Friday, May 29, 2009

ibarat layang-layang... :'-(


angan-angan dan keinginan manusia
ibarat layang-layang...

bebas dan jauh menerawang...

Dan tali penghujungnya, adalah batasan umur

panjangnya sekadar yang 'tuan'nya tetapkan...

Seringkali lalai... bila-bila boleh disentap oleh 'tuan' nya
turun menjunam bumi

Atau....
tika dibuai anganan,
tali umurnya putus....
Tak selamatlah lagi...

:'-(

Wahai orang-orang yang beriman!

Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha",

mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan
memasukkan kamu ke dalam Syurga

yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;

cahaya (iman dan amal soleh) mereka,
bergerak cepat di hadapan mereka dan
di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan);

mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):
“Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan

limpahkanlah keampunan kepada kami;
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.


(At-Tahrim : 8 )

Thursday, May 28, 2009

apa yang telah kita lakukan?


"Astagfirullah....."
sebak melihat barisan 'anak-anak ayam' yang disuruh beratur sebelum di bawa pergi.
lillah tahu majoriti masyarakat meluat dan jelik dengan anak-anak ayam yang dibela oleh bapak ayam ini.. siang dan malam mereka diselubungi kegelapan maksiat..

lillah ingin menyoal setiap yang membaca artikel ini..
"apakah yang anda telah lakukan untuk menyelamatkan anak-anak gadis kita ini?"


ramai yang mungkin menjawab :
"alah.. mereka jagalah diri sendiri baik-baik.. siapa suruh buat kerja bodoh.. macam lah dah tak da kerja lain.."


terima kasih kerana menjawab dengan jujur..

tetapi ingatlah, setiap manusia ada hak ke atas manusia yang lain..
dan saudara kita yang jahil itu ada hak ke atas kita.. hak untuk dikasihi.. hak untuk dibimbing.. hak untuk diselamatkan.. dan hak untuk dilindungi..

sedih....

ye lillah benar-benar sedih melihatkan masyarakat kita yang individualistik.. yang pentingkan diri sendiri.. yang kering rasa belas kasihan.. yang tak rasa kesal menghina insan lain..
yang ada ilmu tetapi setakat simpan di dada sendiri sahaja..

kesal...

lillah benar-benar kesal melihat golongan agama yang dipanggil 'ustaz' 'ustazah' yang sepatutnya menjadi role model mencalarkan imej pendakwah dengan perangai buruk yang tak tahu malu..

ya Allah... peliharalah diriku, keluargaku, keturunanku & sahabat2ku...
Peliharalah akhlak kami seperti yang Kau cintai...

wahai saudaraku yang dikasihi...
wahai yang mengaku dirinya pendakwah...

siang malam kita menyeru orang 'dekatkan diri pada Allah...' tetapi wajarkah kita sendiri jauh dari Allah..??

siang malam kita menyeru orang 'amar ma'ruf.. nahi mungkar..' tetapi wajarkah kita sendiri melakukan yang mungkar dan meninggalkan yang ma'ruf..??

siang malam kita bercakap tentang dakwah.. tetapi wajarkah kita sendiri tidak mengamalkan apa yang kita sampaikan itu..??

wahai jiwa yang mukhlis..

kalau kita suruh orang lain baca ayat Quran sehari dua ayat.. kita kenela baca lebih dari mereka..
kalau kita suruh orang lain solat 5 waktu.. kita kenela setel 5 waktu tu dan lebih dari segi solat nawafil..
kalau kita suruh orang lain solat tahajud 2 rakaat pada tiap2 sepertiga malam.. kita kenela solat taubat, solat tasbih disamping tahajud sebagai tambahan..
kalau kita suruh orang lain menutup aurat.. kita kenelah make sure aurat kita tertutup..
kalau kita suruh orang lain banyakkan membaca.. kita kenelah lebih banyak membaca...

kalau kita suruh orang lain jadi baik.. kita kenela jadi baik terlebih dulu..

kalau kita suruh orang beriman dan beramal dengan Quran dan Sunnah.. kita kenela beriman dan beramal dengan Quran dan Sunnah...

dalam apa jua yang kita lakukan.. apabila kita mahu menjadi da'ie.. kita kene kerja lebih dari orang yang kita ingin sampaikan kebaikan.. kalau kita ibu, kita kene lebih dari anak-anak.. kalau kita kakak, kita kene lebih dari adik-adik.. kalau kita pemimpin, kita kene lebih dari mereka yang kita pimpin..

kerana iman kita umpama janakuasa letrik.. adakah cas letrik kita cukup kuat untuk kita salurkan pada insan-insan lain?

bila kita sendiri jauh dari Allah.. apa yang kita sampaikan tinggal perkataan kosong yang tak terkesan di hati.. alangkah sia-sianya diri kita.. kita tertipu dengan popularnya nama kita yang kerap muncul di khalayak umum tetapi tak terkesan di hati pendengarnya...


wahai semua jiwa2 harapanku..

jgn mendaki puncak hanya utk meninggikan tmpt jatuh...
jgn memburu fatamorgana dunia hanya utk ditipuolehnya..
ingat wahai diriku & dirimu, janji kesibukan yg tanpa henti, kelesuan yg takde penghujung, kejemuan yg sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu2 dunia yg bagaikan anjing rakus memburu bangkai. sebaik2 bekalan adalah takwa. sebaik2 perlindungan adalah Al-Quran. Mereka yg begini sahaja mampu menukar bangkai dunia menjadi baja dlm kehidupan..

perbarulah kehidupan dgn semangt org yg bersedia utk mati..

jadilah insan yg bijaksana yg menghayati pesanan Rasulullah saw agar sentiasa ingat mati & bersedia menghadapinya. jadilah umpama sahabat Rasulullah saw yg hidup bahagia, tenang, & aman sambil mengurus & mentadbir urusan dunia dgn cekap & berkesan...
jgn jadi Namrud, Firaun & Haman yg mengurus dunia dgn ketamakan & kezaliman. nanti kita diburu resah, gelisah, kesibukan, kejemuan, kemarahan yg tiada berkesudahan..

ingatlah wahai jiwa2 yang mencari ketenangan & kebahagiaan..

tak mengapa sekiranya kalian tak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kalian telah menempuh jalan. sebab kebahagiaan & ketenangan tu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi sepanjang jalan..


Genggam Al-Quran, ingat mati & berangkatlah. jalan mujahadah itu susah tapi indah!

“Tiadalah perkataan yang dikeluarkan seseorang, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib Atid.” (Qaf:18)

“Perut mereka jauh dari tempat tidur (mereka tidak tidur pada waktu biasa orang tidur, untuk mengerjakan sembahyang malam) sedang mereka berdoa kepada Tuhan dengan rasa takut dan harap.” (As-Sajadah: 16)

Tuesday, May 26, 2009

isu landasan kereta api di Tenom (interview)


cahaya kehidupan (21:25): lillah..
nur (21:25): ye sy..
cahaya kehidupan (21:25): nak tau
cahaya kehidupan (21:25): yati balik kan
cahaya kehidupan (21:26): dulu ikut jalan tenom..
cahaya kehidupan (21:26): tapi sekarang
cahaya kehidupan (21:26): dah susah
cahaya kehidupan (21:26): takde keta api..
cahaya kehidupan (21:26): hehehe..
nur (21:26): yati naik kete api tu?
nur (21:26): hm...
cahaya kehidupan (21:26): a'aa..
cahaya kehidupan (21:26): dlu...
cahaya kehidupan (21:26): tapi pas ada kejadian
cahaya kehidupan (21:26): ari 2
nur (21:26): yati komen la bawh artikel tu
nur (21:26): critakan pngalamn yati
nur (21:26): kisah benar
nur (21:26): situasi sebenar
cahaya kehidupan (21:26): ermm..
cahaya kehidupan (21:27): tadi nak komen
cahaya kehidupan (21:27): low
cahaya kehidupan (21:27): insyaAllah..
cahaya kehidupan (21:27): tapi wireless ow..
cahaya kehidupan (21:27): insyaAllah nnt yati komen...
cahaya kehidupan (21:27): =)
nur (21:27): lillah baca newspaper pg tu
nur (21:27): ttg kisah d tenom
nur (21:28): dlm intenet skit je diorg tulis
cahaya kehidupan (21:28): lillah nak tau
nur (21:28): dlm surt khabr byk skit dgn gambr2
nur (21:28): citer la
cahaya kehidupan (21:28): ye2..
cahaya kehidupan (21:28): hehehe..
cahaya kehidupan (21:28): gnie..
cahaya kehidupan (21:28): dlu..
cahaya kehidupan (21:28): excited nak cite..
cahaya kehidupan (21:28): waktu yati mula2 masuk kat sini..
nur (21:28):
nur (21:28): excited nk dgr
cahaya kehidupan (21:29): yati nak keta api 2..
cahaya kehidupan (21:29): memang dari 2
cahaya kehidupan (21:29): mcm2 ja prob keta api 2
cahaya kehidupan (21:29): sbb dah lame kan
cahaya kehidupan (21:29): perjalanan yati
cahaya kehidupan (21:29): dari tenom ke beaufort
cahaya kehidupan (21:30): ermm..
cahaya kehidupan (21:30): tolak dari tenom
cahaya kehidupan (21:30): dalam jam 2.50 p.m sampai kat beaufort dalam 5.30 la g2..
nur (21:30): lama nya!!!
cahaya kehidupan (21:30): lama dalam perjalanan
cahaya kehidupan (21:30): sebab
cahaya kehidupan (21:30): iya..
cahaya kehidupan (21:30): kita singgah lagi
cahaya kehidupan (21:30): kat satu tempat
cahaya kehidupan (21:30): lupa nama
nur (21:31): ramai x biasanya yg naik kreta pi tu?
cahaya kehidupan (21:31): pelancong bekayak kalau tak silap kat sana
cahaya kehidupan (21:31): ambik pelancong
cahaya kehidupan (21:31): keta api 2
cahaya kehidupan (21:31): ramai sangat
cahaya kehidupan (21:31): especially
cahaya kehidupan (21:31): kalau time cuti sekolah gnie..
nur (21:31): oo
cahaya kehidupan (21:32): boleh takde tempat duduk..
cahaya kehidupan (21:32): pas2
cahaya kehidupan (21:32): duduk pun rapat2..
cahaya kehidupan (21:32): takde aircon tau
cahaya kehidupan (21:32): hehehehe
nur (21:32): hm..
nur (21:32): smnjk ketapi xda ni?
nur (21:32): yati cane balik ?
cahaya kehidupan (21:33): lau yati..
cahaya kehidupan (21:33): asal sipitang..
cahaya kehidupan (21:33): ada jalan darat g tenom..
cahaya kehidupan (21:33): kalau yang dari beaufort 2
cahaya kehidupan (21:33): kalau nak g tenom
cahaya kehidupan (21:33): kena pusing la..
cahaya kehidupan (21:33): sama ada lalu sipitang atau lalu kimanis untuk sampai ke tenom..
cahaya kehidupan (21:33): sian tau lillah..
cahaya kehidupan (21:33): biasa kan..
cahaya kehidupan (21:33): kalau on the waY g beaufort 2
cahaya kehidupan (21:34): keta api berhenti-henti juga
cahaya kehidupan (21:34): dan
cahaya kehidupan (21:34): untuk singgah orang kat jalan..
cahaya kehidupan (21:34): itu la..
nur (21:35): oo
nur (21:35): xda ura2 nk bina jalan k sna k?
nur (21:36): jalan raya?
cahaya kehidupan (21:36): cam ada dengar
cahaya kehidupan (21:36): dulu..
cahaya kehidupan (21:36): landasan 2
nur (21:36): takde k dgr mna2 yb nk wat jln
cahaya kehidupan (21:37): landasan atau keta api 2 je
cahaya kehidupan (21:37): cuma..
cahaya kehidupan (21:37): yang nak repair..
cahaya kehidupan (21:37): jalan raya takde pula..
cahaya kehidupan (21:37): jalan raya
nur (21:37): takkan slamanya nak naik kete api
nur (21:38): mesti nk ada jln raya gak
nur (21:38): sedangkan laut yg luas kita bole buat jambatan
nur (21:38): gunung tinggi kita tarah sbb nk buat jalan
nur (21:38): semua tu ada peruntukan kewangan
nur (21:38): bergantung kpd keperluan
nur (21:38): mcm tu juga dlm kes ni
nur (21:39): skrg ni ketepi xde..
nur (21:39): yati x pnh cuba naik troli?
nur (21:39):
cahaya kehidupan (21:39): ishhh...
cahaya kehidupan (21:39): tak la..
nur (21:39): hehe
cahaya kehidupan (21:39): mustahill..
cahaya kehidupan (21:39): jauh sangat nak naik troli 2
nur (21:40): kalau yg jln sipitang & kimanis tu brapa lama masa diambil nk k beaufot?
cahaya kehidupan (21:41): kalau ikut sipitang..
cahaya kehidupan (21:41): dalam 2 jam lebih la..
cahaya kehidupan (21:41): gitu..
cahaya kehidupan (21:41): kalau kiminas
cahaya kehidupan (21:41): sampai g keningau dulu
cahaya kehidupan (21:41): sebab kalau ikut kimanis..
cahaya kehidupan (21:41): jauh lagi la..
cahaya kehidupan (21:41): dari keningau baru p tenom..
cahaya kehidupan (21:41): tak pasti berapa la..
cahaya kehidupan (21:41): lagi jauh la
nur (21:41): tu naik bas ke?
cahaya kehidupan (21:42): kalau kami
cahaya kehidupan (21:42): compare sipitang
cahaya kehidupan (21:42): iku teksi
cahaya kehidupan (21:42): ni lagi satu prob..
cahaya kehidupan (21:42): dari sipitang p tenom..
cahaya kehidupan (21:42): tapi kan
cahaya kehidupan (21:42): sebab
cahaya kehidupan (21:42): ada masa teksi takde..
cahaya kehidupan (21:42): takde org g tenom..
nur (21:42): hm....
cahaya kehidupan (21:42): hari 2
cahaya kehidupan (21:43): pastu
cahaya kehidupan (21:43): teksi tenom sipitang
cahaya kehidupan (21:43): yati tunggu dekat 2 jam kot
cahaya kehidupan (21:43): pemandu tu
nur (21:43):
cahaya kehidupan (21:43): bawa yati je sorg balik..
cahaya kehidupan (21:43): bus nak g tenom dari sipitang
cahaya kehidupan (21:43): takde lagi..
cahaya kehidupan (21:43): tambang sipitang tenom rm25
nur (21:43): mahal..
cahaya kehidupan (21:44): ermm...
nur (21:45): lillah search maps sipitang kimanis tenom beaufort di google..
nur (21:45): hm..
cahaya kehidupan (21:46): hehehe..
cahaya kehidupan (21:46): demi balik kg..
cahaya kehidupan (21:46): sanggup..
nur (21:47): yati biasanya balik naik flight trun d airpot mne?
nur (21:49): sblm ni brapa harga tiket ketapi pejalann yati dr tenom beaufot tu?
cahaya kehidupan (21:52): yang dari beaufort
cahaya kehidupan (21:52): yati terfikir juga
cahaya kehidupan (21:52): budak2
cahaya kehidupan (21:52): tapi kan..

