Ahad, 24 Ogos 2008

soal hati dan perasaan

seminggu cuti.. cuti pertengahan semester.. saya tak balik.. masuk lab everyday utk siapkan bermacam-macam kerja.. tak ada bezanya dengan hari kelas biasa.. semester ni ambil 3 lab dan final projek. so.. memang makmal dah jadi rumah kedua.. dan ofcourse rasa agak stress sebab banyak kerja.. Ya Allah, pujuklah imanku untuk bersabar.. pujuklah imanku utk redha..
Allah mendengar..

masa cuti ni.. dok di lab sorang-sorang.. berfikir dan terfikir.. ttg masa depan.. sama ada nak teruskan apa yang sedang diperjuangkan (mendidik diri & insan lain) atau nak memberi sepenuh komitmen pada bidang kerjaya. bila bersembang dalam family, semua adik-adik nak mencapai awan cita-citanya.. adik saya ada yang akan ke luar negara untuk degree dan ada yang bakal menjadi jejaka awan biru,pilot.. yang lagi seorang masih di SBP.. yang bongsu,baby girl masih ingat main je. mak abah? masih menjadi penguat semangat dan memberi motivasi kepada semua anak-anaknya.. Alhamdulillah..

Bersyukur sangat pada Allah sebab melahirkan saya dalam keluarga ni yang saling melengkapi dan kukuh mengukuhkan.. dan bersyukur sbb dikurniakan perjalanan hidup yg berbeza dari kebanyakkan insan.. bersyukur sebab terpelihara dari benda2 yang tak elok.. bersyukur sbb diberi rasa utk bersyukur.. bersyukur sbb dpt mengenali ramai insan2 yg mendidik diri saya.. sama ada secara lembut didikan itu.. atau secara keras.. semuanya ada kelebihan tersendiri.. Alhamdulillah..

Allah mendengar.. Masa cuti tu saya bertemu dgn kwn2 yang sama2 tak balik.. dan mcm biasa share problem mereka.. masa tu saya buat satu kesimpulan. Manusia ni kalau ada masalah hati (cinta monyet @ cinta terlarang @ cinta nakal), hebat macam mana pun dia pasti kecundang. hilang segala wibawa.. hm.. so, macm mana nak settelkan..?? perlu dicari solution. sebab ramai sungguh adik2ku dan sahabat2ku yang terkena wabak ni.. Kembali pada yang memberi masalah tu, kembali pada Allah.. Dia menciptakan hati.. Dan Dia tahu segala isi hati.. Dan Dia juga yang mampu memelihara hati tu..

Alhamdulillah saya tak ada lagi masalah hati setakat ni. Dan saya rasa saya perlu share cara saya hadapi benda ni.. supaya mungkin ada sahabat di luar sana menghadapi benda ni dan still tercari-cari penawar penyakit hati ni.. Semoga sedikit perkongsian ni mendapat kbaikan dunia akhirat bersama.
What I do? Doa~ "YA Allah.. jangan Kau biar aku jatuh hati pada mana-mana lelaki kecuali dia sah menjadi suamiku.. Ya Allah, kurniakan aku kemanisan mencintai Engkau sehingga aku tidak memandang cinta dunia dan makhluk.. Ya Allah, hidupkan aku dengan mencintaiMu sepenuh jiwa raga dan matikan aku dalam keadaan hatiku hanya mencintaiMu.."

Then.. jagalah diri.. peliharalah aurat.. peliharalah kelakuan.. khusyukkanlah solat.. banyakkan membaca tentang kisah perjuangan pemimpin agama terdahulu.. Mereka settel bab masalah hati, thats why perjuangan mereka gemilang dan terbilang.. macam mana kita nak berjuang menjadi seperti mereka sedangkan hati kita tak macam mereka.. kalau tak dapat ikut 90%, at least kita tetap berusaha membersihkan hati ke arah tu.. sahabatku.. saya sayangkan kalian.. dan saya tak mahu lihat kalian kecewa.. saya tak suka melihat air mata dibazrkan untuk perkara yang sia-sia.. saya tak suka melihat kalian termangu-mangu untuk perkara yang sia-sia.. mengapa kalian meragui janji Allah?? bukankah dia dah menetapkan soal jodoh tu? Andai jawapan kalian kerana ingin berusaha ke arah itu.. sedarlah, usaha memikat dan terpikat yang kalian bermain ini bukanlah suatu usaha sebaliknya perangkap beracun. Berusahalah seperti yang syariat tetapkan.. Yang Allah bimbing.. Yang orang-orang soleh lakukan.. Mereka mendidik diri, memelihara diri, memantapkan diri dan mempersiapkan diri.. mereka melakukan itu semua lebih dari berusaha mencari pasangan yang mampu mendidik, pasangan yang terpelihara, pasangan yang mantap dan pasangan yang bersedia.. fokus mereka diri sendiri.. mengapa?kerana kubur tu tetap single.. tak ada size queen atau king..

Hm.. bila dah third year ni memang tak dinafikan diri ni mula ditanya2 oleh mereka-mereka yg sedang mencari. namun saya cuma boleh pilih satu je. Dan saya pun tak tau yg mana satu, Allah je yg tau. Maafkan saya krn eggan dirapati krn menjaga batasan syariat. Maafkan saya krn selalu memberi tazkirah pd shbt2 ttg soal hati sbb saya tak sanggup melihat kalian terkorban krn perkara remeh ni..

Saya dipertemukan dgn seorang gadis minggu lepas.. Dah lama saya kenal dia. tapi baru last week saya dapat mengetahui kisah hidup dia. Sambil menunjukkan gambar2 family dia, dia bercerita ttg keluarganya. Dia sangat istimewa kerana mampu survive dlm tekanan hidup yang mencengkam. Dia anak terbiar yang berdikari dan tegas. Dan katanya saya orang luar pertama yang tahu kisah hidup dia.. YA Allah.. terharunya saya. dia tak bagi saya nangis. dia tak mahu saya simpati sbb itu cuma akan membuat dia sedih..
dan last sebelum saya balik dia bertanya.
"Lillah pernah bercouple?"
saya terkejut.
"Tak pernah,"saya menjawab. soalan diulang tiga kali. jawapan yang sama saya beri tiga kali. kemudian saya menyoal dia pula.
jawapan dia "Saya dah cukup ada masalah sendiri. kenapa nak tambah masalah orang lain lagi. Tak ada faedah bercouple. Saya nak yang betul-betul suami yang baik. supaya keluarga saya nanti lebih baik".

Dan masa tu terjawab satu persoalan yang bermain di fikiran saya...
jika benar saya mahu menjadi seorang pendidik insan.. jika benar sahabat2 mahu menjadi seorang pendidik insan.. kalian harus sanggup bekorban.. temasuk soal cinta dan perasaan.. kerana setiap langkah yang kalian ambil ada orang yang ingin mencontohinya. Alhamdulillah saya dapat jujur menjawab soalan dia tanpa ragu-ragu kerana masih terpelihara.. Ya Allah,peliharalah hamba daif ini di dunia akhirat.. Tentu dia kecewa jika saya menjawab pernah bercouple.. dan dia akan kecewa kerana dia sangat mempercayai saya.. dan dia mahu menjadikan saya sahabt dia.. Mengapa dia akan kecewa jika saya menjawab pernah? krn dia tau cople tu sia-sia. dan dia lihat terlalu ramai yang mensia-siakan diri mereka utk perkara sia-sia tu. dan setelah sekian lama mencari teman.. dan setelah dia beri kepercayaan kpd saya..
"lillah orang luar pertama yang tahu tentang hidup sebenar saya,"

Sanggupkah saya mengecewakan dia?
mengapa saya perlu fikirkan soal kecil ttg masalah hati sedangkan ada permasalahan umat yg besar yg perlu saya fokus.. apalah sangat saya korbankan seorang manusia utk beratus-ratus anak2 terbiar di luar sana..

