Ahad, 9 Februari 2014

Bagaimana makan dengan niqab?

Soalan : Assalamualaikum wbt Lillah, saya pun nak tau mcmn nak makan dgn niqab boleh?

Nur Khalilah Rasyidah : Waalaikumussalam... Cara makan depends pada design niqob.. Lillah selak dari tepi dan tangan menyuap dari tepi niqab. Kalau pakai design yang tepi bertutup, selak dari bawah, masuk makanan dari bawah... Baru je lepas makan pizza.. Kalau piza senang .Kalau nasi?.. mee?. tak kotor ke?

Setakat ni tak ada masalah nak makan, lillah selalu makan luar... makan roti canai boleh, nasi semuanya boleh je..sup ke laksa ke.. Tangan kiri tukang selak niqob dan jaga niqob. Tangan kanan suap makanan

Kalau makanan sudu garfu, masa nak suap tangan kiri letak garfu dan menjaga niqob.. Bila dah biasa, laju je... Suap makanan dalam mulut, jangan comotkan bibir...

Masa makan tu tunduk sedikit supaya mulut tak sentuh niqob..selalu tangan kiri automatic jaga niqob, kadang-kadang tarik sedikit supaya tak kena mulut..so far mudah je...

Tentang color gelap dapat elak comot???, emm kami di Butik Raudhah jual banyak niqob colorful.. Sama je warna hitam ke color ke...jika tercomot, lekas2 guna tisu basah baby wipes..Hehehe ini bantuan kecemasan menghilangkan segala kecomotan dan bau wangi .

Tak jumpa pula gambar saya sedang makan... Ni emak yang sedang makan.. Mak pakai niqab jenis half.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....