cahaya kehidupan is Available (21:53) - epi.. lillah tengah online.. luv u my friend..=)

cahaya kehidupan (21:53):
yang dari beaufort




nur (21:53): tapi apa?
nur (21:53):
cahaya kehidupan (21:58): susuh la nak balik
cahaya kehidupan (21:58): yang sekolah teknik kat keningau nie
cahaya kehidupan (21:58): ramai juga dorg 2
nur (21:59): diorg balik mcm ne skrg?
cahaya kehidupan (22:00): yati balik tak naik flight
cahaya kehidupan (22:00): dulu..
cahaya kehidupan (22:00): sebab yati penah nek keta api dengan dorg..
cahaya kehidupan (22:00): kena pusing la..
nur (22:01): budakw skolah teknik tu pun kne ikut sipitang kimanis juga la?
cahaya kehidupan (22:06): lupa
cahaya kehidupan (22:06): sama ja kat sabah
cahaya kehidupan (22:06): rm2. lebih
nur (22:06): apa yg rm2?
cahaya kehidupan (22:07): tambang
cahaya kehidupan (22:07): keta api tenom beaufort..
nur (22:07): ooo
cahaya kehidupan (22:07): rm2 lebih..
cahaya kehidupan (22:07): tak ingat berapa sen..
nur (22:07): hm...
nur (22:07): yati citer la apa2 lg ttg pnglmn yati
nur (22:08): lillah nak publish dlm blog
nur (22:08): ttg hal ni
cahaya kehidupan (22:29): lillah...
cahaya kehidupan (22:30): penumpang2
cahaya kehidupan (22:30): emm..
cahaya kehidupan (22:30): baru ingat..
cahaya kehidupan (22:30): ada juga bawa anjing
cahaya kehidupan (22:30): dan gas
cahaya kehidupan (22:30): org tua
nur (22:30): gas?
nur (22:30): tong gas masak?
cahaya kehidupan (22:30): iya..
cahaya kehidupan (22:31): tong gas masak..

Monday, May 25, 2009

hujan batu di Malaysia ..... :-(

Penduduk mengambil upah menolak troli untuk membawa guru ke sekolah serta warga tua dan kanak-kanak di Tenom.

Menolak troli?

di manakah Tenom?

  • bahagian tengah-tengah pedalaman Sabah yang bergunung-ganang kah?

  • bahagian Timur Sabah yang terpencilkah?


Lihatlah peta di atas dan cari di mana kedudukan Tenom.. ianya terletak di Barat Sabah..

Apa yang berlaku ni??

Apa isu nya?????


Mangang (depan sekali) bersama Mariana dan anak terpaksa menolak troli buatan sendiri dari pekan Tenom ke rumah mereka di Kampung Stesen Pangi akibat ketiadaan perkhidmatan kereta api.

kemana perginya kereta api tu?

PENDUDUK kampung sepanjang landasan kereta api dari Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh sejauh kira-kira 10 kilometer terpaksa mengharungi penyeksaan setiap kali menolak troli berulang-alik ke pekan Tenom.

Perjalanan menggunakan troli buatan sendiri berasa amat memeritkan. Penat lelah menujah kayu untuk menggerakkan troli di landasan sepatutnya dimudahkan dengan hanya melabuhkan punggung di kerusi kayu kereta api berenjin diesel.

Pada usia 64 tahun, peniaga kedai runcit, Benedict Mangang Engkim, terpaksa memerah keringat berulang-alik dari rumahnya di Kampung Stesen Pangi ke pekan Tenom tiga kali seminggu untuk membeli pelbagai barangan dapur.

"Apa boleh buat, nasib kami begini. Kalau ada kereta api, tambangnya tidak sampai seringgit untuk ke pekan Tenom. Dua puluh minit sudah sampai di pekan. Saya boleh beli macam-macam barang untuk dimuatkan dalam gerabak.

"Sekarang saya terpaksa membawa beras dan bermacam-macam lagi barangan makanan dari pekan Tenom ke kampung semata-mata untuk membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan bahan makanan," kata lelaki tua itu.

Dengan mengeluarkan kos RM130, Mangang membina troli berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter semata-mata untuk meneruskan perniagaannya sejak 40 tahun lalu.

Namun, penderitaan membawa bahan perniagaan menggunakan troli tidak seperit membawa isterinya, Inih Buragang, berusia 83 tahun yang lumpuh dan menghidap darah tinggi ke Hospital Tenom.

Sehari dalam sebulan, Mangang terpaksa membawa isterinya ke hospital berkenaan. Terik sinar matahari dan hujan terpaksa ditempuh semata-mata memastikan isterinya menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagi Mariana Ansabung, 38, derita penyakit tibi yang dihidapinya sejak enam bulan lalu semakin menyeksakan apabila terpaksa menolak troli untuk ke pekan Tenom.

Di sebalik menahan kesakitan, Mariana terpaksa menolak troli untuk menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan setiap lima hari dalam sebulan.

"Saya tidak larat menolak troli seorang. Saya terpaksa meminta bantuan anak saya, Susanti yang berumur 12 tahun untuk ke hospital. Saya merayu kerajaan segera membaiki landasan untuk memudahkan kami ke pekan," ujarnya.

Turut mengerah kudrat empat kerat menolak troli ialah ibu kepada enam anak, Bina Pintu, yang berusia 34 tahun. Setiap kali memperoleh hasil tangkapan ikan memuaskan di Sungai Padas, Bina akan ke pekan Tenom.

Baung, pelian, lampam, haruan dan belida yang terperangkap di mata jaring tangsi yang dipasangnya setiap malam, perlu dijual di pekan Tenom. Ketika fajar menyinsing, Bina memulakan perjalanan dari Kampung Stesen Pangi ke pekan berkenaan.

"Ada penduduk mengambil upah membawa guru dari Tenom ke Sekolah Kebangsaan Pangi di kampung ini. Ada juga yang membawa pelancong dengan upah RM5 seorang," ujarnya.

Perit jerih menolak troli dengan membawa penumpang terbayar juga apabila mereka menerima bayaran yang tidak seberapa itu.

Namun, Bina dan penduduk yang lain tetap mengharapkan agar perkhidmatan kereta api disambung semula kerana semestinya roda troli tidak sehebat pacuan kereta api.

INFO: Kereta Api

  • Jarak 49km dari Stesen Kereta Api Tenom ke Stesen Kereta Api Beaufort

  • Enjin diesel

  • Beroperasi sejak 1970

  • Kemalangan di Sungai Padas di Kampung Tenom Lama pada 9 April 2008

    Troli

  • Diperbuat daripada papan 2.17 x 2.17 meter.

  • 0.89 meter jarak antara roda dengan roda .

  • Mengelilingi sembilan kampung dari Stesen Kereta Api Tenom ke Kampung Rayoh Tenom Lama, Masisilau, Pangi Seberang, Motolob, Stesen Pangi, Kelandos, 78, 75 dan Rayoh.

