Isnin, 5 September 2016

Kolam Jiwa Anak : Menyemai Cinta Kepada Majlis Ilmu

Dua minggu lepas saya terbaca buku #parenting tulisan Dr Ujila. Buku itu bercerita betapa penting kita cari majlis ilmu untuk anak-anak. Walaupun anak-anak sibuk bermain dan belum faham, inshallah dengan keberkatan majlis maka anak-anak akan mendapat rahmat dan doa para malaikat di majlis itu.
Alhamdulillah Allah berikan keizinan untuk hadir taklim pagi dan petang di rumah jiran setaman.
Waktu sesi pagi, Fayyadh sangat teruja berkejaran dengan anak lain. Seorang ahli majlis mengingatkan kami syaitan akan cuba mengganggu fokus kita. Apabila gagal mengganggu kita, syaitan akan mengusik anak-anak kita supaya kita hilang fokus. Huhuhu. Jadi kami meneruskan muzakarah sambil anak-anak berlari sambil ketawa mengelilingi kami. Alhamdulillah Allah mudahkan untuk fokus.
Sesi petang pula saya pergi selepas asar. Geng sepermainan anak sudah menyambut di pintu kereta sambil senyum lebar dan kata puji-pujian. Hebat ikram muslimin kawan Fayyadh nih 😂
Waktu orang baca taklim, anak berbual bahasa ayam itik dalam nada yang kuat. Sesekali apabila anak memandang, saya bagi isyarat supaya diam.
Alhamdulillah tiada sesi berlari petang ini. Geng Fayyadh ajak bermain luar rumah tapi Fayyadh cuma tercegat depan pintu. Semasa datang tadi saya ada bawa Chocolate Chips untuk tuan rumah dan tetamu majlis. Tengok-tengok waktu sedang taklim, Fayyadh dan geng sudah makan dulu. 😂
Alhamdulillah syukur dapat luangkan cuti Ahad untuk bawa Fayyadh ke majlis ilmu. Saya batalkan kelas-kelas tuisyen hari ini semata-mata mahu bawa anak ke majlis ilmu. Dulu kalau nak menikmati cuti, saya bawa Fayyadh ke shopping complex dan playground. Sekarang kena berubah, untuk menikmati hidup perlu bawa anak ke majlis ilmu.
Inshallah pasang azam nak bawa anak ke seluruh dunia untuk menghidupkan majlis ilmu. Moga jadi asbab hidayah ke seluruh alam.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....