Sunday, November 30, 2008

why i'm so stupid??



"There is at bottom only one problem in the world and this is its name: how does one break through? How does one get into the open? How does one burst the cocoon and become a butterfly?" -Thomas Mann-

Berada dalam dilema bukanlah suatu perkara yang mudah. membuat sesuatu keputusan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng apatah lagi bila keputusan yang nak dibuat tu melibatkan banyak pihak.. so kenala fikir habis-habis.. fikir sedalam-dalamnya.. dan memohon petunjuk Allah.. buat istikharah, moga-moga diberi ketetapan hati..

smua tindakan kita mmg ada risikonya..
kalau semuanya selamat.. alhamdulillah..

tapi bila hujan di tengah hari? (nasib tak menyebelahi?)

setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya satu perkara yang dia sangat kesali dalam hidup dia.. sometimes 'bad things' tu cuma berlaku pada diri dia je.. orang lain tak terlibat.. sometimes melibatkan orang lain..

hakikatnya perkara tu telah pun berlaku..

**hehe.. skema nya ayatku.. hm.. sedang berusaha menaip pelan2 supaya kurang kesilapan ejaan :p

menyesal?
ramai orang menyesal..

geram?
ramai orang geram dengan diri sendiri..
"why I'm so stupid?!" ----> ayat ni popular di kalangan orang2 yang datang jumpa saya.. hm..

so..

bukanlah satu tindakan bijak dengan membiarkan diri berada dalam kesedihan dan penyesalan yang berpanjangan.. bila kita dalam keadaan sedih, hormon2 yang tak baik untuk kita akan disintesiskan.. so emosi kita akan semakin down..down.. dan down..
bukan tu je, jantung kita akan jadi laju.. nafas jadi sesak.. ala.. simptom2 stess.. dan high risk utk sakit jantung... strok.. nauzzubillah..
jangan menzalimi diri sendiri..
dan jangan menzalimi org2 yang kita sayang (jangan buat orang yang kita sayang bimbangkan kita.. jangan buat mereka susah hati.. bukan tu cara nak treat those we love..)

the best way ialah...

iringilah keburukan dengan kebaikan..

Daripada Abu Zarr Jundub ibn Junadah, dan daripada Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal RA, daripada Rasulullah saw bahawa Baginda bersabda: (Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, iringilah kejahatan itu dengan kebaikan nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik). Hadis riwayat al-Imam at-tarmizi, beliau berkata: Ia adalah hadis hasan, dan sesetengah yang lain menyatakan ia adalah hadis hasan sahih.

sebabnya perkara yang kita dah terlajak tu dah pun berlaku.. dah pun jadi sejarah dalam hidup.. so kalau dikenang-kenang pun, ditagisi pun, di hantui sekalipun... thats not going to make it better..

jadilah orang yang bijak.. yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku.. semua perkara ada hikmahnya.. walau sebodoh mana perkara tu.. walau sebodoh mana tindakan tu.. tu semua dah pun berlaku.. dan itulah yang memang tercatat di kitab Luh Mahfuz.. kitab yang mencatat Qada' dan Qadar.. hatta sehelai daun yang gugur pun tercatat di situ..

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)

Pilihlah utk berubah..

Terimalah dengan hati yang redha di atas segala ketentuan kerana Allah telah memilih kita untuk menempuhinya..

Walau seburuk mana ketentuan itu, yakinlah setiap sesuatu itu ada kebaikannya.. Allah jatuhkan kita di lubang kecil agar kita berhati-hati dan tidak jatuh di lubang besar. Alangkah bahagianya jika kita sedar satu lagi hikmahnya.. supaya kita dapat membimbing teman-teman lain dari jatuh di lubang yang sama.. dan dapat menarik keluar mereka yang jatuh..

Saturday, November 29, 2008

~': segenggam tabah :'~

Lama juga saya dan Mimi (bukan nama sebenar) duduk di tangga.. jam sudah menunjukkan pukul 2pagi.. mimi mengesat air matanya. Dia kelihatan sedikit tenang.

“Orang tak sekuat lillah,”mimi kembali bersuara setelah lama diam. Saya memelukm bahunya.

“Lillah ni tak de la kuat mana pun.. buat-buat kuat aje, sebab nak bagi semangat pada korang semua.. kalau korang nampak lillah pun sedih, mesti korang lagi sedih kan?” saya menggenggam kemas tangannya.. sentuhan adalah penawar yang sangat mujarab.. the healing touch.. kita akan cepat rasa lega bila kita disentuh orang lain, sebabnya? Dari segi sains sentuhan akan menyeimbangkanm cas-cas positif & negative pada badan kita supaya neutral.. that’s why lepas solat berjemaah, masa peluk tu, peluk la betul2.. masa berjabat tangan tu, peganglah tangan tu betul-betul..

“ye lillah.. tu sebab orang tak mahu share problem orang dgn lillah.. orang tau lillah punya problem mesti lagi besar..”wajah mimi serba salah..

“mimi.. dalam hidup kita ni kan.. tak semua masalah adalah bermasalah.. lillah suka kalau perkataan ‘masalah’ tu ditukar dengan ‘cabaran’. Dan I’m welcome kepada cabaran yang datang.. ”balasku sambil mengangkat tangan ke langit. Ahaha..poyo aje..

Mimi gelak. Baguslah.. akhirnya dia gelak.

“mimi.. sometime, bila ada sesuatu cabaran yang datang, memang kita terpaksa pergi menyahutnya secara berdepan.. sebab jawapannya ada di depan.. tetapi Allah tak meletakkan sesuatu tu static. Kadang-kadang hikmah sesuatu perkara tu disembunyikan dalam sesuatu perkara yang lain.. dalam kita mencari penawar2 duka.. dalam mencari jawapan persoalan hidup.. adakalanya kita mendapat itu semua secara mudah dan direct.. ada juga, yang kita perlu lalui perkara lain yang kadang-kadang langsung tak berkaitan demi mendapatkan penawar dan jawapan ni..” lillah diam.. dia ni faham ke maksud lillah? Mimi diam, sedang men’digest’ input yang baru diterima.

“Dah kita tak tau perkara tu penawar, macam mana kita bak buat? Kita bukannya tau di situ ada penawar..”sambung mimi.

“Memang kita tak tau.. kita tak tau masanya.. tempatnya.. dengan siapa.. penawar dan jawapan tu ada.. sebab tu lah walaupun kita sendiri sedang stress, kita kena tetap tolong orang lain yang stress..”saya mengenyit mata kepada mimi. Mimi gelak besar dan memukul saya.. haha.

“sebabnya.. kadang2 ilham tu Allah bagi semasa hambaNya sedang membuat sesuatu yang Dia suka. Hidup ni susah sangat, rigid sangat bila banyak hati nak kene jaga.. kita mana la mampu nak puaskan hati semua orang. Ada je yang tersinggung la, terkecil hati la.. ada je.. so that’s why kita cuma perlu menjaga hati Dia yang Esa sahaja.. yang Satu ni je kita jaga.. Apa yang Dia suka, kita buat.. yang Dia tak suka, kita jangan buat.. keredhaan Dia terletak dalam ketaatan.. dan kemurkaan Dia terletak dalam kederhakaan.. kadang2 kita rasa kecil je amalan tu, contohnya susun kasut depan pintu.. tapi mungkin tu lah amanlan yang paling ikhlas.. yang mungkin tu lah amalan yang paling diterima. Kita tak tau kan.. dan kadang2 kita rasa kecik je dosa yang kita buat, contohnya lewatkan solat sebab main internet..hehe.. sedangkan ada kemungkinan Dia sangat2 murka sebab kita memperkecilkan dan meremehkan perintah Dia..kesimpulannya, dalam hidup ni.. sama ada u are in good times or bad times, remember to do what u have to do to seek His blessing dan to avoid kemurkaan Dia.. bila kita disayangi Dia, insya’Allah semua urusan kita dipermudahkan..” Mimi diam.. sedang men’digest’ lagi maklumat baru. Dia senyum. Air matanya dah kering.

“betul-betul.. susahkan nak puaskan hati semua orang. Puaskan apa yang Allah nak lebih senang.. lebih spesifik. Matalamat jelas. Cara pun jelas. Tak payah nak pening-pening..”sambung mimi.

“kadang2 bila kita buat baik pada si A.. bukan si A yang akan membalas kebaikan tu.. kadang2 si A lah yang menserabutkan hidup kita.. Allah adil.. aka nada orang lain pula yang berbuat baik pada kita.. yang kadang2 kita tak pernah lansung buat baik pada dia..” sambungku lagi.. mata dah ngantuk ni.. esok kene pergi kelas awal lor..

“hehe.. terima kasih lillah. Orang harap lillah tak serik dengan orang. Sebab orang tak suka cerita masalah pada orang lain.. orang suka cerita masalah pada lillah sebab orang nak dengar lillah cerita pengalaman lillah.. lillah kuat. Orang nak tiru macam lillah..”

“Ish3..” saya menggeleng kepala. Wajah mimi terkejut.

“nape?!”

“ye la..mimi kata nak tiru lillah. Mimi.. lillah tak rasa nak apa yang lillah lalui, dilalui oleh kawan2 lillah.. lillah nak apa yang telah lillah tempuhi dijadikan pengajaran hidup cukup la.. tak yah tiru.. kita dah ada role model perfect, Rasulullah saw.. mehla kita kaji hidup baginda..”

Kami merenung langit yang gelap.. malam yang pekat.. malam ni takde bulan pulak la..hm..

“mekasih lillah.. hehe.. orang sgt appreciate lillah sudi duduk dengan orang malam ni.. jangan serik ye.. len kali nak kacau lagi,ehe..”usik mimi.

“ala.. bukan mimi je.. ramai lagi yang memang suka kacau..hm.. redha je la dapat anak buah macam korang nih”usik saya pulak. Kami ketawa sama-sama.

“kadang2 bila lillah bermasalah, tak jumpa jawapan dia.. penat tau cari.. tapi selalunya masa tengah bagi nasihat kat orang lain tu, Allah bagi ilham.. dapat selesaikan masalah org tu.. dan masalah lillah sendiri.. ha..baguskan.. selesai dua masalah..”

Mimi senyum.. matanya mengantuk..

“hehe.. lillah.. berkat tu namanya.. minta satu dapat dua..”sambung mimi.

Saya mengangguk. Kami berpisah ke bilik masing-masing.. sebaik sampai di bilik, jam sudah pukul 3 pagi lebih.. rumet saya tengah nyenyak tidur.. sebelum tidur lillah fikir-fikir semula hasil diskusi kami.. semoga segala perkongsian kami tadi tak sia-sia.. semoga ianya dapat menjadi kekuatan kepada kami untuk terus melangkah pada hari2 yang mendatang dalam mencapai keredhaan Allah.. pergilah ke mana sahaja.. buatlah apa sahaja.. jadilah apa sahaja.. yang penting misi mencapai keredhaan Allah kita laksanakan..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda,

“Siapakah di antaramu yang menerima kata-kata berhikmat langsung diamalkan?” Kata Abu Hurairah,”Aku hai Rasulullah!” lalu diambilnya jariku lalu dihitungnya sampai lima, katanya,

“Peliharalah dirimu dari segala yang terhitung haram engkau akan termasuk manusia yang paling tekun beribadat; berasa cukup dengan kurnia Allah yang dibagi-bagikannya kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling kaya; berbakti dan bantulah tetanggamu di setiap saat yang diperlukan, engkau akan dianggap manusia mukmin yang terbaik; cintailah untuk manusia itu apa yang kau inginkan untuk dirimu engkau akan menjadi seorang Muslim yang sejati; dan jangan perbanyak ketawa terbahak-bahak kerana itu akan membeku dan mematikan jiwa.”

(H.R Tirmizi)

Friday, November 28, 2008

@::..kemudi hati..::@

Alhamdulillah..
menulis posting blog ketika berserabut akan menyebabkan pembaca yg membaca turut berserabut..

so..
bila nak menulis blog ni kne tunggu tengah tenang.. moga Allah memberkatinya..

thats why minggu ni asik copy paste artikel org len aje .. :p

For the first time semenjak first year di bumi USM ni, lillah stay di kampus semasa cuti.. sebelum ni walaupun tak melekat di rumah waktu cuti, tapi tidaklah pula stay di bumi USM (biasanya ada program luar.. kalau tak sebagai peserta, sebagai pemantau yang melatih anak buah bakal pimpinan akan datang.. uh..)

dan cuti ni..
lain nya rasa..

Ya Allah..
leraikanlah dunia yang mendiami hatiku.. kerana di situ tidak mampu ku mengumpul dua cinta.. hanya cintaMu yang ku harap di situ..

Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan.. nikmat yang dikecapi barukan disedari setelah ianya hilang.. bila apa yang dikecapi sudah dalam genggaman, timbul pula rasa jemu.. ish.. ish... argh!!
Betapa dungu nya menjadi orang yang tak tahu bersyukur!!

Gajah depan mata tak nampak.. tapi kuman di seberang sana nampak pulak.. apakah yang saya tulis ni? ada ke peribahasa ni?

Sahabat..
kita selalu terlepas pandang nikmat yang Allah beri pada kita.. kita selalu lupa bersyukur.. dah la tak bersyukur.. merungut pulak.. mengungkit-ngungkit.. seolah-olah kita terlupa dan tak sedar betapa banyak nya nikmat yang Allah dah beri pada kita..
Alhamdulillah.. setelah lebih 6 bulan strugle buat final projek .. siap petang tadi 90%.. dah pergi hantar kat bawah library untuk buat hard cover..

my final project partner, cik Zai diam aje petang tadi..
"Lillah.. lapo.."akhirnya dia berkata-kata..
"Larat lagi ke nak kuar malam nih?" soal saya pula. sebab kami (Zai, saya & rumet saya) plan nak makan di luar malam ni..
"Lillah?" Wajah cik Zai macam tak larat sangat.. Tapi dia ni memang jarang menolak kalau nak ajak pergi berjalan.. especially lepas habis projek besar.. sebab nak release stress..

**saya dan cik Zai ni dari first year asik 1 group je.. tak berpisah2 lagi.. ntah la.. Lecturer suruh cabut undi pun, kami dapat sama grup juga.. hehe..
Alhamdulillah..

Zai, Allah tau kita boleh get along together la..hua..hua.. :)

Sepanjang berjalan balik ni, lillah jalan di belakang cik Zai.. saje je, nak ambil gambar guna hanset alam yang indah.. pokok yang menghijau.. hujan rintik2.. rumput yang basah.. langit yang biru.. semenjak dari lepas exam, kami tak rileks lagi.. masa exam, kami kecoh2 prepare exam.. then, orang lain habis exam, kami kecoh2 prepare viva presentation.. sekarang finishkan correction thesis.. malam ke, siang ke.. sama aje.. tak kira la matahari ke, bulan ke.. selagi ada kerja.. selagi tu mata bersengkang.. walaupun kedai2 tempat print tu jauh.. macam dekat aje berjalan..

Suasana cuti yang sangat unik.. sebab ramai student pelajar jarak jauh.. kalau biasanya jumpa student yang lebih kurang sebaya je, kali ni jumpa abang2.. kakak2.. ayah2.. emak2.. hehe

ofcoz student2 yang kali ni lebih tertib dan sopan.. juga sangat motherly dan fatherly..
bila bertegur sapa je, akan membuatkan saya teringat pada mak abah...

mak.. abah.. kakak rindu kat family kita.. rindu nak makan sama2.. nak pergi jalan2 sama2.. uhuk..


Pelajar jarak jauh (PJJ) ni mostly dah ada family.. ada anak.. ada husband and wife.. ada yang masa first day tu husband hantar sampai dalam bilik asrama.. ehehe.. macam comel la pulak.. anak-anak pulak ikut menghantar mak nyer..

hm..
terfikir..
ish3..
mesti hati sedih berpisah dengan anak2.. dgn suami.. dgn kucing2 kat umah..
hm..
nak study, dalam masa yg sama kne pikir masalah rumahtangga..
kagum.. kagum dengan semangat mereka!! :D

Sembang2 dengan cik Zai.. kami menghitung hari nak masuk 2009.. kami countdown umur nak masuk 22 tahun.. hehe.. masa mak saya 22 tahun, mak dah ada seorang baby (saya la tu) dan lagi seorang coming soon (my brother).. cik na pun sama, mak dia dah ada abang kakak dia.. dunia anak2 nya pulak..
kami ni pada umur nak masuk 22 ni, asyik sibuk dengan study.. agak2nya mak nak tak sambung study balik??
hehe
kesian la kat mak.. tak sanggup nak bagi mak susah2 stay up buat tutorial, masuk kuar lab siapkan projek, submit report..
mak rileks2 je la ye..
mak dah penat mendidik anak2 mak hingga berjaya..
biar kami pulak jaga mak..


Pokok ni saksi yang memerhatikan saya & kawan2 saya berjalan di lorong dari library ke CG.. walaupun takde mata, takpe, dia still boleh jadi saksi kat akhirat nanti..

Rindu pada asma, fairuz, kak wahid, dan ana.. (kawan2 MT PPM) .. dulu kami selalu habis meting lewat malam.. pukul 2 lebih terkedek-kedek balik bilik.. lillah punya asrama jauh.. so akan menumpang bilik sahabat MT ni dulu.. Dalam banyak2 MT, ntah kenapa lillah the only one MT yang tercampak ke desa lain.. yang si fairuz, asma, k.wa & ana semua 1 desa.. ada hikmahnyer.. (Rahsia..! ~ hehe)

tiba2 cik Zai memanggil "Lillah! buat apa tu? cepat!!" ..
ha.. dah kena marah dah..
tu la pasal, asik termenung tengok pokok ni je..
(^_~)

life recipe..:: when your world fall apart::..


From
August 26, 2008

Somali single mother beats inner-city odds to secure five As at GCSE

As a teenage single mother and civil war refugee from Somalia, Naima Sharifdahir appeared to be doomed to academic failure.

Yet the teenager, who arrived in Britain five years ago speaking little English, achieved impressive GCSE results and now intends to become a doctor.

It was not her background or personal circumstances that held her back initially, but the disruptive behaviour and low expectations at the inner-city comprehensive that she attended. Naima, 18, said she was horrified by her classmates' attitudes at South Camden Community School in Central London and the lack of ambition that teachers had for the pupils.

“There was no focus on education,” she said. “I was used to home tutoring. Then I came to England and joined a class of more than 20 pupils trying to annoy the teacher.

“They had no respect for the teacher, who would often leave the classroom in tears. It upset and demotivated me. These students were messing it up for everyone else.

“I didn't know anything about the GCSE system when I started, and by the time I realised what was going on it was too late to do well at that school.

“The teachers would say to pupils, 'Don't try to do that, it might be too hard. Don't worry, you can get a C grade without it'.”

Naima speaks with confidence and determination. A Muslim, she wears long skirts and covers her hair when outdoors but eschews the veil and has brightly painted nails. She bounced her year-old son, Yonis, on her lap as she talked.

Her achievements confound statistics. Recent research indicated that Somali children are among the lowest achievers at school. Only a third of Somali pupils in London got five GCSEs at grade C or better last year.

Added to that is the low expectation of teenage mothers, many of whom drop out of education when they become pregnant.

Naima married at 16 but is now raising her son alone. She left school without sitting her GCSEs but read widely to improve her English.

Her tenacity and resolve then came to the fore: she overcame assumptions about young mothers by enrolling at City of Westminster College last year, when her son was two months old.

She was accepted despite eyebrows being raised when she arrived for an interview with her son.

She said: “The lady on reception just looked at me and said, 'I'm not sure they'll take you. It will be hard for you, having a child'.

“I promised I would keep up my studies and then I met my tutor who was really supportive. But she made me promise to turn up early for all my classes. There's a presumption that if you have a baby young your life is over. People asked how I was going to cope. They'd give this smile as if they thought I was dreaming.”

Naima studied for ten months, while bringing up Yonis in a council flat, before taking six GCSEs and achieving five As and a B. Today she starts A levels in chemistry, biology, maths and psychology.

While thousands of middle-class teenagers celebrated similar grades with lavish parties, or by spending money given to them as a reward for good results, Naima had a meal at her parents' house before returning to her one-bedroom flat in Somers Town, a rundown area between King's Cross and Euston stations.

She credits her parents' love and support for allowing her to pursue her ambitions: “My mother and father tried to drum into all their children's heads the importance of education. I'll always be grateful.

“They said it would be best if I went back to college so I could create a really bright future for my son and myself. My mother looked after my son while I studied, and I took over when I came home.”

She adds: “Faith is very important to me. When I realised things were falling apart it was what held me together. My religion says you should be determined and work hard, so I did.”

Naima has wanted to become a doctor since she was a child, helping to look after her younger brothers and sisters. The family left Somalia when she was six because of the civil war and moved to Kenya, before migrating to Britain seven years later.

She says her country's war is heartbreaking, adding: “It can be painful seeing people from the same country being cruel towards each other because of tribal issues. Now Britain is the closest thing I have to home.”

Thursday, November 27, 2008

kerana aku seorang 'wanita'


alhamdulillah!! jumpa akhirnya!... sebelum ni masa merayau di internet.. terjumpa poster cun tentang petikan kata-kata al Qaradhawi tentang wanita.. semenjak dari tu hati saya tak tau kenapa nak sangat-sangat dengar ulasan yang lebih details tentang pandangan ulama besar ni tentang wanita.. hm.. mungkin kerana.. fitrah.. fitrah kerana diriku seorang wanita.. :-) (rujukan pada tajuk post ni)

Al-Qaradhawi merupakan seorang intelektual Islam terkemuka di zaman ini. Seorang panglima yang membela Islam di saat virus "Islamiphobia" melanda dunia hampir keseluruhanya. Dengan pandangan beliau yang sederhana dan kontemporari, al Qardhawi membawakan imej Islam yang lebih mendapat tempat di hati umat Islam dan bukan Islam. Malah ketegasan beliau dalam memberikan respon terhadap pelbagai masalah umat membuatkan pandangan beliau sentiasa di buru media dan orang perseorangan. Al-Qaradhawi merupakan salah satu sosok besar umat buat masa ini. Justeru tidak hairanlah sekiranya ada pihak yang menobatkan beliau dengan gelaran al Imam al Qaradhawi sebagai satu pengiktirafan terhadap ketinggian kesarjanaan beliau. Justeru tulisan ini tidak berhajat untuk mengupas kesemua persoalan yang pernah dibangkitkan oleh beliau tetapi akan memfokuskan padangan beliau kepada hal ehwal wanita yang kelihatannya amat murung di sesetengah negara umat Islam.

Pada pandangan al Qaradhawi, Islam telah meletakan satu pengiktirafan yang sangat besar terhadap golongan wanita. Malah menurut al Qaradhawi wanita turut memikul beban syariat yang sama seperti lelaki. Mereka diperintahkan oleh Allah untuk beribadat kepada Allah, menegakan agamanya, melaksanakan kewajiban, menjauhi laranganNya, berhenti pada batasan-batasanNya, menyeru manusia pada agama Allah, menyuruh pada yang makruf dan mencegah pada yang mungkar. Al Qaradhawi juga menyatakan semua perintah agama diturunkan kepada lelaki dan perempuan kecuali jika ada dalil yang mengkhususkan kepada wanita sahaja. Seandainya Allah berfirman "Wahai manusia atau wahai orang-orang yang beriman" maka sesungguhnya seruan tersebut mencangkupi lelaki dan wanita. Kerana inilah Ummu Salamah yang sedang sibuk dengan urusannya mendengar Rasulullah mengatakan "wahai manusia" beliau bergegaskeluar memenuhi panggilan Rasulullah. Sebahagian dari orang hairan melihat beliau lantas Ummu Salamah menjawab "saya adalah seorang manusia".

Al Qaradhawi juga menyatakan bahawa wanita di zaman ini perlu memainkan peranan yang sama penting dengan lelaki dalam bidang amal islami. Beliau mengungkapan sirah yang menunjukan peranan wanita dalam penyebaran Islam seperti mana yang dilakukan oleh Khatijah, orang pertama yang membenarkan ajaran yang dibawakan oleh Rasulullah dan Sumayyah, syuhada pertama dalam Islam. Peranan wanita tidak sekadar terhenti di situ, malah wanita di zaman Rasulullah juga turut terlibat secara langsung dalam beberapa siri peperangan di jalan Allah seperti Perang Uhud dan Hunain dan banyak medan jihad yang lain. Bahkan dalam kita Sahih Bukhari termaktub satu bab iaitu bab Perang Kaum Wanita. Demikian sirah menunjukan interanksi wanita dalam menyebarkan ajaran Islam yang tidak sedikit sumbangan mereka.

Dalam pada inilah, al-Qaradhawi menyeru kaum wanita agar kembali kepada peranan mereka yang asal dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan Islam pada zaman ini. Pada al-Qaradhawi wanita tidak seharusnya sekadar melihat sahaja kaum lelaki melaksanakan amal Islami, malah mereka juga perlu berpatisipasi dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Allah. Bukanlah Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 195. "Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain; maka orang-orang Yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan Yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga Yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan augamaKu, dan Yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang beramal soleh)".