  • Jarak enam km dari Stesen Kereta Api Tenom ke Kampung Stesen Pangi

  • Jarak 15km dari Stesen Kereta Api Tenom ke Kampung Rayoh.

  • Dua jam menolak troli dari Stesen Kereta Api Tenom ke Kampung Stesen Pangi.


  • timbul persoalan :
    • Adakah negara kita yang mampu membina bermacam-macam bangunan dan projek berjuta-juta ringgit tidak mampu membina sebatang jalan raya bagi menggantikan landasan kereta api?

    • di manakah pemimpin yang sepatutnya turun membela nasib masyarakat?


    sumber :
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090524070318/Article/index_html

    p/s:mak lillah kata "ni yang kita perlukan aktivis masyarakat ni!"

    Saturday, May 23, 2009

    kawan saya tak mahu solat... camana cara nak bantu diorang?? :-(


    Soklan:

    Salam.. maaf kiranya menganggu.. saja ja.. K.lillah, sebenarnya saya tak tau nak cakap macam mana.. emm.. saya sedar diri tak banyak ilmu tapi rasa kesian dekat rakan-rakan di tempat kerja bcoz rasa diorang tak solat.. betul ke tak wallahua'lam tapi memang tak pernah nampak pun..

    lagi satu pergaulan pun bebas je.. tu pasal saya macam tak boleh campur dengan diorang.. saya tak tau nak tolong macam mana.. sekarang just berdoa je la yang boleh saya buat. tak tau pulak nak bantu cara lain...

    jawapan :

    w'salam.. maaf lambat balas ;-)

    adik jangan putus asa.. keep up berdoa & layan mereka dgn penuh rasa kasih sayang... B-)
    Kalau boleh biar diorang tau yang adik care tentang diorang...
    rajin-rajinlah bagi nasihat & motivasi pada diorang...
    nanti lama-lama diorang akan mula memberi kepercayaan kepada adik... dan bila diorang dah yakin dan percaya pada adik, diorang akan jadikan adik sebagai tempat rujukan, tempat luahan perasaan or tempat bertanya pandangan... %-D

    masa tu adik nasihatlah diorang supaya jaga hubungan dengan Allah...
    Bila hubungan dengan Allah baik, insya'Allah hubungan dengan manusia setel...
    thats why pentingnya kita menjaga solat 5 waktu...

    Akak doakan supaya kita semua menjadi pencetus hidayah kepada orang di sekeliling kita... amin... ;-D

    sayang- sayang.... tinggal-tinggalkan..




    orang kata sayang-sayangkan isteri... tinggal-tinggalkan..



    sayangkan anak.. tangan-tangankan...





    sayangkan mak abah?




    walaupun sayang dan tak suka meninggalkan my family kesayangan terpaksa juga meninggalkan.. jadual aktiviti bulanan ni padat dan sarat.. ada gap beberapa hari je untuk pulang ke rumah.. tu pun pulang ke rumah sempat basuh baju je.. keluarkan dari beg pakaian kotor.. masuk washing machine.. masuk drying machine.. lipat semula masuk beg..




    mak punyalah tak bagi lillah start kerja bulan mei ni sebab nak anak dara dia ni duduk rumah belajar menjahit.. belajar memasak.. teman dia pergi shopping.. teman dia pergi main dengan cucu sedara dia... bila ditanya kenapa tiap2 minggu nak pergi rumah cucu sedara dia, jawapan mak:



    "saja... nak menghiburkan hati..."



    mak tinggal sendirian di rumah.. adik2 saya semua di asrama.. abah pulak selalu outstation.. secara teknikalnya cuti ni saya yang kene teman mak di rumah...




    kesian mak..




    secara praktikalnya... anak dara dia ni pulak ke hulu ke hilir dengan program2 luar.. mak nak menghalang tak sampai hati sebab faham dengan setiap komitmen yang anak dia ni join.. mak memang tahu setiap gerak geri anak nya ni.. setiap program yang anak dia ni join, mak akan diterangkan secara roughly tentng program tu.. bila anak dia habis program tu, mak dia akan dapat laporan penuh dari anaknya... mak lah pengomen setia kepada anaknya.. pengkritik paling jujur dan telus kepada anaknya ni....






    "mak... kakak nak pergi dakwah ni..."pujuk saya...



    mak cair bila dengar perkataan dakwah. :)



    sebab mak faham kewajipan berdakwah..



    tiap2 pagi dalam pukul 7 tu kami anak beranak kene duduk sit untuk sama2 baca kitab fadhilat amal.. so masa tu ada chapter khas tentang fadhilat tabligh yang menekankan kepentigan berdakwah...



    Alhamdulillah mak memahami jiwa anaknya ni...




    "sat je (sekejap je).. nanti bila kakak dah ada baby.. kakak dah tak de la seaktif ni.."pujuk saya kepada mak... mak tergelak...



    "eleh... macam la mak tak kenal prangai dia.. nanti entah2 dia hantar baby dia pada mak sebab dia nak pergi program.."sambung mak.. tergelak saya mendengar jawapan mak..



    "hm.. ada kemungkinan juga.. tapi tak kot.. kesian kat mak.. kakak hantar nurseri..."balas saya.



    "eh takpe... hantar kat mak la.. bukan susah nak jaga cucu sulung.. lain la kalau dah ramai cucu nanti..."balas mak.. kami ketawa..


    ~lillah dgn cucu ayah & ibu angkat yg cute~





    saja je nak ceria2kan wajah mak yang sedang redha dengan perjuangan anaknya ni... :)




    lillah baru balik dari rumah keluarga angkat di Guar Lobak, Seberang Prai.. lillah ke sana ditemani kak mas.. kami singgah ke sekolah tempat kak mas pernah buat latihan mengajar.. hm.. bukan je anak murid yang rindukan cikgunya.. cikgunya pun dah tak tertahan rindukan anak muridnya...hehe.. kami datang memberi semangat pada anak2 murid kak mas yg sedag exam..

    ~anakanda murid2 kesayangan sdg exam..~



    then kami meneruskan perjalanan ke rumah ibu dan ayah angkat lillah... selamba je bawa kak

    mas.. nak bagi ramai sikit anak angkat ayah dan ibu. hehe..


    ~cikgu Mas @ kak Mas ku sayang~



    ibu ayah orang kampung... anak-anak dah berkahwin semuanya dan tinggal di rumah masing2.. tinggal ibu dan ayah berdua2an aje... diserikan dengan cucu-cucu yang selalu singgah sebab rumah sebelah sekolah rendah....


    banyak yang dapat dipelajari dari ibu dan ayah tentang politik, ekonomi, sosial etc...


    apa yang paling istimewa ialah bila ayah berpesan tentang budibahasa dengan orang tua... yang ni mahal...



    ayah kata.. walau macam mana hebatpun kita ni.. dan walau macam mana lekeh pun orang tua kita ni...


    sayang mak ayah mertua macam sayang mak ayah sendiri...


    jangan buat mereka(org tua) rasa diri mereka bodoh... kalau kita berkahwin dengan orang yang berada.. janganlah sampai mak ayah kecik hati.. berkahwinlah dengan restu mak ayah... terimalah teguran mak ayah dengan sabar.. kalau nasihat mak ayah dah tak nak dengar, nasihat sapa lagi nak dengar... walau macam mana meluat dengan mak ayah tu, baliklah jenguk mak ayah tu.. walau macam mana meluat dengan tindakan mak ayah tu, sembanglah dengan kasih sayang... ingatlah yang kita ni pun satu hari nanti akan tua juga...



    penting dan sangat2 penting... untuk doa setiap kali lepas solat supaya dapat jodoh yang baik dan dari keluarga yang baik-baik... sebab banyak kes yang anak jadi kurang ajar sebab tersalah memilih pasangan hidup... ~_~

    ~ibu ayah & adik angkat kesayangan~



    sekarang ni lillah di rumah kak mas.. esok pagi baru balik ke rumah... dari semalam mak asyik hantar sms tanya bila nak balik..

    Makkkkkkkkkkk..... kakak nak balik rumah......!! nak mak abah kakak!!




    minggu depan ada program di kedah lagi... tiggalkan lagi keluarga tersayang ni..
    berpisah sementara dengan orang yang kita sayang adalah suatu kemestian seandainya kita hendak berjuang...
    berpisah selamanya dengan orang yang kita sayang adalah suatu kemestian setelah perjuangan kita selesai... bersediakah kita?

    Ya Allah... jadikanlah diriku, keluargaku, keturunanku dan sahabat2ku sebagai punca hidayah kepada orang di sekelilig kami.. jadikanlah akhlak kami seperti yang Kau cintai.. jadikanlah hidup dan mati kami seperti yang Kau cintai... Amin...


    Saturday, May 16, 2009

    ~..menterjemah sebuah kehidupan..~

    Laju air matanya turun ke pipi.. Ish, romlah syg... Lillah menyorokkan sayu dalam senyum..
    genggaman tangan romlah masih kuat seperti tak nak lepaskan tangan lillah.
    "Siew Yee.. jaga kan dia baik2 untuk 2 minggu sebelum Siew Yee balik ni ye.."pinta lillah. Siew Yee tersenyum manis. Romlah masih tak boleh berkata-kata. air mata dia dah menterjemahkan segala isi hati dia..

    Romlah insan hebat yang berani dan tegas dengan pendirian dia.. banyak yang lillah belajar dari romlah.. alhamdulillah.. bertuah dan bersyukur dpt mengenali diri romlah..
    terima kasih kerana mempercayai lillah utk berkongsi kisah hidup sebenar romlah..

    Romlah yg dsyangi.. lillah, mak abah, cici, si kembang, si becok etc smua sayangkn romlah..
    lillah balik ke malaysia bukannya meninggalkan romlah.. lillah tak tinggalkan romlah.. kita berpisah kejap je.. sama macam kita berpisah sebab pergi kuliah.. your problem is ours.. if u need me, boleh sms, call, email, ym etc.. kita dekat sebenarnya walaupun jarak memisahkan kita..

    Romlah yg solehah.. teruskan solat duha, baca al-Quran & hizbul azam.. sejuk hati melihat romlah istiqamah dgn amalan yg baik2 tu.. dekatkan diri dgn Allah supaya hati kita tenang dan kuat..

    nak share something yang sangat touching..
    tentang sahabat baik saya ni.. cik romlah ku sayang..
    romlah datang dari keluarga yang susah.. ayahnya meninggal dunia ketika dia 12 tahun.. dan dia pernah masuk rumah anak yatim.. walaupun desakan hidup semakin menghimpit, dia berjaya dapat 6A masa PMR.. tapi dia tak mampu nak beli borang MRSM yg berharga Rm 10..

