Isnin, 9 Mei 2011

Masalah itu kembar kehidupan

Minggu ini sangat mencabar. Banyak perkara untuk difikirkan dan keputusan perlu dibuat. Saya cuba untuk bertenang. Masalah itu kembar kehidupan. Jadi, tiada apa yang menghairankan.  Tiba-tiba kepala diserang pening yang bersangatan. Migrain datang kembali.....

Seorang teman pernah berkata "Semakin dewasa, semakin besar masalah hidup."

Kiranya saya ini normal kan? =) Namun saya harus menjadi profesional, mampu mengawal emosi.

Tanda-tanda stress sudah mula menampakkan diri..Migrain.

Lagi 15 minit kelas malam akan bermula. Mahu batalkan kelas atau tidak. Kasihan pula kepada pelajar-pelajar yang sudah bersusah payah dan begitu bersemangat datang ke mari. Hmm, tak apalah teruskanlah.. Kelas berjalan dengan sangat baik dan menyenangkan.Topik Loci cuma perlu melukis menggunakan jangka lukis. Mudah. Mereka membawa hadiah hari jadi saya. Hai, sudah lewat 4 hari! Tetapi terima kasih.. I like it! hehe...

Malam itu tidur awal. Segala masalah yang tidak selesai difikirkan dibiarkan tergendala.....

Pada akhirnya saya akur, bukan semua urusan mampu kita selesaikan. Saya kalah kepada kehendak-Nya!

=)

Bangun pagi ini terasa sudah boleh berdiri semula dan sudah boleh menaip sms di handphone. Alhamdulillah, sedikit masalah yang tergendala  semalam dapat diselesaikan. Masih ada banyak lagi perkara lain untuk diselesaikan.

Terasa seperti semakin uzur dan tua. Sudah tidak secekap dan selincah dahulu. Minggu lepas demam seminggu, batuk-batuk masih bersambung hingga ke pagi ini. Betapa nikmatnya menjadi sihat. Betapa sedikitnya bersyukur selama ini.

Selepas solat duha, bersimpuh membelek Al-Quran dan membaca terjemahannya...

Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.

Ya, semua yang terjadi ini sama ada baik atau buruk adalah kehendak Allah. Sekiranya Allah berkeinginan sesuatu itu dipermudahkan, ianya akan menjadi mudah. Sekiranya Allah berkeinginan untuk menyukarkan sesuatu, ianya akan disukarkan. Semua ini kehendak-Nya. Semua penyelesaian masalah ini ada pada-Nya. Maka serahkanlah kepada-Nya!

Selesai semua masalah saya..... Alhamdulillah. =)

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....