Jumaat, 29 Mei 2009

ibarat layang-layang... :'-(


angan-angan dan keinginan manusia
ibarat layang-layang...

bebas dan jauh menerawang...

Dan tali penghujungnya, adalah batasan umur

panjangnya sekadar yang 'tuan'nya tetapkan...

Seringkali lalai... bila-bila boleh disentap oleh 'tuan' nya
turun menjunam bumi

Atau....
tika dibuai anganan,
tali umurnya putus....
Tak selamatlah lagi...

:'-(

Wahai orang-orang yang beriman!

Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha",

mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan
memasukkan kamu ke dalam Syurga

yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;

cahaya (iman dan amal soleh) mereka,
bergerak cepat di hadapan mereka dan
di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan);

mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):
“Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan

limpahkanlah keampunan kepada kami;
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.


(At-Tahrim : 8 )

2 ulasan:

  1. Salam persinggahan...

    Benar, hdiup andai diibarat seperti layang-layang sukar dijangkakan...

    Andai masih ada pengemudi, layang-layang mampu dipandu arah...

    Andai sudah putus talinya dan tiada lagi pengemudi, hilang arah dan terus jauh melayang entah ke mana...

    Justeru jadikan iman pengemudi hati agar tidak kesasar jauh...

    Salam perkenalan dari saya,
    Balqis

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan kembali...

    moga segala perkongsian akan mendapat manfaat dunia dan akhirat bersama...

    amin...

    :)

    jom taaruf balqis..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....