Khamis, 6 Jun 2013

Kalau ditakirkan suami kehilangan pekerjaan....



Soalan yang sangat menarik dan membuatkan saya tersenyum. Soalan yang menakutkan dan ianya pahit untuk ditelan? Benarkah pahit?
Soalan ialah : Kalau ditakirkan suami kehilangan pekerjaan, sedangkan isteri masih boleh bekerja, dianjurkan untuk bercerai ?

Jawapan saya khusus untuk lelaki : suami perlu berusaha mencari pekerjaan... selebihnya terpulang kepada budi bicara suami isteri. selagi isteri masih mampu bertahan, isteri akan bertahan. jika isteri sudah tidak tahan, dia berhak utk bercerai....

Jawapan saya khusus untuk perempuan : (Saya belum berkahwin jadi jawapan saya ini mungkin salah kerana saya tiada pengalaman. Saya sendiri cuba memujuk hati. Mungkin suatu hari nanti hati saya juga akan berubah.)
Walaupun kita berhak untuk bercerai, namun masih banyak perkara yang perlu difikirkan. Bagaimana nasib anak-anak yang akan membesar dalam keadaan ibu bapa bercerai? Jika kita bercerai dengan alasan suami tidak memberi nafkah zahir seperti duit maka eloklah kita bermuhasabah semula. Suami bukanlah pemberi rezeki. Suami cuma perantara sahaja. Allah adalah pemilik rezeki yang mutlak. Jadi sebagai isteri dan juga ibu, bangunlah malam bermohon kepada Allah, berdoa dan hampirkan diri kepada Allah. Setiap ujian yang melanda pasti ada hikmahnya. Jika rezeki kita sudah tiada di dunia ini, pasti kita akan dimatikan. Tapi selagi kita hidup, Allah yang menjaga rezeki kita. Kebetulan suami pula buat hal. Jika kita yakin pada Allah, tentu kita juga yakin bahawa ujian ini adalah daripada Allah. Maka kita minta kekuatan daripada Allah. Hari ini suami diuji dengan kesempitan yang mana dia juga tidak inginkannya. Setiap kesusahan pasti ada akhirnya. Pastinya kesempitan rezeki itu cuma sementara. Tidak mahukah kita menjadi isteri yang setia bersama susah senang? Bukankah pada saat diuji baru terbukti nilai cinta?


 

Ah mudahnya saya berkata-kata kerana saya belum berkahwin. Ada jiran saya yang menangis sampai dihalau daripada rumah kerana suaminya mengabaikan nafkah zahir. Disebabkan saya mengkagumi isteri ini, saya jemput dia bekerja dengan saya. Ibu saya juga mengajaknya bekerja separuh masa di tempat ibu saya. Isteri ini sering memuji suaminya dan tidak memburuk-burukkan suaminya walaupun jiran-jiran lain sudah puas mengutuk suaminya. Saya tidaklah berharap diuji sampai ke tahap ini, tetapi saya sangat berharap dapat mencontohi kesopanan dan ketabahan kakak itu.

Akhir sekali, jika kita berkahwin untuk yang indah-indah sahaja, itu adalah dongeng. Apabila sebut tentang kahwin, maka syaitan akan menjadi marah, sedih dan memberontak. Syaitan akan bekerja keras supaya orang yang belum kahwin takut mahu kahwin. Setelah berkahwin, syaitan bekerja lebih keras supaya orang yang sudah berkahwin bercerai. Jadi, kalau terbit di hati rasa nak bercerai sedangkan keadaan tidaklah begitu serius, ini tak lainlah peluang naik pangkat kepada syaitan.

Saya sendiri tidak tahu masa depan saya.. Ianya rahsia Allah. Apapun saya yakin Allah sentiasa mentakdirkan yang terbaik untuk saya. Jadi, saya senang hati . Alhamdulillah.. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....