petang di rumah jiran setaman.
Waktu sesi pagi, Fayyadh sangat teruja berkejaran dengan anak lain. Seorang ahli majlis mengingatkan kami syaitan akan cuba mengganggu fokus kita. Apabila gagal mengganggu kita, syaitan akan mengusik anak-anak kita supaya kita hilang fokus. Huhuhu. Jadi kami meneruskan muzakarah sambil anak-anak berlari sambil ketawa mengelilingi kami. Alhamdulillah Allah mudahkan untuk fokus.
Sesi petang pula saya pergi selepas asar. Geng sepermainan anak sudah menyambut di pintu kereta sambil senyum lebar dan kata puji-pujian. Hebat ikram muslimin kawan Fayyadh nih 😂
Waktu orang baca taklim, anak berbual bahasa ayam itik dalam nada yang kuat. Sesekali apabila anak memandang, saya bagi isyarat supaya diam.
Waktu orang baca taklim, anak berbual bahasa ayam itik dalam nada yang kuat. Sesekali apabila anak memandang, saya bagi isyarat supaya diam.
Alhamdulillah tiada sesi berlari petang ini. Geng Fayyadh ajak bermain luar rumah tapi Fayyadh cuma tercegat depan pintu. Semasa datang tadi saya ada bawa Chocolate Chips untuk tuan rumah dan tetamu majlis. Tengok-tengok waktu sedang taklim, Fayyadh dan geng sudah makan dulu. 😂
Alhamdulillah syukur dapat luangkan cuti Ahad untuk bawa Fayyadh ke majlis ilmu. Saya batalkan kelas-kelas tuisyen hari ini semata-mata mahu bawa anak ke majlis ilmu. Dulu kalau nak menikmati cuti, saya bawa Fayyadh ke shopping complex dan playground. Sekarang kena berubah, untuk menikmati hidup perlu bawa anak ke majlis ilmu.
Inshallah pasang azam nak bawa anak ke seluruh dunia untuk menghidupkan majlis ilmu. Moga jadi asbab hidayah ke seluruh alam.
Selasa, 15 Mac 2016
Ingat Mati Dalam Solat
اذكرِ الموتَ فى صلاتِك فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ فى صلاتِهِ فَحَرِىٌّ أن يحسنَ صلاتَه وصلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظن أنه يصلى صلاةً غيرَها وإياك وكلَّ أمرٍ يعتذرُ منه
“Ingatlah kematian dalam solatmu karena jika seseorang mengingati mati dalam solatnya, maka dia akan memperbaguskan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahwa dia masih ada kesempatan melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak malah engkau meminta keuzurun (meralatnya) (kerana tidak mampu melakukannya).” (HR. Ad Dailami dalam musnad Al Firdaus. Hadis ini hasan sebagaimana kata Syaikh Al Albani)
Isnin, 14 Mac 2016
Mati
أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ
“Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan” (HR. An Nasai no. 1824, Tirmidzi no. 2307 dan Ibnu Majah no. 4258 dan Ahmad 2: 292. Hadits ini hasan shahih menurut Syaikh Al Albani). Yang dimaksud adalah kematian. Kematian disebut haadzim (pemutus) karena ia menjadi pemutus kelezatan dunia.
Khamis, 10 Mac 2016
Doa Mama Buat Anak-Anak
الْمَـالُ وَالْبَنُونَ زِيْنَةُ الْـحَيَاةِ الـدُّ نْيَـا.
Artinya: “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia.” (Qs. Al-Kahfi: 46)
Anak-anak inshallah bakal menjadi pemimpin masa depan. Mama sentiasa mendoakan moga kalian menjadi anak-anak yang terpelihara dengan Al Quran, mengamalkan ajaran Al Quran dan menjadi asbab hidayah ke seluruh alam.
Mendidik dan mengasuh memerlukan komitmen padu yang tidak berbelah bahagi. Suka duka itu rencah kehidupan. Setiap hari berharap dapat menjadi ibu yang penuh persediaan tetapi ia mustahil. Maka setiap hari kita perlu top up ilmu. Agama itu teras kehidupan. Hidup berlandaskan Quran dan Sunnah. Selaku ibu kitalah yang perlu menggali mutiara hadis dan Quran...
Dalam sebuah hadis Ibnu Hibban , daripada Abu Huraiah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda " Allah swt sangat memurkai setiap orang yang kasar, banyak makan dan selalu bertempik di pasar-pasar, terbaring (tidur) seumpama mayat pada waktu malam, (pada waktu siang hanya sibuk dengan urusan dunia) seumpama keldai , mahir tentang hal-hal dunia tetapi jahil tentang hal akhirat."
Semoga Allah dapat membimbing kita dan zuriat kita menjadi orang yang bertawa, dapat menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat serta menjadi asbab hidayah ke seluruh alam...
Langgan:
Catatan (Atom)