    Romlah jurusan international business.. memang wajib final semester di oversea..
    hari ini romlah cuma ada lebih kurang 3 bulan je tinggal sebelum grad..insya'Allah..
    Siew yee dan romlah adalah 2 orang pelajar yg pergi ke binus university.. binus tu business.. mereka ni 2 org first international studen yg diterima binus univ.. so masuk la dalam buletin kampus..
    siew yee dah nak balik malaysia, jun ni.. romlah bulan julai nanti baru balik..insya'Allah..


    romlah.. ramai orang di luar sana tahu perkataan susah.. tapi mereka tak tahu erti sebnar susah sebab mereka tak hidup susah..
    sebab tu lillah sangat perlukan romlah utk kita sama2 saling bantu membantu utk membantu adik2 kita yang susah...
    kisah hidup kita berbeza.. apa yang sama ialah kita sama-sama mencari erti kasih makna sayang dan tujuan hidup..
    kita biasa ditemani air mata suka dan duka..
    kita bersungguh-sungguh berjuang untuk terus hidup dan memberi yang terbaik dalam setiap ruang dan peluang yang Allah berikan..




    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    pagi tu kami bertiga (lillah, Siew Yee dan romlah) pergi joging di Bung Karno Sports Complex.. semasa di sana kami tak berjoging pun sebaliknya bersiar-siar melihat pelbagai gelagat manusia. Ada keluarga yang tidur di bawah pokok beralaskan tikar kerana tiada tempat tinggal.. ada anak-anak yang sepatutnya bersekolah tetapi bekerja keras mengumpulkan sampah.. ada pasangan tua yang miskin berjalan ke hulu ke hilir seperti mencari sesuatu. Ada sepasukan polis sedang melakukan senaman di situ dengan muzik yang kuat.. Ada beberapa persatuan sedang melakukan senamrobik dengan ahlinya..

    dan kami menemui 3 ekor kucing kelaparan... jadi kami pun belikan mereka ni sebungkus nasi untuk makan.. seekor kucing tu cacat, ada ketumbuhan di perut..


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    dalam perjalanan balik tu kami singgah di pasar.. romlah belikan buah markisa dan avokado utk lillah bawa balik ke malaysia.. buah tu murah di indonesia..


    masa di pasar tu kami terserempak dengan ibu yang mengendong bayi..
    alahai sayang.. kecik nya baby dia.. merah lagi.. asyik bergerak-gerak.. mata tak buka lagi..
    ya Allah.. melihat keadaan si ibu tu yang tak sepatutnya keluar mencari rezeki sepatutnya berehat di rumah membuatkan lillah terasa sakit perut ni..
    ibu yang sepatutnya dalam pantang telah dipaksa mencari rezeki..
    Kebanyakkan peniaga yang ada di sini miskin-miskin.. mereka berniaga sayur-sayuran yang ditanam sendiri.. sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..

    kawan saya memberitahu yang beberapa hari lepas mereka ada ternampak seorang ibu baru bersalin tertidur di dalam kereta sorong dengan bayi baru lahir. (alert semua! di pasar ni.. yang kotor2 ni..) masa tu lepas subuh.. dan ada seorang budak kecik tak berbaju di sisi dia..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Ketika di waiting room sebelum masuk dalam flight lillah send sms pada romlah..

    "Dah di tempat tunggu dah..
    8-) makasih di atas semua layanan..
    I really appreciate it..
    Belajar sungguh2 tau..
    Kne dapat flying colours tau..
    Mana tau nanti keje dgn abah di Indon lepas ni.
    Bole gi pasar tolong org2 miskin kat situ.. B-) "

    kalau dulu lillah selalu pujuk romlah supaya sabar... dah tinggal berapa bulan je lagi nak balik malaysia.. sebab tu kene belajar sungguh2, hargai every seconds..

    sekarang lillah nak ubah pujukan tu... romlah kene study sungguh2.. bekerja sungguh2.. kene cari duit banyak2.. tapi bukan utk diri sendiri je, utk orang lain juga...
    romlah kuat.. lillah yakin romlah mampu pergi lebih jauh.. insya'Allah.. i'll standing by you~ insya'Allah..
    menterjemah sebuah kehidupan..
    memerlukan sebuah kamus sebagai rujukan..

    kamus yang lengkap ialah kamus yang memberi makna SEBENAR dengan tepat dan jelas..

    adakah mampu kita menterjemah kehidupan ini tanpa kita mengetahui situasi sebenar realiti masyarakat?

    Thursday, May 14, 2009

    berkongsi erti kasih.. makna sayang.. dan tujuan hidup...


    "nak delete blog coretan.."lillah memberitahu seorang teman. dia melarang..
    "blog lillah ada sgt byk motivasi yg berguna.. byk ilmu.. byk pengisian.."sambung teman tu lagi..
    lepas kene pujuk2, lillah pun cancel nak delete blog..

    then beberapa kali lagi rasa nak delete blog.. teman2 terdekat melarang.. kalau nak buat private boleh.. tapi diorang kata tu suatu kerugian sebab tak tercapai lah misi lillah mencoret tu.

    kenapa nak delete?
    ofcoz ada org yg suka dgn kita dan akan ada org yg tak suka dgn kita.. setiap org ada pandangan yg berbeza-beza.. lillah ni jenis outspoken. dan pembaca2 blog boleh deal direct dgn lillah by mail, sms or face to face.. dan lillah ada position dlm sebuah gerakan.. ada anak2 usrah.. dan handle lots of program.. manusia menilai tulisan dan performance lillah.. adakalanya situasi ni membuatkan lillah rasa nak delete blog ni..

    misi lillah..
    coretan fisabilillah dilahirkan utk
    • tempat simpanan koleksi soalan jawapan yg lillah terima dari orang lain. skop kaunseling kebanyakkannya.. kes-kes yang lillah handle daripada motivasi & teknik study, teknik berkomunikasi, kes masalah hati, kes rumahtangga, kes rogol & zina, kes nak murtad, dadah dan bunuh diri.. so lillah ni jadi kaunselor tak bertauliah la...
    • tempat lillah sebarkan visi dan misi hidup lillah. tempat lillah meluahkan rasa hati dan impian lillah.. harapan dan cita2.. azam lillah.. dengan harapan supaya ramai org yg membaca akan terdetik utk mempunyai tujuan hidup yang sama.. atau sekurang2nya mempunyai keinginan utk buat perkara yang sama.. sebab maybe lillah tak mampu nak achieve impian tu tapi lillah tak mahu impian tu berkubur begitu je.. lillah harap bila ada org membacanya org lain yang mampu menunaikan impian tu akan melaksanakannya.. insya'Allah..
    • hidup adalah sebuah perkongsian.. lillah bersyukur sebab Allah beri lillah peluang utk bersekolah di skolah budak2 nakal yg kritikal masalah sosialnya.. lillah bersyukur sebab pernah dibesarkan bersama adik beradik angkat yang pernah keluar masuk pusat juvana, berzina, anak2 penagih.. lillah bersyukur sebab Allah hantar lillah pergi bertemu dgn kawan2 yang hidup miskin serba kedaifan.. lillah bersyukur sebab dapat memeluk kwn2 kita yang tak pernah ada mak ayah utk memeluk mereka.. lillah bersyukur dapat menyingkap rahsia hidup d sebalik tabir kemiskinan, pelacuran etc.. semua ini membuatkan lillah sangat2 menghargai sesiapa sahaja yang datang kpd lillah.. menghargai setiap orang, setiap ruang dan setiap peluang yg datang.. utk dimanfaatkan sebaiknya supaya orang lain juga dapat manfaatnya...
    • blog ni banyak mempopularkan nama sahabat2 kesayangan lillah ~ nini motmot, romlah comot, fairuz comot, firdaus meow, dayah besfwen, cik zai besfwen, k.wa, k.na , k.mas, wan bonut, etc ramai lagi... ramai yg memberi respon cemburu dgn lillah krn dikelilingi org2 yg sayangkn lillah.. dan berkata i'm lucky to have them.. yes, alhamdulillah.. tujuan mempopularkan mereka di blog ni kerana mereka adalah insan2 yg hebat yg lillah cadangkan para pembaca boleh jadikan reference.. (especially for those yang memang kenal eye to eye dgn kwn2 ni.. family PPM dan kwn2 terdekat) so ianya menjadi alternatif utk pembaca2.. saya sayangkan mereka.. dan saya nak share mereka dgn semua pembaca di luar sana.. jadi tak perlulah cemburu dgn saya sbb saya tak nak simpan mereka sorang2... get to know them and discover their strength.. then you'll fall in love with them..
    my real personality?
    sesetangah org yang boleh bercakap tak boleh menulis..
    dan yang boleh menulis tak boleh bercakap..
    dan ada yg boleh dua2

    lillah alhamdulillah boleh dua2.. jadi kalau sesiapa yg rasa blog ni mcm membebel.. thats me..
    membebel bukan sbb hobi.. tapi sbb ada tanggungjwb.. walaupun tak suka ulang benda sama byk kali, tp kene jugak.. sebab dalam deal dengan manusia, mereka ni perlu di peringkatkan banyak2 kali.. manusia mudah lupa..

    i'm not perfect.. bukan dari aliran agama.. terlalu cetek ilmu dan pengalaman hidup.. banyak kali tersungkur dan bangkit semula.. masih belajar dan akan terus belajar seni2 kehidupan dan sedang mempersiapkan bekalan utk mati..

    lillah memohon kemaafan utk setiap patah perkataan yang dilafazkan seandainya ada mengguris mana2 pihak.. lillah juga memohon sebarang teguran sekiranya ada fakta yg tersalah tulis especially when it comes tentang akidah.. lillah mengalu-alukan semua pembaca memberi pandangan mereka di setiap coretan..

    semoga apa yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh semua yang membacanya sklipun masa tu lillah dah takde... insya'Allah..

    ya Allah.. tiada kesenangan yang sebenar melainkan kesenangan akhirat.. ya Allah, sucikanlah hatiku dari nifaq, amalan ku dari riya', lidah ku dari dusta, mata ku dari khianat.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam hati...
    amin ya Rabb...

    Wednesday, May 13, 2009

    --: destinasi cinta :--


    “MasyaAllah..MasyaAllah..!”ulang wanita Indonesia separuh abad tersebut sambil memeluk lillah. tangannya mengusap2 lengan lillah..

    Erk..?? apakah???? Confuse.. masa ni di kastam indonesia.

    Rupa2nya wanita tu ingat lillah ni orang indonesia yang baru habis study dari luar negara.. dia terharu tengok appearance lillah.. maybe sebab lillah nampak pelik dari yang lain kot (pakai tudung hitam labuh , blouse paras lutut bewarna hijau lumut , seluar hitam, sandal putih, stongan putih.. dan handbag kulit)

    Nama makcik tu aminah.. dari jawa tengah..

    Haha.. muka lillah ,muka jawa kot.. :p

    Dua orang kawan usm yang sedang belajar di Jakarta menunggu lillah d bandara sukarno hatta (airport). Siew yi & romlah.. romlah tak percaya lillah ada depan mata dia. Dia ingt dia sdg bermimpi, so dia pun cubit2 lillah.. ish3.. ~_~


    Malam tu kami amik teksi bluebird balik ke bilik sewa romlah.. traffic jam menyebabkan tambang teksi melambung naik..lillah nak bayar tapi sibuk je romlah nak bayar.. geram tul.. malam tu kami makan di restoren di jalan kampus syahdan. Eeeeeeee.. romlah ni dia tak lupa yg lillah ada food allergy. So nak pilih makanan pun susah.. huk huk.. dia dah jadi macam spy mak yg kawal food intake lillah….