Dan sabda Rasulullah "sesungguhnya kaum wanita itu adalah saudara kaum lelaki" (Hadith riwayat Ahamd, Turmizi, Abu Dawud, dan ad Darimi)


Al Qaradhawi turut menyinggung peranan yang dimainkan oleh wanita Yahudi, Kristian dan komunis yang sanggup berkorban dan bekerja demi memperjuangan ajaran mereka. Mereka telah mengorbankan waktu dan harta kerana menyakini bahawa itu merupakan kewajiban yang telah dibebankan di bahu mereka. Bahkan kita dapat melihat ada di antara mereka yang hidup ditengah-tengah hutan belantara, memasuki daerah-daerah tandus dan gersang. Justeru masakan wanita muslimah kita harus sekadar berada di dalam sangkar emas dan tidak tergerak hati mereka untuk membantu umatnya yang berdepan dengan bencana dan menentang kebatilan yang bermaharajalela? Dari sinilah al Qaradhawi tergerak untuk menyeru kaum muslimah kita agar turut sama membantu menggerakan kekuatan dan berbakti untuk agamanya. Justeru al Qaradhawi mencadangkan tiga usul untuk diperhatikan oleh kaum muslimah.

Pertama, bekerjasama dengan sesama wanita untuk menyedarkan kaum wanita dan mempersiapkan mereka untuk membantu agama ini dan seterusnya memberikan sumbangan dalam amal islami. Al Qardhawi menegaskan bahawa medan ini bukanlah sempit seperti yang difahami oleh sesetengah golongan tetapi meluaskan skop dan tidak terhad sekadar kepada kaum muslimah yang beriman malah menghampiri wanita muslimah yang masih kabur pemahamannya mengenai Islam. Mereka ini perlu digarap oleh wanita yang sedar dan memahami ajaran Islam. Menurut al Qardhawi, umat Islam mempunyai masalah dalam memahami ajara Islam. Ini kerana ada pihak yang menyatakan Islam sekadar solat, puasa, zakat dan Haji semata-mata. Mereka lupa satu tanggungjawab yang tidak kurang pentinganya iaitu dakwah, menyeru manusia agar kembali kepada Allah serta nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran sesuai seperti yang difirmankan oleh Allah : "Saling tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa" (al Maidah: 2)

Kedua. Menurut al Qardhawi, wanita muslimah juga mempunyai peranan yang tidak kurang penting dalam sistem kekeluargaan. Peranan mereka amat besar dalam mendidik anak-anak dan suami untuk mentaati perintah Allah. Seandainya ada dalam keluarga wanita tersebut yang bergelumangan dalam aktiviti dakwah, maka wanita tersebut mempunyai peranan yang amat besar sebagimana isteri para Salafus soleh. Ini dapat dilihat seperti mana yang dilakukan oleh Khansa' ketika memberikan nasihat kepada keempat anaknya ketika Perang Qadisiyyah atau seperti Asma' binti Abu Bakr Dzatu Nithaqain kepada anaknya Abdullah bin Zubair.

Ketiga, wanita Muslimah juga boleh berperanan penting dalam masyarakat dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan masyarakat. Misalnya seorang wanita muslimah itu seorang dai'e, atau pendidik, sasterawan, maka mereka boleh berperanan dengan memasukan nilai Islami dalam perkerjaan yang mereka kerjakan. Seandainya mereka tidak mempunyai kebolehan tersebut, mereka boleh juga berperanan walapun sangat kecil seperti membuang batu-batu kelikir yang menganggu jalan dakwah!

Akhir sekali al Qaradhawi membayangkan peranan besar yang boleh dimainkan oleh kaum muslimah kerana mereka mempunyai potensi yang sama sekali tidak ada pada kaum lelaki. Beliau mengungkapan bagaimana al Quran menceritakan peranan yang pernah dimainkan oleh Ratu Balqis yang memerintah negara Saba' yang dengan hikmah dan keberaniannya telah memimpin kaumnya seperti yang termaktub dalam surah an- Naml. Pada pandangan al Qaradhawi kebanyakan wanita muslimah kini lebih berperanan dan berjaya ke hadapan dalam bidang pelajaran dan ilmu berbanding dengan lelaki yang telah disibukkan dengan "make up" kereta kesayangan mereka!

my notes: Ya Allah.. jadikanlah diriku, keluargaku dan sahabat2 ku srikandi agamaMu.. jadikanlah kami penyejuk mata dan penyejuk hati orang2 beriman.. peliharalah kami pada setiap detik dan saat agar sentiasa dalam redhaMu.. amin ya Allah..

hari ni copy paste aje keje saya..
hm..
tujuan asal untuk saya sendiri baca..
dan saje nak share dgn mereka yg 'ziarah' blog ni..
buat la macam rumah sendiri.. :)

artikel bawah ni di ambil dari blog Return to Basics. rujuk link pada tajuk post ni.. slamat membaca :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, November 23, 2008

Orang Sufi mengimport amalan Yoga?


Alhamdulillah, segala pujian yang tertinggi bagi Allah yang telah menjadikan yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan sebuah fatwa tentang pengharaman yoga yang diamalkan secara sistematik iaitu yang melibatkan amalan fizikal dan spiritual. Walaupun agak lambat bertindak selepas tertangguh beberapa kali, tapi ia membuka mata banyak pihak akan isu ini.

Yoga, seperti yang sedia maklum merupakan salah satu senaman yang berasal usul dari Benua India. Tidak syak lagi ia mengandungi unsur kehinduan yang apabila diamalkan oleh umat Islam dapat memberi kesan kepada akidah mereka. Demikian kata-kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin dalan Mingguan Malaysia (23 November 2008):

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan"

Antara Yoga dan Sufism

Apa kaitan yoga dan sufism?

Jika kita teliti ketiga-tiga peringkat tersebut, dapat kita fahami bahawa amalan yoga ini tidaklah terlalu bercanggah menurut kaca mata golongan sufi. Ini kerana dalam susur galur ajaran tok sheikh sufi juga menggunakan kaedah dan wadah yang sama.

Berzikir, ketenangan, dan bersatu dengan Tuhan!

Jikalau dalam yoga mereka bermaksud mahu bersatu dengan beratus-ratus tuhan yang mereka sembah, golongan sufi pula bermimpi untuk bersatu dengan Allah!

'Bersatu dengan tuhan' atau wahdatul wujud dipopularkan oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Hallaj dan ibn Arabi. Sehingga pada tahap kononnya telah menerima ilmu ma'rifat yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan dirinya, al-Hallaj telah mengatakan suatu kalimah kufur, "Ana al-Haq" yang bermaksud "akulah al-Haq" atau lebih tepat lagi "akulah Tuhan!".

Akibat daripada kalimah ini, beliau telah dibunuh kerana telah murtad menurut kaedah Syariah.

Kata Imam al-Qurtubi Rahimahullah mengulas mengenai golongan Sufi yang melampau:

"Kata guru kami (al-Imam Abu al-Abbas) r.a.: Ini adalah perkataan zindiq dan kufur dibunuh sesiapa yang mengucapkannya dan tidak diminta daripadanya taubat, kerana dia telah engkar apa yang diketahui dari syariat. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jalanNya dan melaksanakan hikmahNya bahawa hukum hakamnya tidak diketahui melainkan melalui perantaraan rasul-rasul yang menjadi para utusan antara Allah dan makhlukNya. Meraka adalah penyampai risalah dan perkataanNya serta penghurai syariat dan hukum-hakam. Allah memilih mereka untuk itu dan mengkhususkan urusan ini hanya untuk mereka."

Dalam huraian tambahan al-Qurtubi menyebut lagi:

"Telah menjadi ijma' salaf dan khalaf bahawa tidak ada jalan mengetahui hukum-hakam Allah yang berhubung suruhan dan laranganNya walaupun sedikit, melainkan melalui para Rasul. Sesiapa yang berkata "Disana ada cara lain untuk mengetahui suruhan dan larangan Allah tanpa melalui para rasul atau tidak memerlukan para rasul maka dia adalah kafir, dihukum bunuh......" (jld. 11, m.s. 40-41, cetakan Dar al-Fikr, Beirut - Dipetik daripada artikel "Tarekat Yang Sesat Lagi Kufur" oleh Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin)


Kita dapat bayangkan keadaannya apabila imam besar seperti al-Qurtubi mengeluarkan kenyataan seperti itu!

Antara Yoga dan Amalan Tradisi

Telah kita ketahui bahawa terdapat sesetengah amalan tradisi kita atau lebih biasa disebut 'adat orang melayu Islam' yang mempunyai pengaruh yang besar daripada amalan agama Hindu.

Antaranya; Amalan bersanding, jampi serapah oleh bomoh-bomoh jalanan, mandi Safar, pertapaan, dan kenduri Arwah.

Jika itu yang dimaklumi, maka mengapa amalan-amalan yang disenaraikan di atas tidak diharamkan sama? Atau apakah amalan itu bercanggah dengan akidah Islam, tetapi oleh sebab ia telah diamalkan oleh orang kebanyakan maka ia tidak difatwakan haram? Bagaimana pula dengan pertapaan golongan Tarekat?

Tidakkah ini 'double standard'?

Yang Haram Itu Haram

Hak authoriti menghalalkan atau mengharamkan sesuatu merupakan mutlak milik Allah semata.

Maka seandainya sesuatu yang haram tidak diwartakan sebagai haram oleh badan yang berauthoriti sekalipun, jika ia menurut al-Quran dan Hadith sesuatu yang haram, maka tetaplah hukumnya haram. Tugas seorang mufti, majlis fatwa dan sewaktu dengannya hanyalah mengkaji dan memberitahu maklumat yang jelas kepada masyarakat tentang apa yang diwahyukan kepada nabi Muhammad. Justeru tidak wajar sama sekali jika ia disembunyikan atas alasan apa sekalipun;samada politik, pangkat, takut, apatah lagi atas alasan mengikut adat sedia ada!

Seterusnya dan seharusnya, penulis menyeru agar Majlis Fatwa Kebangsaan menjadi lebih aktif dan prolifik dalam memberi fatwa dalam isu-isu penting di negara ini. Janganlah suatu fatwa tertangguh disebabkan ingin menjaga kepentingan peribadi sesetengah orang. Biarlah anda dipandang sinis dan dilucut jawatan di dunia, jangan di akhirat menjadi seorang yang miskin dan papa kedana.

Jika yoga telah diharamkan, tarekat bila lagi?

**Perkataan sufi/tarekat yang diguna dalam artikel merujuk kepada jalan kesufian yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. Adapun sufi yang mengikuti kedua sumber tersebut, ia termasuk dalam sunnah, insyaAllah

fatwa; telah lama dipinggirkan :'-(

sekali lagi setelah banyak kali saya copy paste dari blog skuad penyelamat aqidah.. rujuk link pada title post ini..

...::****************::...


Fatwa; telah lama dipinggirkan

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Bc Hons Engineering (material) UM.

Ramai di kalangan masyarakat dewasa ini terkejut akan munculnya sikap pertikaian terus menerus rakyat Malaysia terhadap institusi fatwa di negara ini. Betapa lantangnya mereka menggasak para ulama’ yang terlibat serta melibatkan maruah umat Islam seluruhnya.

fatwa2


Pada pandangan umat Islam yang cukup optimis dan yakin dengan sistem syariah Islam ,mereka telah lama menganggap bahawa keadaan negara ini sebenarnya amat kekurangan fatwa yang dikeluarkan. Malah tujuan fatwa di dalam syariah Islam adalah untuk didaulatkan dan diimplementasikan secara siasah. Kerana itulah institusi ulama’-mufti sedari dahulu mendampingi sistem umara’-kesultanan Islam. Institusi mufti di Malaysia bukan perkara atau entiti baru di tanahair ini. Sebelum adanya Perlembagaan 1948 dan Pembentukan Malaysia 1963 lagi, tanah ini telah diperintah oleh para Sultan yang mengambil Islam sebagai ‘dustur’ (kandungan perlembagaan) mereka.


Tidak ada istilah creeping islamization atau istilah islamic diffusion yang menjalar menjadi adi jagat menyesak agama dan budaya lain. Kebebasan telah banyak diberikan untuk pengamalan ajaran lain.


yoga


Tetapi ada suatu agama baru yang mulai memenuhi minda rakyat Malaysia yang tidak menepati terma ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ di dalam Rukun Negara iaitulah agama ‘sekularisme’. Inilah punca segala pertentangan ini.

Jika diteliti lebih mendalam, bagaimana munculnya idea sekular yang mencabar nama dan maruah para ulama’ di negara ini? Tidak segan dan silu untuk digariskan bahawa para pentadbir dan pemimpin eksekutif sendiri yang telah mencarik institusi agama, syariah, mufti dan sebagainya. Kes penghinaan terhadap hudud, mahkamah syariah, pemecatan mufti tanpa sebab yang kukuh, peminggiran fatwa sekian lamanya, penginaan terhadap sunnah nabi (serban) dan serangan bertalu-talu terhadap sekolah-sekolah agama rakyat adalah antara saham besar yang menumbuhkan sikap berani sekularis untuk menghina fatwa di Malaysia. Sejak dahulu golongan non-muslim tidak berani menghina syariah dan hukum hudud. Tetapi contoh dan tauladan daripada pemimpin telah membina minda yang memandang remeh kepada status Islam di dalam perlembagaan sendiri.

Selain tidak perlu melayan sikap dan tindakan pihak bukan Islam yang menggembar-gemburkan bahawa fatwa akan juga mempengaruhi mereka, kita perlu juga terus-menerus mengadakan sesi dialog dan penerangan agar mereka memahami Islam.

silat


Mereka dahagakan ilmu dan info yang ‘benar’ dan ‘sahih’ sahaja tetang Islam. Namun kepada golongan sekularis yang bertuhankan akal, persiapan perundangan, kesatuan umat Islam dan kesedaran jihad sahaja yang bakal menjadi benteng kepada syariah Islam di Malaysia.

Jika diteliti kepada huraian fatwa terhadap senaman yoga secara sistematik, kita perlu meneliti atau mengaitkan dengan beberapa aktiviti yang juga mengandungi isi kandungan sesat dan kufur. Sebagai contohnya adalah ajaran silat tertentu yang bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka juga tergolong dalam golongan yang haram untuk diikuti. Tidak timbul hanya yoga yang diharamkan.


rokok-haram

Isu yoga hanya dipolitikkan dan digembar gempurkan hanya apabila ia mengaitkan nama agama iaitu Hindu dan Islam. Bukan semua umat Islam menyertai yoga. Malah ia bukan perkara rutin yang menjadi keperluan semua manusia seperti makanan. Pengharaman hanya sah terhadap pesertanya sahaja yang terdiri daripada penganut Islam sahaja. Adakah pengharaman ini menghina agama Hindu? Tidak sama sekali. Piawaian setiap agama adalah tidak sama. Jika ada perkara tertentu yang ada kaitannya dengan keagamaan biarkan sahaja agama itu menentukan peraturan terhadap penganutnya.


Tahun ini bukannya penanda kepada kemunculan agenda penghinaan terhadap fatwa malah fatwa telah juga dipinggirkan sejak beberapa dekat sebelum ini. Sebagai contohnya fatwa amat jarang juga dilegislatifkan dan digazetkan. Fatwa pengharaman rokok sebagai contoh. Mengapa fatwa ini tidak memperlihatkan kredibiliti dan kehebatan syariah Islam yang cukup perihatin terhadap kesihatan manusia? Mengapa pula tidak dibantah. Tetapi dalam diam fatwa tetap dibantah. Ia dipinggir dan dianggap tiada bernilai apa-apa oleh semua bangsa di negara ini. Hinggalah isu-isu fatwa mulai diperdebatkan oleh kelompok sekular. Inilah peranan semua umat Islam untuk turun ke gelanggang, mencari sasaran dakwah demi mempergiatkan kesedaran terhadap syariah Islam yang menjaga semua umat manusia ini.



my notes: walaupun kadang2 rasa macam malas nak amik tau.. malas nak melangkah ke pusat ilmu.. malas nak membaca.. tapi bila tersedar ada tanggungjawab yang perlu di selesaikan dalam mendidik insan..(insan tu termasuklah diri sendiri ni..hehe), dipaksa-paksa juga diri ni untuk menjadi rajin belajar.. semoga usaha kecil si hamba yang daif ni akan memberi impak yang besar pada kemakmuran Islam yang dicintai.. amin..



mengapa umat Islam perlukan fatwa??

artikel di ambil di blog skuad penyelamat aqidah.. rujuk link pada tajuk post ni.. okeyh! :)


Sekali lagi pelbagai respon atau maklum balas diterima dari orang ramai selepas fatwa terbaru berkenaan pengamalan yoga dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22 Disember 2008 yang lalu. Datuk Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sekaligus merangkap individu yang bertanggungjawab mengumumkan keputusan ahli muzakarah tersebut telah menegaskan bahawa senaman yoga yang dimaksudkan ialah yang sistematik iaitu mengandungi 3 perkara (amalan fizikal, unsur keagamaan,mantera dan pemujaan). Jelas bahawa 3 unsur yang diamalkan serentak tersebut melanggar batas syariat Islam.

Apa yang amat dikesalkan ialah masih ada suara sumbang menyuarakan ketidakpuashatian mereka baik dari kalangan bukan Islam mahupun yang beragama Islam. Golongan bukan Islam menyanggah fatwa yang dikeluarkan walaupun telah dijelaskan bahawa fatwa tersebut tidak langsung menyentuh perihal atau amalan mereka (rujuk juga fatwa berkenaan pengkid yang dikeluarkan sebelum ini). Buat mereka yang beragama Islam, perlu diiingat, sumber rujukan fatwa adalah sahih dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bukanlah dibuat secara sembarangan melainkan selepas kajian terperinci.

Turut dikesali ialah kenyataan akhbar tertentu yang dilihat boleh menyebabkan timbulnya salah faham atau kekeliruan dalam kalangan pembacanya. Misalnya, tajuk utama di akhbar The Star, 23 November 2008, ‘Fatwa Council deems ancient form of exercise from India ‘haram’’. Sebaiknya, tajuk utama ini dipanjangkan dengan menambah ‘for Muslim’ agar ia nampak lebih jelas ditujukan untuk orang Islam sahaja. Abdulqadir Hassan dalam bukunya, Ushul Figih menjelaskan hukum haram atau ‘ prohibited’ di dalam ajaran Islam adalah satu daripada lima hukum syara’ atau Hukum Taklifi yang perlu diikuti oleh setiap umat Islam yang sudah baligh, berakal dan pernah mendengar ajakan agama. Lima hukum syara’ tersebut ialah:

i. Wajib-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang mesti dikerjakan oleh tiap-tiap seorang dan tidak boleh ditinggalkannya. Kalau meninggalkannya, berdosalah ia. Contoh ibadah dalam Islam ialah solat.

ii. Sunnat-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang kalau dikerjakannya, mendpat ganjaran, tetapi jika ditinggalkannya, tidak berdosa. Contoh ibadah dalam Islam ialah solat sunat gerhana.

iii. Haram-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang mesti dijauhinya(ditinggalkannya);tidak boleh orang melakukannya. Kalau dikerjakannya, maka berdosalah. Haram adalah berlawanan dengan wajib dan contoh perlakuan yang haram dalam Islam ialah memfitnah.

iv. Makruh-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang tidak disukai agama, yang mana lebih baik tidak dikerjakannya. Tetapi kalau orang mengerjakannya juga, tidaklah ia berdosa. Contohnya, solat di tempat sembelihan binatang-binatang.

v. Mubah-iaitu ketetapan bagi suatu perkara yang boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkannya. Dikerjakan atau tidak, tidak ada dosa dan tidak mendapat ganjaran. Contohnya, minum air.

Jelas bahawa, Islam telah menggariskan hukum dan panduan tersendiri untuk umat Islam ketika membicarakan sesuatu soal atau masalah. Mengeluarkan fatwa pengharaman pula bukanlah suatu proses yang mudah serta tidaklah dikeluarkan melainkan selepas merujuk kepada pendapat-pendapat sahabat, tabiin, imam-imam mazhab dan fuqaha. Perlu diingat kemuncak haram bakal melibatkan aqidah umat Islam serta boleh mendatangkan syirik kepada individu yang berkeras untuk terus mengamalkan larangan tersebut.

Buat umat Islam, usahlah pertikaikan lagi amalan yoga ini. Cubalah senaman atau kaedah kesihatan lain yang tidak mendatangkan keraguan atau tiada unsur syubhah, jika anda benar-benar ingin mengamalkannya. Bukankah kita ada cara yang lebih baik, malah yang terbaik yang disarankan oleh ajaran Islam? Kembalilah kepada solat, amalan yang wajib dilakukan setiap hari. Padanya terkandung bacaan berupa doa, munajat kepada Allah, kaedah meditasi yang terbaik buat jiwa. Padanya juga terkandung rawatan kesihatan fizikal yang terbaik!

Terbaru, tiga orang pakar dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Selain membantu sistem otot dan fizikal tubuh pengamalnya, solat juga membantu bagi mendapatkan komposisi tubuh terbaik. Kajian turut melibatkan perbandingan kesihatan ke atas orang yang melakukan solat berjamaah berbanding solat bersendirian serta amalan solat sunat tarawikh dan ibadah puasa. Telah jelas, seribu satu manfaat boleh diperoleh melalui ibadah solat.Malah kajian dari Barat atau oleh saintis bukan Muslim turut mengakuinya. Jika belum berpuas hati dengan amalan solat wajib, tambah ibadat solat sunat anda. InsyaAllah, kesihatan dapat, pahala beribadat pun dapat!

Wardah bt Abdul Rahman

Bukit Gambir, P.Pinang.


my notes: artikel oleh my ex naqibah.. huhu.. miss kak wardah very much (~_~)

manisnya hidup ni.. semanis puding caramel..


best nya hidup ni.. seperti best nya makan kek..!

sweet nya hidup ni.. spt sweet nya caramel pudding..!

nyam.. nyam..

memang best.. memang sweet..

tetapi..

kenikmatannya, kelazatannya dan keenakannya cuma sementara..

jika dimakan sedikit.. terasa nikmatnya.. alhamdulillah :)

awas..

jika berlebihan.. mengundang pelbagai penyakit.. cth: diabetis, high blood pressure etc

macam tu lah juga dunia ni..

walau mcm mana best pun hidup nih.. kita akan mati juga akhirnya.. apa bekal yg kita bawa? :'-(

"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." (al-Israa` [17]: 18-19)

Tuesday, November 25, 2008

Wahabi : Meluruskan salah faham

artikel diambil dari Hafiz firdaus.. rujuk link pada tajuk artikel ni..

“Wahabi” bukan sahaja salah dari sudut gelaran, ia juga salah dari sudut beberapa tuduhan dan salah faham yang disandarkan kepadanya. Berikut dikemukakan beberapa salah faham tentang gerakan atau fahaman Wahabi, diikuti dengan penjelasan bagi meluruskannya.

Salah Faham Pertama: Wahabi Dan Kuasa Barat.

Salah faham pertama yang akan diluruskan ialah dakwaan bahawa gerakan Wahabi dimulai dan disokong oleh kuasa-kuasa Barat, khasnya Inggeris. Bagi meluruskan salah faham ini, saya merujuk kepada sumber sejarah kuasa-kuasa Barat itu sendiri kerana ia adalah “sumber dalaman” yang lebih tepat bagi menggambarkan apa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa tersebut pada zaman itu.

Pertama, kuasa Inggeris memang wujud pada zaman itu, tetapi peranannya hanya bersifat komersil, iaitu menjaga keselamatan perairan teluk bagi laluan kapal-kapal perdagangannya dari India yang merupakan tanah jajahannya saat itu. [Sarah Searight – The British In The Middle East, dikemukakan oleh Jalal Abu al-Rub – Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab (Madinah Publishers & Distributors, Florida, 2003), ms. 76-77] Pihak Inggeris atau mana-mana kuasa Barat ketika itu tidak berminat untuk membantu mengembalikan umat Islam kepada agamanya yang tulen.

Kedua: Bukan sekadar tidak minat membantu, kuasa-kuasa Barat sebenarnya amat membenci gerakan Wahabi kerana ia sebenarnya membangkitkan umat Islam. Seorang ahli sejarah Perancis, Almosio Sidio, menulis:

“Apabila Inggeris dan Perancis mengetahui kesepakatan yang tercapai antara Muhammad bin Abdul Wahhab dan Muhammad ibn Sa’ud untuk mentajdidkan agama (Islam) dan ramai masyarakat Arab yang mengikutinya, mereka bimbang ini akan membangkitkan umat Islam dari kelekaan yang menyelubungi umat saat itu. Justeru mereka (Inggeris dan Perancis) bimbang Islam akan kembali kuat sebagaimana pada zaman Umar bin al-Khaththab.