Ya Allah, jadikanlah diriku keluargaku dan sahabat2ku sebagai punca hidayah kepada orang sekeliling kami.. berilah kami hidayahMu.. berilah kami cintaMu.. berilah kami ilham dan petunjuk.. Bimbinglah kami hambaMu yang mendambakan cintaMu..

sebaik memandang wajah adik2 dia yang terbiar.. hati kecil berdoa.. doa baru yg sblm ni tak pernah doa.. "Ya Allah, andai suatu hari nanti diriku menjadi ibu, izinkanlah aku menjadi ibu kpd anak2 yang tidak beribu ini.."
Satu lagi perkara yang membuatkan saya sangat2 terharu.. dia mengeluarkan sebuah buku.
"ini buku utk catatan pengisian.. Saya masuk PPM sebab saya sukakan pengisian nya.. saya nak tolong diri sendiri.. saya nak belajar.. "

jawab saya"Ya Allah.. Z (bukn nama sebenar), alhamdulillah.. terimakasih sbb sudi share dgn lillah.. Lillah syukur sangat sbb dpt jumpa dgn insan terpilih mcm Z. Lillah nak Z bangun dan mari kita sama2 share kisah kita dgn yg lain.. Semoga sedikit perkongsian kita dapat memberi haapan baru pd mereka Z.. Kalau kita pernah sakit, pastikan orang2 yg kita sayang tak sakit.. kalau kita pernah jatuh, pastikan kwn2 kita tak jatuh di tmpt yg sama. kita kena bangun dan keluar Z. tak ada apa yg perlu dimalukan dan disesalkan.. semua pkra yag telah berlaku adlah sejarah dan takdir. semuanya ada hikmahnya. hatta sehelai daun yg gugur ada hikmahnya.. Z,"

Alhamdulillah.. terima kasih Allah krn menemukan diriku dgn dirinya agar daku dpt belajar dan menjadikan dirinya kekuatan buatku menyelusuri hidup ini

Lawatan Follow up STB (KASEH)

Izinkan aku menzahirkan isi hati ini ya Allah.. :’-(

Ya Allah.. aku berjuang mencari iman dan takwa..

