Isnin, 7 Jun 2010

Diantara dua cinta...


Ya Allah...

Diantara dua cinta...
saya memilih cintaNya..

Dalam kekalutan ini, Dia menghadiahkan saya kedamaian...
Dalam keterasingan ini, Dia menghadiahkan saya teman-teman yang setia...
Dalam kesempitan ini, Dia menghadiahkan saya hati-hati yang ikhlas..

Dan apakah lagi yang patut saya lakukan selain bersujud padaNya dengan sepenuh cinta?
Sujudkan dahi ke bumi..
Sujudkan hati pada Ilahi..

"Kak.. saya dah lepaskan semuanya untuk saya berada di sini.."sayu seorang adik meluahkan isi hatinya. Saya terharu.
"Ya dik.. akak tau. Akak pun begitu juga. Manusia mungkin tak tahu, tapi Allah tahu. Kita tak usah mengharap balasan manusia ya, kita berharap kepada balasan Allah.."sambung saya.

Diantara dua cinta....
Hati diduga, iman berbisik memberi kekuatan melalui ayat-ayat cintaNya..
Ya, tidak sekali-kali saya meragui firmanMu..
Bahawa segala sesuatu yang dilakukan kerana mencari keredhaanMu pasti tempatnya di sisiMu..

Diantara dua cinta...
Katakanlah "Cukuplah Allah untukku.."
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....