Mereka khuatir peperangan atas nama agama akan kembali hidup, memberikan kemenangan kepada Islam dan kekalahan kepada kuasa-kuasa Eropah. Atas dasar inilah Inggeris dan Perancis meminta khilafah Turki Uthmaniyah untuk memerangi gerakan yang disebut-sebut sebagai “Wahabi” itu dan pihak khilafah telah mewakilkan urusan ini kepada gabenor Mesir, Muhammad Ali Pasha.” [The General History of The Arabs; dinukil dari Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab, ms. 78]
Salah Faham Kedua: Wahabi dan Khilafah Islam

Masyhur dikatakan, gerakan Wahabi bertanggungjawab menjatuhkan khilafah Islam Turki Uthmaniyyah. Salah faham ini dapat dijawab dari dua sudut. Pertama, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah menentang khilafah Turki Uthmaniyyah. Sikap beliau dalam persoalan ini adalah sebagaimana yang ditulisnya sendiri:

“Aku meyakini kewajipan mendengar serta mentaati para pemimpin kaum muslimin. Ia sama ada di kalangan pemimpin yang shalih mahu pun yang buruk akhlaknya. Ini selagi mana mereka tidak memerintahkan perkara kemaksiatan terhadap Allah. Ketaatan ini ditujukan terhadap sesiapa sahaja yang dilantik sebagai khalifah yang dipersetujui lantikannya oleh orang ramai yang meredhai kepimpinannya. Ini walaupun dia memperolehi kekuasaan khalifah melalui jalan paksaan, tetap menjadi suatu kewajipan mentaatinya dan dilarang melakukan penentangan terhadapnya. [Majmu’ah Muallafat al-Syaikh, Jil. 5, hlm. 11; dalam Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab oleh Abdul Aziz bin Muhammad al-Abd. Al-Lathif (Jahabersa, Johor Bahru, 2008), buku 3, ms. 159]

Kedua, sama ada wujud atau tidak gerakan Wahabi, khilafah Turki Uthmaniyyah pada zaman itu memang memiliki pelbagai kelemahan dan masalah, dalaman dan luaran. Sesiapa yang mengkaji sumber-sumber sejarah yang adil lagi jujur berkenaan kedudukan khilafah saat itu akan mengetahui ia dalam keadaan sedang jatuh dan akan jatuh.

Cuba fikirkan, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam: Mekah dan Madinah? Lebih-lebih lagi Semenanjung Arab ketika itu lebih bersifat “No man’s land” di mana ia hanya dikuasai oleh kabilah-kabilah kecil secara berselerakan. Shalih Abud mengulas:

“Tiada bukti menunjukkan bahawa negeri Najd pernah tertakluk di bawah penguasaan atau autoriti khilafah Uthmaniyyah. Selain itu tidak pernah wujud mahu pun sebuah batalion atau markaz ketenteraan khilafah Uthmaniyyah di sana. Ini sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab).

Sebaliknya menerusi fakta kukuh berdasarkan kepada dokumen khilafah Turki Uthmaniyyah yang direkodkan oleh Yamen Ali Effendi (1018H/1609M) bertajuk “Qawaniyyin Aali Uthman Mudomin Daftar al-Diwan” ternyata khilafah Uthmaniyyah terbahagi kepada 32 buah negeri atau wilayah. 14 daripadanya merupakan negeri-negeri tanah Arab. Namun negeri Najd tidak termasuk di dalamnya.” [‘Aqidah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab wa Atharuha fi al-‘Alam al-Islami, Jil. 1, hlm. 27; dalam Membersihkan Salah Faham…, buku 3, ms. 162]

Abdullah al-Utsaimin menambah: “Negeri Najd tidak pernah berada di bawah penguasaan kerajaan Uthmaniyyah sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab). Selain itu, ia juga tidak pernah disatukan di bawah satu pemerintahan yang kuat dalam jangka masa yang lama. Ini sama ada ketika sebahagian dari wilayahnya berada di bawah penguasaan Bani Jabr atau pun Bani Khalid. Ia disebabkan suasana peperangan yang silih berganti antara wilayah mahu pun kabilah negeri Najd yang terdiri dari pelbagai jenis puak sehingga agak sukar untuk disatukan keseluruhannya.” [Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab Hayatuhu wa Fikruhu, hlm. 11; dalam Membersihkan Salah Faham…, buku 3, ms. 162]

Sekali lagi saya bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalian, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam: Mekah dan Madinah? Diingatkan bahawa sekalipun kuasa-kuasa Barat wujud di kawasan itu atas tujuan komersil, tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga tentu memiliki hasrat untuk mengambil alih kota Mekah dan Madinah.

Nah! Dengan kewujudan gerakan Wahabi yang dapat menyatukan umat Islam Semenanjung Arab, kedua-dua bandar suci itu tetap berada di tangan umat Islam. Jika tidak, nescaya Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah akan menerima nasib yang sama seperti Masjid al-Aqsa di Palestin. Fikir-fikirkanlah!

Salah Faham Ketiga: Wahabi dan Peperangan.

Beberapa orang pernah menyatakan kepada saya bahawa syaikh mereka memiliki bukti yang lengkap dengan sanad bahawa gerakan Wahabi melakukan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Arab semata-mata untuk mengembangkan ajaran mereka.

Tuduhan ini tidak perlu diberi perhatian kerana sanad tersebut, jika ia benar wujud, tidak memiliki apa-apa nilai. Ini kerana orang-orang yang duduk dalam rantaian sanad tersebut, biografi mereka tidak tercatit dalam mana-mana kitab al-Jarh wa al-Ta’dil. Sekadar mengetahui nama dan status mereka sebagai “orang agamawan” adalah tidak memadai. Dalam ilmu hadis, mereka termasuk dalam kategori para perawi yang majhul, maka dengan itu sanad tersebut adalah dha’if. Sanad sebegini tidak boleh dijadikan hujah dalam membuat tuduhan atau menjadi bukti dalam kes jenayah.

Adapun peperangan yang berlaku di Semenanjung Arab, kedua-dua sumber sejarah ada mencatitkannya. Sumber yang berpihak kepada dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab berkata ia dimulakan oleh golongan yang tidak setuju dengan gerakan beliau. Sumber yang berpihak kepada golongan yang tidak setuju dengan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab berkata ia dimulakan oleh gerakan beliau. Siapakah yang benar dan sebesar manakah skala peperangan itu – tiada siapa yang mengetahuinya. Apa yang pasti, tidak wujud kesan-kesan peninggalan sejarah yang dapat dijadikan bukti adanya peperangan yang diceritakan dalam kitab-kitab sejarah itu. Berbeza dengan peperangan yang belaku di belahan dunia yang lain, ia dapat dibuktikan melalui kesan-kesan peninggalan sejarah.

Salah Faham Keempat: Wahabi dan Tuhan.

Fahaman Wahabi sering dikaitkan dengan kepercayaan kononnya Tuhan memiliki jasmani dan anggota. Ini berlaku kerana fahaman Wahabi yang enggan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti muka, tangan dan kaki yang tertera dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ini jelas adalah satu salah faham kerana fahaman Wahabi beriman kepada sifat-sifat Allah serta memahami maksudnya manakala bentuk atau tatacara sifat itu diserahkan kepada Allah, tanpa sebarang penyerupaan dengan mana-mana sifat makhluk-Nya.

Ini adalah juga fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Tirmizi (279H): “Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan (tentang) Penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-Sifat): Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.

Manakala golongan al-Jahmiyyah, mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Qur’an) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran ahli ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihi salam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya di sini adalah kekuatan-Nya.

Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim: “Sesungguhnya yang dianggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata Tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan (makhluk), Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk). Justeru apabila seseorang berkata Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka barulah ia dianggap sebagai penyerupaan.

Namun apabila seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]” [Sunan al-Tirmizi (tahqiq: Ahmad Syakir dan rakan-rakan; Dar al-Hadith, Kaherah 1999), jld. 3, ms. 33.]

Salah Faham Keempat: Wahabi dan Mazhab.

Fahaman Wahabi kononnya dianggap tidak mengikuti mana-mana mazhab fiqh yang empat. Sekali lagi ini adalah satu salah faham. Orang yang dituduh sebagai Wahabi, mereka masih mengikuti mazhab di tempat masing-masing. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil, apabila didapati hujah mazhab lain adalah lebih kuat kerana lebih mendekati dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, maka pendapat mazhab tersebut diikuti dalam persoalan tersebut.

Oleh itu orang yang dituduh sebagai Wahabi di Malaysia masih mengikuti Mazhab al-Syafi’e, orang yang dituduh sebagai Wahabi di India-Pakistan masih mengikuti Mazhab Hanafi, orang yang dituduh sebagai Wahabi di Timur Tengah masih mengikuti Mazhab Hanbali dan orang yang dituduh sebagai Wahabi di Afrika Utara masih mengikuti Mazhab Maliki. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil mereka mengikut mazhab yang lain kerana faktor kekuatan dalil dan hujah.

Ini sebenarnya adalah sikap yang benar sebagaimana yang diterangkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali (795H): “Berdasarkan keterangan-keterangan para imam mazhab, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah s.a.w. atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walau pun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.

Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah. Oleh kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi Rasulullah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.

Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi s.a.w. yang sahih.” [Dikemukakan oleh Salih al-Fulani dalam Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil dari Sifat Solat al-Nabi oleh al-Albani (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh, 1996), ms. 54-55]

Salah Faham Kelima: Wahabi dan Kekerasan.

Wahabi sering dihubungkan dengan kekerasan. Benarkah demikian? Realitinya, pihak yang menuduh itulah yang sebenarnya bersikap keras. Di sana sini mereka menuduh sekian-sekian individu dan kumpulan sebagai Wahabi yang menyesatkan. Adakalanya tuduhan ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal, seperti mengharamkan penerbitan, menghalang kuliah-kuliah agama dan menangkap para tokoh yang mereka tuduh sebagai Wahabi. Tindakan-tindakan tersebut berlaku tanpa tersembunyi sehingga diketahui dalam media-media perdana.

Adapun di kalangan orang yang dituduh sebagai Wahabi, mungkin ada yang bersikap keras. Namun perlu juga ditinjau dari sudut yang lain, kerana istilah “keras” itu sendiri boleh bersifat relatif. Keberanian, ketegasan, kesungguhan adalah sifat yang terpuji yang boleh ditafsirkan sebagai “kekerasan” oleh pihak yang sukar menerima kenyataan. Demikian juga, menyatakan yang haq di atas yang batil boleh juga ditafsirkan sebagai kekerasan oleh pihak yang sekian lama telah selesa dengan kebatilan tersebut.
Oleh itu kekerasan boleh disandarkan kepada salah satu dari dua pihak, yang dituduh atau yang menuduh.

wahabi!!!


diambil dari tulisan kapten hafiz firdaus, rujuk link pada tajuk artikel ni..

_________________________________________________________

Bulan November 2008 ini genaplah dua tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh sahabat saya, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:

  • Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.
  • Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

  • Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.
  • Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”

Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

  • Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.
  • Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Siapa Yang Sebenarnya Salah?

Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.

Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

mencari bahagia..


KEBAHAGIAAN PADA PERSPEKTIF AL-QURAN

Bahagia merujuk kepada perkara maknawi yang tidak dapat dilihat dengan mata, tidak boleh dinilai dengan wang, tidak dapat disukat dengan sebarang kaedah. Bahagia merupakan kepada perasaan yang terletak dalam hati, kebersihan jiwa, ketenangan, kelapangan dan kedamaian.Ia lahir dari dalam diri manusia, bukannya boleh diada-adakan.Ramai manusia tersilap beranggapan bahawa bahagia itu terletak pada wang ringgit, rumah, pangkat dan keluarga.


Firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 58 : Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".

Kata al-Imam al-Kalbi ( t.t : 289 ), perkataan FadlulLah merujuk kepada Islam dan Rahmat pula merujuk kepada al-Quran.

Firman Allah lagi dalam surah al-An’am ayat 153 : Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Firman Allah menjelaskan isu derita dan bahagia dalam surah Hud ayat 106-107 :
Maksudnya : “Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus”.

Firman Allah dalam surah Taha ayat 123-124 :
Maksudnya : “… sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Dalam ayat ke 97 surah al-Nahl pula Allah swt berfirman : Maksudnya : “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.

KeBAHAGIaan Yang Sebenarnya, BERMULA DARI DIRI ANDA[1]
Pastikan checklist di bawah untuk membolehkan anda menikmati erti kebahagiaan.

1. Banyakkan berfikir tentang nikmat Allah

2. Banyakkan syukur, Kata al-Imam al-Ghazali dalam Ihya` Ulumiddin , manusia tak bersyukur kerana 2 perkara iaitu jahil & ghaflat.

3. Banyakkan berdoa. Antara da yang masyhur , Allahumma inni as`luka qalban mutma`innatan, tatmainnu biliqaika.Allahumma aqsim lana min khasyatika ma tahulu bihi bainana wa baina maksiaytik..( rujuk dlm buku 101 doa hadith2 sahih krg Zahazan Mohamed terbitan TelagaBiru Sdn Bhd)

4. Change the way of thinking.

5. Banyakkan senyum.
6. Memprogramkan minda sebelum tidur setiap hari .Orang yang cemerlang sentiasa meletakkan target untuk dicapai dalam sesuatu tempoh masa.Mereka akan mempastikan cara hidup yang berkualiti, penggunaan masa secara sistematik

7. Keep a journal.Write an ongoing list of the good things that happen to tou everyday.

8. Remember to love your partner for who he or she is.


9. Hargai diri anda.


10. Jaga hubungan dengan Allah.

11. Mencari pedoman dari orang2 yang saleh yang dah berjaya memiliki rumahtangga yg tenang bahagia, anak2 yang saleh berjaya dlm akademiknya, dan indah molek akhlaknya.

12. Tell your partner, family , friends that you love them.Tell them when they do things well.
Alitle praise never hurts and before you know that it you might be told that you’ve done things well too.You never know..

13. Tukar Rutin harian, bangun awal, cthnya utk beli barang2 keperluan rumah pada hari cuti, so bila kita pergi shopping, dlm perjalanan balik, kita lihat orang baru dtg, mereka tidur pagi tadi, jadi kita akan rasa hari yang lebih panjang.


14. Pergi bercuti, utk tenangkan fikiran.

15. Latih utk mengatakan tidak pada perkara yang anda tidak bersedia.


16. Libatkan diri dalam program2 amal yang dapat Bantu memeberi keringanan pd org lain.


17. Buat aktiviti yang agak berlainan selagi dibenarkan syara’.

18. Jalin Silaturrahim, ia merupakan salah satu factor berkat umur.

19. Jemput kawan-kawan datang ke rumah, adakan usrah dsb.


20. Phone, email and write to some old friends.

21. Enhance you mood with greenery.Cut some fresh flowers from the garden- or get up early, head to the markets and fill your homes with loads of cheap flowers, fruit and vegetables.

22. Lakukan aktiviti2 regangan, bersenam dan sedut udara2 bersih.Kata Dr Fadilah Kamsah dgn angka 7.


23. Pergi ke pantai, hutan frim spy hati tenang.

24. Lakukan jogging dan exercise, org perempuan sekalipun spt sukan di Iran, disertai oleh org2 yg tutup aurat.

25. Tukar kedudukan meja, kerusi dlm rumah, change is as good as a holiday.

26. Don’t try to keep up with others.So your neighbours have a larger home,, the latest stereo system, a new car- who cares ? Look again.He works on weekwnds, and they never seem to see friends.Who’s better off, really?

27. Jangan layan perkara-perkara kecil yang tak menguntungkan kita.Orang yang agressif di jalan raya.


28. Bersihkan rumah kita, recycle barang yg tak diperlukan kepada charity foundation dll.


29. Jangan menangguhkan kerja, keran ia akan menyebabkan longgokan tanggungjawab, lagi susah utk memikulnya.

30. Bantu meringankan kerja org lain.

31. Makan makanan yg tidak menjadikan kita stess, spt daging merah banyakkan makan buah-buahan, cereal, sayur-sayuran dan daging putih.Jauh makanan yg mengandungi MSG.(Check di laman Web JAKIM,PPIM or CAP utk mengetahui detail)


32. Selalu datang ke majlis ilmu.Kerana dlm hadith sahih,rwyat Ahmad dan al-Nasa`eiy “ tidaklah berhimpun sesuatu golongan dlm majlis ilmu melainkan Allah akan…

33. Selaraskan matlamat.Suami bertanggungjawab mengajak isteri, anak-anak dan seiap individu dalam keluarga agar berfikir dan berdaya maju untuk pencapaian objektif hidup.Perkara ini mestilah selalu diingatkan supaya tidak ada yang keciciran dari landasan yang telah diletakkan bersama secara teamwork itu.

34. Banyakkan kerja secara berkumpulan supaya kita dapat menjayakannya secara lebih effisien.


35. Menerima diri seadanya tanpa syarat.

36. Tekaan positif jika tidak pasti.

37. Jangan cakap sahaja, tapi buat.Tony Fernandez ketika nak set up syarikat penerbangannya pernah diketawakan hatta oleh isterinya.Tapi dia konsisiten cuba mempertaruhkan dirinya, akhirnya terbukti apa yang diazamkan itu membeuahkan hhasil. Kita orang Islam patut memiliki daya juang yang lebih tingi.


38. Tidak semestinya kita menang sepanjang masa.Ada keadaan kita kena mengalah dan alangkah baiknya jika kita win-win situation.Ini adalah petua DMFK


BAHAGIA BERADA PADA HATI


Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat ke 28 : Maksudnya : “"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.
DOA-DOA MEMOHON KEBAHAGIAAN Maksudnya : “Ya Allah , aku memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan pemberianMu” .[2] Doa Memohon Ketetapan Hati Maksudnya :" Ya Allah , Tuhan yang menunjukkan hati , tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepadaMu .[3] Maksudnya :" Ya Allah , Tuhan yang membolak-balikan hati , teguhkanlah hati-hati kami kepada agamaMu .[4]

PENUTUP

Maksudnya: “ Maha suci Engkau , ya Allah , dan saya mengucapkan puji-pujian kepada Mu . Saya menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Engkau , saya mohon ampun serta bertaubat padaMu ”. [5]

[1] Disesuaikan dari buku Petua Untuk Sentiasa Ceria, karangan Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,terbitan Telaga Biru Sdn Bhd,Bab Riyadhah Jiwa dari Kitab Ihya` Ulumiddin dan 25 Easy Steps To Happiness, Reader’s Digest Sept 2002
[2] Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 muka surat 65 , Al -Alusi jilid 16 muka surat 238
[3] HR Muslim no 2654
[4] HR at-Tirmizi no 3522 , Ahmad no 302, 315 dan al-Hakim , dianggap sebagai sahih oleh al-Hakim dan az-Zahabi.

[5] HR at-Tirmizi no 3433 dan mengatakannya hadits ini hasan sohih

Saturday, November 22, 2008

lip balm.. gincu.. lipstick..

Kali ni akak nak menjawab soalan dari seorang adik.. anak usrah yang bertanya mengenai adab berhias dalam islam melalui frenster.. soalan nya macam ni :

“kak lillah, nk tnya....
cube akak g tgk kat dlm group cintakan Allah,
discussion about tabiat iblis n syaitan..
kat dlm tu, penulis die bername __, bg tau,
dlm bhgn firman Allah kpd iblis:
"tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."


kak lillah, sy penah ckp kat akak time usrah yg sy suke fesyen, so ofcoz suker gincu...

then, mmg x lah pakai gincu ker??
lipbam pn x leh ker???”

Jawapan akak…

Untuk menjawab soalan adik, akak surf cari maklumat di internet.. ni antara blog yang akak singgah:

1) http://muslimah.or.id/nasihat-untuk-muslimah/indahnya-berhias.html

2) http://qalbusalim.wordpress.com/2007/01/04/seorang-muslimah-berhias-diri/

3) http://thejavaboyz.blogspot.com/2008/09/hukum-masalah-pakaian.html

Sebenarnya banyak lagi blog-blog lain yang membicarakan persoalaan adab berhias bagi muslimah tetapi akak recommend blog yang atas tu sebab rujukan artikel tu dari hadis sahih dan dirujuk kepada ulama besar.

Wahai cik adik sayang..

1. Tentang firman Allah yang mengatakan sekian dan sekian dalam group Friendster tu, akak tak jumpa lah dik.. dah explore2 tapi tak jumpa.. em, tak apalah.. akak pernah baca artikel centu dalam email yang kawan2 akak forward dlu2..

Macam ni dik.. untuk kita menerima sesuatu rujukan tu, ia mestilah sesuatu yang sahih sumbernya.. kalau ayat tu dipetik dari al-Quran, dia kene tulis rujukan surah apa ayat berapa..

Kalau hadis, kena ditulis siapa periwayat dia.. supaya kita boleh periksa status hadis tu, sahih ke.. daif ke..

Sebab dalam kita nak beramal, kita tak boleh pakai suka-suka je beramal.. kita kene tahu yang mana yang sebenar memang yang Islam mahukan.. bukan yang manusia mahukan.. dan adikku sayang, kita dilarang utk jadi spokesperson for God.

Katakanlah:"Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji,
baik yang nampak ataupun yang tersembunyi,dan perbuatan dosa,
melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar,mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu
dan memperkatakan (sesuatu) terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui".(al-A’araf 7:33)

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji,dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (al-Baqarah 2:169)

Apabila kita mengatakan Allah berkata sekian2 sdgkn tiada riwayat yg sahih yg mengatakannya maka kita juga boleh dianggap cuba menjadi spokesperson for God.

2. Dalam Islam, berpakaian ada 2 tujuan.

1) menutup aurat

2) perhiasan

"Hai anak-cucu Adam! Sungguh Kami telah menurunkan untuk kamu pakaian yang dapat menutupi aurat-auratmu dan untuk perhiasan." (al-A'raf: 26)

Dalam berpakaian, ada peraturan atau adab yang perlu kita patuhi. Adik boleh rujuk blog address yang akak bagitu, details mereka huraikan.. kalau tak jelas, boleh tanya akak semula.. kalau akak tak boleh bantu, akak tanya pada orang lain yang lebih arif ye dik :-)

Berkenaan lip balm atau gincu, ianya bergantung kepada beberapa perkara.

1. Apa niat adik nak pakai? Supaya nampak cantik dan kemas? Untuk dipamerkan pada lelaki? Untuk bagi bibir tak kering? .

"Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung pada niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adik.. kalau adik rasa dengan memakai lip balm tu, ada lelaki yang tergoyang imannya kerana terpesona dengan bibir adik, jangan pakai.. kalau nak pakai juga, pakai depan suami je. Lip balm ada banyak jenis.. ada banyak color.. pilih lah yang natural color atau yang tak bewarna bila nak pakai di tempat umum. Color yang orang tak perasan kita pakai lip balm.. be natural. Be confident with yourself.. akak teringat pesan seorang lelaki pada akak suatu ketika dulu “andai awak tak mampu menjadi penguat kepada iman lelaki, janganlah menjadi pelemah iman lelaki..”

2. Adakah kita merubah ciptaan Allah? Adakah dengan pakai lip balm tu wajah adik berubah? Kalau dengan pakai lip balm tu wajah adik berubah.. jangan pakai.. Ramai artis yang mekap hinggakan berubah dari wajah asal.. kita selalu tengok pengantin yang bila di make up wajahnya jadi lain kan.. atau artis yang buat pembedahan plastic untuk memancungkan hidung, membuat kelopak mata dan macam2 lah..

“Dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah dan mereka pun benar-benar melakukannya.” (Qs. An Nisa: 119)

p/s : hm.. seperkara lagi yang akak nak sentuh..

Ununtuk pergi majlis formal atau interview, secara protokolnya kita disuruh oleh manusia untuk make up dan bergaya lebih sikit.. hm.. kata mereka supaya muka tak nampak pucat etc.. sebagai muslimah, letakkan rule Allah nombor 1 ok! Boleh berhias tetapi ikut rule islam.. apa yang penting ialah sahsiah kita. The way we speak, the way we walk and the way we perform.. Jadilah pencetus trend wanita muslimah yang meletakkan Allah number 1 in every aspects..

Wallahua’lam..


menyanyi & muzik


ingat lagi artikel berkaitan cat stevens yang kembali aktif menyanyi setelah sekian lama menyepi? ini ada sedikit bahan yg lillah harap dapat dikongsi bersama.. berkaitan status hukum 'nyanyian' dlm islam..

:-)

Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga, ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri omong kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi.