8 bulan berlalu dengan cepat. Janji tetap janji. PPM sebelum ni pernah membuat program KASEH di Sekolah Tunas Bakti.. 8 bulan yang lalu.. dan sebelum balik, kami berjanji untuk menjemput adik-adik kesayangan kami ke USM pada Hari KONVO.. Em..Ya Allah, betapa rindu dgn adik2 ni hanya Allah je yang tau.. sebab hanya saudara mara je boleh melawat. Kami ex fasi2 pun tak boleh.. kalau nak jumpa adik2 tu kene buat program, ada kertas kerja.. Sekolah ni bukan calang-calang punya sekolah, POWER punya sekolah.. :-D Ala-ala Henry Gurney.. Bukan semua orang boleh masuk suka-suka hati ke sekolah ni.. Hanya insan-insan terpilih je boleh.. Istimewa lah katakan.. (Pergi ke STB dan bertemu dengan adik2 ni merupakan antara perkara yang paling manis dalam hidup saya. Peduli apa orang kata, saya suka dan saya sayang adik-adik ni.. )
Selepas berhempas pulas menyiapkan segala yang patut, akhirnya tibalah hari yang adik-adik kesayangan kami menjejakkan kaki ke USM.. Pada asalnya pihak sekolah bersetuju membawa 60 orang adik. Tapi akhirnya 35 orang sahaja.. pada mulanya tentatif 4ptg hingga 9.30malam.. akhirnya masa dipendekkan.. 4ptg hingga 6.45petang.. Sayu rasa hati.. Bersyukur3x lillah! Allah dah beri peluang jumpa adik-adik tu jauh lebih baik dari tak dapat jumpa lansung..
Pada hari tersebut.. Pagi tu saya mendapat tahu yang saya perlu kembali ke makmal untuk menyelamatkan lab group saya.. dan saya tak ada pilihan, terpaksa berada di makmal dari pagi sampai ke petang.. Adik-adik PPM tidak henti-henti sms saya tanya tentang nak tunggu di mana?, nak jumpa siapa?, kenapa tak nampak akak?, mana kak kimi?, jadi tak program?, dan… maaf tak dapat join…
Saya ni tak sempat nak jawab sms dengan baik, sebab tengah run machine.. bimbang adik-adik PPM kecil hati.. Ya Allah… hati ku tertinggal di gerai PPM dengan sahabat-sahabatku Ya Allah… Saya rasa lemah sangat masa tu.. Saya merancang nak bimbing adik-adik junior saya ni dari awal program hingga ke akhir..dan setelah berusaha gigih untuk program ni, tentulah saya nak sangat bertemu dengan adik-adik STB saya yang dah lama tak jumpa.. Dan Allah yang lebih Mengetahui yang terbaik untuk saya telah meletakkan saya di makmal buat eksperimen seorang diri.. Dan ketika adik2 STB sampai di USM, saya masih di makmal..
Masa tu teringat sesuatu.. “Ya Allah.. Barangkali hatiku telah tersasar dari landasan keikhlasan.. Ampunilah daku, sesungguhnya Kau yang menciptakan daku dan hatiku dalam genggamanmu.. Aku membawa adik-adik itu kemari keranaMu.. Andai Kau rasa aku di makmal ni lebih baik dari bersama mereka, aku redha Ya Allah..”
At last siap juga kerjanya… Alhamdulillah.. Thank you Allah.. I love U Allah… ;-D
Dan pada pukul 5.45 petang, saya berlari ke tapak ekspo.. Sakit dada.. Sebaik ternampak mereka dari jauh, saya tiba-tiba rasa segan.. Lillah.. control.. Sayang-sayang juga, tapi adik-adik tu tetap lelaki.. dan lelaki akan tetap nampak lillah sebagai perempuan..Mereka sedang makan cendol di gerai kami.. (Terima kasih untuk cendol tu..) Dan bila bertemu dengan adik-adik bekas kumpulan saya.. Saya kelu.. Senyum je yang bolehi.. kami berbual formal..
“Kenapa tak mai tengok kami?” soal si adik.. Saya sebak.
“Bukan tak nak mai.. tak boleh nak mai.. banyak kali kami cuba untuk ke sana, tapi tak dapat.. hanya keluarga terdekat je boleh jumpa..” terang saya. Wajah adik-adik tu tak puas hati.
“Ala akak, akak datang je.. Hari Ahad boleh melawat.. cakap je sedara mara.. adik beradik. Kena pandai ….” Dia berkata sambil memusingkan dua jari telunjuk.. (Bahasa Isyarat untuk ‘putar belit’)
“Yang tu la yang akak tak pandai,” jawab saya sambil membuat isyarat yang sama. Seorang adik saya merajuk. Ketika berjalan di tapak ekspo dia lansung tak mahu bercakap dengan saya. Pandang pun tak mahu. Bila saya bersembang, dia selamba je pergi.. geramnya!!!! Saya paling tension bila saya ‘care ’ orang tu, dan dia pula sangka saya tak peduli kan dia. Saya tahu dia marah sebab saya seolah tak berusaha menziarahi dia di sekolah.. Adikk… janganlah buat akak macam ni, terseksa hati ni.. Saya cuba beberapa kali berjalan seiring dengan dia, tetapi dia tinggalkan saya. Sudahlah, orang tak sudi buat apa nak paksa-paksa.. :’-( Si adik yang merajuk ni jenis pendiam dengan orang yang dia tak rapat dan sangat banyak cakap dengan orang yang dia rapat... sangat berahsia.. Masa buat program di sekolah dulu, hari last baru dia nak bercakap. Dia ni kategori keras hati dan sangat sensitive. Lepas saya menangis, baru lah dia mula bercakap dengan saya. Dan tak berhenti pula bercakap. Rasa macam perangai adik sepupu saya yang belum sekolah, mulut potpet! :-) Tak kisahlah, saya dengar je.. Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka dan apa impian dia..
Sekolah memberi RM10 kepada setiap adik. Tapi semua duit tu dipegang oleh pegawai. Kalau nak beli kene minta pada pegawai.. Rata-rata semua beli makanan.. ada yang belanja kakak-kakak fasi, junior saya. Saya gembira melihat adik2 PPM saya gembira melayan kerenah adik2 kesayangan saya..
“Macam mana dik?” soalan saya berikan kepada semua adik-adik PPM saya.. mereka tersenyum
“Akak… saya terharu, mereka baik sangat.. mereka tak mau jalan jauh-jauh sebab tak nak saya penat,”ucap seorang fasilitator. Saya senyum.. hm, adik-adik lelaki ni memang bermulut manis..
“Ingat pesan akak semalam ye,” saya memegang lengan adik PPM saya. Dia mengangguk sambil memegang tangan saya.. Pesan saya supaya mereka berhati-hati dan berkelakuan seperti seorang kakak.. agar kasih yang dicurah tidak disalah tafsir oleh jiwa-jiwa yang sedang kesepian.
Saya tergelak melihat seorang fasilitator kalut menyuruh adik-adiknya membeli belah.
“Dah habis dik Rm 10?”tegur saya pada adik STB dalam kumpulan fasi itu.
“Belum lagi,”balas si kakak.
“jom kita pusing sana pula!” sambung si kakak. Kumpulan yang sangat bersemangat
Wajah adik-adik STB ceria.. Saya kejap ke depan dan sekejap ke belakang. Saya memantau bilangan adik2 STB ~ senang hati bila melihat wajah-wajah yang ceria.. dan yang nampak muram, saya akan tegur supaya kembali ceria.. Cuma ada beberapa orang yang saya tak berani tegur.. Dan my priority memantau adik2 ppm saya yang menjadi fasilitator.. keselamatan mereka ialah keutamaan saya.. sambil tu melihat Adik saya yang merajuk dari jauh.. Saya mahu memujuk, tapi pujuk budak lelaki ni kalau tak kene gaya boleh disalah faham..
Sebelum balik, mereka bersolat di Masjid. Adik saya yang tak merajuk sibuk pesan supaya saya kirim salam pada kakak fasi yang tak datang. Si adik yang merajuk pula,membelakangkan saya. Saya mengeluarkan tiga ekor labah-labah (keychain) dan memberi kepada adik yang tak merajuk..
“Bagi yang ni pada yang tak datang,jaga elok-elok ye..”
Si adik yang tak merajuk gembira.. Saya berdiri agak lama di belakang adik yang merajuk. Dia sedang memakai stokin , baru lepas solat asar. Dia buat tak tau je, pakai stoking lambat-lambat. Sudahlah.. malas nak layan orang merajuk ni.. :-( Dan saya malas nak tunggu, pakai stokin pun berjam-jam.. so saya keluarkan keychain labah-labah di depan muka dia. Dia terkejut.
“Jaga baik-baik..”ucap saya ketika dia mengambil labah-labah tu.
“Belajar rajin-rajin. Buat yang terbaik dalam apa sahaja yang kita lakukan,”ucap saya tegas. Dan saya terus pergi jauh dari situ.. Saya tak nak saya kecewa jika dia masih lagi nak marahkan saya lepas ni. Saya bersembang dengan adik-adik STB lain, mengorek maklumat berkenaan apa yang telah berlaku dalam tempoh 8 bulan lepas.
Dan akhirnya kami berjalan menuju ke bas.. dan si adik yang merajuk mengejar saya... biarkan dia! Tadi jual mahal sangat. Dia memberi saya kertas kecil.
“Kak, nombor telefon.” Dia seperti berbisik. Kami sedang melintas jalan besar waktu tu. Saya pula sedang menahan kereta supaya adik-adik dapat melintas. Nak ambil ke tak kertas tu? Dan saya pun ambil sebab mahu semua adik-adik melintas cepat.
“Jalan dulu,”arah saya. Dia patuh.
. Saya tak ada pen sebenarnya, boleh dijadikan alas an.. tiba-tiba terasa ada pen dalam poket, Ya Allah, tadi ada pegawai STB beri saya pen, katanya tu kakak fasilitator tercicir.
Saya menulis dengan tulisan yang buruk(sebab tulis di dinding yang menggerutu).
Sebelum ni masa pergi sekolah mereka saya bertegas tak mahu bagi nombor telefon. Saya bagi address rumah je. Sebab saya bimbang saya memberi mereka harapan yang saya akan ada masa untuk mendengar panggilan mereka sedangkan saya sangat-sangat sibuk.. dan mereka ni lelaki, saya mahu ada barrier antara kami.
Dan saya berjalan sangat perlahan.. tetapi si adik rupanya berjalan perlahan hingga dia jadi yang last. Ustaz mereka menyoal si adik.
“kenapa tak jalan?”
“Nak jalan la ni,” si adik memberi alas an. Dia tersenyum memandang saya. Ustaz menoleh kea rah saya. Sebaik si adik menghulur tangan, saya terpaksa serahkan kertas kecil tu. Ustaz melihat tanpa Tanya apa-apa. Kami berjalan di depan ustaz.
“Akak,macam mana nak masuk university?”
“Banyak cara.. melalui diploma, STPM dan matrik.. akak dari matrik.. kalau adik masuk STPM, adik still boleh tinggal di STB?”soal saya.
Dia mengangguk.
“Lepas form5 ni nak ke mana?”soal saya.
“Nak minta MARA..” dia menjawab.
“Buatlah yang terbaik..”balas saya
“Akak nak kerja apa lepas ni?” soal dia..
“Akak harap akak dapat terus berbakti..macam sekarang.. ”jawab saya. Dia tunduk. Wei, jangan buat muka sedih! Dah puas akak tengok muka merajuk tadi.. nak tengok muka ceria semula! Adik yang tak merajuk datang mendekati saya. Bagus, boleh saya bagi nasihat terakhir sebelum mereka naik bas.
“Dik.. adik belajarlah sementara ada peluang ni.. tentang kerja, bukan terletak sepenuhnya pada apa jurusan kita.. dik, akak harap adik-adik nanti bila dah keluar, berkhidmatlah pada masyarakat.. tolong balik mereka yang senasib dengan kita, seperti mana orang lain dah tolong kita.. Tak kisahlah adik nak kerja apa, tapi jangan lupa tanggungjawab kita..”
Selepas adik-adik balik, kami membuat postmortem .. rata-rata fasilitator tak puas hati sebab masa terlampau pendek..2jam setengah je.. Tak sempat berkenalan.. Ramai yang terharu dengan adik-adik tu yang baik-baik..(Nak tengok yang nakal-nakal kene tunggu sehari semalam barulah nampak :-p)
Apa sekalipun, Alhamdulillah sebab segalanya berjalan lancar.. Terima kasih kimi dan kak sal yang membawa adik-adik tu kemari.. terima kasih pada azlan dan saiful,rahimie & azlan yang menjadi fasi.. (the only brothers yang jadi fasi).. terimakasih pada adik-adik kak lillah yang ramai-ramai (fasi perempuan)..
Pada Mu Allah, kupanjatkan doa agar berkekalan kasih sayang ini.. Ya Allah.. Kami mencari hidayah daripadaMu dalam mendidik hambaMu.. Kurniakanlah kami hidayahMu.. Kurniakanlah adik-adik kami hidayahMu.. Kurniakanlah insan-insan di sekeliling kami hidayahMu..Berkatilah ukhwah ini ya Allah..

Rabu, 13 Ogos 2008

Latihan Aktivis Dakwah Dlm Isu Sosial 6

Sebaik bangun dari tidur, kepala terasa berat dan badan terasa panas.
Tekak pula pedih, simptom-simptom demam. Tiba-tiba semangat saya yang berkobar-kobar untuk pergi ke program pagi ini luntur.
Namun apabila mengenangkan tiada sahabat MT lain yang akan menyelaras peserta-peserta untuk program ini, digagahkan juga diri ini untuk bangun.

Sebaik tiba tempat menunggu bas Indah Kembara, sudah ada dua orang peserta menunggu. Bilangan asal yang berminat menyertai program ini seramai 18 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Dalam tempoh sehari sebelum program, cuma tinggal 11 orang peserta sahaja.

