Selasa, 29 Mac 2011

Junior cuba mengajak Baby bermain.

Kesian Junior.... Junior tiada teman untuk bermain. Junior cuba memujuk Baby bermain dengannya. Baby terlalu dewasa untuk bermain dengannya. Baby selalu keluar merayau dan hanya balik rumah untuk tidur.

Sesi Selepas Kelas Bersama Junior

Setiap hari saya menamatkan kelas tuisyen pada pukul 10 malam. Selepas tamat kelas, inilah sesi yang ditunggu-tunggu iaitu melihat Junior bermain dengan White Board Marker. =D


Isnin, 28 Mac 2011

Aku Cinta Allah



"Allah s.w.t. senantiasa menjaga, memelihara, menolong, dan membahagiakannya, sementara sang hamba senantiasa menyibukkan diri untuk beribadah, mengutamakan balasan di sisi-Nya, menunaikan hak-hak-Nya, tidak melanggar batas-batas-Nya, mengagungkan perintah-Nya, membela dan menegakkan agama-Nya, serta menyerukan kebaikan kepada hamba-hamba-Nya. Begitulah kegiatannya hingga ajal menjemput. Begitulah wali dan kekasih sejati Allah." [Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

Sabtu, 26 Mac 2011

Buat diriku yang terlupa...


1. Hai orang yang berselimut
2. bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)
3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,
4. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan.
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
8. Sebutlah nama Rabbmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.
9. (Dia-lah) Rabb masyrik dan maghrib, tiada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung.
10. Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.
11. Dan biarkanlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar.

(surah muzammil,73)

Isnin, 7 Mac 2011

Mahu yang mana adikku?


Mahu yang mana adikku?
(a) Masa yang paling indah adalah masa remaja.
(b) Masa yang paling menyedihkan adalah masa remaja.
(c) Masa yang paling ingin dikenang adalah masa remaja.
(d) Masa yang paling ingin dilupakan adalah masa remaja.

Khamis, 3 Mac 2011

Selamat Hari Bahagia

Alhamdulillah, saya punyai Allah.. Alhamdulillah kerana Allah memberi saya anak-anak angkat untuk saya didik.. Alhamdulillah kerana Allah memberi saya anak-anak yang bermasalah untuk saya lindungi dan sayangi... Alhamdulillah kerana Allah sibukkan saya sehingga saya tidak sempat berbuat dosa...
Alhamdulillah kerana Allah memberi saya anak-anak yang menghabiskan duit saya supaya harta saya ini berpeluang diinfakkan....

Alhamdulillah... aku bersyukur ya Allah kerana diletakkan di atas jalan yang Kau cintai......

MashaAllah.... Apa yang Allah kurniakan ini, lebih daripada apa yang aku harapkan!


Rabu, 2 Mac 2011

Bersedia untuk berkahwin?



Soalan di facebook:

salam akak...

ada kawan sy tanya...

mcm mana nak tau kita dh sedia atau x utk kawen? tanda2 yg obvious la...hm..sebab kalau ikut hukum nikah tu kan ada banyak..wajib, sunat, makruh dsb..cmna kita nk tau kita masuk kategori yg mana?

cth kalau wajib-ada keinginan utk kawin n kemampuan..

kalau perempuan cmna nk tau dia dh ready ke belum? keinginan utk kawen tu smua org ada kan...cuma dr segi kemampuan tu cmna kita nk ukur? spesifik kpd perempuan...

sy xtau cmna nk jawab soklan dia..nk tnya ust td...tp segan sebab dlm kelas tu ramai lelaki...hehe




Jawapan saya :

cuba tanya dia:-

-adakah dia sudah bersedia untuk melayani seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk mentaati seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk bekorban demi seorang suami?

-adakah dia sudah bersedia untuk berkongsi perasaan, harta dan kehidupan dengan seorang suami?

-adakah dia bersedia untuk mendahulukan keinginan suami melebihi diri sendiri dan keluarga sendiri?

-adakah dia bersedia untuk memaafkan dan bertolak ansur dengan seorang suami yang cuma manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan?