Dalam hadis diterangkan: "Dari Aisyah r.a, bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan pula: "Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengahwinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh kerana itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamul" (Riwayat Ibnu Majah)

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Ghazali dalam Ihya'nya [27] setelah membawakan beberapa hadis tentang bernyanyinya dua orang gadis itu, permainannya orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya: kerana kamu, aku melihat hai Bani Arfidah, dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat permainan ini; dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, kemudian Ghazali berkata: bahawa hadis-hadis ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas, bahawa nyanyian dan permainan, bukanlah haram. Dan dari situ juga menunjukkan dibolehkannya bermacam-macam permainan:

1. Bermain anggar sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Habasyah.
2. Permainan boleh dilakukan di masjid.
3. Sabda Nabi kepada orang-orang Habasyah: keranamu aku melihat hai Bani Arfidah, adalah suatu perintah dan anjuran untuk bermain. Oleh kerana itu bagaimana mungkin permainan itu diharamkannya?
4. Dilarangnya Abubakar dan Umar dengan alasan, bahawa hari itu adalah hari raya dan hari gembira, sedang bernyanyi adalah salah satu daripada jalan untuk bergembira.
5. Berdirinya Nabi yang begitu lama sambil menyaksikan dan mendengarkan nyanyian yang disetujui Aisyah, adalah cukup sebagai bukti, bahawa metode yang baik untuk menghaluskan budi perempuan dan anak-anak dengan cara menyaksikan permainan adalah lebih baik daripada kekasaran ruhud dan berkekurangan dalam suasana terhalang dan dihalang.
6. Perkataan Nabi kepada Aisyah yang didahului dengan kalimat bertanya: senangkah kamu untuk melihat?
7. Perkenan untuk menyanyi dan memukul rebana dari dua anak gadis itu dan seterusnya, seperti yang dituturkan al-Ghazali dalam Kitabus Sama' (fasal mendengar). Dan dari beberapa sahabat dan tabi'in diriwayatkan, bahawa mereka itu pernah mendengarkan nyanyian, sedang mereka tidak menganggapnya suatu perbuatan dosa.


Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis, seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian."

Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu."

Banyak sekali nyanyian-nyanyian dan muzik yang disertai dengan perbuatan berlebih-lebihan, minum-minum arak dan perbuatan-perbuatan haram. Itulah yang kemudian oleh ulama-ulama dianggapnya haram atau makruh.

Sebahagian mereka ada yang ;nengatakan: bahawa sesungguhnya nyanyian itu termasuk lahwul hadis (omongan yang dapat melalaikan) sebagai yang dimaksud dalam firman Allah:

“Di antara manusia ada yang membeli omongan yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa disedari, dan dijadikannya sebaqai permainan. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina.” (Luqman: 6)

Ibnu Hazm berkata: "Ayat tersebut menyebutkan suatu sifat yang barangsiapa mengerjakannya boleh menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi, iaitu apabila dia menjadikan agama Allah sebagai permainan. Oleh kerana itu jika dia membeli sebuah al-Quran untuk dijadikan ayat guna menyesatkan orang ramai dan dijadikannya sebagai permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah s.w.t. Samasekali Allah tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadis itu sendiri yang boleh dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah."

Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahawa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah.

“Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan.” (Yunus: 32)

Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia adalah fasik --termasuk semua hal selain nyanyian. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan, seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur, dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekadar melihat-lihat, dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu, hijau dan sebagainya.

Namun di situ ada beberapa ikatan yang harus kita perhatikan sehubungan dengan masalah nyanyian ini, iaitu:

1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. Oleh kerana itu kalau nyanyian-nyanyian tersebut penuh dengan pujian-pujian terhadap arak dan menganjurkan orang supaya minum arak, misalnya, maka menyanyikan lagu tersebut hukumnya haram, dan si pendengarnya pun haram juga. Begitulah nyanyian-nyanyian lain yang dapat dipersamakan dengan itu.

2. Mungkin subyek nyanyian itu sendiri tidak menghilangkan pengarahan Islam, tetapi cara menyanyikan yang dilakukan oleh si penyanyi itu beralih dari lingkungan halal kepada I;ngkungan haram, misalnya lenggang gaya dengan suatu kesengajaan yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.

3. Sebagaimana agama akan selalu memberantas sikap berlebih-lebihan dan kesombongan dalam segala hal sampai pun dalam beribadah, maka begitu juga halnya berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur, padahal waktu itu sendiri adalah berarti hidup!

Tidak dapat diragukan lagi, bahawa berlebih-lebihan dalam masalah yang mubah dapat menghabiskan waktu untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban. Maka tepatlah kata ahli hikmah: "Tidak pernah saya melihat suatu perbuatan yang berlebih-lebihan, melainkan di balik itu ada suatu kewajiban yang terbuang."

4. Tinggal ada beberapa hal yang seharusnya setiap pendengarnya itu sendiri yang memberitahu kepada dirinya sendiri, iaitu apabila nyanyian atau satu macam nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah serta nafsu kebinatangannya itu dapat mengalahkan segi rohaniahnya, maka dia harus menjauhi nyanyian tersebut dan dia harus menutup pintu yang dari situlah angin fitnah akan menghembus, demi melindungi hatinya, agamanya dan budi luhurnya. Sehingga dengan demikian dia dapat tenang dan gembira.

5. Di antara yang sudah disepakati, bahawa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, iaitu sebagaimana sabda beliau:

"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu boleh dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)

Bukan merupakan kelaziman kalau mereka itu dirombak bentuk dan potongannya, tetapi apa yang dimaksud dirombak jiwanya dan rohnya. Bentuknya bentuk manusia tetapi jiwanya, jiwa kera dan rohnya roh babi.

tanda bahagia..


TUJUH TANDA KEBAHAGIAN DUNIA www.halaqah.net IbNu_IsMaIL Editor:PenaHalaqah Tujuh petanda kebahagiaan dunia

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1.Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur

2.Al azwaaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh


3.Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh

4.Albiiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

5.Al maalul halal, atau harta yang halal


6.Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7.Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Firman Allah swt. yang bermaksud: “Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” (Surah Al Baqarah: Ayat 201)

Para ulama mentafsirkan kalimah hasanah dunia dan hasanah akhirat dengan pengertian berikut:

1.Kesihatan badan dan jiwa.

2.Ilmu yang bermanafaat.


3.Amalan yang soleh.

4.Keimanan yang teguh.

5.Ikhlas beramal dan mendapat keredaan Allah.


6.Disenangi umat manusia.


7.Hidup bahagia dengan rezeki dan harta.


8.Rumah tangga yang bahagia dan mendapat anak yang soleh.

9.Selamat dari seksaan kubur.


10.Dapat masuk syurga dengan segala kenikmatan yang abadi.

Know Your Enemy


Know Your Enemy
studentusu
Halaqah.Net
Editor:PenaHalaqah


Letih. Usai pulang dari kuliah tadi, saya sempat berdiskusi dengan seorang muslimah, pelajar junior. Tidak ada isu lain melainkan permasalahan tarbiyah student.

Pening, pening!

Kita nak bawa islam, tapi kenapa disini seperti ada perpecahan. Jemaah inilah, jemaah itulah. Mana satu yang kita nak ikut?

Terkesan mendengar keluhan dari kader dakwah ini. Di saat manusia leka dengan gelak ketawa, senda gurau yang berlebihan, pergaulan sebebas-bebasnya atas prinsip ‘rileks’ dan ‘slumber’, masih lagi wujud Da’i yang sanggup menjadi penyambung mata rantai perjuangan dakwah Rasulullah Saw. sehingga dibukakan telinga, akal dan hatinya. “Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah..” (QS Al-A’raf 7:58).

From Greek to West

Para Da’i harus segera menyedari bahawa penyelewengan akidah pada zaman ini bukan lagi melibatkan falsafah ketuhanan di bidang metafizikal seperti yang berlaku pada masa lalu sehingga menimbulkan pelbagai aliran sesat semisal Muktazilah, Jabariah, Qadariah, Syiah, Khawarij, Murji’ah dan lain-lain (Hamka, 1908-1981). Kelompok ini keliru dalam membesarkan pemikiran ahli falsafah Greek (baca: Yunani) sehingga menolak hukum Allah Swt.

Pada zaman ini, disebabkan kecewa dan ragu dengan keaslian Bible, maka di Barat pada tahun 1720 Master of Trinity College, R Bentley, menyeru umat Kristian agar meninggalkan kitab suci mereka iaitu New Testament yang diterbitkan pada tahun 1592 versi Paus Clement,… the ‘textus receptus [is] to abandoned altogether!

Penyelewengan gereja di Eropah turut melahirkan penentangan yang di ketuai oleh intelektual rasionalis. Niccolò Machiavelli (1469 –1527 M) yang dianggap sebagai nenek moyang aliran politik sekular menyeru kepada penafsiran semula ajaran kristian dengan membatasinya menjadi kepercayaan peribadi dan tidak terlibat dalam urusan politik, ekonomi dan social. “Machiavelli thought of moral, religious, and economics factors in society as forces which a clever politician can turn to the advantage of the state, or which he can even produce for the sake of the state,” dikutip dari Ancaman Bahaya Sekularisme (2002) mengenai Machiavelli yang cuba ‘memperkosa’ agama bagi mencapai tujuan sekularisme negara.

Dunia islam, terutama setelah lenyapnya Khilafah Utsmaniyyah (1299-1922), sekali lagi dihadapkan dengan aliran bid’ah dan sesat yang berusaha ‘memadukan’ syariat islam dengan pemikiran moden yang timbul di Barat. Perlu difahami bahawa aliran sesat yang lahir di zaman ini tidak lagi dalam bentuk mazhab ketuhanan seperti pada masa lalu, tetapi muncul sebagai idealisme politik dan ekonomi yang disogok oleh sekular ala Muktazilah.

Di sisi lain, dalam sebuah kajian keislaman disebutkan bahwa Sayyidina ‘Ali r.a pernah bersabda, “Bila akal menjadi pijakan agama, maka bahagian bawah kasut (Khuf) lebih layak untuk dibasuh, daripada bagian atasnya” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi). Hadits ini diperkuat dengan kenyataan Al-Syafi’i (767 M) bahawa Manusia tidak akan bodoh dan tidak akan berbeza pendapat kecuali ketika manusia meninggalkan lisan Arab (Islam, al-Qur’an atau wahyu) dan cenderung pada lisan Aristoteles (falsafah, teori atau ideology).

Fenomena Fanatisme

Seluruh aktivis islam hanya berpihak kepada kebenaran jika ia dapat membebaskan dirinya dari sikap fanatisme terhadap pendapat orang, golongan atau gerakan tertentu. Allah Swt. tidak memerintahkan kita beribadah mengikut petunjuk ustaz atau imam tertentu, tetapi Allah Swt. memerintahkan agar beribadah sesuai wahyu Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya, “Katakanlah, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul.”

Orang-orang fanatic itu secara a priori cenderung menolak pandangan juru dakwah lain tanpa mahu mengkajinya dahulu. Bagi mereka, diam (baca: fanatik) adalah strategi, dengan hanya berpegang pada prinsip, ana wala’ pada Mas’ul di Malaysia. Al-Quran mengecam kelompok ini sebagai peringatan kepada Muslimin agar tidak mengikut jejak langkah mereka (QS Al-Baqarah 2:91).

Marilah kita bekerjasama melawan serbuan pemikiran, ideologi, politik dan aliran sosial sekularisme. Tidakkah kita sepakat bahawa sekularisme bukan sahaja memerangi akidah dan menghentikan perlaksanaan syariat islam, mereka turut merusak gambaran syariat islam dikalangan masyarakat. Mengapa para aktivis islam dari pelbagai kelompok tidak bekerjasama menghadapi penipuan politikus atas nama agama demi kepentingan sekularisme itu?

Know Your Enemy

Perlu diulaskan disini bahawa para intelektual orientalis-missionaris semisal Sir Snouck Hurgronje (1889-1936) yang didokong oleh peradaban Barat dan Timur giat melakukan pelbagai penelitian menghendaki agar umat islam membuang ajaran dan tuntutan Rasulullah Saw., sebagaimana orang Kristian meragukan dan akhirnya mencampakkan ajaran Jesus dengan suntikan secular dari aspek ilmu sosial.

Hal ini diungkapkan oleh Prof. DR Yusuf Al-Qardhawy dalam bukunya yang berjudul: ‘Fiqah Daulah’, disaat melihat perpecahan dari kalangan umat islam, “Lupakanlah segala perselisihan dan perpecahan dalam menghadapi kekuatan secular, salib, zionis dan atheis yang memusuhi islam”. Dan ketika saya ditanya mengenai fenomena ‘multi-jamaah’ di kampus, saya hanya mampu menjawab, “Islam Yes, Fanaticism No”.

Rujukan Utama:
1. Zulkifli Haji Ismail, dalam bukunya Ancaman Bahaya Sekularisme, (Melaka: Baitul Qurra’, 2002)
2. Al-Qardhawi, Yusuf, Fiqh Perbezaan Pendapat, terj. Aunur Rafiq Shaleh Tamhid, (Jakarta: Robbani Press, 1991)
3. Al-Qardhawi, Fiqah Daulah Dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah, terj. Kathur Suhardi, (Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2001)

Bacaan Tambahan:
1. Syamsuddin, Arif, Orientalis dan Diabolisme Pemikiran, (Jakarta: Gema Insani, 2008)
2. QUTB, Sayyid, Tafsir Fi Zhilalil-Quran, terj. As’ad Yasin et al, (Jakarta: Gema Insani 2008)
3. http://www.sidogiri.com/modules.php?name=News&file=article&sid=115.

menjadi seorang Sahabat..


Sahabat
refa
Halaqah.Net
Editor:PenaHalaqah


Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian. Apa khabar iman kita pada hari ini? Moga iman kita berada pada tahap yang paling tinggi dan paling baik. SAHABAT…adalah orang yang paling rapat dengan kita selepas family kita sendiri. Merekalah family kita sewaktu kita berada jauh daripada keluarga…Suka duka kita, merekalah yang mengetahui dan berada disisi. Namun, sejauh manakah persahabatan yang yerjalin itu diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa? Marilah kita bersama2 berkongsi ilmu tentang persahabatan kerana Allah yang akan membawa ke Syurga. Persahatan yang benar2 tulus dan ikhlas. Susah, senang dihadapi bersama. Tiada lagi ungkapan “aku-aku” dan “kau-kau”…yang tinggal hanyalah ungkapan “kita”. Sahabat yang dirahmati Allah, marilah kita bersahabat kerana Allah,tiada yang lain, hanya keranaNya……Disina ana ada sedikit panduan untuk memilih sahabat..bukan apa..ini sekadar pengetahuan bersama…

Berpesan al-qomah kepada puteranya:

Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan kamu perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman2 yang memiliki sifat2 berikut : Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu, maka temanmu itu akan segera mengusahakannya. Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberi pendapatnya. Jika bercakap2 dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata2mu. Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah membalasnya kembali. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik tali persahabatan itu. Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi memelihara persahabatanmu itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berkata Hukama : ” sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seseorang yang soleh atau toleh, maka tidak perlulah kamu bertanyakan sesuatu di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang2 yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ,ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

status 'Bercinta-kasih' harus yg berubah kpd haram?


Bercinta-kasih
muhammad fadzly
Halaqah.Net
Editor:PenaHalaqah

"Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.


KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.


KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)


KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.
(Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Tuesday, November 18, 2008

apa khabar mereka?


apa khabar anak2 buahku??
apa khabar MT2 ku?

sihat kah mereka?
demam kah mereka?

khabar iman mereka?
study mereka?
family mereka?

bila keluar dari dewan exam, terserempak dgn adik2.. barulah tersedar rupanya lillah rindukan mereka..
"Kak lillah..!"adik2 excited bila nampak lillah. :-) lelaki ke, perempuan ke, semua bila nampak, mesti macam excited.. ni yang akak suka nak sakat ni, mesti korang gelak2 lepas tu..

spt biasa, sesama sisters budaya bila bersalam akan peluk supaya rasa dua hati itu lebih dekat..
masa tu ada mata2 len memerhatikan..
masa saya 1st year dlu, saya happy sangat bila kakak2 senior datang dan bersalam sambil memeluk saya.. bertanya kabar.. bersembang.. masa tu rasa macam sangat2 disayangi.. sometimes hairan sangat apalah sebab yang mereka ni sangat caring pd saya ni sedangkan tak ada pertalian saudara mara pun..

hari ini..
bila dah berada di tempat ni..
menjadi seorang senior kpd adik2 yg ramai..
lillah harap lillah sudah mampu mengerti dgn tepat erti sebuah ukhwah..
lillah harap adik2 yg lillah sayang juga dapat merasai 'sayang'nya lillah pd mereka..
bukan 'sayang' itu setakat yg zahir..

tetapi kakak sayangkan iman adik2..
peliharalah iman kalian..

pesan pada diri
kukuhkan iman..
tabahkan hati..
banyakkan zikrullah..
tiada daya & kekuatan melainkan dgn izin Allah yg Esa..

Wahai Allah yang memegang hati hamba2Mu.. bantuhilah kami dalam mentaatiMu, mengingatiMu dan bersyukur padaMu pada setiap detik dan taat.. Kurniakan kami kemanisan iman.. Amin Ya Rahman..

Saturday, November 15, 2008

decision of life..


pesan mak abah : you must learn to make your own decisions.. choose your own path.. dont afraid to make decisions.. ofcoz each decision hv their own risk.. but we do learn from mistake. so dont afraid.. put trust in Allah, you'll be alright dear..

FATHER & SON

by Yusuf Islam

(ft Ronan Keating)


Father
Its not time to make a change,
Just relax, take it easy.
Youre still young, thats your fault,
Theres so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but Im happy.

I was once like you are now, and I know that its not easy,
To be calm when youve found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything youve got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again.
Its always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now theres a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

Father
Its not time to make a change,
Just sit down, take it slowly.
Youre still young, thats your fault,
Theres so much you have to go through.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but Im happy.
(son-- away away away, I know I have to
Make this decision alone - no)
Son
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
Its hard, but its harder to ignore it.
If they were right, Id agree, but its them you know not me.
Now theres a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.
(father-- stay stay stay, why must you go and
Make this decision alone? )

Friday, November 14, 2008

tabika kucing.. sweetnye~~

pagi yg indah..

hm.. masa baca Berita Harian, hati tetiba terasa nk g view2 arkib BH.. and tjumpa sumthing sweet.. mengingatkn kpd Abu Hurairah, sahabat Nabi saw & juga seorg periwayat hadis..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
rencanabh@bharian.com.my




Jamilah Lee membela 17 ekor haiwan kesayangan di sebuah rumah teres setingkat di Rawang, Selangor

RAMAI tidak mengetahui dan sukar mempercayai insan berjiwa murni membuka Pusat Penjagaan Kucing yang mesra juga dikenali 'Tabika Kucing'. Apa juga pandangan masyarakat setempat, Jamilah Lee Abd Rahman, 52, tidak kekok dengan aktivitinya yang ikhlas membela haiwan kesayangan itu.

Mesra dikenali sebagai 'Kak Lah Kucing', wanita ini sanggup menghambakan dirinya memelihara 17 kucing tersayang yang ditempatkan bersama di sebuah rumah teres setingkat di Bandar Bukit Sentosa di Rawang, Selangor.

Tambahan pula, hidup sebatang kara pada usia emas menuntut kesabaran tinggi menghadapi pelbagai dugaan melanda.

Katanya, sejak kematian suami tercinta, Abd Samad Ahmad, 65, pada 2006 yang menghidap sakit jantung, hidupnya begitu sunyi bagaikan hilang arah tuju.

"Saya tetap bersyukur kerana kucing yang dianggap 'anak' sendiri bijak mengambil hati setiap masa. Perkahwinan saya pada lewat usia itu lebih malang kerana saya tidak mempunyai zuriat sendiri.

WAJAH manja Betty yang disayanginya.

"Sebenarnya minat memelihara kucing ini subur dalam diri sejak zaman remaja. Ini mendorong saya meneruskan hobi membelai kucing sehingga kini," katanya. Selain memelihara kucing sendiri, rumahnya juga menjadi tumpuan jiran dan penduduk setempat untuk menempatkan sementara kucing ketika mereka ingin pulang bercuti ke kampung.

Katanya, setiap kucing peliharaannya itu mempunyai nama manja tersendiri, sentiasa aktif dan bijak melayaninya ketika nama mereka disapa. Beliau memiliki kucing jenis Parsi, kucing biasa dan campuran beberapa baka tempatan dan luar negara yang dibeli serta ditemui sendiri.

Sebelas kucing betina dan lima jantan yang dibela itu dikenali dengan pelbagai nama, antaranya, Mimi, Jaja, Girl, Darling dan Didi. Setiap haiwan itu mempunyai tabiat dan kelakuan berbeza yang cukup menghiburkan hati pemiliknya itu seperti telatah kanak-kanak yang pandai merajuk, bergurau dan kelakar.

"Kuching diberi makanan khas berharga RM130 sebungkus (10 kilogram) yang dianggarkan mencecah RM500 setiap bulan. Selain ubat cacing, demam dan cirit-birit turut disediakan kepada yang mengalami sakit seperti itu," katanya.

JAMILAH mendodoikan 17 kucing apabila sampai waktu tidur.

Setiap hari kucing kesayangannya itu tidur bersama atas katil dalam bilik. Sebelum itu, mereka juga bijak menonton televisyen bersamanya.

Katanya, oleh kerana tinggal bersama kucing itu setiap hari, beliau tidak memasak makanan untuk dimakan sebaliknya dihantar bapanya, Lee Abd Rahman, 80, yang tinggal di taman berdekatan rumahnya.

"Ramai jiran dan rakan tahu saya begitu sayangkan kucing ini. Mereka begitu yakin menempatkan kucing peliharaan sementara waktu di sini ketika mempunyai pelbagai urusan lain.

"Kucing saya kebiasaannya pandai membawa diri dan menjaga kelakuan masing-masing. Mereka sentiasa diajar bijak melayani tetamu. Saya sering berpesan bahawa seperti mana mereka disayangi, begitu juga kucing lain (tetamu) perlu disayangi juga tanpa memilih kasih," katanya yang juga bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah kantin sekolah rendah swasta di Bukit Sentosa.

Yang istimewanya, kucing peliharaan Jamilah tidak membuat kotor dan mengganggu barangan hiasan yang disusun dalam rumah.

Aktiviti kucing itu juga disusun sempurna seperti kanak-kanak yang berada di tadika termasuk jadual makan, tidur, membuang najis dan bermain di kawasan kolam buatan di luar rumah dengan rakan masing-masing.

Hati kecil wanita ini cukup sensitif akan dunia kucing. Beliau sukar menerima hakikat sekiranya ada kucing mati dilanggar kenderaan depan mata. Peristiwa seekor kucing jalanan mati dilanggar kereta depan rumahnya beberapa tahun lalu cukup menyayat hati dan menusuk kalbu.

Setiap hari sebelum keluar bekerja, jam 7 pagi, Jamilah akan mengejutkan kucingnya untuk mandi, bersarapan dan membersihkan diri di bilik mandi.

Tepat jam 6 petang, semua 'anaknya' itu sedia menanti di pintu penuh pengharapan agar 'mama' tercinta pulang membelai mereka. Setiap ekor kucingnya itu mempunyai perbezaan umur masing-masing. Betty adalah yang tertua mencecah 13 tahun tetapi kenakalannya cukup menghiburkan Jamilah.

Beliau berkata, Betty pandai mengambil hatinya dengan melakukan pelbagai suruhan seperti memicit badannya di kaki yang mengalami sengal-sengal tulang.

Setiap kucing itu ada rezeki masing-masing dan selagi tinggal bersamanya di situ, kucing itu akan selamat.

"Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan umur supaya dapat menjaga mereka sebaik mungkin. Bagaikan sukar menerima hakikat sekiranya saya meninggal terlebih dulu daripada semua kucing yang dibela ini. Saya serahkan kucing kepada ayah saya untuk menjaganya walaupun tidak sempurna seperti di bawah jagaan ini," katanya.

Sekiranya mempunyai modal mencukupi, Jamilah bercadang membela lebih banyak kucing di rumahnya dan memiliki kawasan rumah selesa untuk menempatkan mereka.

Pelbagai keperluan lain seperti alat permainan untuk kucing akan ditambah untuk memberi keselesaan kepada mereka.

Lillah's notes: nak buka umah perlindungan meow ke, nak buka umah perlindungan kanak2?? .. buka dua2 je la.. ^_^

Thursday, November 13, 2008

Cat yg Berdakwah?

subhanallah.. terpesona.. terkesima..
terharunya melihat keyakinan Yusuf Islam dalam mempraktikkan Islam yang sebenar..
Dia bersungguh-sungguh dalam keyakinannya.
Dia tak ragu-ragu. Dia gigih mempertahankan kebenaran. slps memeluk Islam, dia tekad memencilkan diri dari dunia nyanyian krn masa tu dia sangka menyanyi tu haram..
sbb ada org2 Islam sendiri bgtau dia centu.. suatu pengorbanan yg cukup besar bagi seorang artis yg sedang menjulang namanya di dunia hiburan.

