Jumaat, 5 Ogos 2011

Ramadhan ku yang Manis ~

Sabda Rasulullah SAW.:
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". 
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maha Suci Allah yang menciptakan ombak laut sebagai pengajaran kepada manusia yang berfikir. Setiap kali ombak menghempas pantai, setiap kali itulah pantai berubah. Indah... Begitulah juga manusia, setiap kali dihempas ujian, setiap kali itulah akan berubah.. Bertuahlah bagi manusia yang menerima percikan hidayah untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya...

Seminggu sebelum Ramadhan adalah 'Minggu muhasabah'. Saya menangis siang dan malam selama 7 hari dan kehilangan nafsu untuk makan. Hasilnya sangat baik iaitu jiwa ini menjadi damai dan berat turun 5kg! Alhamdulillah.. Saya bersyukur kerana Allah memberikan satu Booster sebelum bermulanya Ramadhan supaya saya dapat bersedia mental fizikal untuk menghadapi bulan mulia ini...Jauh di sudut hati terasa sangat-sangat bahagia. Manis sekali!

Hari pertama Ramadhan, salah seorang daripada adik lelaki saya yang sudah bekerja mengajak kami sekeluarga termasuklah Romlah (kawan baik saya) berbuka di luar. Sebelum ini saya pernah menolak apabila dia mengajak saya keluar makan, akibatnya saya menanggung rindu nak berjumpa dengan dia. Jadi saya pun tekad  membatalkan kelas dan mengikut keluarga berbuka di luar. Kami berbuka di sebuah hotel. Sempat berbual ringkas semasa makan. Jauh di sudut hati terasa sangat-sangat bahagia. Manis sekali!

Pada waktu bersahur, saya akan set alarm punyalah banyak.. Setiap selang 5 minit, handphone saya akan menyanyi. Saya memaksa diri untuk tidur selewat-lewatnya pukul 12. Jangan lewat! Sambil berbaring saya akan berzikir Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar sebanyak 33 kali. Zikir ni Nabi saw ajarkan kepada Fatimah r.a supaya apabila bangun tidur, badan rasa segar.

Kemudian selawat dan baca surah Al-Ikhlas 3 kali. Akhir sekali baca doa tidur... Doa yang Nabi saw ajarkan ialah "Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.

Memandangkan ada kemungkinan untuk mati semasa tidur,saya bermuhasabah diri dan memaafkan manusia lain sebelum tidur..

Kadang-kadang mata tetap masih segar maka saya pun berdoa "Ya Allah, tolonglah tidurkan aku.. Esok nak bangun qiam....Tolong aku.." dan Alhamdulillah lepas tu memang tertidur. :) Jauh di sudut hati terasa sangat-sangat bahagia. Manis sekali!

Selalunya pukul 4 pagi saya dah pun bangun dan ready untuk solat-solat sunat.. Dalam pukul 5 pagi barulah saya kejutkan adik-adik bersahur. Makan sahur dalam 5 minit je, lepas tu prepare untuk solat subuh...

Lepas subuh, baca Quran..

Pukul 7 pagi tonton Tanyalah Ustaz. Kemudian bertaqlim dengan family.

Then mandi diikuti solat Duha.

Lepas tu baru buat kerja.. Alhamdulillah.... Kemudahan untuk beribadah merupakan suatu nikmat Allah.. Tanpa izin dari Allah kita tidak akan mampu untuk melakukan apa-apa.... Maha Suci Allah...
Betapa manisnya iman ini hanya akan dirasai oleh mereka yang berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah...

Saya tidak pasti apakah sempat saya tiba ke penghujung Ramadhan... Ajal itu datang secara tiba-tiba.
Ajal itu sendiri menjadi sangat manis kerana ianya menjadi pintu seorang makhluk bertemu Penciptanya Yang Maha Pengasih..

Moga kemanisan iman ini dapat dirasai oleh sahabat-sahabat sekalian.... Aamiin...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....