Dan pada pagi ini cuma 6 orang peserta perempuan, dan dua orang peserta lelaki yang akan menyertai program pada sesi petang.

Seorang pelajar SUKSIS meng ‘sms’ saya meminta kami menunggunya hingga pukul 8pagi. Katanya dia mahu mendaftar kehadiran SUKSIS dan kemudian mengikut program kami.

Malangnya dia gagal mendapat persetujuan sarjan untuk meninggalkan tempat mereka berkawad.

Abang Shamsul yang memandu van untuk ke lokasi kelihatan agak terkejut melihat semua peserta adalah perempuan. Ketika di dalam van saya masih lagi menerima ‘sms’ dia yang masih lagi berharap dia berkesempatan untuk menyertai program ini.

Kami sampai di Sungai Petani dalam pukul 9.30pagi dan menginap di Masjid Ibrahim. Kami disambut baik seorang wakil masjid dan abang Salman. Setelah abang Amir tiba, kami diberikan sedikit taklimat untuk memperjelaskan konsep sebenar ‘SOSIAL’.Kemudian kami telah dibawa ke Taman Jubli Perak untuk meninjau tempat yang agak popular dalam kalangan mereka yang ‘berdating’. Kami disuruh membuat diskusi ringkas dan berlatih bersembang agar tidak kelu apabila membuat program lapangan sebenar.

Kami telah digabungkan dengan kumpulan dari Merbuk dan beberapa orang penggerak Landas dari Sungai Petani. Kini bilangan kami menjadi ramai. Semua yang hadir kelihatan sangat bersemangat telah membakar semangat saya yang padam sebelum ini.

Kami dibawa ke stesen bas Sungai Petani untuk melihat zon-zon yang menjadi tempat adik-adik remaja kita menghidu gam, minum arak dan melepak. Ketika meronda, kami terserempak dengan seorang pelajar yang masih beruniform sekolah

Ponteng! Wajah adik itu agak cemas dengan kehadiran kami.

Kemudian kami dibawa melihat kawasan di sebelah sebuah sungai yang sangat busuk dan kotor. Kawasan tersebut kelihatan lengang dan lapang. Dulu tempat tersebut menjadi ‘port’ adik-adik kita berkumpul menghidu gam dan melepak. Namun setelah tempat duduk di kawasan tersebut di runtuhkan, adik-adik itu telah berhijrah ke tempat lain.

Di manakah mereka membawa diri?

Di manakah harus kami cari adik-adik itu?

Siapakah yang akan datang menemui adik-adik itu untuk diberi nasihat agar mereka yang dahagakan kasih sayang itu sedar dan berubah menjadi baik?

Lokasi seterusnya ialah bangunan kosong yang menjadi istana saudara kita yang tercicir dari dunia kita yang pantas berlari.

Di bangunan 8 tingkat itu kami temui jarum, pil, pakaian, tilam dan sedikit barang-barang peribadi yang jelas menunjukkan bangunan usang itu berpenghuni.

Saya sebak membayangkan betapa ada insan lain yang bergelap di bangunan ini sambil melayan khayal sementara saya di dunia saya yang penuh dengan kasih sayang dan kecemerlangan hidup.


Adik-adik PPM kelihatan begitu bersemangat meneroka mencari jejak yang ditinggalkan tuan rumah. Lawatan realiti ini bagus untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada mereka dalam bergerak kerja untuk masyarakat.

Kami meneruskan perjalanan ke Central Square yang menjadi tempat masyarakat setempat berkunjung untuk membeli belah dan berhibur. Kami dibawa ke tingkat teratas iaitu tingkat ‘karaoke’, permainan video dan pawagam.Huh.. saya teruja setelah sekian lama tidak ke tempat seperti ini.

Dulu ketika zaman sekolah, lepas keluar keputusan peperiksaan emak akan beri saguhati. Saya dan adik-adik saya akan datang menghabiskan RM10 di tempat seperti ini.

Tetapi rasanya tempat saya bermain dulu lagi banyak permainanya berbanding di sini. Dan setiap kali saya dan adik-adik ke sini, emak abah ikut sama. Mereka duduk menunggu kami main macam body ‘guard’.
Saya tiba-tiba bingung, apa yang saya nak buat di sini?

Sudahlah penampilan saya sangat luar biasa dari semua pengunjung ( bertudung labuh dan ber T-shirt labuh ke lutut).

Banyak mata memandang, wah.. menjadi perhatian, tak sukanya :-( Saya ‘stop’ masuk tempat macam ni semenjak mula terlibat dengan kerja mendidik insan di sekolah menengah.

Masa tu selalu pokai, sedangkan tempat ni menelan banyak duit. Kerja dakwah, kalau duit tak keluar dari poket sendiri, macam mana nak buat usaha dakwah.. Masa tu rasanya sia-sia habiskan duit di tempat macam ni.Kiranya saya tak adalah pandang serong pada tempat ni kecuali karaoke dan pawagam, yang tu memang mak tak izinkan langsung.

Bila dah masuk matrikulasi, kawan-kawan selalu ajak ke tempat macam ni.. Tapi saya ni jenis tegas.
“Sorry.. its forbidden for me to step in cinema, lets go to other places..” kata-kata ini diucapkan pada mereka..dan selalunya kami beralih ke bowling..

Abang Amir bertanya “Tau tak nak buat apa di sini?”
Saya menjawab jujur “Tak.”
Abang Amir menjawab “Bersembang. Bersembang dengan sesiapa sahaja.”

Bersembang? Saya faham.. maksudnya korek maklumat.. kembali kepada objektif program, bertemu dan berkongsi dengan adik-adik yang dahagakan kasih sayang. Dengan muka yang tak malu, kami menegur mereka yang kami jumpa. Kemudian bersembang sedikit. Rata-rata semua nampak kami cepat-cepat bangun ke tempat lain. Adik-adik PPM saya kelihatan malu-malu dan agak tertekan dengan reaksi mereka.

“Tak boleh la kak.. kami tak tahu nak bersembang..”salah seorang dari mereka kelihatan berputus asa.

“Boleh.. mari ikut kakak, ” saya memujuk. Tidak lama kemudian datang sekumpulan ramaja perempuan, dalam 7 orang bersama seorang lelaki.

“Assalammualaikum dik..”
dengan selamba saya menghulurkan tangan kepada adik-adik perempuan. Mereka terkejut.. Yelah, di tempat macam ni, ada ke orang bagi salam?

Kalau saya jadi adik-adik tu pun saya terkejut juga. Sambil sembang sambil korek maklumat. Mereka kelihatan resah. Mata mereka memeriksa kami dari hujung kaki hingga ke kepala.
“Hm.. kalau nak datang sini, berapa agaknya ‘budget’ yang perlu kita sediakan?”
Ececeh.. saya buat-buat muka berminat dengan tempat ni. Si lelaki dengan tersenyum menjawab, “RM7 kak..”

“Oo.. berapa games dapat main tu?” saya meneruskan.
Dengan penuh bangga si adik menjawab “Tujuh.” Saya mengangguk, semakin berminat, “Oh, satu games Rm1 ye dik..”. Si adik mengangguk.Harga masa zaman saya dulu 50sen untuk setiap games.. Seorang remaja perempuan kelihatan marah dengan saya.
“Akak ni datang sini ada program ke?”
Suaranya tinggi dan kasar. Wajahnya kelihatan menyampah pada kami. Hahaha, saya ni kalau orang tu tak nak pada saya, lagilah akan saya berusaha mendekati..
“Akak datang sini nak jalan-jalan.. Hari ni kan Pulau Pinang cuti.. Akak tak pernah sampai sini, ni lah first time dik..” saya menyambung sambil senyum. Berkurang sedikit kerut di wajah adik perempuan itu. Barangkali berpuas hati dengan jawapan saya.

“Em dik.. Kat sini kan, mana lagi tempat yang best-best ye?” Saya menyambung. Sambil bersembang, saya melengahkan mereka dari masuk ke tempat games.

“Tak tau, saya pun jarang ke sini..” jawab dia. Hm, boleh percaya ke? Tadi semasa mereka masuk, mereka macam dah biasa dengan tempat ni.