Dia korbankan
dunianya demi mendapatkan Allah.. disebabkan masa tu dia betul2 yakin yg nyanyian tu haram, so dia jauhi tanpa ragu2.. betapa kita dapat lihat hanya Dia yang Esa menjadi asbab hidup bagi lelaki tersebut.. Dia memulakan hidup baru yg totally berbeza dari sebelumnya. .At one point he wrote to the record companies asking that his music no longer be distributed, but his request was denied. Dia bertemu jodoh dgn Fauziah Ali dan gambar perkahwinannya tersiar di newspaper. Isterinya pakai full hijab masa majlis tu..

Sabda Nabi SAW, "Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, niscaya dia merasakan manis Iman, iaitu : hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari pada selainnya ; dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke neraka." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Dunia seolah tak bererti dibandingkan dengan nikmatnya agama Islam yang dianutinya.. mungkin krn.. Lama sungguh dia tercari-cari penawar keresahan jiwanya.. kemudian terjumpa akhirnya.. ni kita dpt lihat dari lirik2 lagu sblm dia transition kepada Islam.. lagu moonshadow paling jelas..

Did it take long to find me? I asked the faithful light.
Did it take long to find me? and are you gonna stay the night?


dan dalam lagu 'on the road to find out' dia meminta diberi 'good book' tanpa dia tahu tentang Al-Quran.

Then I found my head one day when I wasnt even trying
And here I have to say, cause there is no use in lying, lying
Yes the answer lies within, so why not take a look now?
Kick out the devils sin, pick up, pick up a good book now


Cat stevens mula mendapat hidayah setelah diberi Al-Quran oleh abangnya. Hatinya terbuka masa baca surah Yusof.. tu la antara faktor namanya Yusuf Islam..

seolah2 setiap kali dia menyanyi, dia sedang merayu meminta diberi hidayah.. dan bila Allah dah beri dia hidayah, dia sangat2 appreciate dan bersungguh2 untuk memberi sepenuh ketaatan..

Pencarian kebenaran bermula pd thn 1976 apabila Stevens hampir meninggal krn lemas di Malibu,California. Masa tu dia menjerit :

“Oh God! If you save me I will work for you.”

Slps berkata centu, 1 ombak telah membawa dia ke pantai.. pengalaman tragis ni telah menguatkan lagi Stevens utk menjejaki kebenaran sebenar persoalan hidupnya.. Dia mengkaji dlm agama Buddha,Zen,I Ching, Numerology, tarot cards & Astrology..tp still dia x jumpa2 juga sesuatu yg boleh menghilangkan kedahagaan jiwanya…

kedahagaan tu berakhir bila abangnya memberinya Al-Quran.. dan dia mula mengkaji Al-Quran tu.. dan bertemu dgn jawapan demi jawapan yg sgt2 menusuk ke kalbu dia.. Fitrahnya sbg seorang hamba mengakui inilah kalam Tuhan yg sebenar.. yg dia akan kotakan janjinya..

“Oh God! If you save me I will work for you.”

Subhanallah..
lillah sgt2 terpegun. Susah tau nak cari org macm ni zaman skrg ni.. hari ni ramai sgt org yg jual agama demi dunia.. sedihkan.. :'-(


pd 1985,then bila dia discover yg Islam sebenarnya tak menghalang nyanyian, dia mula menyanyi semula..masa tu dia bukan lagi sekadar menyanyi sebagai penghibur. dia menyanyi untuk membawa mesej islam sebagai cara hidup.

Lagu2nya hanya dgn kehadiran alat muzik tanpa tali & yg tak mlibatkan tiup (apa perkataan yg sesuai..ish3, x tau la). lagu2 lebih kpd bercorak pendidikan.. masa tu dia dah jadi ayah.. maka terhasillah lagu 'A is for Allah' ..
dan mengeluarkan album Mountain of Light yg mengisahkan hidup Rasulullah saw. Mountain yg dimaksudkannya ialah Jabal Nur, tempat Jibril telah turun membawa wahyu kpd Rasulullah saw..

Dlm masa yg sama dia pun terlibat dgn charity pembangunan pendidikan skolah Islam di UK. Dia terlibat dlm merangka silibus baru dan sekolah tersebut turut bekerjasama dengan pihak kerajaan.


Yusuf berkata "Islam sepatutnya menjadi suatu model yg kita boleh gerakkan & develop lebih jauh tetapi ini harus dengan usaha ramai org.. skrg ni dah lebih 150 buah skolah ada di UK."

Dia mencatat sejarah dgn konsert 'Live Aid' yg diilhamkan dari kesengsaraan Ethiopia..
Pd thn 2003, dia membuat kompilasi CD 'Peace Train' yg melibatkn David Bowie & paul McCartney.. Dia melakukan persembahan di konsert Nelson Mandela's 46664 bersama Peter Gabriel. Bintang Yusuf kembali menyerlah setelah sekian lama sikit2 malap.. dia membuat penjelasan ttg salah fahamnya terhadap Islam hingga mybbkn dia menyepi dari dunia hiburan.
kata dia "This issue of music in Islam is not as cut and dried as I was led to believe,"


dan dia akui
"I relied on hearsay, that was perhaps my mistake."


so dengan ini.. dia telahpun mengisytiharkan dia akan kembali menyanyi semula.. dgn smangat baru..dan mmbwa mesej yg baru.. yg jelas. mesej dakwah Islam.

pd thn 2004, dia dan Ronan Keating telah membuat lagu versi baru 'Father & Son2'..
kesannya?
Lagu ni meletup..!!
namanya kembali top.. nama kumpulan Boyzone pun sama ikut meletup. thn berikutnya, Yusuf telah menyumbangkan lagu dlm album Dolly Parton..

Pd thn yg sama, dia dpt award 'Man of Peace' drpd Mikhail Gorbachev, bekas presiden USSR keranaa usaha gigihnya menyampaikan mesej keamanan.. promote reconciliation of people and to condemn terrorism..


Apa yg kita dpt lihat disini ialah.. dlm orang barat tengah anti Islam, Yusuf pula yg sdg
berdakwah dgn lagu2nya diterima oleh org2 barat ni.. suatu strategi dakwah yg berjaya.. sbb ianya suatu usaha yg menampakkan kesan.

koleksi albumnya..

As Cat Stevens:

As Yusuf Islam : pd thn 2005, he released the first single, and the first song he has recorded with music, in over twenty years. The single was called 'Indian Ocean' ttg Tsunami yg melanda Indian Oceanpd 26Dis 04 dlu..
kmdn dia telah ke Banda Acheh utk membantu mangsa 2 tsunami especially anak2 yatim..


Yusuf Islam insan terbilang.. memang boleh dibilang dgn jari je pendakwah2 yang konsisiten sepanjang masa berdakwah. Yusuf istiqamah di atas jalan dakwah hinggakan dia menjadi public figure. dia lebih dikenali berbanding imam2 & scholars yg kebanyakkannya bermusim dakwahnya..


Yusuf kata dalam satu talk "We need inspired leadership to guide us back to elevated path of wisdom ...". pendekatan Yusuf ialah dgn tak mau campur tangan politik..dia juga tak mau beri kuliah2.. yang dia nak singing. sebab katanya orang lain boleh mempertikaikan kata2 seseorng dlm politik & kuliah tp x de plak org akn mempertikaikan wordings in a song..
Bagi dia, suka hati la dia nak nyanyi apa. dia puas dapat sampaikan apa je yg dia suka.. Yusuf menganggap dia telah diberi peluang utk membuat million pound & become famous person on earth.. memang pun.. Tapi dia faham akhirnya bahawa yg paling bermakna ialah apabila dia fully taat pada agama dan sampaikan sesuatu melalui kacamata Islam. Dia nak sampaikan keindahan Islam.. keindahan yg ramai org misunderstood..

kini, dia telah kembali bersama gitarnya.. katanya anak dia yg bawa balik rumah gitar tu. dan dia pun try & terkejut yg dia still ingat chorus walaupun dah lama sgt2 x main gitar.
kembali beraksi dgn gitarnya, percussion, a keyboard player, and two vocalists, Yusuf
played several songs from his new album, including the single 'Heaven/Where True Love Goes,' the catchy 'Midday,' and his version of 'Don't Let Me Be Misunderstood'. yg terkini.. pd bulan Oct 2008,Yusuf is guest of honour at the Global peace & Unityevent’s Education Awards, held at ExCel London. He sings a short, impromptu a cappella rendition of Peace Train at the request of the host.. dan pd 4 Nov lepas, the classic Cat Stevens albums Tea for the Tillerman and Teaser and the Firecat are reissued as newly re-mastered deluxe editions.ini termasuklah previously unreleased demos and historical live performances chosen by Yusuf himself.. Each package also features a booklet of original artwork, and new liner notes by producer Paul Samwell-Smith, long time guitarist Alun Davies, and Yusuf. tak kenal maka tak cinta.. hm.. sebelum tau ttg kisah hidup dia ni, tak de la hayati sgt lagu dia.. sekarang rasa mcm setiap lagu tu bermakna.. ada maksud tersirat.. sebuah lagu yg melambangkan sebuah kehidupan, yg mencari erti sebenar hidup (soklan demi soklan dlm lagu2 sblm dia masuk Islam) cthnya 'moonshadows' & 'on the road to find out' ..dan paling best.. ada pulak sambungan kepada persoalan2 tu (lps dia masuk Islam).. cthnya 'God is the light' & 'i look i see'.. secara peribadi, yusuf islam membuka mata lillah bahawa utk sampaikn dakwah ni kita kene ada strategi yg praktikal.. yg kita boleh apply & yg golongan sasaran kita boleh terima. Apa guna berdakwah kalau org yg nak didakwahkan tu x faham.. ish3.. 1 lg, semua kerja mesti dedicate for Allah.. only for him.. :'-)

Artist: Cat Stevens
Album: An Other Cup
Title: In The End

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're right or you're wrong
We're gonna know what you've done
We're going to see where you belong - in the end

You can't bargain with the truth
Whether you are black or you're white
We're going to know who's right
We're going to see you in the light - in the end

O and every little thing you do
You'd better know it's coming back to you

You can't bargain with the truth
'Cause one day you're gonna die
And good's going high,
And evil's going down - in the end

You can't bargain with the truth
Whether you're old or young
We're going to see what you've done
There'll be nowhere else to run - in the end

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're rich or you're poor
You're going to meet at the same door;
You're going to know the real score - in the end

And if you want to help your fellow man
You better start with what is in your hand

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're right or you're wrong
We're going to know what you've done
We're going to see where you belong - in the end

You can't bargain with the truth;
'Cause if the world you chose
No further than your nose
Will be where the doors will close- in the end
You can't bargain with the truth
'Cause for those who were deceived
There'll be no reprieve
There'll be no time to believe - in the end

O and every little thing you do
You better know it's coming back to you

You can't bargain with the truth
'Cause one day you're gonna die
And good's going high,
And evil's going down - in the end

Wednesday, November 12, 2008

Bengkel Dakwah Yusuf Estes

Di sini ada sedikit pengumuman....

Satu Bengkel Dakwah oleh Sheikh Yusuf Estes, bekas Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, Amerika Syarikat akan diadakan. Butir-butir program adalah seperti berikut:

Bengkel Dakwah
Sheikh Yusuf Estes,
bekas Paderi dan Pendakyah Kristian dari Texas, US

Tarikh : 16hb Nov 2008 (Ahad).

Waktu : 8.30 pagi - 1.30 tengahari.

Tempat : Dewan Kuliah G, Bangunan Sains Komputer,
bersebelahan dengan Masjid Al Malik Khaliq USM,Pulau Pinang.
Yuran : Rm20.00, bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.

Anjuran bersama Pusat Islam USM dan IPSI (Islamic Propagation Society International)


Kepada yang berminat, sila sms nama dan no IC ke 019-411 5665 (Bro Kamarudin) atau pun menghantar emel (nama, no IC dan no telefon) ke ipsi7@streamyx.com
Marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada beramai-ramai sebagai tanda menghargai ilmu & usaha pihak penganjur. Ajaklah rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta menyertai bengkel dakwah ini. Semoga dengan usaha dan niat baik ini mendapat berkat dan rahmat dari NYA…

Renung-renungkan….

Apalah sangat dengan 5 jam menghadiri bengkel ini kalau nak dibandingkan dengan 5 jam menonton drama Korea/Hindustan dan Bola Sepak di TV…

Apalah sangat RM 20 yang kita keluarkan sebagai yuran program ni kalau nak dibandingkan dengan ribuan ringgit yang dilaburkan oleh pihak penganjur untuk membawa Sheikh Yusuf Estes tu ke Malaysia ni.

Semoga dengan usaha kita yang apalah sangat’ ini kalau nak dibandingkan dengan ganjaran Ilahi mendapat berkat dan rahmatNYA.
Manalah tahu, dengan kerana ikhlasnya kita menyertai program ini keranaNYA menjadi satu asbab kita dilepaskan dari api neraka. InsyaALLAH….
Sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...

Tuesday, November 11, 2008

membela kebenaran adalah tanggungjawab perjuangan


artikel ni bagus untuk semua pejuang kebenaran yg sejati..

diambil dari artikel Dr. Mohd Asri..

diingatkan lagi.. blog ni non partisan..

moga perkongsian ni dpt memuhasabahkan kita (pelapis kepimpinan pd masa akn dtg, insya'Allah)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~~~

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata Rasulullah s.a.w:

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.

Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara yang seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran itu dilacurkan untuk mendapatkan habuan atau keuntungan. Saya sendiri bertemu dengan ramai orang yang mempunyai kepentingan perniagaan yang meminta saya menggunakan nama dan pengaruh saya dalam bidang agama bagi melariskan bisnes mereka. Kata mereka ramai ustaz lain yang buat dan mereka mendapat faedah kewangan yang banyak.

Saya jawab kepada mereka, saya memang tidak berharta tetapi saya belum bersedia untung melelong agama. Nas-nas Allah dan rasulNya tidak patut diputarkan hanya untuk bergelar ‘hartawan’ di dunia yang sementara. Keadaan yang seperti ini juga menjadikan ramai mereka yang ikhlas menggeruni ‘politik kepartian’. Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan yang sangat berbeza.

Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti. Maka ramai di kalangan mereka yang bertukar-tukar cakap dan prinsipnya. Kesemuanya akan dijawab; “ini keputusan parti”.

Ertinya, menjadi pejuang kebenaran kerana Allah dan rasulNya, bukanlah kerja yang mudah. Allah menguji insan untuk insan membukti keikhlasan dirinya dalam membela ajaran tuhannya. Sehingga nyata siapa yang benar tujuan dan siapa pula yang berdusta atas dakwaannya.

Banyak rintangan dan halangan. Sebabnya, kebenaran itu tidak semestinya menjanjikan kemenangan di dunia yang fana ini. Entah berapa ramai para nabi dan pejuang yang dibunuh dan dibuang, hanya kerana kebenaran.

Jika Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran pun, bukanlah semesti setiap pejuang itu berpeluang untuk menyaksikannya. Para Nabi ada yang dibunuh tanpa sempat melihat hasil kemenangan perjuangan. Para pejuang juga demikian. Betapa ramai para pembela dan pejuang kebenaran yang disiksa mati, dibunuh tanpa alasan, dibuang tanpa simpati, dipenjara tanpa dosa dan disisih tanpa sebab.

Kebenaran akhirnya akan menang, apabila syarat dipenuhi, namun masanya tidak ketahui. Para sahabah yang gugur syahid dengan penuh trajis di peringkat Mekah seperti Yasir dan Sumayyah tidak sempat melihat kejayaan umat Islam memerintah Madinah dan menewaskan para pemimpin Quraish yang bongkak yang menyiksa mereka.

Para sahabat yang gugur dalam peperangan mempertahankan Madinah seperti Hamzah bin Abd al-Muttalib dan selainnya tidak sempat melihat kejayaan Nabi s.a.w dan umat Islam membuka Kota Mekah. Bahkan Nabi s.a.w pada hayat baginda, umat Islam belum lagi menguasai Empayar Rom dan Parsi.

Ramai pejuang terkorban ketika perit menggalas amanah perjuangan. Ramai yang pergi menemui Allah sebelum mata sempat melihat pejuangan kebenaran menjatuhkan pejuangan kebatilan. Namun para pejuang yang ikhlas itu redha kerana mereka tahu itulah harga kebenaran.

Mereka tidak berjuang untuk menang dalam bahasa yang biasa. Mereka berjuang kerana titah perintah Allah dan itulah kemenangan hakiki. Kemenangan dunia hanyalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang akan digunakan demi kepentingan menegakkan kebenaran.

Jika kemenangan dunia tidak disaksikan di hadapan mata, bukanlah bererti perjuangan kebenaran mesti ditinggalkan. Bayaran bagi pejuangan yang tulus itu adalah keredhaan Allah sekalipun tewas dan ditindas. Allah membeli perjuangan yang benar itu dengan syurga, bukan harta dunia.

Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah, ayat 111).

Sesiapa yang ingin berjuang menegakkan kebenaran, menyebarkan Islam yang tulen tanpa mengenal batasan kepentingan diri, puak, parti dan manusia keseluruhan perlulah nekad menggalas bebenan tersebut dengan penuh jujur. Ia adalah amanah. Membela dan menyokong kebenaran adalah tanggungjawab yang dipersoalkan Allah pada hari Kiamat kelak.

Namun ramai orang yang tersasar kerana merasakan tujuan mereka menyokong dan menyebarkan kebenaran adalah untuk mengecapi nikmat keuntungan dunia hasil dari kemenangan atau habuan yang bakal diperolehi. Maka bukan sedikit mereka yang bergelar pejuang Islam atau organisasi Islam yang telah mengubah halatuju dan prinsip apabila dirasakan buah yang hendak dipetik belum mahu masak.

Mengubah prinsip kebenaran kerana mengharapkan sokongan pihak lain amatlah buruk. Allah mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika menghadapi cabaran yang berbagai daripada para pembesar Quraish dengan firmanNya:

(maksudnya) “Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentu mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sedikit cenderung kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman kami”. (Surah al-Isra, ayat 73-75).

Atas hubungan jiwa dengan teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu di kala senang atau susah, di saat di julang atau dibuang, samada dikeji atau dipuji, samada dipuja atau dihina, samada ketika di atas atau ketika ditindas. Kalah atau menang adat perjuangan, namun kebenaran adalah kebenaran.

Allah memuji mereka yang ikhlas seperti ini dan tetap pendirian. Firman Allah: (maksudnya)

“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Maka, Islam adalah agama perjuangan. Kita menjadi lemah pada hari ini disebabkan hilangnya semangat dan nilai perjuangan dalam beragama. Seseorang muslim itu kelihatan hilang atau tiada langsung sifat kecemburuan atau semangat dalam mempertahan dan membela kebenaran.

Sesetengah pihak itu seakan menjadikan Islam sekadar untuk dikatakan dia mempunyai agama, atau membolehkan dia berinteraksi dengan masyarakat. Tidak pernah diambil pusing tentang apakah dasar dan prinsip Islam. Apatah lagi untuk membela dan mempertahankannya.

Ada pula kelompok yang dipengaruhi oleh pemikiran ‘kesufian’ yang melepasi batasan yang patut sehingga Islam mereka dimandulkan. Apa tidaknya, mereka menganggap cukuplah Islam itu hanya berzikir atau beribadat sendirian. Mereka tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada umat Islam dan nasib kepada kebenaran yang ditindas. Bahkan banyak ajaran kerohanian kesufian itu sendiri menyeleweng dari hakikat kebenaran.

Mereka ini hidup dalam kelompok zikir dan ‘cerita-cerita sakti’ mereka mengenai wali itu dan ini. Dihiasi agama mereka dengan hadis-hadis palsu yang memperuntukkan syurga dengan begitu murah. Amalan yang kecil diberikan pahala terlalu besar sehingga menafikan sifat Islam.

Ini seperti hadis-hadis palsu yang menyamakan amalan yang kecil dengan pahala para nabi, atau para syuhada. Inilah yang termuat dalam banyak buku-buku fadilat yang tidak berpegang kepada disiplin ilmu hadis.

Malangnya, buku-buku fadilat seperti ini menjadi kegemaran orang awam. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”. ( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah pula ketika memperkatakan mengenai sebab-sebab kemunculan hadis palsu:

“ (sebab yang ke enam) bertujuan untuk menggalak orang ramai membuat kebaikan. Antara yang melakukan perbuatan ini ialah golongan jahil ahli zuhud dan tasawwuf. Mereka membenarkan untuk diri mereka pendustaan ke atas Nabi di dalam tarhib (ancaman dosa) dan targhib (galakan ibadah). Mereka menyangka kesesatan itu suatu kebaikan, mereka adalah manusia yang paling bahaya” ( Abu Syahbah, Al-Wasit fi `Ulum Mustalah al-Hadith, m.s.332, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi)

Sehingga tenggelam mereka yang terpengaruh dengan unsur kerohanian seperti ini, lantas membelakang nas-nas Islam yang meletakkan tanggungjawab yang besar ke atas setiap muslim untuk membela agama Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (dalam perjuangan)? (surah Ali ‘Imran ayat 142).

FirmanNya juga:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kesusahan dan kemudaratan, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir. (Surah al-Baqarah, ayat 214).

Barangkali ramai di kalangan umat Islam yang dimabukkan dengan anggapan bahawa beragama itu memadailah dengan mengamalkan beberapa amalan dan kemudian biarlah dunia ini apa pun akan berlaku. Tiada pembelaan untuk Islam, tiada pembelaan untuk kebenaran.

Lebih buruk lagi, sesetengah aliran kerohanian pula menjadi menjelma bagaikan ajaran kerahiban. Agamawan itu bagai pendeta yang bertapa tanpa mengambil berat tentang masyarakatnya. Inilah yang menyebabkan Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik ajaran tasawwuf yang menyimpang dari sifat asal Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kata al-Qaradawi:

“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad , atau wahdah al-wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid , zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Pemikiran yang seperti ini telah menghalang sifat perjuangan dan membela kebenaran yang hakiki.

Monday, November 10, 2008

pejuang perUBAHan akan dikenang..

diambil dari Minda Mufti oleh Dr Mohd Asri

lillah ambil artikel ni sebab:
1. lillah suka buku kisah benar yg real ~ real story, real person
2. sebab nak belajar.. sesiapa yg tak mengambil iktibar dari sejarah, dia akan repeat the same mistake..

lets read ;-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Dua bulan yang lepas, Prof Diraja Ungku Aziz mengirimkan kepada saya sebuah buku yang amat mengkagumkan. Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai itu. Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja. Karya seorang tokoh melayu agung; Pendeta Za’ba. Akibat tindakan golongan konservertif agama yang menentang pembaharuan di Perak pada tahun 30an maka tulisan-tulisan Za’ba diharamkan dan buku tersebut turut tidak dapat muncul pada hayat Za’ba. Dewan Bahasa telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah ketiadaan Za’ba. Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.

Di muka hadapan buku tersebut diletakkan tajuk dan gambar Za’ba. Di kulit belakangnya diletakkan kata-kata beliau: “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya-tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah dari orang apabila mati kelak…” Dengan melihat kepada tajuk dan dan pertikan tersebut, saya tertanya-tanya mengapakah Pak Ungku mengirimkannya kepada saya. Ia mendesak saya segera membaca buku berkenaan. Apabila saya baca saya dapati buku tersebut sangat hebat. Za’ba bukan sekadar seorang ilmuan bahasa semata, beliau juga seorang ilmuan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservertif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.

Sebenarnya, Za’ba dalam buku berkenaan menceritakan serta mengulas sikap orang melayu termasuk dalam hal beragama. Sikap suka bergantung kepada orang dan suka mengambil kesempatan atas nama agama. Menurut Za’ba, cara beragama yang salah telah melemahkan bangsa melayu. Sikap enggan menilai semula apa yang menjadi kebiasaan yang kadang-kala dikaitkan dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah dan lemah. Antara kata-kata Za’ba dalam buku tersebut: “Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya”. (m.s 24).