-adakah dia bersedia untuk mendahulukan ibu mertuanya melebihi ibunya sendiri?

-adakah dia bersedia mengasihi ibu mertuanya dan sanggup bekorban demi beliau?

-adakah dia bersedia untuk menerima semua ahli keluarga suaminya yang tidak sempurna dan bersedia untuk bersabar serta bertolak ansur?

-adakah dia bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran dan kesakitan?

-adakah dia bersedia untuk mendidik anak-anak dengan penghayatan Islam?

-adakah dia bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya suaminya meminta dia berbuat demikian?

-adakah dia bersedia untuk mengorbankan kerjaya yang dicintai dan kedudukan yang dicintai sekiranya anaknya lebih memerlukan perhatian?

-adakah dia bersedia untuk kehilangan seorang suami dan terus memberi didikan dan kasih sayang secukupnya kepada zuriat suaminya?

adakah dia sudi menerima semua tanggungjawab itu?

jika ya, berkahwinlah.. kerana dirimu inshaALLAH akan menjadi isteri dan ibu yang solehah......

semoga ini dapat membantu...

Selasa, 1 Mac 2011

Program Motivasi Sayangi Remaja

ANJURAN
Group Sayangi Remaja
dengan kerjasama
Biro Wanita dan Biro Remaja dan Belia Masjid Bandar Tasik Puteri

SASARAN
Remaja PEREMPUAN berumur 13 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.

TARIKH
23 April 2011 (Sabtu)


MASA
9.00 pagi - 6.00 petang


TEMPAT
Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

YURAN
RM50.00

KEPADA REMAJA YANG KURANG BERKEMAMPUAN, YURAN ADALAH PERCUMA. ANDA CUMA PERLU MENGHUBUNGI URUSETIA UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT.

TENTATIF
9.00 pagi : Pendaftaran Peserta
9.30 pagi : Ice Breaking (sesi berkenalan)
10.45 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Slot 1 : Gejala Sosial Remaja Hari ini
11.30 pagi : Latihan Dalam Kumpulan 1
12.30 petang : Makan Tengah Hari
1.00 petang : Persiapan Solat Zohor
1.45 petang : Slot 2 : Aku Hamba Allah dan Khalifah di Bumi
2.20 petang : LDK 2
3.20 petang : Slot 3 : Mahu ke Mana Adikku?
4.00 petang : Persiapan Solat Asar
4.30 petang : Minum Petang
4.45 petang : Riadah : Permata Hatiku
5.30 petang : Persediaan Majlis Penutup
5.45 petang : Majlis Penutup
6.00 petang : Bersurai


CARA MENDAFTAR
1. 'Send Message' kepada Cik Lillah Khalilah di Facebook memberitahu yang adik berminat untuk menyertai program ini.
2. Cik Lillah Khalilah akan menghubungi adik semula untuk memberi borang.
3. Adik perlu membuat pembayaran semasa menghantar borang.

* PERHATIAN : Kepada adik-adik yang kurang berkemampuan, boleh menghantar borang tanpa membuat pembayaran.
:-)

Penyertaan terhad kepada 50 orang sahaja! Daftar segera :)
Sijil penyertaan inshaAllah akan disediakan .

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MEMERLUKAN PENAJAAN

Kepada sahabat2 yang ingin menjadi penaja Program Motivasi Sayangi Remaja (perempuan) pada 23 April ini boleh menghubungi saya. Yuran seorang peserta ialah RM50. Kita berharap bantuan ini dapat membolehkan anak2 yang kurang berkemampuan untuk tidak ketinggalan menyertai program ini. Terima kasih

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MEMERLUKAN FASILITATOR

Alhamdulillah, tarikh program Motivasi Sayangi Remaja telah ditetapkan pada 23 April 2011 bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri. Sekarang perlu cari fasilitator perempuan seramai 15 orang untuk berbakti pada hari tersebut.... (Program khas untuk perempuan )

Tunjukkan aku kawan jalan mana arah kejayaan....