Selepas berpisah dari adik-adik ini, saya dan adik-adik PPM meronda mencari kedai-kedai yang mempromosi budaya sonsang. Kami masuk keluar banyak kedai namun tidak menjumpai apa-apa tanda budaya sonsang.. Ataupun mungkin kami yang tak tau tanda-tanda budaya sonsang.. Nampak sangat yang saya ni tak peka dengan penyakit masyarakat..
“Kak, tumpang tanya..” biasalah kan, kalau tak tahu baik bertanya..

“Di mana kedai-kedai yang jual barang-barang brutal?” soal saya.
Kakak tu terkejut. Dia menunjukkan beberapa kedai. Semua kedai tu saya dah masuk tadi. Tapi tak ada apa-apa yang saya jumpa boleh dikategorikan brutal di situ. Sebab kalau saya mengikut adik saya bershopping, dia bawa je saya masuk tengok barang di situ. Barang-barangnya agak mahal dan berkualiti.
“Kenapa akak kata kedai tu brutal?”

“Sebab penjual dia pun brutal..”jawab kakak tu sambil ketawa.

Yeke? Penjual tu brutal? La.. kalau ini dah masuk kategori brutal, adik saya pun kalau kakak tu tengok, kira brutal juga la ye? Dan kawan-kawan sekolah saya semua pun brutal la ye? Entah-entah saya pun brutal?
“Tak.. lillah baik,”seorang teman memujuk. Hm.. tiba-tiba terasa rindu sangat pada 3 orang adik lelaki saya.

Beberapa kali lagi kami terserempak dengan adik-adik perempuan tadi tetapi mereka masih menunjukkan rasa tidak suka pada kami. Tetapi saya masih belum berputus asa. Adik-adik PPM saya kelihatan penat.

Selepas bersolat zohor di surau tiba-tiba seseorang menegur. Adik-adik tadi menegur. Suatu permulaan yang baik! ;-)

Ketika makan tengah hari, meja kami bertentang dengan meja makan adik-adik tu. Mereka melambai sambil tersenyum. Makanan di sini agak mahal. Hati saya kuat mengatakan yang adik-adik tersebut tak akan mampu makan di sini kalau duit dah habis di tempat main tadi.

Hm.. inilah masalahnya. Adik-adik ni datang sini tanpa pengawasan ibu bapa. Mereka guna duit tanpa kawalan. Semua duit dihabiskan ke games dan karaoke, apa yang tinggal untuk makan?

Mereka masih belum matang untuk menerima kebebasan seperti ini. Masa ni terasa nak sangat ucapkan terima kasih pada mak sebab ‘control’ habis-habisan semasa membesarkan saya. Dalam adik beradik saya, saya seorang je yang bersekolah harian biasa, adik-adik saya semua ke asrama. Kemana saya pergi, memang mak akan hantar dan ambil. Kalau saya nak keluar dengan kawan-kawan, mak akan hantar dan ambil dengan kawan-kawan sekali.

Kesannya, kawan-kawan saya rapat dengan mak saya.. asyik nak mak saya je, jeles! Kata sahaja nak ke mana, mak akan bawa.. Kawan-kawan saya suka sebab sure bila lunch time tiba, mak yang bayar.. selamat duit kami :-)..

Itulah pengorbanan yang mak terpaksa lakukan untuk membesarkan saya dalam masyarakat yang dahagakan santapan jiwa. Mak tak mahu saya jauh dari mereka yang nakal kerana mak kata, kita perlu dekati mereka, ambil hati mereka dan nasihat mereka.. hasil pengorbanan mak, walaupun saya dikelilingi mereka yang brutal-brutal, tapi saya tak brutal.. sebab saya ada prinsip dalam pakaian, tingkah laku dan percakapan..

Simple je prinsip saya, apa yang Allah suka, saya akan buat. So, tak nampak lah macam brutal, nampak macam solehah je.. hahaha

“Adik dah makan?” Saya sengaja lalu di sebelah meja mereka.

“Nak makan macam mana, duit pun tak ada!”. Garangya.. Dah lapar, tak dapat makan..

“Kakak nak belanja ke?” Seorang lagi mengusik sambil ketawa.
Saya pun ketawa. Boleh je nak belanja adik-adik ni, tapi sambil mereka makan, memang saya akan bagi tazkirah bab duit la..
“Habis biasanya adik tak makan la bila datang sini?”soal saya dengan muka simpati. Adik-adik menggeleng. Saya memegang bahu adik perempuan yang garang.

“Berlapar je la?”sambung saya..Adik-adik mengangguk sambil senyum..

“Kesiannya, bila nak makan?”soal saya lagi.

“Balik rumah nanti,” suara adik perempuan yang garang tadi sudah semakin manja..

“Ish, boleh slim nanti, akak pun nak cubala next time,”saya bergurau. Mereka ketawa.
Kemudian datang sekumpulan remaja lelaki.. oh rupa-rupanya mereka sedang menunggu boyfriend masing-masing.. Boyfriend akan belanja makan.. Adik-adik ppm saya mengajak saya pergi meronda, terbantut hasrat nak bersembang dengan adik-adik tu. Dan ketika meronda, terserempak dengan ustaz Kamaruddin. Tersentuh hati melihat pendekatan ustaz yang ramah dan penuh kasih sayang terhadap tiga orang adik remaja yang duduk di tangga.. Dan sebaik mendapat pelua ng oleh ustaz, saya pun bersembang dengan adik-adik. Dua orang form 5 dan seorang form1.


“Lepas habis form 5 ni nak ke mana dik?”soal saya sambil senyum. Mereka tersipu-sipu.

“Tak tau la kak..” jawab si adik.. saya cuba meneka, mesti result tak berapa baik..

“Adik.. kakak cadangkan adik masuk form6.. ramai kawan-kawan kakak yang tak boleh nak skor di SPM boleh skor STPM. Yang penting diri kita. Kita kena baiki kesilapan kita. Kita kena ada semangat untuk berusaha gigih untuk berjaya.” Saya bercakap penuh semangat. Kelihatan mata si adik terkebil-kebil terkejut.Tangan saya memegang lengan mereka.

“Dik.. belum percubaan lagi kan..?”soal saya lagi. Mereka menggeleng.


“Masih ada peluang untuk adik uasahakan yang terbaik! Jangan putus asa dik.. Selagi ada masa, selagi itulah ada peluang untuk kita bagi yang terbaik dik..kakak dulu masa percubaab SPM, kakak fail addmath. Kemudian kakak pulun study sungguh-sungguh.. Dan Alhamdulillah dapat A1 masa SPM..”
Wajah adik-adik berseri-seri mendengar cerita saya.. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tak berapa stabil datang dan duduk di belakang adik-adik perempuan. Dalam keadaan mamai, si lelaki memberi tazkirah ‘jangan pakai seksi’..

Apa kes dia ni? Kami kehairanan? Rupa-rupanya dia datang sebab ternampak ustaz dengan kami.. dan mungkin dia cakap macam tu sebab nak ambil hati ustaz..
wah..
saya sangat terharu melihat sudah wujud tautan hati antara lelaki yang tak stabil ni dengan ustaz..
Insya’Allah, kalau ustaz dah dapat hati si lelaki ni, ada peluang untuk ustaz nasihatkan dia.. Dan tak mustahil lelaki ni akan berubah menjadi lelaki soleh… Amin Ya Allah…

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Rasa penat sangat. Demam saya semakin kuat. Saya duduk di kafe menunggu solat asar.

Dua ‘couple’ adik-adik tadi sedang bersembang. Hati saya nak sangat pergi kepada mereka. Rasa tak puas hati sebab still tak dapat nak sentuh hati mereka.. entah bila lagi dapat jumpa adik-adik ni..

Dengan muka tak malu, saya terus pergi duduk di meja sebelah adik-adik tu. Kacau orang dating, hahaha.. ;-) Yang lelaki tu, seorang 18 tahun, seorang 15 tahun. Yang 18 tahun tu warnakan rambut oren sikit dan macam mengantuk je.. yang 15 tahun tu smoking sambil main asap bulat-bulat.. menarik.. ;-0

Yang perempuan berumur 15 tahun.