Sikap bertaklid buta dalam berbagai perkara terutama hal agama melambatkan proses pembangunan minda. Maka tidak hairan jika minda agama kita tidak mampu bersaing dengan pembangunan fizikal yang dibuat. Walaupun Za’ba menulis pada tahun tiga puluhan, namun realiti hari ini masih terasa kesegaran tulisan tersebut. Kata Za’ba: “Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya. Kerana sesungguhnya perbuatan demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta. Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan oleh sekalian orang berakal, kerana banyak mudaratnya dan kuat kemungkinannya boleh membawa tersimpang kepada jalan yang tiada betul dengan tiada kita perasan. Tuhan dan Rasulnya tidak menyukai orang-orang bertaklid buta kepada fikiran dan pendapat orang lain. Imam-imam Mujtahidun dahulu kala tempat orang tertaklid itu sendiri tidak pernah menggemarkan orang-orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau memastikan orang sekelian menerima sahaja segala fahamannya dan pendapatnya. Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid-murid dan pengikut-pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan yang telah mereka peroleh itu”.(m.s. 25-26)

Sesungguhnya perjuangan mengajak supaya kita melihat agama berasaskan dalil atau fakta bukan taklid adalah perjuangan yang dipelopori oleh semua para mujaddid ( tokoh pembaruan). Di tanahair kita, para pejuang pembaharuanlah yang berusaha mengeluarkan masyarakat melayu dari berbagai khurafat dan tahyul yang sebahagian menggunakan nama agama kepada akidah yang bersih. Mereka jugalah yang mengeluarkan wanita dari kuasa paksaan bapa dalam perkahwinan, larangan wanita ke pusat pengajian dan seumpamanya. Mereka juga yang mengajak diubah amalan-amalan agama yang tidak berasaskan dalil bahkan lebih bersifat ‘bisnes cari untung’ seperti upah-mengupah ketika kematian. Tol-tol kematian tersebut telah mengorbankan harta benda anak yatim dan orang miskin. Apabila berlaku kematian maka masyarakat berkumpul dan memakan harta peninggalan si mati, bukan berfikir tentang masa depan dan kebajikan kaum keluarganya. Ia sangat berbeza dengan ajaran Islam yang menyebut: “Apabila datang berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w bersabda: “Buatlah untuk keluarga Ja’far makanan kerana telah datang perkara yang mengganggu urusan mereka” (Hadis sahih riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan lain-lain).

Tujuan para pejuang perubahan tidak lain, selain dari ingin melihat kebajikan, kegemilangan umat dan kemampuan mereka menghadapi cabaran zaman. Juga memelihara pegangan umat sehingga jangan seakan menganggap pandangan orang bergelar agama kesemuanya mesti ditelan bulat-bulat tanpa dinilai dengan neraka al-Quran dan al-Sunnah. Tiada siapa pun yang maksum di kalangan umat melainkan Muhammad bin Abdillah s.a.w. insan yang ditabalkan menjadi rasul. Kata al-Imam Malik bin Anas r.a.: “Tiada seorang pun selepas Nabi s.a.w melainkan boleh diambil dan ditolak pendapatnya kecuali Nabi s.a.w” (Al-‘Ajluni, Kasyf al-Khafa, 2/119, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi). Kata Za’ba yang menyelusuri pegangan ini: “Sekalian imam besar Islam zaman dahulu itu walau “Imam-imam Mujtahidun” pun dan walau bagaimanapun alimnya, tidaklah pernah dikira sebagai orang yang maksum yakni terpelihara daripada tersilap dan tersalah. Mereka sendiri sentiasa sedar yang diri mereka tidak bersifat maksum itu. Mereka bukannya nabi; jika nabi baharulah layak dikira maksum pada apa-apa yang mereka katakan dari Allah dalam hal agama.

Sungguhlah sebagai ulama mereka sekalian jadi waris kepada nabi-nabi; tetapi itu tidaklah memestikan sifat maksum pada diri mereka dan pada segala-gala pendapat fahaman mereka. Maka oleh sebab itu tidaklah pernah mereka mendakwa sekalian pendapat dan fahaman yang telah mereka keluarkan itu tentu betul sahaja dan mesti disetujui oleh orang sekalian, atau semuanya tetap layak dan sesuai kelak bagi segala hal dan zaman hingga bila-bila pun. Bahkan jangankan mereka mendakwa demikian, malahan sebaliknya mereka sendiri selalu berkata: “Kalau ada apa-apa perkataan atau pendapatku yang didapati oleh orang-orang kemudian bersalahan atau berlawanan dengan hadis sahih Nabi s.a.w., maka lemparkanlah ke tembok!” Apa lagilah jika sekiranya ada didapati bersalahan dengan al-Quran! Mereka tiada suka orang mengikut dengan taklid buta kepada apa-apa pendapat dan fahaman mereka itu. Mereka selalu suruh uji dan timbang sendiri barang apa-apa jua yang mereka katakan dalam kitab-kitab karangan mereka: Jika didapati betul bolehlah ikut; jika tidak betul atau tidak sesuai lagi, buanglah atau baiki akan dia. (m.s 26)

Malangnya golongan yang berkepentingan atas nama agama pada setiap zaman mencemburui proses perubahan dan pembaharuan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Sedangkan umat memerlukannya. Lalu yang berkepentingan menghasut sesetengah pihak agar menganggap proses pembaharuan adalah sesuatu buruk dan patut ditentang. Za’ba menjawab hal ini dengan tegas, katanya: “Kita semuanya berkehendakkan baik dan tiada siapa yang berkehendakkan jahat. Kita ingin hendak membaiki segala hal ehwal kita yang kekurangan, sama ada pada perkara dunia dan pada perkara agama; hendak mengubah segala sifat keadaan kita yang buruk atau kurang baik ditukar dengan yang baik dan yang terlebih baik. Kita hendak mengganti segala hal kita yang mundur dan ketinggalan, ditukar dengan yang maju dan bertambah elok mengikut kehendak zaman pada segala yang baik. Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang kuno dan kolot dan segala kepercayaan atau pegangan kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan fikiran-fikiran baharu yang segar dan hidup dan dengan kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan fikiran lama yang telah membeku jadi adat atau kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan bercendawan! (m.s 38)

Sunggguh pelik , seorang sarjana besar bangsa seperti Za’ba diharamkan pemikiran dan tulisan nya oleh golongan agama yang sempit pada zamannya. Namun, apa yang hendak dihairankan, tokoh agung Nusantara iaitu Buya Hamka telah diharamkan berceramah di negeri tertentu di Tanah Melayu ketika hayatnya. Hanya kerana pandangan Hamka tidak dapat diterima oleh sesetengah mufti Tanah Melayu. Sehingga Hamka menulis beberapa sindiran yang amat tajam terhadap mufti-mufti di Tanah Melayu. Hal seperti inilah yang Za’ba sebutkan: “Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat.”.(m.s 33).

Demikian nasib yang diterima oleh para pejuang perubahan pada setiap zaman. Bacalah sejarah perjuang Syed Syeikh al-Hadi, Mustafa Abdurrahman dan lain-lain di Tanah Melayu. Namun mereka telah nekad yang akhirnya melimpahkan kebaikan kepada generasi kemudian. Dalam konteks yang lebih global, lihatlah sumbangan perjuangan tajdid seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Rasyid Redha dan lain-lain. Walaupun sebahagian besar mereka di’gam’kan pada zaman mereka, namun nama mereka terus dikenang oleh generasi kemudian. Bak kata pepatah “Al-Baqa li al-Aslah” iaitu “Berkekalan itu bagi yang terbaik”. Pihak yang men’gam’kan mereka telah pun dilupai namanya, namun nama para pejuang terus dikenang. Lihat al-Imam Ahmad yang dihukum dengan begitu rupa oleh kuasa agama pada zamannya. Hakim yang menghukum al-Imam Ahmad sekali pun megah bersandarkan kedudukan pada masa itu telah dilupai namanya oleh generasi kemudian, namun nama al-Imam Ahmad dan pendiriannya terus dikenang dengan tinta emas oleh sejarah.

Untuk itu saya selalu katakan sesuatu pemikiran apabila dilontarkan ke dalam masyarakat, ia tidak dapat dihapuskan lagi melainkan dengan pemikiran yang lebih kukuh dan teguh. Paksaan tidak mungkin dapat menghancurkan sesuatu pemikiran, kerana tempat pemikiran adalah fikiran atau minda. Hanya yang boleh mencabutnya keluar adalah hujah yang memaksa minda akur dan menerimanya. Fahami hakikat ini. Sesungguhnya jeritan dan bantahan atas emosi dan sentimen tidak akan membuahkan hasil. Jawablah sesuatu hujah itu dengan hujah, bukan dengan sentimen dan emosi. Di samping wajib kita ingat hikayat melayu “Hang Nadim” yang dibunuh kerana kepintaran ideanya dek bimbangkan kepentingan diri janganlah di watak di pentas realiti kita.

Buku Za’ba ini baik untuk dibaca terutama bagi yang kuat bercakap soal Islam di Malaysia mesti ikut ‘orang tua-tua melayu’. Za’ba adalah tokoh sarjana melayu. Seperti Pak Ungku mensarankan kepada saya. MB Perlis juga cuba mengambil langkah memasyhorkan buku ini. Saya sarankan anda membaca buku tersebut. Saya juga berterima kasih kerana setiap tulisan saya dibaca oleh ramai negarawan, menteri, tokoh-tokoh masyarakat dan rakyat biasa yang memberikan semangat yang sangat positif kepada saya. Walaupun segelintir yang kurang senang, namun saya harap ia tetap akan dikenang.

Friday, November 7, 2008

teman..andai kau tahu isi hatiku.. :'-(

Cetusan ni bagi menjawab persoalan beberapa orang sahabat berkaitan masalah dengan teman rapat/ teman bilik/teman sekerja.. sahabat2 ku sayang, lillah pilih untuk jawab soalan ni secara general.. sebab lillah pun tak tau secara details masalah kalian..

Point permasalahannya ialah, awak tertekan kerana terpaksa berdepan dengan kerenah kawan awak yang moody dan asyik merajuk. Walaupun awak cuba sedaya upaya untuk berbaik, namun semuanya sia-sia kerana kawan awak masih terus dengan sikap degilnya.. kawan awak lansung tidak berusaha untuk memperbaiki hubungan ini sedangkan awak terpaksa berhadapan dengan dia setiap hari.

Respons lillah:

Sayang-sayang sangat pada semua yang bertanya soalan ni.. :-)

semua pun insan2 yang lillah pernah run program bersama-sama. Dan lillah agak kenal dengan peribadi satiap yang menanyakan soalan. Mereka ni manusia yang jenis sangat memikirkan perasaan orang lain, sangat bimbang mengguris perasaan orang lain dan sangat gigih nak jaga hati orang lain…

Dan tak hairanlah mereka rasa tertekan bila berdepan dengan kawan yang moody ni..

Disebabkan terlalu menjaga hati orang lain, akhirnya memakan hati sendiri..

Wahai sahabatku sayang,

Lillah tahu yang awak dah cuba sedaya upaya untuk cuba menambat hati ‘dia’ semula.. Awak bawa balik makanan untuk dia, awak beri dia kad, awak forward sms cute , dan awak tolong dia dalam banyak perkara.. tapi dia still seolah macam tak nampak apa yang awak buat sebagai usaha untuk menambat hati dia.. hingga akhirnya awak hilang punca apakah cara lain untuk memujuk?? Mula2 awak bersabar, tetapi bila dia mula tak nak bercakap.. dan dia mula tak nak bercakap sampai lebih tiga hari, awak mula resah gelisah..

Wahai sahabatku sayang,

Mungkin memang benar-benar dia tak nampak usaha awak untuk menambat hati dia..

Mungkin memang benar-benar dia tak faham maksud perbuatan awak untuk menjernihkan suasana..

Mungkin dia memang tak nampak.. sebab dia tak faham lansung.

Kenapa?

Firstly,

Sebab BUKAN semua orang mampu untuk membaca isi hati orang lain..

Tak semua orang mampu menilai tindakan seorang temannya.. sekalipun dah tinggal sebilik bersama dah nak setahun lebih, belum ada jaminan seorang teman tu mampu membaca riak wajah teman biliknya.. Ada sesetengah orang dididik dalam family yang tidak dibiasakan mengucapkan terima kasih dan meminta maaf. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan bergurau dan melakukan sesuatu bersama2, contohnya makan bersama.. jadi, bila diajak makan bersama, mereka akan cuba mengelak. Ada yang menjadi sangat sensitive dengan gurauan, mudah sangat berkecil hati. Conclusionnya, manusia yang berbeza mempunyai cara pemikiran dan tindakan yang berbeza..

Jadi, first thing yang awak kene clear ialah, awak jangan kecewa bila dia tak memberi respons yang awak harapkan setelah awak berusaha lakukan macam2 untuk grab hati dia.. yang penting awak telah pun berusaha. ;-)

Secondly,

Setiap manusia ada cara yang berbeza untuk melepaskan stress mereka. Tentu sekali setiap manusia akan ada masalah masing2.. termasuklah kawan awak tu.. mungkin dia memilih untuk keep quiet sebagai cara dia selesaikan masalah dia. Mungkin dia rasa kalau dia share masalah pun tak berguna.. mungkin dia rasa kalau dia buka mulut, hanya akan membuatkan awak terkena tempias stress dia(tak sengaja termarah awak).. mungkin dia perlukan masa untuk simpan dulu rahsia dia..

Mungkin bukan dia tak percaya pada awak sebagai temannya, cuma dia mungkin belum bersedia untuk berkongsi.. apatah lagi dia tahu awak seorang yang berprinsip dan menanggung tanggungjawab yang lebih berat.. mungkin juga kerana dia malu pada awak.. malu kerana dia tidak setabah dan sekuat awak.. atau kerana dia dia malu kerana sebelum ni dia sudah pun minta nasihat awak, tapi dia berdegil dan tak ikut nasihat awak.. jadi bila sesuatu terjadi, dia malu pada awak..

Jadi, second things yang awak kene clear ialah bukan semestinya salah awak hingga dia menarik muka.. apa yang penting ialah setelah awak dah fikir habis-habis dan masih tak Nampak apa2 salah yang awak dah buat, bagi tau pada diri sendiri yang awak tak bersalah.. so stop blaming yourself. Awak akan tertekan kalau terus berada dalam keadaan serba salah begini.. sedangkan yang bermasalah bukannya awak, tapi kawan awak.. kita kene kasihankan diri sendiri sebelum kasihankan orang lain.. kita kene pujuk diri sendiri sebelum memujuk orang lain.. sebab kalau bukan kita sendiri, siapa lagi??

Thirdly,

Jangan memaksa dia.. Awak boleh menasihati dia untuk berubah.. Awak boleh pujuk.. tetapi jangan sesekali memaksa.. dan jangan sesekali memberi harapan yang tinggi yang dia akan berubah. Tiap2 manusia ada perkara yang dia mudah terima dan ada yang sukar untuk diterima.. Alangkan mak ayah kita yang dah bertahun-tahun menasihati kita supaya jangan nakal pun, kita still nakal dan still tersinggung, inikan pulak kita yang baru kenal dia dua tahun.. manusia memang mengakui sesuatu kebaikan tu, tapi sangat sukar untuk mengamalkannya.. kelemahan manusia.

Lillah faham yang awak cuba untuk menasihatinya demi kebaikan dirinya.. Apatah lagi perbuatan kawan awak tu boleh merosakkan imannya.. Alhamdulillah, dia bertuah dapat kawan seperti awak.. awak jangan give up, dia bukan anak kucing. Anak kucing kalau dia sedar kesilapan dia, dia tak akan ulangi kesilapan dia. Tapi tak pulak anak kucing tu akan melarang kawan-kawan kucing tu dari buat kesilapan yang sama.. Kerana dia seorang manusia yang telah Allah ciptakan dengan hati dan perasaan, walau sekeras batu pun hati itu , akan ada harapan yang suatu hari nanti hati itu akan mencair.. mungkin bukan sekarang, atau sem ni, atau sem depan.. mungkin dia hanya akan benar-benar mengerti apa yang awak cuba sampaikan setelah awak dan dia terpisah.. Allah lebih mengetahui saat terbaiknya.. Hidayah itu milik Allah.. walau segigih mana kita berusaha menunjukkan kebenaran, andai hidayah itu belum sampai, dia tak akan nampak.. jangan putus berdoa untuk dia, semoga bila sedar nanti, dia bukan sahaja akan insaf malah prihatin dengan kawan2 nya pula.. (memanjangkan pahala awak ;-) )

Yang penting, luruskan niat awak.. dalam kita menyebarkan kasih sayang Allah ni, ada dua perkara kita perlu lihat.. pertama,barangkali belum sampai masa dia terbuka hati.. kedua, barangkali dosa-dosa kita menjadi penghalang untuk dia menerima nasihat kita.. hati yang bersih akan memantulkan nur dari Allah yang dapat meresap ke hati-hati yang memandangnya.. sama2 kita muhasabah diri semula..

Fourthly,

Andai rasa benci mula bersarang di hati, cepat2 istigfar.. beri tahu pada diri sendiri.. “Tak ada jaminan kalau aku berpisah dengan dia, aku akan dapat yang lebih baik. Apa yang Allah bagi padaku, itulah yang terbaik buatku. Tentu dia ada kelebihan untukku yang mungkin aku belum nampak. Allah, aku memegang janjimu yang Kau tak akan sia-siakan kesabaranku ini. Tunjukkanlah aku hikmahnya.. ”

Dan kunci kebahagiaan hati ialah redha.. selalulah pujuk hati dengan ucapan “Aku redha andai ini kehendakMU..” :’-)

Last but not least,

Mintalah pada Allah.. Setiap jatuh bangun yang kita lalui dalam hidup ni telah pun tercatat dalam Luh Mahfuz.. Allah tahu hati kita menangis.. Allah mendengar hati kita merintih.. Allah ada ketika kita sendirian.. Dekatkanlah diri pada dia. Pada saat kita merasakan tak ada sesiapa pun mampu menolong kita keluar, usah bersedih.. usah takut.. Allah adalah jalan keluarnya.. seperti mana mudahnya kita tiba-tiba diuji, seperti itulah juga tiba-tiba masalah tu boleh selesai. Dia berkuasa.. Bangkitlah bersolat hajat, minta sungguh2 pada dia. Yakinlah sepenuh hati Dia mendengar..

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat2 yang lillah sayang ni.. lekaslah pujuk hati semula.. lekaslah bina semangat yang baru.. senyumlah sepenuh hati.. nak exam ni..caiyook3 hehe.. :-D

Sibuk nya aku ni.. !! sibuk la kononnya..


Apabila dikatakan: “Berusahalah sekadar mampu demi kebaikan Islam dan umatnya!”, ramai yang akan menjawab: “Ya! Saya ingin berusaha….tetapi sibuklah!”

Demikianlah agaknya realiti umat Islam, mereka adalah umat yang paling sibuk di dunia.


Akan tetapi sibuk dengan apa? Jika hendak dikatakan sibuk belajar, maka orang-orang yang mengglobalisasikan kebudayaan “subang dan pusat” juga sibuk belajar. Bahkan mereka adalah pelajar yang mencapai tahap kecemerlangan yang jauh lebih tinggi berbanding umum pelajar Islam.


Jika hendak dikatakan sibuk bekerja, maka orang-orang yang menulis buku dan artikel bagi mengglobalisasikan isme-isme mereka juga sibuk bekerja. Mereka bukanlah penganggur. Bahkan mereka menduduki jawatan yang amat tinggi dalam pekerjaan dan mampu menyumbang kepada keuntungan tahunan yang amat besar kepada syarikat mereka berbanding syarikat Muslim.


Jika hendak dikatakan sibuk melabur demi mengukuhkan kedudukan kewangan, maka orang-orang yang mengglobalisasikan ekonomi kapitalis sehingga menenggelamkan ekonomi Islam juga merupakan para pelabur. Bahkan pelaburan mereka berjaya mendudukkan kewangan mereka ke tahap yang amat mewah berbanding pelabur Muslim sehingga mereka dapat menyumbang dana kepada pelbagai usaha kebajikan secara umum dan dakwah kristian secara khusus.


Jika hendak dikatakan sibuk dengan keluarga, maka orang-orang yang mengglobalisasikan agama Kristian juga sibuk dengan keluarga. Bahkan mereka memiliki keluarga yang amat besar di bawah pemeliharaan mereka, iaitu anak-anak yatim, orang-orang Islam dan mangsa-mangsa tragedi alam yang mereka kristiankan.

Maka sebenarnya umat Islam sibuk dengan apa? Saya serahkan soalan ini kepada para pembaca untuk mencari jawapannya. Jangan mencari jawapan: “Orang lain sibuk dengan apa?” tetapi carilah jawapan: “Saya sebenarnya sibuk dengan apa?”


Globalisasi ialah arus yang tidak menunggu masa. Jika kita, umat Islam, asyik menuduh bahawa masa tidak menunggu kita, maka kita tidak sekali-kali akan dapat mengendali cabaran arus globalisasi. Maka kita hendaklah belajar mengurusi dan mengimbangi masa. Ingat! Jangan biarkan masa yang mengawal kita, sebaliknya kitalah yang mengawal masa.


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(al-‘Ashr 103:1-3)

Ya Allah.. Kau lah sebaik2 pengatur hidupku.. aturkanlah hidupku, keluargaku dan sahabat2ku sebaik2nya.. jadikanlah hidup mati kami seperti yang Kau cintai dan redhai.. Kau lah matlamat dan punca kebahagiaan kami.. amin..

buatmu perempuan.. waspada..


2-3 hari ni beberapa kes berlaku yang memerlukan lillah jadi pakar psikologi tak bertauliah.. kes ke? hm.. ntah la.. ujian kot.. ujian tanda sayang Allah pada hambaNya yang terpilih.. sabar ye kawan2ku.. sometimes demam tu perlu untuk meningkat kan antibodi kita, supaya kita lebih kuat menghadapi hari mendatang! ;-)

Kes-kes ni berkisar kaum perempuan yang dipermainkan oleh kaum lelaki.. em, kaum lelaki janganlah marah, ni just nasihat peribadi untuk kaum perempuan.. kalau tak nak baca, jangan baca.. kalau nak baca, bacalah.. sebab ofcourse you all ada relatives perempuan kan.. jagalah mereka baik2 ye.. :-)

Hairan dengan sikap lelaki yang kelihatan mudah dan bahagia bermain perasaan dengan 3,4,5 +++ orang perempuan serentak.. dan tak rasa bersalah.. rilex je.. ish3.. disebabkan lillah pun tak faham, better tanya pada lelaki sendiri.

Adik lelaki saya memberi pendapat:
"Alah kakak ni kan.. biasa la tu. Lelaki tetap lelaki. Sebab tu la salah satu sebab kami boleh berpoligami. Lain la perempuan, jenis setia pada yang satu. dah jumpa satu yang melekat di hati, terus tutup mata dari yang lain. Kami lelaki ni, lagi ramai orang perempuan suka kami, lagi kami suka.. macho.. bukannya mesti kahwin pun. cuma suka diri menjadi pemimpin. fitrah la kakak.. kami ada ego, nak kelihatan lebih hebat dan lebih pandai. sesetengah lelaki dia akan declare 'sayang' atau 'love' pada makwe baru dia.. tapi sesetengah lagi akan just jadi kawan rapat je. so, selalunya yang salah faham, yang perempuan la.. "

**Kejam nyer jawapan dia! Geram betul dengar.. Tapi dia jujur, timakasih dik..

next question (tanya pada budak lelaki lagi): Hm, so kan.. kalau kita berkawan dengan ramai lelaki atas sebab kerja dan belajar..dan tiba2, I realised someone simpan hati pada I.. kejam lah kalau biar dia terus berharap sedangkan I lansung tak de hati pada dia.. What should I do? Should I terus terang bagitau hati I takde pada dia? Tapi kalau dia merajuk taknak kawan camana? sedangkan kami perlu bekerjasama utk banyak hal.. (Soalan ni hanya terfikir bagi perempuan yang baik je, yang playgirl tak terfikir pun..ish3)

jawapan adikku yang jujur : Hm, kakak kene ingat 1 perkara. Lelaki dia pantang dimalukan. Dia memang boleh sangat sayang pada seseorang. Tapi dia juga boleh jadi sangat2 benci pada orang yang sama. Kenapa kakak nak biar diri jadi dibenci? Dalam hal ni, my pandangan, you keep it yourself. Biar lah dia nak luahkan apa2 je.. yang penting kakak jangan la balas cinta tu. diam sudah.. buat macam biasa je. buat macam tak faham je.. jangan lah tetiba nak jauhkan diri nak mengelak-ngelak. sebab bukan kakak je yang terseksa, dia pun malu nanti. Mana la tau sekarang kakak tak suka dia, tetiba suatu hari nanti kakak suka kat dia ke.. manala tau.. Dan dia pulak, manala tau kalau tak jadi buah hati, tapi jadi besfren.. ha, okey la tu. buat apa la nak letakkan diri sebagai orang yang dibenci? Biarlah semua orang suka kat kita.. hidup je la macam biasa.

p/s : ish3.. lain bebenor pandangan lelaki dan perempuan.. mereka sangat tak berperasaan.ish3.. bukanlah.. mereka ni rasional.. mereka tak mencampur adukkan soal perasaan dalam kerja. bagus3..

hm..

sebagai pendengar yang nak kene menasihati kawan2 yang sedang bersedih ni, lillah ada tanya pada kawan2 yang berpengalaman cara2 mereka mengubat hat i(tak semestinya cara ni cara yang baik):

1.BUANG SEMUA YANG ADA KAITAN DENGAN DIA!!!
gambar, hadiah, sms, no telefon, email, ym, frenster, tagged, etc..

2.TANAM DALAM FIKIRAN YG DIA TU TAK LAYAK UNTUK AKU!!
sebab dia yang tak jujur sedangkan kita jujur.. yakinkan diri kita akan dapat lebih baik, yang sekufu.. true Mr Right

3.BERDEPAN DGN DIA
lawan perasaan takut, fobia & marah.. sampai bila nak lari? Face it.. lama2 akan biasa balik.

