Allah....
Akhirnya aku mengerti
Semua yang aku inginkan sudah Engkau berikan
Apalah setitis derita berbanding menggunung kurniaan-Mu
 |
| Kebahagiaan itu di dalam hati, andai zahir terpenjara, hati ini masih merdeka! :) Gambar atas ni bukan dalam penjara, cuma disebalik pagar sahaja...Gambar lama, awal-awal sebelum sakit. |
Betapa Allah sangat baik :') Allah tahu saya lemah, saya tak boleh nak berjalan keluar. Lalu dihantarnya rezeki ke rumah saya. Setiap kali terima duit yuran tuisyen, rasa sangat kagum. Ya Allah... :') Allah tahu saya mahu belajar. Lalu dihantarnya orang mengajar ilmu ke rumah ini. Ya Allah.... :')
Allah tahu saya tak larat nak buat kerja sendirian, lalu dihantarnya insan2 yang offer diri untuk membantu... Ya Allah... :') Kadang2 apabila serabut bermasalah, saya cuma berdoa "Bantulah aku Ya Allah"... Dan Allah benar2 bantu... Ya Allah..Maha Baik.. Sayang2 sungguh pada-Mu! :')
0 ulasan:
Catat Ulasan