Alhamdulillah, masa menjadi fasilitator dulu, banyak games yang saya belajar.
Dan saya gunakan sebagai modal bersembang dengan adik berempat ni..
Alhamdulillah, meja kami meriah. Tanpa saya sedari adik-adik tu bergerak rapat dengan saya hinggakan seorang adik tu duduk atas lutut saya.
Yang lain berdiri sambil memegang bahu kawan di depan. Mereka kelihatan gembira. Saya tentulah lebih-lebih lagi gembira. Muncul dua orang perempuan datang dan beberapa kali menarik yang lelaki untuk mengikut mereka. Tetapi kena marah dengan si lelaki.

“Kak.. sambung-sambung!” si adik lelaki begitu berminat dengan games saya.

Selepas habis games, saya seperti biasa, memberi nasihat.. ala-ala wasiat.. dan mata si adik bergenang air mata. Masa peluk sebelum berpisah, sekali lagi nasihat diberikan..
“Dik.. walaupun lepas ni kita tak jumpa lagi.. adik ingatlah nasihat akak ye.. Walaupun kita sendirian, Allah ada dengan kita.. doa pada Dia, Dia mendengar..” my last word..
Si adik memeluk saya kuat dan lama. Mereka mencium tangan saya.. La, terasa tua pulak! Tapi entahlah, adik-adik junior PPM saya pun suka cium tangan walaupun dah bagitau tak perlu, segan kakak… ;p

Selepas kami berpisah, seorang peserta memberitahu
“Adik tadi macam nak cakap sesuatu.. Kalau kawan-kawan dia tak ada, mesti dia akan cakap sesuatu.. dia macam ada masalah..”

Petang tu sebelum maghrib, kami berkumpul di Taman Jubli Perak untuk buat analisis turun lapangan sepanjang siang. Group lelaki dari USM dah sampai, Saiful, Abrar, Meor dan Rahimie.
Malam tu, kami makan sambil berbincang dengan Ustaz Kamaruddin Kassim.. Ustaz belanja kami makan, Alhamdulillah, semoga ustaz dimurahkan rezeki dan diberkati rezeki..amin..
Kemudian kami meneruskan misi mencari kupu-kupu dan musang-musang malam.. Mula-mula jumpa ‘ustaz hidu gam’ . Dia ni bekas pelajar Mesir.. dan kini di sini..




“Awat hang jadi macam ni.. hari tu tengok dah elok, awat hari ni dah macam ni?”
Ustaz memeluk lelaki tu.. Terharunya saya masa tu. Agak kagum dan terpesona seketika. Dan sedih juga melihat hidup lelaki tu.. Tapi saya tetap yakin, lelaki tu masih ada peluang untuk berubah. Dan dia mungkin boleh berubah menjadi lebih baik dari semua lelaki yang ada di situ, insya’Allah.. hidayah itu milik Allah tersayang ;-D

Ustaz memujuk lelaki itu untuk berhenti menghidu gam.. Dalam keadaan khayal dia menjawab setiap kata-kata ustaz.
“Hang ada ilmu..”suara ustaz lembut sambil memeluk dia.

“Ilmu tanpa amal sia-sia”jawab dia.
Saya rasa nak menangis waktu tu..tapi tahan-tahan..
Sebak mengenangkan betapa gelap dunia dia dibandingkan dunia sebelum dia menagih. Alangkah sedih jika dia tak sempat kembali ke pangkal jalan..

alangkah kecewa bila setelah dia semakin pulih, dia kembali kepada tabiat lama.. Tapi saya yakin, ustaz tak akan putus asa.. Insya’Allah..

Hati manusia itu Allah yang pegang.. Seorang da’ie yang ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan.. menerima tanpa syarat.. dan mengharapkan agar insan itu sedar, walaupun masa tu da’ie tu dah tak ada lagi.. :’-)


Ustaz bertanya mahu tak lelaki tu beri kuliah pada mereka yang hidu gam.. dan malam tu kami mendengar kuliah ramadahan ‘oleh ustaz hidu gam’.. dari niat puasa hingga perkara membatalkan puasa. Ketika peserta lelaki sedang khusyuk, saya dan peserta perempuan berenam duduk jauh sedikit di bawah lampu. Datang dua orang remaja nak bersembang.. baru 17 tahun..

kata dia, dia lari dari rumah. Dulu dia tinggal di perak. Hati saya meronta-ronta rindukan adik-adik saya..Kemudian kami bergerak bertemu dengan couple-couple yang hangat berdating. Pendekatan ustaz yang santai dan berhikmah memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik mendekati kupu-kupu ini.
Keesokkan harinya, suasana agak kecoh sedikit gara-gara cubaan mencuri oleh seorang adik remaja yang kami bawa balik tidur di masjid.

Ujian untuk si abang dan ujian dari si adik.. si abang masih bersabar dan menerima si adik. Saya yakin, jauh di sudut hati adik tu, dia dapat merasakan yang abang-abang ni menyayangi mereka tanpa mengharapkan apa-apa dari mereka.. dan abang-abang ni bersedia menerima mereka walaupun senakal mana mereka..

Alhamdulillah ya Allah.. ;-)

Ustaz memujuk si adik untuk bersekolah semula. Tetapi si adik tak mahu..
Sebelum balik, slot abang nizam.. adik-adik tadi sedang tidur di belakang kami.
“Siapa yang nak peduli tentang mereka?”

“Mereka anak-anak jalanan.. Mereka dipaksa untuk mengejar kehidupan yang mereka tak mampu miliki..”

“Masyarakat perlu mengubah perspektif terhadap mereka. Dalam Islam, kita ada budaya menjaga tepi kain orang. Anak jiran buat salah, kita anggap macam anak sendiri, dan kita tegur..Ke mana harus anak-anak ni pergi? Hari ni, kita jumpa mereka, kita ambil dan bawa mereka tidur di masjid.. tetapi waktu biasa, mereka akan dihalau oleh orang..”
Betul kata abang nizam. Tak ramai yang ada kesedaran untuk menyayangi mereka yang dahagakan kasih sayang ni.. kesiannya adik-adik ni.. :’-(
“Kalau bukan kita, siapa?”
“Kalau bukan sekarang, bila?”
“Kalau bukan di sini, dimana?”

Ada tiga target aktivis:
  • Kita kena jadi catalyst (pemangkin) yang ada element peneroka, pemimpin. Catalyst dia tak tunggu-tunggu, dia akan membuka jalan..
  • Multuplier effect, snowbowling effect.. membesarkan bilangan penggerak.. menambahkan jumlah mereka yang sedar dan bergerak kerja bersama-sama
  • Change.. berubah.. kita kena buat sesuatu yang menghasilkan perubahan.. perubahan pandangan masyarakat, keluarga dan qariah masjid… etc
Sebelum balik, setiap peserta membuat azam baru.. Walaupun tempoh program ni singkat, banyak yang saya belajar.. Ustaz berjuang mendidik insan, bukan sahaja insan yang sedang lemas terdidik, malah kami yang baru hendak belajar menjadi da’ie pun terdidik sama.. Kita belajar subjek kehidupan, decision of life, tentang nilai insan, erti kasih dan makna pengorbanan.. Berapakah nilai insan? Tidak ternilai..
Apakah erti kasih? Menerima tanpa syarat. Apakah erti pengorbanan? Memberi sepenuh hati tanpa mengharap balasan.


Ya Allah.. Jadikanlah kami penawar dalam ummat mu agar kami dapat berkongsi kasih sayangMu dengan adik-adik kami ini.. Berilah hidayah kepada kami semua Ya Allah.. Peliharalah kami Ya Allah...