4.BUAT DIA MERAYU BALIK
buat sampai dia menyesal sebab mensias-siakan kita

### Hm.. semua pandangan orang lain..

now my turn bagi pandangan:

Wahai saudari, kalian perempuan, lillah juga perempuan..
mereka berkata kita tak rasional, kita beremosi..
hm betul lah tu..

Saudari2ku sayang..
Life is not only about 'cinta manusia' semata-mata..
sekarang mungkin kalian sedih menangis-nangis, tak lalu makan, tak boleh tidur..
take your time.. masa akan mengubat..
jangan jadi pendendam,
sebab kita pun ada adik2,abang2 lelaki..
jadilah perempuan yang berwaspada..
jaga diri sendiri..
jadi wanita solehah.. kalau kita ikut rule syariat, tak buat yang bukan2 contohnya dating berdua, kesan ditinggalkan tu tak ketara sangat..
selalunya yang akan menderita sengsara ialah mereka yang dah bekorban, memberi jiwa raga pada si boyfren tu..

jadilah wanita solehah.. tak ada mahkota yang lebih beharga pada diri kita selain maruah kita. terpulang pada kita lah kalau nak biar maruah kita mudah dicalarkan atau tidak..

awas!
apa sahaja decision yang kita buat hari ini, anak2 kita akan mengulanginya.

ingat,
mak ayah kita menyayangi kita semenjak kita belum lahir lagi. tak terbalas jasa mereka. apa sangat pahala dan doa yang kita dah buat untuk mereka. mengapa kita nak tambah kerisauan dan kebimbangan mereka? jadilah penyejuk hati dan mata mereka..
merekalah syurga kita, destinasi cinta kita..

hukum kerjaya yg memiliki unsur tidak halal


Takut nya hati ni Allah shj yg tau..
Hari ni makanan yang halal dan haram sukar nak ditentukan.. produk kegunaan harian pun sama.. sometimes walaupun dah ada tanda halal pada produk tu, rupa-rupanya benda tu syubhah pulak.. ish3..

p/s: teringat masa 1st year dulu, a.izzat tanya lillah, apa yg lillah akan buat jika lillah bekerja di syarikat yang terlibat dgn yg haram ni.. hehe, masa tu dgn penuh yakin lillah menjawab. "Berhenti! Sebab rezeki Allah yang bagi sedangkan kerje ni cuma 1 usaha.." ..

sekarang dah final year ni, tambah 1 lagi kerisauan..
tentang persoalan hukum kerjaya yang memiliki unsur2 tidak halal..
terjumpa sumthing intresting ni.. lets share, moga sahabat2 lain pun dapat knowleg..insya'Allah.. :-)

Ada 4 persoalan popular ttg perkara ni:

1. Syarikat yang menghasilkan barangan-barangan yang tidak halal seperti arak.

2. Syarikat yang tidak membayar zakat perniagaan.

3. Syarikat yang melakukan pelaburan dalam sesuatu yang tidak halal.

4. Syarikat yang berhutang secara riba.

5. Bank atau syarikat insuran konvesional.

Lalu bagaimanakah hukum bekerja di syarikat-syarikat seumpama di atas?

Yang jelas setiap mukmin yang bertaqwa wajib mencari kerjaya yang jelas bersih dan halal sepenuhnya. Akan tetapi realiti masa kini menyukarkan seseorang itu untuk memiliki kerjaya yang bersih 100%. Atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan seseorang itu terpaksa mencebur diri dalam sesuatu kerjaya seumpama di atas. Dalam kesempitan seperti ini syari‘at Islam ada memberi jalan keluar, iaitu:

Pertama: Hendaklah seseorang itu menjauhkan dirinya daripada melakukan dosa-dosa yang besar. Khas dalam kerjaya yang diceburinya, hendaklah dijauhkan diri daripada terlibat secara langsung dalam unsur yang haram dalam kerjaya tersebut. Contohnya janganlah seseorang itu mengambil pinjaman secara riba jika dia bekerja di bank konvesional dan janganlah minum arak jika dia bekerja sebagai pemandu lori yang mengedarkan arak.

Jika seseorang itu menjauhkan dirinya daripada dosa-dosa besar maka Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan mengampunkan dosa-dosanya yang lain, khas di sini ialah dosa yang berkaitan dengan kerjaya yang terpaksa diceburinya. Firman Allah:

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). [al-Nisa 4:31]

Kedua: Hendaklah seseorang itu memperbanyakkan amal salih dan kebajikan. Amal salih yang dimaksudkan tidaklah terhad kepada sesuatu yang wajib sahaja tetapi meluas kepada lain-lain amalan sunat yang dianjurkan oleh syari‘at. Amal salih itu sendiri ada dua jenis, satu adalah apa yang manfaatnya pulang kepada diri pelakunya sahaja manakala yang kedua adalah apa yang manfaatnya meluas kepada masyarakat dan juga kepada diri pelakunya. Amal salih jenis kedua adalah jauh lebih utama dan lebih besar ganjarannya daripada amal salih jenis pertama.

Contoh amal salih yang manfaatnya pulang kepada diri pelakunya adalah sembahyang sunat, puasa sunat dan umrah. Contoh amal salih yang manfaatnya meluas kepada masyarakat dan diri pelakunya adalah sedekah untuk rumah anak yatim, gotong royong menjaga kebersihan surau atau rumah orang yang hilang upaya dan menjadi sukarelawan bersama beberapa pertubuhan Islam (Islamic N.G.O.).

Apabila seseorang itu memperbanyakkan amal salihnya, Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan menghapuskan kesalahan-kesalahan orang tersebut. Allah berfirman:

Sesungguhnya amal-amal kebajikan menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. [Hud 11:114]


Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa sekalipun syari‘at Islam ada memberi dua jalan keluar di atas, tidaklah bererti ia merupakan satu-satunya pilihan bagi seseorang mukmin. Yang utama dia tetap patut berikhtiar untuk “berhijrah” mencari satu kerjaya yang paling bersih daripada pencemaran unsur-unsur yang diharamkan. Bumi Allah ini adalah sangat luas lagi dipenuhi dengan pelbagai rezeki kurniaan-Nya bagi sesiapa jua yang mencarinya. Allah berfirman:

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur. [al-Nisa’ 4:100].

Walaubagaimanapun, jika seseorang itu memilih kerjaya yang dalamnya memiliki unsur yang tidak halal kerana pada ijtihadnya dalam kerjaya tersebut terdapat beberapa manfaat demi kebaikan umat Islam, maka dibolehkan dia untuk terus berkecimpung dalam kerjaya tersebut. Pada waktu yang sama hendaklah dia tetap menjauhkan diri daripada dosa-dosa besar sama ada yang berkait langsung dengan kerjaya tersebut atau tidak dan memperbanyakkan amal salih sebanyak mungkin. Tidak ketinggalan adalah memohon keampunan dan petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala seandainya ijtihadnya tersebut adalah tidak tepat.

Rujukan: Buku 3, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah oleh Hafiz Firdaus Abdullah.

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-3/Tajuk%208.htm

Wednesday, November 5, 2008

perempuan islam bermusafir tanpa mahram??


Introduction :-) Bismillah..

Lillah selalu berjalan jauh..lama kadang2 tempoh perjalanan tu..(masuk hutan, masuk kampung, pergi skolah2, pergi pusat hiburan, pergi platform mat gian/yang lalok2, oversea, etc.. selagi bole sampai la..) dulu masa stay dengan family, memang family members akn escort.. tapi skrg ni di USM, kalau nak pergi jalan2 tu kenela pujuk members ikut.. Mak pulak dah bagi warning : “nak keluar jauh2, sama ada kakak keluar dengan 4 org perempuan atau jangan keluar..” . Hm..sebagai anak, nak redha mak, ikut ajela.. Walaupun tau kadang2 program yang nak pergi tu, program dakwah.. tapi pujuk la hati.. jangan digadai syurga sendiri semata2 nak ajak org len masuk syurga..
Hm..

saya selalu tertanya-tanya persoalan Wanita Bermusafir Tanpa Mahram..
so, ni telah terjumpa sumthing interesting to share. Lets read it!
Rujukan : ... http://the-authenthic.blogspot.com/2008/11/wanita-bermusafir-tanpa-mahram-pro-dan.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okeh.. Buka hati luas-luas… tarik nafas dalam-dalam… lapangkan dada.. nak terima ilmu nih.!


Oleh : 'Adi Abdillah As Salafy, Yahya Abdullah, dan Rizaluddin[ MUSLIMAH Edisi XIX/ Rabi’ul Awwal/ 1418 H/ 1997 M Rubrik Kajian Kali Ini ]

“Apa yang dikatakan Rasul kepadamu maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” (Al Hasyr : 7)

Yakni apa yang Rasulullah Saw perintahkan kepadamu maka kerjakanlah dan apa yang dilarangnya, jauhilah. Sesungguhnya beliau hanya memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari kejelekan.

Ibnu Juraij berkata : “Apa yang datang kepadamu untuk taat kepadaku (Rasulullah Saw) maka kerjakanlah dan apa yang datang kepadamu untuk bermaksiat kepadaku maka jauhilah.”
Pengertian ayat di atas bersifat umum yakni mencakup semua perintah dan larangan, karena beliau Saw tidaklah memerintahkan kecuali membawa kebaikan dan tidaklah melarangnya kecuali mengandung kerusakan (kebinasaan). (Lihat Al Manhiyat Al ‘Asyr Li An Nisa’ oleh Abi Maryam Majd Fathis Said halaman 7)

Maka dalam rangka mengerjakan perintah Allah Swt dan Nabi-Nya, kami akan berusaha menukil beberapa hadits Rasulullah Saw dan keterangan ulama yang berkaitan dengan judul di atas.Bisa kita saksikan kenyataan di sekitar kita, semakin banyak kaum Muslimah mengadakan safar tanpa didampingi oleh mahramnya. Amalan semacam ini tak lain hanya akan membawa kebinasaan bagi wanita tersebut baik di dunia maupun di akhirat. Karena itu agama Islam yang hanif memberikan benteng kepada mereka (kaum Muslimah) dalam rangka menjaga dirinya, kehormatannya, dan agamanya.Rasulullah Saw bersabda :

“Janganlah wanita melakukan safar selama 3 hari kecuali bersama mahramnya.” (Hadits shahih, dikeluarkan oleh Bukhari 2/54, Muslim 9/106, Ahmad 3/7, dan Abu Dawud 1727)

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir melakukan safar (bepergian) selama satu hari satu malam yang tidak disertai mahramnya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya ia mendengar Nabi Saw bersabda : “Janganlah seorang wanita melakukan safar kecuali bersama mahramnya dan janganlah seorang laki-laki masuk menjumpainya kecuali disertai mahramnya.” Kemudian seseorang bertanya :

“Wahai Rasulullah ! Sungguh aku ingin keluar bersama pasukan ini dan itu sedangkan istriku ingin menunaikan haji.” Maka bersabda Rasulullah Saw : “Keluarlah bersama istrimu (menunaikan haji).” (Dikeluarkan hadits ini oleh Muslim dan Ahmad)

Ok.. digest dulu maklumat yang baru diterima..
Now sambung point seterusnya.. hum.. ;-)

Komentar Ulama Dalam Masalah Safar Bagi Wanita:

Asy Syaikh Abi Maryam menyebutkan dalam bukunya Al Manhiyat Al ‘Asyr li An Nisa’ bahwa hadits-hadits yang menyebutkan tentang batasan safar bagi wanita tanpa mahram berbeda-beda. Ada yang menyebutkan “selama sehari semalam”, ada pula yang menyatakan “tiga hari”, dalam riwayat lain dikatakan “selama tiga malam”, sedangkan dalam riwayat Abu Dawud disebutkan “selama satu barid” yakni perjalanan setengah hari.”

Dalam hal ini ulama mengatakan bahwa perbedaan tersebut terjadi karena berbedanya orang yang bertanya dan berbedanya negeri tempat tinggal. Namun demikian tidak berarti bahwa larangan yang gamblang hanya selama 3 hari sedangkan yang kurang dari itu dibolehkan.

Al ‘Allamah Al Baihaqi juga mengomentari hal ini dengan ucapan beliau : “Rasulullah Saw seolah-olah ditanya tentang wanita yang melakukan safar selama tiga hari tanpa mahram, lalu beliau menjawab tidak boleh dan beliau ditanya tentang perjalanannya (safar) selama dua hari tanpa mahram kemudian beliau menjawab tidak boleh, demikian pula halnya tentang perjalanannya sehari atau setengah hari beliau tetap menjawab tidak boleh. Kemudian setiap dari mereka mengamalkan apa yang didengarnya.

Oleh karena itu hadits-hadits yang dibawakan dari satu riwayat dengan lafadh yang berbeda berarti hadits tersebut didengar di beberapa negeri, maka perawinya kadang-kadang meriwayatkan yang ini dan kadang-kadang meriwayatkan yang itu dan semuanya adalah shahih.” (Syarhul Muslim li An Nawawi 9/103)

Imam Ahmad rahimahullah berkata bahwasanya bila wanita tidak mendapati suami atau mahram yang menemaninya, maka tidak wajib baginya menunaikan haji. Ini sesuai dengan perkataan ulama Ahlul Hadits yang sebelumnya, demikian pula perkataan Al Hasan Al Bashri, Ibrahim An Nakha’i, Ishaq bin Rahuyah dan Ats Tsauri.

Imam Al Baghawi mengatakan : “Ulama sepakat bahwa dalam perkara yang bukan wajib tidak dibolehkan bagi wanita melakukan safar kecuali disertai oleh suami atau mahram yang lain, terkecuali wanita kafir yang telah masuk Islam di negeri musuh atau tawanan wanita yang telah berhasil meloloskan diri dari tangan-tangan orang kafir, mau tidak mau ia harus keluar dari lingkup mereka dengan tanpa mahram, walaupun ia seorang diri bila tidak merasa takut.”
(Syarhus Sunnah 7/20)

Yang lainnya menambahkan : “Atau wanita yang tertinggal dari rombongannya/tersesat, lalu ditemukan oleh seorang laki-laki yang bukan mahram yang dapat dipercaya, maka boleh bagi laki-laki tadi menemaninya hingga ia mendapatkan rombongannya kembali.” (Syarhus Sunnah 7/21)

Conclusionnya, memang kene ada mahram kecuali kalau darurat ~ contoh nak lari dari diculik tak perlu la..

Actually siapa sebenarnya Mahram Bagi Wanita?

Abu Maryam dalam bukunya Al Manhiyat mengatakan : “Mahram bagi wanita adalah siapa saja yang diharamkan menikah dengannya secara mutlak (selamanya) seperti ayah, saudara laki-laki, keponakan laki-laki, dan yang dihukumi sama dengan mereka melalui susuan, demikian pula suami dari putri-putrinya (menantu) yang telah bercampur dengan mereka (yakni menantu tersebut telah melakukan jima’ dengan putrinya sebagaimana layaknya suami istri). Termasuk dalam hitungan mahram bagi wanita adalah suaminya.” (halaman 68)

Adapun laki-laki yang sewaktu-waktu menjadi halal menikah dengannya seperti budak atau saudara iparnya maka mereka ini tidak termasuk mahram karena tidak dianggap aman terhadapnya dan tidak haram baginya untuk selama-lamanya, maka mereka ini dihukumi seperti orang lain.

Imam Ahmad pernah ditanya : “Apakah anak-anak (laki-laki) bisa dijadikan mahram?”

Beliau menjawab : “Tidak, hingga ia mencapai usia baligh karena ia belum dapat mengurus dirinya sendiri maka bagaimana ia dipercaya keluar mengantar seorang wanita. Hal itu karena mahram berfungsi sebagai penjaga bagi wanita tersebut dan ini tidak didapatkan kecuali dari orang yang baligh dan berakal.”

Syaikh Mushthafa Al ‘Adawi mengomentari pernyataan di atas dengan mengatakan bahwa ucapan yang mengatakan disyaratkannya lelaki yang baligh dan berakal sebagai mahram bagi wanita di dalam safar, alangkah baiknya jika disempurnakan dengan menambahkan syarat berikutnya yaitu memiliki bashirah (ilmu dien), sehingga jadilah syarat itu : Baligh, berakal, dan memiliki bashirah. (Untuk pembahasan lebih lanjut tentang mahram, lihat Salafy Muslimah edisi XIV dalam Rubrik Kajian Kali Ini).

Kenapa Disyaratkan Dengan Mahram???????

Islam yang hanif ingin menjaga wanita Muslimah dari setiap bahaya yang akan menimpanya dan ingin menjaga kehormatannya dengan berbagai cara dan bermacam-macam wasilah guna memberikan manfaat baginya baik di dunia maupun di akhirat. Oleh karena itulah disyaratkan mahram dalam safar bagi wanita Muslimah tersebut. Dan ini adalah perhatian syariat Islam yang lurus kepada kaum wanita dan perkara ini tidaklah membawa mereka kepada jurang kebinasaan atau kesempitan.

Keluarnya wanita sendirian akan memberikan dampak yang negatif bagi kaum laki-laki maupun bagi dirinya sendiri, lebih-lebih bila ia keluar dengan ber-tabarruj, menampakkan perhiasan bukan pada mahramnya. Maka syariat melarang mereka untuk banyak keluar rumah tanpa ‘uzur yang syar’i, memerintahkan kepada mereka untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan agar mereka menjaga dirinya, agamanya, dan kehormatannya dari kehinaan dan kerendahan yang akan menimpanya.

Rasulullah Saw bersabda :“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaithan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I)

Hadits Rasulullah Saw di atas merupakan peringatan kepada kaum wanita agar tidak banyak keluar rumah tanpa disertai mahram. Islam melarang mereka agar tidak terjerumus pada perbuatan-perbuatan yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya yaitu sebab-sebab yang akan mengantarkan pada perbuatan zina.

Safar Dalam Rangka Menunaikan Ibadah Haji

Jika Anda bertanya : “Apakah dibolehkan bagi wanita melakukan safar dalam rangka menunaikan ibadah haji tanpa disertai mahram?”

Imam At Tirmidzi rahimahullah tekah meringkas sebuah jawaban untuk pertanyaan di atas. Beliau mengatakan bahwa Ahlul ‘Ilmi (ulama) masih memperbincangkan permasalahan ini, sebagian dari mereka berkata :

[ Tidak wajib baginya menunaikan ibadah haji karena mahram merupakan persyaratan perjalanan, sebagaimana firman Allah Ta’ala :

“… bagi orang yang sanggup melakukan perjalanan kepadanya … .”

Mereka mengatakan bila wanita tersebut tidak memiliki mahram berarti ia belum sanggup melakukan perjalanan kepadanya. Ini adalah ucapan Sufyan Ats Tsauri dan penduduk Kufah. Sedangkan sebagian Ahlul Ilmi yang lainnya mengatakan : “Bila perjalanan menuju haji dijamin aman, maka ia boleh keluar menunaikan ibadah haji bersama manusia yang lain.” Ini adalah pendapat Malik bin Anas dan Imam Syafi’i. ]

Syaikh Mushthafa Al ‘Adawi setelah membawakan secara panjang lebar dalil-dalil dari kedua pihak (yang membolehkan dan yang tidak membolehkan) mengatakan : “Setelah melihat dalil-dalil yang ada, tampak padaku bahwa dalil dari mereka yang menyatakan tidak bolehnya adalah lebih kuat karena larangan bagi wanita melakukan safar tanpa mahram adalah bersifat umum tadi, dengan demikian ia termasuk dalam larangan yang umum ini, sedangkan Rasulullah Saw telah bersabda : ‘Apa saja yang aku larang bagi kalian, maka tinggalkanlah.’

Wallahu A’lam.”

Fatwa-Fatwa Asy Syaikh Ibnu ‘UtsaiminSyaikh Ibnu ‘Utsaimin memberikan fatwa berkaitan dengan hajinya seorang wanita tanpa mahram. Berikut ini jawaban beliau dari beberapa pertanyaan yang dilontarkan :

Q1. Sebagian wanita pergi melaksanakan umrah tanpa mahram dan kadang-kadang bersama mereka seorang pembantu laki-laki dan pembantu wanita serta sopir. Kami mengharapkan kejelasan perkara tentang safar guna pelaksanaan umrah dan i’tikaf bagi seorang wanita yang tidak disertai mahram. Apakah boleh untuk menjadikan sebagian mereka sebagai mahram pada sebagiannya?

Beliau menjawab : [ Tidak boleh bagi wanita untuk safar tanpa mahram, baik untuk umrah maupun yang lainnya. Karena telah tsabit dalam Shahih Bukhari dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu, ia berkata :Saya mendengar Rasulullah Saw bersabda : “Tidak boleh seorang laki-laki ber-khalwat dengan wanita lain dan tidak boleh bagi wanita untuk safar kecuali bersama mahramnya.”Seorang wanita haram pergi sendirian dengan pengemudinya, walaupun masih dalam batasan negerinya. Karena pengemudi itu telah ber-khalwat dengannya dan tidak ada perbedaan antara keadaannya wanita tersebut ketika berkumpul atau tidak berkumpul. Dan sungguh telah datang hadits bahwa seseorang berkata : “Wahai Rasulullah Saw! Sungguh istriku ingin keluar untuk haji dan saya telah ditulis untuk ikut perang ini dan itu.” Maka beliau bersabda : “Kembalilah, maka berhajilah bersama istrimu.” (Dikeluarkan oleh Bukhari, bab Jihad, Fathul Bari 6/142-143) ]

Q2. Apakah boleh bagi wanita untuk safar dengan naik kapal terbang dengan keadaan aman tapi tanpa mahram?

Beliau menjawab : [ Sesungguhnya Nabi Saw bersabda :“Tidak boleh safar bagi wanita kecuali bersama mahram.”

Nabi Saw mengucapkan hadits tersebut ketika memberikan khutbah di atas mimbar dalam pelaksanaan ibadah haji. Maka berdirilah seseorang dan berkata : “Wahai Rasulullah Saw! Sungguh istriku keluar untuk haji dan saya telah ditulis untuk ikut perang ini dan itu.” Maka jawab Nabi Saw : “Kembalilah, maka berhajilah bersama istrimu.” (HR. Bukhari)

Dalam hadits di atas, Nabi Saw memerintahkan padanya untuk meningalkan perang dan melaksanakan haji bersama istrinya dan tidaklah Nabi Saw berkata :“Apakah istrimu dalam keadaan aman?”Atau : “Apakah bersamanya ada wanita lain?”Atau : “Bersama tetangganya?”Maka ini menunjukkan keumuman larangan safar bagi wanita tanpa disertai mahram. ]

Q:Wanita Keluar Menuju Pasar

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin hafidhahullah pernah ditanya : “Bolehkah seorang wanita keluar menuju pasar tanpa disertai mahramnya dan kapankah yang demikian itu dibolehkan serta kapankah diharamkannya?”Beliau menjawab : [ Pada dasarnya, keluarnya wanita menuju pasar adalah boleh dan tidak disyaratkan bahwa ia harus disertai mahram kecuali jika dikhawatirkan terjadi fitnah. Dalam keadaan demikian ia tidak diperkenankan keluar kecuali jika disertai mahram yang menjaga dan melindunginya. Hukum bolehnya ia keluar menuju pasar adalah diiringi dengan sebuah syarat yang harus ia penuhi yaitu tidak berhias dan tidak memakai minyak wangi (parfum) karena Rasulullah Saw telah melarangnya. ]Kebolehan wanita keluar ke pasar tak luput diikat dengan syarat-syarat yang ketat, di antaranya hendaklah wanita itu keluar karena kebutuhan yang mendesak, hendaklah menggunakan hijab yang sempurna menurut syariat dan tidak ber-tabarruj, tanpa berhias dan tanpa berminyak wangi.Wanita

Q:Berduaan Bersama Sopir Jika Bepergian, Bolehkah ?

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz ketika ditanya tentang hukum wanita berkendaraan seorang diri hanya ditemani sopir yang membawanya ke tengah kota (belum keluar dalam batas safar). Beliau menjawab : [ Tidak boleh seorang wanita berkendaraan hanya dengan seorang sopir tanpa disertai orang lain yang bersamanya karena yang demikian ini termasuk dalam hukum ber-khalwat (berduaan), padahal Rasulullah Saw telah bersabda :“Janganlah berduaan seorang laki-laki dengan seorang wanita kecuali wanita tersebut disertai mahramnya.”

“Janganlah berduaan seorang pria dengan seorang wanita karena syaithan menjadi pihak ketiga dari keduanya.”Adapun jika ada orang lain beserta keduanya baik seorang ataupun lebih, baik pria ataupun wanita, maka ini tidak mengapa baginya, bila di sana tidak ada sesuatu yang meragukan, karena keadaan khalwat (berduaan) akan hilang dengan sendirinya dengan hadirnya orang yang ketiga atau lebih. Ini dibolehkan selama belum masuk dalam batas safar. Adapun di dalam safar maka tidak boleh seorang wanita melakukan safar kecuali bila disertai mahramnya sebagaimana telah warid dalam sabda Nabi Saw. ]

Penutup.. abis da..

