Sabtu, 2 November 2013

Bagaimana Hendak Mencari Pekerja dan Mengelakkan Pekerja Lari ?

  • Soalan
    Assalamualaikum.
    Lillah apa khabar?
    Brapa bulan dh skarang?
    Sebenarnya akak nk tanya lillah yg dh banyak pengalaman ni..
    Macam mana nk cari pekerja ye?
    Yang betul2 boleh commit..
    kebanyakan yg nk kerja dgn akak sbb nk blaja buat kek..huhu
    bukan akak xboleh ajar..tp bila mereka guna alasan tu, mereka akan berhenti bila2 masa bila dah pandai..tinggalla akak sorang,huhu
    Boleh sharekan pengalaman lillah?
    Trima kasih
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah
    Waalaikumusslm...
    Alhamdulillah....
    Baby sudah dua bulan setengah...
    1) Untuk cari perkerja boleh iklankan di fb, di mudah.my dan melalui sms
    2) Untuk mendapat pekerja buatlah kontrak dan nyatakan semasa proses temuduga.. Contohnya kontrak 1 tahun atau 2 tahun.. Jangan lama-lama sangat... Jika kita rasa serasi, perbaharui kontrak tersebut...
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah
    3) Gaji staff perlulah rasional... Usahakanlah minimum RM1500 ke atas.. Tak kisahlah bisnes kek tu nak beroperasi berapa jam pun, cubalah usahakan gaji staf yang rasional untuk mereka hidup... Untuk permulaan boleh kalau nak bayar RM900.. Tetapi kemudian naikkan RM1000 dan usahakan RM1500.. Setiap kali bisnes berkembang, berikan bonus..
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah
    4) Dalam masa yang sama ikat hati staf-staf dengan usrah. Masa kerja kita tak sempat nak kenali hati budi dan fikiran mereka. Kita tak kenal peribadi sebenar mereka dan keadaan keluarga mereka
    Tapi masa usrah inshaallah kita dapat cuba saling mengenali dan memahami
    untuk seorang staf bertahan bawah majikan, majikan perlulah menunjukkan yang dia memahami, menyayangi dan melindungi staff.
    Staf tidak perlu ada rasa takut kepada majikan.
    Sebaliknya staf perlu rasa hormat kepada majikan.
    Staf tidak perlu ada rasa bisnes ini beban kepadanya. Sebaliknya staf perlu rasa bisnes ini sesuatu yang banyak kebaikan menguntungkan untuk dirinya dan keluarganya
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah
    5) Rezeki itu milik Allah. Allah berhak beri dan berhak ambil. Staf juga begitu. Siapalah kita ni nak tahan staf dari datang dan pergi. Kepada Allah juga kita memohon. Semoga setiap yang pergi akan segera berganti. Semoga yang berganti akan lebih baik daripada sebelumnya. Yakin kepada Allah, sentiasa bersangka baik. Layanilah semua staf dengan hati yang lapang tak kira samada mereka ada niat baik atau tidak, nak kerja lama atau sekejap... Berkongsi sahaja ilmu yang ada... Inshaallah murah rezeki...
  • Nur Khalilah Rasyidah
    Nur Khalilah Rasyidah
    wallahualam....

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....