Sabtu, 23 Februari 2008

khas utk semua pesrta & penggerak MBM

**(coretan diselit di dalam fail peserta sebelum KPP)

ASSALAMMUALAIKUM wbt..

sahabat2 & adik2 yg dikasihi peserta MBM yang dirahmati Allah..
Setelah pelbagai cabaran ditempuhi, syukur Alhamdulillah projek kali ni hampir berjaya.. namun baru hampir je.. belum berjaya lagi. Sama ada berjaya atau tidak, itu terletak di tangan anda dengan izin Allah swt. Andai anda berjaya merealisasikan objektif MBM iaitu mengupayakan mahasiswa, tahniah dan Alhamdulillah.. kita berjaya. Andai tidak..hm, semua penggerak dan peserta perlu kembali bermuhasabah memeriksa kelemahan masing-masing agar pembaikan dapat dilakukan utk MBM akn datang.


Baiklah sahabat2 yang dikasihi sekalian, MBM mahu menghasilkan mahasiswa yang berupaya dlm masyarakat berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Jadi kesemua program, dari KPP hinggalah MBM perlu mematuhi batas syarak.. Modul yang dirangka InsyaAllah telah ditapis agar memenuhi tuntutan ini tetapi peserta-pesertanya pula yang seringkali melewati batasan ini.. Amatlah diharapkan agar MBM kali ini mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kita semua hamba yang lemah, sentiasa melakukan kesilapan, berilah nasihat dan peringatan kepada sahabat-sahabat lain sepanjang program ini. Bukankah sebaik2 sahabat ialah sahabat yang membetulkan kesilapanmu? Dan seburuk-buruk sahabat ialah yang turut sama mengerjakan keburukan bersamamu...


Sahabatku yang dikasihi, dana MBM sebahagiannya adalah dari zakat. Maka secara automatiknya kita semua wajib berniat sebagai fisabilillah sepanjang program ni. Bagaimana niat sebagai fisabilillah tu? Niatkan supaya kita menyertai program ini kerana Allah swt. Dan niatkan yang program ni bertujuan mencari ilmu yang diredhai Allah dan memperbaiki masyarakat kita.. Memperbaiki masyarakat di sini termasuklah diri kita sendiri, kerana kita pun ahli masyarakat. Mengapa kami memilih untuk mengupayakan mahasiswa, dan bukannya masyarakat kampung? Sebab kami percaya masa depan Islam ada dalam tangan adik-adik dan sahabat-sahabat hari ini. Kerana itu pendekatan yang kami ambil ialah dengan membentuk sahsiah mahasiswa. Andai hari ini sahabat2 belajar 10 kebaikan sepanjang program ini, sampaikanlah pada masyarakat kita.. andai kita ada 36 orang peserta kesemuanya dan setiap orang menyampaikan pada 10 orang lagi, dah 360 orang akan mendapat kebaikan tersebut..InsyaAllah..
Ambillah peluang dalam masa yang singkat ini untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu yang boleh dan mulalah membina sahsiah diri yang cemerlang. Di dalam fail-fail peserta terdapat beberapa artikel yang dirasakan penting untuk sahabat-sahabat memahaminya. Jadi tolonglah ambil sedikit masa untuk membacanya.. Setiap individu memainkan peranan penting dalam institusi keluarga. Dan setiap unit keluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat.


Segala pujian untukMu Yang Pengasih lagi Penyayang kerana menggerakkan hati-hati hambamu ini untuk berkumpul dan bersama-sama menjayakan program MBM ini..Semoga segala usaha dan bakti yang kami curahkan ini dapat memberi manfaat dan keberkatan kepada diri kami sendiri dan masyarakat kami. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui kelemahan dan kekurangan diri kami, perbaikilah diri kami dan sempurnakanlah urusan kami. Janganlah engkau buka aib kami di dunia dan akhirat… Sesungguhnya Engkaulah sahaja tempat kami meminta pertolongan.. Amin Ya Rabbal Alamin…


Untuk renungan bersama :

Etika memberi nasihat oleh Imam Shafie :
”Berilah aku nasihat di waktu aku bersendirian dan janganlah nasihati aku waktu aku berada di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang sama ertinya dengan penghinaan. Dan aku tidak sudi mendengarkannya. Apabila kau tidak sependapat denganku, dan aku tidak mahu mematuhi nasihatmu, janganlah marah..”

Sabda Nabi saw:
”Sekuat-kuat ikatan iman adalah bersahabat kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (Riwayat Thabrani)

Sabda Nabi saw:
” Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan sanggup mempengaruhi manusia dengan hartamu, maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan budipekerti yang baik.””

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....