    Masa nak keluar makan tu sekali lagi diri ni menjadi attraction.

    ‘Lillah kne pakai purdah ni.. dah wajib ni..’sakat si romlah.. kami ketawa bersama.. teringat kenangan semasa ke bandung dengan family beberapa tahun lalu. Mak lillah memang sedia berpurdah semenjak sebelum berkahwin. Dan ni menjadikan mak attraction sepanjang kami meronda bandung.. family kami pulak selamba je, buat macam biasa je..

    Sebaik masuk ke kawasan tempat tinggal romlah (bilik2 sewa), romlah memanggil2..

    “bogel..bogel..”

    Haha.. tu nama anjing tuan rumah.. anjing tu excited dan berlari2.. nasib baik ada tali kat leher si bogel tu.. dari bilik romlah, ada koridor yang boleh nampak tempat si bogel di aras bawah.. wahh.. comel la si bogel ni.. awat nama dia centu? Sebab anjing ni tak pakai baju kot..

    Malam tu banyak yang kami bualkan sebelum tidur.. puas bermain sms dengan mak abah yang berada di Malaysia.. lillah sepatutnya ke Jakarta bersama mak abah.. tapi disebabkan abah sakit dan baru keluar hospital, mak abah pun cancel utk fly ke Jakarta..

    So lillah fly sorang2 la.. tapi abah temankn lillah sampai ke balai berlepas masa di airport.. dia ajar step by step what should I do bila nk gi fly.. supaya lepas ni boleh la berdikari sendiri. Dulu2 nak naik teksi dari stesen bas ke USM pun mak abah risau.. sekarang ni lillah drive sorang2 dari taiping ke rawang mak abah dah tak risau.. yang penting tahu cara2 nak check air bateri, minyak, dan apa perkara yg perlu dibuat kalau ada kecemasan..

    Terima kasih krn memberi kepercayaan ini.. I really appreciate it!


    misi ke indonesia ni kerana beberapa urusan peribadi yg penting..

    dan 1 lagi misi ialah mencari cintaNya yang merupakan segala-galanya..

    Jika kita faham tentang cintaNya kita akan sanggup berjuang, bekorban apa shj untukNya...

    cintailah Allah.. Dialah segalanya...


    p/s: lillah ada bawa kiriman kek coklat dari mak.. mula2 kami ingt nak simpan dalam fridge, pastu tak jadi sebab fridge tu share dgn penghuni bilik lain.. tapi takpe, malam tadi sejuk gila aircond bilik ni.. dah macam dalam fridge… >_<

    Monday, May 11, 2009

    mencari damai yang hilang.... di manakah?


    setiap orang pasti akan ada masanya tiba2 rasa sunyi.. rasa sepi.. rasa sedih.. rasa nak menangis.. rasa marah.. dan rasa benci.. tak ada sebab yang spesifik.. cuma mainan perasaan je..

    pada masa ni hati terasa gundah gulana.. serba tak kena..

    em, berdasarkn pengalaman lillah.. selalunya mereka yg gundah gulana ni ada problem dalam solat mereka.. bukan orang lain je.. lillah sendiri pun kalau solat cincai, mulalah jiwa huru hara...

    penting utk perasaan huru hara ni dipandu.. sebab ramai org yg telah melakukn kesilapan yg tak boleh diundur semasa perasaan huru hara.. akhirnya sepanjang hayat diselubungi penyesalan...

    what to do?

    1. periksa solat.. kualiti solat.. hadirkah HATI semasa solat? atau cuma jasad sedang bersolat sedangkan hati merayau2 ke sana kemari..
    2. bertaubatlah.. dosa2 yang menggelapkan hati menjadi tabir perintang di antara si hamba dan Allah.. bertaubatlah...
    3. gantikan keburukan dgn kebaikan.. yg dah lepas tu kita tak boleh nak undur.. yang penting selepas ni kita buat yang lebih baik.. ..Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan..(Hud : 114).
    4. kembali ke pangkal jalan.. cari sign board jalan pulang.. di mana? dalam buku2 agama... carilah ilmu kerana dari situlah datang keinginan utk beramal soleh.. dari amalan soleh la datang rasa kasih sayang...
    ingtlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...

    Allah yang menciptakan hambaNya dah sedia awal2 tahu kelemahan hambaNya
    yang kalau boleh nak ada tempat berpaut, tempat bermanja, tempat mengadu, tempat berteduh dan tempat berlindung... ini adalah kehendak fitrah, semulajadi manusia...

    ramai orang mencari solution mudah dengan mencari pasangan kekasih sbg memenuhi tuntutan fitrah tu..
    sedangkan kekasih tu pun manusia biasa.. dia pun 2 x 5 je stress sama macam kekasih dia tu..
    usah menjadikan kekasih anda sekadar tempat melepas bosan dan perasaan.. jadilah manusia yang bertanggungjawab..

    Allah menjawab dalam ayat nya bahawa hanya dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang..
    kalau hati tenang, rumah sempit pun rasa lapang..
    kalau hati sempit, rumah lapang pun terasa sempit..

    period.. time haid.. masa ni perempuan2 slalunya akan jadi tak stabil.. kalau tengok graf hormon pun macam ombak laut masa tengah ribut.. perasaan pun macam serabut...
    nak solat tak bleh, nak mengaji tak bleh.. nak membaca buku pun slalu mood takde...

    argggghhh... what to do?

    sdikit sharing yg moga2 insan lain dapat manfaatnya...

    nur (22:37):
    doa2
    nur (22:37): munajat
    nur (22:37): mngadu2 pd Allah
    nur (22:37): lillah kalau tengah time2 tak bleh solat..
    nur (22:38): lillah akan baring2 di katil tutup lampu mcm nak tidur
    nur (22:38): tapi sebenarnya berfikir ttg kelemahan diri
    nur (22:38): ngadu kat Dia
    nur (22:38): minta Dia perbaiki diri ni
    nur (22:38): sbb tak kiralah cmana lillah berusaha gigih utk perbaiki diri lillah
    nur (22:39): kalau Dia x izinkan
    nur (22:39): xda apa2 yg dpt mengubah..
    Sayangilah aku ya Allah...

    bLue buttERfLY (22:39):
    allah tk syg sy ker?

    nur (22:39): pastu lillah salu minta Dia sayangkan lillah
    nur (22:39): kalau satu dunia x mo sayangkn lillah xpe, x kisah as long as Allah sayang...
    nur (22:40): lillah doa 'Ya Allah, sayangilah aku.. jadikanlah zahir n batinku spt yg Kau cintai'
    nur (22:40): jadikanlah hidupku n matiku spt yg Kau cintai
    nur (22:41): lillah just nak Allah sayangkn lillah je..
    nur (22:41): lillah salu baca doa tu
    nur (22:41): kalau x dibibir dlm hati
    nur (22:41): sambil drive
    nur (22:41): sambil basuh pinggan
    nur (22:41): sambil kemas2
    nur (22:41): ya Allah sayangilah aku
    nur (22:42): lillah nak Allah sayangkn lillah
    nur (22:42): dan lillah nk rasa disayangi oleh Allah hingga lillah tak mengharapkn selain dari Dia...

    segalanya untuk Dia...

    nur (22:42): lillah nak biar semua yg lillah buat ni utk Dia...
    nur (22:43): dan lillah nak apa yg lillah persembahkn ni adalah seperti yg Dia nak
    nur (22:43): ikut taste Dia..
    nur (22:43): iaitu yg based on Quran Sunnah..
    nur (22:43): liza...
    nur (22:43): tagihlah cinta dia..
    nur (22:44): selangkah kita pd Dia
    nur (22:44): seribu langkah Dia pd kita..
    nur (22:44): menangislah utk Dia

    usah benci manusia...

    nur (22:44): usah benci manusia
    nur (22:44): walaupun manusia tu menyakitkan kita
    nur (22:44): sbb dgn izin Allah jualah mereka dapt sakiti kita..
    nur (22:45): lillah salu pesan pd diri sendiri dlm situasi camni
    nur (22:45): ya Allah.. aku tahu ini adalah kehendak Kau
    nur (22:45): aku redha
    nur (22:45): bimbinglah aku utk menempuhnya spt yang Kau cintai..
    nur (22:46): so tak de la rasa marah pada org2 yg sakiti kita tu...

    suatu perkongsian terakhir slaku NYDP II PPMUSM

    hari pertama menjejakkan kaki ke pekan darat, lillah demam.. ikutkan hati nak digagahkan jua diri ni utk keluar bertemu anak2 buah , adik2 kesayangan..

    kasihan melihat fairuz, asma, kak mas pulun memerah tenaga membimbing adik2.. lillah risaukan dari segi tarbiyah adik2 kesayangan kita..

    first day sangat penting sebab pada masa inilah identiti, budaya dan disiplin mudah dibentuk.. masa tu hanya Allah sahaja tempat bersandar.. ya Allah.. hamba ni tak berdaya... bimbinglah kami ya Allah...

    lillah cuma terbaring di bilik bergulung dalam selimut sebab kesejukan.. sebenarnya badan tengah sangat panas masa tu.. tanpa sedar air mata mengalir... masa tu si kecik akmal dan kucing tok menjadi penghibur..


    si akmal ni ceria orangnya, sweet.. bahagia dalam dunia nya sendiri.. dia masih terlalu kecil untuk mengerti betapa besarnya tanggungjawab yang bakal digalas di bahunya suatu hari nanti..
    di luar sana, masyarakat kita ketandusan jiwa muda yang mahu membela nasib masyarakat yang ketandusan iman... penyakit cintakan dunia menyerang tangkai-tangkai hati hingga manusia menjadi buta.. masalah dadah, masalah pelacuran, anak terbiar... ya Allah adikku sayang, kakak ada tanggungjawab di luar sana.... :'-(


    hari kedua program, lillah dah sihat kot.. kalau ikutkan masih pening2 lagi kepala ni, tapi dah boleh bangun bergerak, apalagi.. turun la ke meeting..

    sampai je di sana terasa beberapa back up perlu di lakukan.. adik2 seperti robot, semuanya bergerak secara teknikal.. tak terasa tarbiyah mengalir dalam gerak kerja itu.. maksud lillah ada bezanya bila kita melakukan tugasan kerana faham itu tanggungjawab sbg hamba & khalifah dan melakukan kerja hanya kerana nak bebakti pada masyrakat.. cemas jugalah masa tu.. cuak!

    tapi slowly cuba pelan2 serapkan semula apa yang patut.. yang dah lepas tak boleh nak diundur.. yang penting yang akan datang.. tapi ya Allah, teori memang tak sama dengan praktikal..

    ujian demi ujian datang menyambar.. lillah dan fairuz sekadar memberi isyarat mata.. dari pandangan mata tu terpendam kisah seribu kepahitan yang perlu ditelan... terlalu banyak yang kakak2 pikul tapi tak dapat nak ceritakan pada orang lain.. tak mengapalah... yang penting adik2 tahu yang kakak2 sedia bekorban demi kebaikan adik2 kesayangan...

