Selasa, 6 Mac 2012

Astagfirullah....

Selesai solat isyak, saya terpandang jari kaki yang bewarna ungu. Terkejut.
"Kenapa warna purple jari kaki ni,"soal saya kepada adik.
"Bibir pun sama daripada tadi lagi."kata adik.

Sejak dari tadi adik sudah banyak kali menyuruh saya baring tetapi saya berdegil. Setiap kali hendak baring, ada sahaja urusan hendak dibuat. Bermula pagi tadi sehinggalah malam, saya belum sempat melelapkan mata sedangkan saya wajib rehat yang banyak.

Tangan saya menggeletar menahan sakit di pinggang.
Akhirnya saya baring dan... tak boleh bergerak. Air mata turun laju. Pembantu saya menyuruh memperlahankan air cond kerana saya sudah kesejukan.
Adik menarik selimut menutup badan saya.

Malam itu balik ke rumah emak kerana khuatir tengah malam keadaan saya semakin serius.

Keesokkannya kena marah dengan emak sebab saya tidak cukup rehat. :) "Doktor cakap apa?" Emak mengingatkan pesanan doktor yang panjang lebar.

Bulan ini agak sukar dengan pelbagai cabaran baru. Sangat banyak. Namun saya meredhainya kerana saya yakin semua ujian itu adalah peluang untuk saya memperbaiki diri. Jarang mampu melafaz "Astagfirullah" dengan setulus hati kecuali ketika sedang nyawa-nyawa ikan seperti malam semalam. :) Jadi saya bersyukur kerana saya sakit... dan sakit ini sering berulang... dan lama... dan mungkin sehingga hujung nyawa..

Moga-moga Allah ampunilah saya....Moga-moga saya sempat menyediakan pelapis baru untuk menggantikan saya. Moga-moga anak-anak saya (pelajar-pelajar) akan terpelihara dalam kasih dan sayang. Ingat, cikgu mahu jumpa kamu semua di syurga!

p/s: gambar tiada kaitan. rasa macam nak makan kek. minggu ni hari-hari ada sahaja orang hantar kek. :) Allah mengkabulkan hajat di hati tanpa perlu diri berbicara. tinggal hanya mahu melafaz syukur dalam kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....