Sabtu, 23 Februari 2008

khas utk semua pesrta & penggerak MBM

**(coretan diselit di dalam fail peserta sebelum KPP)

ASSALAMMUALAIKUM wbt..

sahabat2 & adik2 yg dikasihi peserta MBM yang dirahmati Allah..
Setelah pelbagai cabaran ditempuhi, syukur Alhamdulillah projek kali ni hampir berjaya.. namun baru hampir je.. belum berjaya lagi. Sama ada berjaya atau tidak, itu terletak di tangan anda dengan izin Allah swt. Andai anda berjaya merealisasikan objektif MBM iaitu mengupayakan mahasiswa, tahniah dan Alhamdulillah.. kita berjaya. Andai tidak..hm, semua penggerak dan peserta perlu kembali bermuhasabah memeriksa kelemahan masing-masing agar pembaikan dapat dilakukan utk MBM akn datang.


Baiklah sahabat2 yang dikasihi sekalian, MBM mahu menghasilkan mahasiswa yang berupaya dlm masyarakat berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Jadi kesemua program, dari KPP hinggalah MBM perlu mematuhi batas syarak.. Modul yang dirangka InsyaAllah telah ditapis agar memenuhi tuntutan ini tetapi peserta-pesertanya pula yang seringkali melewati batasan ini.. Amatlah diharapkan agar MBM kali ini mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kita semua hamba yang lemah, sentiasa melakukan kesilapan, berilah nasihat dan peringatan kepada sahabat-sahabat lain sepanjang program ini. Bukankah sebaik2 sahabat ialah sahabat yang membetulkan kesilapanmu? Dan seburuk-buruk sahabat ialah yang turut sama mengerjakan keburukan bersamamu...


Sahabatku yang dikasihi, dana MBM sebahagiannya adalah dari zakat. Maka secara automatiknya kita semua wajib berniat sebagai fisabilillah sepanjang program ni. Bagaimana niat sebagai fisabilillah tu? Niatkan supaya kita menyertai program ini kerana Allah swt. Dan niatkan yang program ni bertujuan mencari ilmu yang diredhai Allah dan memperbaiki masyarakat kita.. Memperbaiki masyarakat di sini termasuklah diri kita sendiri, kerana kita pun ahli masyarakat. Mengapa kami memilih untuk mengupayakan mahasiswa, dan bukannya masyarakat kampung? Sebab kami percaya masa depan Islam ada dalam tangan adik-adik dan sahabat-sahabat hari ini. Kerana itu pendekatan yang kami ambil ialah dengan membentuk sahsiah mahasiswa. Andai hari ini sahabat2 belajar 10 kebaikan sepanjang program ini, sampaikanlah pada masyarakat kita.. andai kita ada 36 orang peserta kesemuanya dan setiap orang menyampaikan pada 10 orang lagi, dah 360 orang akan mendapat kebaikan tersebut..InsyaAllah..
Ambillah peluang dalam masa yang singkat ini untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu yang boleh dan mulalah membina sahsiah diri yang cemerlang. Di dalam fail-fail peserta terdapat beberapa artikel yang dirasakan penting untuk sahabat-sahabat memahaminya. Jadi tolonglah ambil sedikit masa untuk membacanya.. Setiap individu memainkan peranan penting dalam institusi keluarga. Dan setiap unit keluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat.


Segala pujian untukMu Yang Pengasih lagi Penyayang kerana menggerakkan hati-hati hambamu ini untuk berkumpul dan bersama-sama menjayakan program MBM ini..Semoga segala usaha dan bakti yang kami curahkan ini dapat memberi manfaat dan keberkatan kepada diri kami sendiri dan masyarakat kami. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui kelemahan dan kekurangan diri kami, perbaikilah diri kami dan sempurnakanlah urusan kami. Janganlah engkau buka aib kami di dunia dan akhirat… Sesungguhnya Engkaulah sahaja tempat kami meminta pertolongan.. Amin Ya Rabbal Alamin…


Untuk renungan bersama :

Etika memberi nasihat oleh Imam Shafie :
”Berilah aku nasihat di waktu aku bersendirian dan janganlah nasihati aku waktu aku berada di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang sama ertinya dengan penghinaan. Dan aku tidak sudi mendengarkannya. Apabila kau tidak sependapat denganku, dan aku tidak mahu mematuhi nasihatmu, janganlah marah..”

Sabda Nabi saw:
”Sekuat-kuat ikatan iman adalah bersahabat kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (Riwayat Thabrani)

Sabda Nabi saw:
” Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan sanggup mempengaruhi manusia dengan hartamu, maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan budipekerti yang baik.””