    besar harapan kami agar adik2 sedar betapa masyarakat kita memerlukan adik2 walaupun mereka kata tak mahu..

    tinggal bersama keluarga angkat ni membuatkan lillah banyak belajar tentang tujuan hidup.. tentang siapa diri ni.. tentang ke mana selepas ini...

    arwah tokwan lelaki baru 11 hari meninggal ketika kami menjejakkan kaki ke rumah tok.. keadaan rumah suram.. tok asyik termenung.. wajah sedih masih ada...
    katil tempat tokwan masih elok seperti ada orang yang tidur di situ.. si kucing dan si akmal yang rajin berguling di situ.. katil tu sebelah bilik lillah.. lillah selalu duduk2 di situ semasa main dengan kucing dan akmal..lillah tinggal di rumah tok dengan solihin (tudung oren).. masa subuh jumaat tu, tok ajak ke surau.. selepas solat tahajud, lillah tunggu tok dan solihin bersiap.. masa tu solat di luar bilik, dalam gelap di sebelah katil arwah tokwan..

    ya Allah, hati ni sayu... terasa betapa bodohnya diri ni kerana selalu bersedih hati mengenangkan terlalu banyak masalah hidup ni.. sedangkan mati tu dekat...

    semasa ke surau, rasa sangat tenang dan syahdu.. bahagianya rasa kalau dapat teman mak abah yang dah tua nanti ke surau solat subuh berjemaah.. ya Allah.. izinkanlah diri lillah untuk menjadi peneman mak abah ke tempat2 ibadah semasa mereka tua nanti.. nak jaga mak abah... nak pimpin tangan mak abah masa mak abah dah lemah.. nak berjaga teman mak abah bila mak abah sakit.. nak berada di sisi mak abah masa mak abah dah tua...

    masa di surau, semua yang ada tua2 macam tok.. lepas solat, terasa diri menjadi perhatian.. semua bertanya lillah tinggal di mana.
    "dok umah tok, mak long.."
    mereka memuji tok.. semenjak arwah tokwan pergi, ni la first time tok menjejakn kaki semula ke surau...
    tok kelihatan ceria sungguh subuh tu.. tak pernah lihat dia seceria tu..

    semasa peluk jemaah solat sebelum balik, seorang nenek berkata "toksahlah peluk tok.. tok busuk.."
    lagi kuat saya peluk dia.. cium betul2 pipi dia..
    "wangi ja.."usik saya.. dia ketawa..

    balik dari surau tu saya teman tok melangkah slow2.. tok dah tak kuat.. dulu tok single, kemudian dia berkahwin, ada anak2 ramai.. sekarang kembali sendiri.. hanya amal soleh je sebagai bekalan utk di bawa kedalam kubur..

    hmm...
    lillah pun nak prepare utk alam bersendirian di dalam kubur.. nak kene istiqamah tahajud supaya kubur diterangi cahaya.. nak istiqamah baca al Mulk supaya diselamatkan dari azab kubur... nak kene jadi anak yang solehah supaya dapat redha mak abah.. kunci redha Allah...
    nanti dalam kubur kita dah tak de pluang nak beribadah.. so sekarang ni kita kene slalu memberi nasihat dan berkongsi ilmu dengan orang lain dengan harapan ilmu yang dikongsi akan terus mengalir dan pahalanya mengalir kepada kita sampailah ke hari kiamat......




    ini adalah doh utk buat maruku.. tok buat sendiri.. pelbagai bahan dicampur.. kari utk bagi rasa pedas dan harum.. tepung sebagai bahan asas.. beberapa cubit garam ditabur... dan lain2.. diuli dan dipenyek2kan.. ibarat membentuk seorang insan, kita beri kasih sayang..kadang kita terpaksa marah supaya dia menjadi anak yang baik.. ibarat fungsi kari.. garam pula ibarat pesanan penting yang mak abah serapkan dalam diri ni.. walaupun sdikit, tapi sangat penting.. tanpa nya kuih yang terhasil akan terasa kekurangan.. something missing...

    kemudian doh tu dimasukkan ke dalam acuan.. dan diacu mengikut si pembuat.. seni nya berbeza2.. lain si pembuat lain hasilnya.. ikut kreativiti masing2.. no right no wrong.. cuma ofcoz, yg berseni akan menghasilkan yg lebih cantik.. walaupun rasa sama, tetapi kita cenderung terpikat dengan yg lebih cantik..

    kemudian digorang dalam minyak yg panas... nak tak nak kene jugak goreng.. ibarat seorang ibu, walau cmana sayang pun pd anak nya, dia terpaksa juga lepskn anak dia utk berjuang sendiri utk hidup...

    ini cuma sebuah analogi yang boleh kita sama2 fiki2kan tentang menjadi seorang pendidik dan pembimbing...


    seni dalam mendidik itu penting.. seni dalam berdakwah itu penting..,seni dalm berkata2 juga penting...
    atas ni adalah hadiah dari kak za, anak tok.. kain yang cantik... kak za juga banyak mengajar lillah secar tak sedar.. dia seorang yang tabah.. pendiam.. dari raut wajahnya nampak jelas dia penat menguruskan anak2 dan ibunya tapi masih mampu tersenyum..

    lillah juga mahu terus tersenyum macam kak za.. semasa program ni berjalan, hati lillah kadang2 balik ke rumah kejap.. lepas tu datang balik ke program ni...hati balik ke rumah sebab dapat tahu abah masuk ke hospital.. ikutkan hati nak balik je rasa.. tapi bila terkenangkan amanah yang ada di sini untuk membimbing adik2, maka lillah tetapkan kata hati untuk terus di sini sampai ke akhir program...
    ya Allah.. hanya Kau yang tahu isi hati ni....

    dengan berakhirnya program seminggu MAHASISWA BERSAMA MASYARKAT ini, maka berakhirlah tugasan selaku NYDP2 PPMUSM untuk sidang ini....
    NYDP 2 PPM ni tugasannya memantau bahagian ukhwah, akademik dan kebajikan... dan paling penting tarbiyah... tarbiyah = pendidikan

    semoga diri ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya utk Islam ini...

    dedikasi buat cik fairuz liyana.. sister fllah ku :)

    buat fairuz yg dikasihi...
    terlalu banyak jasa fairuz..
    terlalu banyak pengorbanan fairuz...
    banyak perkara yang kalau kita perkatakan orang lain takkan faham..
    especially bila bercakap tentang amanah...

    haritu kita lah runner..
    kitalah pemantau..
    kitalah pengisi...
    kitalah pemimpin...
    masa tu takda sapa peduli apa yg kita rasa..
    tapi mereka nak kita peduli apa yang mereka rasa...
    dan kita terus merasa...
    masam, masin, pahit dan manis...

    fairuz kuat.. lillah tahu fairuz kuat... fairuz mampu pergi lebih jauh.. terbang lebih tinggi..
    jangan disia-siakan segala kekuatan yang ada.. usah pedulikan kritikan membunuh yang orang beri.. andai rasa kritikan tu dapat membina diri ke hadapan, ambillah.. jika tak berkenaan, abaikan saja..

    hidup ini sebuah perkongsian.. bermakna bukan kita sahaja yang perlu sentiasa beralah.. kita juga ada hak yang perlu orang lain tunaikan.. kita takkan mampu memuaskan hati semua orang.. tak semua kritikan perlu dipedulikan.. tak semua komen perlu di dengar.. apatah lagi komen dari orang yang tak bertanggungjawab...

    kita di sini bukan buat kerja dakwah suka2.. bukan part time job.. kita di sini bukan sekadar mahu memberi ikan pada mereka.. bukan juga pancing untuk mereka memancing.. kita di sini mahu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang Allah dah beri pada kita.. kita buat sebab kita tahu ini adalah apa yang Allah nak.. thats all..

    lillah tak mahu mengikat sahabat2 lillah dgn ppm dan lillah tak minta kesetiaan korang pada ppm.. lillah meminta kalian ikatlah diri dan setialah dengan jalan dakwah.. supaya walau di mana diri dicampakkan ia akan menjadi ibarat benih yang bermutu.. yang menghasilkan pokok yang rendang dan berbuah lebat..

    kita berjuang kerana Allah.. pahit manis jalan ini kita terima dengan hati yg redha.. insya'Allah bila segalanya utk Dia, pahit dan manis tak terasa sangat bezanya...

    for kak mas comel :)

    buat kak mas..
    adikmu ni tak tahu nak cakap mcm mna utk meluahkan rasa syukur..
    Alhamdulillah krn Allah menemukan kita..
    Alhamdulillah krn Allah menghantar akk pada saat2 lillah terkapai2 memerlukan someone..

    ish tak tahulah nak habaq cmna..

    terima kasih krn menerima diri lillah in out..
    terima kasih krn sudi mendengar isi hati ni yg kadang2 tak bape stabil..
    terima kasih krn tegas dalam mendisiplinkan lillah..
    terima kasih kerana buat lillah ketawa ketika lillah menangis..
    terima kasih kerana buat lillah tetap berdiri pada saat lutut ni dah menggigil keletihan..
    terima kasih krn membuat diri ini terasa masih berguna pada saat terasa diri ni begitu hina..
    terima kasih krn membaca hati lillah tanpa perlu lillah membuka mulut..
    terima kasih kerana peduli perasaan lillah pada saat orang lain tak peduli..
    terima kasih kerana sudi berada di sisi lillah pada saat insan lain tak sanggup bersama derngan lillah..

    terima kasih ya Allah kerana menghantar kak mas kepada lillah untuk menjadi penyejuk hati tatkala diri ni diasak dengan tekanan di medanMu..

    ok.. dah habis part sedey2..