Jumaat, 8 Ogos 2008

Nikmat dalam Mendamba KeredhaanNYA



Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. saya temui banyak kelebihan yang Allah tunjukkan.. yang saya percaya saya tak akan temuinya ketika saya dalam keadaan senang.. :’-D
Alhamdulillah..
Em..nak share dengan sahabat-sahabat semua.. agar kalau-kalau ada yang tersepit dalam salah satu situasi yang saya alami, dapatlah kalian ambil hikmahnya.. paling penting dapatlah memberi secebis harapan dan segenggam ketabahan untuk kita sama-sama menuju Mardhotillah!! (keredhaan Allah)
Lets begin.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan tak de duitnya..dengan kesihatan yang tak berapa baik.. dengan kerja-kerja di makmal yang tertangguh sebab mesin rosaklah, tindak balas eksperimen slow, macam-macam prosedur, error.. dengan masalah perangai manusia yang nakal.. dengan amanah yang ‘boleh-bolehkan ’ juga walaupun rasa macam tak mampu.. hm.. masa tu rasa tak ada sebab kenapa saya tak boleh lari dari sini(USM), gate open je.. bas Rapid pun lalu lalang je depan Sungai Dua tu..(Sure bukan lari ke rumah, di rumah pun mantap tarbiahnya..where should I go?)~~~
Mahu ke mana ye?
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Kaya.. walaupun tengok digit duit tu macam sikit dan digunakan laju macam air mengalir, but still boleh mencukupi hingga ke hari ini ..dapat pula infak untuk jariah.. dan still boleh beri hutang pada orang lain yang kesusahan.. berkat sungguh.. macam tak logic, tapi di situlah keberkatanNya.. pernah sekali terdetik di hati ni “Ya Allah.. saya ni bukanlah orang miskin, tapi bila nak berbelanja, macam orang miskin.. saya mampu untuk bermewah lebih lagi dari ramai kawan-kawan.. tapi duit saya saya belanjakan untuk agamaMu ya Allah..” Hati masa tu macam sayu je.. Allah Maha mendengar, masa tu Dia beri ilham.. teringat pesanan Imam Syafie tentang Luqmanul hakim.. Allah memuliakan Luqman setelah diuji dengan kemelaratan di tengah keluarganya yang kaya.. teringat pula doa baginda Rasulullah saw yang berbunyi “Hidupkan kami dalam kalangan orang miskin, matikan kami dalam kalangan orang miskin, dan bangkitkan kami dalam kalangan orang miskin.”.. teringat pula kata-kata yang “mereka yang memilih jalan Rasulullah saw, akan lebih cepat merasai kefakiran..”(pernah dengar tapi tak ingat sumbernya..) Para Sahabat Rasulullah saw hidup dalam kemiskinan tetapi mereka tetap cemerlang dalam hidup.Ramai sangat orang-orang soleh yang hidup miskin tetapi hebat dalam agamanya.. So.. nak jadi srikandi agama, tak boleh takut miskin.. tak boleh takut susah.. Sebab ukuran sebenar kekayaan ialah hati yang merasa cukup dan bebas dari mengharapkan dunia adalah hati yang kaya~ itulah kekayaan hakiki… ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Penyayang.. masa tu kesihatan tak berapa baik.. tidur tak cukup, biasa lah untuk seorang da’ie.. extra kerja tak menentu, dan extra waktu over time pun perkara biasa bagi seorang da’ie.. 24 hours on call.. pintu bilik sentiasa open untuk kunjungan kaunseling@tazkirah..hahaha.. hanphone pun sentiasa bersedia dengan sesi tazkirah..kesan yang dapat dilihat segera.. walaupun saya still kata I’m okay! But badan saya menunjukkan signal saya stress.. Masa tu memang rasa tak larat.. bila dapat baring, terus je tidur.. nak sembang kosong pun tak sempat.. nak main-main yang tak berfaedah pun tak larat.. sebelum tidur, baca buku ‘Persediaan menghadapi mati’.. Ececeh.. sakit sikit je, tapi berangan kalaulah dapat mati dalam keadaan sedang buat usaha dakwah ni, bestnyeeeeeeeer..!! nakkkkkk….! mati itu terlalu manis bagi syuhada’ di medan jihad.. Masa tempoh weak ni, Allah selamatkan saya dari banyak perkara-perkara lagha.. nak fikir yang tak berfaedah pun jarang sebab kepala blank, tak boleh fikir.. boleh zikir je.. ingat Allah je.. Nikmatnye rasa.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan..terasa benar Allah Maha Bijaksana.. dengan kerja-kerja di makmal yang tertangguh sebab mesin rosaklah, tindak balas eksperimen slow, macam-macam prosedur, error.. terasa benar jahilnya hamba ni.. sebab dalam eksperimen ni, banyak benda yang berlaku tak boleh lillah nak explain.. asal balik je dari lab, terus buka buku tebal cari penyebab-penyebab kejadian tersebut.. Masa tu kagum sungguh dengan keluasan ilmu Allah.. Bila berdepan dengan masalah mesin yang meragam.. terasa macam mesin tu beruntung.. sebab setiap yang ada di alam ni, pasti akan hancur suatu hari nanti, kecuali Allah.. termasuklah saya akan mati juga.. perbezaannya, mesin tu tak kene HISAB.. tak kena seksa kubur.. tak kena beratur di Mahsyar.. tak kena melintas SIRAT.. tak kena buka buku amalan.. tak kena azab neraka.. sedangkan saya? :’-(

Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan masalah perangai manusia yang nakal.. banyak kali air mata ni mengalir.. kadang-kadang hairan, adakah mereka terlupa yang saya pun manusia juga, ada had limit kesabarannya? Hm.. thank you sangat pada semua yang telah membuat saya kecewa dan patah hati.. kerana kalian telah menyebabkan hati ini semakin dekat dengan pemilik sebenar hati ni, Pencipta hati ini.. dan membuatkan saya menjadi bertambah-tambah sayang kepada mereka yang dari awal menyayangi saya..Selalunya air mata ni lebih mudah turun bukan kerana saya disakiti tetapi kerana melihat orang lain sakit.. bila orang lain sakit, Allah memberi peluang kepada saya untuk menjadi penawar luka.. Masa tu walaupun saya seolah sedang menyelesaikan masalah orang lain, sebenarnya sangat banyak hidayah dan ilham yang Allah berikan untuk saya melalui insan itu.. ;-)
Tatkala diri sendiri dirasakan dalam serba kekurangan.. dengan amanah yang ‘boleh-bolehkan ’ juga walaupun rasa macam tak mampu.. masa tu memang selalu rasa mudah sangat air mata ni nak turun..so kena tengok kiri kanan, tak mahu biar anak buah nampak saat-saat tengah lemah..tak mahu mereka turut rasa lemah.. masa tu kuatkan kata hati, “Ya Allah, aku buat ni hanya kerana Kau ya Allah, kuatkanlah aku!!”.. kadang-kadang nak sangat ada seseorang yang pernah alami apa yang saya rasa yang saya boleh jadikan contoh, yang saya boleh tanya cara bahagikan masa, cara membuat keputusan dan cara menyelesaikan masalah.. akhirnya saya sedar, itu semua mustahil sebab tiap-tiap manusia ada masalah yang berbeza.. so.. kerana itulah saya perlu bergantung sepenuhnya pada Allah.. dan saya berdoa “Ya Allah, bimbinglah daku menjadi NYDP2 yang cemerlang di dunia akhirat, yang dapat menjadi contoh kepada orang di sekeliling dan adik-adik akan datang, yang dapat menjadi punca hidayah kepada orang di sekeliling… hiasilah diriku dengan hilmi,iman, ilmu, takwa dan akhlak yang mulia..Amin ya Allah..”
Untukmu sahabat.. saya sedang belajar menjadi seorang sahabat.. menjadi seorang sahabat bukan sekadar menjadi seorang pendengar setia.. atau sekadar peneman di sisi.. tetapi seorang yang bersedia untuk bekorban supaya sahabatnya tidak terkorban.. sahabat yang ikhlas, menerima sahabatnya seadanya tanpa syarat. Dia menyayangi sahabatnya dan mahu yang terbaik untuk sahabatnya. Dia akan tetap mengembirakan, memberi nasihat, bekorban walaupun sahabatnya tidak menyedari dan tidak tahu.. dia tidak jemu meskipun masa terus berlalu.. kerana dia tahu Allah yang memegang hati sahabatnya. Dan dia berdoa supaya sahabatnya akan sedar akhirnya walaupun pada masa tu dia dah tak ada lagi.. hanya sebab dia sayangkan sahabatnya ikhlas kerana Allah..