Selasa, 19 Februari 2008

MBM---- sebuah pertemuan--yang amat bermakna

SEBUAH PERTEMUAN


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

KASEH sayang... program PPMUSM

Assalammualaikum fasilititaor2 yg Allah telah gerakkan hatinya utk memberi secebis sinar kepada saudara2 kita d STB.. modul x mrncg utk skolah tsbut dan disediakan utk darjah 4& 5 sekolah biasa. Tapi Allah Yg Maha Mengetahui kelemahan dan kekuatan kita telah memilih insan2 istimewa ini utk diberi sedikit sentuhan. mungkin kita ada kekuatan utk memberi sedikit sentuhan pd hati2 insan2 ini yg kita tidak pun sedar... atau mungkin mereka pula yg ada kekuatan yg akn memberi kesan pada hati2 kita yg menjadi punca hidayah mdktkan kita pd Allah.

sahabat2ku yg disayangi..
walau siapapun mereka, mereka ttp manusia yg ada hati dan perasaan, ingin disayangi, dan sukakan kpd mereka yg baik..cuma kbnykn mereka x pernah dberi pluang utk berubah secara praktikalnya krn masyrakat meragui mereka.. SEdangkan pintu TAUBAT sentiasa terbuka hingga hujung nyawa..

mungkin suatu hari nanti insan2 ini akn menjadi jauh lbh baik dari kita, dan memberi sesuatu yang bermakna masyarakat.. sedangkan diri kita sendiri belum tentu lagi penghujungnya..

Sahabat2ku.. krn kasih kita ingin berbakti.. sampaikan salam sayang ALLAH pada saudara2 kita.. Beritahu mereka setiap ujian yang mereka terima tanda sayang Allah yang merindui rintihan mereka padaNYa.. beritahu mereka bahawa diri mereka terlalu bernilai krn dalam setiap insan telah Allah ciptakan dengan suatu kelebihan yg istimewa berbeza pada setiap manusia.. dan kelebihan itu hanya dia je ada dan org lain sgt2 perlukan utk hidup sempurna.. Sebab Allah x pernah menjadikan sesuatu secara sia2 dan main2....

lahir ku kedunia ku disambiut penuh syukur, bisikan iqamah ke telinga, diasuh mengenal Allah.. diajar sebut namaNya .. diasuh mengenal RasulNya..
salam sayang abah dan emak yg mendidikku tak mengenal jemu..
tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan kalian yang suci itu.. tak berdaya aku membalasnya.. semoga aku menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati kalian..

padaMu Allah aku berdoa dan meminta..
Engkau Maha Pengampun..
ampunilah ibu ayahku..
Di tanganMu terletak takdir mereka..
bahagiakan mereka di dunia akhirat..
Engkau Maha Mengasihani..
kasihanilah mereka..
Engkau Maha Penyayang..
sayangilah mereka..
Engkau Maha Pemelihara..
peliharalah mereka..
Engkau yang memberi rezeki dan rahmat..
berkatilah mereka..

Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah... besar sungguh rahmatMu.. tetapi hamba kerdil selalu terlupa untuk bersyukur.. Ampunkan aku ya Allah.. Ingatkan aku selalu Ya Allah.. Ampunkan aku ya Allah..

Alhamdulillah.. walaupun banyak cabaran dan air mata mengalir dalam menjalankan KEM KANAK2 SEJAHTERA @ KASEH 2008... KASEH telah pun berjaya dijalankan. KASEH kali ini benar-benar memberi kesan pada sekeping hati seorang insan.

SAhabat2ku yg disayangi, aku tak tahu bahasa apakah yang dapat aku gunakan untuk menterjemahkan isi hati ku agar kalian mengerti betapa sayangnya aku pada kalian.. telah ku ungkapkan segala-galanya pada malam muhasabah.. agar kalian mengerti bahawa kita semua punya amanah yang tergalas di bahu.. amanah besar dari Allah.. amanah khas dan teristimewa.. buat hambaNYa umat Muhammad..

Sahabatku, bangkitlah.. bantulah dirimu.. bukalah mata hatimu.. hulurkan secebis pengertian buat insan-insan lain yang masih dalam kebingungan.. Aku tidak meminta ini untuk diriku.. tetapi aku meminta ini semua untuk dirimu.. kerana tahukah kalian, dalam kita mencari hidayah, mendidik kesabaran, mencari kekuatan, mengecapi kebahagiaan dan menggapai redha Allah.. Allah meletakkan semua itu dalam ketaatan kepadaNya.. Taatilah Dia.. Dia mengamanahkan kita untuk saling berpesan dan mengingatkan, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.. ketaatan adalah dengan melaksanakan amanah tersebut..

Oh Tuhanku yang Esa..
Ampunilah hambaMu..
Berikanlahku kekuatan mengharungi dugaanMu
Terimalah taubatku menghapus segala dosaku
Ku pohon restu hidayahMu
Bimbinglah kami dalam kehidupan kami
Satukan hati kami
Satukan kami di syurgaMu nanti...

Sahabat2ku yang disayangi..
banyak yang kita telah pelajari dari STB ttg pengertian sebenar kasih sayang, pengorbanan dan pengertian nilai insan yang tak ternilai.. smoga bakti kecil yang kita curahkan mendapat redha Allah dan menjadi punca hidayah untuk mendekatkan kita padaNya..

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....