Ahad, 25 November 2007
ReMaJa- amanah yg sering dipersiakan
Alam remaja merupakan alam yang penuh cabaran dan dugaan. Di mana ketika inilah remaja sedang membina identiti diri, mahu mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Jiwa remaja perlukan pengisian kerana di peringkat ini berlaku perkembangan paling subur.
Pada waktu inilah pendidikan dan ilmu pengetahuan mudah diterima dan manusia tercorak mengikut pendidikan yang diterima. Baik pendidikan yang diterima,baiklah hidupnya pada masa hadapan dan begitulah sebaliknya.
Sabda Rasulullah saw:
”di dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu baiklah manusia itu. Jika jahat, maka jahatlah dia. Ketahuilah itulah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Remaja perlu sedar, peluang hidup muda hendaklah direbut dengan memperbanyakkan amalan takwa iaitu memelihara diri sama ada zahir mahupun batin. Kata-kata ’muda hanya sekali’ tidak patut dijadikan pegangan remaja sebagai alasan melepaskan diri dari tanggungjawabsebagai hamba Allah. Sedangkan seorang manusia yang mahu hidup senang, sudah tentu sejak muda lagi dia berusaha, bercucuk tanam, berkebun, bekerja keras demi mencapai matlamat hidupnya. Kalau sudah tua baru hendak mula berusaha, tentulah sukar mencapai kesenangan.
Demikian juga untuk beribadah kepada Allah, hendaklah dari muda lagi kita melatih diri. Sebab ibadah yang dibuat s4emasa muda penuh kekuatan, kesegaran dan penghayatan yang tinggi.apabila tua, mudahlah dia meneruskannya kerana sudah terlatih sejak muda. Tetapi kalau sudah tua baru nak beribadah,waktu itu tentulah kesegaran dan kekuatan semakin hilang. Maka ibadah dibangunkan dengan jiwa yang lesu,semangat yang kendur dan hati yang sudah keras dicengkam oleh dosa-dosa.
Ibadah yang begini tidak akan mendatangkan kemanisan dalam hati, tidak membuahkan akhlak bahkan tidak menyelamatkan kita daripada kemurkaan Allah swt.
Ingatlah remaja bahawa muda sebenarnya dua kali. Kali pertama di dunia dan kali kedua di akhirat nanti.dunia remaja sebenarnya dunia penghuni syurga.
Rasulullah saw bersabda:
”sesiapa yang mati dari ahli syurga baik pada masa kecil ataupun sudah besar, semua masuk syurga menja orang muda buat selama-lamanya dan tidak bertambah, demikian pula ahli neraka.”
(Riwayat Tarmizi)
Namun sangat sedikit sekali mereka yang terselamat dari godaan hidup sewaktu remaja, kerana kecenderungan nafsu dan dunia serta pengaruh alam sekeliling yang sangat menarik remaja kepada maksiat dan mungkar. Dan sangat sedikit sekali remaja yang mahu menghiasi waktu mudanya dengan amal ibadah dan amalan soleh. Maka keran terdapat sebuah hadis yng berbunyi:
”Telah takjub Tuhamu dari seorang pemud yang tidak pincang fikirnnya.”
Diriwayatkan dari sebuah Hadis Qudsi, daripada Allah swt bahawasanya berkata: Wahai pemuda yang membelakangi syahwatnya keranaKu! Engkau di sisiKu sama tempat dengan setengah-setengah malaikatKu.
Umur muda ini sebenarnya adalah medan untuk meningkatkan amalan takwa. Masa inilah kita patut belajar dan praktikkan segala suruhan Allah swt. Ibadah perlu digilap dan diperhalusi supaya bila kita melangkah alam dewasa, jiwa kita sudah bersedia dengan iman dan takwa kepada Allah.
Sabda Rasulullah saw:
”rebutlah peluang lima sebelum lima; masa mudamu sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum masa papa dan masa hidup sebelum masa mati. ”
Langgan:
Catatan (Atom)