Sabtu, 2 Ogos 2008

untuk awak.. dari saya, seorang teman seperjuangan..

Salam ukhwah sahabat-sahabatku yang dikasihi.. Semoga ukhwah yang terjalin akan mekar di bawah rahmat dan kasih sayang Allah selamanya.. Insya’Allah..

Sahabatku yang dikasihi..
Apakah yang membezakan hubungan sesama kita dan hubungan kita dengan mereka yang belum islam? Perbezaannya ialah hubungan sesama kita dibawah satu simpulan akidah manakala hubungan kita dengan mereka yang belum islam adalah perbezaan akidah.. maka, sama ada sahabat-sahabat sedar atau tidak, hubungan diantara sesama kita yang mempunyai akidah yang sama adalah terlalu rapat..Sangat-sangat rapat.. hinggakan setiap yang mengenggam akidah yang sama dengan kita mempunyai hak yang sama dengan kita.. hak kita untuk membina insan lain yang seakidah.. membina jiwa, membina fahaman, membina sahsiah..

Sahabatku yang disayangi..
Darah, harta, komitmen dan masa adalah sesuatu yang kita perlu saling berkongsi.. berkongsi dengan siapa? Berkongsi dengan mereka yang seakidah dengan kita.. Bagaimana? Sahabatku.. pada saat ini, tatkala kalian sedang menatap warkah ini, pastinya ada saudara seakidah kita sedang berjuang di luar sana mempertahankan darah, harta, komitmen dan masa mereka..
Mereka berhempas pulas dalam usaha memberi, mendidik dan membela masyarakat.. Mereka melupakan tentang kenikmatan hidup mereka demi memberi ‘makna’ dalam hidup insan-insan lain.. Kehadiran mereka dalam masyarakat tidak selalunya diterima dengan tangan yang terbuka oleh masyarakat itu sendiri.. Namun mereka tetap tidak berputus asa walaupun sesekali air mata merembes ke pipi.. Dalam serba kekurangan mereka tetap teguh di atas jalan yang dipilih iaitu jalan mendidik insan..

Sahabatku yang dikasihi..
Sedarkah kalian, tatkala kita sedang asyik dan berbahagia dalam zon selesa, adik-adik seakidah kita, kakak-kakak seakidah kita, abang-abang seakidah kita, mak abah seakidah kita.. mereka-mereka yang seakidah dengan kita.. sedang diancam dengan barah sosial yang kritikal? Masyarakat kita sedang tenat dan nazak dalam pelbagai isu masyarakat yang membunuh sifat-sifat kemanusiaan.. kalau dulu kita biasa dengar sumbang mahram antara ayah dengan anak perempuan.. sekarang seorang ibu dengan anak lelaki.. kalau dulu adik-adik sekolah rendah main pondok-pondok.. sekarang main seks-seks.. kalau dulu mak ayah akan marahkan anak-anak bila bawa balik ‘boyfriend’ atau ‘girlfriend’.. sekarang mak ayah pun bawa juga balik sorang satu.. dan siap tolong lagi anak-anak ketika nak diserbu.. kalau kita bahagia memeluk bayi yang sesekali menangis dan senyum, apakah perasaan kalian sewaktu menatap bayi yang tidak lagi bernyawa dan menjadi mangsa rogol?

Sahabatku yang disayangi.. kita melafazkan ‘kasihan..’ ‘ish tak patut betul..’ ‘apa nak jadi zaman sekarang ni..’.. Alhamdulillah.. jauh di lubuk hati kita masih terdapat sifat belas kasihan itu..
Namun sejauh mana sifat belas kasihan kita ini mampu memberi kesan dalam dunia gelap saudara-saudara kita? Adakah dengan ucapan-ucapan keinsafan sambil duduk di atas tilam empuk, makan di restoren mewah dan bergembira di hujung minggu mampu mengubah nasib masyarakat yang semakin lama semakin kritikal?

Mungkin kerana kita sekadar hanya membaca dan melihat di media tentang isu-isu permasalahan masyarakat.. Adakah kita menanti hingga perkara yang sama terjadi pada adik beradik kandung kita sendiri baru kita hendak melatah? Atau saudara mara terhampir kita? Maafkan saya.. jika itu yang kalian tunggu.. Kalian akan mendapatkannya.. dan kalian akan menyesal yang teramat sangat.. menangis air mata darah sekalipun, calitan hitam itu tetap akan kekal sebagai coretan hidup.

Wahai sahabatku harapanku..
yakinlah, andai pada saat ini, dalam usia semuda ini, dalam keadaan sihat, kuat dengan darah muda yang masih panas, kalian menyatakan ‘nantilah dulu..’ atau ‘tunggu dah stabil..’ atau ‘tak ada masa la, busy..’ atau ‘tak ada duitlah, pokai..’ atau.. atau.. alasan itu boleh dicipta.. duit itu boleh dicari.. masa itu perlu diberi.. dan kesedaran itu akan datang sendiri apabila kita belajar untuk memberi lebih dari menerima.. hanya mereka yang pernah bekorban mengerti betapa mahalnya nilai pengorbanan itu..

Bangkitlah kalian dengan apa yang ada.. tidak perlu menunggu sehingga segala-galanya sempurna.. kerana Allah sudah membongkar sifat-sifat manusia yang tidak akan pernah merasa cukup, puas dan sempurna.. jadi mengapa harus kita menunggu untuk menjadi sempurna baru hendak bertindak?

Wahai sahabatku, andai kalian mengerti..
Bukan simpati yang kupinta..
Bukan belas kasihan yang kuharap..
Bukan sanjungan yang kuidam..
Tetapi kuharap kalian mengerti betapa masyarakat kita ketandusan mereka yang mempunyai kesedaran untuk bertindak membela nasib masyarakat..

Wahai sahabatku.. yang kukasihi kerana Allah..
Adilkah kita, sewaktu kita sedang tidur cukup 6jam, ada sahabat kita yang sedang berjuang tak tidur sepanjang malam?
Adilkah kita, membelanjakan wang yang banyak untuk pakaian mahal sedangkan ada sahabat kita yang mengikat perut demi membelanjakan wangnya untuk mendidik insan lain?
Adilkah kita, sewaktu kita belajar dengan ada ruang rehat menenangkan fikiran, sedangkan ada sahabat kita malam dan siang penuh jadualnya dengan masa belajar dan usaha membela masyarakat tanpa ada ruang rehat?
Adilkah kita?
Di manakah kita?

Untukmu sahabatku..
Di tanganmu pintu segala kebaikan..

Matlamat PPMUSM ialah mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa ke arah memartabatkan identiti masyarakat dan menjadi pelapis dalam membela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

PPMUSM adalah sebuah wadah, platform, alat dan tempat untuk kalian menyumbang pada masyarakat.. Pergunakanlah PPMUSM ini kerana tempoh pengajian kita di USM ini sangat singkat. Pergunakanlah biro-biro kalian untuk memberi ‘makna hidup’ kepada masyarakat.. Terkuburnya biro-biro akan menguburkan perjuangan PPMUSM itu sendiri.. Setiap ahli memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju biro-biro itu. Di sini, kakak abang senior-senior sentiasa bersedia untuk membimbing ahli-ahli baru untuk bergerak kerja dalam lapangan masyarakat sebenar.. Besar harapan kami pada kalian agar kita dapat bersama-sama bergerak seiring dan sejalan dalam usaha mendidik insan.. kita datang dari masyarakat dan akan kembali kepada masyarakat..

Ya Allah.. Sampaikanlah sentuhan jiwa ini kepada sahabat-sahabatku yang lain.. Agar mereka bisa mengerti betapa hamba kerdil ini amat mengharapkan agar mereka terus teguh di jalan Mu.. :’-)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....