Isnin, 2 Januari 2012

Sayang Dengarlah Untuk Pedoman

Sayang dengar lagu ini.
Untuk kau sandarkan buat pedoman.
Jangan manis terus ditelan, pahit terus dibuang...
Itu bidalan, harus kau renungkan.
Andai kau beroleh bahagia.
Ingat itu bukan untuk selamanya.
Andai kau dalam sengsara.
Ingat itu bukan untuk selamanya.
Hidup ini sementara.

Subhanallah.. Mungkin inilah jawapannya. Ketika hari pertama menerima Katy, saya khuatir Katy akan mati kerana cirit birit berdarah dan lansung tidak mahu makan. Katy berkurap dan berkudis, kutu punyalah banyak.
Katy
Perry pula selsema dan bernanah di kaki. Selepas 2 minggu, Katy semakin cergas, kuat makan, mulutnya bising. Cirit Katy pula akan sembuh apabila Katy makan makanan saya. Maksud saya, Katy tak boleh makan makanan kucing. Saya perlu berkongsi bekal makanan saya dengan Katy (pinggan berlainan ye..). :D.
Perry
Saya tertanya-tanya bagaimana kudis dan kurap Katy sembuh? Bagaimana Katy yang dulu sangat comot kini menjadi bersih? Pagi ini saya mengintai mereka berdua. Rupa-rupanya Perry sedang menjilat Katy dengan penuh kasih sayang. Pengajaran yang besar untuk diri saya, bahawa meskipun dalam keadaan lemah dan tidak sempurna, kita masih mampu untuk membantu insan lain yang lemah. Ada kalanya luka sendiri gagal untuk diubati tetapi boleh pula kita mengubati insan lain. Itu juga bermakna luka kita ada ubatnya, tetapi ada pada orang lainlah. :D Indah pengajaran daripada kucing-kucing. Subhanallah :)

Sesungguhnya dalam penciptan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabbana, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" 
[Ali-Imran :190-191]

Sayang Menyayang



Dengarkanlah lagu ini :) Renungkan liriknya.... Moga bermanfaat duni akhirat. :)


Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....