    :)

    haritu semasa balik dari seberng prai, singgah umah kak mas di taiping sebab nak hantar kak mas.. masa nak balik tu kak mas ni saja ja melambat2kan lillah balik.. kak mas buat projek penanda buku dan print gambar..
    punyalah banyak cabaran nak prin tu.. siap kene spray supaya ada water resistence..pastu kene jemur tengah panas sampai kering... lillah kul 8.30am dah siap pakai tudung dah nak balik.. terpaksa tunggu kak mas siap wat keje kul 11.30am... ish3... kak mas sengaja!!
    sangat bersemangat! sangat bersungguh2... terharu2.. :'-p
    eeee... ngada sebab saja je wat lillah sebak..


    mak kak mas pulak bagi bantal dan mempelam.. disebabkan lillah drive sorang2... so lillah letak bantal tu di sit sebelah.. teman lillah drive balik slangor...

    ya Allah.. peliharalah kak mas.. sayangilah kak mas... bimbinglah kami dalm mencpai redha Mu.. kekalkanlah ukhwah ini hingga ke syurgaMu.. amin...

    dedikasi buat kak wa kesayangan... mantan SUA 08/09


    terasa sangat kehilangan tanpa kak wa di sisi.. kak wa dah pun bersara dari jawatan setiusaha agung ppmusm.. dan dah habis belajar.. si comel tanah liat atas tu hadiah dari kak wa.. hadiah perpisahan..


    akak...

    walaupun lillah tahu yang lillah memang kene berdikari lepas akak takde ni, tapi lillah tetap rasa sangat2 kehilangan..
    apapun lillah ucapkan sangat2 terimakasih di atas segala pengorbanan akk selama ni..
    akk bekorban perasaan, tenaga & wang supaya kita semua dapat terus melangkah...

    akk tegas.. lillah pun tak mampu setegas akk..
    akk kuat.. akk menguatkan insan2 sekelilig..
    akk menjadi tempat kami merujuk..
    akak selalu bagi lillah semangat..



    doakan kami di sini ye ka.. semoga akk mencapai cita2 dan impian akak.. akak kuat & bersungguh2.. akk mampu pergi lebih jauh dan tinggi..

    ya Allah.. peliharalah insan ini.. aku sayangkan dia... sayangilah dia... berilah yang terbaik untuk dia... amin ya Allah...

    gagalkah perjuangan ini?



    dalam melangkah kadang kita tersungkur beberapa kali.. kadang kita terluka dan menangis.. namun itu bukan bermakna perjalanan kita telah berakhir.. selagi belum sampai ke destinasi, selagi itulah kita akan terus melangkah.. begitulah juga kehidupan ini.. biarpun lelah dengan payah jerih kehidupan, perjuangan akan tetap diteruskan..

    kita takkan mampu memuaskan hati semua orang.. apatah lagi di antara kita semua ada banyak perbezaan pandangan dan pendapat.. kita takkan mampu melakukan semua yang kita rancangkan.. apatah lagi jika kita bergerak bersendirian.. berkongsi hidup dengan manusia lain melatih jiwa kita menjadi kental.. melatih hati kita menjadi kuat.. mengajar kita cara merawat luka di hati.. kadang tanpa sengaja kita melukakan hati orang yang kita sayang.. kadang tanpa sengaja jugalah orang yang kita sayang melakukan hati kita.. kadang maksudnya bukan begitu.. tetapi dek kerana tidak pandai menyusun ayat telah melukakan hati yang menerima..

    belayar bahtera di lautan luas.. seorang nakhoda akan memberi perintah sepanjang bahtera tersebut belayar.. apabila ada dua bahtera, pastinya akan ada pertelingkahan..

    tak semua orang mampu membaca diri kita.. kebanyakkan orang Tersalah membaca dan mentafsir diri kita.. kadang-kadang kita perlu perjelaskan situasi sebenar.. kadang2 diam itu lebih baik.. masa bila perlu kita perjelaskan situasi? bila kita rasa jika disimpan lebih memburukkan keadaan.. bila perlu kita berdiam? bila kita rasa jika hal ini diperjelaskan akan memburukkan keadaan..
    berkata benarlah walaupun pahit ..

    sedih melihat kekejaman manusia yang sanggup menikam dari belakang.. di depan mulutnya manis.. semua manusia membenci sifat ini, tetapi pelik kerana mereka sendiri mengamalkannya..

    jangan takut ye kawan2.. jangan sedih ye kawan2.. jangan kerana mulut berbisa tu kita terhenti di tengah jalan..
    ingatlah Allah, Dia ada dekat dengan kita, pada setiap saat dan masa.. Dia sebaik-baik pelindung.. Berdoalah kepadaNya agar keaiban kita dunia akhirat ditutup..

    kadang2 bila berada di tempat pimpinan, insan lain seolah terlupa yang kita juga manusia biasa..kesabaran kita diuji bersungguh2 seolah kita tiada perasaan.. takpelah..
    kita tak berada di sini untuk memuaskan hati mereka.. tetapi kita di sini kerana melaksanakan amanah.. kerana tanggungjawab.. yang perlu dilaksanakan sebaik2nya dengan bersungguh2...!

    apa yang telah berlalu biarkan ia pergi.. apa yang ada hari ini, hargai ia sebaiknya.. dan apa yang akan berlaku pada hari esok, rancang sebaiknya..

    kembalilah kepada Allah, punca hati menjadi tenang.. kita takkan mati hanya kerana manusia bencikan kita.. kita takkan terseksa hanya kerana jasad kita sakit.. kita takkan gagal hanya kerana manusia menolak kita..

    tetapi

    kita GAGAL apabila Allah membenci kita..

    kita GAGAL apabila hati kita dibiarkan berterusan sakit..

    kita GAGAL apabila kita menodai kepercayaan orang pada kita..
    mengapa?
    kerana ciri seorang pemimpin yang utama ialah thiqah, dipercayai.. itulah juga ciri seorang pendakwah yang penting..
    mana mungkin kita dapat menyampaikan apa yang kita ingin beri seandainya kita telah menodai kepercayaan mereka...

    wahai sahabat yang dikasihi.. janganlah dikecai-kecaikan hati mereka yang datang kepada kita kerana karisma kita..
    bimbinglah mereka..
    didiklah mereka..
    jagalah hati-hati itu..
    menjadi seorang pemimpin yang berfikrah dakwah perlu kental jiwanya..

    lillah masih belajar...
    belajar untuk bekorban agar orang lain tak terkorban...
    dan belajar menghargai pengorbanan insan lain
    agar diri ini tidak sombong..

    Sahabat sejati~

    Ku biar kalam berbicara
    Menghurai maksudnya di jiwa
    Agar mudah ku mengerti
    Segala yang terjadi
    Sudah suratan Ilahi

    Ku biarkan pena menulis
    Meluahkan hasrat di hati
    Moga terubat segala
    Keresahan di jiwa
    Tak pernah ku ingini

    Aku telah pun sedaya
    Tak melukai hatimu
    Mungkin sudah suratan hidupku
    Kasih yang lama terjalin
    Berderai bagaikan kaca
    Oh teman, maafkanlah diriku

    C/O :
    Oh Tuhan
    Tunjukkan ku jalan
    Untuk menempuhi dugaan ini
    Teman, maafkan jika ku melukaimu
    Moga ikatan ukhwah yang dibina
    Ke akhirnya

    Aku tidak kan berdaya
    Menahan hibanya rasa
    Kau pergi meninggalkan diriku
    Redhalah apa terjadi
    Usahlah kau kesali
    Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

    Thursday, May 7, 2009

    2nd chance

    chat YM antara my besfren di jakarta dgn mak saya di rumah... :)

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    oleh romlah :
    ni ym antara org ngan mak cik( mak lillah)..hehe..sebenarnya kami ym sbb lain, tapi tiba mak cik kuarkan topik pasal mati..huhu..perkongsian dgn mak cik =)..special nie..perkongsian dr jauh =P..
    kami betol2 memanfaatkan internet..huhu..moga dapat amik iktibar dr perkongsian pendek ni..



