Jumaat, 21 Ogos 2009

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)



Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan


Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana


Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966


catatan :
bila meninggalnya seorang yang menyayangi kita, akan terasa gelap dunia kita seorang..
tetapi bila meninggalnya seorang yang menyayangi Islam ini..
akan terasa gelap gelita seluruh alam..
setiap yang hidup pasti akan mati..

apa yang pasti matinya seorang pejuang tidak akan mematikan sesebuah perjuangan..
hm.. jangan sedih lama-lama..
banyak lagi tanggungjawab yang harus dilaksanakan..
Ya Allah.. gantikanlah yang hilang dan tumbuhkanlah yang patah ini..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum... :)

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....