Ahad, 27 November 2011

Jangan Takut, Allah kan ada! (part 1)

Masih segar diingatan detik-detik bersabung nyawa beberapa hari lepas. Masih terasa kepedihan yang menyebabkan saya bukan setakat mengerang malah menangis bersungguh-sungguh. Masih teringat pandangan terang dan gelap sewaktu membuka dan menutup mata. Masih kedengaran suara-suara mereka yang mgangkat saya. Masih kuat kenangan tunggang terbalik di dalam ambulans. Masih terasa tangan emak yang memegang kuat kepala saya sewaktu menahan saya daripada tergolek ke lantai ambulans.

Ya Allah, saya mendengar semuanya. Air mata masih terus mengalir meskipun tiada lagi suara yang keluar. Lemah longlai, lembik!

Sebaik sampai di hospital 3 kali morfin dicucuk ke dalam badan saya. Pedih. Setiap kali terpandang abah, saya meminta untuk solat isyak
"Awal lagi, nanti" kata abah.
Saya mamai akibat kesan morfin.
Masih sakit.
Tertidur.
Terjaga.
Ternampak jam sudah pukul 10 malam.
Terjaga lagi sekali dan abah ada di sisi.
"Nak solat bah..."rayu saya.
"Isyak masih panjang,"
Saya terlena semula. Namun setiap kali terjaga itulah yang saya rayukan. Mahu sahaja saya bersolat terus tetapi aurat saya terdedah. Cuma sehelai kain menutup tubuh saya. Air mata panas tidak henti-henti mengalir.
Abah sudah tiada di sisi. Tinggal saya sendirian yang masih antara sedar dan tidak.
Seorang lelaki muncul membawa saya x-ray. Dia berusaha berbual dengan saya namun saya cuma mampu ketawa kecil. Mengapa ketawa? Entahlah otak dah tak betul.

Jam 2 malam, morfin sudah berkesan. Tiada lagi rasa sakit tetapi saya masih lembik. Duduk pun tidak mampu. Emak memakaikan pakaian saya dan tudung. Lelaki tadi muncul semula. Alangkah terkejutnya dia sebaik melihat saya. Barangkali dia tidak sangka saya bertudung labuh sedangkan tadi saya begitu seksi! -.-

Jam 3.30 pagi saya tiba di hospital Pusrawi. Jam 4 pagi saya selamat sampai di wad. Abah mengambil sebuah bilik yang mempunyai tandas. Mudahlah menjaga aurat kerana saya seorang sahaja pesakit di dalam bilik itu. Saya pun bersolat isyak.. Alhamdulillah.
Abah pesan "Jangan tidur sebelum bagi salam!"
Saya ketawa kecil.
Betapa bahagianya dapat bersolat. Kemudian emak abah balik rumah untuk berehat. Saya pun tidur sekejap. Kemudian bangun semula dan berjalan perlahan ke tandas berwudhuk. Basah baju saya kerana tidak boleh bongkok di sinki. Gembiranya dapat bertahajud! Ya Allah, terima kasih!

Terlalu mahal kenangan di hospital. Banyak perkara yang berlaku. Lain kali baru cerita. Saya sudah letih.... :)


Alhamdulillah... Ya Allah, aku mohon cinta kepada-Mu seperti yang Kau cintai.. aku mohon kerinduan kepada-Mu seperti yang Kau cintai....

3 ulasan:

  1. Lillah.........

    Terima kasih kerana berkongsi..

    Setiap hari jika terlihat lillah update status fb, ia cukup buat org rasa lega. Lillah boleh menaip!

    Tetapi org tahu, lillah sdg berjuang utk itu, biarpun sakit msih terasa. Hanya Allah yg mampu membalas kebaikan yg lillah lakukan..

    Lillah sahabat istimewa, sungguh bertuah krn dapat menjadi sahabatmu..

    Moga Allah permudahkan urusan lillah..dunia akhirat..aamin

    =')

    BalasPadam
  2. Allah menguji hamba-Nya kerana Dia Maha Penyayang. Dia sygkan hamba-Nya. akak jgn ptus asa ya, kerana Allah sentiasa berasa disisi kte smua.

    BalasPadam
  3. Salam Lillah...

    Sahabat yang dah lama tak dihubungi...

    Semoga Lillah segera sembuh..

    BalasPadam

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....