    salam...8:37 PM

    mak cik, romlah dah baca email mak cik.8:37 PM

    terima kasih 8:37 PM




    Me
    mak lillah




    waalaikumussalam8:37 PM

    sama2 kasih8:38 PM










    8:38 PM




    Me
    mak lillah




    senangje prosestu8:38 PM










    ooo..8:38 PM

    8:39 PM

    senang pon maik still kena kuar nak ke bank...8:39 PM

    hehe..8:39 PM




    Me
    mak lillah




    mcik buat di pej pos je8:41 PM

    taklah mahal komisentu8:42 PM

    dah melaluinya barulah sahih8:43 PM

    kalau tak macam2 andaian8:43 PM










    hehe..8:43 PM

    2 la..8:43 PM

    tp exchange rate dia rendah ckit..8:44 PM




    Me
    mak lillah




    samalah macam hidup kitani8:44 PM










    tp lbh kurang gak la...8:44 PM

    kalo buat kat bank komisen dia tinggi..8:45 PM

    huhu..8:45 PM

    a'ah btol 2..8:45 PM




    Me
    mak lillah




    agak2 kadarnya berapa?8:45 PM










    kalo buat kat bank dapat dlm rm1= rp 28808:45 PM

    tp yg romlah kira td, kita hanya dpt rm1=rp27058:46 PM




    Me
    mak lillah




    maybe tu bagian ppos8:46 PM










    erm...8:47 PM

    mungkin gak..8:47 PM

    sebab komisen diorang rendah..8:47 PM

    so exchange rate pon rendah..8:47 PM

    kalo komisen rendah n exchange rate tinggi, diorang rugi nanti..8:48 PM

    hehe..8:48 PM




    Me
    mak lillah




    betui8:48 PM

    kesian kat diaorang lak8:49 PM










    hehe...8:49 PM

    betol2..8:49 PM

    diorang pon cari makan gak..8:49 PM

    hehe..8:49 PM




    Me
    mak lillah




    ini cita ada kaitan dgn topik atas tadi8:50 PM










    8:50 PM




    Me
    mak lillah




    seorang teman telah koma dan melalui alam kubur8:51 PM

    lepas dimandikan 8:51 PM

    dan dikafankan8:51 PM

    lepas 3hari dia sedar8:52 PM










    hah??8:52 PM




    Me
    mak lillah




    dia hidap kanser8:52 PM










    then lepas 2 apa jadi mak cik?8:52 PM

    ya Allah..8:52 PM




    Me
    mak lillah




    dia dah meninggal 4bulan selepastu8:53 PM










    innalillah..8:53 PM




    Me
    mak lillah




    syukur dia sempat cita tentang pengalaman8:54 PM










    maknanya selepas dikafankan semua dia dah dikebumikan ek ?8:54 PM

    ooo...8:54 PM

    pe yang dia ceritakan?8:55 PM




    Me
    mak lillah




    masa dlm kubur kena soal takleh jawab8:55 PM










    ya Allah..8:55 PM

    takutnya.8:55 PM




    Me
    mak lillah




    tapi dia dengar suara sebut allah sayup28:55 PM










    hah?8:55 PM




    Me
    mak lillah




    akhirnya dia boleh sebut8:56 PM










    sape yg sebut nama Allah tu?8:56 PM

    masa tu dia dlm kubur ek mak cik?8:56 PM




    Me
    mak lillah




    tak tau sape yg sebut.ya masa dlm kubur8:57 PM










    x...8:57 PM

    sape yg sebut 2?8:57 PM




    Me
    mak lillah




    memeang dia special di sisi allah8:58 PM










    ooo....8:58 PM




    Me
    mak lillah




    dia kata suara tu sayup28:58 PM










    oo..8:59 PM




    Me
    mak lillah




    mungkin amalan dia kot such as quran8:59 PM










    suara amalan dia ke mak cik?8:59 PM

    ooo...8:59 PM

    ya Allahmdulillah..9:00 PM

    besarnya nikmat Allah..9:00 PM




    Me
    mak lillah




    dlm kubur nanti bacaan quran akan jadi lelaki hensem9:00 PM










    ek??9:00 PM

    wah...9:00 PM

    kena selalu baca quran nie..9:01 PM

    hehe..9:01 PM




    Me
    mak lillah




    bukan cita sahabat nabi tapi tahun lepasje9:01 PM










    ya Allah..9:01 PM

    beruntung dia..9:01 PM

    Allah bagi peluang..9:01 PM




    Me
    mak lillah




    kita tah macam mana lak9:02 PM










    moga roh dia dicucuri rahmat Allah..9:02 PM

    tu la...9:02 PM

    tapi insyaAllah..9:02 PM

    asalkan kita cuba sedaya upaya kita..9:02 PM

    beribadat setakat mana termampu..9:02 PM

    insyaAllah..9:02 PM




    Me
    mak lillah




    kita sangka baik dgn allah moga2 allah rasa baik dgn kita9:03 PM










    betul3..9:03 PM

    9:03 PM

    erm..9:03 PM

    mak cik, minggu lepas9:03 PM

    masa romlah tengah tension2 study..9:03 PM

    romlah buka you tube..9:04 PM

    cari pasal kebesaran Allah..9:04 PM

    lepas 2, terjumpa video pasal sorang muslimah ni..9:04 PM

    kes dia pon lebih kurang yg mak cik cerita 2..9:04 PM




    Me
    mak lillah




    9:04 PM










    tapi muslimah ni hidup lagi..9:05 PM

    romlah rasa dia iondon kot..9:05 PM

    sebab masa interview kat tvtu, dia cakap macam palet indon...9:05 PM

    dia kata, masa kat alam kubur, amalan kita akan menemani kita.9:05 PM

    amlan kita boleh bercakap..9:06 PM




    Me
    mak lillah




    dia komake?9:06 PM










    erm,pak cik dia kata dia dah meninggal..9:06 PM

    dalam dua jam lbh dia x b'nafas (dah xde)..9:06 PM

    pastu tb2 dia b'nafas balik..9:06 PM




    Me
    mak lillah




    9:07 PM










    tapi lepas dia hidup balik, dia koma 2 minggu..9:07 PM

    dulu sebelum dia meninggal, dia sakit kronik..9:07 PM

    pastu bila dah hidup balik, dia kata alhamdulillah, dah x sakit macam dulu..9:07 PM

    pastu dia ada kongsi pengalaman, dia kat alam sana.9:08 PM




    Me
    mak lillah




    2nd chance9:08 PM










    dia kata, satu ketika 2, dia dibawa ke satu tempat yg sgt gelap...9:08 PM

    memang x nampak apa.9:08 PM

    tapi dia kata, 'amlan' dia tadi dah jadikan tempat gelap 2 kpd tempat yg sangat cerah..9:09 PM

    2 la..9:09 PM

    syukur dia dapat pelung lg..9:09 PM

    dia kata, mati ni sakit..9:10 PM

    sakit sangat..9:10 PM




    Me
    mak lillah




    itulah yg nabi cerita hal dlm kubur9:10 PM










    9:10 PM




    Me
    mak lillah




    betultu9:10 PM

    raja segala sakit9:11 PM










    ya Allah..9:11 PM

    takutnya..9:11 PM

    moga2 amlan kita dapat kurangkan sakit kita nanti..9:11 PM

    dia kata lagi: sakit mati ni bergantung pd amalan kita..9:11 PM




    Me
    mak lillah




    moga2 allah ringankan kita sebab kita lemahkan..amiin9:12 PM










    aminn 9:12 PM




    Me
    mak lillah




    betul dan kelebihan kita di sisi allah9:13 PM










    9:13 PM




    Me
    mak lillah




    oklah mcik nak tido....mati sementara.moga mimpi yg baik9:16 PM










    hehe...9:16 PM

    ok...9:16 PM




    Me
    mak lillah




    assalamualaikum9:16 PM










    9:16 PM

    waalaikumusalam..9:16 PM

    9:16 PM




    Me
    mak lillah




    9:17 PM

    Monday, May 4, 2009

    misi mencari kemanisan iman.. woha!



    "lillah rehat tau.. jangan fikir berat2.."nasihat fairuz, my sister fillah (setiausaha organisasi ppm yg thiqah)
    "lillah jgn rehat2 tau.. fikir yg berat2 tau.."sampuk kak mas pulak. kak mas ni my sister fillah bekas exco biro srikandi ppm.
    fairuz terkejut.. lillah pulak gelak2..
    "dia ni memang nak kene cakap macam ni.. "terang kak mas sambil memandang wajah fairuz yg kehairanan..

    lillah sdg demam panas.. dan lillah memang degil.. kalau tak sihat, selagi boleh bergerak tu.. memang tak reti dok diam.. bila dah terlantar, otak masih ligat fikir macam2..nak wat cmna, ni automatik.. bukan salah lillah..

    lepas tahajud trus sms pemantau n penggerak lain tentang meeting.. tlupa masa tu org len sdg tido.. maaf ya mengganggu..risau sebab nanti pukul 8am dah ada meting dgn smua peserta..

    "training2.. jgn rehat2 "sambung kak mas.
    "fikir yg berat2.. fikir dakwah islamiah.."sambung fairuz.. tergelak2 lillah dibuatnya..
    "ye!! dah2.. gi cepat!"sambut lillah.

    kami sedang run program Mahasiswa bersama masyarakat (MBM).. program ni selama seminggu.. Kami slaku Majlis tetinggi ppm (MT) adalah pemantau program ni.. so agak besar la juga amanah yg kitorang kene pikul.. tapi best! kitorang dah merasai byk kemanisan dari MBM2 tahun2 dulu.. dan kali ni kami beharap peserta2 dpt merasai kemanisan prog ni mcm kami juga.. amin.. :)

    mbm ni bukan mcm bakti siswa...
    kalau bakti siswa, semasa turun kampung dah ada perancangan tentatif..
    just follow..

    tp mbm ni len..
    kita wat mbm sbb kita sayangkan masyarakat kita...
    kita akan turun kampung..
    analisis dlu ape masalah & keperluan..
    then baru kita buat program..
    sbb tu utk 3 hari pertama program tu kita ada Kem Persediaan Peserta yg akan bimbing teknik2 menganilisis masyarakat & buat program..

    :)

    kita fokus kpd objektif utk mengupayakan mahasiswa.. melahirkan mahasiswa yg mampu bertindak dlm menangani maslah..
    kita x berniat mahu mengubah masyrkt.. ttp sbg pencetus prubhn masy...
    dan slalunya yg akan berubah peserta la.. after program akan trasa sumting difren.. insya'Allah...

    sebelum berlalu kluar dari rumah fairuz sempat menyampuk
    "gi wat keje rumah!"
    sekali lagi kami semua ketawa..
    "gi meting cepat!!"balas lillah..

    Ya Allah..permudahkanlah urusan kami semua.. peliharalah kami semua.. satukanlah hati kami semua..amin..

    takpe, demam ni adalah tanda Allah sruh rehat kejap.. duk umah ni ditemani oleh cik tan, kucing tok.. lillah dok umah kluarga angkat, maklong.. tapi lillah panggil tok.. tokwan lelaki baru meninggal 11 hari yg lalu..



    hari ni genap usia 22 tahun.. dah lama dah hidup.. ramai org yg dikenali & x dikenali dari dlm & luar negara wish hepi birthday.. click refresh.. muhasabah misi hidup.. my misi hidup utk mencapai kemanisan iman..

    apakah syarat kemanisan iman?

    Sabda Nabi SAW,
    "Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu :
    hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ;
    dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah
    dan
    dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka."
    (Riwayat Bukhari & Muslim)


    hadiah birthday

    beberapa hari yg lepas zeti pesan lillah blikan dia terjemahan Quran .. tapi lillah telah bagi Zeti terjemahan Quran lillah.. Allah memang Maha Kaya.. tetiba mak bagi hadiah terjemahan Quran baru.. yg ada hukum tajwid, colorful.. harga lebih dari Rm100.. Allah memang pmurah...!!

    beberapa hari yg lepas lillah tolong topup kan celcom kawan2 lillah sbb diorang memerlukan utk run program mbm ni.. program ni walaupun ada penajaan, still duit sendiri kne infak.. tetiba celcom bagi hadiah, free sms & call ke 8 x paid.. alhamdulillah... Dia memang Kaya!!

    so kawan2 yg disayangi, melaburlah di jalan Allah... inilah business yg paling menguntungkan..

    by the way.. rezeki yg Allah bagi not only dalam bentuk duit dan material..
    jiwa yg tenang, hidup yang terpelihara & hidayah Allah juga adalah rezeki yg tak ternilai..
    semoga semua yang kita infakkan di jalan Allah ini diterima oleh Allah..
    dan dapat dimanfaatkan untuk memartabatkan Islam tercinta.. dan amal jariah serta ilmu ini akan terus menerus mengalir ke generasi akan datang walaupun masa tu kita dah dalam kubur...

    Ku infakkan hidupku utk Mu krn cintaku pada Mu & RasulMu
    ku kasihi insan2 d skelilingku dgn harapan mereka turut mencintaiMu izinkanlah diri kami menatap wajahMu di syurga tertinggi izinkanlah diri kami bersama dengan RasulMu Jadikanlah zahir kami, batin kami & hidup kami seperti yg Kau cintai..

    Lagu ini mengisahkan pada suatu malam Rasulullah SAW duduk bersendirian, memikirkan tentang masa depan umatnya selepas baginda wafat kelak...




    iNTERACTIVE dAKWAH tRAINING (idt) - perkim ampang jaya


    TARIKH:
    9-10 mei 2009
    (Sabtu & Ahad)

    OBJEKTIF PROGRAM:
    1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
    2. MELATIH PENDAKWAH MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
    3. MELATIH PENDAKWAH YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

    TAJUK-TAJUK CERAMAH:
    • KEWAJIPAN BERDAKWAH
    • SEJARAH AGAMA KRISTIAN
    • ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
    • KEPERCAYAAN ORANG CINA
    • KEPERCAYAAN ORANG HINDU
    • SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
    • QURAN, BIBLE DAN SAINS
    • PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIAN

    PENCERAMAH:
    1. Lim Jooi Soon (Bekas Mubaligh Kristian)
    2. Muhammad Amin Yaacob (Pengarang buku perbandingan agama)

    Bro. Lim Jooi Soon

    TEMPAT:
    Masjid Bukit Indah,
    Bukit Indah,
    68000 Ampang,
    Selangor.

    MASA:
    8.30 pagi hingga 5.30 petang

    YURAN:
    RM120 (termasuk bahan-bahan latihan seperti bible dan buku-buku yang bernilai lebih RM 60)
    Hanya RM100 bagi pelajar dan mahasiswa.
    bayaran hendaklah di bank in sebelum hari program.

    Hubungi:
    Bro Lim Jooi Soon: 012-366 11 21


    p/s: moga program ini dipermudahkanNya & menjadi pencetus hidayah kpd org sekeliling... :)

    lucky i'm in love with my Allah....

    lucky i\
    He is closer to you than the blood in your veins. He gives you better than what you ask for. He loves you for the tiniest things that you do. There is no love greater than His...Alhamdulillah :-)

    cikmot di sini...

    cikmot di sini...
    click picture d sini nnti dpt meow yg d sana....

    Followers

    tempat utk singgah membaca-baca.. :)

    award dari tania meow

    award from taniameow

    award dari tania meow

    award dari tania meow