Saudariku Muslimah …….. .

Wanita keluar rumah tanpa mahram dan tanpa ada kebutuhan yang syar’i merupakan dosa baginya. Lebih baik dan lebih suci bagi wanita untuk tetap tinggal di rumahnya agar kaum laki-laki tidak melihatnya dan wanita itupun tidak melihat padanya. Allah Swt telah berfirman :“Dan tetaplah kalian (kaum wanita) di rumah-rumah kalian.”

Tidaklah ada perkara yang lebih mendekatkan diri wanita dengan Rabb-nya melebihi bila ia tetap tinggal di rumah dan berusaha menjadi wanita yang diridhai-Nya dengan memperbanyak ibadah kepada-Nya dan taat kepada suaminya.Ali radhiallahu 'anhu pernah berkata :“Apakah kamu tidak malu … dan apakah kamu tidak tertipu … , kamu membiarkan wanita keluar di antara kaum laki-laki untuk melihat padanya dan mereka pun (kaum laki-laki) melihat pada kaum wanita tersebut.” (Lihat Al Kabair, Adz Dzahabi halaman 171-172)

Al Iffah (harga diri), rasa malu, dan kelembutan adalah sesuatu yang bernilai tinggi, nilainya tidak dapat ditakar dengan harga dunia beserta seluruh isinya dan ini merupakan kekhususan bagi wanita Muslimah yang tak dimiliki oleh wanita lain. Oleh karena itu Allah dan Rasul-Nya melalui syariat yang agung menetapkan aturan-aturahn yang dapat mempertahankan eksistensi dari kekhususan ini dan semuanya itu diletakkan dengan hikmah yang tinggi.

Maraji’ :

1. Al Manhiyatul ‘Asyr lin Nisa’ oleh Abi Maryam Majd Fathis Said.

2. Al Haribatu ilal Aswaq oleh Asy Syaikh ‘Abdul Malik Al Qasim.

3. As’ilah Muhimmah oleh Asy Syaikh Muhammad bin Shaleh Al ‘Utsaimin.4. Jami’ Ahkamun Nisa’ oleh Asy Syaikh Mushthafa Al ‘Adawi.5. Massuliyyah Al Mar’ah Al Muslimah oleh Asy Syaikh ‘Abdullah bin Jarullah.6. Majmu’ah Durus Fatawa (Harami Makki) oleh Asy Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz.

CATATAN LILLAH :
Hm.. ya Allah, peliharalah diriku, keluargaku dan sahabat2 ku dari fitnah, maksiat dan dosa..Amin ya Rabb..

Sunday, November 2, 2008

Katakan "Tak Nak!" Kepada Poligami? (Bahagian 2)

RUJUKAN: http://journaldaie.com/2008/10/katakan-tak-nak-kepada-poligami.html

Walaupun sesuatu tu macam pahit je nak diperkatakan.. apatah lagi nak dihebohkan.. tapi demi agama (nak melawan Islam LibeRal yang kecoh bab anti poligami ni..) kene juga share isu ni..
ni artikel copy paste. KEbenaran adalah SesUatu yAng MemeRdekakaN.. SedaNGkan mEraHsiakan kEbenAran akan MemBelengGu jiWa.. So BeBaskaN diri Dari BeleNGGu.. Be HoNEST..! HoNESTY=trUtH=FrEEdoM

Poligami - satu perkataan yang konstroversi. Perkataan penuh emosi terutama kepada golongan perempuan. Penulis akui, poligami adalah perkara yang agak berat untuk dibincangkan. Perbincangan ini selaluinya akan disertai emosi. Namun dalam perbincangan ilmiah, emosi bukanlah dalil untuk menerima atau menolak sesuatu perkara. Perbincangan perlulah dilakukan secara objektif. Jika emosi hendak dimasukkan, perlulah dalil diutamakan terlebih dahulu barulah emosi disertakan. Bukannya menolak emosi, cuma meletakkan emosi ditempat yang sepatutnya.

SATU KEJUJURAN

Secara jujur, kita tidak tahu mengapa Allah S.W.T membenarkan poligami. Kadangkala apabila ditanya, "Mengapa dalam Islam ada poligami?" lantas Muslim akan menjawab kerana ini dan itu. Terus terang penulis memberitahu, penulis tidak tahu.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui" - Al-Baqarah 2:169

Kita lebih mudah memberi mengeluarkan jawapan yang kita tidak pasti daripada mengatakan "Kerana Allah S.W.T membenarkannya/lebih mengetahui". Kebanyakan kita melihat poligami adalah satu perkara yang buruk.

Ramai yang membenci, sikit yang berfikir.

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu" - Al-Baqarah 2:216

"SAYA NAMPAK POLIGAMI BAWA KEBURUKAN SAJA!"

Mungkin ramai yang berfikir, "Jika benar poligami ada membawa kebaikan, mengapa saya lihat sebaliknya?" Seorang suami sanggup memukul isteri kerana hendak berpoligami, sanggup menceraikan isteri kerana dihalang untuk berkahwin lagi satu, sanggup mengabaikan anak kerana inginkan isteri muda. Mengapa perkara sebegini berlaku?

Anda perlu akui, berita yang enak dibaca adalah berita yang sensasi. Surat khabar sering memaparkan berita-berita sebegini, drama-drama sering menunjukan buruknya poligami. Penulis berikan analogi - Katakan penulis memandu pulang ke rumah di Ampang, daripada MMU Cyberjaya. Dalam perjalanan, penulis terlibat dalam kemalangan (Nauzubillah). Penulis tercampak keluar daripada kereta dan badan penulis digilis lori. Berita kematian penulis dijamin keluar disurat khabar keesokan hari - "Penulis Journal Daie Mati Terbunuh!"Tetapi jika penulis memandu daripada MMU Cyberjaya ke rumah dengan selamat, adakah akan keluar tajuk berita - "Penulis Journal Daie Selamat Sampai Ke Rumah". Tentu tidak.

Tahukah anda terdapat ramai lelaki yang berpoligami hidup aman damai bersama isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat? Rakan penulis mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama dan isteri kedua bagaikan rakan karib. Malah mereka bertiga (rakan penulis dan isteri pertama & kedua) tinggal sebumbung. Jadi jika akan mengatakan poligami membawa keburukan kerana melihat berita yang dipaparkan, hujah anda tertolak. Bagaimana kesimpulan dibuat tanpa melihat skop keseluruhan?

APA YANG DAPAT DIFIKIRKAN

Penulis memang tidak tahu mengapa Allah S.W.T membenarkan poligami. Tetapi hikmah yang dapat difikirkan disebalik kebenaran ini tidak salah untuk dibincang dan dikongsi. Allah mencipta lelaki dan perempuan sama, tetapi berbeza keupayaan dan tanggungjawab. Lelaki dan perempuan berbeza dari sudut fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Jika fakta ini diterima, maka perbincangan poligami akan lebih objektif. Berikut berkemungkinan hikmah disebalik poligami.

1. Secara fitrah, lelaki lebih bersifat poligami. Semasa seorang lelaki mencintai seorang perempuan sepenuh hati, dia masih boleh mencintai seorang lagi perempuan juga sepenuh hati. Berbeza dengan perempuan yang secara fitrah lebih bersifat monogami. Seorang perempuan akan menutup hatinya apabila mencintai seorang lelaki. Namun perlu diingatkan, fitrah boleh diubah akibat faktor luaran.

2. Secara purata, perempuan hidup lebih lama daripada lelaki. Daripada faktor kesihatan, kebanyakan lelaki mati lebih awal daripada perempuan [1]. Semasa peperangan, lelaki lebih banyak terbunuh daripada perempuan. Maka purata hidup perempuan adalah lebih daripada lelaki. Lelaki akan berkurangan, perempuan akan berlebihan. Lebih banyak isteri kematian suami.

3. Walaupun secara purata jumlah lelaki adalah lebih daripada perempuan di dunia, atas beberapa sebab [2] jumlah perempuan di dunia menjadi lebih ramai daripada lelaki. Di USA, perempuan melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. Di New York, perempuan melebihi lelaki sebanyak 1 juta. Malah 1/3 daripada lelaki di New York mengamalkan homosexual. Secara keseluruhan di USA terdapat 25 juta lelaki mengamalkan homosexual. Di Britain perempuan melebihi lelaki sebanyak 4 juta, manakala di German sebanyak 5 juta dan di Rusia sebanyak 9 juta.

4. Melarang lelaki berkahwin lebih daripada satu adalah tidak praktikal. Walaupun seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, masih terdapat hampir 30 juta perempuan tidak dapat berkahwin di USA. Ini tidak termasuk jumlah penghuni penjara mereka yang majoritinya adalah lelaki. Bagaimana pula di Britain, German dan Rusia?

5. Jika anda mempunyai kakak atau adik perempuan yang tinggal di USA dan masih belum berkahwin (kerana jumlah lelaki kurang), mereka mempunyai tiga pilihan sahaja. Mereka boleh berkahwin dengan lelaki yang mempunyai isteri, hidup bujang dengan mengamalkan homosexual atau menjadi 'harta awam'. Perempuan yang mempunyai akal dan menjaga harga diri akan memilih pilihan pertama.

6. Di Barat, adalah kebiasaan seorang lelaki mempunyai hubungan sulit diluar rumah, dimana perempuan simpanan ini menjalani kehidupan memalukan dan tidak dilindungi undang-undang. Namun masyarakat Barat yang sama juga tidak dapat menerima seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang perempuan, dimana perempuan ini hidup dengan bermoral, bermakna, dan dilindungi undang-undang. Bagaikan lebih baik mempunyai hubungan sulit yang hina daripada menjadi isteri kedua yang sah dan mempunyai hak yang sama dengan isteri pertama.

7. Di Malaysia, walaupun jumlah lelaki dan perempuan adalah lebih kurang sama, tetapi anda tiada pilihan untuk bersetuju, jumlah lelaki adalah kurang daripada perempuan. Penghuni penjara, mat rempit, kemalangan jalan raya, mengamalkan homosexual, AIDS dll adalah punca kepada kekurangan lelaki di Malaysia. Daripada tiga pilihan yang ada (rujuk no.5), adalah lebih mulia seorang perempuan berkahwin dengan lelaki yang sudah berkahwin.

SATU PEREMPUAN EMPAT SUAMI

Ada yang bertanya, mengapa Islam tidak membenarkan seorang perempuan berkahwin lebih daripada satu, sedangkan Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu? Secara ringkas, hikmah yang dapat difikirkan:

1. Islam mementingkan identiti bapa dan ibu kepada seorang anak. Secara psikologi, kanak-kanak yang tidak mengenali ibu bapanya lebih mudah mendapat trauma dan kekacauan hidup. Pada masa dahulu, jika seorang perempuan berkahwin sebanyak empat suami, adalah mustahil untuk kanak-kanak itu mengetahui siapakah bapanya kerana tiada ujian genetik dapat dilakukan.

2. Secara biologi, adalah mudah bagi seorang lelaki menjalankan tugas sebagai suami kepada beberapa isteri. Si suami dapat menjaga kesemua isteri dan anaknya. Situasi yang sama, seorang perempuan sukar untuk menjalankan tugas sebagai isteri kepada empat orang suami. Kadang-kala ada suri rumah sukar untuk menjaga sebuah rumah tangga. Bagaimana pula jika terdapat empat suami (empat rumah tangga)?

3. Seorang perempuan yang mempunyai lebih daripada seorang suami mempunyai pasangan seksual lebih daripada seorang pada masa yang sama. Perempuan yang mempunyai pasangan seksual lebih daripada seorang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat STD [3]. Ini tidak menjadi masalah jika seorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri.Hikmah yang dikongsi ini adalah mudah untuk dilihat. Tetapi berkemungkinan tidak dapat memuaskan hati semua orang. Mungkin terdapat banyak hikmah mengapa Allah S.W.T membenar dan melarang sesuatu perkara namun kita tidak ketahui atau masih belum diketahui.

KEPADA LELAKI (DIUPDATE)

Kadang-kala lelaki yang ingin berpoligami sering mengatakan ini adalah sunnah dan bagus untuk dipraktikkan. Penulis bersetuju Al-Quran membenarkan poligami dan Nabi Muhammad S.A.W juga turut berpoligami. Tetapi tidak boleh dikatakan seorang lelaki Muslim yang mempunyai lebih daripada seorang isteri adalah lebih bagus daripada lelaki Muslim yang hanya mempunyai seorang isteri.Anda ingin berpoligami atas alasan sunnah, tidak mengapa.
Tetapi adakah sunnah menengking dan mencaci isteri kerana isteri tidak mahu anda berpoligami? Adakah sunnah memukul isteri kerana anda dihalang untuk berpoligami?

Dalam usaha anda mahu melakukan sunnah (berpoligami), anda telah banyak melanggar sunnah-sunnah yang lain.

"Orang yang terbaik di antara kamu ialah yang terbaik untuk isterinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu untuk isteriku" - Sahih Sunan Ibnu Majah 1608-1977

Poligami memang dibenarkan di dalam Islam.

Tetapi poligami bukanlah bertujuan untuk 'enjoy'.

Poligami membuatkan anda menambah tanggungjawab. Ada kemungkinan tanggungjawab anda kepada isteri masih tidak sempurna.

Jadi bagaimana anda mempunyai keberanian untuk menambah tanggungjawab?

"Barangsiapa mempunyai dua orang isteri lalu ia condong bersama-sama dengan salah seorang di antara keduanya ke atas yang lain (tidak berlaku adil), maka ia datang pada hari qiamat sedangkan salah satu bahunya jatuh" - Sahih Sunan Ibnu Majah 1603-1969, Al-Misykat 3236

Fikirkan dulu secara masak-masak jika anda ingin berpoligami. Adakah anda mampu berlaku adil? Jika anda tidak mampu berlaku adil, adakah anda mampu berusaha untuk berlaku adil? Poligami dibenarkan di dalam Islam, tetapi datang dengan syarat keadilan. Namun Allah S.W.T telah memberi peringatan bahawa adalah sukar untuk seorang suami berlaku adil apabila berpoligami.

Dr Yusuf Al-Qardhawi menulis:Oleh demikian itu ulama mengatakan, "Dimakruhkan bagi orang yang mempunyai isteri yang mampu memelihara dan mencukupi (cukup serba serbi), lalu dia menikah lagi. Kerana hal itu membuka peluang bagi dirinya untuk melakukan sesuatu yang haram.

Allah S.W.T berfirman:"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung..." - An-Nisa' 129

Adapun orang yang tidak mampu mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau khawatir dirinya tidak bisa adil di antara kedua isterinya, maka haram baginya untuk menikah lagi, Allah S.W.T berfirman:"Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja..." - An-Nisa' 4:3 [4]

SATU KESIMPULAN

Poligami sememangnya dibenarkan di dalam Islam, tidak dinafikan. Namun syarat keadilan mestilah dipatuhi. Janganlah si suami melanggar larangan-larangan yang ditetapkan Islam hanya kerana ingin mempraktik poligami. Diulangi, poligami bukanlah bermakna untuk 'enjoy'. Anda sebenarnya menambah tanggungjawab. Lihatlah hidup dalam prospek yang lebih luas.

Anda mungkin gembira di dunia, tetapi tidak di akhirat. Berapa ramai suami yang gagal menunaikan tanggungjawab kepada isteri? Jika poligami hanya membuatkan anda gagal di dunia dan di akhirat, bukankah itu satu liabiliti kepada anda?Hubungan adalah salah satu faktor kehidupan. Apa guna jika anda mahu menambah hubungan tetapi memutuskan hubungan yang sedia ada?

Kepada perempuan, janganlah terlalu mengikut perasaan. Ada kemungkinan suami anda meminta kebenaran berpoligami dengan baik. Tetapi akibat emosi, anda bergaduh dan meminta diceraikan. Fikirkan nasib anak-anak anda. Jangan lah hidup dengan kepentingan diri sahaja, tetapi fikirkan juga kepentingan anak-anak anda. Anda merasakan jika suami anda berkahwin lebih daripada satu akan membawa situasi buruk (cth-kehilangan kasih sayang), tetapi ada kemungkinan poligami akan membuatkan suami anda lebih sayang kepada anda. Kerana dia berusaha untuk berlaku adil antara isteri, membuatkan dia berusaha untuk lebih menyayangi anda. Allah S.W.T lebih mengetahui.
_______________________________________________________________________________[1] Why Women Live Longer Than Men - Klik[2] Institut National D'etudes Demographiques - Klik[3] STD - Sexual Transmitted Diseases - Klik[4] Dr.Yusuf Al-Qardhawi - Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an & Sunnah (Malaamihu Al Mujtama' Al Muslim Alladzi Nasyuduh) - Klik

aliran SYI'AH semakin meluas??

Mesti kawan2 hairan knape tajuk ni masuk dlm blog lillah..
sebabnya..
ada beberapa tanda2 aliran ni mula mengalir dlm masyarakat kita..
so, jom kita study sama2..

Firstly, ofcourse kita kene tau apa tu Syi'ah & ciri2 aliran tu..
tapi lillah tau yg kwn2 tak semua yg interested nak tau pun..
(Hakikatnya kwn2 kene amik tau hal ni.. rujuk sni :
Bahaya Syi‘ah Kepada Umat Islam
HafizFirdaus.com - Sunday, 02 November 2008

so, ni nak bagitau sedikit tentang realiti adakah aliran ni semakin meluas?
yg ni lillah rasa ada kot kwn2 yg nak tau..

Tidak perlu disembunyikan lagi bahawa aliran Syi‘ah semakin meluas, semakin mendapat tempat di hati umat Islam. Bagaimana cara kita membendung peluasan ini?

Atau lebih tepat, bagaimana kita membela maruah para sahabat, yang dengan jerih payah mereka iman telah sampai ke Malaysia dan memasuki hati kita ini?

Caranya ialah dengan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan peluasan itu dan cuba membetulkannya dari situ..
So dalam erti kata lain.. kita kene study bab syi'ah ni..

Kejahilan umat Islam terhadap aliran Syi‘ah. Mereka menganggap Syi‘ah adalah salah satu dari mazhab Islam seumpama Mazhab al-Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hambali. Maka perlu diterangkan bahawa Syi‘ah ialah satu aliran yang menyangkut dasar-dasar agama manakala mazhab yang empat hanyalah berkaitan hukum fiqh, di mana dasar-dasar agama bagi keempat-empat mazhab tersebut adalah tetap sama.


Sikap manusia apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru, manusia terbahagi kepada tiga sikap.
  1. mereka yang terus menolaknya, menutup pintu hati serta fikiran mereka darinya.

  2. Kedua ialah mereka yang terus menerimanya, membuka seluas-luas hati serta fikiran mereka kepadanya.

  3. Ketiga ialah mereka yang menganalisa perkara yang baru itu sama ada ia bertepatan dan al-Qur’an, al-Sunnah dan ilmu yang sahih. Jika bertepatan ia diterima, jika bertentangan ia ditolak. Sikap pertama dan kedua adalah tercela manakala sikap yang ketiga adalah terpuji. Kebanyakan yang terikut dengan aliran Syi‘ah terdiri dari mereka yang memiliki sikap kedua.

Sebelum ni ada beberapa kali kawan2 asyik cakap pasal wahhabi dengan lillah. Apa benda 'wahhabi' ni?? Jemaah baru ke? lillah ni termasuk dalam ribuan mahasiswa yang tak tahu menahu tentang 'wahhabi' ni.. tapi ramai yg bercakap tu bagitau "Bahaya wahhabi ni.. bahaya sangat!" Hinggakan ada yang minta blog 'coretan fisabilillah ni jadi blog anti wahhabi'.. Sorry, blog ni blog peribadi coretan saya.. saya kene study dulu bab tu before masukkan dlm blog ni. by the way, antara wahhabi dan syiah ni, syiah jauh lebih GANAS dari wahhabi ni..

Kelekaan pihak berwajib.

Fokus pihak berwajib kelihatan hanya tertumpu kepada membasmi aliran yang mereka sebut-sebut sebagai “Wahhabi”.

Ada pun aliran lain yang jelas menyeleweng seperti Syi‘ah, Anti-Hadis, Islam Liberal dan sebagainya, ia dibiarkan sahaja atau hanya diberi fokus yang minimum. Di sini pihak berwajib perlu menyusun semula keutamaan fokus mereka (Fiqh al-Awlawiyat) agar bertindak ke atas aliran yang jelas menyeleweng bak matahari, bukan aliran yang hanya wujud secara bayang-bayangan… entah wujud atau tidak?????

Kecuaian ahli ilmu.

Hakikat pertama:

Syi‘ah menyampaikan dakyah mereka dengan dalil dan hujah.

Hakikat kedua :

kebanyakan ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah enggan berusaha menjawab dalil dan hujah tersebut. Paling-paling yang dijawab hanyalah dengan slogan murah:

“Syi‘ah sesat, abaikan mereka.”

Padahal dalam suasana tahap keilmuan umat Islam yang semakin meningkat sekarang ini, yang diambil kira bukanlah slogan murahan tetapi dalil dan hujah. Justeru ahli ilmu perlu beralih dari kemalasan kepada kecergasan, dari sijil kelulusan kepada aksi ilmiah, dari semakan kertas tesis kepada semakan aqidah umat, agar dalil dan hujah dipatahkan dengan dalil dan hujah juga.

Pencarian wira dan pasukannya : (Teringat pada team Skuad Penyelamat Akidah ~SPAQ :http://skuad.wordpress.com/ )

Umat Islam sekarang ini dalam dilema mencari seorang wira dan pasukan pejuang yang berani bangkit menentang kezaliman zionis dan polis dunia. Dalam pencarian tersebut, yang ditemui ialah wira yang beraliran Syi‘ah dan pasukan pejuang yang beraliran Syi‘ah..sedihkan.. :'-(

Secara bawah sedar, ia memberi kesan bahawa aliran yang benar ialah Syi‘ah. Kecelaruan ini dijawab, bahawa kebenaran agama tidak ditentukan oleh agama sang wira dan pasukan pejuangnya. Seandainya itulah ukuran kebenaran, nescaya agama pasukan pejuang Vietnam yang menghancurkan pasukan tentera Amerika Syarikat pada tahun 70an yang lalu adalah jauh lebih benar dari agama Syi‘ah..

Ketahuilah..

kebenaran terletak pada agama Islam manakala kelemahan terletak pada orang Muslim kerana tidak menghayati Islam dengan cara yang benar, iaitu cara Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah

Penjelasan ayat 26 An-Nur

kpd sahabat yg bertanya ttg huraian ayat ni, hm.. lillah bukan orang yang pakar bab huraian Al-Quran ni.. so kita sama2 rujuk link bawah ni, alright! :-)

Penjelasan ayat 26 surah an-Nur.
HafizFirdaus.com - Sunday, 02 November 2008

Saturday, November 1, 2008

4 my sister Kak Mas sayang..

disebabkan kak mas mendedikasikan sebuah lagu pd lillah.. lillah pun nak mendedikasikan lagu pada kak mas..



rujukan~

kak mas's blog : http://humaira1903.blogspot.com/



kak mas.. InTeam~ Akrab Persahabatan~~

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita (lillah tambah: Allah je boleh)
Antara kita semua
Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara
Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita (lillah tambah : Allah je boleh)
Antara kita semua




akak jgn la sedih2.. ala, kita bukan nya berpisah jauh sangat pun. still dalam Malaysia. (tak perlu lalu imigresen pun.)
selagi ada umur, slagi tu ada chance utk bertemu..
kalau bukan dalam sem depan, tahun depan..
kalau bukan tahun depan, tahun-tahun lagi depan..
kalau tak waktu akak kenduri (ehem..3x) , masa akk dapat baby..(insya'Allah)

akak nak buat bilik kami (lillah & dayah) macam bilik sendiri, buat je la.. bagus la tu. sama2 kita kemas bilik..





hanphone kan ada (nti bole bli 3G akak.. nanti.. bukan skrg).. friendster ada (jgn la delete.. zeti punya dah delete kan).. ym ada (akak dah keje nanti boleh la bli broadband~ nanti..nanti.. bukan sekarang la)..

untuk masa terdekat ni, focus study. nak exam ni. next week masa akak dtg umah lillah, kita boleh main2..skrg study dlu.. dah bagitau mak dah. mak pun excited dah tu.. tp lillah paling excited!! :-D

lucky i'm in love with my Allah....

lucky i\
He is closer to you than the blood in your veins. He gives you better than what you ask for. He loves you for the tiniest things that you do. There is no love greater than His...Alhamdulillah :-)

cikmot di sini...

cikmot di sini...
click picture d sini nnti dpt meow yg d sana....

Followers

tempat utk singgah membaca-baca.. :)